Thursday 31 May 2012

NOVEL TERLERAI KASIH

ILHAM FITRI… Sekaliku menyatakan cinta, usahlah kau meraguinya lagi. Sekaliku janji padamu, cukuplah untuk selamanya. Namun, semakin meniti masa, cintamu kian ragu di mana luhurnya. Hinggakan ...kudus cinta itu sirna begitu saja. Takku tahu setulus mana kasih, tidakku pasti setelus mana cinta. Sanggupku tentang satu dunia demi cintamu dan apalah kiranya andai kau sendiri yang menentang. Andai jodoh itu bukan milik kita, aku akan berlalu dari hidupmu dan biarkanlah kasih yang terlerai itu tidak bercantum lagi. Sesungguhnya, andai Dia mengizinkanku, aku ingin menyintaimu selagi ada nafas di sebalik jasadku yang sudah hampir rebah. – Nur Wafiah.

“Fiah takut ada pulak yang terjatuh cinta dekat Am. Menangis lagu dangdut la Fiah nanti,” gurauku agar dia tidak rasa bersalah.- Wafiah

“Ala… biarlah dia orang nak terjatuh cinta ke, terjatuh tangga ke, Am peduli apa! Bukan Am yang terjatuh pun. Am terjatuh pada Nur Wafiah aje.” – Ilham Fitri

NUR WAFIAH… Kau cinta pandang pertamaku. Namun, makin meniti ketika, ukhuwah yang berlandaskan cinta itu seakan-akan palsu pula. Adakah kau yang berdusta atau akukah yang terlalu curiga? Andai kasih yang singgah hanya sebagai peneman resah, maafkanlah aku kerana telah menyentuh hati dan tulus kasihmu. Sehinggakan kesan air mata itu tak dapat kering lagi walaupun kisah pedih itu kian berlalu pergi. –Ilham Fitri

“Akaun dengan cinta, sama ke?” tanyaku dengan kening yang sedikit terjongket.
- Wafiah

“Eh, mestilah. Sebab cinta ni adalah hasil tambah Ilham dan Wafiah!” ucapnya ceria. - Ilham Fitri

Benarkah cinta perlukan masa untuk mendalaminya? Adakah jangka waktu mengenali itu penting dalam hubungan mereka? Bila Ilham Fitri mengatakan tidak perlu, Nur Wafiah mengakuinya. Tika kasih tercipta, Ilham Fitri membantah hakikat itu pula. Nur Wafiah pasrah demi maruah hingga kasih itu terlerai jua pada akhirnya. Hati yang retak bisa bercantum, terlerai kasih mereka mungkinkah akan bersambung?

Novel ini aku suka sesangat konflik rumahtangga, Bila tengok pada tajuk macam tak ada apa - apa yang menarik tapi bila dah baca cerita ini menggamit pelbagai perasaan suka , duka , dendam , cemburu , curiga dan pelbagai perasaan. Kalau baca bersama penghayatan boleh menitis air mata. Novel setebal 858 muka surat memang tak mengecewakan kepada sesiapa yang membacanya. Aku beli novel ni di pesta buku di PWTC baru - baru ni. Baby pertama Rehan Makhtar terbitan Karyaseni.


Petikan - Petikan yang menarik dalam novel ini :-
" Boleh saya jumpa Cik Nur Wafiah Sebentar?" Amri meminta keizinan.
Aku mengangguk. "SIlakan masuk!" pelawaku.
Dia melangkah dengan penuh yakin ke arah mejaku.
"Duduklah" pelawaku.
Tanpa banayak soal, dia melabuhkan duduk di kerusi hadapanku.Senyuman tipis kuhulurkan sebagai tanda aku mengalu-alukan kehadirannya kali ini. Tidak seperti pertemuan kami yang pertama.
"Kau perlukan teman, Wafi!" Terngiang-ngiang suara Fara tempoh hari. Yakinkah aku? Sudahnya, aku langsung terlupa pertemuan dengan Fazlee yang tidak kujangka.
" Ada apa yang boleh saya bantu?" Jari-jemari yang sedia berada di atas meja, aku sulam sesama sendiri.
" Saya mengganggu ke?"
Aku menggeleng. Menunggu kata-kata daripadanya tapi dia sekadar merenungku. Lama dia diam tanpa aku tahu apa tujuannya hadir dihadapanku.
"Nur Wafiah" panggilnya lagi.
Aku kembali memandangnya.
" Nur Wafiah. Cantik nama cik! " ulangnya lagi.
Matanya tepat terarah pada papan namaku yang ada di bucu kiri meja.
Kini, Jarak yang memisahkan kami hanya semeter sahaja. Aku hilang kata-kata bila Am berterusan merenungku.
Suasana sepi kembali! Terasa janggal bila ada orang asing didepankun. Ingin dihalau pergi, bimbang dikata kurang ajar, hendak dibiarkan, entah sampai bila dia akan berada didepanku. Aku angkat dagu membereranikan diri membalas renungannya demi merasakan pandangan matanya tajam menikam wajahku.
Am mengukir senyuman tanpa mengalihkan bola matanya yang tepat mengena anak mataku hingga kata-kata yang ingin kuluahkan, aku talah sendiri.
"Cantik, kan?" soalnya lagi.
Tergamam aku seketika. Entah apa yang dimaksudkan cantik? Pejabat inikah ?
" Terima kasih " balasku pendek.
"Tapi dingin," sambungnya.
Dingin, aku keliru. Sedangkan penghawa dingin bagaikan tidak berfungsi hinggakan aku memaksa memasang kipas. Apa yang dingin?



"Abang mohon pada sayang, beri abang peluang kedua untuk buktikan yang cinta pandang pertama abang pada sayang dulu benar-benar tulus. Hanya seketika itu abang tertipu oleh rasa cemburu yang telah membawa abang kesal seumur hidup abang. Sayang jangan ulang kesilapan yang pernah abang lakukan. Abang cintakan sayang seumur hidup ni.”

"Dan yang buruk itu selalunya daripada manusia itu sendiri, sayang. Yang indah dan baik itu segalanya anugerah Allah. Sayang adalah anugerah Allah yang indah buat abang. Ampuni abang sebab pernah ragui keindahan dan anugerah yang telah Allah titipkan ni". Ucapnya beremosi sambil memegang kedua belah pipiku.Air matanya tidak putus mengalir.
" Tapi Fiah bukanlah sebaik man. Bukankah Allah telah katakan.Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik, dan wanita yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat. Am baik Fiah tak... Fiah hargai perubahan Am tapi hati Fuah ni...." Telapak tangan aku bawa ke dadaku. Menepuknya beberapa kali.
".... sukar nak terima semua ni lepas apa yang terjadi."
"Kita ubah sama- sama. Sayang baik, keluarga sayang juga baik. Abang yang buta hati, tak reti menilai. Tenggelam dalam rasa cemburu abang. Rasa nak memiliki sayang sedangkan abang lupa, sayang perlukan cinta dan kepercayaan abang selama ini. Untuk kali ini saja, abang mohon maaf dan abang berjanji... lepas ni, tak akan ada lagi ungkapan maaf tu daripada abang" Ilham terus merayu.

“Maafkan Fiah, ma. Sesungguhnya, hati Fiah ni dah lebur. Fiah tak tahu sama ada boleh cantumkan kembali ataupun tak. Fiah tak pernah salahkan Ilham dalam hal ini tapi Fiahlah yang banyak bersalah. Cuma, Fiah tak tahu kenapa ungkapan maaf dia tu dah tak bernilai lagi pada Fiah. Dah tak ada maknanya. Hari ini, terbukti depan semua orang, maruah Fiah tak pernah mampu dicapai oleh mana-mana lelaki. Fiah junjung setinggi-tingginya. Kasih ini hanya untuk suami tapi bila suami tak menghargai, Fiah mohon, izinkan Fiah undur diri. Berikan kesempatan pada Fiah memujuk hati untuk memaafkan diri sendiri.”Ucapku panjanglebar dan aku tujukan khas pada Ilham yang masih menggenggam tanganku.
" Ambilah masa berapa lama pun, sayang. Tapi abang tak nak Fiah keluar dari rumah ni. Abang tak izinkan" larangnya lembut tapi penuh dengan ketegasan.

 
“Ini anak abang….” Aku tarik tangannya lalu aku letak telapak tangan itu di perutku.
“Anak yang menjadi tanda kasih kita biarpun untuk seketika. Tanda yang akan kekal pada diri Fiah seumur hidup dan setelah Fiah mati.Terima kasih abang untuk segalanya. Buat kali terakhir Fuah merayu, biarkan Fiah hidup sendiri" Sambungku dalam mendamaikan hati yang memberontak
.

