Monday 23 December 2013

NOVEL BUKAN KAHWIN PAKSA


Untuk dicintai , haruslah mula mencintai....


Novel ini terbitan Karytos Creative , Pada kebiasaannya novel ini boleh dapat di semua kedai buku. Nama Syamnuriezmil bukan lagi nama asing didunai penulis ini. Ini novel ke-lima beliau yang telah saya memiliki .Pada yang biasa membaca novel Syamnuriezmil mereka akan tahu gaya penulisan yang agak santai dan mencuit hati. Percayalah pasti tak kering gusi pada sesiapa yang membacanya pada part-part tertentu pertemuan Izz Rizqin dan Dara Safiya . Hasil novel yang agak tebal kali ini 627 muka surat membongkar cerita Izz Rizqin dan Dara Safiya. 

Pertemuan setahun yang lalu membuatkan Dara Safiya percaya Ryan adalah lelaki yang baik. Tetapi Dara tidak menyangka, Ryan boleh curang dengannya. Dara terkejut bila melihat Ryan dan Nita ( gadis yang dibawa pulang) diatas katil tanpa seurat benang. Dalam kekalutan Dara melarikan diri dari dikejar oleh Ryan,  Izz Rizqin jiran baru Ryan turut menjadi amukan Dara. Izz Rizqin yang baru berpindah sehari terkejut dngan menyaksikan drama sebabak Dara dan kekasihnya. Izz Rizqin seorang Accountant yang melarikan diri kerana kekasihnya ditunangkan dengan abang long Azz Rizqin. Kerana tak mahu ramai pihak kecewa Izz Rizqin mengambil keputusan untuk mengundur diri. Tiada seorang pun tahu yang Izz Rizqin sebenarnya membawa diri, bukan bertukar angin yang di war-warkan pada keluarganya bila ditanyakan mengapa Izz Rizqin atau panggilan Uda dikalangan keluarga tiba-tiba mengambil keputusan untuk berkerja di Ipoh. Kesilapan Dara menghantar email , bermula satu perkenalan diruang email. Sejak itu mereka menjadi sahabat dialam maya tanpa mencungkil identiti mereka.Tanpa sedar, sebenarnya Dara berkenalan dengan lelaki yang menegurnya dirumah Ryan, Izz Rizqin. 

Daddy dan mummy Izz mencadangkan agar Izz dijodohkan dengan anak kenalannya di Ipoh, Sulaiman. Sulaiman papa Dara Safiya berkawan degan papa Izz sejak dizaman sekolah lagi.  Hasrat itu disambut baik oleh Izz bagi melupakan Ariyana. Kini menjadi tunang abangnya Azz Rizqin. Bagi Izz ini adalah pengorbanan yang perlu dilakukan untuk kebaikan semua. Izz bersetuju dan pernikahan perlu dilakukan dalam sama satu bulan. Selepas berpisah dengan Ryan, Dara Safiya tidak percaya pada cinta. Ekoran itu papa dan mama Dara Safiya mencadangkan agar menerima calon suami cadangan mereka. Dara Safiya bersetuju dengan cadangan papanya , Dara juga mengenakan syarat iaitu dalam masa dua minggu mereka akan nikah , tak mahu berkenalan dan berjumpa hanya berjumpa di hari pernikahan. Dara Safiya membuat keputusan itu bagi mengelak dari terus diganggu oleh Ryan yang ingin memohon maaf dan memujuk Dara kembali padanya.

Dara Safiya menggelar Izz sebagai penceramah tak bertauliah kerana setiap kali bertemu pasti Izz akan membebel , ini membuatkan Dara akan naik darah bila bertembung. tak kira dimana contohnya di petrol pump ataupun di kedai makan. Izz juga tak kurangnya mengelar Dara sebagai perempuan garang. Fobia Izz hingga terbawa kedalam mimpi berkahwin dengan Perempuan garang terpaksa tidur dikandang lembu. Dara dan Izz banyak meluahkan rasa melalui email. Sebelum pernikahan mereka, Izz sering berhubung diantara satu sama lain . Dengan cara Izz yang selalu mengambil berat dan meluahkan perasaan membuatkan Dara jatuh cinta pada Izz. Hinggalah dihari pernikahan mereka. Kerana terlalu terkejut masing-masing pengsan. ini kerana masing-masing tak percaya apa yang telah berlaku. Selama ini orang yang dibenci kini menjadi peneman hidup.

Dimalam pertama mereka satu pertengkaran berlaku kerana cemburu. Ryan tak pernah putus asa untuk meraih simpati dari Dara walaupun dia tahu Dara sudah bergelar isteri. Dara sengaja untuk berpindah di rumah Izz dengan tujuan ingin menunjuk-nunjuk. Oleh kerana selalu bersembang dengan rakan email, Dara dan Izz terlintas untuk mencari identiti siapa kah dia.  kerana satu insiden mereka mengetahui siapa sebenar Cik kak dan En. Duck. Melupakan kenangan lalu dan belajar menerima kekurangan pasangan penguat kasih sayang. Untuk dicintai harus belajar mencintai.


Sinopsis dari kulit novel

“Cinta tu, buta, pekak, bisu.”
“Kenapa cakap macam tu pula?”
“Kita tak nampak, kita boleh jatuh cinta, kita tak dengar pun kita boleh jatuh cinta, kita tak boleh bersuara pun, kita boleh jatuh cinta. So, cinta itu buta, pekak dan bisu. Tapi, cinta tak akan jadi cinta lagi bila hati mula bagi masalah.”

Setiap kisah ada pertemuan dan setiap pertemuan ada permulaan. Walaupun pelbagai cara permulaan sebuah pertemuan itu, kalau sudah jodoh... maka jodohlah ia!

Pada mulanya, mereka dipertemukan dalam situasi yang tidak menyenangkan yang menyebabkan mereka ditakdirkan menjadi musuh. Disebabkan tersalah e-mel, mereka kemudian menjadi kawan baik di alam maya. Sehinggalah mereka ditakdirkan jatuh cinta melalui panggilan telefon.

Izz Rizqin mengorbankan cintanya kepada yang lebih berhak. Dia seorang yang memperjuangkan cinta dan sanggup berkorban demi cinta. Tapi, untuk berkorban dia perlu menerima calon isteri cadangan daddy dan mummynya. 

Dara Safiya pula tidak percaya kepada cinta selepas dia dicurangi Ryan. Dia mahu membujang sampai ke tua menjaga mama dan papanya. Oleh kerana itu, mama dan papanya bertindak untuk mencadangkan dia calon pilihan mereka. Tapi, Dara meletakkan syarat yang akhirnya mengenakan diri sendiri. 

Walaupun mereka menerima cadangan calon pilihan keluarga, bukan bermakna mereka kahwin paksa, kerana, masing-masing sudah jatuh cinta. 



"Kita buat cerita baru, kita bina cinta baru... What say you?”

“Then you get your answer...”

“Jawapan?”

“That I love you too...”



Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga mudah. Tapi untuk dicintai dengan orang yang kita cintai, itu cinta yang sukar diperoleh. Kecuali... kita mula mencintai untuk dicintai.


