Saturday, 23 June 2012

NOVEL DOKTOR CINTA

Kerana aku Doktor Cinta, Membuat dia tergoda. Kerana aku pakar cinta, aku hilang kata-kata....

Novel Doktor Cinta aku pinjam dari seorang sahabat Bernama Nurul Haiza dia juga sorang pembaca novel tegar. Dia yang banyak mengajak aku mencari novel di alam maya ni. Kerana aku terlalu daif dalam teknologi serba canggih ini. Pertama kali aku dapat novel ini, sebagai empunya novel pun belum membukanya dan terus memberi aku pinjam sebagai galakkan untuk aku memulakan. Ini adalah diantara novel pertama aku pinjam sebelum aku memiliki novel - novel yang lain. Novel ini juga buat pertama kalinya aku menitiskan airmata...... kerana dalam novel ni menggamit pelbagai rasa ada rasa lucu , suka , sedih , tersentuh , kehilangan dan macam - macam lagi. Disini aku nak review edisi aku sendiri .. jom kita layan ...
Mengisahkan Mazliana anak bungsu Haji Nordin mengimpikan menjadi seorang puteri dan dilamar oleh sang putera raja. Mazliana suka melukis dan dia cukup menghiburkan kepada sesiapa yang mendampinginya. Kehadiran Tengku Iskandar menghuru harakan hidupnya untuk menjadi kekasih satu malam. Ini adalah rancangan Zikri , Abang angkatnya dengan bayaran lima puluh ribu. Disangka satu malam keadaan bertambah rumit apabila Tengku mariam , mama kepada Tengku Iskandar menyukai dan terus melamar Mazliana. Kewujudan Tasha dan Julia Hana sebagai penagih cinta Tengku Iskandar sedikit pun tidak menjejaskan sifat bersahaja dan sempoinya itu pada awalnya. Namun, sekian lama bergaduh, mengusik, membuli sesama mereka, ada perasaan halus wujud dalam hati masing-masing. Bila mulut kata tidak tapi hati kata ya. Zikrilah teman setia untuk mecurahkan isi hati. Tetapi isi hati pada Tengku Iskandar bukan pada Zikri. Bagi Mazliana Zikri adalah Superman yang menyelamatkan dirinya diwaktu ia memerlukan disaat Masliana diabaikan oleh Tengku Iskandar. Kekecewaan demi kekecewaan Mazlina melarikan diri jauh dari Tengku Iskandar dan perasaan rindu hadir tetapi dinafikan. Hadir Doktor cinta  membuatkan Mazliana pulih dari luka lamanya .

Sinopsis Dari Kulit novel.
Mazliana Haji Nordin, gadis comel yang sempoi dan selamba. Terpaksa menjadi kekasih satu malam kepada Tengku Iskandar untuk mengelakkan Tengku Iskandar berkahwin dengan pilihan mamanya. Tetapi rancangan menjadi rumit apabila Tengku Mariam, mama Tengku Iskandar menyukai Mazliana dan terus merisik Mazliana.
Banyak perkara yang berlaku kepada mereka tetapi Mazliana menghadapinya dengan bersahaja dan sempoi. Kewujudan Tasha dan Julia Hana sebagai penagih cinta Tengku Iskandar sedikit pun tidak menjejaskan sifat bersahaja dan sempoinya itu pada awalnya. Namun, sekian lama bergaduh, mengusik, membuli sesama mereka, ada perasaan halus wujud dalam hati masing-masing. Tapi, biasalah, Tengku Iskandar dengan egonya, Mazliana dengan perangai bersahaja dan kelibutnya.
Julia Hana, model terkenal menjadi pilihan Tengku Iskandar kala itu kerana cinta Tengku Iskandar masih milik Julia Hana walaupun pernah dikecewakan oleh model terkenal tu. Tapi, sejauhmana keikhlasan Julia Hana dalam perhubungannya? Bagaimana dengan Mazliana? Takkan sedikit pun tidak terkesan dengan layanan lembut Tengku Iskandar pada Julia Hana sedangkan kata-kata laser saja yang keluar pabila bersamanya? Tengku Mazlan, Tengku Mariam, Zikri, Syamin dan Taufiq adalah sebahagian insan-insan yang mewarnai lukisan hidup Mazliana Haji Nordin. Untuk menyelami hati dan kehidupan Mazliana Haji Nordin, Doktor Cinta ada coretan ceritanya.