Wednesday 30 May 2012

NOVEL BILA HATI BERKATA SAYANG


Novel BILA HATI KATA SAYANG karya Marissa terbitan karyaseni. Novel setebal 447 muka surat. Tengok tajuk pun dah tahu. BILA HATI KATA.. cerita ini pada aku kelakar nak relist tension memang boleh. Aku yang baca pun ketawa terbahak- bahak. Novel ini tak banyak konflik. Jom kita layan novel ni..

Atiqah gadis yang berkerja sebagai pencuci dan menggemas bilik Hotel. Dari kecil dahagakan kasih sayang Ibu dan bapanya. Dia tinggal dan dibesarkan oleh pakcik sebelah ayahnya. Bapa meniggal seusia dia 15 tahun dan ibunya pula lari entah kemana dia usia tiga bulan. Kisah bermula bila dia menerima pinangan seorang lelaki yang tidak dikenali dalam hidupnya ( pilihan keluarga) anak sepupu kepada ayahnya Syed Adriz. 

Dia hadir waktu aku sudah bergelar tunang orang. Awal-awalnya aku fikir hanya buasa-biasa saja, tetapi pada hujung-hujungnya, aku tahu semua itu bukan lagi sekadar biasa-biasa saja. Sudah menjadi sangat-sangat luar biasa. Aduhai... Kenapa dia macam syok sahaja dekat aku? Selalu buat benda-benda yang tidak aku jangkakan. Atau aku yang terlebih syok dekat dia? Klau betul , apa yang harus aku lakukan? Minta putuskan tali pertunangan? atau aku kena lari bersama dengan si dia. Aku tidak tergamak melukan hati ayah saudaraku. Dia yang bela aku lepas ayah meninggal. Sebab kenang budilah aku tidak boleh buat apa-apa.Jodohku sudah dirancang dari mula. Klau aku putuskan bermakna aku jadi anak saudara yang tidak mengenang budi. Aku tidak hendak jadi macam itu.

Dalam cerita ni juga lah aku belajar warna hijau itik serati ( warna pada kepala itik tu ).
Petikan - petikan yang menarik dalam Novel ini.

" Saya dah bertunang " Aku beritahu dia tiba-tiba. Tah tahulah kenapa aku boleh cakap macam tu. Mungkin sebab aku bodoh sangat. Tetapi aku rasa aku betul. Mungkin buat pengumuman satu negeri Pahang. Aku cuma cakap pada dia saja. Tak slah rasanya. Jadi, tak payahlah nak tuduh aku gatal atau apa-apa. Aku beranikan diri pandang muka dia. Masa itu dia juga pandang aku. Mungkin dia ada sebut dalam hati 'tak tanya pun'. Mungkin dia ada cakap juga , apa hal pulak minah ni beritahu dah bertunang.
"Oh!" Dia cuma cakap itu saja dan tak sebut langsung 'tak tanya pun'.
"Apa Kerjanya" Dua bertanya.
Masa itu aku rasa ada benda tersangkut di anak tekak. Rupa-rupanya roti tadi tak sempat lepas dia dah tanyasoalan sepumas. Dah rasa kena cekik pun ada. Jangankan kerja, nama pun aku tak tahu. Dia hulurkan gelas berisi jus oren yang belum diminum. Tahu agaknya aku tercekik. Kemudian dengan lambat-lambat aku gelengkan kepala.
" Saya senior manager di salah sebuah syarikat perkapalan yang beribu pejabat di Perlabuhan Klang dan juga Kuantan". Dia jawab begitu. Macamlah tadi aku tanya dia kerja apa.
" Dah berapa lama bertunang?" Dia tanya lagi
" Minggu lepas!" Aku gosokpula cincin tunangku yang tersarung dijari manis.
" Oh! Thaniah!" Dia jawab perlahan.


Lagu yang Atikah nyanyikan semasa majlis harijadi sahabatnya.



" Assalammualaikum" Katanya perlahan.
Betullah dia. Itu memang suara dia. Jadi tak ada acara tipu-tipu ketika itu. Aku pandang tepat wajahnya. Masa itulah aku nampak dia angkat kening dan tersenyum. Hantu betul! Masa ini pun dia nak main-main dengan aku.
" Waalaikumusalam..." Aku jawab lambat dan perlahan.
" Saya Syed Adriz ". Dia perkenalkan dirinya lalu duduk dihadapanku.
Mataku sudah mula pedih.Dah tak tertahan.Aku terpaksa tutup hidung dan mulut bila air mata mula merebaskan dengan tangan kiriku.
"Sayang, jangan menangis!" Dia cakap dengan perlahan sambil pegang tangan kananku.
" Hisy, orang pandang tu. Nanti nampak sangat kena kahwin paksa. Ke orang ingat kita kena kahwin tangkap basah!" Dia buat lawak.
" Sabar sayang.... semuanya dah selesai." Dia pujuk aku lagi.Kemudia dia ambil kotak cincin daripada tangan seorang lelaki yang mungkin sebaya dia.

" Betul ke abang dah sepuluh tahun kenal tie?" Aku soal dia. Memang dah lama nak tanya serita sebenar, tetapi saban waktu astik tertangguh sehingga aku terlupa terus kerana sudah banyak cerita baru didalam hidup kami.
"hmmmm.."
"Tapi kenap Tie tak tahu?"
"Sebab Tie tak sedar...? Dia pegang hari-jemariku selepas jari - jemari yang sama usap rambut dia tadi.
"Ingat lagi hari ayah Tie meninggal?"
" Tie menangis tak berhenti sampai Tie lupa tangan siapa yang Tie pegang masa bawa turun jenazah ayah Tie". Aku tak ingat apa-apa tentang tu. Betul-betul tak ingat sebab aku sedih sangat.
"Tie dah menangis disisi abang"
Oh! Begitu rupanya. Jadi betullah aku perempuan yang menangis disisi dia? Jadi .. akulah perempuan tu? Kenapa aku tak sedar? Kenapa tak tahu perkara penting begitu?
" Abang dah mula suka Tie sejak hari tu. Abang dah janji, abang akan ambil Tie jadi isteri abang satu hati nanti, Dan sekarang abang dah berjaya tunaikan impian abang. Abang rasa bahagia sangat!"

Tuesday 29 May 2012

NOVEL OMBAK RINDU


Tahun 2011 digegarkan satu fenomena baru di panggung wayang OMBAK RINDU. Siapa tak tahu Lakonan AARON AZIZ dan MAYA KARIN yang mantap dalam Filem itu. Cerita adaptasi Novel sekali lagi menggegarkan dunia hiburan tanah air. Ada sesetengah pendapat cerita Novel lagi best dari Filem. Kalau semua baca novel siapa pulak nak tengok Filem.

 


Jom kita review novel Ombak Rindu , Mengisahkan Izzah , gadis yatim oiatu yang kematian orang tua akibat kemalangan jalan raya. Dia terpaksa tinggal bersama bapa saudaranya, Pak Cik Taha. Namun , Kehadirannya di dalam keluarga itu dianggap sebagai pembawa malang. Disebabkan tabiat suka berjudi, Pak Cik Tha sanggup menjual anak saudaranya itu kepada tauke kelab malam. Izzah terpaksa walaupun hatinya tidak rela diperlakukan sebegitu. Namun sebagai wanita, dia pasrah.

Disitu, Izzah telah berkenalan dengan Hariz. Atas dasar simpati, hariz telah membawa Izzah keluar dari meraka jahanam itu. Hariz juga bersetuju mengahwini Izzah, tetapi dengan syarat. Perkahwinan ini mesti dirahsiakan daripada Datuk Sufiah.

Tanpa disedari perassan sayang mula berputik dihati Izzah. Namun, Hariz dipaksa mengahwini Mila Amylia. 

Petikan - petikan yang menarik dalam Novel . 

