Sunday, 29 July 2012

NOVEL KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN

Orang kata cintaku ini hanyalah kisah dongeng....
Tapi aku tetap tega mengharap selagi kau masih ada disisi....


Novel ketiga Umie Nadzimah sentiasa ditunggu oleh peminat novel diluar sana. Sesiapa yang mengikuti perkembangan penulisnya memang sudah tidak asing lagi dengan tajuk Kerana Terpaksa Aku relakan. Selepas kejayaan novel Pilihan Mama dan Usai.. Aku Terima Nikahnya kini hasilnya lebih baik. Novel setebal 772 muka surat keluaran Julai terbitan Karya seni memang best. Novel cinta, kasih sayang dan pengorbanan ini boleh menggamit pelbagai perasaan. 
Mengisahkan kehidupan Indah Harlina yang tidak seindah namanya. Kepercayaan seorang ayah hilang angkara fitnah dan rancangan mak dan kakak tirinya. Sekali gus  merubah kehidupannya dalam sekilip mata. Dirinya umpama sebatang kara, tiada siapa mempercayainya lagi. Pertemuan yang tidak diduga Dato’ Sofiya membantu Indah yang sudah hilang hala tuju. Pertemuan yang tidak dirancang dengan Dato’Sofiya adalah satu Anugerah yang tidak ternilai. Indah berkerja dengan Dato’ sofiya sebagai PA dan Dato Sofiya menganggap Indah adalah Angle dalam hidup Dato Sofiya . Dato sofiya memberi kasih sayang dan membaluti kemewahan seperti anaknya sendiri.

Dato Sofiya mempunyai tiga orang anak lelaki. Tajul Razin , Tajul Fahin dan Tajun Zahin. Anak sulung Dato Sofiya Tajul Razin menerajui perniagaan arwah suami Dato Sofiya. Tajul Razin seorang anak yang taat pada orang tuanya. Bagi dirinya Mama dan adik-adiknya sahaja dalam hidupnya. Kehadiran Indah dalam keluarganya mengubah dirinya. Walaupun diawal pertemuan hubungannya tak berjalan dengan lancar. Bibit cinta lahir dari hari ke hari hingga menjadi kembang dan subur.Kehadiran Tajul Fahin anak kedua Dato Safiya datang ingin merebut cinta Indah dari Tajul Razin. Disaat Tajul Razin memberitahu hasratnya ingin memiliki Indah, Dato' Sofiya menyuruh Tajul Razin mengundur  diri dan memberi peluang pada Tajul Fahin memiliki Indah kerana perubahan yang ditunjukkan oleh Tajul Fahin menjadi 'Orang'. Demi mama dan adiknya untuk berubah, Tajul Razin terpaksa dan tanpa rela melepaskan Indah pada adiknya Tajul Fahin. Tajul Razin memendam rasa dan berpura-pura kuat bila berdepan dengan mama dan adiknya. Indah menjadi sedih dengan tindakan Tajul Razin membiarkan dirinya dan memberi peluang Tajul Fahin rapat dan ambil berat keatas dirinya. 

Dalam kekalutan dan kekeliruan Indah,  Saiful bekas tunangnya pula  datang ini membuatkan hidup Indah lebih huru - hara. Setelah pelbagai peristiwa yang berlaku Tajul Fahin nekad untuk mengembalikan Indah pada abangnya, bagi Tajul Fahin cinta abangnya suci dan ikhlas. Sehari selepas majlis akad nikah Indah menjadi keliru dengan tindakan Tajul Razin dia melarikan diri untuk mencari ketenangan. Disitulah dia berjumpa dengan Tajul Zahin. Tajul zahin menceritakan kenapa dan mengapa Tajul Razin membuat tindakan begitu. Perbuatan keji mak dan kakak tirinya cemburu dan dengki  tak pernah padam. Disaat Indah baru mengharungi erti kebahagiaan Indah kemalangan dan koma. Doktor mengesahkan Indah mengandung. Yazid , Mak dan kakak tirinya menerima balasan yang setimpal. Tajul Razin dan Indah akhirnya bahagia setelah mengharungi pelbagai dugaan yang menghampirinya.

Puitis dari abang zen:  Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari, kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat.Puas kita mencari-cari dimana matahari. Rupa-rupanya Allah ingin hadiahkan kita pelangi yang indah...


sinopsis dalam kulit Novel

Angkara fitnah dan rancangan jahat emak dan kakak tiri, kehidupan bahagia Indah Halina musnah dengan sekelip mata. Dengan tiba-tiba dia menjadi gadis yang paling malang, sebatang kara dan tidak punya apa-apa.

Dalam kemelut kepayahan, rupanya Tuhan masih menyayanginya apabila dia mendapat perhatian dari seorang wanita kaya dan terhormat, Dato’ Safiya. Tanpa sebarang alasan, Indah Halina mendapat tempat teristimewa dalam hati wanita itu, lalu diberi kasih sayang dan kemewahan bagaikan anak sendiri.

Di rumah banglo itu, bermulanya kisah cinta dongeng di antara Indah Halina gadis kampung yang tidak punya apa-apa dengan Tajul Razin, si dia yang punya segalanya. Perhubungan yang mulanya dingin bertukar menjadi sangat indah apabila dalam hati penuh dengan bunga-bunga segar berbau harum.

“Kalau layan abang mengantuk, tapi kalau fasal kucing laju aje cakap. Dengan kucing boleh kata rindu, dengan abang tak kata pun?”- Tajul Razin
Dilema cinta bermula apabila adik si jejaka, Tajul Fahin juga menagih cinta pada gadis yang sama. Kemunculan semula bekas tunang Indah Halina dan si gadis serba sempurna Ilyana makin merumitkan keadaan. Sikap ayah dan pakatan musuh juga membuatkan Indah Halina tersepit untuk membuat keputusan yang terpaksa…
“Errr… Abang Zen, kalau Indah jadi adik perempuan abang selama-lamanya boleh, kan?” – Indah Halina
“Kenapa sebut adik perempuan aje? Tak ada impian jadi isteri Abang Zen ke? Abang selalu berangan-angan suatu hari nanti Indah akan jadi suri hidup. Tak sama ke angan kita?” – Tajul Razin


Petikan- petikan menarik dalam novel

 
Diperhentian bas berhampiran, Indah Hanya keseorangan menunggu apa-apa sahaja kederaan awam yang boleh membawanya pergi dari situ. Tiba-tiba sebuah beg besar dicampakkan dihadapannya.
“Hei… perempuan! Ni mak dan kakak iri kau suruh aku pulangkan harta pusaka kau. Jika tak, menyemak kat kereta aku sahaja.”
“Yazid?”
“Hah? Akulah! Yazid. Kanapa? Otak kau dah mereng lepas kena tinggal semalam, dan tak dapat kahwin dengan si Saiful yang bijak pandai berlagak tapi bodoh tu? Sampai aku pun kau dah tak cam lagi?”
“Yazid? Kenapa buat aku macam ni? Apa salah aku?”
“Salah engkau? Yang tu , aku tak tahu. Dan aku pun tak ingin tahu apa salah kau. Kau patut Tanya mak dan kakak tiri kau kau yang cerdik menipu tu. Yang penting poket aku kembung! Cukup belanja untuk dua tiga bulan, tak payah kerja. Kahkahkah.”
“Jadi semua ni rancangan mak cik dengan Zawati?” Yazid menggangkat bahu. Kemudian dia ketawa mengejek lagi.
“Yazid? Betul ke ini semua rancangan dua Orang?” Indah menempik! Tidak sangka masih ada tenaga rupanya dia.
“Syyyyy…”
Yazid meletakkan jari telunjuk dibibir tebal dan hitamnya.
“Perlahan sikit. Nanti rahsia bocor. Yang tahu Cuma aku, kau ,mak dan kakak tiri kesayangan kau tu saja. Kau nak tahu sebabnya??”
“Apa sebabnya Yazid?”
Mecerlung mata Indah pada wajah Yazid. Sedihnya sudah bertukar rasa marah dan geram yang teramat sangat.
“Sebab kakak tiri kau tu jatuh cinta sangat-sangat dengan laki tak jadi kau tu. Dia yng yang nak kahwin sangat dengan si epot pondan tu. Aku yang gagah perkasa ni, sebelah mata pun tak dipandang. Aku yang tergila-gila sangat pada dia, jantan yang macam tu yag dia nak. Aku macam kau juga, sakit mata dan sakit hati.”
“Kau tak takut ke aku bocorkan rahsia jahat ni?”
"Heh! Siapa yang nak percaya cakap kau sekarang ni? Lu fikirlah sendiri! Semua orang lebih terpengaruh dengan cerita dua perempuan tak guna tu.”
“Habis, kenapa kau sanggup tolong dia orang dan aniaya aku?”
Yazid hanya ketawa besar, mengangkat kening buruknya dan menepuk-nepuk kedua-dua belah poket seluarnya. Kemudian dia pergi sambil sengaja menyanyikan lagu duit.. duit dalam versinya tersendiri. Sungguh menyakitkan hati.. Ada juga orang jahat macam ini. Tapi lagi jahat Mak Cik Mariah dan Kak Zawati. Kesian ayah.

