Sunday, 17 June 2012

NOVEL JODOH KAU & AKU

Sebenarnya aku mengikuti Cerita CALON ISTERI JUTAWAN di penulisan2u. Aku seperti biasa lepas membaca di penulisan2u aku mencari blog-blog penulis di awal tahun . Aku tak tahu pun AFIFAH YUSOF sudah keluarkan novel edisi cetakan bertajuk JODOH KAU & AKU. Aku terus beli online di Fajar Pakeer. Bila aku tengok alamat Fajar Pakeer ini tak jauh dengan office,  aku suruh budak office ambil office Fajar Pakeer di Batu 5 Jalan Ipoh. Bila dapat di tangan aku kata dalam hati "nipisnya novel ni" . Novel setebal 370 muka surat ini aku rasa nipis yang pernah aku dapat. Biasanya aku dapat setebal kamus Dwibahasa ... hehheehe. Kita lupakan ketebalan novel ni dan mari kita buat review novel yang aku kira aku suka jalan ceritanya.
Natasya anak dari hasil perkhawinan kedua Datuk Hasnol terpaksa berkerja di syarikat Dato Hasnol  walaupun di universiti Natasya mengambil course fashion design. Kehadiran Mohd Ashraf Zulkarnain bin Mahadi mengubah kehidupan kehidupan Natasya. Disinilah bermula cerita kehidupan Natasya dan kehadiran Ashraf dalam hidupnya. Ashraf sebenarnya kekasih Hana kakak Natasya. Demi tamakkan harta Hana tinggalkan Ashraf berkerja sebagai Lawyer dan mengejar cinta dari Raja Farhan anak rakan kongsi Dato Hasnol . Disini berlakunya pergolakan perebutan harta antara Hana dan Natasya. Kelekaan Hana ,Keluarga  Raja Farhan telah mengambil kesempatan dan semua harta Hana telah dirampas. Dan Natasya sanggup memberi kesemua hartanya demi maruah Hana kakaknya. Dalam diam Natasya menyembunyikan perasaan sayang pada Ashraf kerana takut bertepuk sebelah tangan. Perasaan Ashraf juga begitu tapi malu untuk berterus terang kerana niatnya dulu ingin membalas dendam pada Hana yang memandang rendah pada dirinya. Ashraf membantu Natasya untuk mendapatkan kembali syarikat yang telah dirampas oleh keluarga Raja Farhan.

cerita ni best tapi penulis nak cepat habiskan cerita, tu yang ceritanya menjadi terlalu simple. harap novel akan datang lebih baik. Harap Afifah Yusof akan menjadi penulis yang lebih baik dan menghasilkan karya - karya yang berbaik. Apapun saya menunggu kemunculan novel CALON ISTERI JUTAWAN yang masih dalam penyiapan manuskipnya.

Sinopsis dari kulit buku.
Natasya, gadis yang mahu berdiri di atas kaki sendiri, akhirnya menurut kehendak papanya untuk bekerja di syarikat keluarga demi menjaga hati seorang ayah. Namun, baru beberapa ketika dia bekerja di situ, dia sudah terlibat dalam satu masalah yang melibatkan kakaknya, Hana.
“Saya nak cakap yang saya nak berkahwin dengan Hana punya adik, Natasya.”
Sebaris ayat itu telah menyebabkan Natasya menenjadi suri kepada seorang lelaki yang langsung tiada kaitan dengan dirinya. Namun, itulah yang dikatakan jodoh. Antara mahu dengan tidk, Natasya sedia menerima apa pun takdirnya.
Ashraf, lelaki biasa yang punyai rahsia tersendiri. Hanya mahu dikenali sebagai seorang peguam yang makan gaji. Tidak lebih daripada itu. Namun pekerjaannya dipandang rendah oleh bapa kekasih hati. Dan disebabkan itu, dia nekad mengahwini Natasya atas alasan tersendiri.
Natasya dan Ashraf, dua insan yang tidak mengenali sebelum ini terpaksa duduk serumah, menjalankan rutin rumah tangga seperti pasangan lain. Namun akan adakah rasa sayang yang bakal terbit dalam diri mereka? Mampukah Natasya meletakkan Ashraf di hatinya? Permasalahan apa yang Hana lakukan sehingga melibatkan Natasya? Siapa Ashraf yang sebenarnya? Masih adakah jodoh antara Ashraf dan Natasya

Petikan - petikan yang menarik dalam novel ini.