" Tolonglah pakcik, Izzah nak balik. Izzah tak nak keja kat sini" rayu Izzah tetapi tidak dihiraukan.
" Kalau kau tak nak buat apa yang aku suruh , aku akan jual kau terus pada tauke tu. Sekarang ni, aku cuma nak kau kerja jadi pelayan kelab malam aje. Banyak dapat duit. Kau cantik. Aku yakin ramai yang suka kat kau nanti. Baik nasib kau , mungkin kau akan kahwin dengan Lelaki kaya. Mereka yang datang kat sini semuanya banyak duit, Kau tau tak."  Pakcik Taha mencengkam lengan Izzah dengan kuat. Kemudian dibawanya berjumpa dengan lelaki yang sedang menunggu.
"Taha! wah, lu punya anak sedala banyak cantik ohhh.."
Lelaki itu tersenyum sumbing sambil meratahi wajah dan tubuh Izzah. Izzah ingin lari tetapi genggaman tangan Pakcik Taha amat kuat. Dia berasa takut dengan apa yang bakal terjadi sebentar lagi. Tangisannya tidak dipedulikan.


aku suka lagu ni

Friday 25 May 2012

1 DEKAD AKU BERSAMA DIA


Tanggal 25hb Mei 2002 , terngiang - ngiang lafaz nikah yang di ucapkan oleh suami aku dulu . Rasa bagai semalam peristiwa itu berlalu. Pelbagai rintangan dan cobaan hidup berumahtangga ni. Mensyukuri kebesaranNya kerana memanjangkan jodoh aku dan hidup bersama dia yang bergelar suami. Hidup didunia ini penuh cabaran yang kadang kala sukar untuk diduga. Dalam satu dekad ini beberapa cerita sedih berlaku, tiga kehilangan insan tersayang. Kehilangan kakak telah pergi untuk selamanya akibat kemalangan dua hari sebelum menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Pemergian Arwah bapa metua disebabkan sakit jantung. Yang terbesar sekali bagi aku ialah pemergian mak. Walaupun kehilangan itu dah bertahun berlaku ia masih segar dalam ingatan. Setiap duka yang Allah beri pasti ada gembira yang Allah berikan pada hambanya. Aku dikurniakan tiga orang cahaya mata sepanjang perjalanan 10 tahun ini. Dua orang perempuan dan Seorang lelaki. Anak pertama Nur Eizzara Hani sembilan tahun sudah bersekolah di darjah tiga. Anak kedua Muhammad Eizham Najmi berusia tujuh tahun dan kini bersekolah didarjah satu. Anak ketiga Nur Eizzati kini lima tahun baru tadika. Merekalah permata hati aku.
Mereka juga menggantikan semangat aku yaang telah hilang. Anugerah dan amanah yang tak ternilai yang Allah telah berikan pada aku dan suami. Insyaallah istana yang dibina 1 dekad ini akan lebih bahagia dan di redhai hingga keakhir hayat. Bersama insan tersayang dan tercinta. Kerana tanpa mereka disisi aku aku tak akan berada disini sekarang. Sayang terima kasih kerana masih disisi dan menemani aku di kala aku susah , sedih , sepi , suka , senang , gembira dan entah apa - apa perasaan yang aku alami selama satu dekad ini. Untuk anak - anak umie Eizzara , eizham dan Eizzati kalian hadir satu anugerah yang tak terhingga.

Wednesday 23 May 2012

NOVEL KASIH YANG SUCI

Ini antara koleksi novel saya , Saya beli bila saya menyaksikan slot AKASIA di TV3 Nora Elena 7.00 - 8.00 malam . Masa tu menjadi kegilaan seluruh kaum wanita di Malaysia ni nak cari lelaki macam Seth Tan. Romantis , penyanyang sabar dan macam- macam lah semua ada pada Seth Tan ...  Termasuklah saya ... hehheeh . Bila hero hensem saya  pun terpacak kat depan TV tepat pada masanya. Hero pujaan AARON AZIZ siapa tak kenal. Digandingkan dengan heroin baru SITI SALEHA memang manap cerita tu. Novel dan cerita TV banyak beza, kalau nak feel lebih baca novel sebab kalau malas baca novel tengok slot AKASIA TV3 saya download dari episod 1 hingga 24 . Novel KASIH YANG SUCI karya Meen Zulaikha terbitan ALAF 21. Novel yang setebal 559 muka surat ini memang menghiburkan. Masa aku beli novel ini telah tercatak sebanyak 13 cetakan (wooow banyaknya ). 


Jom kita layan novel ini... bagi yang telah menyaksikan slot AKASIA di TV3 mesti dah tahu.
 Ia mengisahkan Seorang gadis bernama Nora Elena. Sepuluh tahun yang lalu, kesuciannya telah dinodai. Andai masa boleh diulang kembali pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham tunangnya pernah pergi kerana tragedi ini. Tiba- tiba muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena , cinta yang bermula dari pandang pertama.Namun kenyataan tidak seindah impian. hangatnya asmara Seth, namun hanay dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama.Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tak dapat dipegang. Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. sebanarnya .... Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kasihnya yang suci. Nora Elena akhirnya reda menerima seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya diakhirat nanti.


Petikan - petikan yang menarik dalam Novel ini.

" I dah suruh mama dan papa jumpa orang tua you. Maafkan I sebab terpaksa mengundur diri disaat-saat akhir begini. Mungkin kita tak ada jodoh ..." kata-kata itu turut merobek hatinya sendiri. Dia benar-benar kecewa kerana gagal mempertahankan cinta pertamanya. Dia kecundang melawan desakan egonya sebagai seorang lelaki. Elena yang sedari tadi menekur lantai mendongak. Saiful Idham sudah pun secara rasmi menjatuhkan hukuman. Sekian lama menganyam inpian , hanya dengan satu panggilan telefon sekelip mata semuanya hancur berkecai. Dia terasa hendak meraung melepaskan perasaan. Mimpi ngerinya menjadi kenyataan, Saiful Idham telah membuangnya.

"Kedatangan saya ini mungkin memeranjatkan semua. Tapi saya membawa hajat yang besar. Pak cik , kalau tiada halangan saya ingin melamar Nora Elena menjadi isteri saya " ujar Seth tenang. Sejak tadi dia telah merangka- rangka ayat itu.
"Izinkan saya..." pinta Seth sopan setalah dilihatnya Elena membisu.
"Sebenarnya, saya ikhlas hendak memperisterikan Nora. Dah lama saya simpan hasrat ni, tapi dulu dia tunangan orang. Sekarang ni Nora pun dah bersetuju, jadi saya harap pak cik sekeluarga merestuilah kami" ujar Seth.


"Seth.." panggil Elena. "Seth!" teriak Elena lebih kuat lagi. Seth berpura-pura tidak mendengar. dia mengalihkan perhatiannya ke kolam ikan. Hnay itu saja caranya mengajar isterinya yang degil ini.

"Sengaja buat- buat tak dengar ya" rungut Elena. Seth ketawa didalam hati mendengar omelan isterinya.
"Abang" teriak Elena lagi. Kali ini begitu perlahan hampir tidak kedengaran. seth berpaling. dia mengengsot sedikit memberi ruang untuk elena disisinya.
"Esok, sya mula kerja. Seganlah Pak Ali hantar dan jemput. Saya tak senang hati nak buat kerja sendiri macam dulu" elena meluahkan kerisauannya.
"kan bagus pergi kerja ada orang hantar dan jemput. Mana ada sekretari lain yang mampu pakai dreber! Nora sorang je" usik Seth mencuit hidung isterinya.


 " Awak yang musnahkan kebahagian hidup saya. Setelah awak ragut kesucian saya, tergamak awak menceritakankepada Saiful Idham sedangkan awak tahu kami saling mencintai... awak memang kejam! Saya yang buta hati langsung tak fikir awaklah orangnya. Patutlah awak tak ambil peduli kisah silam saya. Rupa-rupanya awaklah punca segalanya." bidas Elena lagi.

"Tapi Nora jangan lupa .... abang tak paksa Nora kahwin dengan abang. Abang beri Nora peluang buat pilihan. Masa abang tanya sama ada Nora nak balik pada dia, Nora pilih abang. Jadi Nora tak patut ungkit lagi kisah ni." Seth cuba membela diri.




