Saturday 27 July 2013

NOVEL SUAMI AKU USTAZ

Bila dia jeling aku tanda tak suka, mesti jantng aku melompat bagai nak gila - Alisa -



Kerana novel ini sanggup berasak-asak untuk di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur tahun lepas. Tapi kecewa kerana novel tu dah habis. Dan buat keputusan untuk membeli secara online di karyaseni. Tahun ini aku berasak - asak untuk berjumpa Adi Putra kerana sibuk untuk mendapatkan tandatangan hero Filem Idaman . Buat pertama kali filem ini dapat bergandingan  kerjasama karyaseni dan ADP production sendiri.  Filem ini memang dinanti oleh peminat novel mahupun peminat tegar ADP dan Nora Danish. Sebelum kita menyaksikan filem ini jom  kita hayati dulu novel ini. 

Novel ini mengisahkan Alisa yang berusia 17 tahun yang akan menduduki SPM dipaksa untuk berkahwin dengan abang sepupunya Hafiz. Hafiz adalah seorang ustaz yang mengajar di sekolah Alisa. Dengan kedegilan Alisa suka merayap dan melepak dengan kawan - kawan lelaki sekolah membuat ibubapa sering risau. Ibubapanya nekad untuk menikahkannya dengan Hafiz sebelum mereka pergi ke tanah suci.  Dalam terpaksa Alisa akur dengan kemahuan ibubapanya. Pernikahan mereka dirahsiakan atas permintaan Alisa. Dimata halus orang tua Alisa, mereka yakin hanya Hafiz boleh membentuk Alisa menjadi seorang perempuan dan isteri yang solehah. Selepas kahwin pun Alisa masih berperangai seperti dulu. Sedikit demi sedikit Hafiz menegurnya dan mengubah perangai Alisa . 

Ini membuatkan Alisa tidak senang dengan teguran Hafiz. Usaha Hafiz tak pernah mengenal erti putus asa untuk mengubah isterinya. Perkara yang tidak disukai Alisa hingga menjadi rindu dengan teguran dan apa yang dilakukan bersama Hafiz. Perkahwinan yang dirahsiakan terbongkar juga dan Alisa terpaksa berterus terang demi mengelakkan salah faham.  Status perkahwinan Alisa tetap dirahsiakan bila Alisa menyambung pelajaran di universiti. Demi cita-cita Hafiz mengizinkan Alisa menyambung pelajarannya. Hidup berjauhan bukan mudah untuk ditanamkan dalam diri Hafiz. Kehadiran Naim mengundang rasa cemburu Hafiz. Naim adalah abang pada Sarah rakan sebilik Alisa. Dugaan terus melanda rumah tangga Hafis dan Alisa . Kerana salah faham Hafiz difitnah hingga dia digantung kerja semasa Alisa keguguran . Niat untuk membantu seorang palajar perempuan disalah ertikan. Untuk menjaga hati Hafiz mendiamkan diri hingga keadaan kembali tenang. Hafiz dan Alisa bersetuju mengambil anak yang dikandung oleh pelajar perempuan itu menjadi anak angkat sebagai penyeri rumahtangga mereka .

Photo: (NOVEL DI PASARAN) : SUAMI AKU USTAZ - Hannah Dhaniyah

Novel yang akan diadaptasi ke FILEM, sudah habis proses pengambaran filem. Sedang dalam proses editing. Tunggu kemunculan novel ini di pawagam berhampiran anda nanti. FIlem ini diterbitkan oleh Karyaseni Production Sdn Bhd ( Dato' Muzri - Producer ) bersama Nur Adp Sdn Bhd ( Adi Putra - Executive Producer ) - Ghaz Abu Bakar ( Director - Ghaz juga merupakan pengarah video klip Anuar Zain ) Pelakon Utama ( Adi Putra, Nora Danish, Izzue Islam )

Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayaka
n diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?

“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”
Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?

“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”

Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?

“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”
Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?

Dapatkan di MPH, POPULAR seluruh negara. Novel ini sudah berada di kedai-kedai

Judul : Suami Aku Ustaz
Penulis : Hannah Dhaniyah
Penerbit : Karyaseni
Semenanjung : RM22
Sabah/Sarawak : RM25

Novel ini menduduki no 1 carta bestseller di MPH - Sedutan akhbar berita harian 1/6/2012. Novel ini juga menduduki No 2 Carta Bestseller di POPULAR 2 minggu berturut-turut - Sedutan Akhbar Berita Harian 25/5/2012 dan 1/6/2012




Sinopsis dari kulit novel


Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?

