Friday 14 December 2012

NOVEL SERU SAJA BINTANG ITU



" Bukan mudah hendak berpisah jika takdir sudah mengatakan aku tetap jodoh kau. Bukan mudah hendak melupakan kau jika hati aku masih berkata rindu.... Kalau aku seru nama kau, pastikah kau akan datang?


Syima Syawal nama itu terlalu asing pada saya. Pendatang baru didunia penulisan. Setiap bulan Karya seni melahirkan penulis yang berbakat besar. Saya suka jalan cerita sebab ia banyak menitik beratkan kisah kasih sayang keluarga dan pengorbanan. Novel ini yang membuatkan saya sebak , mungkin terlalu emosi dengan jalan ceritanya. Tak kurang juga diselitkan adegan - adegan lucu dan mencuit hati. Novel Seru saja bintang itu setebal 583 muka surat ini ada keistimewaannya tersendiri. Sedikit sorotan dari saya tentang novel ini. 



Mengisahkan kehidupan Nurina dizaman kanak-kanaknya bertemankan dengan Khairy Andrian a.k.a gemuk. Mereka rapat walaupun jarak usia 2 tahun. Mereka terpisah kerana fitnah yang manusia yang cemburu dan tamak. Apabila Nurina meningkat dewasa dia masih mencari dimana teman sepermainannya gemuk. Selepas balik dari United Kingdom ( UK ) Norina mengusahakan kedai dobi milik keluarga angkatnya. keluarga angkatnya berharap Nurina dapat meneruskan usaha kedai dobi yang telah diusahakan sejak dulu. Walaupun impian Nurina ingin menjaya Arkitek yang berjaya, demi amanah keluarga angkatnya yang banyak membantunya dia menangguhkan hasratnya. Hidupnya menjadi huru hara bila dia bertemu seorang lelaki yang sombong bernama Eddy di KLIA semasa kepulangan dari UK. Dari satu pertemuan hinggalah pertemuan di kedai dobinya bersama teman perempuan Natasya yang sengaja mengenakannya. Sehingga Eddy meminta ganti rugi RM 5,000 atas kerosakan baju yang dihantar di kedai dobi. Natasya seorang yang suka mengambil kesempatan dan menganggap Eddy sebagai lubuk emasnya . Eddy yang memiliki Syarikat pinjaman berlesen  mampu hidup mewah. Saat paling menyedihkan bila ibu Nurina meninggal dunia kerana terkejut tanah yang diduduki selama ini telah dilelong oleh Syarikat pinjaman berlesen milik Eddy. Ini semua angkara bekas suami kakak Nurina, Syana. Nurina memerlukan gemuk menjadi teman yang memahami keadaannya yang sedang bersedih. Taufik kawan sekampung telah memberi tahu Nurina bahawa dia telah bertemu dengan Gemuk dan dia juga menjemput Nurina ke majlis Reunion.

Di perjumpaan Reunion Nurina amat terkejut dan tidak menyangka lelaki yang dicari selama ini adalah lelaki yang sayang selalu membuat hidupnya porak peranda ialah Eddy atau lebih dikenali Adrian zaman kanak - kanaknya dulu. Adrian tidak pernah berputus asa dan perasaan sayang tak pernah padam sejak dulu lagi .  Adrian menghantar Black untuk membantu Nurina dalam urusan kedai dobinya. Perhubungan mereka indah tak lama, pelbagai rintangan perlu dilalui. Paling perit bila Adrian meninggalkan  Nurina sebelum majlis perkahwinan mereka. Sebab Bonda Adrian dibawa lari oleh Mak ngah dan adik sepupu yang melarang keras perkahwinan Adrian dan Nurina . Pengantin lelaki terpaksa ditukar pada saat akhir. Black atau Ridzwan menjadi penganti pengantin lelaki. Nurina tak mahu keluarganya malu. Ditakdirkan Tuhan jodoh Black dan Nurina tak lama. Black meninggal dunia kerana terlibat dengan kemalangan. Dikesempatan itu Adrian mengambil peluang untuk memiliki hati Nurina yang terluka.

