Wednesday 9 May 2012

BERJIMBA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA

Tepat 10.30 pagi aku dan anak - anak bersiap untuk ke destinasi yang dituju. Memang teruja ... Aku dengan motif utama untuk berjumpa dengan penulis Novel kesayangan aku Acik Lana ( Maaf Jika aku tak Sempurna ) dan Suri Ryana ( Isteri Separuh Masa ). Dah lama aku Plan untuk bertemu mereka . Huuuh !!  hasrat tercapai heheheheh .... Walau aku teruja berjumpa dengan penulis-penulis kesayanganku , aku kena ingat aku bawa askar-askar aku yang tak reti diam tu. Keselamatan mereka perlu diutamakan ...
Acik Lana Dan Aku

Kalau aku gembira berjumpa dengan penulis novel kesayanganku , anak-anak aku tak ketinggalan bergembira dapat belon yang berwarna warni di sana. Anak-anak happy , umie dia lagi happy.
inilah gelagat anak-anak aku

mencangkong sebab penat
rehat makan-makan siap bersila lagi hehhe

aku pun tak nak kalah turut serta melepak hehehhe...

Lepas melepak - lepak aku teruskan destinasi nak beli novel terbaru di Karyaseni. Sebelum pergi ke Pesta Buku aku ada janji tolong belikan novel untuk kak nor. Kak nor kata novel sebab haiza dah tolong kak nor buatkan lakaran papan tanda. Kak nor kata lagi oleh kerana haiza tu suka membaca novel kak nor bagilah sesuatu yang dia suka. Novel yang aku pilih adalah SUAMI AKU USTAZ keluaran bulan april 2012. Masyaallah sampai kat sana orang punyalah ramai sampai nak ambil novel pun susah.

inilah keadaannya di booth Karyaseni.

Oleh kerana aku ni dikatakan kecik laaa ( kecik ke aku hehehhe ) dapat laaaa dekat tapi buku tu dah habis. Nasib awaklah Haiza , nanti kak pisah orderkan Online tapi kak nor bayar ... hahahaha. Dah tak ada rezeki tapi rezeki aku masih ada nak beli Novel TERLERAI KASIH sebuah karya REHAN MAKTHAR. Masa beli tu penulis tak ada kalau tak aku mesti dapat sentuhan dari penulis novel tu ...

Dapat peluk akhirnya

Segala tujuan dah dipenuhi aku anak-anak pun pulang dengan happy. Nak pergi tak ingat dunia bila nak balik dah penat melepek.


2 comments:

  1. Salam..salam perkenalan..suka nak baca blog awak nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam .... Terima kasih singgah di blogs review ini ....

      Delete