Indah menjeling Mak Siti yang sudah terkekeh ketawa. Nantilah Mak Siti, pandai main-mainkan perasaan orang ya. Tapi Mak Siti tahu ke Indah berangankan si dia tu? Eeee.. Malunya.
“Dato’ gmbira sebab semua anak-anak dia balik hari ni. Dah lama tak dapat berkumpul sama-sama, asyik seorang ada, yang lain tak ada. Hari ini cukup lengkap, siap dengan bakal menantu lagi.” Mak siti akhirnya ketawa memberikan jawapan. Ek eleh, nak kenakan Indah lagilah tu. Bakal menantu konon! Buat malu Indah sahaja kalau kaum keluarga Dato’ terdengar.Cubitan dikenakan pada lengan Mak Siti. Terjerit juga orang tua tu. Dalam hati dia sudah maklum kenapa kalau Dato’tahu, lagi dia gembira. Indah menolong Mak Siti membawa nasi dan mencedoknya ke dalam pinggan makan atu persatu.
“Duduk Indah!”
Dato Safiya memberi arahan. Dia memang tak suka jika Indah berlagak seperti orang gaji. Sepautunya pmbantu Mak Siti sudah datang, tapi hingga kini masih bermasalah.
“Pengganti Sunarti ke, mama?”
Lelaki itu menegur. Tajul Fahin tergelak besar. Si abang pula sudah tersedak air kosong. Nasib baik tidak tersembur pada si ungsu yang dududk disebelah.
“Bro, kalau di orang gaji, Abang Fahin cup awal-awal kemas bilik abang sorang. Siap bayar double tiap-tiap bulan.”
“Fahin,masih mabuk laut lagi ke?” Dato’ Safiya menegur. Tajul Fahin mengangkat tangan memohon maaf pada mama dan Indah.
“Zahin, this is Indah Harlina, PA mama. Since anak-anak mama semua dah ada. Mama nak umumkan Indah a my adopted daughter. Bererti, didalam rumah ini, She is the youngest, dan mama tak mahu dengar sebarang bantahan okey! and please traet her fair as your sister.”
Semua jadi terdiam seketika. Speechless! Dato” Safiya yang jarang suka atau mudah percaya pada orang luar, boleh senang-senang aje terima? Seketika kemudian Tajul Fahin mengejutkan semua orang dengan tepukan tangannya.
Sure… sure mama, no objection at all! Welcome to our family, my dear. Tapi syaratnya kena panggil Abang Fahinlah lepas ni. No more encik-encik ,okey?” Sambil itu Tajul Fahin mengenyit mata pada Indah. Tengok tu, belum apa-apa lagi diasudah ambil kesempatan ini.
“Haah, Abang Zen pun lagi sedap dengar dari Encik Razin.” Amboi – amboi, si dia pun tak lepas peluang. Ambil kesempatan juga! Hendak berebut juga pangilan ‘abang’ ingatkan tak teringin.
Indah sudah tercekik air.
Dato' Sofiya tersenyum lebar mendengar. Tambah-tambah lagi bila melihat  Tajul Razin yang berani. Dulunya cukup kaku dengan semua perempuan. Sekarang ni sudah boleh berbahasa bunga-bunga. Gak kerata perubahannya.


“Welcome to your new home...” Kata Tajul Razin.

Indah pandang sekeling. Mewah dan ekslus...if. Dari bawah lagi dia sudah suspen. Kondominium mewah, lengkap dengan sistem kawalan ketat. “Rumah siapa ni Abang Zen? Indah dengan Hasma tak mampu tinggal di sini... gaji kami tak cukup nak cover”.

Hasma mengangguk-angguk dua tiga kali, isyarat setuju dengan apa yang Indah kata. Memang betulpun.Agaknya hujung bulan, gaji dia dan Indah habis bayar sewa rumah . Memang la meletop tinggal sini...tapi nak buat apa, kalau kena ikat perut. Hasma , kalau pasal makan , jangan buat main-main. Dia tak boleh fikir kalau perut berkeroncong. Tengok body la beb...

Tajul Razin ketawa kecil. “Nak bayar sewa apa pula? Bukankah dah janji boleh tinnggal luar dengan bersyarat?”. Sambil tu mata dia tunak pandang wajah Indah.”Sinilah tempatnya. Selain dari sini, tak boleh tinggal, Indah dah janji dengan mama kan?”

Itulah janjinya pada Dato’ Safiya pagi semalam bila dia minta keizinan untuk tinggal diluar. Kalau boleh dia tak mahu peristiwa yang satu itu menganggu fikirannya . Dia tengah berusaha untuk melupakannya. Trauma sangat. Hanya diri dia sahaja yang tahu sakitnya. Lebih pahit rasa daripada perasaan semasa di halau ayah.

Dato’ Safiya pada mulanya tidak setuju. Oleh kerana dia telah tahu sebab Indah tiba-tiba sahaja masuk wad, maka dia fikirkan kembali permintaan itu untuk kebaikan semua tertamanya Indah. Tajul Zahin telah buka rahsia, walaupun abang sulungnya telah berpesan jangan beritahu mama apa-apa. 

Syaratnya kena tinggal di rumah yang Tajul Razin sediakan dan itupun hanya sementara sahaja, sehingga keadaan pulih kembali. Hatinya lebih suka Indah tinggal bersama di rumah besar mereka. 

Okeylah. Bersyaratpun, syaratlah. Indah setuju saja , asalkan dia jauh rumah besar itu, dan lebih-lebih lagi asalkan tidak berjumpa dengan Tajul fahin dalam masa terdekat ini. Sehingga hati dan perasaannya pulih.

“Ahmm...kenapa diam saja? Tak suka?” Tajul Razin duduk atas sofa. Dia beri syarat untuk Indah dan Hasma duduk juga.

Indah hanya balas dengan senyum nipis. “Rumah auntie ke Abang Zen? Indah tak pernah tahu pun..”. Tapi kemudian terfikir pula, siapa dia untuk tahu semua harta benda Dato’ Safiya. Juga bukan peguam peribadi dato’. Melampau betul Indah ni...

“Rumah Abang Zen . Walaupun kecil aje, tapi abang beli dengan duit sendiri tau. Mama tak sponsor satu sen pun”. Si dia jeling manja Indah. Rasanya sudah lama dia tak mengatal dan bermanja-manja.