Petikan- petikan menarik dalam novel
Kerana satu insiden
"How dare you!!!"
"Err... Dara! Wait , let me explain!"
"honey , apa bising-bising pagi ni?"
Lagi bengang Dara apabila mendengar suara perempuana yang manja itu, mengambil bantal lalu menekup telinganya. Bising kataknya? Sedar tak ... dia dah tidur dengan boy-friend aku?? Kurang ajar betul! Dara sakit hati. Dara terus keluar dari bilik itu. Dai mahu terus keluar dari rumah itu dan sekaligus keluar daripada hati Tyan. Dara tidak mahu lagi terlibat. Ryan pula cepat-cepat mencapai tuala lantas mengejar Dara, cuba menghalang Dara daripada keluar dari apartmennya.
"Let me explain!"
"Tak payah nak explain. Apa lagi yang you nak explain? seeing is beliaving tau! I dah nampak sehala-galanya, benda tu melekat dekat kepala otak I."
"Dara sayang.."
"Tak payah nak bersayang-sayang sangatlah, Ryan. Dara nampak sendiri, you dengan perempuan lain, atas katil you. You nak explain apa lagi? Perempuan tu tiba-tiba out of no where ada atas katil you ? Apa? Jatuh dari langit ke ?" Dara dahmarah sangat. Dia tidak mahu mendengar lagi apa-apa alasan yang Ryan nak katakan. Bagi Dara.. cukuplah!
"Dara.. please!"
Ryan menghalang Dara daripada keluar. Dia duduk didepan pintu, tak beri peluang untuk Dara keluar.

Niat untuk menolong tetapi dipersalahkan
"awak tahu tak, hari ini, benda pertama yang saya fikir sesudah saya bangun, pergi beli kopi kegemaran boy-friend saya dan buat kejutan untuk dia. Dia pergi outstation selama seminggu dan saya ni, sarat merindu. Tengok apa yang dia buat kejutan dekat saya pagi ni? Tidur dengan perempuan lain yang dia kata dia tak kenal! Saya lari... saya sedih. Saya masuk saja dalam kereta , ingat nak lupakan apa yang berlaku tadi... Tapi awak tahu apa kereta saya buat?" Dara mula mengesat  air matanya yang tadi laju mengalir. Dia bukan apa, dia sedih. Sedih sangat! Izz menggeleng kepala. "Tak tahu."
"Tak boleh start!!!"
"Oh.."
"Kenapa semua yang saya sayang, mengabaikan saya? Buat saya macam ni? Kenapa? Kenapa?" Dara mula jadi sensitif.
Alahhh.. Izz tak betah! Dalam hidup Izz, benda yang paling dia cemas apabila berdepan dengan perempuan menangis. Ohmy, macam mana nak memujuk? Kalau salah pujuk, aniaya ni! Kalau salah cakap... mati ni!
"Kalau awak nak suruh saya baiki, saya yak tahu. Sya ni akauntan saja. Kalau awk nak suruh saya panggil makanik, saya ni baru sampai Ipoh semalam. Kalau awak nak suruh saya panggil teksi, nombor telefon rumah baru saya tu pun , saya tak ingat, lagilah nombor teksi! Saya tak tahu macam mana nak tolong awak... cik.." Izz mengelabah!
"Eee..!! Banyak cakaplah awak ni. Awak bawa kereta awak, biar saya tunjuk jalan,"
"Erk.."
Pula! Izz jadi jadi pening... Tak pasal jadi drebar pula?! Tetapi, kalau tak tolong, siapa nak tolong dia?

Hatinya hampir cair setelah dipujuk rayu oleh Ryan dengan kata-kata manis. 
"Dara, tolonglah, bagi I peluang kedua.."
Dara menghela nafas.
"Sayang.. Kita dah banyak lalui bersama. Setahun tu, Dara. Le's not waste it. Jaomlah, kita kahwin. Hanya perkahwinan belah selamatkan I, boleh selamatkan hubungan kita. You boleh jaga I.. I boleh jaga you. You ikut I, pergi mana-mana yang I pergi. Kazakhstan ke Afgahnistan ke Pakistan... negeri setan?" Ryan tersengih.
Bibir Dara turut mencuit senyuman. Tapi..
Dara menghela nafasnya lagi. "Ryan, I..."
Papp!! Vee menutup kotak cincin itu kemudian menarik tangan Dara, suruh bangun dari kerusi itu.
"Kau jangan nak mempertaruhkan hidup kau pada lelaki tak guna macam ni, Dara. Kau ingat dengan air mata Eye Mo dia tu, hati boleh cair? Jangan , Dara... Jangan ! Dah, jom kita balik. Lama sangat dah kau dengar dia ni cakap.."
Dara mengerut dahi. Dia lantas emandang Ryan, terkejut dengan kehadiran Vee.



Monday 2 December 2013

NOVEL SUAMI TAK KUHADAP


Namun takdir tetap membawa kamu dekat dalam hati ....


Novel ini terbitan kedua Karyaseni selepas Novel Terlerai kasih. Saya memang mengikuti perkembangan penulis ini. Rehan Makhtar bukan lagi nama asing dalam bidang penulisan. Novel ini ada sedikit kelainan , dendam , kebencian , kasih sayang dan konflik keluarga  adalah kunci utama dalam novel ni. Untuk pengetahuan pembaca blog ini , novel ini juga akan diadaptasi drama untuk tahun 2014. Kita nantikan sama-sama perkembangan cerita adaptasi itu nanti. semua membongkar Kisah Nur Syaima dan Syed Ahmad Budriz  mempunyai 743 muka surat. 

Kita bongkar sedikit cerita tentang novel ini. Nur Syaima seusia 17 tahun hidup sendiri tanpa kasih sayang keluarga. Berikutan ibunya meninggal dunia. Dendam dan kebencian yang menyelubungi diri kerana tindakan ayahnya meninggalkan dirinya dan ibu yang sedang sakit demi isteri yang baru dinikahi. Sejak itu tiada lagi kasih sayang dalam dirinya ia menjadi kering pada ayah , mak cik Jalina dan abang tirinya Syed Ahmad Budriz. 

Syed Ahmad Budriz seorang setia pada cinta , pertama kali melihat Nur Syaima hati nya terpaut pada wajah manja Syaima. Walau dia tahu mencintai adik tirinya bukan satu langkah yang bijak kerana hati Syaima menjadi mati sejak bonda Budriz mengahwini ayah Syaima. Sepuluh tahun berlalu dengan pantas. Pertemuan Budriz dan Syaima tanpa diduga membuatkan api kebencian Syaima bagai gunung berapi. Faez lelaki yang membaja erti kasih sayang pergi meninggalkan Syaima gara-gara ugutan dari Budriz . Budriz mengharapkan Syaima pulang untuk bertemu ayah yang merinduinya. 

Dunia terlalu kecil untuk Syaima lari dari Budriz. Syaima berkerja di satu bangunan yang sama dengan Budriz. Kerana hati Syima telah mati dengan kasih sayang yang tinggal hanya kebencian dan dendam . Tetapi lain pula pada Syed Budriz sayang dan cintanya semakin mendalam dia perlu lakukan sesuatu agar Syaima terus bersama dengannya dan tidak akan meninggalkan keluarganya ( ayah , makcik jalina dan dirinya ) . Tanpa pengetahuan Syaima , Hati ayah merintih kerana kesilapan lalu hingga jiwa Syaima diselubungi dendam dan benci. Ayah memujuk Syaima agar tinggal dirumah yang pernah didiami oleh Syaima dan arwah ibunya dulu. 