Episod 1
Selepas 10 tahun kejadian hitam , Elina menjadi seorang yang enti lelaki. Kini Elina menerima lelaki yang bernama Saiful Idham sebagai tunangnya. Setiap kali balik kerja Elina terpaksa naik teksi atau bas bila tunang pergi outstation. Idh yang sering kali membuat kerja-kerja luar membuatkan Elina mengeluh sendiri. Suatu hari Elina terlanggar Seth di kafe. Baju Seth tertumpah air. Tanpa sempat Elina meminta maaf Seth berlalu pergi kerana menjawab panggilan telifon. Seth terserempak lagi dengan Elina dan memberi baju yang kotor untuk Elina basuh sebagai tanda minta maaf. Elina berjanji akan memulangkan baju setelah dicuci. Seth merasakan dia pernah berjumpa dengan Elina . Tetapi dia tak pasti gadis yang dicarinya 10 tahun dulu adalah Elina. 
Jom tonton link ini : Nora Elena episod 1

Episod 2 

Jom tonton link ini : 
Episod 3

Episod 4

Episod 5

Episod 6

Episod 7
Dengan cemburu yang berapi Idham menuduh Nora Elina Ada hubungan dengan Seth. Idham meminta keluarganya memutuskan pertunangannya dengan Nora. Bila keluarga Idham datang memutuskan pertunangan mak Nora tak boleh terima. Kerana terlalu terkejut Mak Nora dimasukkan ke hospital kerana tekanan darah tinggi yang melampau. Nora terkejut bila mendapat panggilan dari ayahnya dari kampung mengatakan maknya dimasukkan kan ke hospital. Seth menawarkan diri untuk menghantar Nora balik ke kampong. Dalam perjalanan ke kampung juga Seth meminta maaf dengan Nora atas apa yang berlaku. Sampai je Hospital Nora terus berjumpa dengan maknya yang terlantar sakit. Ayah Nora menceritakan apa yang berlaku . Nora memohon maaf kerana tak dapat selamatkan pertunangannya dengan Idham. Seth menjadi pemerhati dari jauh terkejut bila mendengar berita yang disampaikan oleh ayah Nora. Nora menyalahkan kehadiran Seth yang mengeruhkan keadaan. Yvone cuba menghasut Idham dan membuat cerita buruk sakit hati bila Idham dah tak kisah apa yang akan berlaku pada Nora.

Episod 8
Nora bersyukur kerana maknya sudah sedar. Tapi mak Nora masih tak boleh terima berita putus tunang. Seth menawarkan diri untuk menggantikan tempat Idham. Seth juga melamar Nora tetapi Nora tidak menyangka Seth boleh bertindak sebegitu. Seth cuba menyakinkan Nora kerana dia telah mencintai Nora 10 tahun dulu. Nora terkejut dengan luahan hati Seth yang begitu tulus. Seth memperkenalkan diri dengan ayah dan mak Nora. Kehadiran Seth disambut baik  bila Seth menceritakan keluarganya dulu pernah tinggal dikampung yang sama.  Seth memberanikan diri untuk bercakap dengan ayah dan mak Nora tentang hasrat hatinya menikahi Nora. Demi menutup malu Seth sanggup menggantikan tempat Idham. Malik dan Dira pergi ke Penang untuk memujuk Idham dan menceritakan hal sebenar. Nora bingung bila maknya memaksa menerima pinangan Seth. Hati Nora masih mengharapkan Idham dapat menerima dirinya kembali.

Episod 9
Seth cuba memenangi hati Nora tapi gagal. Mak Nora sakit kembali selepas ayah Nora memberitahu untuk membatalkan majlis kahwin. Mak Nora tak mahu menaggung malu. Demi keluarga Nora terpaksa menarima lamaran Seth kerana tak mahu menanggung malu. Yvone macam orang gila mencari Seth. Seth pula tidak mengindahkan hal - hal office dirinya hanya ada Nora sahaja. Bila Nora memberitahu yang Seth bersetuju dan menerima pinangannya Seth terlalu gembira. Seth menyuruh Pak Ali dan Kak Pah untuk meminang Nora sebagai wakil. 

Episod 10

Episod 11
Selepas majlis perkahwinan Nora dan Seth memulakan kehidupan suami isteri. Seth cuba belajar cara hidup orang melayu. Yvone rasa macam tak percaya lelaki yang selama ini di cintai telah berkahwin dengan perempuan lain. Maria orang yang paling gembira kerana mendapat kakak ipar dan merangkap kawan baiknya. Maria cuba mengorek cerita bagaimana permulaan cerita cinta Seth dengan Nora tetapi Nora masih menyembunyikan perkara sebanarnya.  Kerana kecewa Idham menerima tawaran kerja di Qatar. Dia juga menyesal kerana tidak mendengar nasihat malik yang banyak menolongnya. 

Episod 12

Episod 13

Episod 14

Episod 15

Episod 16

Episod 17

Episod 18

Episod 19

Episod 20

Episod 21

Episod 22

Episod 23

Episod 24








Monday 21 May 2012

KOLEKSI KOLEKSI NOVEL YANG AKU PINJAM DARI SAHABAT


Selain dari aku membeli secara Online , aku ada bertukar- tukar novel dengan seorang kawan di office ini. Nurul Haiza nama diberi. Dia yang banyak mengajar aku menjadi PECINTA NOVEL . Selain itu aku juga berkongsi dan berbincang Novel apa yang kami akan beli heheheehhe... teruk betul aku nikan ... what ever lahhhh. Haiza suka beli secara online di KAKINOVEL diatara novel - novel yang aku pinjam dari simpanan beliau adalah :-



antara Novel pilihan saya KUSERU RINDU ITU karya Hanni Ramsul . Aku juga memiliki koleksi karya Hanni Ramsul PERGILAH AIR MATA. Memang terbaik jika ada kesempatan nanti saya akan buat review novel-novel ini.




Ini Novel agak berat ceritanya, aku sendiri tak sanggup nak habiskan ( tak khatam lagi ) ada sesiapa nak tolong fahamkan aku baru separuh baca. Haiza akak minta maaf sebab akak suruh awak beli. Dan tak habis baca lagi sebab akak susah nak hayati ceritanya.

Friday 18 May 2012

KOLEKSI - KOLEKSI NOVEL MILIK AKU KARYASENI

Karyaseni nama tak asing bagi penggemar membaca novel . Ia juga menerbitkan Novel - novel melayu dan mencungkit bakat - bakat baru. Di antara novel dalam pelukan aku










Novel pilihan aku untuk karya seni TERLERAI KASIH. Ia ada kelebihan tersendiri. Sukar nak dikatakan dengan kata - kata. cerita lain bukan tak best , memang berbaik dari aku yang langsung tak tahu menulis. Aku juga akan buat review kesemua novel - novel yang aku baca ni untuk dikongsikan bersama.



Aku masih menunggu Novel ini. Masa pesta buku yang lepas terlepas masa tu dah habis stock. Sekarang ni sabar menanti karyaseni buka pembelian secara online. ( tak sabar nak peluk papa ehsan )

Thursday 17 May 2012

KOLEKSI KOLEKSI NOVEL MILIKKU KAKI NOVEL

Dulu aku memang buta IT. bab online memang aku tak tahu ataupun tak nak ambil tahu. Di zaman yang serba canggih ni aku belajar benda baru buat diri aku mungkin bukan pada orang lain ... Kaki novel menerbitkan novel-novel melayu dan mencungkil bakat - bakat penulis muda. Aku berjinak-jinak membaca novel web penulisan2u.com aku terus menlangkah membaca Enovel dari blog - blog penulis dan ini diantara Novel - novel dalam pelukan aku.













Ini ada lah koleksi peribadi aku. nanti jika ada kesempatan aku akan buat review sekemua novel ini. Novel pilihan aku adalah AKU YANG KAU TINGGALKAN dan MAAF JIKA AKU TAK SEMPURNA. Novel ini ada sentuhan tersendiri membuatkan aku tak pernah jemu membaca dan terus membaca.


Novel bakal dalam pelukan KEA karya Arrasharrina keluaran bulan mei

Tuesday 15 May 2012

KOLEKSI-KOLEKSI MILIK AKU FAJAR PAKEER























Novel ni aku beli 2 bulan lepas , TUAN RUMAH PEMBANTU RUMAH karya ORKID EDYLIYNE cerita yang menarik dan kelakar pun ada.Novel JODOH KAU DAN AKU karya AFIFAH YUSOF baby pertama beliau.

Monday 14 May 2012

KASIH IBU

Sambutan hari ibu baru-baru ini mengingatkan aku pada Arwah mak. Tahun ni tahun yang ke empat pemergiannya. Setiap kali rindu aku sedekahkan Al fatihah untuknya. Pemergiannya membuat hidup aku kosong, hilang entah kemana. Mungkin aku anak bungsunya yang terlalu manja. Dari kecil aku tak pernah berpisah dengan mak .... kalau berpisah pun mesti ada sebab. Teringat aku masa aku di tingkat 4 dan 5 dulu aku bersekolah berasrama penuh di Sekolah Teknik Pertanian Teluk Intan. Mak akan datang ke asrama setiap 2 minggu sekali dan membawa mangkok tingkat. Dalam mangkok tingkat tu mesti ada Ketam sambal @ ketam masak merah( lauk kegemaran aku ). Mak akan lakukan apa saja untuk kegembiraan anak-anaknya. Aku tahu hidupnya sunyi tanpa suami. Mak tak pernah mengeluh depan anak - anak. Kepayahan , sesusahan dan keperitan hidup tanpa suami. Mampukah aku setabah mak untuk mengharungi hidup didunia ini. Walaupun aku tahu keluarga aku taklah sesenang mana aku cukup bahagia. Kini mak dalam kenangan hanya Al-fatihah saya yang mampu kukirimkan di kala kerinduan membara. Akan kuteruskan hidup bersama kenanganmu kerana aku kini juga bergelar seorang ibu.   