“Saya pilih awak sebab saya rasa awak tak sama dengan mereka. Saya tahu perbuatan ni salah, sebab dah membabitkan awak, tapi itu saja jalannya untuk saya masuk dalam keluarga awak. Saya minta maaf. Tapi, demi menyedarkan papa dan kakak awak, saya harap awak dapat terima semua ni. Awak tak perlu jalankan tanggungjawab awak sebagai isteri macam orang lain. Cukuplah sekadar memasak. Kalau boleh, kita mulakan sebagai kawan.” Ashraf menghulurkan tangannya.
Lama Natasya menimbang baik buruk perkara yang bakal dilakukannya ini. Tak apalah kalau demi papa dan Kak Hana. Bukan kena buat kerja berat pun. Macam tak biasa aje buat kerja rumah. Nasib baik Mak Pah banyak ajar. Terima kasih banyak, Mak Pah. Sekarang semua skil yang Mak Pah ajar aku boleh praktikkan. Lagipun, aku memang dah tersuka dengan Ashraf ni.
Natasya membalas huluran tangan Ashraf.
“Ingat awak tak nak sambut tadi. Naik lenguh tangan saya ni tau,” gurau Ashraf.
“Okey, kita mula sebagai kawan.” Natasya tersenyum.
“Baik! Kalau macam tu kita kenalkan diri masing-masing. Saya Mohd Ashraf Zulkarnain bin Mahadi. Umur 28 tahun. Sekarang bekerja sebagai seorang peguam.”
“Saya Nurul Natasya Elmina binti Hasnol. Umur dua tahun lebih muda daripada awak. Semalam memegang jawatan sebagai pengurus sumber manusia, tetapi hari ni dah jadi penganggur. Nak tahu apa lagi?”
“Hmm... dulu belajar dekat mana? Ambil jurusan apa?”
“UiTM, Shah Alam. Ambil course fashion design. Awak asal orang mana? Keluarga awak?” Natasya bertanya kerana masa akad nikah tadi, seorang ahli keluarga Ashraf pun tidak hadir.
“Saya orang Kuala Lumpur. Tapi sekarang keluarga duduk dekat Perak. Awak mesti pelik kenapa keluarga saya tak datang tadi, kan?”
Tahu-tahu pulak dia ni apa yang aku fikir. Natasya bermonolog. Dia hanya tersenyum.
“Dia orang tak boleh datang sebab tak ada kenderaan. Lagipun, tiba-tiba aje saya beritahu mereka yang saya nak kahwin. Terkejut juga ibu saya. Hujung bulan ni saya bawa awak balik kampung. Ibu saya nak buat kenduri sambut menantu dan doa selamat katanya.”
“Seganlah saya. Tak payahlah buat kenduri segala.”
“Tak apa. Mungkin ibu saya dah beritahu orang kampung pasal kenduri tu. Maklumlah, menantu pertama.”
“Ha! Awak ni anak sulung ke?” Terjerit kecil Natasya. Menantu pertama! Macam seram aje bunyinya.
“Tak adalah. Saya ada abang sorang, kakak sorang, adik lelaki sorang dan adik perempuan sorang. Yang kakak tu dah bertunang. Hujung tahun ni cadangnya nak kahwin. Tapi tak sangka saya pula yang kahwin dulu.” Ashraf ketawa sendiri.
“Sebab awak tu gatal sangat. Patutlah kahwin dulu,” gurau Natasya.
Ashraf sudah menyambung ketawanya lebih rancak. Perbualan mereka terhenti. Ada laungan salam yang didengari mereka. Ashraf bangun untuk membuka pintu. Mungkin Faiz dah balik.Natasya turut bangun dan menuju ke bilik untuk memakai tudung. Dia sudah berjanji apabila sudah berkahwin, dia akan menutup auratnya.

Ashraf duduk dibangku kedai mamak. Faiz yang yang memandangnya pelik tidak dihiraukan. Air teh tarik dihirup sikit.
"Kau ni kenapa?" soal Faiz. Dia baru sampai sebenarnya.
"Tak ada apa. Kenapa?"
"Tipulah. Tadi Effa call beritahu yang Tasya cakap kau merajuk. Apa hai ni, Bro?"
 