Sinopsis dari kulit novel
Waktu kecil-kecil dulu, si gemuk memang suka sangat mengusik Nurina. Mentang-mentanglah anak majikan ibu, asyik Nurina saja yang harus mengalah.
“Hmmm... Boleh tak kalau kau jangan panggil aku gemuk?”
“Alah… Aku dah biasa panggil macam itu, kan? Kenapa mesti nak tukar pula? Takkan sebab aku panggil kau gemuk pun kau nak merajuk macam ni?”
KHAIRY ADRIAN. Lelaki yang muncul dalam hidup Nurina bersama dengan satu ugutan. Semenjak kehadirannya, hidup Nurina jadi kacau dan tak pernah aman.
“Kau kena ingat... Kau ada hutang dengan aku. Kau ingat semudah itu aku nak lepaskan kau? Kalau kau terima pelawaan aku ni, hutang lima ribu tu hangus. Kalau tidak… kau patut fikirkan apa yang bakal kau terima.” – Khairy Adrian
Tapi NURINA cuba menangkis rasa sakit hatinya terhadap Khairy Adrian dengan mengingat kenangan manisnya bersama si gemuk. Di mana gemuk? Bagaimana cara dia hendak bertemu semula dengannya?
“Pergilah balik, menyibuk aje.”
“Mentang-mentang ada jajan, kau sombong dengan aku ya. Tak apa. Nanti kalau waktu kau susah, jangan sibuk cari aku. Aku balik, gemuk!”

Tapi, kenapa takdir menemukan Nurina dengan Khairy Adrian?
“Awak nak semula ke baju ni? Kalau betul nak semula, lepas saya basuh periuk besar tu, awak bolehlah ambil semula.” – Nurina
“Buat apa nak ambil baju, lebih baik ambil orangnya.” – Khairy Adrian 
Setelah mengetahui kebenaran, akhirnya kedua-duanya cuba mengalah dan mengakui perasaan yang sudah lama terpendam.
Tapi adakah lafaz cinta Khairy Adrian itu mampu menjanjikan yang kebahagiaan akan menjadi milik mereka selamanya? Semua keputusan itu hanya mereka saja yang mampu menjawabnya…


Petikan-petikan menarik dalam novel
Kenangannya bersama
"Gemuk... jom kita makan," pelawa Nurina, sambil tangan kecilnya mengangkat mangkuk besar yang tidak ubah seperti loyang itu. Khairy Adrian menyandarkan tubuhnya dengan beralaskan bantal. Nurina mula menyuap bubur ke mulut Khairy Adrian. Mak oii... besarnya dia membuka mulut! Anak gadis sunti itu tergelak halus. Kelakar bila melihat budak lelaki itu makan macam orang kebulur matanya terus merenung ke arah Nurina. Anak gadis sunti itu mengangkat wajah, memandang terus ke wajah Khairy Adrian. Keningnya pula diangkat. Khairy Adrin tersenyum.
"Cakap ajelah," gesa Nurina. Tangannya masih lagi menguis-nguis bubur yang masih g=hangat itu.
"Kalau ya pun suaplah aku dulu," pinta Khairy Adrian. Nurina mencebik. Mengada-ada pula... Tanpa berlengah lagi , Nurin membawa sudu yang sudh berisi bubur itu ke mulut Khairy Adrian yang sudah siap sedia menganga sebesar mungkin. dan.. sudu itu mendarat pula ke mulut Nurina. Nurin menyuap sesudu lagi bubur ke mulutny. Khairy Adrian terkebil-kebi melihat Nurina memakan bubur tersebut, sedangkan dia masih lagi menganga mulutnya. Bila menyedari pandangan mata Khairy Adrian tajam, pantas dia menyuakan sudu yang berisi bubur ke mulut Khairy Adrian. Tersengih-sengih Nurina melihat wajah kelat itu.
"Kau kata tadi nak minta tolong dari aku. Apa dia?" soal Nurina. Dia menyuap bubur ke mulut Khairy Adrian lagi.
"Hmmmm...Boleh tak kalau kau jangan panggil aku gemuk? Aku nak kau panggil aku Adrian. Semua orang panggil aku dengan nama itu. Kalau tak pun , kau panggil aku Rian ke ? kan sedap telinga aku mendengarnya..." Hampir tersembur bubur nasi yang berada di dalam mulut Nurina. Sepanjang dia mengenali Khairy Adrian. Nma gemuk itulah yang sering dipanggil mlah lidahnya seakan- akan tergeliat bila hendak memanggil gemuk dengn namanya yang sebenar. Dia tersengih lagi.
"Alah... Aku dh biasa panggil macam itu, kan ?? kenapa mesti nak tukar pula?" Tanpa rasa bersalah, Nurina menyoal pula. Khairy Adrian trdiam. Mulutnya mula terkumt kamit, seakan - akan mahu bicara sesuatu tapi terus mendiamkan dirinya. Nurina berasa pelik dengan perangai Khairy Adrian. Macam terlebih mengada-ngada. Mentang mentanglah aku layan dia macam anak raja, omel Nurina.