Saturday 12 May 2012

KOLEKSI-KOLEKSI MILIK AKU ALAF 21





Ini antara novel yang aku ada untuk terbitan Alaf 21 ,Aku belum boleh dikatakan pembaca tegar tapi aku masih ada koleksi dari terbitan lain iaitu Karya seni & Kaki novel .
      

Thursday 10 May 2012

NOVEL SETIA HUJUNG NYAWA


Aku hanya ingin bersamamu kerana aku telah terlanjur mencintaimu



Ini adalah novel pertama yang dibeli secara online. Novel Setia Hujung Nyawa karya  Fatin Nabila terbitan Alaf 21. Novel setebal 469 muka surat ni akan diadaptasi dalam slot Akasia TV3 pertengahan bulan Disember ini. Dari ringkasan kulit novel cerita ini nampak menarik dan mencuri perhatian sesiapa yang membacanya.


Ersalina Imani dan Zain Hakimi adalah watak utama dalam novel ini. Bermulanya cerita Ersalina seorang gadis 17 tahun menunggu keputusan SPM. Gadis yang terlalu naif tentang kehidupan dan pernah terlanjur bersama teman lelakinya. Dia juga tidak tahu apa akibatnya dimasa akan datang. Ersalina dilamar oleh Datin Adibah untuk mejadi menantu bidang terjun dan isteri kepada anaknya Zain Hakimi menggantikan tempat Sofea hilang entah kemana. Kelembutan dan keayuan Ersalina menambat hati Datin Adibah. Haliza ( ibu Ersalina ) menerima pinangan Datin Adibah bagi menutup satu rahsia yang akan memalukan keluarga. Tanpa memikirkan akibatnya, mereka dikhawinkan dengan perkenalan kurang dari seminggu. Bermula episod kehidupan baru Ersalina dan Zain sebagai suami isteri. 

Mereka memilih untuk menjadi rakan serumah dan belajar untuk menyemai rasa cinta . Tat kala perasaan cinta sudah membara dan berjanji untuk menjalinkan hubungan suami isteri. Zain terkejut bila Ersalina keguguran, isteri yang belum sempat disentuh . Disinilah pergolakan rumah tangga mereka bermula. Zain merasa dirinya tertipu dan memujuk hati dan untuk menerima Ersalina dalam hidupnya demi menjaga hati keluarga dikedua belah pihak . Kemarahan dan amukan Zain dah menjadi rencah kehiduapan Ersalina. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Perasaan cinta Zain yang terlalu dalam pada Ersalina, Zain menerima Ersalina kembali sebagai isteri sepenuhnya.

Dugaan terus membadai, Zain terlibat dalam kemalangan dan rahsia yang disimpan rapi terbongkar dan didengari oleh Datin Adibah. Zain Koma ... Datin Adibah membenci Ersalina dan keluarga dan menganggap keluarga Ersalina menipu dan mengambil kesempatan diatas keluarganya. Ersalina berjanji dan tekad ingin setia hingga kehujung nyawa walau apa terjadi sekalipun . Sedar dari koma Datin Adibah memaksa Zain menceraikan Ersalina dan berjanji mencari isteri yang jauh lebih baik dari Ersalina. Sibuk mencari menantu yang berbaik Datin Adibah dikejutkan satu berita yang tidak disangka-sangka. 8 tahun yang lalu zain juga pernah merosakkan anak gadis orang dan tidak mahu bertanggungjawab. ia memberi alasan kerana mereka terlalu muda ketika itu. kesudahan cerita ni happy ending.

Photo: inilah Ersalina Imani dan Zain Hakimi, teraju utama drama Setia Hujung Nyawa... hasil cilok di twiter suhan movies...
Inilah Ersalina dan Zain dalam drama Setia hujung nyawa Pertengahan Disember ini


Sinopsis dari kulit novel


Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.



Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.



Petikan - petikan yanga menarik dari dalam novel ini:-
Siibu merahsiakan berita baru yang baru diterima.
"Tolonglah, doktor. Perkara ini rahsia kita berdua." Haliza memegang lengan Dr. Suria. Sesekali matanya beralih pada Ersalina yang terbaring.
"Kita berdua?" Dr. Suria mengangkat sedikit cermin matanya yang melorot ke hidung. Kemudian memandang wajah Ersalina yang outih bersih. Kejelitaan anak perempuan Haliza itu memang mempersonakan mata.
"Lina pun tak perlu diberitahu perkara ni. Saya tank nak dia susag hati."
"Tapi nanti, macam mana kalau..."Dr. Suria mempamerkan riak keliru dan tidak faham. Mana mungkin dia boleh merahsiakan perkara ini daripada tuan punya badan sendiri. Memang tidak masuk akal!
"Saya akan fikirkan yang terbaik buat anak saya." Mata Dr. Suria membulat memandang wajah Haliza. Hatinya jadi berbolak balik, mula menelah sesuatu yang diluar jangkauan.
"Doktor jangan risau, saya tak akan buat yang bukan-bukan." Haliza seakan memahami fikiran Dr. Suria saat ini. Bercabang-cabang dahan fikiranyanya, namun tidak terlintas mahu selesaikan masalah dengan cara yang membawa kemungkaran. MOhon dijauhkan daripad demikian. Perlahan didir Dr. suria melorek senyuman. dia kenal hari budi Haliza. Wanita itu tidak akan melakukan sesuatu yang diluar jangkauan. Hatinya menyakini keluhan hati Haliza.
"Janji ya, doktor? Hanya kita berdua yang tahu?" Haliza merayu lagi. Air mata dipipi mengalir lesu. Hatinya saat ini, hanya Allah yang tahu betapa berselirat dengan seribu liku. 


Zain Bengang Bila Sofea tiba-tiba berubah hati.
"Sofea, you tak boleh baut macam ni. Kita dah rancangkan semuanya. You pun tahu sejauh mana hubungan kita. Betapa I sayangkan you epenuh hati I." Zain Hakimi separuh menjerit di telefon bimbitnya. Apabila mendengar talian sudah duputuskan Sofea, dia mendegus marah sambil mendail berkali-kali. Namun, talian sudah dimatikan. Sudahnya, dia melemparkan telefon kecil itu ke dinding sehingga berkecai dan bersepai mengeluarkan 'isi perut'nya. Dia menghampas badannya ke atas katil. Kedua-dua tangannya mencengkam erat rambutnya. Sakit hati tidak tergambar dengan kata-kata. Mengapa Sofea tiba-tiaba saja ke luar negara dan mengambil keputusan untuk terus menetap disana? Bagaimana dengan angan- angan mereka? ke mana hendak dihalakan impian yang sedang mereka rancangkan?
"Zain.." Lembut suara Datin Adibah memanggil. Sewaktu menoleh, Datin Adibah sudah berdiri dihadapannya. Tidak sedar bunyi pintu yang dikuak mummynya itu.
"Eh, kenapa ni? Muka itu keruh macam ada masalah besar." Bulat mata Datin Adubah meneliti wajah anak bujangnya yang kusut. Masak sangat dengan air muka putera tunggalnya itu. Apabila marah, gembira mahupun sedih, hanya sekilas pandang dia mampu menyelami perasaan Zain.
Zain melepaskan keluhan yang berat. Bagaimana untuk menerangkan kepada mummy?? udalah untuk dapatkan restu mummy agar merestui hubungannya dengan Sofea bukan mudah. Memaksa dia berlutut merayu kepada mummy agar menerima Sofea sebangai calon isterinya. Beberapa hari Datin Adilah melancarkan perang dingin dan mogok trhadapnya, tanda protes pada hubungannya dengan Sofea. Pelbagai cara dilakukan demi membeli hati dan memohon restu. Dia yang tidak pernah ke dapur, terpaksa melecehkan tangan untuk cuba menyediakan sandwic tuna kesukaan mummy melalui buku masakan. Hingga akhirnya hati Datin Adubah terpujuk menerima Sofea. Tetapi kini, musibah ini pula yang menimpa. Sofea jauh di luar negara. Dia tidak akan mampu memujuk Sofea untuk pulang dalam tempoh seminggu ini.
"Apa ni?" Tinggi syara Datin Adibah seraya menapak di dinding. telefon Zain yang bersepai dikutipnya. Segera dia memahami bahawa Azi dilanda masalah besarjika begitu tingkah anaknya. Pasti tahap masalah anak itu menemui jalan buntu.
"Zain , apa yang dah berlaku?" soal Datin Adibah dengan perasaan yang kurang enak. Punggungnya dilabuhkan ke sisi Zain dibirai katil.
"Mummy, Sofea dah pergi ke luar negara."