“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”

Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?

“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”

Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?

“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”

Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?




Petikan -petikan menarik dari novel 
Terpaksa menerima keputusan itu walau hati berkata tidak.
"Setuju atau tidak, kamu kena setuju jugak, Alisa!" tegas ayah. Aku mengeluh . Mati-mati aku ingat ayah diam semasa makan tadi sebab dia hendak berpihak, menyebelahi aku. Rupa-rupanya dia mendiamkan diri tadi sebab malas hendak bertekak dengan aku dihadapan rezeki saja. Aku duduk disofa dengan tangan kanan menopang dagu, Mata leka memandang televisyen yang sedang menayangkan siaran 'Bersamamu'. Melihataku tidak memberi tumpuan laju tangan mak mengambil alat kawalan. Skrin televisyen bertukar gelap. Aku menghela nafas perlahan . Bosan. 
Kalau dalam novel-novel melayu zaman sekarang, mak dengan bapak bising menyuruh anak dara umurnya sudah hendak masuk tiga puluhan berkahwin. Tiba-tiba, kes aku jadi pelik pula. Belum pun berumur dua puluh, sudah disuruh kahwin. Isy! Kalau ia pun, suruhlah aku kahwin dengan doktor ke , pensyarah ke akauntan ke , paling tidak pun peguam. Barula bersemangat aku hendak setuju. Ini, ad ke digandingkan aku dengan ustaz? Erk! Abang sepupu sendiri pula tu!
"Ayah, Lisa baru form fivelah, ayah? baru je dua minggu lepas habis trial. Takkan dah nak kahwin?" Marah betul aku mendengar cadangan merepek mak ayah aku ini. Kalaulah jadi aku bernikah dengan Abang Hafiz hujung bulan September ini, bulan November SPM bakal bermula. Hendak aku kena buang sekolahkah? Lagipun , tidak pernah aku dengar kisah anak dara disuruh erkahwin hanya kerana mak bapak hendak memunaikan haji di Mekah.
"Kalau nak sangat suruh Abang Hafiz jaga orang, mak ayah mintak tolong ajelah dia tengok-tengokkan," usulku. Merepek. Tidak masuk akal! Di sekolah aku tengok muka dia, dekat rumah nanti pun kena jagakah? Apa... mak dengan ayah ingat, aku suka sangatkah dengan Abang Hafiz tu sampa kena tengok muka dia dua puluh empat jam?
"Sedangkan kami ni tengok kau dua puluh empat jam pun perangai kamu tak ubah-ubah, ditegur tak makan saman... Inikan pulak nak suruh abang sepupu kamu tu yang tengokkan kamu? Lagilah tak terkawal perangai kamu tu," bantah mak. Aku mencebik,. Mak dengan ayah tengok dua puluh empat jam apanya? Waktu kerja, belum ditambah dengan overtime lagi, sudah lebih lapan jam kena tolak.
"Kalau macam tu , tak ada bezakanya kalau Lisa kahwin ke tak dengan dia." balasku selamba. mak merenung muka aku semacam. Aku terasa serba tak kena.
Sekurang-kurangnya , kami senang hati ada orang yang jaga kamu. Tak adanya kamu nak buat suka -suka hati kamu lagi dah, Maj tak nak nanti kami  balik, macam - macam terjadi dekat rumah ni. Jangan sampai sembilan bulan lepas tu, kamu mengusung perut. Hah! masa tu barulah nak menyesal tak dengar cakap kami.Kawan - kawan llaki kamu tu bukannya boleh percaya sangat! kalau dia orang tu budak baik, tak adanya nak ajak kamu keluar jumpa malam-malam tahu ?"
"Mak!" Ternganga aku dibuatnya sebaik sahaja mendengar kata-kata yang keluar daripada mukut mak. Tidak sangka sampai ke situ .


Thursday 25 July 2013

NOVEL RAHSIA HATI

Jika itu dugaan untukku, aku pasrah. aku akan tempuhi semuanya dengan reda
Akan aku lindungi orang yang aku sayangi.


Ini novel kedua Azimah lily , Saya memang mengikuti E - novel untuk cerita Siapa orang gajiku. Boleh saya tak perasan E-novel Rahsia hati ini novel pertama beliau ..... apa pun novel ni memang best sama macam novel Siapa orang gajiku . Novel yang mempunyai 641 muka surat  membongkar Rahsia hati terbitan karya seni ini. Novel ni banyak pada cerita hubungan kekeluargaan yang kuat . Kasih sayang yang dipupuk hinggalah dendam yang memakan diri.