Terlalu keras hati Syaima untuk menerima Budris sebagai abang tirinya, Budriz nekad untuk menikahi Syaima setelah dia memerangkap Syaima dalam satu perkara yang memalukan. Budriz berjanji akan menyemai cinta dalam diri Syaima hingga tidak akan menyalahkan takdir dan ketentuan dariNya. Nenda Budriz , yang terlalu menjaga darah keturunan Al-Sagoff menolak pernikahan Budriz dan Syaima kerana nenda sudah ada calon untuk Budriz. Layan Budriz seikhlas hati membuat hari Syaima terharu. Budriz tak pernah putus asa melayani kerenah Syaima agar menerimanya sepenuh hati. Saat Syaima cuba belajar menerima Budriz , Hadir Sharifah Nurina anak kenalan nendanya yang baru pulang dari luar negara datang menyapa. Sharifah Nurina adalah calon terbaik dari nenda. 

Nenda Budriz bukan sahaja menolak perkahwinan mereka malah dia cuba memutuskan hubungan yang baru mekar antara Budriz dan Syaima. Nenda juga menggunakan pengaruhnya untuk merebut hati Budriz agar Budriz akur dengan pilihan nendanya untuk menerina Sharifah Nurina. Kehadiran Faez lelaki pengecut datang menagih cinta mengeruhkan keadaan hubungan Syaima dan nenda. Fitnah yang Faez ucapkan  diterima bulat - bulat oleh nendanya. Aunty Sarimah kakak pada bonda Budriz sentiasa memberi sokong kuat pada Budriz dan Syaima agar menerima dugaan nendanya. Keaadaan bertambah berat bila Budriz berhenti kerja kerana tidak mahu dihantar ke Abu Dhabi dan Aunty Shriamh dipecat menerajui Binajaya. 

Pada Syaima biar hatinya terluka dari ramai lagi yang akan terluka bila dia menegakkan cintanya pada Budriz. Bertemu dengan nenda dan bersetuju diceraikan oleh Budriz adalah yang terbaik dan membiarkan Budriz berkahwin dengan Sharifah Nurina. Nenda tidak menyangka Budriz terus bertahan keengganan tidak berkahwin dengan Sharifah Nurina demi cintanya. Dengan kemaafan yang dipohon oleh nendanya atas apa yang berlaku nenda terus menghembuskan nafasnya yang terakhir. Kekesalan tidak mampu mengubah takdir kerana yang berlaku adalah ketentuan. Sharifah Nurina membawa diri ke Ireland dan bertemu jodoh disana. Syed Ahmad Budriz Suami yang tidak dihadap oleh Nur Syaima pada mulanya berjaya menyamai cinta yang subur walaupun pada mula hatinya kering dengan cinta. 


Sinopsis dari kulit novel

JIWANYA mati. Hatinya ranap. Hidupnya hanya punyai satu tujuan iaitu memusnahkan segala apa yang pernah memusnahkan hidupnya. Nur Syaima memujuk tangisnya sendiri bila dia tersisih daripada perhatian dan tanggungjawab seorang ayah. Pemergian ibu tercinta membuatkan air matanya kering dan tidak menitis lagi. Dalam hatinya, hanya ada kebencian kepada ayah, Mak Cik Jalina dan juga Syed Ahmad Budriz apatah lagi setelah lelaki itu menghalau Faez daripada dirinya yang sepi. 

“Aku akan jadikan hidup kau lagi teruk dari neraka, Budriz! Aku akan pastikan kau kesal dilahirkan ke dunia ini. Aku akan buat bonda kau tersungkur melihat kecundangan kau di kaki aku!” - Nur Syaima

Syed Ahmad Budriz akur bila menerima kebencian daripada Nur Syaima, adik tirinya. Cinta yang terdetik di hatinya sejak pertama kali dulu ternyata tidak sirna begitu saja malah dia sudah terlalu mencintai adik tiri sendiri. Namun, kerasnya hati Nur Syaima tak mampu dibendung hinggakan dia nekad menikahi adik tirinya setelah dia memerangkap Syaima. Dan dia tahu, nendanya yang menjaga darah keturunan pasti membantah. Tapi, hati lelakinya berkata ya, lalu dia sanggup menjadi suami yang tak pernah dihadap bagi menghidupkan kembali jiwa isterinya yang mati. 

“Abang minta maaf. Tapi, yakinlah dengan abang. Takdir kita bukan kita yang tentukan. Kita hanya perlu menerima. Sayang bantu abang. Bantu abang raih kasih sayang isteri abang sendiri…” – Syed Ahmad Budriz

Ada darah yang perlu dijaga. Ada hati yang perlu bernafas dengan cinta. Ada jiwa yang perlu dihidupkan dan ada dendam yang perlu dipadamkan. Adakah selamanya Budriz menjadi suami yang tak dihadap? Mampukah sebuah kehilangan membawa satu kebahagiaan?


Sedikit petikan - petikan dalam novel 

Monday 25 November 2013

NOVEL SUAMI EKPRESS


Bila cinta bertemu , bicara menjadi kaku. Cukuplah hati kita yang bersatu demi DIA yang satu.

Novel keluaran Jun dari penulisan2u kali ini memberi peluang mencungkil bakat muda Fieyta An Nisa. Novel yang bertajuk Suami Ekspres ini lebih santai. Jumlah helaian 540 muka surat ini mencerita detik bermula kehidupan Adriana dan Faris. Selain kisah Adriana dan Faris menjadikan cinta mereka "high class" dimata Pencipta dalam novel ini diselitkan kisah-kisah nabi dan para sahabat tentang kehebatan memperjuangkan agama Islam. 