Ashraf sekadar memandang Faiz sekilas. Satu keluhan dilepaskan. Entah kenapa dia boleh terasapula. Eh, mestilah terasa.Natasya meninggikan suara kepadanya tadi.
"Effa tak beritahu ke sebab apa aku merajuk ni?" sola Ashraf lagi. Faiz ketawa Kepala digeleng - geleng. " Jadi, seriuslah kau merajuk ni? adoi! Tahu dek kawan-kawan kita, Ashraf maco ni merajuk , jatuh saham beb. Mahu dia orang  ketawa berguling - guling."
"Pernah makan cawan tak? kalau aku sumbat dalam mulut kau nak? tak kahwin kau minggu depan," ugut Ashraf.
"Janagn sampai macam tu sekali.  Kau tak kesian kat aku ke?" Faiz buat muka sedih.
"Banyaklah kau punya kesian. Serius, Effa tak beritahu ke apa sebabnya?" Nada Ashraf sudah diseriuskan. Takkan Natasya tak beritahu Effa apa-apa . Dia orang kan kawan baik.
"Effa cakap Tasya beritahu yang dia dah tertinggikan suara pada kau, sebab kau cakap pasla perempuan lain. Sebab tu ke kau merajuk?"
"Aku bukan merajuklah, aku cuma terasa." Cepat sahaja Ashraf membetulkan kata-kata Faiz.
"Samalah tu. Apa hal ni? Kau cakap pasal perempuan mana pula dengan si Tasya tu?"
"Mana ada. Aku cuma cakap dekat dia dalam hati aku ni ada sebaris nama yang terpahat kukuh dan yang pastinya nama wanita itu bukan Hana,"
"Lepas tu?"
"Aku tanya dia nak tahuke siapa nama perempuan bertuah tu? Alaih-alih dia marah dan tinggikan suara dekat aku. Benganglah!"
"Dia cemburulah tu. Perempuan ni mana nak dengar suami dia cerita pasal perempuan lain. Mengamuklah." Faiz ketawa.
"Nak cemburu buat apa?"
"Kau ni aku kata bengong kang, marah. Kata peguam. Cuba menggunakan akal kau yang Tuhan dah bagi cerdik tu untuk berfikir. Kau tak perasan ke selama ni? Aku yang tak duduk serumah puan boleh perasan dengan sekali pandanagn mata."
"Perasan apa? Kua kalau bercakap mesti nak ada tanda tanya. Tak boleh ke cakap straight aje." Geram Ashraf mendengar soalan rakannya itu. Kepala sudah malas nak bermain teka - teki.
"Natasya tu suka dekat kau. Dari cara dia pandang dan layan kau pun aku boleh agak yang dia dah jatuh hati pada kau. Takkan kau tak perasan!" Ashraf terdiam


"Boleh papa tanya Ashraf sesuatu?"
"Apa dia?"
Ashraf sayangkan Natasya?"
Ashraf tersenyum. Senyuman iklas yang menunjukkan dia sedang berbahagia. "Demi Allah, saya sayangkan dia seiklasnya. Tak pernah saya sayangkanman-man perempuan seperti saya sayangkan dia. Selain mummy dan ibu sayalah. Itu kasih membawa ke syurga."
Datuk Hasnol tersenyum gembira. : Alhamdullilah.. Papa yakin Asraf akan bahagiakan Tasys. Hmm sebelum khawin dulu memang Ashraf bercinta dengan tasya ke?" Datuk Hasnol ingin mencari kepastian.
" Sebenarnya tidak. Jujur saya katakan saya tak kenal pun Tasy. Pertama kali saya jumpa dengan dia masa malam yang pertama kali saya duduk berbual dekat luar pagar dengan Tasya. Masa tu saya tengah tunggu Hana, tapi dia tak ada pula."
"Jadi memang betullah Ashraf ni dulu bercinta dengan Hana, bukan dengan Tasya?"
Ashraf mengangguk sambil tersenyum. Kalu boleh segala kisah lama tu nak dilupakan. Dia tidak mahu lagi mengaitkan kisah cintanya  dengan Hana.
"Astaghfirullahhh al-azim.... Papa dah buat satu kesilapan besar. Papa kesal sebab tak dengar penjelasan daripada Tasya dulu. Papa menghukumnya tanpa usul periksa. Papa berdosa." Air mata Datuk Hasnol mengalir. Tubuh tuanya tersengguk- sengguk.

3 comments:

  1. Assalamualaikum kak... Alhamdullilah terima kasih banyak di atas review dan di atas kesudian akak mendapatkan novel pertama saya ni... insya-Allah novel akan datang akan lebih baik... mudah-mudahan... Maaf di atas segala kekurangan yang ada di dalam cerita ni... ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam ... Aghhhhhh tak sangka Afifah sudi memberi sikit komen pada blog akak... terharu sangat ... macam tak percaya ... tapi itulah hakikatnya ... terima kasih dari saya , moga afifah akan lebih berjaya di masa-masa depan kelak ...

      Delete
    2. Insya-Allah... mudah-mudahan... ^^

      Delete