Petikan - petikan yang menarik dalam novel :-

" Saya Masliana Haji Nordin." sekali lagi Mazliana memperkenalkan namanya.
"Zikri."
"Bos aku ni ada sesuatu nak menta tolong dari kau."
"Aik? Kesian betul bos. Saya ni bukannya kaya sangat sampai bos nak minta tolong.Duit pun ada sepuluh hengget aje dalam poket," terang Mazliana walaupun tidak diminta untuk diterangkan.
Hesy... yang Si Mimi ni pun satu, ingat aku ni pusat Kebajikan masyarakat ke nak mintak tolong segala ni? Nak kena budak ni!!!
"Saya nak tawarkan awak jadi pelakon."
"Hah?? Pelakon watak apa?" tanya Mazliana tak basar, dia membetulkan gaya duduknya.Terus menunjukkan minat.
"Heroin."
"Hah?? Biar betul bos? Saya memang minta berlakon tapi tak pernah bermimpi pun nak terjun ke dunia glamor tu. Lagi pun, saya ni menalah ada rupa nak harapkan bakat yang tak seberapa, setakat tipu Si Syamin ni bolehlah."
"Tapi saya rasa awak berbakat."
"Itu bos rasa, saya tak rasa apa - apa pun." Ketawanya lagi.
Memang banayak berita kelakar dalam skrip hidup Mazliana hari ini. Lama Mazliana memandang wajah maco di hadapannya.Tiba - tiba dapat tawaran berlakon ni kenapa? Angin tak ada ribut jauh sekali tiba - tiba hujan. Sepanjang sejarah keturunan aku tak ada lagi yang jadi pelakon.Buatnya Haji Nordin tahu ? Hesy.. aku boleh kena kurung dekat setahun dalam bilik.
"Tak bolehlah bos. Lagi pun kalau Haji Nordin tahi saya jadi pelakon boleh putus kepala. Dia bukan suka dunia artis ni. Terdedah sana terbuka sini," jelas Mazliana panjang lebar. Gerun apabila terbayang wajah ayahnya.
Walaupun Jaji Nordin seorang ayah yang terbaik daripada ayah-ayah terbaik dekat dunia ni. Tapi kalau kena mengamuk sekali terkantoi juga nanti. Tak boleh nak bela diri walaupun buat rayuan dekat mahkamah tinggi.
"Tapi dunia lakonan awak ni tak glamor pun, kita takkan filemkan lakonan awak."
Mazliana menggaru kepalasekali lagi,persis terasa kebodohan. Dipandang wajah Syamin yang tersenyum sedangkan dari tadi asyik membisu.
"Kau berlakon dalam realiti sayang."
"Maksudnya apa sebenarnya ni? Dunia realiti ala-ala Pilih kasih dengan Akademi Fantasia?"
"Ala- ala versi kita sendiri."
"Ya Allah Mimi, Mana kau dapat bos kau ni?  Cakap berbelit- belit aku dah pening ni. Sikit lagi kalau aku pengsan, aku tahu kau yang jadipenyebabnya." Mazliana menyalahkan Syamin.