“Owh...”
“Indah tinggal sahaja sini dulu , buat macam rumah sendiri. Atau kalau sudi nak tinggal selama-lamanya pun boleh, tapi yang tu kena tambah syarat lainlah!” Tajul Razin ketawa senang di hujung katanya.
Hasma sudah tersungging-sungging senyum gatal. Dia angkat kening pada Indah di hadapan. Indah buat-buat tak nampak atau dengar.
“Jom...Abang Zen tunjukkan bilik Indah...”. Lalu Tajul Razin segera bangun dan angkat dua-dua beg semula menuju bilik. Indah dan Hasma ikut di belakang.
‘Untungnya kau beb...” Hasma bisik di telinga. Indah siku pinggang dia. 
Bilik utama sama dengan seperti ruang tamu. Bergaya dan elegan! Indah suka sangat dengan gabungan warna menghiasi. Biru laut dan putih mutiara, Biru laut tu warna dia dan Abang Zen. Warna cinta mereka. Abang Zen suka warna tu. Indah pun! Tenang sangat suasana bilik ini. Seminit dua berada di situ, Indah terus jatuh cinta.
“Suka tak?” Tajul Razin ulang tanya soalan tadi.
Kali ini Indah angguk. Jawapan dari hatinya. Sungguh dia suka dengan rumah yang disediakan Tajul Razin. Tetapi...
“Tak melampau ke , sampai Indah pula yang tinggal sini?”
“Kenapa pula?”
Masa tu, Hasma sudah ke ruang dapur untuk cari air minuman.
“Iyalah...ini rumah Abang Zen, rasanya Indah tidak punya apa-apa hak untuk tinggal di sini...”
“Kalau macam tu...kita cuba cepatkan hak-hak tu nak?” Tajul Razin kenyit mata.”Jadi Indah taklah rasa serba salah....”
“Abang Zen...Indah ni tengah berserabut la sekarang ni...”
“Itu la...suka fikir yang bukan-bukan. Sudah-sudahlah beratkan kepala Indah. Abang nak Indah cepat pulih . Duduk sini , tenangkan fikiran, jangan biar otak tu fikir benda-benda yang negatif. Banyakkan istighfar, zikir dan doa penenang hati ya...Abang tak nak sayang abang ni susah-susah hati lagi”
Indah angguk. Tak kata apa-apa. Dalam hati, terimakasih Abang Zen, yang banyak pulihkan semangat Indah, Indah akan berusaha bersungguh-sungguh lapangkan dada dan tenangkan fikiran. Moga dirahmati dariNya. 
Mereka keluar semula ke ruang tamu, bahaya duduk dalam tu berdua. Syaitan melompat-lompat kiri kanan. Hasma sudah siapkan jus oren dalam gelas. Pandai pula minah ni , fikir Indah. Nak tunjukk baik kut depan Encik Tajul Razin ,jika tak...jangan harap! Buat air untuk Dato’ Safiya pun puas Indah ajar.
Lepas minum seteguk dua, telefon Tajul Razin berbunyi. Kemudian dia minta diri pergi setelah pesan itu ini, terutama pasal keselamatan mereka. Dia letak segugus kunci rumah dan kunci kereta Nisan Teana atas meja kopi.
“Indah guna kereta ni. Drive hati-hati, keselamatan diri sendiri lagi utama dari kereta tu...” Pesan Tajul Razin lagi.
Indah tidak dapat kata apa-apa. Dia tidak mahu semua ini, tapi dia tidak mampu untuk menolak.
“Beb...dalam peti ais besar kat dapur tu, penuh makanan sedap-sedap tau. Macam-macam dah tersedia...kenyang aku beb tinggal dengan kau...” Hasma bagi tahu sambil peluk Indah selepas pintu utama ditutup.
Indah masih lagi bisu. Ini lagi satu masalah... 




“I do love her. Very much... and I think I need her indeed...I love her...” Terus –terang Tajul Fahin mengaku.

Meremang telinga Tajul Razin. Dia tidak dapat bertahan lagi. Marah, geram bercampur dengan cemburu. Tanpa sedar dia terus cekak kolar baju T kuning air adiknya . Leher dicengkam kasar “ Don’t you dare!! Jangan nak sebut sayang kalau perangai macam binatang!!!”

Pang!

Satu tamparan kuat hinggap ke pipi Tajul Fahin. Itupun dia belum puas hati. Dia masih tidak melepaskan tubuh Tajul Fahin.

Anehnya , Tajul Fahin sedikitpun tidak melawan. Dibiar sahaja si abang lepas kemarahan. Berkerut dahi menahan sakit . Tak sangka kuat sungguh tenaga jantan Tajul Razin. Berpinar-pinar mata dibuatnya.

“I am sorry bro...” Suara Tajul Fahin lemah dan terketar-ketar.

“Kau ingat boleh selesai masalah dengan ucapan maaf? Dan aku bukan orangnya!!” Marah Tajul Razin lagi. Tangan dia sudah genggam penumbuk untuk ditujukan ke perut lawan, tapi sempat di tolak Tajul Zahin yang dari tadi hanya diam memerhati. Tajul Zahin guna sepenuh tenaga untuk jarak dua lelaki tersebut. Seorang ke kiri, seorang ke kanan.

“Hei...hei, apa ni bro? Takkan kerana perempuan kampung tu you all berdua nak berbunuh? Tak berbaloi tau!! Sedar la sikit!!” Jerit Tajul Zahin.

Berdesing telinga kedua-duan abangnya.

Tajul Fahin bulat biji mata“You shut up!!” Jari telunjuk ditunding pada budak mentah itu. 

“Shut up? You all tak rasa bodoh ke ? Berlambak lagi perempuan hebat kat luar yang you all boleh tangkap . Petik jari saja, berduyun datang Bukalah mata sikit! Apa faedahnya dapat perempuan tu?”
Pang!
Elok sangatlah tu. Yang sulung tampar yang tengah, yang tengah pelempang yang bungsu. Si bungsu meraba-raba pipinya yang pedih selepas itu. Yang sulung speechless! Tergamam!
Selama ini gaduh mereka tidak pernah naik tangan. Guma gaduh-gaduh sayang. Paling terukpun hanya bertegang leher . Sebenarnya mereka tiga beradik ini cuma selalu tidak sependapat sahaja, tidak lebih-lebih sangat. Dato’ Safiya cukup mendidik anak-anak supaya menghormati antara satu sama lain. Adik hormat abang, abang respect adik.
Hari ini, kali pertama mereka perang besar...
“Puas hati???” Tajul Zahin tempelak!
“Pergilah! Pergilah semua orang tumpukan perhatian pada budak perempuan tu. Tak padan dengan mama, you all pun gila sama. Baguslah kalau family kita jadi macam ni?” Dia sambung lagi.
“Tajul Zahin...mama suka dia sebab dia gadis baik. Tengoklah macam mana dia layan mama. Mama happy kan?” Bela Tajul Razin. Tak rela dengar memanjang adiknya mengutuk insan yang dia sayang
“Baik? Baik layan mama? Baik juga layan you all kan? Perempuan masuk bilik lelaki itu baik? ”
Tajul Fahin melayangkan lagi satu tamparan pada Tajul Zahin, tetapi kali ini sempat ditahan Tajul Razin .
“Tamparlah!” Cabar Tajul Zahin. Sedap agaknya kena tampar. “Kalau tidak sebab perempuan tu masuk bilik bro... benda tu tak jadi tahu tak? Dia yang lebih gatal...”
“Enough Tajul Zahin! Enough! Jangan buat keadaan lebih rumit!” Potong Tajul Razin. Dia tahu adiknya salah faham. Indah bukan macam itu. Dia kenal gadis itu luar dalam. Dalam? Belum lagi kot, hati ...ya. Jangan orang hendak auta apa-apa tentang Indah.
“Betul tu. You.. Zahin , jangan sibuk sangat! Diri sendiri pun tak boleh control, ada hati nak masuk campur hal orang!” . Jari telunjuk dia tunjal-tunjal pada dahi Tajul Zahin.
“Fine!. Suka hati you all lah! Jangan apa yang pernah berlaku berulang balik sudah! ” Jerit Tajul Zahin, dia atur kaki menuju tangga. Lantaklah! Tak kuasa dia masuk campur lagi. Never! Kau orang hendak berebut perempuan seorang tu , rebutlah! Dia tak rugi apa-apa. Apa punya taste la abang-abangnya. Tak masuk akal!




"Cara abang, seperti sorokkan sesuatu."