Diawal pertemuan ..
Siapa yang langgar aku ? soal hatinya.
Barulah dia perasan perkara itu. Itu bukan satu kemalangan, tapi seolah-olah sengaja dilakukan oleh seseorang. Masakan orang itu sudah buta?
"Kelo, cik kak! Tak habis berangan lagi?" sergah satu suara. Terkejut Nurina. Dia membuka matanya, dan...
"Allahukbar!" Dia menjerit kecil. Hampir luruh jantungnya kerana asyik terkejut. Wajah lelaki itu betul-betul hampir dangan wajahny. Siapa lagi kalau bukan lelaki yang duduk disebelahny ketika dia dalam peawat tadi. Nurin mengurut dadanya. Lelaki itu pula terus ketawa. Gelaklah kau kuat-kuat. Gelaklah... ada juga yang makan sepatu aku ni karang. Marhnya dalam hati. Matnya tidak berkelip memandng wajah lelakiitu.Wajahnya pula sudah asam kecut. di sudah bersiap sedia hendak mencekik leher lelaki itu.
"Awak ni kenap suka sangat mengusahkan saya?" marh Nurina separuh menengking. Tawa lelaki itu mati. Dia memandang wajah garang Nurina. Tiada sedikit senyuman pun  yang terukir disitu. Lelaki itu bergegas mengambil begnya, lntas bersip sedia untuk berllu pergi dari situ. Jika di mengunggu lebih lama. sudh pasti dia juga yang akan mendapat malu. Sudahlah orng ramai yang lalu lalang disitu. 
Nurina yang masih tidak berpuas hati ingin menghalang perjalanan lelaki itu. Dia ingin menyelesaikan perkar tadi dengan segera. Tapi belum sempat dia menghalng , lelaki itu sudah hilang dari pandangan.

Kerana amanah Nurina merelakan
"Baba dah tak ada sesipa lagi. Hanya Rin saja yang baba harapkan." Nurina termenung panjang. Dia duduk di birai katil. Angin sepoi-sepoi bahasa dari arah sawah menghembus halus, menyapa wajah mulusnya. Jendela yang terbuka itu dibiarkan. Walaupun waktu itu sudah menginjak ke angka dua belas tengah malam!
" Baba tau, tentu Rin dah ada perancangan sendiri. Pasti Rin dah berangan nak jadi arkitek terkenal suatu hari nanti. Tapi Rin.. Besar harapan baba kalau Rin boleh terima tawaran baba ni." Mata baba penuh mengharap. Wajah mama pula, penuh simpati. Wajah ibu... ah.. Nurina bingung. Sesungguhnya, Nurina sedar. Selama ini baba dan mama la yang banyak membantu dia dan keluarga. Mama dan baba tidak pernah menrungut. Tapi bagaimana dengan cita-citanya sendiri?
...............................................................
"Rin berjanji dengan baba. Jangan sesekali jual kedai ini. Kami sayangkan kedai ni. Ini saja harta yang baba ada," tambah baba lagi. Kata-kata baba itu mencantas lamunan Nurina. Dia mengangguk-angguk, tanda faham. Jika itulah harapan mereka, mengapa tidak dia mengusahakannya? Mengapa tidak dia berjuang untuk memenuhi harapan baba?
"Baiklah baba, mama... Rin berjanji , Rin akan cuba usahakan kedai ini. Insya-Allah, Rin akan pegang kata-kata baba dan mama tu." Akhirnya Nurina bersetuju juga. Argh... terlalu besar pengorbanan kedua-dua ibu bapa angkatnya itu kepada keluarganya....