Sedikit review dari saya tentang novel ini. Kebimbangan Ibu bapa Ariana yang terpaksa meninggalkan anak kesayangannya yang masih berlajar. Ini kerana ayah Ariana terpaksa berpindah ke Jepun. Keputusan untuk mengahwinkan Ariana dengan sepupunya ditolak. 
"Maksud mama, nak jodohjan Qistina dan Haikal ke ?" soal En Nazri keliru.
"Ya, tak salahkan , papa? Lagipun kita dah kenal Haikal tu sejak dia kecil lagi. Sama-sama membesar dengan Qistina depan mata kita sendiri. Keturunannya pun kita kenal," ujar Puan Aishah.
"Tapi ma, Qistina tak setuju. Qistina sanggup kahwin dengan orang lain tapi bukan dengan Haikal," ujar Adriana serius. Mana mungkin dia mahu meneriam Haikal yang sudah dianggap sebangai sudara kandungnya.
"So, Qistina tak kisah kalau kena kahwin dalam usia semuda ni?" soal En. Nazri. Dia tidak percaya anaknya senekad itu semata-mata mahu melepaskan diri daripada dijodohkan dengan sepupunya sendiri.
"Ya, papa. Tapi bukan dengan Haikal!" tehgas Adriana. Dia sendiri pun tidak tahu dari mana dia mendapat kekuatan itu.
Namun En. Nazri telah mendapat calon yang sesuai puteri kesayangannya. Faris Ar Rayyan anak kepada sahabatnya Tuan Haji Fahmi. Cadangan itu disuarakan oleh En. Nazri disambut baik. Tetapi tidak pada Faris. Bagi Faris zaman sekarang mana ada perkahwinan dirancang oleh keluarga lagi. Faris yang baru habis belajar dan baru sahaja bertugas sebagai pensyarah universiti yang sama Adriana belajar. 
"Kamu fikirlah baik-baik dulu," masihat Ustaz Haji Fahmi. Dia faham kondisi anaknya itu.
"Tapi abi, Faris tak ready lagi ni. Faris baru aje start kerja. Kewangan pun tak kukuh lagi," bals Faris. Kalau boleh ingin dibantah sahaja cadangan itu. Memang tak logik kalau kena kahwin dengan pilihan keluarga. Sekarang ni zaman teknologi, bukan zaman nenak moyang mereka lagi. Berubah terus riak muka Ustaz Fahmi, tidak suka anaknya beralasan seperti itu. 
"Faris , abi tak suka kamu cakap macam tu. Kamu dah lupa Allah berfirman, dan kahwinkanlah orang-orang bujang ( lelaki dan perempuan) daripada kalangan kamu dan orang-orang yang soleh daripada hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Kiaj mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka daripada limpah kurnia-Nya, lagi Maha Mengetahui. An-Nur ayat tiga puluh dua. Kamu fikir elok-elok dulu," nasihat Ustaz Haji Fahmi lembut. Tangannya menepuk perlahan bahu anaknya.
Diatas nasihat abinya Faris mencari gadis yang bernama Adriana Qistina. Alangkah terkejut gadis itu adalah  pelajarnya. Adriana juga tidak menyangka dia akan dijodohkan juga sebelum papanya pergi ke Jepun walaupun dia pernah menolak untuk dijodohkan dengan sepupunya Haikal. 
"Eh, wait Adriana," jawab Faris seakan-akan tersedar. Ya, dia harus selesaikan segera masalah yang membelenggu hidupnya.
"Awak bakal isteri saya!!!" Hanya itu yang mampu diluahkannya. Kaku lidahnya mahu memutur ayat yang lebih sesuai.
"Hah, apa?!" Melopong mulut Adriana mendengar ayat yang baru dituturkan oleh Mr. Faris itu. Nasib baik tangannya memgang kuat meja dihadapannya itu. Kalau tidak, mahu jatuh terjelepok dia di depan Mr. Faris. Seakan-akan terhanti nafasnya pada saat itu. Dia memang betul-betul terkejut. Tak mungkin Mr. Faris bakal suaminya.
"Yes , Adriana. Papa awak dan abi saya teman rapat. Papa awak berharap sangat kita dijodohkan." ujar Faris. Dia faham perasaan gadis itu. Ya, mereka sama-sama terkejut dengan dengan kenyataan yang baru sahaja berlaku.
Menerima jawapan dari Ilahi Adriana dan Faris redha. Memulakan kehidupan sebagai isteri dan pelajar satu episod yang baru . Seminggu selepas pernikahan Adriana dan Faris , Adriana menerima berita pemergian orang tuanya buat selamanya. Papa dan mama Adrian terlibat dalam kemalangan perjalanan mereka ke KLIAuntuk pergi ke Jepun. Kehilangan papa dan mama Adriana memberi satu tamparan dalam hidup Adriana. Faris yang sentiasa memujuk dan memberi perhatian dan sokongan penuh pada  Adriana. Faris membawa Adriana berjumpa dengan tuk umi dan tuk abah sedikit sebanyak menghiburkan hati yang duka. Kehadiran Aqil  rakan sekuliahnya membuatkan Adriana tak selesa selepas bergelar isteri Faris. Kerana Adriana tidak pernah memberitahu statusnya kecuali rakan sebilik dan rakan karibnya Iman. 
"Aqil, maaf ya. sorry to say but i'm not comfortable if we are in the same study group. Saya rasa lebih elok kalau awak cari kaum Muslimin untuk studi sama-sama. Itu lebih baik, lagi pun ramai lagi kaum Muslimin perlukan bantuan awak. Awak sebagai top student mesti perlukan bantuan sejenis awak." Selamba Adriana melontarkan peluru berbisa dia. Terkebil-kebil Aqil melihat sikap tegas Adriana.
'Wau, ini yang buat aku semakin bersemangat mendapatkan mawar berduri seperti Adriana.'
"Kita orang balik dulu. Assalamualaikum," sampuk Iman pula.
"Walaikumussalam," balas Aqil perlahan. Matanya masih memerhati tingkah laku Ardiana yang berlalu bersama Iman.
Walau bagaimanapun Aqil tak pernah mengalah dan ini juga membuatkan Faris menahan perasaan cemburu bila isterinya dikejar oleh lelaki lain. Faris yakin cinta yang bertahta dalam hati isterinya untuk dirinya seorang. Kerana cintanya hingga ke syurga walaupun Adriana menganggap Faris sebagai suami Expressnya. 

Sinopsis dari kulit novel

FARIS AR RAYYAN- Pensyarah muda yang dididik dengan dan tarbiah yang hebat. Dididik supaya menghargai, melindungi dan meraikan wanita disekelilingnya. Dia dilamar oleh sahabat abinya, Encik Nazri untuk menjadi suami kepada anak gadisnya sebelum lelaki itu berangkat ke Jepun.


ADRIANA QISTINA - Seorang gadis yang positif dengan hidupnya sendiri. Daripada gadis biasa, dia bertukar menjadi gadis yang luar biasa kesan bertemu suami solehnya. Walaupun masih muda namun tingkah lakunya matang melebihi usia.



Mereka dijodohkan dengan pilihan keluarga. Baru bahagia dirasa, ujian sudah datang menyapa. Kejadian yang menimpa orang tua Adriana dan kemunculan Aqil merupakan tamparan hebat buat mereka.

“Adriana Qistina adalah tanggungjawab dan amanah Faris Ar Rayyan. Abang nak bawa Riana menuju ke syurga Allah. Biar cinta kita sama-sama mekar menuju cinta Ilahi.” – FARIS

“Cukuplah Riana punya suami soleh yang berusaha membawa cinta kita menuju cinta Ilahi dan Riana akan berusaha sungguh-sungguh untuk menjadikan cinta kita cinta 'high class' di mata Pencipta.” - ADRIANA

Mampukah cinta mereka menuju cinta Ilahi dan seterusnya menggapai syurga Ilahi? Bagaimanakah Adriana dan Faris mengemudi bahtera rumah tangga mereka berpaksikan cinta kerana Allah? Mekarkah cinta mereka menuju cinta Ilahi?

Sunday 3 November 2013

NOVEL YANG TELAH DIADAPTASI


Kini drama , filem dan telemovie dari adaptasi dari novel menjadi pilihan ramai. Dengan cara ini juga , peminat akan membeli novel secara tak langsung. Bagi penulis ini juga satu perkembangan dan peluang yang baik dimana karya mereka lebih dikenali. Dalam novel adaptasi ni penulis juga  tak lari di cemoh dan ada juga yang memuji. Selain itu pemilihan pelakon juga perlu diambil kira. 