"Tak ada apa-apa. Abang belum sempat bincang dengan mama, fasal ayah Indah.." Dia cepat-cepat melarikan dengan mata dari memandang wajah Indah. Ya ke? Cara dia cakap macam tidak ikhlas. Kalau betul pun mungkin juga, sebab dia tak nampak serius untuk mempercepatkan rancangan itu. Mungkin dia ajak khawin, ajak-ajak ayam saja, macam kanak-kanak main pondok-pondok. Mentang-mentanglah Indah ni jauh lebih muda dari dia.
"Sayang.. how much you love my mom?"
Pertanyaan keluar dari topik aal membuatkan Indah tiba-tiba teringat janjinya pada diri sendiri sewaktu Dato' Safiya koma. Mudahnya dia lupa bila diumpan dengan perkataan 'kita kahwin?' Masa itu dia hanya mahu nyawa ibu angkatnya.
"Indah tak ada ibu, hanya mama tempat mengharap kasih." Tajul Razin tersenyum tawar.
"Abang pun, mama dan keluarga keutamaan. Dan sayang juga segala-galanya. Abang akan lakukan apa saja untuk melindungi Indah dan semua yang abang sayang."
Lepas tu, dia sambung dengan kata-kata yang Indah kurang jelas dan masih terfikir-fikir hingga kini. "Walau apapun yang terjadi , hati abang tetap pada seorang gadis...." kenapa mesti berulang kali menyebut ayat tersebut?Indah masih tidak faham walaupun sudah belalu lima hari. Dan Lima hari juga, Tajul Rain melenyapkan diri! Bayang-bayang pun tidak nampak! Klai ini tanpa SMS juga. Perlahan Indah bangn ke almari pakaian disangkutkan dicelah-celah pakaiannya. jaket yang belum dibasuh. Masih ada sisa-sisa wangian dan aroma lelaki tersebut. Indah membawanya rapat ke hidung. terlerai sedikit rasa rindu!
Kerana rindu jugalah dia asyik berulang-alik ke banglo Dato' Safiya setiap hari. Malangnya, petak parkir BMW hutam sentiasa kosong tanda tuan kereta pun tiada. Mujur ada kucing kesayangan untuk dia mencurahkan rasa. Pejabat pun dia tidak masuk, outside meeting sahaja alasan Safuan berikan. Bosan! atau boleh percaya ke?




"My God... Sis?" Dua tapak di berpatah ke belakang, dia terdengar suara memanggilnya. Ahhh! Dia mana ada adik! mamat manalah pula yang bijak memandai manaikkan tarafnya disini. Pedulilah, takut juga kalau orang tu ada niat tak baik. Indah tak kenal sesiapa, kecuali Kak Maznah anak beranak dan Abang Saiful. Indah mempercepatkan langkah.

"Sis... Indah ke ?" Kemudian dia terdengar derap kaki laju mengekorinya. Dia berhenti apabila namanya disebut. Suara itu pula macam biasa ditelinga.
"Ya Allah , sis! Puas kita orang cari. Abang Zen dah macam orang gila kat KL sana." Indah terpaku. Berdesing telinga mendengar nama Abang Zen, dan sudah macam oranggila. beul ke dia dah jadi teruk? sngkanya, Tajul Razin tidak kisah pun. Maklumlah, Indah bukan siapa-siapa padanya. Tanpa segan silu, Tajul Zahin menarik lengan kakka iparnya yang berbaju kurung kak Maznah ke pangkin semula. Semasa keluar dari banglo Dato' Safiya, Indah hanya sehelai sepinggang. Dia tak terfikir pun untuk membawa apa-apa. Hanya menurut kata hati dan perasaan yang sedang bekecamuk. Yang dia mahu, pergi dari situ secepat munkin, sebelum Tajul Razin membuka mata dan membuat hal lagi. Dahlah dia termalu besar dengan apa yang berlaku pada malam itu. Indah terduduk. Tahul Zahin pun duduk sama diatas pangkin. Merak berjarak. Seorang disatu hujung dan seorang lagi dihujung yang lain.

"Macam mana Zahin boleh ada disini?" Hairan Indah. Beberapa hari yang lepas dia berjumpa dengan Abang Saiful, sekarang Tajul Zahin pula. Terasa dunia semakin sempit. Dan banyak pula kebetulan demi kebetulan.

"Tu.." Tajul Zahin menunjukan kanvas lukisannya dihadapan. Nama saja menghadap sawah padi, coretan diatas kanvas entah apa-apa. Celoreng disana dan disini, sama pada warna sahaja , hijau. Indah memandang pada lukisan. Berlapis dahunya berfikir. Apa kaitannya dengan dia?
"I ada pemeran bertemakan 'GREEN'. Sinilah tempat untuk mencari mood. You nampak tak rumah berbumbung merah ditengah-tengah sawah sana tu?" Tajul Zahin menunjukkan ke arah kanan. Indah sekadar mengangguk. Memang ada sebuah rumah comel berbumbung di tengah-tengah sawah sana tu. Indah selalu tertanya-tanya siapakah penghuni rumah tu, sunyi seperti tidak berorang.
"Itulah rumah Safuan. I selalu datang sini untuk melukis. Sis tahukan, dulu ayah Safuan kerja dengan papa, Sebab itu I baik dengan emak dia, mereka tinggal dibilik belakang yang sekarang ni ah jadi stor."" Penerangan Tajul Zahin , buatIndah menarik nafas lega kerana sudah faham. Rupa-rupanya begitu. Dia Juga tidak sangka akan menjejakkan kaki ke kampung Safuan. Kebetulan lagi...
"Sepatutnya dah siap semua lukisan untuk pameran tu, tapi sebab tak tahan hati tengok Abang Zen terjerit sana sini, I pun let go my precious time, tolong dia cari masa dua minggu ni. Baru aje semalam sampai, I tak sangka jumpa you disini. Betapa besarnya kuasa Allah, kalau Dia kata jadi maka jadilah. Kalau I tahu, tanpa buang masa I terus ke sini. Kenapa  you sembunyikan diri? Bukankan Abang Zen yang sis harapkan?"
"Mana you tahu I harapkan dia?" Indah tidak berpuas hati. Dia ingat Indah yang terhegeh-hegeh ke?
"Sis jangan lupa, I ni orang seni... benda yang seni-seni dan tersorok ni I memang boleh nampak." Tajul Zahin tersengih. Indah mencebik. Menyampah! Itu saja modal dia!
"Kenapa buat Abang Zen macam ni?" Indah menjongket bahu. "Teruk sangat ke apa yang I buat sekarang, berbanding apa yang I tanggung maas abang-abang you permainkan I?"
"I rasa you tak kenal habis lagi siapa Abang Zen. Yang you tahu tentang dia mungkn 40 peratus." Bulat mata Indah memandang Tajul Zahun. Geram! Jujurnya dia bercakap. 
"Ikhlas cakap, kalau you kenal dia 80 peratus saja pun , you tak berani nak berenggang dengan dia wala sesaat. Atau pun you akan terbang pergi peluk dia sekarang ini juga."
"Cakap senang. You all tak rasa apa yang I rasa.." Indah tidak mahu kalah.
"Jangan lupa sis, I ni orang seni.." Tajul Zahun bangun menuju ke tempat kanvasnya trpacak. Dia mencapai berus dari tempatnya. Hah! Pergi balik, pergi balik. Ayat itu juga yang dia ulang, kutuk Indah dalam hati. Dia pandang sahaja kelakuan Tajul Zahin. Dia tidak ingin mngulas bahasa seni adik iparnya. Tajut dia lagu tidak faham, lagi keliru.
"You tengok kanvas ni, corak-corak, contengan warna-warnanya, walaupun sesetengah orang tidak dapat langsun menilai keindahan dan keistemewaannya, namun setiap lakaran mempunya maksud-maksud tertentu. yang pasti, hanya pelukisnya sahaja yang memahami.."
Wah.. rasanya kali ini, Indah terlebih faham kut! sebuah potret abstrak. Indah akui itulah perjalanan hidup dia selama ini. Hanya Tuhan sahaja yang tahu di setiap simpang-siur yang dia lalui. Ada sikit senyuman nipis dibibir.
"Dah faham dah? samalah juga dengan Abang Zen. I cakap ni bukan kerana dia abang I. Tapi sebab I dah paus tengok dia berkorban untuk keluarga. Sekarang, tiba masa untuk diri dia bahagai dan memberi perhatian kepada kehidupan sendiri."
"Maksud you?" Tadi Indah dah faham sikit-sikit. Sekarang dia perlukan lebih penjelasan kerana ini bahagian penting untk dia lebih mengenali siapa suaminya.
" You perempuan yang dia cinta sepenuh hati..." berhenti sekejap, Tajul Zahin menelan liur. Indah Blushing. etulkah? Isk..Isk, mana dia tahu? Hmmmm.. Diakan orang seni... Rupanya berguna juga ayat itu ya. Indah suah tak sabar-sabar mendengar ayat- ayat seterusnya.
"Sebelum you, dia tak pernah ada mana-mana perempuan, kecuali mama. Nak tahu kenapa?? sebab dia serik!"" berhenti lagi.
"Kalau tak pernah ada perempuan , kenapa pula serik?" Indah mengerutkan dahi. adik ipar dia yang seorang ni, nk dikategorikan sebagai seni atau pemutar belit?
"Arwah papa." Tajul Zahun diam lagi.
"Owh... kenapa?" Indah tunjuk muka tak sabar.
"Keluarga kamu hidup bahagai, gembira , aman damai , mewah, sehinggalah muncul seorang perempuan pengiks dalam hudup papa. dia buat hidup kami porak pernda dan papa hampir muflis. Mujur mama ada strategi untuk selamatkan TS Holding. Jiak tak , jangan harap you nak tengok kami ni bergaya dengan baju mahal dan kereta mewah." Tahu pun ... Indah kata dalam hati. itupun tak sedar diri main-mainkan orang miskin macam dia.
"Sejak itulah Abang Zen menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga, membantu mama. Masa tu dia masih belajar lagi, tapi dia luangkan masa untuk menjaga kami dua orang dan berulang alik dari KL dan London untuk memberi kekuatan pada mama. Abang Fahin yang paling menyusahkan! Papa buat perangai, dia pun sama buat perangai. Kalau bukan kerana Abang Zen, rasanya dia tu tak akan jadi orang langsung sekarang ni. Perempuan sundal tu betul-betul menyusahkan hidup kami. Mama terus hidup pun kerana semangat Abang Zen. Dia banyak berkorban masa, tenaga dan kehidupan remajanya semata-mata kerana tidak mahu lihat kami bertiga kecewa dan putus asa. Malah sampai sekarang pun, dia masih berkorban demi mama dan lebih-lebih lagi untuk lelaki seorang tu. Abang Fahin tak reti-reti berfikir sendiri dan membahagiakan orang lain. Cakap dan kehendak dia sahaja orang kena ikut. Macam perangai budak tadika, Kalau tak kerana dia tu abang I, dan kami ni tiga beradik, dah lama I lipat-lipat dia jadi kanvas lukisan, ataupun material kerja seni I ni tau." Tajul Zahin tersengih di hujung kataya.


