Friday 10 August 2012

NOVEL KUSERU RINDU ITU

Cinta ini mungkin tidak layak
untuk mengitai ruang dihatimu
sayang ini juga mugkin tidak pantas
untuk bersemi dilembah rasamu.....


Novel ketiga Dari Hanni Ramsul memang tidak mengecewakan pada sesiapa yang membacanya. Selepas kejayaan Biarlah YM berbicara dn Pergilah air mata novel ini antara novel pilihan saya. Konflik rumah tangga yang menggamit pebagai perasaan. Novel setebal 729 muka surat pastinya menghiburkan. Novel ini mengisahkan Hisyam mengahwini Idayu atas desakan keluarga dan dikurniakan seorang cahaya mata  yang cukup keletah. Rumah tangga yang cukup sempurna tapi bagi Hisyam hatinya masih terasa kosong. Kehadiran Marissa mengajarnya erti rindu, setahun menjalinkan hubungan Marissa semakin mendesak Hisyam untuk berkahwin. Hisyam semakin buntu dan tak tahu bagaimana ingin memulakan bicara dengan isterinya Idayu. Bagi Hisyam Idayu Isteri dan ibu yang sempurna. Tanpa disangka Idayu menyaksikan kecurangan Hisyam didepan mata. Kekecewaan tidak terperi tetapi Idayu tidak melatah malah dia mencari kesilapan diri dan mengajak Hisyam pergi berbulan madu untuk kali kedua untuk meraih cinta suaminya. Bagi Idayu jika itu yang boleh membahagiakan Hisyam dia rela dimadukan. Dalam kekeruhan rumah tangga Hisyam dan Idayu, Borhan datang menagih kasih yang telah lama idayu buang . Kerana salah faham dan cemburu Hisyam menceraikan Idayu tanpa usul periksa. Selepas Hisyam menceraikan Idayu Keadaannya semakin teruk dek kerana alahan mengadung dan kecewa dengan tindakan Hisyam. Idayu sengaja meyembunyikan kandungannya daripada Hisyam kerana dia tak mahu Hisyam kembali kerana anak dia mahu Hisyam bahagia bersama cintanya yang dicari selama ini. Rahsia yang disimpan oleh Idayu selama ini terbongkar. Hisyam merayu dan memujuk Idayu untuk kembali bersama demi cintanya tapi gagal hinggalah Idayu melahirkan bayi kembar. Kini bagi Hisyam Idayulah cintanya yang dicari-carinya selama ini bukan marissa.

Sinopsis dari kulit buku


Perkahwinan itu tiada kekurangan langsung.Hisyam bahagia menjadi suami kepada Idayu dan Idayu sepuluh kali bahagia bergelar isteri kepada lelaki yang dicintai sepenuh jiwanya itu, walau perkahwinan mereka bukan berlandaskan perasaan cinta pada mulanya. Kebahagiaan hampir menjadi sempurna dengan kehadiran seorang anak lelaki yang cukup keletah.



Namun di pihak Hisyam, bagai ada satu kekosongan di hatinya. Kekosongan yang dia rasakan perlu diisi dengan kehadiran seorang gadis manis bernama Maisara. Maisara mengajarnya erti rindu. Maisara juga berjaya membawa debar di hatinya apabila mata saling bertaut. Yakin, itu adalah cinta yang dia cari, Hisyam nekad mahu bersama dengan Maisara.



Namun… satu hakikat yang mula dia sedar, desakan demi desakan daripada Maisara agar Idayu disingkirkan di antara mereka, telah membuka satu dilema baru. Walau dia yakin hubungannya dengan Idayu hanya berlandaskan rasa tanggungjawab, satu kenyataan yang perlu dia hadapi… dia tidak mampu untuk berpisah dengan Idayu.



Lalu, benarkah ada cinta yang mekar di hatinya untuk Maisara, dan benarkah juga hubungannya dengan Idayu hanya kerana tanggungjawab semata-mata? Mampukah dia menerima hancur sekeping hati milik Idayu dengan kecurangannya dan mampukah Maisara 

terus membawa bahagia di jiwanya? Siapakah sebenarnya yang benar-benar dia cinta?