"Tema kita malam ini, kad yang dipilih oleh Tengku Iskandar adalah."
seluruh majlis senyap.
Mazliana dapat mendengar denyutan nadinya semakin pantas.
"C.I.N.T.A, cinta!!!" sambung pengacara majlis itu lagi.
Bergema majlis dengan sorakan pekerja MM Holding. Ada yang bersorak memanggil namanya ada juga yang menjerit nama Julia Hana.
Mazliana menggaru kepalanya. Macam pertandingan akhir Akademi Fantasia. Senyuman manis Julai Hana saat ini bagai ancaman besar. Apa punya temalah. Bagailah tema yang seronok sikit.Tema yang boleh dijawab oleh budak kampung macam dia.
"Okey... soalan dalam tema berbunyi, andaikan anda dilamun cinta, maksud cinta bagi anda adalah?"
Terasa nak terkeluar biji mata. Hah? Ya Allah bantulah hambaMu ini. Melihat bos besar dan Julia Hana saling tersenyum antara satu sama lain membuatkan tiba-tiba jantungnya berdegup perlahan hilang rentak. Tidak selaju tadi. Tidak sederas tadi. Matanya melilau diseluruhoelosok tetamu ingin mencari kekuatan.
Syamin terdiam di tempat duduknya. Dia berdiri, matanya memandang tepat kearah Mazliana. Wajah Masliana menghantar isyarat kepada temannya itu. mamberitahu yang dia tak mampu melakukan. Syamin serba salah. Kesian melihat situasi temannya itu.
"Kita mulakan dengan Cik Juali Hana. Andaikan you bercinta, cinta bagi you untuk orang yang tersayang adalah?"
" i tak bolehlah kalau tak ada seseorang bersama, boleh tak kalau saya dengan Tengku Iskandar?" pinta Julia Hana, disambut dengan sorakan dan tepukan seisi majlis.
" Saya rasa Tengku Iskandar tak keberatan dengan permintaan Cik Julia Hana?"
Senyum bos besar seakan merelakan.
Mazliana menggigit bibir. Rasa macam nak saja dia lari, Kalau dia ada magis saat ini juga dia akan hilangkan diri. kedengaran ada juga bebarapa perkerja perempuan yang seakan meluat mendengar permintaan Julia Hana. Mungkin merasakan permintaan itu melampau atau mereka cemburu atau mereka kesiankan dia terpacak dekat sini sebagai insan bergelar tunang.
" Sabar ek... semua ini hanya lakonan semata-mata. Kita tahu yang bos kita ni dah berpunya." Pengacara majlis cuba menenangkan keadaan.
"Hah tahu tak apa. Sedar-sedarlah diri tu!" jerit Wanis dan kawan-kawanya. Jelas mereka berada di pihak Mazliana.
" Okey, kita memulakan sekarang."
Julia Hana Tersenyum malu. Dia bertentang mata dengan Tengku Iskandar dekat dan rapat. Mengundang sorakan kuat daripda pekerja MM Holding.
Mazliana di situ hanya mampu memandang. Berundur sedikit ke belakang.
"Cinta I hidup I semua untuk dia. I syangka dia lebih segala- galanya. Klau cinta itu untuk I biarlah hanya kita berdua didunia ini. I akan sentiasa sayangkan dia cintakan dia, dan disetiap nafas I hanya di pelukan cintanya," ucapan Julia Hana dengan penuh menggoda.
Beberapa perkerja lelaki bersorak kuat. Julia Hana tersenyum puas. Tengku Iskandar tersenyum lagi.
"Ya itu dia luahan hati Cik Julia Hana kita. Fuh panas, seluruh dewan terasa panas. Berikan tepukan genuruh untuk model terkenal kita! Sekarang kita beralih emmmm... siapa dulu Cik Mazliana atau Tengku Iskandar!!"
"Cik Mazliana ! Tengku Iskandar!!"
Suara mereka serentak.
" Eh... sama pulak. Emmm ... siapa nak dulu ni?" tanya pengacara majlis sekali lagi.
"Dia!!"
Mazliana dan Tengku Iskandar merajuk antara satu sama lain. Mengundang ketawa seisi majlis. satu tepukan gemuruh kedengaran melihat aksi mereka.
Mazliana tersedar. kemnali memandang ke arah penonton. Sempat melihat labaian Zikri di meja depan pentas. 
"Okey, apa kata kita melakan dengan Tengku Iskandar dulu ... setuju?"
"Setuju!!" sambut semua tetamu.
"Saya seorang lelaki yang percaya dengan cinta.. bagi saya cinta pertama adalah segala - galanya. Mencintai seseorang itu akan membuatkan saya menjadi diri saya dan saya mahu orang yang saya cintai memahami dan for love, I just can say I love you."
Ringkas tapi cukup mengundang senyuman dibibir Julia hana. Tepukan gemuruh terdengar lagi.
" Bagi saya cinta pertama adalah segala - galanya...."
Ungkapan itu bermain-main di mindanya. Pandangan Julia Hana membuatkan dia tunduk ke bumi. Kenapa hati ini tiba- tiba sakit? Kanapa rasa macam ada yang tersekat di hujung hatinya. Terasa lemas.
"Insan yang kita tunggu- tunggu.. sekarang giliran Cik Mazliana. Apa katanya tentang cinta?Adakah cinta baginya hanya Tengku Iskandar?" usik si pengacara majlis. Lelaki itu masih memandangnya . Emmmm... mungkin takut dia berkata sesuatu yang memalukannya.
"Cik Mazliana... Kami semua masih menunggu." Suara Jalil si pengacara kedengaran lagi. Mata dia menikam mata Tengku Iskandar. Lelaki itu tersenyum dan mengangguk seakan memberi semangat pada Mazliana.
" Cinta bagi saya gurauan dalam kehidupan. Kadang kadang buat kita ketawa, kadang-kadang buat kita terasa dan gurauan yang buat kita memahami macam - macam emosi. Kalau yang mencantikkan lukisan adalah warna, maka yang mencantikan kehidupan adalah cinta... tapi cinta ni macam hantu, semua orang percaya tapi tak semua yang akan jumpa." Mazliana melepaskan nafasnya perlahan. "Kalau saya cintakan dia ... biarlah dia sendiri yang rasa, bukan sebab kata cinta saya tapi sebab rasa cinta yang datang dari hati dia sendiri," sambung Mazliana kemudian tersenyum. 