Edisi Adaptasi Drama 


Barisan Pelakon 

Amar Baharin - Tajul Razin.

Izreen Azminda - Indah Halina.

Dian P.Ramlee - Dato' Safiya.

Aedy Ashraf - Tajul Zahin.

Syafiq Kyle - Tajul Fahin.

Ramona Zam Zam - Ilyana.

Hafeez Mikhail - Safuan.



Episod 1

Indah Harlina ditunangkan dengan pilihan keluarga. Cerita bermula bila Indah Harlina ingin pulang kekampung untuk majlis perkahwinannya. Zawati ( kakak tiri Indah ) berjanji untuk balik sekali kekampung bersama Yazid. Perjalanan balik Indah singgah di perhentian R&R tapah untuk solat nak mengalas perut . Tetapi alangkah terkejutnya Indah bila Zawati dan Yazid tidak ada di tempat kereta. Sampai dirumah Zawati menabur fitnah yang Indah Harlina enggan pulang kerana dia mengikut lelaki lain. Ini semua rancangan Zawati agar Indah tidak berkahwin dengan Syaiful. Zawati menyimpan perasaan pada Syaiful kerana Syaiful seorang Pensyarah dan bergaji besar. Ayah Indah meminta Syaiful meneruskan pernikahan itu dengan menukar pengantin perempuan demi menutup malu . Zawati pura-pura terkejut dengan keputusan ayahnya. Syaiful rasa berat hati dengan keputusan ayah Indah . Dengan tiada bekalan duit ditangan Indah hilang arah lalu Indah tertidur disurau kerana keletihan. Indah Harlina terkejut bila terdengar bunyi talifon disebelahnya. Dia cuba mengangkat panggilan dan meminta agar talifon itu dipulangkan. 
Jom tonton link ini : Kerana terpaksa aku relakan episod 1

Episod 2
Tajul Razin menuduh Indah mencuri talifon Dato Sofiya ( mama Tajul Razin ). Tetapi Dato Sofiya sendiri nampak Indah tidur ketika itu. Dato Sofiya gembira kerana talifonnya dapat kembali Dato Sofiya memberi sikit duit sebagai hadiah kerana memulangkan talifonnya. Dato Sofiya gembira bila berjumpa dengan Indah Harlina . Tetapi Tajul Razin tetap dingin kerana takut mamanya terperangkap dengan segala penipuan. Pernikahan Syaiful dan Zawati diteruskan juga . Tetapi Syaiful tetap berat hati untuk menerima Zawati. Ayah Indah memutuskan untuk memberi duit EPFnya untuk Zawati dan isterinya kerana telah menyelamatkan dan menolong menutup malu keluarga. Dengan bantuan seorang kakak , Indah berjaya mendapatkan bas untuk pulang kekampung.   
Jom tonton link ini : Kerana terpaksa aku relakan episod 2


Episod 3

Bila Indah sampai dirumah ayah Indah tidak mahu menerima apa-apa alasan yang indah berikan. Kerana terlalu kecewa ayah Indah menghalau Indah dari rumah itu kerana telah menconteng arang dimuka. Wati sekali lagi meracuni fikiran ayah indah dengan memburuk-burukkan Indah dihadapan pak cik Halim. Dengan rasa kecewa , Indah meninggalkan rumah ayahnya. Semasa Indah menunggu diperhentian bas , Yazid datang memberi beg pada indah yang terkinggal didalam keretanya. Yazid hanya memberitahu ini semua rancangan mak dan kakak tirinya. Zalwati dan ibunya gembira kerana rancangannya berjaya. Kini Indah hidup sebatang kara dan cuba memulakan hidup baru. Indah diterimakan berkerja di sebuah restoran. 
Jom tonton link ini : Kerana terpaksa aku relakan episod 3 

Episod 4
Dato Sofiya masih mencari PA baru tetapi tiada yang sesuai. Tajul Razin sibuk dengan kerja-kerjanya. Sikap Tajul Fahin sering merisaukan Dato Sofiya. Sebagai seorang abang Tajul Razin tak pernah berhenti menasihatkan adiknya yang susah untuk dikawal. Indah terkejut bila bertembung Dato Sofiya di restoran . Sekali lagi Indah juga membantu Dato Sofiya  tiba-tiba komputer riba Dato Sofiya rosak. Sikap Indah yang terlalu baik tidak disenangi oleh rakan sekerjanya. Indah dibuang kerja serta merta. Zalwati cuba mengelak untuk kerumah mertuanya. Dirumah mertuanya Zalwati tak tentu arah bila disuruh itu ini. Zalwati mula merangka niat jahat.    
Jom tonton link ini : Kerana terpaksa aku relakan episod 4

Episod 5
Selepas dibuang kerja Indah nekad untuk mencari kerja bagi menampung keperluannya. Indah ternampak jawatan kosong di sebuah gedung kain , nasib masih belum menyebelahi Indah bila permohonannya ditolak. Disaat Indah mahu keluar dari gedung kain Indah terserempak dengan Dato Safiya yang pitam. Indah membantu driver Dato Safiya menghantar dan menjada Dato Safiya dihospital. Emak Syaiful rasa curiga dengan menantunya seperti ada yang tak kena. Dato Safiya rasa bersyukur kerana Indah yang menyelamatkannya.    
Jom tonton link ini : Kerana terpaksa aku relakan episod 5

