Sunday, 5 August 2012

NOVEL AKU BUKAN MISTERSS

Marahlah sepuas hatimu,
caci makilah selagi kau terdaya,
hinalah aku selagi kau mampu.
Tapi..... kenapa aku tak pernah mampu untuk membencimu?


Ini baby pertama Acik lana atau nama sebenar Rasiah Binti Abdul Rasyid. Novel setebal 671 muka surat tak terlalu tebal terbitan Kakinovel . Percubaan pertama dah setebal ini apatah lagi yang lain. Ini antara koleksi novel aku beli secara online pada akhir tahun lepas. 
Jalan ceritanya ada kekuatan tersendiri, kerana kekuatan itu cerita ini dipilih untuk drama adaptasi. Jom kita review tentang kisah suka duka Mya dan Mikhail . Perjalanan hidup Mya bergelumang dengan dosa bukanlah kerelaan hatinya. Menumpang kasih bersama Opahnya sejak kematian kedua orang tuanya. Hidupnya tak seindah mana kerana terpaksa berdepan dengan suami makcikya yang sentiasa mahu merogolnya. Namun Mya yang terpaksa lari dari kampung kerana tak sanggup lagi dicemoh oleh makcik dan orang kampung. Bak kata orang lagi dari mulut buaya masuk dalam mulut naga itulah berlaku pada Mya. dia terpaksa berkerja di kelab malam disini titik pertemuan Mya dan Mikail. Mikail membeli Mya dengan harga 50 ribu pada tokey kelab malam itu. Selama dua tahun Mya berteman dosa disangkar emas ciptaan Mikail. Kehadiran Adam yang cemburu pada Mikail Kerana memiliki Mya. Tanpa sedar mengundang peristiwa hitam semasa Mikail dalam keadaan mabuk . Hidayah menghampiri Mya, Mya nekad untuk meninggalkan segala perbuatannya yang dilalui selama 2 tahun bersama Mikail. Rahsia yang disimpan selama 2 tahun terbongkar bila Datin Adiba mama Mikail datang secara mengejut kondo anak bujangnya. Keadaan bertambah huru hara bila kehadiran Suzanne yang meraih cinta dari Mikail tapi tidak berbalas. Bekas kekasih Mya , Syamil datang menagih janji  lama membuatkan Mikail nekad untuk menikahi Mya. Adam dan Suzanne bersepakat untuk menghancurkan kehidupan Mya dan Mikail. Mikail terdengar rancangan buruk mereka dan Mikail tidak menyangka rakan baiknya sanggup menikamnya dari belakang. Kehadiran Mya dalam keluarga Mikail juga merubah keluarganya bersatu kembali setelah papa Mikail berkahwin baru dengan bekas kekasih Mikail dulu. Datin Adiba juga menerima kehadiran madunya.


Sinonpsis dari kulit novel

Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.

Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.

Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.

Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?