Jom kita membongkar apa yang ada di Rahsia Hati. Tengku Dania Dahlia hidupnya dikelilingi dengan orang penuh dengan hasad dengki , berpura-pura dan tamak. Kerana itu juga Tengku Dania menjadi yatim sebelum waktunya. Mama dan papanya meninggal dunia dalam satu kemalangan yang dirancang. Lebih pedih lagi  semua angkara itu semata - mata kerana harta yang diwarisi oleh papanya. Sejak peristiwa hitam keluarganya Tengku Dania dan adiknya Tengku Daniel  dibesarkan oleh Datuknya Tan Sri Tengku Daud. Sebagai pewaris Global Bersatu milik Tan Sri Tengku Daud , Tengku Dania berjaya menerajui syarikat gergasi itu. Dania lebih banyak mengikut datuknya walaupun soal jodoh. Tetapi tidak pada Dniel yang tak suka hidupnya diatur oleh datuknya. Pada Dania biar dia sahaja yang mengikut telunjuk datuknya dan beri kebebasan pada Daniel untuk mencari pasangan hidupnya.

 Hadir lelaki yang bernama Hairi Azwan yang tidak pernah mengitirf dirinya sebagai tunang. Hairi Azwan cucu kepada kenalan datuknya yang tak pernah sekali pun bertnya khabar. Dania membiarkan padanya biarlah takdir yang menentukan perhubungannya. Sekembalinya Hairi keadaan berubah bila Hairi ingin mengenali siapa Dania sebenarnya. Apa perkara yang menarik perhatian Hairi membuatkan Hairi jatuh cinta pada Dania. Namun Dania tidak cukup masa untuk dirinya. Dania perlu melindungi Daniel dari musuh yang membunuh ibu bapanya dulu. Dania disahkan sakit jantung dn keadaannya amat kritikal . Dania tidak mahu membuat pembedahan kerana padanya mati itu pasti. Dia tidak mahu lemah akibat pembedahan itu kerana musuhnya sentiasa mencari kelemahannya dan cubaan membunuh Dania. Dania mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangannya dengan Hairi kerana dia tak sanggup melihat orang yang disayangi meratapi kehilangannya. Padanya kehilangan orang yang tersayang amat menyakitkan.  

Sinopsis dari kulit novel
“Dalam usia muda, dia memegang jawatan Pengarah Urusan Global Bersatu. Dia juga merupakan nadi penggerak Global Bersatu sehingga Global Bersatu tersenarai sebagai antara sepuluh syarikat gergasi yang berjaya dan setaraf dengan syarikat gergasi lain di dunia. Dania juga pernah jadi cover majalah Dewan Perniagaan. Kau tahu tak majalah tu hanya akan menyiarkan berita tentang usahawan yang berjaya di Malaysia?”

Tengku Dania Dahlia – Sebut sahaja namanya, semua akan terpegun. Kekayaannya menjadi sebutan. Keayuannya digilai sang jejaka. Namun dia menyimpan sebuah rahsia. Rahsia yang membuka kepada sebuah pintu kedukaan...

Setelah kepergian mama dan papanya dalam nahas yang dirancang, Tengku Dania Dahlia bertekad habis-habisan melindungi satu-satunya adiknya, Tengku Daniel Darius.

“Papa... Mama... Lia janji selagi Lia bernafas, Lia akan jaga dan lindungi Daniel.”

Demi menjaga status, Tengku Dania Dahlia ditunangkan tanpa rela oleh atuknya dengan Hairi Azwan. Bagai buku bertemu ruas, mereka sama-sama keras kepala, sama-sama angkuh.

“Perempuan macam kau tak layak menjadi isteri aku. Dasar perempuan pisau cukur. Kau hanya nak kikis harta aku. Aku benci perempuan macam kau.” - Hairi Azwan

“Aiii... Jika nak dibandingkan di antara harta aku dan harta kau, harta aku banyak lagi. Sepuluh kali ganda banyak daripada kau. Perasan lebih.” - Tengku Dania Dahlia

Tapi orang kata, jangan terlalu membenci nanti lama-lama... jadi sayang. Ya. Akhirnya itulah yang berlaku!

Walau malu mengaku, mereka sebenarnya sama-sama sayang. Dalam diam-diam, ketegasan dan sikap terlalu melindungi Tengku Dania Dahlia, si wanita korporat yang pandai bertumbuk meleburkan hati batu Hairi Azwan, si kaki perempuan.