Episod 6
Dato Sofiya selesa bila Indah menjaganya di hospital. Bila dirumah Indah banyak membantu Dato Sofiya. Dato Sofiya menawarkan kerja PA pada Indah dan tugas - tugas dirumah akan biambil alih oleh Mak Iti ( orang gaji ) yang kini pulang kekampung. Razin yang menerima panggilan dari dari mamat ( driver ) Dato Sofiya bergegas pulang kerana Dato Sofiya jatuh sakit. Razin terkejut bila pulang melihat Indah ada dirumahnya. Dato Sofiya memberitahu Razin kerana Indah yang menjaganya , dia semakin sihat. Razin tidak suka dengan kehadiran Indah dirumah itu. Indah menyuruh Indah keluar rumah cukup minggu dan jangan ada muncul lagi di depan mata Dato Safiya. Tindakan Zalwati dapat dihidu oleh mertuanya. Zalwati jadi marah kerana apa yang dilakukan semua tak kena dimata mertuanya. Dia mengambil keputusan untuk pulang kerumah maknya. Saiful hanya menurut kata isterinya Zalwati. Kerana tindakan Razin yang menyruh Indah keluar tanpa pengetahuan Dato Sofiya. Dato Sofiya mencari Indah dan Razin terpaksa mencari Indah kerana Dato sofiya menyuruh Indah masak Sup kepala Ikan. Nasib Razin baik, kerana menemui Indah di bas stop. Razin memaksa Indah masuk ke dalam kereta dengan alasan Indah telah mengambil barang berharga dirumahnya. 
Jom tonton link ini : Kerana terpaksa aku relakan episod 6

Parts menarik dari episod 6

Episod 7
Indah kembali dirumah agam Dato Safiya. Semasa Indah mengemas beg pakaiannya, Indah terkejut bila menemui Sebentuk cincin berlian didalam begnya. Indah ingin mencari penjelasan dari Razin tetapi tiada jawapan. Hari pertama Indah menjadi PA Dato Safiya. Razin cuma memberitahu cincin itu adalah pertaruhan kebahagiaan mamanya. Syaiful pergi menghadiri kursus di Kuala Lumpur. Zalwati mengharapkan suaminya memberi duit yang banyak untuknya agar dia dapat memberi pada Yazid yang selalu mengganggu hidupnya. Indah terkejut bila Syaiful muncul didepan mata . Syaiful datang marah tanpa menghiraukan penjelasan dari Indah . Razin yang menyaksikan pertelingkahan dengan keadaan hairan . Tanpa berselindung Indah menangis sepuas hati.  
Jom tonton link ini : Kerana terpaksa aku relakan episod 7

Part menarik dalam episod 7

Episod 8
Dato sofiya dapat merasakan ada sesuatu yang berlaku pada diri Indah . Dato Sofiya menyuruh Razin memujuk Indah agar tidak berpindah rumah. Razin mengajak Indah keluar makan malam. Razin ingin mengetahui siapa lelaki yang berjumpa Indah siang tadi dan memujuk Indah jangan keluar dari rumah . Yazid dan Zalwati berjumpa ditempat dijanjikan kerana yang dijanjikan tidak cukup Yazid meminta Zalwati sebagai ganti. Zalwati memburuk-burukan Indah didepan ayah tirinya tentang Indah. Ini berikutan Syaiful menceritakan dia telah berjumpa Indah di Kuala Lumpur. Ayah Indah termenung jauh memikirkan nasib anaknya. Mak Syaiful risau kerana Syaiful tidak kembali kerumahnya setelah berkahwin dengan Zalwati. Dia marah dengan menantu yang tidak boleh diharap dan pemalas.   
Jom tonton link ini : Kerana terpaksa aku relakan episod 8

Part menarik episod 8

Episod 9
Mak Siti cuba mengorek rahsia perasaan Indah dan Razin. Mata hati mengatakan Razin suka pada Indah. Indah dikejutkan dengan kepulangan Fahin anak Dato Safiya yang kedua. Fahin mula suka  dan cuba mencari tumpuan Indah. Mak Syaiful ke pekan dalam perjalan balik dia singgah di sebuah taman. Alangkah terkejutnya bila dia ternampak menantunya berasmara bersama Yazid. Mak syaiful berang bila melihat keadaan itu. Yazid yang melihat keadaan menjadi tegang ,  lalu nekad melanggar mak Syaiful demi menutup rahsianya. Mak syaiful disahkan meninggal dunia. Syaiful sedih kerana maknya pergi tanpa pesan. Razin dan Indah keluar bersama untuk mencari hadiah untuk dato Safiya. Razin gembira bila Indah berteus terang yang Indah tiada perasaan apa-apa pada Fahin yang sering mencuri perhatian Indah. 
Jom tonton link ini : Kerana terpaksa aku relakan episod 9

Petikan menarik episod 9


Episod 10
Ulang tahun Dato Safiya disambut meriah walaupun tanpa kehadiran 2 orang Tajulnya. Kehadiran Indah lebih bermakna. Tajul Fahin ke pejabat memohon maaf pada Mamanya kerana tak dapat hadir meraikan ulang tahun. Syaiful masih bersedih dengan kehilangan emaknya. Zawati pura-pura sedih bila bersama suaminya mengenangkan kematian mertuanya. Tajul Razin marah kerana pada Safuan kerana system komputer rosak dicawangan lain. Dato Safiya memberi kebenaran pada Indah pergi bersama Tajul Razin mengendalikan system itu . Dalam perjalanan Indah singgah ke kedai untuk membeli barang peribadi. Dengan ketulusan Indah yang menolong Maznah yang ditinggalkan suami membuatkan hati Tajul Razin tersentuh. Dato Safiya hanya mampu melihat Tajul Fahin mabuk di setiap malam walaupun Tajul Fahin berjanji untuk tidak mabuk lagi.     
Jom tonton link ini : Kerana terpaksa aku relakan episod 10

Episod 11
Indah dan Dato Safiya keluar makan bersama Fahin. Anita ( Bos tempat kerja di restoren ) terkejut perubahan pada Indah bila melihat Indah bersama Dato Safiya. Indah meminta izin untuk kerumah Asma sahabatnya di Seremban. Razin mencuri peluang untuk menghantar Indah kerumah sahabatnya. Dirumah Asma , Indah menceritakan apa yang berlaku pada dirinya. Indah juga bersyukur dia kini berada ditempat yang selamat. Dan menggap Dato Sofiya sebagai emaknya. Fahin terus mengasak untuk memikat hati Indah . Dato Safiya risau dengan keadaan Fahin kerana takut sesuatu kejadian buruk akan berlaku pada Indah . Razin memberi seekor kucing yang comel untuk hadiah hari jadi Indah. Indah Terlalu gembira bila menerima hadiah istimewa dari Razin. Syaiful merasakan ada sesuatu yang tak kena pada dirinya . Yazid dan Wati terus menjalinkan hubungan dibelakang suaminya. Perubahan itu dapat dirasai oleh mak mertuanya Mariah. 
Jom tonton link ini :Kerana terpaksa aku relakan episod 11 

Episod 12
Wazati dan maknya pergi jumpa bomoh Mak Itam untuk mencapai niat buruknya. Kepulangan Zahin tidak di raikan. Ini membuatkan Zahin marah kerana semua orang dirumah lebih ambil perhatian pada Indah. Zahin memberi amaran pada Indah kerana kehadirannya diawasi. Indah dan Razin diarahkan ke Bandung kerana project tender. Pemergian mereka tidak disenangi oleh Fahin . Mak Kiah memberitahu agar Syaiful lebih berhati - hati dengan isteri dan mak mertuanya kerana mereka sanggup buat apa saja untuk mendapatkan apa yang mereka hajati. Setelah mendengar cerita dari Mak Kiah Syaiful lebih banyak menjauhkan diri dari isterinya.    
Jom tonton link ini : Kerana terpaksa aku relakan episod 12