Pertemuan demi pertemuan membuatkan Nurina sakit hati dengan lelaki bernama Eddy.
"Aku geram dengan bos si black tu. Ada ke patut dia cakap aku ni future wife dia? Dia ingat aku kemaruk sangat nak berlakikan dia? Tolong sikit..." Terhambur juga kemarahan Nurina. Terkebil - kebil mata Yanti bila mendengar cerita Nurina. Otaknyaseperti tidak boleh menerima dan mencerna ayat-ayat itu, tetapi hatinya tidak boleh menerimanya dengan perasaan yang lega. Eh, lega ke ? Macamlah dia yang mengalaminya.
"Bos dia tu dah gila!" marah Nurina lagi. Matanya yang berair itu sudah bertukar merah.
"Hesy.. tak baik cakap orang macam tu. Kut dia betul nak jadikan Nur isteri dia? Hai, bertuahnya badan... Yanti cuba menyakat Nurina. Tanpa berlengah lagi satu cubitan hunggap dilengan Yanti. Yanti menjerit kesakitan.
"Banyaklah kau punya bertuah! kau ingat aku dah terdesak sangat ke ?" Semakin panas telinga Nurina dibuatnya. Yanti pula tersengih-sengih, seperti sengaja ingin membakar perasaan Nurina yang sudah tidak menentu itu.
"Kenapa Nur marah sangat kat dia? Dia gurau aje tu. Bukan luak pun dia cakap macam tu," pujuk Yanti yang melihat wajah masam Nurina. Nurina menjeling tajam ke arah pembantunya. Geram rasanay dengan kata-kata selamba Yanti itu. Sudahlah dia begang dengan lelaki itu tadi. Kini , bila balik ke kedai ingatkan hendak meluahkan perasaan, tapi sudahnya dia pula ingatkan yang dipersendakan.
"Alahai... merajuk ke ? Akak bergurau ajelah tadi." Yanti memujuk Nurina yang sudah mula mengunci mulut.

Kehilangan Ibu amat dirasainya, perasaan benci dan marah tak dapat dikawal pada Eddy.
"Maafkan kami, Cik Nur. Pihak kami tidak boleh berbuat apa-apa. Kami bertindak mengikut perjanjian malah kami tidak pernah memras ugut peminjam mahupun ahli keluarganya. Kami megikut saluran yang betul."
"Jadi... memang tak boleh dibuat rayuanlah ya?" Encik Salleh mengangguk.
"Kau orang memang kejam! Kau orang tahu ke tak, disebabkan semua ini, Ibu aku meninggal! Kau orang memang tak berhati perut!" Tiba-tiba saja Nurina menjerit. Bagaikan orang dirasuk, dia mengamuk.
"Kenapa ni?" soal tetamu Encik Salleh tadi. Encik Salleh mengjongket bahu.
"Saya tak tahu, bos. Dia kata tanah milik keluarganya telah tergadai. Saya... saya pun tak faham, bos," jelas Encik Salleh. Nurina terus mengalihkan pandangan matanya ke arah lelaki yang dipanggil oleh Encik Salleh sebagai bos itu. Sungguh! Bumi Allah itu tersangatlah kecil. Matanya membulat memandang wajah lelaki itu.
"Apa masaalahnya? Pihak kami menjalankan kerja yang betul. Cik Nur tak boleh salahkan kami dalam hal ini. Kami ada surat perjanjian. Kalau dibawa ke mahkamah sekalipun , Cik Nur takkan menang," celah bos kepada Encik Salleh. Siapa lagi kalau bukan Eddy.
"Sepatutnya pihak kau orang kena siasat itu tanah siapa. Bukan main terima saja. Klaau ikut syarat bank sekalipun , pihak tanah perlu memberi kebenaran untuk tanah itu digadai. Kau orang memang sengaja nak mesnahkan hidup orang-orang seperti kami. Kau orang memang lintah darat. Sesuka hati merampas tanah orang.... Kau orang memang tak berguna!"
"Bertenang Cik Nur," pujuk Encik Salleh.
"Cakap jangan sembarangan, Cik Nur. Kami juag menjalankan syarat yang sama. Kami takkan menerima mana-mana geran yang bukan milik peminjam. Kami perlukan surat ditandatangani oleh pemilik geran yang sah, barulah kami luluskan. Cik Nur, itu masalah keluarga Cik Nur. Kami tak boleh bak tolong," jawab Eddy dengan tenang. Walaupun dalam hati, dia sudah mula baran dengan kata-kata yang didengarnya dari mulut Nurina itu.
""Kau orang memang tak berhati perut! Disebabkan kau orang .. ibu aku meninggal dunia. Aku takkan maafkan kau orang. Aku akan ingat sampai bila-bila!" marah Nurina lagi. Dia separuh menjerit ketika berkata begitu. Eddy terpaku ketika melihat perubahan sikap Nurina yang berlainan dari sebelum ini. Gadis itu betul - betul nampak tertekan.