Tapi kenapa Tengku Dania Dahlia seolah-olah jual mahal? Apakah rahsia di sebalik penolakan lamaran Hairi Azwan? Apa benar benci yang dipamerkan? Atau hanya sekadar benci... tapi sayang?

Bocorkan rahsia ini dalam Rahsia Hati.


Petikan - petikan menarik dari novel


Kerana Musuhnya 
"Tekaan cik muda tepat. Tuan muda mengalami masalah untuk membeli tanah di batu Ferringhi. Ada beberapa pemilik tanah tiba-tiba saja menukar fikiran untuk tidk menjul tanah tersebut."
"Hmmm... Pelik. Bukan ke dahulu mereka sudah bersetuju dengan syarat yang kita tetapkan."
"Ya. Pada saat akhir , mereka tiba-tiba saja mengubah fikiran."
"Atas sebab?"
"Bayaran yang kita beri tidak setimpal dengan keuntungan yang akan kita perolehi nanti." 
"Wau! Bijak juga pemikiran mereka. Pasti ada orang yang hasut, kan?" teka Dania. Ali menganggukkan kepalanya. telahan cik muda memang benar.
"Uncle Johari, kan ?" Dania mengeluh terus bangun.
"Dua hari sebelum penjanjian jual beli diadakan, penduduk kampung didatangi dua orang llaki. Katanya mereka juruukur tanah daru KL. Kata mereka lagi, harga yang ditawarkan oleh syarikat kit tidak setimpal dengan keuntungan yang kita akan dapat selepas hotel lima bintang nanti."
"So, apa yang mereka nak agar kat boleh beli tanah tersebut?"
"Harga empat kali ganda daripada harga asal," jawab Ali. Dania kecewa. Lucu benar apabila mendengarnya. Ali terkejut dengan reaksi yang ditunjukkan oleh majikannya.
"Hmmm... Apa yang adik saya akan lakukan?" Tanya Dania.
"Masih dalam proses pembincangan."
"Mesyuarat ahli lembaga pengarah akan diadakan minggu depan. Kalau Daniel masih tidak menyelesaikan masalah ini, pasti Uncle Johari akan kemukakan hal ini kepada ahli lembaga pengarah. Memang bijak otak Uncle Johari ini. Dia cuba wujudkan masalah untuk Daniel." Dania sudah tahu helah yang akan digunakan oleh pak ciknya itu.
"Apa yang saya perlu lakukan?"
"Biarkan saja. Jika Daniel masih belum cari jalan penyelesaianya, saya akan buntu." Dania tersenyum. Ali hanya menganggukkan kepalanya. Dia akur dengan arahan Dania. Ali tahu Dania pasti akan membantu adiknya.

Demi melindungi adiknya Daniel , Dania sanggup lakukan apa saja.
"Irfan Sazali bin Salim. Umur dua puluh empat tahun. Baru empat bulan keluar dari penjara atas kesalahan mencuri. Berasal dari Puchong. Anak sulung daripada empat orang adik - beradik. Tamat sekolah menengah saja." Dania membaca profil Irfan. Irfan terkejut. "Macam mana dia tahu tentang aku ? Siapa dia ? Irfan merenung wanita yang sedang duduk di kerusi.
"Saya nak beri tawaran kerja untuk awak. Awak berminat ke tidak?"
"Apa!" irfan lagi terkejut.
"Ya. Work with me. Saya tahu awak sedang mencari kerja sekarang ni."
'Eh, macam mana dia tahu aku sedang cari kerja?' Sudah lama dia cari kerja tapi tidak dapat keranadia seorang bekas banduan. Ramai yang memandang rendah kepada dirinya.
"So? Apa keputusan awak?"
"Tapi saya bekas banduan." Irfan berterus-terang.
"Ada saya kesah?" Dania tersenyum. Dia bangun lalu menghampiri Irfan.
"Apa yang saya perlukan hanyalah kesetiaan dan kepercayaan awak sahaja. Itu saja. Gaji awak setiap bulan adalah lima ribu ringgit. Setuju?" tanya Dania.
"Lima ribuuu.." Bulat Irfan mendengarnya. 'Banyak tu. Aku bukan ada ijazah pun.'
"Kenapa ? Tidak cukup ke ?"
"Tak... Itu dah lebih daripada cukup, cik muda."
"Bagus. Awak akan berkerja sebagai pengawal peribadi adik saya, Daniel. Dia akan balik dari Ireland hujung minggu ini. Awak akan jaga keselamatan adik saya malah setia kepadanya walaupun apapun," tegas Dania.
Irfan menganggukkan kepalanya.
"Dan awak perlu setia kepada adik saya saja. Jika suatu hari nanti dia menentang saya, awak tetap akan setia kepadanya. Faham?" Dania hanya tersenyum.