Petikan menarik episod 12


Episod 13
Sampai di Bandung Razin 

Petikan menarik episod 13


Episod 14


Petikan menarik episod 14


Episod 15




Episod 16
Indah dan Razin ternampak Zalwati dan Yazid di Hotel . Indah tidak menyangka Zalwati sanggup berlaku curang pada Syaiful. Fahin terus mencuri hati Indah tetapi tidak disenangi oleh abangnya Razin. Razin rasa cemburu bila Fahin terus mengejar Indah. Hubungan Indah dan Razin semakin rapat . Razin semakin berani meluahkan isi hatinya melalui pemberian minyak wangi pada Indah. Zalwati semakin risau keadaan suaminya yang semakin dingin terhadapnya. Zalwati menyuruh Yazid mengintip aktiviti suaminya. Kini Razin tanpa segan silu tentang perhubungannya . Razin mengajak Indah Pergi Joging dan beriadah di luar . 
Jom tonton link ini : Kerana terpaksa aku ralekan episod 16

Episod 17
Indah tinggal bersendirian dirumah , memandangkan semua penghuni dirumah tiada Indah mengambil peluang untuk mengemas bilik. Dalam leka Indah mengemas bilik , Fahin masuk ke bilik dalam senyap. Ini membuatkan Indah terkejut dengan tindakan Fahin yamg cuba bertindak agresif. Razin yang baru pulang terkejut dengan jeritan Indah dan bertindak menolak tubuh Fahin yang sasa. Indah pengsan dan masuk ke Hospital . Razin meminta agar Zahin merahsiakan apa yang berlaku. Razin menempatkan Indah dan Hasma di sebuah Kondo demi keselamatan. Kepulangan Syaiful mengejutkan Wati dan Maknya. Wati dan maknya seronok menghabiskan duit yang Syaiful berikan. Yazid terus mengugut Wati, jika Wati tidak beri duit Yazid akan membocorkan rahsia mereka.



Episod 18


Episod 19
Jom tonton link ini : Kerana terpaksa aku relakan episod 19



Episod 20
Indah melayan perasaan selepas perselisihan faham. Tajul Razin mohon maaf kerana terlalu cemburu bila terserempak Indah bersama Syaiful. Syaiful cuba mendekati Indah tetapi dihalang oleh Tajul Razin. Syaiful mengintip pergerakan Indah dan mengantar gambar gambar kepada Zawati. Zawati memberitahu ayahnya keburukan Indah di kuala lumpur. Syaiful memberitahu Zawati Indah hidup senang bersama lelaki kaya. Tajul Razin menyuruh Safuan menghantar gambar-gambar Zawati kepada suaminya agar Syaiful tidak lagi mengganggu Indah. Halim terkejut bila menerima gambar Zawati dengan Yazid. Zawati merasakan ini semua perbuatan Indah. Zawati menyuruh Yazid buat sesuatu sebelum rahsia mereka terbongkar. Halim menasihatkan Syaiful agar melupakan Indah dan menguruskan rumah tangganya hanya untuk Zawati.  
Jom tonton link ini : Kerana terpaksa aku relakan episod 20

Episod 21
Jom tonton link ini : Kerana terpaksa aku relakan episod 21

Episod 22
Dato Safiya dimasukkan ke Hospital keadaannya Dato safiya dalam keadaan kritikal. Tajul Fahin jumpa Ilyana mendapatkan kepastian apa yang Ilyana beritahu mamanya hingga Dato Safiya jadi begitu. Dalam Koma Indah merayu agar Dato Safiya pulih. Dengan kuasa Allah Dato Safiya selamat dari keadaan kritikal. Tajul Zahin baru sedar kenapa Dato Safiya terlalu sayang pada Indah. Tajul Razin cuba memujuk Indah tentang kejadian dia dan Ilyana. Indah susah nak terima penjelasan Razin. Tanpa jemu Razin memujuk Indah hingga indah menerima lamaran Razin. Selepas lamaran itu Razin seperti seperti melarikan diri dari Indah. Indah mencari kenapa Razin tiba-tiba berubah. Lebih menyakitkan Razin lebih banyak masa bersama Ilyana.
Jom tonton link ini : Kerana terpaksa aku relakan episod 22

Episod 23

Jom tonton link ini : Kerana terpaksa aku relakan episod 23

Episod 24
Indah meratapi selepas dia menerima email dari Tajul Razin. Hasma terkejut bila melihat Indah demam. Indah dimasukkan ke hospital beberapa hari. Selepas keluar dari Hospital Indah mengambil keputusan untuk keluar dari Kondo Tajul Razin. Yazid yang mengintip kehidupan Indah memberitahu pada Zawati. Kemewahan yang dimiliki oleh Indah membuatkan Zawati rasa cemburu. Indah tinggal di sebuah hotel murah tanpa pengetahuan Dato Safiya. Indah terkejut bila Yazid mengugut ingin melakukan sesuatu yang buruk jika Indah masih menghubungi Syaiful suami Zawati.  
Jom tonton link ini : Kerana Terpaksa aku relakan episod 24

Episod 25
Indah terkejut bila ternampak Dato Safiya di lobi hotel. Dato Safiya marah pada Hasma membiarkan Indah tinggal di hotel murahan. Mereka berpindah dihotel yang lebih mewah pilihan Dato Safiya. Setelah beberapa hari tinggal di hotel Indah berpindah disebuah rumah mewah baru dan berkerja dicawangan lain.Tajul Fahin semakin rapat dengan Indah. Dato Safiya memujuk agar Indah menjadi menantunya. Tetapi tiada jawapan dari Indah. Syaiful terjumpa gambar - gambar Zawati dan Yazid kiriman dari Tajul Razin. Syaiful marah , ternyata selama ini Zawati curang. Syaiful menceraikan Zawati dengan talak 3 . Bapak Indah tak berpuas hati dengan Syaiful kerana menceraikan Zawati.  Baginya penceraian Zawati berpunca dari Indah yang selalu menghubungi Syaiful. 
Jom tonton link ini : Kerana Terpaksa aku relakan episod 25

Episod 26
Halim marah pada anaknya Indah kerana mengganggu rumahtangga Syaiful. Tiba - tiba Tajul Razin datang sebagai penyelamat. Tajul Razin membatukan diri bila Indah bertanya kenapa Tajul Razin terus menyepi . Tajul Razin hanya bercakap lelaki yang betul-betul mencintai Indah adalah Tajul Fahin . Indah nekad untuk bersetuju untuk berkahwin dengan Tajul Fahin. Tajul Razin dan Dato Safiya berbincang tentang perkahwinan Indah. Ayah Indah beri masa 3 minggu untuk majlis nikah. Zawati marah bila dapat tahu Indah bakal berkahwin dengan anak Dato. Zawati menyuruh Yazid buat sesuatu yang lebih buruk agar Indah tak jadi kahwin. Yazid menjalankan kerja seperti yang dirancang tetapi malangnya gerak gerinya Yazid di perhatikan oleh Tajul Razin. Indah hampir disimbah asid oleh jazid dan diselamatkan oleh Tajul Razin. Hari majlis tiba seperti yang dirancang. Ayah Indah dan makcik Mariah datang kerumah banglo Dato Safiya. Mariah teruja dengan kemewahan dirumah Dato Safiya.   
Jom tonton link ini : Kerana terpaksa aku relakan episod 26

Episod 27
Indah terkejut bila Tajul Razin menjadi pengantin lelaki bukan Tajul Fahin. Selepas pernikahan Halim dan Mariah terus balik tanpa mengindahkan sesiapa. Ilyana kecewa bila mendapat tahu Tajul Razin berkahwin dengan Indah. Zawati semakin rancak dengan aktivitinya untuk mengejar kemewahan. Dia berjumpa seorang Datuk dan berjanji akan mengahwininya. Indah keliru dengan apa yang terjadi. Indah nekad untuk pergi mencari ketenangan kerumah Kak Maznah. Tajul Razin mencari Indah dimerata tempat hingga kerjanya dipejabat turut terganggu. Tajul Razin buntu untuk mencari Indah.
Jom tonton link ini : Kerana terpaksa aku relakan episod 27

Episod 28
Jom tonton link ini : Kerana terpaksa aku relakan episod 28


Nota : 
Drama kerana terpaksa aku relakan melabuhkan tirainya. Terima kasih kerana singgah ke blogs ini berkangsi pendapat tentang drama dan novel ini. Apa pun pendapat peribadi novel lebih best.  