Penantian selama ini dinanti tetapi bukan ini yang harapkan
"Bukan ke perempuan ni..."
"Nur?" Black dan Tawfiq berkata serentak. Erry pantas memalingkan wajahnya ke arah Tawfiq. Keningnya dikerut.
"Siapa dia Fiq?" soal Khairy Adrian. Wajah Tawfiq diamati. Tawfiq pula sudah tersengih-sengih.
"Kau tak kenal ke, Adrian?" Soalan dijawab dengan Soalan juga. Khairy Adrian pantas mengeleng.
"Inilah dia buah hati pengarang jantung kau. Nurina Binti Abdul Naim," jawab Tawfiq. Mata Khairy AAdrian beralih pula pada Black. Mereka berpandangan. Hanya mereka sahaja yang mengerti. Perasaan Khairy Adrian mula berkecamuk. Wajahnya diraup bebarapa kali.
"Ya Allah, habislah aku. Nampaknya sekarang peluang aku nak dekati dia memang tipis," Keluh Khairy Adrian. Tubuhnya terhenyak didada sofa. Matanya menyoroti wajah manis Nurina yang sedang tersenyum di layar skrin itu.
"Apa maksud kau?" soal Tawfiq. Curiga pula bila mendengar keluhan lelaki itu.
"Fiq, kau boleh tolong aku?" Tawfiq mengerutkan keningnya. Dia tidak faham apa masalah yang sedang menimpa rakannya ketika ini.
"Cuba cerita pada aku, apa masalah kau. Aku tengok macma masalah besar sangat." Khairy Adrian menceritakan masalah yang sedang melanda dirinya dengan Nurina. Tidak sedikit pun tertinggal. Dari detik pertemuan sehinggalah masalah tergadainya tanah milik keluarga Nurina. Wajahnya nampak kusut. Dia benar-benar rasa tersentap apatah lagi untuk memikitkan usaha yang terbaik untuk dia berbaik - baik semula dengan Nurina. Dialangsung tidak nampak jalan keluar untuk menyelesaikan masalah itu. Tawfiq yang mendengar terdiam. Dia tutur berasa sedih apabila mengetahui cerita yang sebenar. Fikiranya turut menjadi buntu.

Kehadiran bonda Adrian melembutkan hati Nurina, memberi ruang memaafi kesalahan lalu.
"Bonda gembira?" soal Nurina kepada bonda yang terbaring itu. Seboleh-bolehnya, dia inginmelupakan kisah silam. Bonda mengerdipkan matanya, tnda dia gembira.
"Kalau arwah ibu ada, ibu tentu gembira kalau dapat jumpa dengan bonda. Berkali-kali ibu cakap, peristiwa dulu tu bukan salah bonda. Sedikit pun dia tak salahkan bonda. Yalah, waktu tu bonda rasa curiga apatah lagi ada orang yang tak bertanggungjawab ambil gambar dan berikan pada bonda." Sebak dada Nurina bila teringatkan arwah ibunya. Ibunya memang seorang wanita yang tabah. Sungguhpun difitnah, dia langsung tidak menyimpan dendam. Perlahan air mata bonda mengalir di pipi.Mula-mula esak tangisannya perlahan. Lama kelamaan dia tersedu sedu lagi. Nurina jadi gelabah. Bukan niatnya hendak menyakitkan hati bonda malah dia juga tidak mahu mengingkit kisah lama. Tapi dia perlu jga memberitahu bonda tentang kata-kata ibunya sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.
"Maafkan saya, bonda. Bukan niat saya nak sakitkan hati bonda. Bonda janagn menangis lagi ya.?" pujuk Nurina . Air mata bonda dikesat dengan jari jemari runcingnya. Kemudian dia memeluk pula tubuh kurus itu. Bonda melepaskan perasaannya dalam pelukan Nurina.