Petikan - Petikan yang menarik dalam Novel
Hatinya ingin mencari kepastian 
"Saya nak tanya awk..." Perlahan Mya bersuara namun dia masih membelakangi Mikail. "Betul ke awak anggap saya ni cuma pelacur?" mikail tersentak, tiba-tiba shaja emosianal?
"Saya suruh awak masak,bukan tanya saya solan bukan-bukan!" bentak Mikail. Sebenarnya dia tidak ada jawapan untuk pertanyaan itu. Dia sendiri tak pernah menyangka Mya akan membangkitkan persoalan seperti itu. Benar,dia tidak punya jawapan kerana soalan itu tidak pernah terlintas di dalam fikirannya selama ini.
"Betul ke awak anggap saya macam tu? Please tell me ... " Suaranya berbaur lemah dan sebak. Mikail mula berasa aneh. Teruk sangat ke aku marah dia malam tadi sampai ke hari ni dia terbawak-bawak? Nak emsional bukan main padalhal hati aku yang sakit!
" Awak merepek apa ni, Mya.. cepat pergi masak!" Mikail cuba mengalihkan pertanyaaan Mya. Dia tidak suka perkara ini dipersoalkan. Apa dia rasa , apa dia fikir, dia tidak ngin berkongsi dengan sesiapa. Terutamanya dengan Mya.
"Jadi betullah... awak anggap saya pelacur.." ucap Mya degan yang bergetar. Mikail ketap bibir, panas hati dan spontan dia merentap lengan Mya supaya menghadapnya. Dia mahu ajar Mya upaya tidak sewenang-wenangnya bertanya soalan yang tidak penting seperti itu kepadanya.Mya tidk ada hak itu.
"Enough Mya!" herdikan kuat namun tiba-tiba lidahnya kelu tatkala wajah mendung Mya. Dan saat itu jantungnya dipalu kuat, dadanya terasa mahu pecah menahan perasaan yang bercampur baur. Mya tunduk sambil mengalirkan air mata apabila Mikail menyentuh wajahnya. Jari-jemari Mikail pantas memeriksa setiap inci wajahnya. Semuanya sudah terlambat... Mekail cemas. Ya Tuhan, apa yang berlaku? Kenapa bibir Mya luka-luka dan pipinya lebam? Mikail pantas menarik selimut yang membalut tubuh cemas. Lengan dan paha Mya dibelek tanpa rasa malu.
"Apa ni? Kenapa sampai lebam-lebam macam ni?" Mata Mikail tepat merenung wajah Mya. Rasa tidak enak mula berkepuk didalam dadanya. Dia pasti paha dan lengan Mya lebam bukan angkara dia. Dia tidak pernah berkasar terhadap gadis itu. Mya menyeka air matanya. Dia berjalan perlahan masuk ke ruang tamu dan duduk diatas sofa yang menjadi saksi kerakusan Adam terhadapnya malam tadi. Mekail mengekori dan duduk disisi sambil tangannya tidak henti-henti membelek lengan Mya. Rasa cemas dan tidak puas hati terpeta jelas diwajahnya. Jahaman mana yang mengasari Mya sampai mecam ni?
"Tell me, Mya.. apa yang berlaku sebenarna? Who did this to you?" Pertanyaan Mikail dipandang sepi oleh Mya. Penting ke kalau Mikail tau siapa yang buat semua ini? Dia peduli ke? Dirinya memang sudah kotor, jadi apa beanya jika perkara ini berlaku sekalipun.
""Kenapa susah sangat nak bukak mulut? Siapa pukul awak? cakap!" Mikail sudah menggoncang-goncang bahu Mya sehingga gadis itu mengaduh kesakitan. Sungguh,dia tidak mampu menahan sabar dengan kesepian yang ditunjukkan oleh Mya.
"Tak ada siapa pukul saya, saya dirogol awak tahu tak!" pekik Mya dengan linangan air mata. Benci pabila Mikail menjerit kepadanya saat dia sedang terluka begini. Lelaki itu tidak pernah belembut dengannya, tidak nampak ke dia tengah sakit sekarang?
Mikail terngang. Dirogol? Dia mendengus sambil meraup mukanya dengan riak penuh keal dan tidak percaya. Betul ke Mya kena rogol? Terlihatkan kesan lebam dan luka itu, dia yakin Mya tidak menipu. Mustahil dengan kerelaan Mya sanggup diperlakukan sebegitu. Kalaulah dia tidak mabuk malam tadi, kalaulah dia tidak mengikut perasaan.... Bertimpa-timpa perasaan sesalnya.