Memohon Keizinan , memeranjatkan Si ayah
"Apa yang mama nak beritahu abang?" Haliza memejam mata. Nafasnya terhembus deras. pelik Badri melihatkan tingkah isterinya. Ada apa sebenarnya?
"Abang, Datin Adibah melamar Ersalina untuk anak bujang dia." Bagaikan terlepas bebanan hutang saat ungkapan itu terbit dari bibirnya.
""Melamar Ersalina?" Membutang biji mata Badri. Haliza mengangguk. Dadanya berdebar kencang. Setujulah, bang... pintanya didalam hati. Tetapi mustahil untuk Badri merestuinya.
"Gila!" Badri mendengus. "Adik tu baru 18 tahun. SPM pun belum keluar keputusan lagi."
"Datin Adibah tu baik. Keturunan yang dipandng orang. Peluang baik macam ni bukan mudah, abang."
"Jadi, mama setujulah? kata mama, bau lagi kenal rapat dengan Datin Adilah tu," sindir Badri. "Nak pulak pulak mama berbesan dengan Datin?"
"Bukan gitu, abang. Mama tak pandang semua tu, Kita dah cukup senang tanpa menumpang harta orang, abang." Badri melempar pandangan. Dia kenal Haliza. Isterinya bukanlah seorang yang memandang kebendaan. Bukan gelap mata dengan kebendaan orang. Mereka sudah cukup selesa dan senang biarpun tidak berpangkat.
"Adik tau? tanya Badri. Rasa marah yang bertamu dipendamkan ke sudut hati. Ini bukan tempat yang sesuai untuk meluahkan kemarahan. Haliza menggeleng.
"Tolong jangan beritahu Zakwan pasal ni. Esok-esok dia nak terbang, terjejas fikiran dia teringatkan adik."

Pernikahan dua hati yang tak pernah mengenali , Si ibu pengantin perempuan bersyukur kerana bebannya sudah terlepas dan Si ibu pengantin lelaki bersyukur kerena pengantin perempaun datang sebagai penyelamat.
"Aku terima nikahnya Ersalina Imani binti Badri dengan mas kahwin yang tersebut itu." Lafaz itu bergema lancar dan jelas melalui mikrofon yang dihalakan ke mulut pengantin lelaki. Masjid yang indah itu hening seketika saat doa dibaca. Ersalina sebak saat namanya disebut oleh lelaki yang baru saja sah bergelar suaminya. Dia hanya memerhatikan susuk tubuh suaminya yang duduk menghadap tuan kadi dan membelakangkannya. Dia masih belum melihat wajah suaminya. Sewaktu dibawa dari ruang persalinan dalam masjid ini, lelaki itu sudah bersedia untuk dinikahkan. Sedikit terketar dia sewaktu menurunkan tandatangan atas borang persetujuan nikah. Bukan lagi mimpi, dirinya sah bergelar isteri kepada lelaki bernama Zain Hakimi. Dia sudah menjadi milk leleki yang tak pernah dilihat dan dikenali.
"Assalamualaikum Ersalina... anak mummy nak serungkan cincin." Datin Adibah berkata saat menghampiri Ersalina. Halia disisi Ersalina, Mencapai tangan Ersalina dan dihulurkan kepada Zain yang berdiri disisi Datin Adibah. Ersalina dan Zain bertukar pandangan. Wajah kedua-dua terpamer riak terkejut. Ada gelora dalam hati masing-masing . Eh dia ni?
"Zain, sarungkan cincin," bisik Datin adibah. Wajah Zain yang berubah saat memandang Ersalina saat Ersalina membuatkan dia tertanya sendiri.


Zain Cuba menerima Ersalina sebagai Isterinya.
" Bila agaknya abang boleh tidur dalam bilik ni? atau Lina yang tidur dalam bilik abang? " Zain berdiri dihadapan pintu bilik Ersalina.
" Bila ya ?" ulang Zain lagi . Dia menghampiri isterinya. Matanya merenung romantis wajah Ersalina yang duduk di sisi katil. " Abang yang tentukan waktunya" katanya perlahan. Petanda dia bersedia untuk menyerah. Wajah Sain kegirangan." Tapi bukan Malam ini" ujar Ersalina dalam bisikan. Sengaja mengenakan suaminya.
Bila rahsia terbonngkar
" Anak mama dah tipu saya. Anak mama dah permainkan saya!" Meninggi suara Zain . Tak teperi marahnya. " Bukan salah lina , zain " Sekilas mata zain bertaut dengan mata Haliza. " Apa maksud mama?" Bernada curiga soal Zain.

Mungkin itu takdirnya, Zain cuba menerima.
" Itu jodoh kau sebab tu kau kahwin dengan dia walaupun tak saling mengenali. Terimalah" Suara Hady melatun lagi dimindanya.
" Kau dah mula cintakan dia. Akuilah. Aku tahu kau tak sanggup lepaskan Ersalina sebab itu cinta kau" Kata- kata hady menang tepat.

Pertemuannya dengan Ekin mengimbas kenangan lalu.
" Saya terkenang kisah kita. Saya berdosa pada awak".
" Kita sama-sama berdosa Mohonlah keampunan pada ALLAH" Bicara Ekin juga kedengaran pahit " Saya tak patut buat awak begitu. Musnahkan masa depan awak dan tak bertanggungjawab" "Maafkan saya Ekin. ampunkan saya " bicara Zain sebak . Rasa berdosa begitu menghempapnya.



Sepotong Ayat  :" LELAKI yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina ataupun perempuan musyrik, dan perempuan yang berzina tidak mengahwini melainkan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan ke atas orang - orang yang beriman" ( Surah Al-Nur : 3)
 Note :
kepada sesiapa yang ingin mendapatkan novel ini boleh dapatkan di:
online di Karangkraf Mall menerusi pautan
 http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=2934 hari ini! =)


---------------------------------------------------- SEKIAN ---------------------------------------------

Setia Hujung Nyawa Raya.
Pada sesiapa yang terlepas menonon Setia Hujung Nyawa edisi raya jom tonton sama - sama dengan saya. Semasa ditayangkan di TV sibuk memasang rendang didapur... hehehhe masak ke ???? 





Edisi Drama  




OST Untuk Drama Setia Hujung Nyawa

( Minggu pertama Episod 1 - 4 ) - Episod pengenalan

Episod 1
Episod pertama episod perkenalan , Ersalina mempunyai keluarga bahagia. Mempunyai seorang abang Zakwan, yang berkerja Juruterbang. Ersalina suka menghabiskan masa dengan kawannya Zehra. Ikram, abang Zehra cuba memikat Ersalina dalam diam. Tetapi lain pula pada keluarga Zain. Zain mencintai Sofea tetapi perhubungan mereka tidak direstui oleh mummy Datin Adibah. Pelbagai cara Datin Adibah buat agar perhubungan mereka diputuskan.

Episod 2
Perhubungan Zain dan sofea semakin tegang .Datin Adibah semakin mendesak agar Zain dapat mengubah keadaan dan cara hidup Sofea yang suka pergi ke kelab malam. Sofea tertekan bila Zain asyik mengikut telunjuk Mummynya sehingga tiada pendirian. Bila perhubungan Ersalina dan Ikram mula baik , Ersalina dikejutkan dengan berita keluarga Ikram akan berberhijrah ke luar negara .

Episod 3
Sofea lebih mendesak membuatkan Zain tertekan. Hadi sahabat zain selalu mendengar keluhan dan masalah Zain. Episod ini ditambah pasal kasut. Zain membeli kasut dan kasut yang Zain beli telah tertukar dengan kasut Ersalina. Ersalina berjanji untuk memulangkan kasut itu tetapi ada saja masalah yang menghalang. Haliza pula stress bila suaminya selalu pergi outstation ( penang ) dan dia mengesyaki suaminya sesuatu yang tak kena. 