40 comments:

  1. TERIMAKASIH Eizzara Eizzaty di atas review yang cukup menarik ini, siap dengan gambar-gambar berkaitan lagi. Terharu dibuatnya...

    Jika KTAR diterima baik pembaca, ia sebenarnya terhasil di atas sokongan pembaca juga. Umie amat terhutang budi dengan follower2 laman web penulisan2u, kerana atas komen2 ikhlas merekalah yang mencetuskan idea bagi menggarapkan manuskrip penuh KTAR.

    TERMAKASIH sekali lagi bagi yang setia menyokong dan membaca karya2 Umie yang tidak seberapa ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama - sama... mungkin review saya tak berapa baik ... mungkin ada lari sikit tapi saya suka sangat cerita ni. rentetan kehidupan tu yang saya suka ..... mungkin belum terlambat saya nak ucapkan tahniah pada Umie Nadzimah dengan terhasilnya novel ni... harap novel ketiga ni akan mendapat sambutan yang baik ....

      Delete
  2. err..boleh saya tahu ending crita ni?:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama melayu mesti lah happy ending .. hihihih .. tengok dulu tak tau sama atau tak .. takut dalam novel dgn drama tak sama ...

      Delete
    2. Saya pun nak tau ending cerita ni. Hehe tak sabar. Boleh bagi hint? Hehe

      Delete
  3. Best citer ni. Tp tgk kat drama dulu. Novel mesti lg best. Https://vitamincerdik.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laaa Raihanah ... tengok dulu tak mahu komen apa-apa setakat ni best walaupun heroiennya gila2 sikit hiihih Jom ramai2 tengok episod mula hingga habis...

      Delete
  4. indah megandung sebab dirogol ker??? yg dia masuk wad sebab ape ye??? xbest la kalo dia dirogol oleh fahin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fahin tak sempat nak rogol ... sebab ada hero selamatkan dia....hihiihih

      Delete
    2. ok tq awak..baru rase mcm best nak tengok balik drama ni..huhu

      Delete
    3. Jom teruskan menonton balik ... pasti ada yang menarik ... disetaip episod ...

      Delete
  5. Replies
    1. Syazwani mestilah happy ending ... jom kita tengok sama2 cerita ni ...

      Delete
  6. Saya sangat suka drama ni..bila tgk drama saya cari pula sinopsisnya dan cuba cari novel ni kat kedai..tapi masih xdapat lagi sbb dah habis..nak cari gak kat tmpt lain..tahniah Umie Nadzimah, saya pun dah baca novel you yg lain sebelum ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Yanti..
      Terima kasih singgah di blogs review akak ni ...
      Akak memang suka novel ni masa beli pun melalui penulis buat rewiew penulis lak bagi komen ... memang the best laaa Kak UMIE NADZIMAH... lepas setahun dengar novel ni akan diadaptasi ...
      Memang permulaan rasa takut dengar diadaptasi sebab banyak novel yang best bila diadaptasi ceritanya hancur... tak mahu rasa rasa kecewa... Bila dah tengok episod demi episod rasa lega ... ramai yang suka rupanya ... termasuklah akak ... akak ada post setiap episod untuk semua sekadar berkongsi.......

      Delete
  7. aduhai, lama nya rasa nak tunggu cerita ni. nak sangat tau apa jadik akhirnya. suka cerita ni. watak Indah yang kuat dan terus bangkit dari kesedihan yang dia alami dari mula cerita tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Lily ...
      Watak Indah tu akan terus diselubungi kesedihan ...
      kata Abg Zen kan : Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari, kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat.Puas kita mencari-cari dimana matahari. Rupa-rupanya Allah ingin hadiahkan kita pelangi yang indah...

      Delete
  8. gmana caranya biar dapat beli novel ini sedangkan saya berada di indonesia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Heriani ...
      cuba cari di karyaseni.com sebab syarikat tu yang menerbitkan novel ini.

      Delete
    2. miss desi.. skrg ni novel ni kat MPH online ada diskaun 15%.. boleh cuba tengok di www.mphonline.com

      Delete
  9. Sis. Tau tak ringtone yang zawati guna tu apa. Cari tak jumpa. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Diana ...
      Akak tak tahu laaaa .... nanti kita cari sama-sama yaaa..

      Delete
  10. Keliru sikit..adakah Indah pregnant..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indah tak mengandung .... tapi mcm mana boleh terfikir Indah tu mengandung yeee... setakat ni tak pula yang menunjukkan Indah tu mengandung . Indah masuk hospital sebab trouma Fahin hampir rogol dia.

      Delete
    2. sebab saya pernah terbaca novel dalam internet..sebelum sampai episod tersebut..:)

      Delete
    3. oooo... Indah Koma masa tu , Doktor sahkan dia mengandung.... itu dah akhir2 episod kot ... pernah baca kat satu blog katanya cerita berhenti setakat Fahin menyesali perbuatannya pada Indah. masa tu dia baru khawin dengan Razen ...Berhenti setakat tu ... tak tahu nak cakap kalau ikutkan novel cerita baru je setengah sedangkan drama ada 2 minggu je lagi 10/7/2014 episod last. apa pun kita tunggu dan tonton hingga last episod.

      Delete
    4. x sabar nk ikut smpi habis..nk baca novel..mata x nmpk dah..usia dah meningkat..tq ya eizzara eizzaty :)

      Delete
  11. Best citer ni. X sabar tgk hari2. Jemput singgah http://vitamincerdik.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. Kalau drama buat sama ending mcm dlm novel kan best... lepas koma, bersalin dan buat resepsi..... tapI rasanya tamat sampai Indah lari lepas malam pertama kahwin... jumpa kak Maznah di Kangar... ini yg terbaca dlm blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih singgah di blog review akak ni...
      susah nak cakap .. akak pun pernah terbaca di sebuah blogs juga tapi akak harap drama sama seperti novel... walau diubah ke tapi biarlah ada detik2 koma , bahagia bersama dan penyatuan keluarga .

      Delete
    2. Kak sya prnah bca di sebuah novel.. drama ni.. ade yg episode raya.. betul ke?

      salam budak OI

      Delete
    3. Yup akak pun pernah terbaca versi raya ... harap tahun depan kita boleh tengok drama versi raya pulak ...

      Delete
  13. Assalam eizzara..episod akhir penamatnya Datin maklum pada Indah yang dia mengenali ibu Indah..Wonder siapa ibu Indah??!! Duk cuba fikir x dpt2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapannya terletak di novel tetapi susah nak dapat novel di singapura T.T jadi saya pun ingin tahu

      Delete
    2. Waalaikumsalam Sherylady sepatutnya kalau ikut drama ada scene mak indah datang jumpa indah. Mak Indah sebenarnya kawan baik Dato Safiya. sekarang dia dipenjara tapi dalam drama tak sebut. Scene Indah koma pun tak ada .... Indah sepatutnya Koma dan disahkan mengandung. bersalin dapat anak perempuan , Bapak Indah jaga Indah dalam koma. Indah tersedar dari koma bila Razin kata nak kawin lagi ... hiihihih .

      Delete
    3. Siti Farhana... terima kasih singgah ... Byk scene kena potong sebenarnya ... tak sempat nak masukkan semua ... Itu kenyataan dari pelakon itu sendiri sebab mereka terpaksa jadikan drama itu hanya 28 episod sahaja.

      Delete
  14. Hope sgt ada ktar special edition or ktar ry utk settlekan ending yg tergntung. Novel best sgt2, so do the drama xcept last scene bila dato buka citer psl ibu indah. Btw, all the best utk semua yg menjykan drama ni. Rindu dgn indah and abg zen. Even ada cerita br skrg, still tgk part2 sweet ktar hari2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bersetuju dgn cadangan Ruznita tu ... kerana nak cukupkan 28 episod byk scene kena potong .... Demam Abg Zen belum kebah lagi yeeee... Kita sama2 doa agar ada 1 special drama untuk merungkai cerita yang tak sampai tu ... sayang sangatkan bila cerita best ending tergantung.

      Delete