Hatinya menjerit tak tergambar bila Adrian menangguhkan perkahwinan disaat akhir.
"Rin... maafkan Rian, maafkan Rian.... katanya, tersekat-sekat. Semakin hiba Nurina mendengarnya. Tangisannya semakin galak. Dia cuba melepaskan segala perasaannya.
"Rian tahu tak, Rin perlukan kerjasama Rian pada saat-saat akhir macam ni. Kalau Rian tak call tadi, apa yang Rin perlu buat?" Nurina melepaskan perasaan geramnya. Kedengaran nafas kasar yang dihembus. Suara, nada dan segala-galanya dirasakan lain belaka. Lelaki itu sudah tidk seperti sebelum ini. Hatinya Nurina dapatmerasakan ada sesuatuyang telah terjadi pada tunangnya itu.
"Rin... kita tangguhkan dulu majlis pernikahan ini. Rian kena cari bonda. Rian takkan bernikah selagi bonda tiada disisi Rian. Mereka dah bawa lari bonda. Tolong faham keadaan Rian sekarng, rin." Walaupun berat, Khairy Adrian terpaksa menyatkan juga. Tatkala mengedanrnya, Nirina merasakan sepertiada sebongkah batu menghempap dikepalanya. Dia hilang kawalan. Tangisan yang baru hendak reda semakin kuat pula. Dia menekup mulutnya dengan sebiji bantal. Tidak tertanggung rasanya tatkal mendengar kata- kata lelaki itu.
"Rian... Jangan macam ni, Kita nikah dulu, kemudian kita cari bonda sama-sama. Tolonglah jangan hampakan perasaan mak anjang. Rian tak boleh buat Rin macam ni. Tolonglah Rian... Rin merayu... TOlong jangan buat Rin macam ni..."
"Tak, Rin. Selagi Rian tak jumpa bonda, selagi itu Rian takkan pulang. Tolong faham. Hanya kefahaman dan sedikit pengorbanan rin yang Rian pinta." Khairy Adrian telah pun sampai ke KLIA. Dia menunggu pengumuman masa untuk berangkat. Walaupun dia sedar, semuanya takkan dapat membantu menyelesaikan kesemua masalahnya. namun sekurang-kurangnya dia cuba mendapatkan kerjasama daripada Nurina.
" Sampai hati Rian buat Rin macam ni. Apa salah Rin pada Rian? Apa doa Rin? Rian terlalu pentingkan diri. Habis, hai Rin macam mana? Apa yang Rin nak cakap pada mak anjang? Apa yang Rin nak bagi tau pada semua tetamu? Hah! nak kata pengantin lelaki lari cari bondanya. Begitu? Rin tak sanggup, Rian. Rian tak boleh lukakan hati mak anjang." Tersedu-sedu Nurina ketika itu. Dia cuba merayu, dengan harapan dia dapat memujuk lelaki itu. Tetapi...
"Rin... kanapa Rin tak faham-faham situasi Rian? Kenapa Rin masih nak desak Rian? Rian bukan batalkan, Rin cuma minta tangguhkan aje. Takkan itu pun susah sangat nak buat?" kali ini suara Khairy Adrian agak kuat, keras dan penug kemarahan. Beberapa mata yang berada di KLIa itu menoleh kerahnya. Dia tidak peduli. Nurina terkaku. Tangisan yang tadinya begitu syahdu dan menghibakan terus hilang. Dia masih lagi menggenggam erat telefon bimbitnya. Hatinya terasa kosong. Tiada apa yang mampu dikatakannya lagi. dia tahu lelaki itu akan pergi juga. Tubuhnya semakin lemah. dan dia tahu..... maruahnya takkan boleh diselamatkan lagi....
"Pergilah.... pergilah Rian... selangkah kaki kau atur bermakna antara kita dah tak ada apa apa lagi. pergilah..." Khairy Adrian tetap melangkah. Kata-kata itu walaupun sayup-sayup kedengaran, namun melumatkan segala impiannya.

2 comments:

  1. salam kak! thanks sbb comment kt blog farra tdi yg sdg diubah suai tu..hee, insyallah kak! doakan saya ye ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 farra.... akak pun baru di dunia blog ni ... harap dapat beri tunjuk ajar... akak bukan pandai sangat... buat review ni pun atas dorongan kawan2.

      Delete