Diantara novel yang telah diadaptasi.


1. 

Photo: inilah Ersalina Imani dan Zain Hakimi, teraju utama drama Setia Hujung Nyawa... hasil cilok di twiter suhan movies...
Inilah Ersalina dan Zain dalam drama Setia hujung nyawa 
Penampilan pelakon baru dalam drama ini telah mendapat sambutan yang luar biasa. Ini juga kerana gandingan pelakon yang sangat sesuai. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
2.
Inilah Nora elena dan Seth Tan dalam drama Nora Elena

Cerita ini pernah menjadi satu fenomena bila lakonan Aaron Aziz sebagai Seth Tan menjadi igauan para wanita. Drama ini juga telah mencatat rekod yang tinggi. Tetapi Drama ini ditukar dari nama asal novel.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

3.
Inilah Izzah dan Hariz dalam Filem Ombak Rindu

Ombak rindu gandingan yang mantap antara Maya Karin dan Aaron Aziz sekali lagi telah menggegarkan panggung wayang pada tahun 2011. Banyak anugerah yang diraih melalui filem ini. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
4.
Inilah pelakon utama  Ehsan Effa Rizal dan Ayu dalam drama Teduhan Kasih 

Drama ini juga mendapat sambutan yang baik dengan barisan pelakon yang otai. Ady Putra sebagai watak utama. Walaupun dikatakan lakonan Sheery Ibrahim yang agak kaku dan kurang serasi tetapi cerita ini masih meraih jutaan penonton. 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
5.
Drama yang mencuit hati ini tak kurangnya.Lakonan mantap Nad Zainal cukup menghiburkan. 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

6.
               


Kalau dalam novel cerita ni memang menarik tetapi bila di dramakan ceritanya macam tak menarik ( pendapat sendiri) mungkin pemilihan pelakon kurang sesuai.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

7.
                                                                                                                                                                                                
Keserasian antara Izzu Islam dan Tiz Zakiah drama ini nampak hidup. Walaupun tayangannya hanya seminggu sekali tetapi tetapi dinanti.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

8.
Zainal Arief & Kamilia Najwa
Ady Putra dan Rita Rudaini pelakon otai, lakonan mereka memang tak boleh disangkal kerana mereka adalah pasangan yang serasi untuk drama ini. Waktu ini saya suka dengan pembawakan Ady putra dalam drama ini macam hero superman.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
9. 

Sekali lagi Tiz Zakiah diberi watak utama dalam drama ini. Drama ini masih bersiaran di rangkain Astro. 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

10.
                           

Drama yang mencecah hampir 4 juta penonton setiap hari. Lakonan pelakon baru ini yang menggunakan bahasa yang simple mampu mencuit hati penonton.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Akan bersiaran  tak lama lagi . Playboy itu suami aku akan menggantikan drama Love you Mr.  Arrogant yang bakal melabuhkan tirainya.

                   

Menampilkan pelakon baru , cerita ini masih dalam pengambaran. Perancangan akan disiarkan pertengahan November ini. Kita juga mengharapkan drama ini menepati cita rasa peminatnya.

Sebenarnya banyak lagi drama dari novel yang telah disiarkan dikaca TV. Tetapi ini sebahagian yang ada di blog ini. Sekadar ingin berkongsi cerita untuk tatapan yang meminati drama dan novel.

Monday 28 October 2013

NOVEL BUKAN ISTERI SEMPURNA

Tingkahmu sering membuatku kaku , Bicaramu mampu membuatku kelu 
Namun.... Bisakah aku berikan kau bahagia? Andai aku BUKAN ISTERI SEMPURNA...

Kejayaan novel pertamanya Novel Aku Untukmu . Tulip Ungu melangkah dengan hadirnya karya kedua Bukan Isteri Sempurna. Konsep yang sama seperti dulu tetapi olahan yang lebih matang membuatkan saya suka dengan cerita ini. Kini membeli novel dengan penulis dah menjadi kebiasaan pada saya. Novel ini juga tak terkecuali. Novel setebal 584 muka surat membongkar rahsia hidup Nina. Sedikit review dari saya.

Pertemuan selepas lima tahun mengimbau kembali kenangan lama. Kenangan yang merobek jiwanya. Nina seorang gadis yang diperkosa oleh Danish Arham, abang kembar Daniel Arman. Kerana berita itu juga Ibu kesayangannya pergi untuk selamanya. Kisah dukanya tidak berakhir disitu kerana orang yang sepatutnya bertanggungjawab lari entah kemana, malah diganti oleh adik kembarnya Daniel Arman. Daniel Arman yang tak pernah redha dengan perkahwinan namun Nina pasrah kerana dia tiada pilihan. Walaupun begitu Daniel Arman tidak pernah melupakan kebajikan Nina. Nina keguguran, dia nekad untuk keluar dari rumah besar kerana kononnya memberi peluang Daniel Arman memilih jalan hidupnya sendiri setelah mereka berpisah . Tetapi bagi Datuk Zainudin , Nina sengaja ingin mempergunakan keluarganya untuk kepentingan dirinya sahaja. Tanpa rasa belas Nina dihalau oleh datuk Zainudin dan Nina juga tidak diceraikan oleh suaminya danial Arman, itu permintaan Datuk Zainuddin. 

Lima tahun terus berlalu, Nina tidak menyangka akan bertemu suaminya di satu mesyuarat penggabungan syarikat majikannya dengan syarikat Daniel Arman. Pertemuan itu membuat Nina terus berdepan dengan lelaki yang bergelar suami diatas kertas. Malah Nina  tidak dapat  mengelak apabila jawatannya bertukar daripada menjadi setiausaha Zachary kepada PA Daniel Arman. Zachary yang dari dulu meraruh hati pada Nina tidak pernah berputus harapan menagih cinta Nina. Namun kerana statusnya masih sebagai isteri orang Nina tak mampu untuk membalas cinta Zachary. Kehadiran Azzura yang sering bersama dengan Daniel Arman membuat Nina sedar hakikat dirinya yang tidak sesempurna wanita lain.

Ketenangan hidup Nina diganggu apabila Danish Arham kembali setelah sekian lama menghilang. Dia datang menginginkan Nina sebagai haknya. Hubungan Daniel Arman dan Nina diketahui oleh Datuk Zainudin. Ini membuatkan Datuk Zainudin marah dan sekali lagi Nina dicemuh dan dihina. Kerana tak tahan dihina Nina sengaja mengaku yang dia sengaja memerangkap dan inginkan harta. Daniel Arman terkejut dengan pengakuan Nina disaat hatinya berputik rasa cinta. Ketelanjuran Daniel Arman mengasari Nina, ini menambahkan rasa benci Nina pada Daniel Arman. Nina tidak diberi peluang untuk menjelaskan keadaan sebenar. Selepas dipujuk oleh Datin Rogayah akan kesilapannya Daniel Arman menyesali  akan kesilapannya.  Sekali lagi Nina meninggalkan Daniel Arman . Dengan bantuan Danish Arham , Daniel Arman dapat menjejaki Nina. Nina yang sedar dirinya Bukan Isteri Sempurna tetapi Nila juga pelengkap hidup Daniel Arman. 

