Wednesday, 9 May 2012

KESANYANGANKU


Inilah kucing yang ada dirumah ... manja macam tuannya hehhehe ... kesemuanya ada 3 ekor. Tak tahu dari mana keturunannya ibu nya datang meminta belas kasihan dan sebagai hamba Allah aku terpanggil untuk menerima ibunya menjadi penghuni tetap dirumah. Alhamdulillah ibunya dah menjadi penghuni tetap dan teman biraca dikala aku sunyi. Orang kata memelihara kucing dirumah akan memberi rezeki kepada tuannya. Aku percaya pada kenyataan itu. Cik putih gelaran yang aku dan anak-anakku berikan. Dirumah apa yang aku makan dia juga akan makan tetapi setiap hujung minggu aku beri Ikan segar untuk santapan.   
Membersihkan bulu sebelum tidur dah jadi rutin kehidupannya.


Bila cik putih dah lupa diri

Paling mencuit hati ia suka tido mengikut keselesaannya tak kira dimana. Paling aku tak suka curi tido kat tempat peraduan aku Arrrggghhhttt !!!! pantang pintu bilik terbuka pasti ia memboloskan diri ( ambil kesempatan betul ).

No comments:

Post a Comment