Petikan -petikan yang menarik dari novel

"Kau kawan aku. Juita isteri kau. Dan ... Idayu kakak Juita. You know what I mean. Aku rasa bersalah bila buat kau rasa serba salah macam ni."
"Syam... kau bercerita dan aku mendengar. Tak ada apa yang salah. Dan, pasal rasa serba salah tu, memang aku rasa serba salah. Tapi bukan pada Juita. Aku rasa serba salahpada Idayu. Sebab aku rasa Idayu tak sepatutnya lalui semua ini.Untuk itu, aku akan terus mengingatkan kau. Bukan menyalahkan tapi mnginagtkan."
Hisyam tersenyum tawar. "So, kau nak dengar cerita-cerita aku tu?"
Shahrul menjongketkan bahu sambil tersenyum.
"Dia ajak aku kahwn. Dan aku pun nak kami kahwin," ujar Hisyam berterus terang.
"Kahwin? Dia tahu paal kau?" soal Shahrul sedikit terperanjat dengan cerita terbaharu Hisyam.
Hisyam mengangguk tanpa memandang Shahrul.
"Jadi, dia tak kisah bermadu?"
"She has to fce it. Itu syarat utama aku. Aku tak akan ketepikan Idayu." Shahrul menggeleng perlahan. "Bay the way, how old is she?"
"Twenty Four."
"Muda lagi, Kau dah fikir masak-masak? Apa kata Idayu?"
"Dia belum tahu."
Wajah Shahrul sedikit berubah. Ternyata tiap bicara Hisyam penuh dengan kejutan. Kau dah plan nak kahwin dengan that girl, tapi Idayu belum thu apa-apa agi? Kau nak rahsiakan dari dia ? Nak kahwin senyap-senyap? Please Syam. Jangan kejam sangat. Kau tak berhak sakiti Idayu sampai macam ni sekali."
"Tak. Aku tak akan bua macma tu. Aku sedang mrncari masa yang sesuai untuk berterus terang dengan dia."
"Masa yang sesuai? Bila?"
"Entah. Aku pun tak tahu. Aku tak sampai hati nak beritahu dia."
"Ka tak sampai hati? Kau tak sampai hati sebab kau sayangkan dia. Sedarla Syam. Jangan biarkan perasaan ii mempermainkan kau. Merosakkan perkahhwinan kau."
"Aku tahu apa yang aku rasa, Shah. Aku cuma tak sampai hati nak kecewakan dia. Dia terlalu baik. Aku tk suka tengok dia sedih. Aku tahu aku kejam, Shah. tapi, aku tak tahu macam mana nak handle semua ni. Aku serba salah. Aku tak nak Ayu sedih. Aku juga tak nak kehilangan Maisaa. Aku rasa aku berhak erasai cinta itu, bila ia dah datang pada aku."
"Hadirkan cinta tu untuk Idayu..."
Hisyam tersenyum pahit.
"Kalaulah ianya semudah itu. Tujuh Tahun aku cuba. tapi perasaan cinta tu tak pernah hadir antara aku dan Idayu. Tak ernah, Shah..." ungkapannya perlahan.
“Kau boleh guna apa saja alasan untuk tutup perasaan sebenar kau pada Ayu. Kononnya tak nak kecewakan dia…tak nak tengok dia bersedih…perasaan cinta itu memang tak pernah adalah… tapi, bagi aku itu semua tak lebih dari satu alasan. Alasan untuk menidakkan perasaan kau yang sebenarnya pada dia,”
“Tak ada apa yang aku nak nafikan Shah. Aku tahu apa yang aku rasa. Idayu sudah menjadi sebahagian daripada hidup aku. Sedang dengan Maisara…I love her very much. I want to marry her. Itu impian aku,”
“Then, you better tell your wife, as soon as possible. Jangan sampai dia tahu daripada mulut orang lain. Itu akan lebih menyakitkan dia,” Hisyam mengeluh panjang. Itulah yang paling sukar untuk dia lakukan sebenarnya.
“Susah, Shah,”
Shahrul tersenyum kecil. Kata-kata Hisyam tidak dibalas kerana dia sendiri sudah kehilangan kata-kata untuk terus bersuara. Sudah kehabisan nasihat untuk manusia sedegil Hisyam.
“Kalaulah aku boleh membuat keputusan tanpa perlu menyakiti hati Idayu…,”Hisyam bersuara perlahan.  Shahrul menoleh.
“Hidup memerlukan pengorbanan. Itu adalah fakta, bukan madah semata-mata. Kalau kau ingin melihat Idayu gembira, kau yang perlu berkorban. Kalau kau yang ingin bahagia dengan cinta kau, tu, orang yang terpaksa berkorban, adalah Idayu. It’s a fact,”            Hisyam tersenyum kelat. Perlahan dia menepuk bahu Shahrul. Memang Shahrul sahabat baiknya. Walaupun tidak banyak membantu, sekurang-kurangnya Shahrul telah sudi menjadi pendengar yang baik. Membuat bebannya terasa sedikit ringan.
“Thanks, Shah. Walaupun tak menyokong, kau tetap membantu aku,”
“Kau kawan aku. Aku tak ada pilihan,”balas Shahrul separuh berseloroh. Hisyam tersenyum kecil tanpa bicara.
“Jomlah masuk. Dah senja ni,”Shahrul bersuara tiba-tiba setelah agak lama membiarkan suasana sepi tanpa sepatah kata. Hisyam sekadar mengangguk sambil mengangkat punggung dari pangkin.


Untuk kesekian kalinya dia terus terpesona dengan kesederhanaan isterinya. Kebaya ungu bersamatudung warna sedondon yang melekat ditubuh Idayu,terus memukau pandangannya. Lupa seketika dia pada Maisara. Terus leka meneliti wajah Iayu yang sopan mengunyah makanan. Lamanya dia tidak menikmati pemandangan sebegini. Hampir dua minggu dia dan Idayu bagai sesat didalam terang. Cahaya suram direstoran itu bagai membangkitkan satu pandangan yang begitu indah.Ttkala Idayu mengangkat muka, pandangan mereka berlaga. Bibir Idayu yang teroles gincu merah jambu, mengukir senyum. Cukup iklas senyuman itu. Cukup menusuk ke kalbunya.
"Kenapa tak makan?"
Hisyam tersengih. "Ayu cantik malam ni."
Idayu tersenyum lagi. Cantikkah dia di mata Hisyam? Kalau dia cantik, Kanapa Hisyam tidak mampu untuk jatuh cinta padanya. Aau barang kali cinta itu tidak memandang pada paras rupa? Kalau bukan paras rupa, barang kali pada hati yang ikhla? Lalu, tidak ikhlaskah setiap layanan yang dia beikan pada Hisyam selama ini, sehingga tidak mampu menerbitkan bibit-bibit cinta dihati lelaki itu? Rasanya dia telah cuba sedaya upaya untuk menjadi isteri yang sempurna pada Hisyam. Mungkinkah masih ada kekurangan yang tidak dia sedari? Matanya kembali ke wajah Hisyam. Ternyata lelaki itu tetap leka merenungnya.
"Abang, makanlah. Malu orang tengok abng pandang Ayu macam tu." Dia beruara perlahan.
"Kenapa perlu malu?"
"Kita bukan lagi anak remaja yang dilamun cinta, bang. Makanlah. Kat rumah tadi kan tak makan," ujar Idayu lembut.
Hisyam tersenyum. Memang dia bukan lagi anak remaja . Fasa itu sedah lama ditinggalkan. Namun , jiwanya saat in barangkali seriang jiwa remaja. Perlahan-lahan dia mula menjamah makanan yang du pesan. Menikmati hidangan makan malam dalam suasana harmoni dengan iringan irama instumental yang dimainkan oleh pihak restoran. pinggan dihadapannya ditolak perlahan. Gilirannya pula mengamati Hisyam yang sedang menghabiskan suapan-suapan terakhirnya.Bersedia membuka cerita. Dia prlu berbincang dengan Hisym. Dia tahu  itu. CUma sebelum ini, belum cukup kuat hatinya untuk bercakap tentang hubungan cinta suaminya itu. Malam ini dia yakin, dia sudah bersedia.Dia sesti mengambil langkah pertama. erus larut dalam hubungan yang serba salah seperti saat ini. bukalah satu jalan penyelesaian yang baik. Matanya merenung wajah Hisyam yang seperti tidak dimakan usia. Dalam usia tiga puluh tujuh tahun, Hisyam masih begitu segak.Masih begitu memikat. Barangklai kelebihan itu yang membuat ada gadis terpaut hati padasuaminya itu.
""Abang tetap kacak macam dulu."
Hisyam menggangkat muka.Prtama kali pujian itu singgah ditelinganya. Tidak pernah Idayu secara terang-terangan memberi pujian sebegitu.
"Kacak keabang ni?" soalnya berseloroh. Pingan yang kosong turut ditolak ke tepi. Idayu tersenyu. dalam nada lembut dia berkata " patutlah susah sungguh nak tawan hati abang ni." Senyuman Hisyam hilang perlahan-lahan. "Ayu.."
Idayu tersenyum pahit. Dia harus lalui semua ini. Dia perlu reda dengan semua ini. Reda itu yang membuat da kuat. "Dah sampai masanya kita bincan pasal ni. Sekarang Ayu dah bersedia."
Bibir Hisyam bagai terkunci. Membincangkan sesuatu yang melukan perasaan Idayu? Rasayan dia tidak rela. Dia mahu menikmati suasana yang membahagiakan bersama Idayu. SSUasana yang romantis ini, tidak mahu dia rosakkan begitu sahaja.
"Abang jawab dengan ikhlas soalan Ayu ni. Ayu tak nak abang bohong," pesan Idayu bersahaja. Hisyam terus membeku. Cum merenung wajah tenang Idayu. Tertanya- tanya dimanakah Idayu semunyikan kesedihan hatinya kerana diwajah iru langung tiada riak sedih.
"Sampai saat ini, abang masih mengharapkan perempan tu? Masih cintakan perempuan tu?"
Mendengar soalan Idayu, pantas jemarinya menyentuh jemari runcing milik Idayu. Hatinya bagai mendengar jiwa Idayu merintih pilu apabila oalan sebegitu teralun dibibirnya. Tidak sanggup dia menjawab soalan itu.
"Abang jawan dengan ikhlas. Ayu mahukan kepastian," pina Idayu lembut.
"Ayu akan lebih sakit kalau abang tak jujur dengan Ayu." Hisyam menghela nafas panjang. Sekali lagi matanya menyapu wajah bersih Idyu. "Abang pernah cuba melupakan hubungan tu. Tapi, tak berjaya."
"Ayu ada satu permintaan. SSatu permintaan sebelum abang teruskan semua ni." lambat-lambat Idayu bersuara.
"Tak. Jangan minta perpisahan. Abang tak sanggup." Laju Hisyam mencantas bicara Idayu. Tidak sanggup dia mendengsr Idayu meminta dirinya dilepaskan.
"Nauzubillah. Ayu tak akan minta sesuatu yang Allah benci," jawab Idayu tenang. hisyam menarik nafas lega. Idayubenar-bebar berjaya menakutkan. "Kalau bukan itu,apa yang Ayu nak minta dari abang?"
Idayu diam seketika. Merenung wajah Hisyam lama.
"Kita pergi bercuti? Haneymoon?"
Sekali lagi Hsyam terpempan. "Haneymoon?"
Idayu mengangguk perlahan.
Bibir Hisyam mula terukir senyum. Hakikatnya dia gagal menembak apa sebenarnya yang cuba Idayu lakukan. Tetapi, saranan Idayu kedengaran indah ditelinganya.
"CumaAyu dan abang," tambah Idayu lmbut.
""Cakaplah ke mana Ayu nak perg. Abang akan tunaikan. Yang penting abang dapat lihat senuman Ayu semula," balas Hisyam lega.
"Ayu yang tentukan. Ayu akan uruskan. Tapi, ada Syarat."
Hisyam semakin keliru. "Syarat?"
Idayu mengangguk.
"Syarat apa ?"
"Selama kita bercuti, abang tak boleh contact perempun itu. Perempuan tu pun tak boleh hubungi abang. Boleh ?"


"Suami apa kamu ni, Syam?"
Hisyam menahan nafas. Sedikit terkesan dengan soalan keras emaknya itu. Marah emaknya tetap juga belum habis. Sungguh dia tidak tahu lagi. bagaimana mahu dilembutkan hati emaknya itu. Sangkanya dengan membawa Syafiq pulang, dia dapat emujuk semula emaknya itu. 
"Apa lagi ni, mak? Saya tahu saya dah buat salah,mak. Saya menyesal. Sya dah janji dengan mak, saya tak akan putus asa. Macam mana sekali pun Ayu tolak saya sekarang. Saya tetap akan terus tunggu Ayu sejuk. Sya tetap akan pujuk Ayu kembali pada saya. Itu janji saya pada mak. Walaupun edah kami dah habis, saya tetap akan pujuk Ayu." Puan Mariam merengus perlahan. "Kamu tahu ke tidak Ayu mengandung masa kamu ceraikan dia?"
Hisyam telopong. Tanpa kata dia memandang wajah emaknya. Terkejut yang bukan sedikit dengan berita yang baru meniti dibibir emaknya itu. " Apa mak cakap ni?"
Puan Mariam menghela nafas panjang. Dia menggosok perlahan dadanya yang sudah sesak dengan rasa geram. "Kamu tahu hukum ke tidak? Kamu jatuhkantalak dalam keadaan Ay macam tu?"
"Sya tak tahu . Macam mana mak boleh tahu ni? Kalau Apu Pregnant, dia mesti beritahu saya. Dia tak akan rahsiakan hal sebesar ini daripada saya,mak."
"Dia mengandung! Iseri kamu tu mengandung! Kamu tau tak?"
Hisyam mula meraup wajah. Bergerak mndar mandir dihadapan emaknya. Cuba memproses cerita yang baru dia dengar itu, setenang mungkin. Berita itu benar-benar diluar jangkaannya.
"Apa yang Syafiq cakap dengan mak, tadi?" soalnya.
"Dia cakap, dalam perut mama dia ada baby twin. Apa maknanya tu?"
"Dia keliru kut. Yang saya tahu. Juita yang pregnant sekarang."
"Tak, Mak yakin. Ayu memang sedang mengandung sekaran n. Kamu nikan ...isy.. tak tahulaj mak nak cakap apa. Sampaihati kamu buat isteri kamu macam ni," ujar Puan Mariam kesal.
"Saya betul-betul tak tahu, mak."
"Entah-entah dia masuk hospital dulu u pun, sebab dia pregnant. Dia tak sempat nak cakap apa-apa, kamu dah tunjuk hero. CCeraikan dia," perli Puan Mariam geram.
Kata-kata itu membaut Hisyam kelu. Mula teringat perubahan Idayu yang selamaini tidak dia acuhkan sangat. Idayu sering mengadu dakit kepala.Sering mengadu tidak sihat. Mungkinkah itu tanda-tanda kehamilan Idayu? " Saya betul-betul tak tahu, mak. Shah pun tak ada cakap apa-apa degan saya."
"Siapa nak jaga Ayu nant? Adik dia pun mengandung tu. Siapa lagi yang dia ada. selain dari kita ni?" HHisyam melabihkan punggung ke kerusi. Telefon bimbitnyayang masih tergenggam itangan segera dipandang. mncari nama Shahrul. Dia perlukan pejelasan daripada Shahrul.
"Shah!" sebeum sempat shahrul bersuara, dia sudah terlebih dahulu membentak.
"Syam. Apa hal ni Afik buat perangai ke ?" Hisyam bergerak menjauh daripada emaknya. Mahu bebas bercakap dengan Shahrul.
"Ayu pregnant?" Soalnya laju. Shahrul menyepi dihujung talian manakala Hisyam terus sabar menanti jawapan.
"Hello Shah. Kau ada ke tak tu? Answer me please," sambung Hisyam lagi tidak sabar.
"Apa kau cakap ni?"
Hisyam merengus kasar mendengar suara Shahrul yag sedikit berbisik. "Kau tahu apa aku cakp. Sekarang kau terus terang dengan aku. Betul tak Ayu pregnant?"
"Siapa yang beritahu kau ni?"
"Kalau kau, mungkin boleh bohong. Tapi, bukan budak kecil."
"Syafiq?"
"Siapa lagi? Aku tak mahu dengar berdolak dalih. Now tel me. Is it true?"
"Ya."
Hisyam terkedu. Kesahihan suda dia perolehi. Betapa ia berada ditipu. "Kenapa kau rahsiakan?"
"Ayu yang minta. I have no choice. Keadaan Ayu pun tak membenarkan aku untuk berkeras. Dengan tekanan perceraiaan lagi, aku tak boleh ambil risiko. Tekanan darah dia sangat tak stabil. Mula-mula dulu asyik pengsan. Belum lagi dengan morning sickness dia yang teruk sangat-sangat. Dua tiga kali keluar masuk wad. Itu permintaan dia. So, aku kenalah hormat permintaan tu."" jelas Shahrul tenang.
"Sampai hati kau ,ya? aku berhak tahunsemua ni. Nasib baik tadi Syafik terlepas cakap dengan mak aku. Kalu tak, sampai kesudah aku tak tahu,kan?" balas Hisyam geram.
"Ayu ada sebab dia sendiri, Syam. Kau tak boelh nak marah melulu." ucap Shahrul yang masih lagi benada teran.
"Tapi, semua ni dah melampau. Kenapa dia tak beritahu semuani. masa kat pejabat agama hari tu?"
"Macam aku cakap, dia ada sebab yang tersendiri. Tapi , aku bersyukur kau dah tahu. Serius, aku nak sangat kau tahu. o, bila kau dah tahu ni, aku rasa lega."
"Lepas satu .. satu masalah yang datang. Mak aku marah betul kat aku," runggut Hisyam.
"Kenapa?"
"Sudahlah.Aku malas nak cakap pasal ini. Esok aku ke sana." Dia bersuara sambil terus mematikan talian. Hampa sebenarnya memikirkan sikap Idayu. Sampai hati Idayu merahsiakan hal sebesar ini daripadanya.
"Ayu... Ayu, kenapa buat abang macam ni?" gumamnya perlahan sambil menggenggam erat telefon di tangan. 
"Macam mana?"
Suara lantang itu memaksa dia menoleh. Menentang renungan tajam emaknya. Perlahan dia mengeluh ambil melangkah menghampiri emaknya. ""Memang betul mak. Ayu pregnant. Dia sengaja tak nak saya tahu. Shah cakap Ayu ada sebabnya yang tersendiri."
Puan Mariam mengelu lemah. Penat memikirkan masalah anak tunggalnya itu. "Kamu sengaja cari penyakit.Dah jadi macam ni, siapa yang susah?"
"Esok saya ke sana. Saya nak jumpa Ayu."
"Mak ikut sekali."
Hisyam mengangkat muka.

4 comments:

  1. mcm best aje....teringin nk beli lak pulak! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fara novel ni memang best .... ini antara novel kesayangan akak.... kecurangan suami didepan mata , mencari cinta padahal cinta dah didepan mata. tindakan yang melulu untuk menutup kesilapan sendiri.

      Delete
  2. Replies
    1. Terima kasih sebab singgah ... memang best cerita ni ..

      Delete