Sinopsis Dari Novel 

Nina telah diperkosa oleh Danish Arham, kembar kepada Daniel Arman. Apabila Danish Arham melarikan diri, Daniel Arman terpaksa menggantikan tempat abang kembarnya dengan mengahwini Nina. Datuk Zainuddin yang bersangka buruk dengan Nina telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Nina sehingga Nina melarikan diri.


Lima tahun berlalu. Nina bertemu semula dengan Daniel Arman apabila syarikat tempat dia bekerja bergabung dengan syarikat Daniel Arman dan dia tidak dapat mengelak apabila jawatannya bertukar daripada menjadi setiausaha Zachary kepada PA Daniel Arman. Namun begitu, Daniel Arman tidak pernah membenci Nina. Nina pula tidak pernah mengharapkan cinta Daniel Arman kerana dia sedar hakikat dirinya yang tidak sesempurna wanita lain. Tambahan pula Azzura sering bersama dengan Daniel Arman. Dan Zachary, rakan kongsi Daniel Arman yang tidak putus-putus mengharapkan cinta Nina.



Ketenteraman hidup Nina berkocak apabila Danish Arham kembali dan inginkan Nina sebagai haknya. Danish Arham melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan Nina kembali namun bagi Daniel Arman, Nina telah menjadi isterinya dan dia bertanggungjawab ke atas wanita itu walaupun tidak pernah wujud hubungan suami isteri yang sebenar antara mereka.



Daniel Arman: “Selagi you masih isteri I, selagi itulah you menjadi tanggungjawab I. Dan I nak you tahu I buat semua ni bukan sebab I nak you kembali pada I tapi I tak nak you pergi goda lelaki lain. I pun akan terpalit dosa kalau you buat tak senonoh di luar.”


Danish Arham : “Daniel Arman tak mampu nak jaga you.”



Nina : “Jangan ingat lepas semua yang berlaku, saya akan terima Encik Danish dalam hidup saya. Biarpun Daniel Arman buang saya, tapi saya tak kan terima Encik Danish jadi suami!. Lelaki macam Encik Danish tak layak jadi suami sesiapa pun!”


Petikan-petikan dari novel
Pertemuan
"Nak ke mana?" Tiba-tiba Daniel Arman Bersuara dari belakang. Zachary dan Nina serentak berpaling ke arah pemilk suara. Untuk sementara waktu, mata Daniel Arman dan Nina bertembung. Nina lekas-lekas melarikan anak matanya. Pertemuan semula itu membuatkan dia kaku untuk berkata-kata.
"Lunch. COme and join us," pelawa Zachary dengan mesra.
"I'm Daniel Arman, selamat berkenalan. Tadi tak sempat nak berkenalan." Daniel Arman menghulurkan tangan tanda perkenalan kali pertama dengan Zachary tanpa menjawab pelawaan Zachary terlebih dahulu. 
"I'm Zachary. Just cll me , Zach. And this is my secretary Miss Nayli Imanina, just call her Nina." seloroh Zachary sambil menyambut huluran tangan Daniel Arman.
"Nak lunch? I know a good place which offers good food," kata Daniel Arman.
"Really? Let's go then, tapi kali ni it's going to be your treat." Kata Zachary. Dia memang seorang mudah mesra.
"No problem." Daniel Arman tersenyum mesra. Mereka berjalan beriringan ke arah tempat kereta diparkir. Nina hanya mengikut dari belakang. Cuba bersikap setenang yang mungkin.

Kerana pertemuan itu , Nina teringat peristiwa 5 tahun dulu. Danish Arham yang telah meragut kesuciannya. 
"Kalau Nina sayangkan mak, bagitau mak siapa pelakunya. Biar mak jumpa mak bapak dia, biar dia bertanggungjawab." Lembut kata Salamah memujuk anak gadisnya. Nina duduk bersimpuh, wajahnya ditunduk ke arah lantai rumah. Mengalir laju air matanya membasahi pipi. bimbang kebenaran akan memburukkan lagi kesihatan ibunya.
"Orang tu... anak.. Datuk Zainudin." Nina bersuara lambat-lambat. Bimbang dengan reaksi ibunya.
"Anak Datuk Zainudin? Siapa? Dan ke El? Betul kamu tak bohong?" Bertalu-talu soalan dilmpar kepada anak gadisnya itu. Salamah terperanjat. Tidak manyangka lelaki yang bertanggungjawab merupakan anak kepada majikannya sendiri.
"Nina tak bohong mak, Mamang anak Datuk Zainudin." Lambat-lambat Nina membalas, kecut perut mendengar ibunya bersuara lantang.
"Siapa? Dan ke El?" Salamah bertanya lagi. Menyedari Nina ketakutan, kali ni suaranya semakin mengendur.
"Bukan El .. Dan, mak." Nina menunduk, takut melihat wajah ibunya yang merah padam akibat terperanjat dan marah.
"Kamu pasti?" Salamah bertanya lagi untuk kepastian.
"Dan mak. Nina pasti." Jawab Nina.
"Kalau macam tu, biar dia bertanggungjawab. Aku akan jumpa sendiri dengan Datuk Zainudin, bagitau dia hal ni." Slamah mengurut-ngurut dadanya. Terasa dadanya kembali sakit degan berita yang baru sampai ke telinganya.
"Tapi mak, diaorang orang kaya. Takkan nak dengar cakap orang macam kita." Nina bersuara lagi, takut ibunya bertindak diluar batasan. Dia sedar hakikat diri mereka sekeluarga. cuma orang gaji yang mencari rezeki dirumah besar Datuk Zainudin.

Kerana peristiwa itu juga Nina kehilangan ibu yang disayanginya. Dan Daniel Arman menjadi pengganti kerana Danish Arham menghilangkan diri.
""Terima kasih, El. Mummy betul-betul hargai pengorbanan El." Datin Rogayah berwajah ceria. Sekurang-kurangnya masalah mereka telah selesai.
"El terima sebab daddy, bukan sebab benda lain. Kalau ini caranya daddy tunjukkan kasih sayang dia, El akan ikut cakap daddy tapi mummy kena tahu, El hanya pak sanggup dalam kes ni. Jadi, tak mungkin El akan jalankan tanggungjawab El seperti suami yang sebenarnya. Diaorang pun cuma nak anak Dan ada ayah sahaja. Tak lebih dari itu. Jadi, El akan tanggung semua kesilapan Dan kalau itu yang daddy mahukan." Daniel Arman bersuara lagi. Walaupun Datuk Zainudin hanya beriak kosong namun, Daniel Arman puas hati. Dia sudah meluahkan apa yang terbuku dihatinya.

Nina keguguran , dia nekad untuk keluar dari rumah besar itu kerana kehadirannya sering disalah ertikan. tetapi perginya gantung tak bertali.
"Lepas anak haram tu dah tak ada, kau nak larikan diri. Selama ni kau hanya gunakan keluarga aku untuk tutup malu kau. Orang kebanyakan macam kau memang suka ambil kesempatan atas orang kaya macam kami." Datuk Zainudin bersuaraseraya mengambil tempat disebelah Datin Rogayah. Akbar ditangan dibelek-belek.
"Astaghfirullahalazim... kenapa abang cakap macam tu? Anak tu tetap cucu abang." Datin Rogayah kecewa dengan kata-kata Datuk Zainudin.
"Datuk, saya tak pernah berniat nak ambil kesempatan ke atas keluarga Datuk. Selama i, saya cuma harap Dan bertanggungjawab atas perbuatan dia. Saya cuma kesihankan El sebab terpaksa terikat dengan perkahwinan yang dia sendiri tidak rela. Tak lebih dari itu." Nina membela diri. Tuduhan Datuk Zainudin kepadanya sangat keterlaluan.
"Bukan ke dulu, kau yang nak sangat jadi menantu keluarga ni? kenapa sekarang nak minta cerai pulak? kau ingat lepas anak tu mati, kau senang-senang aje boleh lari? Disebabkan kau yang beria-ria sangat nak kahwin dengan anak aku dulu, jadi sekarang ni, El takkan ceraikan kau. Tapi dia akan gantung kau tak bertali. Kau peganglah gelaran isteri tu sampai bila-bila. Aku takkan benarkan El ceraikan kau. Dan kalau dia nak ceraikan juga, dia kena langkah mayat aku dulu. Aku cuma nak bagi apa yang kau beria-ria minta dulu. Lepas ni kau boleh keluar dari rumah ni , tapi untuk El ceraikan kau , perkara tu takkan terjadi!" Datuk Zaunudin bersuara lantang. Memang sejak dulu dia bencikan orang seperti Nina. Datin Rogayah sudah berlinangan air mata mendengarkan kata-kata suaminya. Dia kecewa kerana Datuk Zainudin membuat keputusan terburu-buru.
"Bang, kenapa cakap macam tu? Kita tunggu la El balik. Bagi dia buat keputusan sendiri," rayu Datin Rogayah.
"Keputusan aku, keputusan dia!" tegas Datuk Zainudin dalam memberi kepurusan.
"Saya boleh pergi dari sini, tapi Datuk kena ingat. Datuk bukan sahaja merantai saya tapi Datuk turut merantai anak Datuk dalam ikatan ni." Nina sudah hilang sabar. Dia bangun untuk berlalu dari situ. Ketegasan Datuk Zainudin tidak bertempat.

Lima tahun terus berlalu. Kini Nina didepan mata. Pasti Daniel Arman takkan melepaskan peluang ini.
"Apa berita terkini?" soal Danial Arman lagi.
"Masih macam dulu," jawab Nina, pendek.
"Kecuali sekarang lebih cantik, lebih moden dan pandai berfesyen," sambung Daniel Arman dalam senyuman. Nina hanya diam tidak beraksi. 
"Dulu, kenap lari?" Danial Arman meyoal sekali lagi. Dan kali ini , soalannya dipesongkan pila pada peristiwa lalu.
"Datuk yang halau saya." jawab Nina. Terasa sebak hatinya mengenangkan kenangan lalu.
"Kalau daddy yang halau kenapa lari teus? Kenapa tak tunggu keputusan saya?" balas Daniel Arman.
"Datuk memang tak pernah sukakan saya," jawab Nina dengan sayu.
"Awak kahwin dengan dia ke dengan saya?" soal Daniel Arman lagi.
"Apa bezanya? keputusan tetap sama," jawab Nina lagi.
"Mana awak tahu keputusannya sama? Awak pernah tanya saya sendiri?"
"Semua yang berlaku atas keterpaksaan. Saya dah tahu keputusan En Arman," kata Nina penuh emosi.
"Kenapa buat kesimpulan sendiri? Awak tahu ke apa yang ada dalam hati saya?"
"Saya tak tahu dan saya tak perlu tahu pun. Apa yag sepatutnya berlaku dah pun berlaku. Encik Arman pun dah ada kehidupan sendiri." Kata-kata yang pernah diluah oleh Daniel Arman suatu waktu dulu masih tergiang-giang ditelinga. Lelaki itu tidak pernah meminta untk berkahwin dengannya.


Nina keliru , perasaannya pada Daniel Arman, suaminya sendiri . Kehadiran Zachary ditolak cara baik. 
"I want to marry you.. Nina," kata Zachary sambil meraih jari-jemari Nina. Nna yang terperanjat dengan kata-kata yang baru terluah daripad mulut Zachary itu, bertindak menarik tangannya daripada genggaman Zachary.
"Apa yang Encik Zach cakap ni?" Soal Nina, berpura-pura tidak faham dengan luahan perasaan Zachary.
"Nina please, jangan pura-pura tak faham. Saya rasa sebelum ni pun dah banyak kali saya luahkan perasaan saya kepada nina. Saya tak kisah dengan status Nina. Sudah tiba masanya Nina bagi saya peluang. Dah lama suami Nina meninggal dunia. Takkan Nina masih tak boleh boleh let go semua tu? Tolong la Nina, bagi saya peluang untuk mendekati Nina, " luah Zachary dalam nada yang lembut. Sekali lagi jemari Nina ditarik ke dalam genggamannya. Kali ini genggaman jemari Nina dieratkan sehingga menyukarkan Nina merungkainya.
"Maafkan saya. Saya tak boleh." Nina cubamenarik tangannya daripada genggaman Zachry.
"Tolong la pertimbangkan. Saya tak pernah berniat tak elok. Saya ikhlas nak lamar Nina." rayu Zachary.
"Saya tak boleh. Tolong lepaskan tangan saya." pinta Nina. Memang mustahil bagi dia menerima cinta Zachary sedangkan dirinya masih memegang status sebangai seorang isteri. Isteri kepada Daniel Arman.

Ketenangan Nina ternganggu bila Danish Arham kembali menagih cinta.
"Saya takut .." kata Nina dalam suara yang bergetar. Masih terbanyang lagi saat danish Arham menodainya dahulu.  Air matanya mengalir laju. Hanya satu harapannya ketika itu iaitu supaya Daniel Arman melindunginya daripada kerakusan Danish Arham. Danial Arman terkesima seketika. Dia kemudiannya membalas pelukan Nina.
"I'll protect you" janji Daniel Arman. Sayu hatinya melihat Nina yang ketakutan begitu.






Episod 1
Nina telah diperkosa oleh Danish Arham, kembar kepada Daniel Arman,anak Datuk Zainuddin.Demi menjaga maruah keluarganya,Datuk Zainuddin sanggup melindungi Danish Arham dengan menghantarnya ke London dan anak sulungnya,Daniel Arman pula terpaksa bekorban mengahwini Nina. Datuk Zainuddin yang angkuh dan sentiasa bersangka buruk terhadap Nina telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadapnya sehingga Nina melarikan diri. Lima tahun kemudian dengan tidak sangka-sangka Nina bertemu semula dengan suaminya,Daniel Arman apabila syarikat tempat dia bekerja bergabung dengan syarikat Daniel Arman. Nina semakin tertekan bila dia telah dipinjamkan oleh bosnya,Zachary kepada Danish Arman sebagai pembantu peribadinya buat sementara waktu.


Episod 2
Walaupun Nina telah menjadi isterinya yang sah namun Danial Arman bersikap dingin dan tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami kerana itu adalah perjanjiannya dengan ibunya yang memaksa dia mengahwini Nina demi menjaga maruah keluarga mereka. Ini kerana Arman menyalahkan ibunya, Datin Rogayah yang memaksanya menggantikan adiknya Danis yang melarikan diri ke London setelah menghamilkan Nina. Dalam pada itu Datuk Zainuddin yang tidak dapat menerima Nina sebagai menantunya sering menghina dan berkasar dengan Nina. Malang terus menimpa Nina bila dia keguguran akibat terjatuh dari katil. Kesempatan ini diambil oleh Datuk Zainuddin untuk menghalau Nina keluar dari rumahnya tanpa pengetahuan Arman dengan membiarkan Nina digantung tidak bertali.

Episod 3
Arman mempersoalkan Nina, kenapa dia keluar rumah tanpa pengetahuannya. Nina hanya mahukan Arman mendapatkan jawapan daripada ayahnya, Datuk Zainuddin dan dalam masa yang sama Arman mengingatkan Nina yang dia masih isterinya. Dalam pada itu, di pejabat Arman digilai oleh semua staf perempuan terutamanya, anak Datuk Mahzan, Zura, rakan kongsi ayahnya, Datuk Zainuddin. Zura cemburu apabila mendapati Nina bertugas sebagai pembantu peribadi Daniel Arman di pejabat Gemilang Holding.

Episod 4
Abang kembar Arman, Danis yang baru balik dari London terus melakukan gangguan seksual terhadap Nina di pejabat. Danis sempat dihalang oleh Arman, namun dia bertekad akan merampas Nina daripada Arman. Sejak daripada peristiwa ngeri itu, Nina fobia, ketika bertugas lewat malam bersama-sama Arman dan tidak mahu keseorangan. Sementara itu, Azura terlalu cemburu dengan Nina, sehinggakan dia mengarahkan Arman supaya menggantikan pembantu peribadinya itu dengan yang baru.


Episod 5
Arman dan Nina mengimbas kembali detik kecemasan yang membawa kenangan manis ketika berlaku satu insiden di pejabat bersama-sama dengan Nina, walaupun Nina sudah menjadi isterinya, tetapi hanya pada nama sahaja. Danis memujuk ayahnya, supaya berusaha kembalikan Nina kepadanya. Lataran itu Datuk Zainuddin mahukan hal itu dibincang dengan Arman. Dalam pada itu, Nina menolak hasrat rakan sepejabatnya, Zakrie untuk mengambil Nina sebagai isterinya dengan memulangkan kembali cincin ikatan antara mereka.


Episod 6
Arman mempersoalkan pertemuan Nina dengan Zakrie. Nina memberi alasannya bahawa pertemuannya itu sekadar sebagai rakan sepejabat bagi membincangkan mengenai sambutan hari jadi Arman semata-mata, tidak lebih daripada itu. Dalam pada itu Arman rasa menyesal memiliki wajah seiras dengan Danis, justeru dia beranggapan Nina sebagai isteri masih bersikap dingin terhadapnya, kerana berkemungkinan Nina masih fobia terhadap perilaku Danis kerana merogolnya.

Episod 7
Datuk Zainuddin memaksa isterinya, Datin Rogayah supaya menggesa Arman menerima Azura dalam hidupnya. Datin Rogayah menentang kehendak suaminya itu, namun dia syorkan Danis sahaja yang berkahwin dengan Azura. Dalam pada itu Azura mengugut Arman supaya mengahwininya walaupun Arman mengatakan yang dia tidak mencintai Azura. Azura cuba mencederakan Nina, lalu dia mendakwa membawa pesan Datuk Zainuddin supaya Nina berhenti kerja sebelum dipecat oleh bakal mentuanya. Kemudian Arman berkongsi kegembiraan dengan ibunya yang dia bakal akan tinggal serumah dengan isterinya, Nina.


Episod 8
Arman memberitahu Zakrie bahawa Nina adalah isterinya dan dia memulangkan balik cincin yang diberikan Zakrie kepada Nina. Azura mendesak Datuk Zainuddin supaya mempercepatkan perkahwinannya dengan Arman. Dalam pada itu Danis dibelasah oleh Arman apabila dia ternampak abang kembarnya itu cuba menggoda Nina, ketika melaporkan diri di pajabat. Arman memberi amaran kepada Danis supaya tidak lagi mengganggui isterinya, Nina. Datuk Zainuddin tertekan apabila isterinya dan Arman menolak hasratnya untuk mempercepatkan perkahwinan Arman dengan Azura.


Episod 9
Nina mengakui walau apa pun terjadi antara Arman dengannya, tidak tetap dengan pendiriannya tidak akan menerima Danis dalam hidupnya, walaupun Danis merayu untuk menebuskan dosanya terhadap Nina yang lalu. Danis memujuk ayahnya, Datuk Zainuddin supaya meminta Arman menceraikan Nina. Kemudian Datuk Zainuddin memaksa Arman menceraikan Nina dan mahukannya berkahwin dengan Azura. Arman tetap dengan pendiriannya tidak akan berkahwin dengan Azura walau apa pun terjadi.


Episod 10
Azura mengubah pakaiannya demi memikat hati Arman. Arman gembira melihat perubahan Azura. Danish terus mendesak agar Nina menerima dirinya. Ini membuat hidup Nina terus tertekan. Nina sedih bila mendapat tahu Arman berfoya-foya dengan Azura. 


Episod 11
Nina melarikan diri dari rumah, sekaligus meletakkan jawatan, kerana dia tidak tahan dengan sikap suaminya Arman yang terlalu cemburu dan suka berfoya-foya dengan wanita lain. Arman cuba menjejaki Nina ke rumah ibu saudaranya, namun Danish mendahului Arman lalu dia memujuk Nina supaya kembali kepadanya. Nina tetap dengan pendiriannya, menolak hasrat Danish. Dia juga enggan menemui Arman, walaupun Arman meluahkan rasa sesal terhadap sikapnya dan masih sayangkan isterinya itu.



Episod 12
Arman menolak dengan keras pujukan Azura untuk mengahwininya. Dia tetap mencintai dan merindui isterinya Nina, walaupun Arman tidak tahu menahu maklumat tentang di manakah Nina berada. Tidak lama kemudian Arman berjaya menemui Nina, setelah Danish memberi maklumat di mana keberadaan Nina. Arman berjaya memujuk Nina pulang ke pangkuannya.



Episod 13
Arman dan Nina menjalani hidup berumahtangga. Dalam pada itu Datuk Zainuddin memohon maaf kepada seluruh keluarganya kerana kesilapan yang telah dilakukannya selama ini, pada ketika dia terlantar akibat cedera dipukul oleh orang upahan wanita simpanannya, Zara, kerana dia gagal mendapat wang daripada Datuk Zainuddin. Azura pula memperangkap rman untuk membunuh diri, jika enggan mengahwininya, sehingga dia ditangkap kerana didakwa berkhalwat dan dipaksa berkahwin bagi menutup keaiban keluarga. Dengan pertolongan Danish akhirnya Azura mengakui niat jahatnya.


Note: 
Drama ini sudah pun melabuhkan tirainya. Rasa macam tak puas tengok drama ini. Pada mulanya sanya ingat ceritanya ada 26 episod rupa - rupanya 13 episod saja. Tahniah buat penulis asal novel ini Tulip Ungu dan team produksi drama yang menjayakan drama ini.