Bila Kekasih lama Datang merayu"Mya, mil bagai nak gila cari Mya dekat KL, sampai hati Mya pergi tinggalkan Mil macam tu aje," rintih Shamil dengan pandangan penuh sayu. Belum sempat Mya membalas kata-kata Shamil sebuah motosikal berderum memasuki halaman rumah. Ah, pastinya PPak sahak dan Mikail! Cepat-cepat Mya menjauhkan tubuhnya dari Shamil dan duduk diatas pangkin. Teko berisi Kopi O dicapai dan dia pura-pura sibuk menuang air ke dalam cawan. Shamil pula kelihatan sedikit gelisah namun pantas dia menyalami tangan Pak Sahak sesudah lelaki tua itu turun dari motosikal. Tangannya juga dijabat dengan dengan Mikail yang berwajah serius demi terpandangkan Mya yang berdua-duaan dihalaman bersama lelaki asing itu.
"Hah, dari mana kamu ni?" sapa Pak Sahak sambil mengeluarkan beberapa barang dari raga motosikalnya. Mikail pula sudah mengambil tempat diatas pangkin sambil meminta secawan kopi daripada Mya.
"Errr.. saya dari bandar, Pak Sahak," jawab Shamil namun matanya merenung tajam lelaki kacak yang mengambil tempat disisi Mya. Siapa pulak sibedebah ni?
"Oh, nak jumpa Farhan ke ? Dah panggil dia?"
"Mak Esah dah masuk dalam tadi panggilkan dia. Mana entah tak turun-turun lagi.." balas Shamil perlahan namun matanya masih mencuri pandang kepada Mya dan lelaki tadi.
Pak Shak tersenyum. "Biasalah perempuan kalau nak jumpa buah hati, kenalah melawa dulu."
Kata-kata Pak Sahak sedikit pun tidak menarik minat Shamil. Hatinya gusar melihat lelaki tadi begitu hampir dengan Mya.
"Eh, mari masuk ke dalam," pelawa Pak sahak namun Shamil menggeleng laju.
"Tak apa ... tak apa. Saya tunggu kat sini aje , Pak Sahak, " balasnya.
Pak Sahak menggeleng dengan senyuman.
"Mana boleh kacau daun," ujarnya sambil memuncung ke arah Mya dan Mikail yang sedang duduk berdua di pankin. Shamil mengetap bibir, entah kenapa hatinya bagai disiat-siat pedih. Namun mahu tak mhu terpaksa juga dia membuntuti Pak Sahak masuk ke dalam rumah. Hatinya terlalu sakit tidak terkata.
"Siapa mamat tu?" seriaus pertanyaan Mikail sebaik kelibat Pak Sahak dan Shamil hilang disebalik pintu. Mya meneguk kopi, tidak berminat untuk menjawab. Terlalu banyak soalan mengasak mindanya sejak dia tiba disini dan sekarang Mikail pula berlagak seperti penyiasat. Mikail mendegus kecil. "Nampak semacam aje dia. Pakwe lama awak ke?"
Mya hampir putus nyawa dengan tekaan Mikail yang tepat itu namun dia masih bereaksi selamba dan berlagak tenang.
"Dia datang sini nak jumpa Farhan la, itukan pakwe Farhan... " balas Mya acuh tak acuh dengan harapan Mikail tidak akan memanjangkan soalan. Dia bimbang Mikail boleh meneka dengan betul lagi.
"Ye ke ? Habis tu yang awak berdua-duaan dalam gelap kat sini buat apa?" tangay Mikail kurang senang. Dia memang mencurigai sesuatu namun dia tidak mahu mengusutkan fikiran Mya dengan soalan-soalan yang berlegar didalam kepalanya.
"Gelap apanya... kan ada lampu ni!"
"Gelap la, lampu malap-malap macam ni buat apa! Boleh kena tangkap basah tau tak!"
Mya mencebk mendengarkan kata-kata Mikail. Mikail membetulkan duduknya agar wajah Mya dapt ditatap dengan jelas."Tepikan, mamat tu macam nak makan penumbuk aje."
Mya bepaling menentang wajah Mikail. "What do you mean?"
"Yalah, yang dia jeling-jeling, tenung awak macam tu kenapa? Depan PakSahak pulak dia buat macam tu. Pak Sahakkan bakal bapak mertua dia, agak-agaklah kalau nak gatal pun!" kutuk Mikail sesedap rasa.