Tan Sri Tengku Daud sentiasa menentukan kehidupan cucu-cucunya. Tetapi Daniel tidak seperti Dania yang lebih mengikut telunjuk datuknya. Kerana itu Daniel melarikan diri kerana ingin dijodohkan oleh pilihan datuknya.

”Aku lari dari rumah!” ringkas jawapan Daniel. Dia malas nak sembunyikan perkara ni dari Amran lagi.

Tersedak Amran dibuatnya selepas mendengar jawapan Daniel. Dia meletakkan kembali cawannya lantas dia mengambil tisu. “Apa!”
“Aku .....lari .....dari ....rumah!” Daniel menyebut satu persatu agar Amran mendengar katanya. Malas nak ulang lagi.
”Pewaris Global Bersatu lari dari rumah! Kau biar betul!” Amran tak percaya.
”Tengok! Kau ada nampak ke bodyguard aku? Ni beg ni! Aku bawa ni saja. Sekarang ni aku sehelai sepinggang. Duit semua tak ada. Sekarang ni aku pasti yang atuk telah bekukan semua aset aku. Duit dan kad kredit aku.Nanti kau bagi aku pinjam sikit duit kau”
Amran menggelengkan kepalanya. Dia tahu sejak dulu lagi Daniel dan Tan Sri Daud memang tak sehaluan. Pantang saja bertemu mata pasti ada saja yang akan dijadikan isu untuk bertengkar. Pertama kali dia berjumpa atuk Daniel , hampir luruh jantung dibuatnya. Garang nak mampus. 
”Kak Dania?”
”Dia tahu. Bila kau sebut nama kakak aku, baru aku teringat. Sebelum aku datang sini, dia bagi aku sampul surat. Aku terlupa la nak buka.” Daniel membuka zip begnya. Sampul surat tersebut dikeluarkan dan dibuka. Daniel mengeluarkannya.
”Buku bank! Kad kredit!” kata Amran mengambil salah satu buku bank yang dikeluarkan oleh Daniel. Dia membuka dan hampir terjojol biji matanya melihat angka di dalam buku tersebut .....”50 ju....juta!”
Daniel tersenyum. Cerdik betul otak kakak aku ni! Dia tahu atuk akan bekukan duit dan kad kreditnya. Thanks!
Amran mengambil satu lagi buku bank yang berada di tangan Daniel .Dia membuka. ”20 juta..Kak Dania dah tersilap bagi buku bank kat kau ke? Kalau macam ni, setahun kau tinggal kat sini belum tentu duit kau dah abis..Macam ni kau tak payah la nak pinjam kat aku?”
Daniel ketawa.”Malam ni aku belanja kau, kau sebut saja apa kau nak makan! Ok” kata Daniel.
”No hal punya!” Amran tersengih.
“Tapi sebelum tu aku nak shopping dulu. Beli baju!” kata Daniel tiba-tiba teringat akan pakaian yang dibawanya tak sesuai dengan cuaca di sini.
“Ikut aku! Kau nak jenama apa? Semuanya ada.” Amran tiba-tiba bangun.
“Tapi sebelum tu, kau kena la bayar breakfast . Aku tak keluarkan duit lagi.” Daniel tersengih. Dia membuat muka kasihan.
“Kau ni!” Amran menjegil matanya pada Daniel.

Hairi Azwan calon pilihan datuknya tidak pernah mengitiraf dirinya sebagai tunang.
"Thanks, Dania! Memang tepat pilihan atuk, pilih kamu jadi isteri Hairi.” puji Dato’ Razali. Nak harapkan Hairi, satu hadiah pun jangan harap la nak bagi kat aku. Perut dia saja dia jaga.
”Dia belum jadi isteri Hairi lagi, atuk.” Hairi tiba-tiba mencelah. Dia mengatur langkah menghampiri mereka yang berkumpul di ruang tamu.
Wajah Dato’ Razali berubah. Budak bertuah ni! Dia memang sengaja nak cari pasal. Dato’ Razali mengetap bibirnya menahan geram. ”Dania akan jadi isteri kau tak lama lagi.”
”Tapi bukan sekarang.” jawab Hairi. Dia mendekati wanita yang memakai baju kurung pahang berwarna biru laut. Wanita itu hanya tersenyum memandangnya.
”Hairi!” nada suara Dato’ Razali meninggi. Cucunya ni memang kurang ajar. Tak hormat langsung orang yang berada di situ. