Friday, 30 November 2012

NOVEL MAAF JIKA AKU TAK SEMPURNA


"Biar cinta di antara kita tidak hadir sekelip mata , tidak juga bermula dengan seiklas jiwa , namun kini kupasti ia kan kesal ke penghujung nyawa..."


Novel Maaf Jika Aku Tak Sempura novel ke dua Acik lana, kerana novel ini juga saya and Gengs ke Pesta Buku Antarabangsa  awal Mei yang lalu. Nak dapatkan BIBIR BESAR dari Acik Lana. Mengikuti episod enovel di laman blog penulis dah menjadi kebiasaan. Diketika itu saya baru berjinak - jinak dalam pembacaan novel melayu. Cerita suka duka kehidupan . Kahwin paksa diketengahkan kali ini kerana kahwin paksa juga menjadi pilihan peminat novel ketika ini. Novel setebal 947 muka surat terbitan Kakinovel bulan April 2012. Ini antara novel pilihan saya .....Detik - detik romantik membuatkan kita berbuai.... dan tersenyum sendiri. 

Cerita mengisahkan Melina Datuk Zakri atau Mel membesar di kehidupan kota. Kehidupan sosial yang terlampau hingga dia mengabaikan kolejnya. Ini menimbulkan rasa kebimbangan Datuk Zakri akan perubahan anak gadisnya. Dengan rasa terpaksa Datuk Zakri meminta Luqman membantu mangawasi anak gadisnya. Luqman adalah anak kawan baik Datuk Zakri yang habis belajar di luar negara. Perbezaan cara hidup antara Melina dan Luqman membuatkan mereka sering bertentang pendapat. Hidup Melina merubah bila Dato Zakri meninggal dunia akibat kemalangan. Sebelum Datuk Zakri meninggal , Datuk Zakri meninggalkan wasiat pada Rasyid ayag Luqman agar Melina dikahwinkan dengan Luqman. Hanya Luqman mampu merubah cara hidup Melina yang terlah tersasar.

Disebabkan wasiat Datuk Zakri, Luqman dan Melina disatukan dengan satu ikatan yang suci. Walaupun mereka tidak pernah mempersetujui ikatan tersebut. Dengan kesabaran Luqman melayan kerenah Melina yang keras kepala. Setiap hari pasti ada saja yang menjadi bahan pertengkaran antara mereka. Perasaan rindu hadir bila mereka masing - masing sibuk dengan aktiviti harian . Melina akan menunggu Luqman dan pura - pura tidur bila Luqman pulang. Perasaan itu hadir perlahan - lahan dan akhirnya Luqman berjaya menakluki Melina. Perubahan itu menggembirakan hati Datin Maziah mama Malina . mengingatkan kata-kata Arwah suaminya Datuk Zakri Luqman mampu merubah anak gadisnya dan kini bergelar isteri . 

Kerana perasaan dendam dan cemburu, rumah tangga Luqman dan Melina dilanda badai . Zieta telah merancang sesuatu yang tak baik . Zieta adalah kawan baik Melina di kelab Malam dulu. Dia cemburu dengan Melina , kerana Melina berjaya merampas Hariz darinya dan Walaupun Melina sudah berkahwin dengan Luqman, Hariz masih menyimpan perasaan pada Melina. Zieta juga pernah menggoda Luqman tetapi tidak dilayan. Perasaan itu lebih membara bila dia melihat kebahagiaan rumah tangga Melina dan Luqman. Luqman dan sara ditangkap khalwat, bagi menutup malu mereka dinikahkan. Melina terlalu kecewa dan tidak dapat menerima kenyataan dia melarikan diri ke Australia dan tinggal bersama adiknya Heykal. Pada Luqman cintanya hanya untuk Melina. Kehilangan Melina satu tamparan hebat pada Luqman. Sara mengambil keputusan untuk menarik diri kerana Sara sedar cinta Luqman hanya untuk Melina. Kebenaran terungkai bila Zieta menceritakan kepada Yuni dan Zetty di kelab malam.  

semuanya dapat masa perta buku yang lepas ...




Sinopsis Dari kulit Novel
Melina adalah seorang gadis kota yang baru meningkat dewasa. Kehidupannya dipenuhi dengan perkara yang mengasyikkan sehingga dia lupa akan dosa dan pahala. Sikapnya itu telah menimbulkan rasa gundah dalam hati kedua ibu bapanya. Dalam terpaksa dan rasa malu papanya, Datuk Zakri telah meminta jasa baik Luqman untuk membantunya mengawasi setiap tindak tanduk Melina. Setiap hari pasti ada sahaja pertengkaran yang berlaku antara mereka. Perbezaan cara hidup dan latar belakang antara Melina dan Luqman boleh diibaratkan bagai langit dengan bumi. Sebelum Datuk Zakri menghembuskan nafas yang terakhir, beliau telah menitipkan wasiat kepada bapa Luqman, Rashid.

Atas dasar wasiat dan janji oleh kedua ibu bapa Luqman dan Melina, mereka ditemukan dalam satu ikatan suci yang tidak pernah mereka setujui. Walaupun ikatan perkahwinan itu dibina tanpa rasa cinta di hati, namun Luqman tetap menerima Melina seadanya sebagai seorang isteri. Dari hari ke hari, rasa benci yang selama ini menguasai kedua hati kini sudah bertukar kepada rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi. Setelah rasa bahagia dikecapi, tiba pula badai yang menguji kesabaran kedua hati. Satu persatu dugaan datang menguji kasih sayang kedua insan ini. Mampukah mereka mengharungi segala dugaan ini? Mampukah mereka mempertahankan ikatan kasih suci yang sudah terpatri?