Bahagia yang diidamkan hadir jua 
"Saya happy, cuma awak rasa apa yang kita buat ni betul ke? saya macam ragu-ragu sikit." Mikail tergelak kecil. Sungguh hatinya benar-benar bahagia hari nin. Jika dibandingkan perasaannya ketika diumumkan memilki kekayaan berjuta ringgit, pasti perasaan itu tidak mampu mennadingi kegembiraannya kini. Kembang kuncup hatinya mengenangkan yang dia sudah menjadi milik Mya dan Mya sendiri sudah bergelar Isterinya.
"Mestilah betul. Kita berkahwin dengan orang yang kita cinta. apa salahnya?" balas Mikail dengan senyuman manis. Lega sudah hatinya kini apabila lelaki yang mampu tampil dan mengaku Mya adalah milik mereka.
"Saya cuma tak sedap hati aje.." balas Mya perlahan. "Kita ni macam membelakangkan mama awak. Kesian dia..." Kata-kata Mya mematikan senyum dibibir Mikail. Memang dia juga rasa bersalah, namun dia terpaksa menurutkan kata hatinya. Dia berhak memilih bahagia untuk masa depannya.
"Mya, awak jangan risau. saya percaya satu hari nanti mama akan terima hubungan kita ni. Kita sama-sama doa, okey?" Mikail meraih tangan Mya dan mengucupnya lama. Ya Allah, Mekar hatinya menahan bahagia yang berkepuk didada. Rasa mahu menjerit dan melompat untuk memuntahkan semua rasa idah yang berkumpul didalam hatinya. Jika tidak kerana rancngannya memerangkap diri sendiri dengan Mya, pastinya gadis itu masih berlengah-lengah untuk menikahinya. Sungguh, dia sendiri tidak tahu dimana dia mendapat keberanian menelefon Jabatan Agama Islam untuk membuat pengakuan itu. Dia masih ingat lagi perbualannya dengan Haji Syukri ditalian telefon pagi semalam. Walaupun awalnya lelaki itu agak marah dengan perbuatannya, namun cepat pula lelaki tua itu bertanang malah memberi kata-kata pujian diatas keberaniannya mengaku kesilapan diri.
"Saya tak mahu hidup dalam dosa, tuan haji. Tapi say tak boleh hidup tanpa dia di depan mata saya..." adu Mikail penuh sayu. Hatinya senang dapat berbicara dari hati ke hati dengan lelaki berilmu tersebut.
"Eloklah kamu berkahwin dengan dia," ujar Haji Syukri tenang. "Kalau sudah bernikah, dosa maksiat tak dapat, sebaliknya kamu dapat memiliki dia sepenuhnya. Insyaallah hidup kamu akan lebih tenang."
"Sebab tu saya nak tuan Haji serbu rumah saya malam ni. IItu saya yang dapat menamatkan kesilapan kami dari terus berpanjangan." Dan kerana itu dia tidak hairan dengan kedatangan Tuan Haji Syukri dan pegawai-pegawai ain. Dia sudah menjangkakan itu semua. Syukur alhamdulillah kerana akhirnya Mya selamat menjadi milik dia sepenuhnya.


Kehadiran Datuk Lutfi merobeh hati Mikail."Papa datang sini bukan nak suruh Mika ungkit cerita lama, papa cuma nak tolong Mika. Papa tak nak Mika susah dan hidup terumbang - ambing nak bela baby tu. Dia perlukan keluarga, Mika." Mta Mikail mencerlung tajam kepada Datuk Luthfi. Perlukan keluarga? Ah, dia bukan bodoh hendak biaran anaknyananti rasa terasing dan terpinggir.
"Hei, dia anak Mika.Jadi dia akan tinggal dengan Mika sebab Mika ni ayah dia. Yang papa sibuk sangat nak dia kenapa? sebab si lisa ni tak boleh nak beranak?" Mikail tergelak sinis. Puas hati dapat menyakitkan hati dua manusia dihadapannya ini.
"Mikail!" herdik Datuk Luthfi geram.
"Kamu jangan nak kurang ajar! Kamu tak berhak cakap macam tu. Lisa dah jadi ibu tiri kamu, so please show some respect." Datuk Luthfi memegang dadanya yang berdebar kencang. Rasa hendak meletup dadanya kerana terlalu marah. Lisa pula semakin resah dan dielus bahu suaminya supaya bertenang.
"No, I don't have to." Mikail tersenyum sinis tanpa gentar. datuk Luthfi mengetap bibir menahan garam. Jelaslah kebenaran kata-kata isterinya. Mikail belum sejuk dihati, masih marah dan berdendam dengannya.
"Abang, Lia rasa eloklah kita balik dulu." Lisa menarik lembut tangan Datuk Luthfi. Dia tidak mahu perbalahan dua beranak ini sampai ke kemuncaknya. Panas dihati Mikail takkan reda malam ini, dia tahu sangt. Silap-silap suaminya pula kena serangan jantung. Datuk Luthfi akur dan dia bangun diikuti Lisa. Mata tua itu memandang tepat ke wajah Mikail.
"Janagn tersilap percaturn , Miak. Cadangan kamu untuk menjaga baby tu salah. Kamu ingat kamu boleh bela dia macam tu aje? Nanti lambat laun orang akan ambil dia dan campak dekat rumah anak yatim jugak. Fikirlah baik-baik untuk kebaikan dia."
Merah padam muka Mikail mendengar kenyataan dari mulut Datuk Luthfi. Dia yakin lelaki tua itu membuat andaian tersebut kerana belum tahu status sebenar diantara dia dan Mya.
"Anyway thanks for your concern. Tak payahlah nak risau sangat sebab Mika memang akan jaga dia bersama Mya.Sebab dia anak Mika yang sah, bukan anak haram."
Datuk Luthfi dan Lisa terkejut besar mendengarkan kata-kata Mikail. Mungkinkah Mikail sudah berkahwin dengan Mya secara senyap-senyap? " Apa maksud Mika?"
"We're married. Puas hati? so, I will take care of my family. Please leave."
"Apa yang Mika cakap ni?" tanya Datuk Luthfi dengan wajah tidak percaya. "Mama tahu pasal ni? Ada Mika bagi tahu mama masa nak kahwin dulu?" Hati tuanya terusik tatkala mengenangkan Mikail langsung tidak memberitahunya tentang itu.



Novel ini terpilih didramakan dalam slot akasia March 2014 nanti. 

                            


                           



Episod 1
Jom tonton link ini : Aku isterinya episod 1

Episod 2
Jom tonton link ini : Aku isterinya episod 2

Episod 3
Jom tonton link ini : Aku isterinya episod 3

Episod 4
Jom tonton link ini : Aku isterinya episod 4

Episod 5
Jom tonton link ini : Aku isterinya episod 5

Episod 6
Jom tonton link ini : Aku isterinya episod 6

Episod 7
Jom tonton link ini : Aku isterinya episod 7

Episod 8
Jom tonton link ini : Aku isterinya episod 8

Episod 9
Jom tonton link ini : Aku Isterinya episod 9


Episod 10
Jom tonton link ini : Aku isterinya episod 10

Episod 11
Jom tonton link ini : Aku isterinya episod 11

Episod 12
Jom tonton link ini : Aku isterinya episod 12

Episod 13
Jom tonton link ini : Aku isterinya episod 13

Episod 14
Jom tonton link ini : Aku isterinya episod 14

Episod 15
Jom tonton link ini : Aku isterinya episod 15

Episod 16
Jom tonton link ini : Aku isterinya episod 16

Episod 17
Jom tonton link ini : Aku isterinya episod 17

Episod 18
Jom tonton link ini : Aku isterinya episod 18

Episod 19
Jom tonton link ini : Aku isterinya episod 19

Episod 20
Jom tonton link ini : Aku isterinya episod 20

Episod 21
Jom tonton link ini : Aku isterinya episod 21

Episod 22
Jom tonton link ini : Aku isterinya episod 22

Episod 23
Jom tonton link ini : Aku isterinya episod 23

Episod 24
Jom tonton link ini : Aku isterinya episod 24

Episod 25
Jom tonton link ini : Aku isterinya episod 25

Episod 26
Jom tonton link ini : Aku isterinya episod 26

Episod 27
Jom tonton link ini : Aku isterinya episod 27

Episod 28
Jom tonton link ini :Aku isterinya episod 28 


Drama ini telah melabuhkan tirainya . Terima kasih kerana singgah ke blogs ini dan berkongsi cerita dan pendapat. Apa pun kritikan dari drama ini kita harus terima. 

2 comments:

  1. Replies
    1. memang betul cerita ni best kalau tak best ... takkan novel ni terpilih untuk diadaptasi ... terima kasih singgah di blog akak ..

      Delete