Episod 4 
Ersalina terus menanti berita dari Ikram tapi tiada jawapan. Haliza dikejutkan dengan berita Ersalina mengandung. Datin Adibah mengupah penyiasat untuk mengintip aktiviti Sofea. Datin Adibah kecewa kerana Sofea tetap dengan aktivitinya ke kelab malam. Sofea menghilangkan diri setelah bertengkar dengan Zain. Tarikh perkahwinan mereka semakin hampir Datin Adibah sibuk mencari pengganti Sofea. Sehingga Datin Adibah bertemu dengan Ersalina .   


( Minggu kedua Episod 5 - 8 ) 
Episod 5
Datin Adibah terus mendesak agar keluarga Ersalina menerima pinangannya. Ersalina pula kecewa dengan Ikram yang terus menyepi. Kerana terlalu kecewa Erslina menerima pinangan Datin Adibah. Ayah dan abang Ersalina terkejut dengan keputusan Ersalina untuk berkahwin dengan Zain. Dihari pernikahan Ersalina resah dan takut menerima lelaki asing sebagai suami.

Episod 6
Ini episod yang manis , Bermulalah kehidupan Zain dan Ersalina menjalani hidup berkeluarga. Mereka Tinggal di rumah baru ini untuk belajar hidup berdikari. Disinilah bermula detik-detik yang mencuit hati, bila Ersalina cuba memasak .... goreng ikan ..ikan hangus.. lauk masin.. Ersalina anak manja yang tidak pernah membuat kerja-kerja rumah, segalanya serba tak kena bila dilakukan dirumah sendiri. 


Episod 7

Zain banyak menghabiskan masa menceritakan aktivitinya bersama Ersalina dengan Hady. Hady seperti tak berminat mendengar cerita Zain. Dalam tak sedar Zain mula sukakan Ersalina . Begitu juga Ersalina , masing-masing takut untuk meluahkan.  Lantaran itu Ersalina tidak berputus asa belajar memasak untuk menjadi isteri yang baik. Walaupun masih tidak menjadi. Lakonan berbaik-baik depan orang Zain membuatkan Datin Adibah merasa seronok dan tidak menyesal membuat pilihan memilih Ersalina sebagai menantu. 

Episod 8
Perasaan cemburu mula hadir dalam diri Zain. Zain berterima kasih pada Mummy kerana menjodohkannya dengan Ersalina. Zain juga membuat kejutan pada Ersalina dengan membuat kek kegemarannya. Hadi pula cuba mempengaruhi Ersalina mengatakan Zain berkahwin dengannya hanya sekadar mengikut kata mummynya sahaja. Mama Ersalina pula mengesyaki sesuatu yang pelik pada suaminya yang kerap pergi outstation hingga dirinya stress.



( Minggu ketiga Episod 9 - 12 )
Episod 9
Akhirnya Zain meluahkan Isi hatinya Pada Ersalina , terpancar kebahagiaan Zain Dan Ersalina  bila cinta mereka diluahkan. bab kelakar kali ini ialah bila Zain sanggup bertukar wajah menjadi Zain Min Ho kerana minat Ersalina suka tengok cerita Korea. Tetapi Hadi seakan cemburu bila melihat Zain dan Ersalina bahagia. Sekali lagi Hadi mendapat peluang mengapi-apikan Ersalina, dan berkata Zain hanya berpura-pura suka pada Ersalina tapi hatinya tetap suka pada Sofia. Ersalina berjanji pada Zain dia yang akan tentukan bila mereka akan bersama.   


Episod 10
Hari yang ditunggu untuk bersama dinanti dengan penuh debaran. Zain telalu gembira bila Ersallina menerimanya seadanya. Sewaktu mereka meraikan untuk bersama Ersalina jatuh dan Zain terkejut ada darah mengalir di kaki . Zain membawa Ersalina ke hospital dan disahkan Ersalina keguguran. Zain tak boleh terima Ersalina keguguran sedangkan mereka belum pernah bersama. Dalam keadaan runsing Zain kerumah Hadi dan menceritakan apa yang berlaku pada Ersalina. Dalam perkabaran itu Hadi nampak lebih gembira bila mendengar apa yang berlaku pada Zain. Ersalina merasa malu untuk dengan apa yang berlaku. Dia tidak tahu yang dia mengandung dan jika dia tahu dia mengandung dia tidak akan berkahwin dengan Zain.

Episod 11
Zain terlalu kecewa dan melepaskan marahnya pada Ersalina. Ersalina kecewa bila mamanya menyembunyikan rahsia yang dia mengandung. Mama Ersalina cuba merayu pada Zain agar menerima Ersalina seadanya. Ersalina malu untuk berdepan dengan suaminya Zain dalam keadaan ini. Ersalina terus bersedih dan meratapi nasib dirinya. Hadi pula umpama main tarik tali. Dia cuba memujuk Zain supaya tidak marah- marah dan dia juga memasang niat jika Zain melepaskan Ersalina Hadi sanggup menggantikan tempat Zain. Zain mengambil keputusan membawa Ersalina balik kerumah mereka. Walau pun dibantah oleh kedua orang tuanya. Zain memberi alasan untuk berlajar menjaga Ersalina dalam pantang tapi sebenarnya Zain hanya ingin menyakiti dan memarahi Ersalina . 

Episod 12
Kemarahan Zain masih membara. Carian dan cemuhan dari Zain sudah menjadi makanan harian Ersalina bila Zain dirumah. Tangisan dan airmata menjadi teman setia Ersalina. Ersalina menghubungi kawan baiknya Zehra dan menceritakan apa yang telah berlaku pada dirinya. Zehra marah dan memberitahu bahawa abang perlu bertanggungjawab pada Ersalina. Tetapi Ersalina merayu demi perkahwinannya dengan Zain. Zain yang banyak menghabiskan masa dirumah Hady. Hady berpura-pura memujuk Zain agar berbaik - baik dengan Ersalina. Mama Ersalina terlalu bimbangkan Ersalina hingga mengganggu kesihatannya ditambah pula Abah Ersalina kian berubah. 



( Minggu keempat Episod 13 - 16 )
Episod 13
Episod air mata.... Hady memujuk Zain agak Zain menceraikan Ersalina. Ersalina cuba berbaik dan membuat sesuatu yang Zain suka. Ersalina tidak berputus asa walaupun hakikatnya Zain tidak suka dan marah padanya. Abang dan mama Ersalina mengajak Ersalina kerumah untuk berkumpul sekeluarga tetapi tidak mendapat keizinan Zain. Ersalina terpaksa membuat alasan agar keluarganya tidak terasa dan Ersalina menyembungikan hal rumah tangganya yang tidak bahagia. Dalam kekeruhan ini Hady mengambil peluang memperkenalkan Eriza. Eriza yang dari dulu meminati Zain amat seronok bila hady berbuat sedemikian.

Episod 14
Ersalina mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Dia meminta izin Zain untuk menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya. Tetapi Zain tidak benarkan. Dalam masa yang sama Ersalina terkejut bila Ikram datang berjumpa dengannya. Ikram mengharapkan kepastian anak yang gugur dulu adalah anaknya dan Ikram ingin bertanggungjawab. Eriza mula rapat dengan Zain dan Zain pula rasa lemas bila Eriza cuba mengorek cerita tentang rumah tangganya. 

Episod 15
Eriza mula kecewa bila dengan sikap Zain yang tak mengendahkan dirinya. Datin Adibah datang buat kejutan kerumah untuk mengucapkan tahniah pada Ersalina. Malanagnya Mummy Zain dapat menghidu rumah tangga anaknya tidak bahagia. Datin Adibah Memberi cadangan pada Zain dan Ersalina pergi Honeymoon untuk merapatkan kembali hubungan yang renggang. Dalam terpaksa Zain terpaksa bersetuju demi menjaga hati mummynya. Ikram yag sering datang menggangu Ersalina membuatkan Ersalina tak senang duduk. Ersalina terus merayu agar Ikram jangan datang dan mengganggu dirinya lagi kerana Ersalina telah berkahwin. Hadi mengambil peluang untuk menghasut Ersalina supaya tinggalkan Zain jika Zain berterusan memberi layanan buruk pada diri Ersalina.