Petikan- petikan yang menarik dalam novel 
Hidupnya bebas ditengah kota
"Hello Mel!"
Satu sentuhan lembut dibelakangnya membutkan dia menoleh pantas. Terpandangkan gadis berskirt pendek dan berbaju sendat mendedahkan seluruh bahu itu, bibir Melina mengukir senyuman lebar.
"Apasal kau lambat ni?" Melina mencapai kotak rokok dan mengeluarkan sebatang daripada isinya. Kemudian tanpa kekok dia meletakkan batang rokok itu dibibirnya sebelum dinyalakan dengan lighter Zippo kesayangannya. Asap berkepul-kepul keluar dari bibir yang disapu lip gloss merah terang itu.
"Sorrylah, kau ingat senang aku ank kuar malam ni? kena tunggu bapak aku tidor dulu," balas Yuni dengan sengihan melebar. Kepala dan tubuh gadis itu turut bergoyang mengikut alunan muzik yang rancak . Terangguk-angguk kepalanyamengikut rentak.
"Mana Zetty?" Pertanyaan Melina yang separuh menjerit bagi melawan bunyi muzik yang kuat disambut dengan jungkitan bahu Yuni.
"I don't know. Aku ingat dia dah sampai." Yuni mengambil tempat disisi Melina kemudia dia mengamit pelayan di bar dan memesan minuman untuknya.


Si ayah bimbang akan perubahan anaknya .Permintaan Si ayah membuatkan Luqman terkedu.
"Jadi driver dan bodyguard anak pak cik."
Luqman ternganga. Dia bagaikan tidak percaya apa yang didengarinya. Takkanlah serendah itu datuk Zakri memandang kedudukannya? Dia bukan kemaruk sangat jasa baik lelaki itu, malah yang meminta pertolongan dari Datuk Zakri adalah ayahnya. Takkanlah dia yang lulusan luar neraga mahu menjawat jawatan driver!
"Saya.. saya tak faham apa maksud pak cik."
Mengenangkan keutuhan persahabatan orang tuanya, dia terpaksa menelan rasa berbuku didalam hati. Cuba mengawal rasa marah yang terbit kerana dipandang enteng oleh Datuk Zakri. Tanggapan baiknya terhadap lelaki ini mula goyang.
"Kamu jangan salah faham dengan offer pak cik ni, Luqman. Ini bukan tentang kerja sangat tapi lebih kepada meminta tolong dari kamu," balas Datuk Zakri yang seolah-olah mengerti garis tidak senang yang terpeta di wajah Luqman. 
"Pertolongan? saya lagi tak faham sekarang. Boleh tak pak cik berterus terang aje dengan saya?"
datuk Zakri mengeluh. Dia faham pasti Luqman tertanya-tanya dengan sikapnya.
"Pak cik nak suruh kamu jagakan anak pak cik buat sementara waktu ni. Pak cik dah tak tahan dan perangai dia. Liar sangat, dah tak boleh dikawal. Kaki mabuk, kaki kelab lepas tu pergaulan bebas mengalahkan orang Barat." Satu keluhan lebih berat terbit dari bibir lelaki sebaya ayahnya itu. Wajah nampak keruh dan bermasalah. Luqman terpempan. Anak Datuk Zakri yang mana satu? Seingatnya lelaki itu cuma mempunyai dua orang anak. Seorang perempaun yang lima tahn lebih muda darinya dan seorang lagi masih bayi ketika kali terakhir mereka bertemu. Mungkinkah yang perempuan itu? Mustahil Datuk Zakri risaukan anak bujang, mestilah anak daranya yang seorang itu.
"Tapi, saya tak rasa saya sesuai untuk kerja ini pak cik," balas Luqman perlahan. dia belajar ilmu arkitek, apa hal pulak dia nak kerja jadi driver! Langsung tak ada kena mengena.
"Saya rasa eloklah sementara waktu ni saya tolong mak ayah jual sayur-sayur tu dulu."
"Luqman tolonglah." Datuk Zakri mempamerkan wajah meraih simpati.

Kehadiran Luqman tidak disenangi
"eh, kau ni kenapa, hah? kenapa kau datang sini nak menyusahkan hidup aku je? kalau kau nak duit, aku boleh bagi kau duit tapi tolong jangan sekat aku nak buat apa yang aku suka!" tempelak Melina geram. Darah panas menyerbu ke kepalanya namun Luqman bereaksi selamba. Kata - kata marahnya dipandang sepi dan langsung tidak berbekas kepada lelaki itu. Hati batu ke apa dia ni?
"Ikutkan hati saya tak ingin pun nak menyibuk," balan Luqman tenang."Tapi sebab perangai awak ni dah tak serupa orang, terpaksalah saya hulur bantuan.Kalau tak, lama-lama awak ni boleh jadi orang utan agaknya."
"What? What did you say? Orang utan?" Melina menentang wajah Luqman dengan pandanag yang menyinga. Memang mulut lelaki itu tak ada insurans. Eee... mahu sahaja dia mencekik Luqman sampai mati!
"Sya cakap awak ni tak lama lagi jadi orang utan la. Lepas ni tak payah baju terus, senang bolah jimat duit bapak awak. Sesuau jugak untuk awak yang suka terkinja- kinja dalam kelab malam tu," perlu Luqman.
Melina ketap bibirnya. Rasa sakit dihati tidak tertanggung lagi. Kenapa Luqman suka benar menyakitkan hatinya, hebat sangat ke diri lelaki itu? Seingatnya mama kata Luqman anakk pekebun sayur dan lelaki itu sendiri berkerja sebagai penjual sayus menolong bapaknya. Tapi kerek mengalahkan anak orang kaya. Menyampah betul!
"Mulut kau ni memang macam longkang kan! Kurang ajar betul, tak padan datang dari kampung!"
"Hey , at least tak adalah bau jamban macam mulut awak." Luqman tergelak kacil. Geli hati melihat riak wajah Melina yang merah padam. Lantaklah, dia memang suka buat Melina begitu. Baru perempuan itu tahu bagimana rasa sakit kalau ditempelak dan disakita. Selalunya Melina suka benar menyakitu hati orang lain, Kali ini rasakan!
"Bodoh! Hakan cakap dengan aku dah, I hate you!" Balas Melina dengan geram.

Mereka memberontak bila mereka dipaksa disatukan kerana Wasiat Datuk Zakri.
"Melina," panggil Rashid perlahan. "Pak cik minta maaf kalau perkara ni membebankan perasaan kamu berdua. Tapi sebagai manusia yang harus berpagang pada janji , kita kena tunaikan permintaan ni."
Melina memandang tepat ke wajah Rashid. Ah, sengan benar lelaki itu berkata -kata. Ini bukan kerana janji semata-mata, ini tentang masa sepannya. Terpandangkan Luqman, hatinya merintih pedih. Pasti hidupnya bertambah kelam jika mengahwini lelaki yang membosankan itu.
"Ayah, boleh tak Luq cakap sesuatu?" Luqman membetulkan duduknya sebelum memandang tepat ke arah Rashid dengan wajah memihon pengertian.
"Luqman tak nak kahwin denganorang yang Luqman tak cinta. Luqman minta maaf sangat-sangat tapi Luqman terpaksa tolak permintaan ni," perlahan Luqman berbicara dan disambut keluhan berat oleh Datin Maziah.
"Luqman, ayah tahu. Tapi mungkin kamu tak tahu yang cinta boleh dipupuk selepas kamu berkahwin. Mana tahu lebih indah daripada percintaan sebelum berkahwin. Ayah dengan mak kamu dulu pun kahwin atas pilihan orang tua, elok jugak kekal sampai sekarang." Melina tergelak sinis mendengar kata -kata Rashid. Bercinta selepas kahwin? Dengan Luqman? Ah, dia memang boleh gila akal jika berkahwin dengan lelaki itu. Eeee.. minta simpang.
"Ayah, tolonglah. Biarlah Luqman dan melina tentukan jodoh kami sendiri," balas Luqman cuba  meyakinkan. "Luqman memang tak boleh kahwin dengan Melina.Luqman takkan cintakan dia, Luqman berani bersumpah dia bukan perempuan yang Luqman nak."
"Luqman, tak baik cakap macam tu," sampuk Aliah kurang senang. "Bab-bab perasaan ni kita mana boleh bersumpah-sumpah. Mana tahu satu hari nanti Luqman betul - betul sayangkan dia, kan tak baik macam tu." Melina menggelang laju. Mustahil. Mustahil perasaan antara dia dan Luqman akan berbenih cinta. Dia dan Luqman terlalu berbesa bagai langit dan bumi malah dia sama sekali tidak mahu hidup dengan kawalan Luqman yang banyak benarpantang larangnya itu. Dia masih muda dan dia bulum puas menikmati zaman remajanya. Takkan dia nak menghabiskan masa dengan menghambakan diri pada Luqman? Duduk terperuk kat dapur dua puluh empat jam. oh, tidak!

Bila pertengkaran demi pertengkaran, Hati diusik rindu dan Luqman meluahkan apa yang berbuku.

"Mel..." panggil Luqman separuh berbisik sambil tangannya menyentuh dagu Melina supaya turut memandangnya. Saat ini Melina rasa bagaikan mahu tercabut jantungnya merenung pandangan Luqman yang sarat dengan rasa cinta.
I think ... I think I love you.."
Melina terpaku. dadanya berombak kencang manahan badai cinta Luqman yang menghentam kuat ke segenap dadanya. Melina rasa duani ini sudah hilang oksigen, bagaikan sudah disedut oleh kapal angkasa makhluk asing yang datang dari plenet marikh. Dia tak cukup nafas, dia rasa sesak dada. Melina diam bagaikan dipukau saat Luqman membisikkan kata-kata indah tadi, dan dia masih diam saat bibir Luqman semakin hampir ke wajahnya, dan dia terus diam saat bibir lelaki itu mendarat lembut dibibirnya. Lama. Dan dia langsung tidak berniat untuk menolak sebaliknya membalas mesra. Hatinya terasa indah dan kembang mekar dengan rasa cinta dari luqman.
"Ya Allah budak berdua ni, tak nampak ke orang ramai dekat sini?" Luqman dan Melina dan kembali ke alam nyata. Kedua-duanya mengelabah saat terpandangkan Datin Maziah yang tegak berdiri di hadapan mereka sambil memegang Tupperware. Luqman berdeham beberapa kali sambil membuangpandang ke arah halaman dan dia nampak jelas beberapa orang di situ tersenyum-senyum memandangnya. Ya Allah, macam manalah dia boleh hanyut sejauh itu! Dia masih teringit bagaimana bergeloranya perasaan dia saat mengucup dan memeluk Melina tadi. Pasti mata-mata disitu seronok dapat menonton tayangan free. Mukanya terasa kebas dan pijar menahan malu.
"Kamu berdua ni, kalau dah tak boleh control sangat pergilah masuk bilik." Datin Maziah tersenyum penuh makna sebelum menggelengkan kepala beberapa kali.

Kerana cemburu dan dendam Melina menanggung akibatnya. 
"Luqman , baliklah. Biar mama jaga Mel pulak." Ucap Datin Maziah sedikit memujuk. Luqman mengeluh perlahan. Diusap-usap lembut tangan isterinya yang sejak tadi digenggamnya erat. Masih nampak jels parut-parut dan sisa luka dikulit tubuh Melina. Wajah isterinya yang lebam dan sedikit bengkak dipandang dengan penuh rasa hiba. Melinanya entah didunia mana sekarang... hilang jauh meninggalkannya terkapai-kapai sendiri disini. Dia benar-benar berasa sunyi.
"Dahlah tu, tak elok asyik menangis aje Luq," pujuk Datin Maziah sambil mengusap lembut bahu anak muda itu. "Luq balik berehat dulu, biar mama jagakan mel ye?"
Datin Maziah renung wajah menantunya yang sugul. Ujian yang datang dalam keluarga Luqman benar-benar di luar jangkaan. Dia sendiri terkejut saat dikhabarkan tentang peristiwa yang menimpa Melina semalam. Hampir gugur jantungnya mendengar kekejaman bekas teman lelaki Melina terhadap diri anak gadisnya. Mujur juga kandungan Melina masih selamat walaupun dia mengalami pendarahan yang agak teruk. Kata doktor, Hariz tidak sempat mengapa-apakan kehormatan Melina. Cuma kerana tindakan kasar lelaki itumemberi kesan buruk kepada kandungan Melina. Dia tidak sangka ada manusia seperti Haris yang tergamak menzalimi Melina yang sedang mengandung itu. Entah mana hilangnya sikap perikemanusiaan dalam diri Hariz.
"Tak pelah mama, Luq nk jaga Mel dekat sini. Dia tak sedar-sedar lagi dari semalam." balas Luqman perlahan. ""Luq nak dia sedar dan nampak Luq ada dekat sini temankan dia." Tangan Luqman menyentuh lembut perut isterinya. Diusap-usap penuh kasih bagaikan isyarat untuk mengenangkan nyawa kecil di dala rahim isterinya.

Setelah badai melanda rumahtangga Luqman dan Melina , mereka diuji lagi. mampukah Sarah memenangi hati Luqman.
"Maafkan Sarah, Luq." Sarah tunduk menahan rasa. 
"Luq tak suka dengan perkahwinn kita kan? tapi tak boleh ke Luq hormat majlis kita ni." Luqman mengeluh keras. "Memang Luq tak suka. Luq tak faham kenapa Sarah tak percaya yang Luq tak bersalah. Luq tk perangkap sarah malam tu, Luw tak bat apa-apa pun! Kenapa Sarah masih nak teruskan perkahwinan ni?" bentak Luqman geram. Sarah ada hak bersuara, kenapa hanya diam membisu dan membenarkan semua ni terjadi? Dia gagal menyakinkan dirinya tidak bersalah kerana Sarah sendiri gaga; menyakinkan dirinya tidak bersalah kerana sarah sendirimtidak membantunya membersihkan nama mereka. Sarah nagaikan reda dijodohkan dengannya. Ah, apa nak dihairankan ... memang Sarah sudah lama menginginkan dia.
" Sarah tak tahu nak percaya siapa. Semua ni betul-betul buat Sarah keliru..."" Sarah pandang tepat wajah Luqman yang masih berdiri disisi katil dengan pandangan sayu. " Kalau bukan Luq , siapa pulak yang sanggup buat macam tu dekat kita?" Luqman melurut kasar rambutnya, Geram kerana Sarah masi ragu-ragu akan kesucian hatinya. Dia bukan bodoh kemarukkan tubuh badan perempuan kalau dia sendiri punya isteri yang boleh melayan kehendaknya.
"Demi Allah Luq tak buat semua tu. Luq nak Sarah tahu yang Luq tak reda dengan perkahwinan kita. Luq takkan cintakan Sarah sampai ila- bila sebab dalam hati Luq cuma ada Melina. " balas Luqman dengan nada terketar-ketar.


Edisi Drama





Episod 1
Luqman yang baru balik dari luar negara berkerja membantu ayahnya diladang sayur. Sarah yang meminat Luqman dari dulu sentiasa menghantar makanan kegemaran Luqman setiap petang. Sarah setia menunggu Luqman walaupun ada orang lain cuba meminangnya. Melina anak gadis membesar dan bebas dengan cara hidup di kota. Perangainya sukar dikawal membuat papa ( Dato Zakri ) risau. Pergi ke club dianggap rumah kedua bersama kawan-kawannya. Kerana tidur yang lewat Melina sering terlewat ke kolej . Luqman Ke kuala Lumpur untuk menghadiri temuduga.
Jom tonton link ini : Maaf jika aku tak sempurna episod 1

Episod 2
Melina pergi ke kolej tetapi hati menjadi panas bila perbagai cerita yang didengar. Sarah resah bila Luqman tidak memberitahunya yang Luqman pergi ke Kuala Lumpur. Rashid melihat usaha taninya teringat dulu Dato Zakri memberi tanah dan rumah yang mereka diami selama ini. Jasa Dato Zakri lah merubah kehidupan nya. Hariz cuba memujuk Melina selepas peristiwa di club malam. Hariz meluahkan rasa hatinya tetapi tidak pada Melina yang menganggap Hariz sebagai kawan sahaja. Haikal ( adik Melina ) cuba menasihati sikap kakaknya Melina tetapi tidak dipedulikan oleh Melina.
Jom tonton link ini : Maaf kija aku tak sempura episod 2

Episod 3
Kerana Melina tak makan saman Dato Zakri mengambil keputusan untuk menyuruh drivernya menghantar dan mengambil di kolej. Sarah memujuk maknya untuk menolak pinangan dari anak muda dikampungnya.Mak Luqman bimbang sarah tolak pinangan pemuda kampung berpunca dari Luqman. Luqman menjelaskan pada ibunya Luqman hanya menganggap Sarah hanya kawan dan sebagai adik tak lebihh dari itu. Sarah tolak pinangan pemuda kampung itu tak ada kena mengena dengan dirinya. Melina bengang dengan tindakan papanya. Tidak membenarkan Melina menggunakan kereta dan menyekat kad kredit untuk mengelakkan Melina terus berfoya - foya . Rashid teringat panggilan dari Dato Zakri yang ingin meminta tolong dari Luqman.
Jom tonton link ini : Maaf jika aku tak sempurna episod 3

Episod 4
Perangai Melina semakin melampau. Dato Zakri terpaksa menampar Melina atas sikap kurang ajar. Melina menjadi pendendam. Datin Maziah sebagai ibu dia rasa serba salah antara anak dan suami. Dato Zakri terpaksa meminta tolong Luqman anak bekas drivernya bagi memantau Melina. Dato Zakri menalifon Rashid ingin berjumpa Luqman tentang niatnya. Dato Zakri memberi imbuhan lumayan pada Luqman untuk menjadi driver dan memantau aktiviti Malina. Datin Maziah menalifon Haykal yang berada di Australia untuk mencurahkan luahan hati. Datin maziah juga runsing dengan kerenah anaknya semakin hari semakin bebas. Luqman ke rumah Dato zakri , dalam tak sedar Melina mengintip kehadirannya.
Jom tonton link ini : Maaf jika aku tak sempurna episod 4

Episod 5
Datin Maziah memperkenalkan Luqman pada Melina. Melina marah bila Datin Maziah memberitahu Luqman adalah Driver baru dan bodyguardnya. Melina berpendapat tindakan papanya sudah melampau hingga tidak memberi kebebasan pada dirinya. Tugasan pertama Luqman amat memeningkan. Perangai Melina yang luar biasa. Di kolej Luqman menunggu Melina hingga menjadi perhatian kawan-kawan Melina mempunyai Driver dan bodyguard. Luqman tak tahu sampai bila dia boleh bertahan dengan kerenah Melian yang degil.Sarah bengang bila Luqman ke Kuala Lumpur tanpa memberitahunya. Dato Zakri terlibat dalam kemalangan. Datin Maziah terkejut bila mendengar berita itu.

Episod 6
Dato zakri disahkan meninggal dunia. Sebelum meninggal Dato Zakri sempat mengamanatkan pada isterinya dan Rashid. Dato Zakri menyuruh Melina dan Luqman disatukan. Luqman dan Melina membantah sama sekali. Dengan perasaan marah Melina menghubungi Hariz dan lari dari rumah.
Hariz yang cuba mengambil kesempatan untuk menakluki Melina tetapi Melina tetap menjaga maruahnya.  Dengan bantuan Yuni kawan Melina Luqman dapat menjejaki dimana Melina pergi. Luqman dan Melina berbincang bagaimana untuk mengelak mereka berdua berkahwin. Dari perbincangan keadaan bertukar menjadi pertengkaran. Bila sampai di rumah Datin Maziah memutuskan agar Melina dan Luqman tetap berkahwin hujung bulan tanpa sebarang alasan. Sibuk Datin Maziah mencari cincin kahwin Luqman mencadangkan pada Melina agar membuat perjanjian kahwin kontrak. Dan persetujuan di persetujuan bersama. 

Episod 7
Kawan - kawan Melina terkejut bila Melina akan berkahwin dengan Luqman kerana amanat arwah papanya. Hariz menyangka dialah lelaki yang paling bertuah bila Melina akan berkahwin. Tetapi malangnya lelaki itu bukan lah Hariz. Hariz tak puas hati kerana bukan dia yang menjadi pengantin lelaki. Orang yang paling gembira adalah Zita kerana dia akan menakluki Hariz tanpa saingan. Sarah sedih menerima berita Luqman akan berkahwin dengan orang lain. Sarah tidak menyangka penantian hanya sia-sia. Datin Maziah sesekali gusar dengan keputusan mengahwinkan Melina dan Luqman. Kerana itu adalah permintaan terakhir arwah suaminya. Pernikahan dilakukan dalam suasana yang sederhana.

Episod 8

Pernikahan belum sampai 24 jam pertelingkahan demi pertelingkahan berlaku. Rashid memberitahu agar Luqman pulang kekampung untuk majlis sebelah lelaki. Luqman berat hati untuk membawa isteri bukan pilihannya ke Cemeron highland. Luqman mohon agar Melina berpura-pura depan keluarga agar menghormati orangnya. Melina tak puas hati dengan keadaan di cameron highland yang serba kekurangan. Hariz menjadi lebih bengang bila Melina tidak menjawab panggilan darinya. Hariz dan Zieta berpakat untuk merancang sesuatu yang buruk pada diri Melina. 

Episod 9
Luqman terkejut bila mendapat tahu Melina lari dari rumah . Sebagai orang tua , Mak Luqman menasihatkan agar Luqman lebih berlembut dengan Melina. Luqman mencari Melina di pekan dan akhirnya jumpa. Luqman berjanji akan tidak berkasar dan Melina bersetuju mengikut Luqman pulang kerumah. Hariz cuba mencari simpati pada Yuni untuk mendapatkan maklumat tentang Melina. Tetapi Yuni tak sedar dirinya dipergunakan. Melina sedih kerana kawan baiknya tidak hadir ke majlis menyambut menantu di Cemeron Highland. Sarah menjadi pemerhati perhubungan Luqman dan Melina. Perasaan cemburu mula bercambah bila Luqman mesra bersama isterinya.

Episod 10
Selepas majlis menyambut menantu , Aliah dan Rashid ingin membuat majlis doa selamat. Ini memeningkan kepala Luqman. Luqman risau pada Melina kerana tidak mempunyai pakaian yang sesuai untuk majlis doa selamat. Luqman meminta tolong dari Sarah untuk meminjam baju yang sesuai untuk Melina. Ini membuatkan Sarah lebih benci pada Melina kerana Sarah menganggap Melina bukan perempuan yang sesuai untuk Luqman. Sepatutnya dia yang perempuan yang paling layak. Yuni asyik melarikan diri dari Zetty dan Mar. Yuni memberi alasan yang dia kini sedang bercinta. Yuni juga menyorokkan siapa teman lelakinya. Ini membuatkan Zetty dan Mar ingin tahu siapa teman lelaki Yuni. Zetty dan Mar mengintip gerak geri Yuni.

Episod 11
Zieta gembira bila mendapat tahu Luqman bakal menjadi boss barunya. Zieta sudah berangan untuk membawa Luqman ke club dan berhibur. Zieta ingin memberitahu Melina yang dia telah mendapat lelaki yang hebat dari Hariz. Dalam masa Zieta tidak tahu  Luqman sudah berkahwin dengan musuh ketatnya Melina. Melina tak sabar nak balik ke Kuala Lumpur. Sebelum pulang Melina dan Luqman berjalan-jalan sekitar Cemeron Highland. Datin Maziah mengharapkan Luqman dapat menerajui syarikat yang ditinggalkan oleh Datuk Zakri. Mak Luqman risau akan kehidupan selepas ini. Kerana dia tahu Melina tak pernah buat kerja rumah. Hariz berang bila Zieta tak mahu berkerjasama dengannya lagi. Yuni yang mengejar Hariz membuatkan Hariz rimas. Haris hanya mempergunakan Yuni untuk mendapatkan maklumat tentang diri Melina sahaja.
Jom tonton link ini : Maaf jika aku tak sempurna episod 11

Episod 12
Melina minta untuk pindah dari banglo mamanya. Ini kerana Melina tak mahu kehidupannya dihidu oleh keluarganya. Zieta begitu yakin dia boleh memiliki Luqman dan membiarkan Hariz terus memburunya. Hariz marah bila Zieta cuba mengelak diri. Kerana terlalu mengejar Melina Kerjaya Hariz sebagai model hancur. Luqman singgah dirumah sewanya untuk mengambil barang , tiba-tiba Melina diserang sakit kepala yang dan membatalkan niat untuk balik ke banglo keluarga Melina. Mereka bermalam dirumah sewa Luqman. Luqman terpaksa menangguhkan hari pertama kerjanya kerana Melina sakit. Zieta kecewa bila mendapat tahu yang boss batu tak masuk . 
Jom tonton link ini : Maaf jika aku tak sempurna episod 12

Episod 13
Sarah pengsan kerana tertekan, Sarah masih tidak boleh terima yang Luqman bukan miliknya lagi. Aliah ( mak Luqman ) memujuk Sarah agar melupakan Luqman dan menjalani kehidupan baru.  Datin Maziah runsing kerana Luqman menolak permintaan untuk menerajui syarikat peninggalan suaminya. Ini kerana Luqman telah menerima tawaran di syarikat lain . Datin Maziah menghubungi Melina agar dapat memujuk Luqman untuk berkerja di syarikat tetapi dibiarkan bagai angin lalu. Melina gembira berdapat berjumpa kawan-kawannya . Datin Maziah tidak percaya pada orang luar untuk menerajui syarikat peninggalan suaminya termasuklah Salleh. Salleh dan Hariz merancang sesuatu. Hariz juga tidak putus asa untuk memiliki Melina agar impiannya tercapai.
Jom tonton link ini : Maaf jika aku tak sempurna episod 13

Episod 14
Datin Maziah masih memujuk Luqman , Luqman cuba memikirkan permintaan mak mertuanya. Zieta gembira bila Luqman sudah memulakan kerja. Zieta cuba mengambil hati tetapi tidak di perdulikan oleh Luqman. Sarah masih meyepikan diri mengenang nasib ini membuatkan Aliah ( mak Luqman ) risau. Luqman lewat menjemput Melina . Dalam masa yang sama Hariz cuba menujuk Melina agar bersama dengan nya. Tetapi dilolak mentah - mentah. Luqman yang melihat Melina dan Hariz bersama. Tetapi Luqman salah sangka dengan apa yang dilihat. Pertengkaran mereka memudaratkan hingga berlakunya kemalangan kecil. Luqman cemas bila kecederaan berlaku. 
Jom tonton link ini : Maaf jika aku tak sempurna episod 14

Episod 15
Luqman cukup rasa bersalah bila melihat kecederaan yang dialami oleh Melina. Datin Melina memberi tahu Saleh yang Melina kemalangan . Luqman menjaga Melina seperti minyak ditatang penuh . Salleh dapat mengesyaki ini adalah perbuatan Hariz. Salleh memberi peringatan pada Hariz agar tidak bertindak terburu-buru. Setiausaha Datin Maziah memberi info tentang perbuatan Salleh dan Datin Maziah juga mengesyaki sesuatu yang tak kena di tentang project yang diuruskan. Zieta cuba mengoda Luqman tetapi masih gagal tetapi Zieta tak pernah putus asa. 
Jom tonton link ini : Maaf jika aku tak sempurna episod 15

Episod 16
Luqman membuat lapuran pada Umar tentang kelakuan Zieta yang kurang menyenangkan. Umar menyuruh Luqman membuat satu bukti baru boleh ambil tidakan ke atas perbuatan Zieta. Datin Maziah memberitahu Luqman akan mengadakan majlis ulang tahun Melina. Di Majlis ulang tahun Melina meluahkan isi hatinya. Melina terkejut dengan luahan hati Luqman dan Melina sendiri seakan tidak percaya apa yang berlaku . Zieta melihat gambar Melina dan suami di talipon Yuni. Amat mengejutkan Zieta, Luqman adalah suami Melina. Kemarahan Zieta lebih berganda bila melihat apa yang berlaku.
Jom tonton link ini : Maaf jika aku tak sempurna episod 16


Episod 17
Kerana terlalu sakit hati Zieta sengaja memfitnah Melina pada Luqman. Luluh hati Luqman bila mendengar kata-kat yang tekeluar dari mulut Zieta. Luqman menceritakan pada Umar , Umar menasihatkan agar jangan terlalu percaya kata-kata zieta kerana Zieta memang sengaja menghancurkan rumah tangga Luqman dan Melina. Datin Maziah menghadiahkan percutian bulan madu pada Melina dan Luqman . Luqman mula dingin terhadap Melina kerana termakan cerita Zieta. Lebih menguatkan cerita Zieta  bila Melina terus mendesak agar diceraikan.  
Jom tonton link ini : Maaf jika aku tak sempurna episod 17

Episod 18
Yuni dan Zetty menyangka Melina mengandung . Sebenarnya Melina Sakit kepala  (Migerine) . Melina juga memaklumkan Luqman tak pernah menyentuhnya dalam tempoh perkahwinan mereka. Datin Maziah memberitahu Melina adiknya Haikal pulang ke Malaysia. Melina tertanya-tanya kenapa Luqman tiba - tiba dingin. Sarah gembira bila mendapat tahu Luqman balik ke Cameron Highland. Bila tiba dirumah Luqman , Luqman sudah balik ke Kuala Lumpur sebab mendapat panggilan dari Datin Maziah yang Melina kurang sihat. Sarah rasa marah kerana tak dapat berjumpa Luqman. Sarah berpendapat Luqman terlalu menurut kehendak Melina. Zieta dan Hariz gembira . Mereka yakin rancangan untuk meruntuhkan rumahtangga Melina dan Luqman berjaya. Hariz yang mengimpikan kemewahan Melina dan Zieta mengharapkan Luqman akan menjadi miliknya. 
Jom tonton link ini : Maaf Jika aku tak sempurna episod 18

Episod 19
Datin Maziah membawa Haykal ke pejabat, Hari pertama dipejabat Haykal seolah tidak percaya dengan apa yang diceritakan olah Datin Maziah tentang orang kepercayaan arwah papanya, salleh. Kehadiran Haykal membuatkan Salleh tak senang duduk. Hariz dan Salleh cuba merancang sesuatu agar Haykal tidak dapat mengesan perbuatan mereka . Luqman Dan Melina pergi berbulan madu di taja oleh Datin Maziah. Luqman mohon agar percutian  ini tiada sengketa . Melina bersetuju dengan cadangan itu. Melina dan Luqman pergi di sebuah ke pulauan Sabah yang sangat cantik. Disana Melina berjumpa kawan lama dan mendatangkan rasa cemburu pada Luqman. Luqman cuba mengambil hati Melina dan mencerikan percutian mereka . 
Jom tonton link ini : Maaf Jika aku tak sempurna episod 19


Episod 20
Haykal meneliti segala project yang ada , memang ternyata banyak yang tidak kena project yang dikendalikan oleh Salleh. Salleh cuba mengalihkan perhatian Haykal dengan pelbagai cara tetapi tidak berjaya. Dalam masa yang sama Haris dan Zieta mengupah Effa untuk memerangkap Haykal. Akhirnya berjaya... Haykal jatuh cinta pada Effa. Luqman buat kejutan pada Melina . Luqman mengharapkan Melina tidak lagi memikirkan kontrak yang sering di buat-buat pada awal perkahwinan mereka. Melina dan Luqman memulakan kehidupan sebagai suami isteri sebenar. Ternyata kata - kata Zieta tidak benar. Luqman kagum dengan Melina kerana masih mampu menjaga maruahnya hingga bergelar isteri. 
Jom tonton link ini : Maaf jika aku tak sempurna episod 20

Episod 21
Melina dan Luqman gembira dalam tempuh bersama .  Luqman dan dan Melina mengambil keputusan untuk menyambung lagi percutian mereka. Hyakal mula berubah sejak berkenalan dengan Effa. Datin Maziah mengesyaki sesuatu. Hyakal memberitahu Datin Maziah yang dia telah jatuh cinta. Datin Maziah takut Haykal di pergunakan sahaja. Datin Maziah ingin berjumpa siapa perempuan yang berjaya menambat hati anaknya. Ayah dan mak Luqman ke Kuala Lumpur untuk menghantar Sarah yang baru ditawarkan kerja. Sarah terkejut bila melihat sendiri kemewahan yang dimiliki oleh keluarga Melina. Hariz dan Zieta tidak menyangka lakonan Effa berjaya dengan mudah. 
Jom tonton link ini : Maaf jika aku tak sempurna episod 21

Episod 22
Effa cuba menjauhkan diri dari Haykal kerana tak mahu lagi berkomplot dengan Zieta. Haykal tercari - cari kenapa effa menjauhkan diri darinya. Sarah tinggal di rumah Luqman dulu. Sarah rasa gembira kerana pada dirinya Luqman sentiasa dekat dengannya. Luqman dan Melina pulang dari percutiannya. Datin Maziah gembira dengan perubahan Melina.   Rancangan buruk Zieta , Salleh dan Hariz untuk menghancurkan kehidupan Melina dan Luqman.Luqman membawa Melina ke klinik . Melina yang kerap sakit kepala yang terlampau. dalam perjalan pulang Sarah menghubungi Luqman. Melina dapat merasakan , Sarah sengaja mencari peluang untuk menghubungi Luqman.
Jom tonton link ini : Maaf jika aku tak sempurna episod 22


Episod 23
Jom tonton link ini : Maaf jika aku tak sempurna episod 23


Episod 24
Melina gembira kerana keluar dari hospital . Hubungan Melina dan Luqman bertambah baik sejak balik dari percutian dulu. Melina berjanji tidak akan cemburu bila Luqman berkawan dengan Sarah. Melina menjemput Sarah datang kerumah di majlis tahlil. Luqman membawa Sarah kerumah tetapi Luqman tetap membataskan pergaulannya dengan sarah demi menjaga hati Isterinya. Sarah cuba mengorek rahsia perhubungan Luqman dan Melina. Sarah semakain cemburu bila Luqman ceria bersama isterinya. Sarah sedih kerana Luqman tak pernah memilihnya.  Luqman membuat kejutan pada Melina ke rumah baru mereka. Luqman mahu belajar hidup berdikari bersama isterinya. 
Jom tonton link ini : Maaf jika aku tak sempurna episod 24

Episod 25
Jom tonton link ini : Maaf jika aku tak sempurna episod 25


Episod 26
Jom tonton link ini : Maaf jika aku tak sempurna episod 26

Episod 27
Jom tonton link ini : Maaf Jika aku tak sempurna episod 27


Episod 28
Jom tonton link ini Maaf jika aku tak sempurna episod 28


Episod 29
Jom tonton link ini Maaf jika aku tak sempurna episod 29

Episod 30
Luqman dan sarah ditangkap khalwat dibilik . Luqman meminta pertolongan dari mertuanya agar merahsiakan dari Melina . Luqman cuba memberitahu Melina kebenaran tetapi Melina tak dapat menerima alasan itu. Keluarga Luqman mendesak agar Luqman berkahwin dengan Sarah demi menutup malu. Zieta gembira kerana rancangannya berjaya. Sarah sedih dengan apa yang terjadi . Walaupun dia terlalu sayang pada Luqman bukan ini cara untuk mendapatkan Luqman.
Jom tonton link ini Maaf jika aku tak sempurna episod 30

Episod 31
Pernikahan Luqman dan sarah amat menyiksakan. Luqman terlalu sukar untuk melafazkan akad. Melina meminta izin agar dengan mamanya datin Maziah untuk pergi ke Australia tempat Hyakal belajar. Melina memberi alasan untuk mencari ketenangan. Luqman terkejut bila mendapat tahu Melina sudah tiada di Malaysia . Luqman cuba mendapatkan sedikit berita dari kawan-kawan Melina tetapi gagal. Yuni yang terlalu kesian pada Luqman hanya sekadar memberi email Melina salah satu cara untuk menghubungi Melina. Sarah cuba mendekatkan diri dengan Luqman tetapi Luqman semakin jauh. Sikap Sarah yang cuba memaksa Luqman untuk menerima dirinya makin memyeksa jiwa Sarah. Sarah semakin banyak memendam rasa. 
Jom tonton link ini Maaf jika aku tak sempurna episod 31

Episod 32
Luqman mengambil keputusan untuk bercerai dengan sarah. Sarah tak mahu tetapi Luqman tak boleh tinggal bersama lagi dengan Sarah. Mak dan ayah Luqman melarang tetapi akhirnya akur dengan keputusan Luqman. Datin Maziah dimasukkan ke hospital disebabkan serangan jantung. Haykal dan Melina pulang ke Malaysia. Luqman tidak menyangka dapat berjumpa dengan Melina. Melina masih tak dapat menerima Luqman. Luqman berjumpa dengan Yuni , Zetty dan Mar untuk memujuk Melina. Mereka mencari punca siapa yang merancang  kerja kotor. Yuni dan kawan-kawannya mencari kepastian semua ini kerja Zieta. Tanggapan mereka tepat semuanya dirancang oleh Zieta kerana dendamnya pada Luqman kerana cintanya tidak berbalas.Zieta kemalangan akibat mengejar Yuni dan kawan-kawannya merakamkan perbualan mereka. Melina merasa bersalah bila Yuni , Zetty dan Mar membawa bukti yang Luqman teraniaya. Melina mendapat kemapuan dari Luqman saat kelahiran. Akhirnya Melina dan Luqman bahagia dengan kehadiran puteri yang comel .
Jom tonton link ini Maaf jika aku tak sempurna episod 32

6 comments:

  1. Kak Novel Akak terbaik..teruskn lg perjuangan akak...good luck! :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Julia ... Ini bukan novel akak .... blogs ini hanya untuk review novel yang akak baca ... harap suka ..

      Delete
  2. Thanks for the full review. Tak sabar nak tengok ending drama nih ehhe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Honeybee singgah di blog review ini ... harap drama ini tidak mengecewakan peminatnya ...

      Delete
  3. review yang bagus...pls cepat2 update utk episode 17 & 18 ;)

    ReplyDelete
  4. Hai Nonie ... salam perkenalan ..
    Terima kasih singgah , dah update ...

    ReplyDelete