"Dahlah Mimi aku nak tidur, aku penat. Kau keluar dulu." Mazliana seakan tidak dengar apa yang baru lahir dari mulut Mimi. Dia memanjat katil sambil menarik selimut lalu memejamkan matanya sekuat mungkin.
"Maz ... kau dengar tak apa aku cakap ni?"
Mazliana masih memejamkan mata, Syamin diam. Rasa ada yang tak kena. Ya Allah ... apa yang terjadi pada temannya ini betul - betul membuat hatinya pedih. Tak pernah terlintas di fikirannya dia akan menjadi orang yang menyampaikan berita sedih ini kepada sahabat baiknya itu.
" Macam nan Syamin?" suara Zikri sebaik sahaja melihat keliabt Syamin.
"Tak tahulah bos, saya dah sampaikan berita tu tapi dia macam tak dengar, macam tak ada apa- apa berlaku." Zikri menggaru kepalanya yang tak gatal. Dia buntu, bagaimana Mazliana nak hadapi semua ni? Apa yang harus dia lakukan.
"Hai sayang.... " Suara Haji Nordin bergema.
"Mak.. ayah.. rinduuuu! Amboi... jauhnya berjalan sampai hati tinggalkan Maz tau!" ujar Mazliana manja.  "Ala-ala naka mak ni... bagilah can mak dengan ayah nak haneymoon," usik Haji Nordin. Ketawa mereka bersatu. "Amboi... bukan kalau dekat rumah pun asyik fantasi bulan madu ke?" " Mestilah... kan cinta sejati... hidup mati bersama. Sayang rindu mak tak?" Giliran suara Hajah Masnah pula kedengaran. Rambut anaknya diusap lembut. "Ala... ni soalan jenis apa ni? Nak buat Maz nangislah tu . Sepanjang mak dengan ayah tak ada , Maz sunyi tahu tak. Maz tak boleh kalau tak ada mak dengan ayah. Kak Lin tu sibuk dengan lakidia, Kak Ida lagilah jauh berbatu-batu." 
"Tahu tak apa. Anak mak yang sorang inilah yang buat hati mak ni tak tentu arah, tahu tak ?" usik Hajah Maznah dlam tawa.
"Apa mak ni cakap macam tu..." ngomel Mazliana sambil mulutnya dimuncungkan. 
"Maz, mak sayang Maz," bisiknya perlahan. Mazliana terdiam. Entah kenapa air matanya terasa nak menitis.
"Maz...jaga diri, jaga solat, ingat semua yang ayah dah ajar. Jangan ikutkan perasaan, ingat setiapapa yang kita lakukan keran Allah." Suara ayah kedengaran sayup.
"Mak .. ayah...!!!" jeritnya kuat.

"Lama tak jumpa , tak sangka masa menjadikan awak semakin cantik," puji Zikri tenang.
"Pujian ke sindiran tu?" usik Mazliana. Mereka tersenyum.
"Tak sangka Mazliana Haji Nordin akan tinggalkan Superman dia macam tu je. Tak sempat nak say goodbye pun." Mazliana ketawa kecil tenang menyedut air tembikai di depannya. Wajah yang tak pernah mengundang marah di hatinya. Dari dulu hingga sekarang dia akan berasa selamat bila berada disamping lelaki ini.
"Selepas semua peristiwa itu terjadi, saya ada juga rasa nak call saja Superman saya suruh dia bawa saya jauh-jauh dari bumi. Kalau boleh ke planet Marikh pun tak apa. Tapi bila fikir balik tak mungkin superman saya akan dapat mengubah takdir," bisik Mazliana perlahan.
"Sihat?" suara Zikri perlahan. Dari dulu hingga saat ini rasa kagumnya pada gadis ini tak pernah berubah. Mazliana mengangguk lagi.

5 comments:

  1. Setuju 200% dgn pendapat awak, novel ni sarat dengan pelbagai rasa kelakar, sedih, geram, kasih sayang, suka ...nasib baik happy ending w/pun novel pertama Dya Dila tapi ia tidak mengecewakan pembaca..

    ReplyDelete
  2. Additional...Eizzara sila dapatkan karya kedua Dya Dila- Giler kau...best jugak. Watak Intan & Shahrul Iskandar...byk pengajaran and as usual kelakar, mencuit hati dan sarat dgn kasih sayang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Jue atas pandangan dan pendapat ...Insyaallah akak akan dapatkan novel kedua Dila ni ... ramai yang kata best ..

      Delete
  3. Saya ingat lg novel ni saya baca empat tahun lps dan saya blh hbskn dln masa setengah hari shj disebabkan keinginan saya utk mengetahui kesudahan cinta tengku iskandar n mazliana....and ibilah novel yg saya,plg byk menangis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah di blogs ini ...

      Delete