Episod 16
Seperti yang dipersetujui Zain dan Ersalina pergi Honeymoon, disana mereka lebih banyak bertengkar dalam masa yang sama Zain meluahkan , dia kecewa kerana Ersalina menipu dirinya disaat Zain mula menerima dan menyayanginya. Hady pula memantau apa yang berlaku diantara Zain dan Ersalina. Zain masih tak sedar niat jahat hady yang cuba menangguk di air yang keruh. Ikram pula tidak berputus asa merayu agar Ersalina kembali kepadanya. Ersalina mula lemas dengan desakan dan rayuan dari Ikram. Mama Ersalina risau jika sesuatu yang tak baik berlak pada Ersalina .





(Minggu ke lima Episod 17 - 20 )
Episod 17
Setelah pulang dari honeymoon Ersalina dan Zain pergi ke rumah mummy Zain. Mummy Zain mendesak agak Zain cepat  cepat ada anak. Zain dalam terpaksa memujuk mummy dan berjanji akan memberi cucu secepat mungkin. Dalam perasaan sayu bila mendengar Zain memujuk mummynya. Ikram yang tak pernah putus asa mengejar Ersalina walaupun dia tahu harapan untuk memiliki Ersalina tipis. Walau bagaimana pun Ikram telah menyuarakan dia ingin berjumpa dengan Zain dan ingin memberitahu yang Ersalina pernah mengandungkan anaknya. 

Episod 18
Hidup Ersalina lebih derita bila pulang dari haneymoonnya. Zain sengaja menyakitkan hatinya supaya hatinya puas. Ersalina dapat menghidu perhubungan Zain dan Eriza. Itu semua sengaja semata-mata membuat Ersalina sakit hati. Ikram terus-terusan mengugut Ersalina. Pelbagai rayuan tidak pernah diindahkan. Ini membuat hidup Ersalina lebih tertekan . 

Episod 19
Hady sengaja mendekatkan diri dengan Ersalina. Zain pula seakan perasan yang Ersalina kini tak melawan hanya menurut apa saja. Ikram pula sudah berani datang rumah bila Zain pergi kerja. Hady yang selalu memerhatikan gerak geri Ersalina ternampak Ikram berjumpa Ersalina Dirumah. Hary juga menghasut agar Zain lebih menyakiti hati Ersalina agar Ersalina akan membenci Zain. Eriza juga mengambil peluang untuk rapat dengan Datin Adibah sebagai mengambil hati Mummy Zain.


Episod 20
Zain terkejut bila kawan baik Ersalina , Zehra datang rumah. Zehra menasihatkan abangnya Ikram janagn ganggu rumah tangga Ersalina. Zain membakar semua DVD yang Ikram bagi pada Ersalina. Erisa pula mula rapat dengan Zain. Ikram nampak Zain bersama Eriza keluar bersama dan mendatangkan rasa cemburu pada Ikaram. Hady terus meracuni fikiran Ersalina agar Ersalina minta cerai dari Zain kononnya Zain dah tak sayang pada Ersalina dan Zain kini sudah ada orang lain .

(Minggu ke enam Episod 21 - 24 )
Episod 21
Segala curiga mama Ersalina dan ayahnya terlerai, bila sangkaan suaminya ada hubungan dengan perempuan lain. Akhirnya Zain memberitahu Hady dia ingin menerima Ersalina seadanya. Hady terkejut, Hady memberi pendapat agar Zain mengenal pasti kenapa Ersalina kian berubah. Hary sering mengintip Ersalina dirumah dan terlihat seorang lelaki selalu bersama Ersalina. Dalam masa yang sama Zain melihat Ersalina bersama Ikram dikedai Kek Mama Ersalina. Tambah mengejutkan lagi bila Zain pulang kerumah Ikram turut sama ada dirumahnya. 

Episod 22
Zain dapat merasakan Ersalina menyembunyikan sesuatu. Kehadiran Ikram kerumah tidak disenangi oleh Zain. Zain mengajak Ersalina berpindah kerumah baru. Zain kebilik Ersalina kerana terkejut Ersalina terjatuh lalu pengsan kerana takut darah. Kerana luka didahinya Ersalina bermalam di hospital. Zehra memarahi Zain kerana lalai. Ikram pula mengamuk pada Zain tapi dihalang oleh Ersalina. 

Episod 23
Zain keluar bersendirian tanpa arah . secara kebetulan bertembung dengan Erisa . Erisa mengajak ke rumahnya dan ingin memerangkap Zain tetapi diperhatikan oleh Hady sebangai dalangnya. Ersalina menyaksikan apa yang berlaku atas hasutan Hady . Ersalina begitu kecewa dengan apa yang berlalu. Ersalina mengambil keputusan dan lari dari rumah Zain. Zain memujuk Ersalina agar dapat bersamanya kembali. Dengan berat hati dia kembali kerumah Zain kembali tetapi tidak disenangi oleh Hady kerana Zain berjaya memujuk Ersalina kembali balik kerumah.

Episod 24
Selepas apa yang berlaku Zain dan resalina hidup seperti pasangan suami isteri yang lain. Hady dan Eriza tak senang duduk. Begitu juga Ikram, Ersalina terus tak dapat dihubungi. Keindahan bersama tidak kekal lama Zain terlibat kemalangan. Zain koma dan Ersalina meratapi keadaan Zain yang entah bila akan sedar. 


(Minggu ke tujuh  Episod 25 - 28 ) - minggu akhir 
Episod 25
Ersalina di sahkan mengandung. Dalam Dia menjaga Zain Hady datang dan sengaja mengungkit kisah lama. Tiba-tiba bualan Hady dan Ersalina terdengar oleh Datin Adibah. Datin Adibah naik berang bila mengetahui Ersalina keguguran dulu bukan anak Zain. Datin Adibah melarang Ersalina untuk terus berjumpa dengan Zain. Datin Adibah juga menghalau Ersalina tinggal dirumah Zain. Segala rahsia yg disimpan oleh mama Ersalina diketahui juga oleh ayah Ersalina. Ayah Ersalina menyalahkan Haliza mama Ersalina kerana tidak duduk berbincang menyelesaikan masalah bersama . Haliza juga memohon maaf pada Datin Adibah tetapi tidak dihiraukan. Zain sedar dari koma dan dibawa pulang kerumah tetapi Zain bingung kerana dia tidak dapat berbuat apa-apa. 

Episod 26
Pelbagai cara Ersalina buat untuk berjumpa suaminya Zain. termasuklah berlakon menjadi makcik pembantu rumah.  Zain tersepit antara mummynya dan isteri. Eriza terus cuba menggoda Zain tapi kecewa dengan sikap Zain yang dingin. Ikram dengan rela hati berjumpa dengan Zain dan Ikram menceritakan apa yang berlaku. Zain terima dengan hati yang terbuka tetapi Hady semakin runsing dan resah kerana niat untuk mendapatkan Ersalina semakin pudar.

Episod 27
Zain berjumpa dengan isterinya dalam diam tanpa pengetahuan Datin Adibah . Ini semua kerana mummynya masih marah pada Ersalina dan tapi terkantoi juga . Datin Adibah mengajak Zain pergi bercuti. Atas nasihat papa Zain , Zain ikut sahaja apa kehendak mummynya. Di sana Mummy Zain bertemu dengan mama Eriza. Datin Adibah terkejut bila dia berjumpa dengan Ikin birasnya. Hady berjumpa dengan Zehra kawan baik Ersalina dan mengugut sesuatu jika Zehra tidak membantunya. 

Episod 28 ( akhir )
Datin Adibah terkejut, rupa - rupanya perangai Eriza lebih teruk dari Sofea. Zain tidak menyangka dia akan berjumpa Ikin. Ikin tidak menyalahkan Zain dengan apa yang berlaku. Tidak menyangka berbualan Zain dan Ikin di dengari oleh Datin Adibah. Datin Adibah meminta maaf pada Haliza dan Ersalina kerana terlaul cepat menghukum. Ikram redha bahawa Eralina bukan miliknya dan kembali ke Yaman semula bersama adiknya Zehra. Hady akhirnya tersungkur dengan rancangannya sendiri segala rahsianya terbongkar. Eriza menyesal kerana terpengaruh dengan kata-kata hady dan akur cintanya bukan milik Zain.  Happy ending kesudahan cerita ini.  


Nota:
kepada kawan-kawan seperjuangan yang meminati Drama / Novel Setia Hujung Nyawa sudi berkongsi cerita dan pandangan di Blogs ni..... Terima kasih sangat - sangat .... saya amat menghargai. Dan kepada penulis FATIN NABILA tahniah kerana telah mengilhamkan novel yang terbaik dan Kredit juga buat SUHAN MOVIE telah menghasilkan drama yang terbaik .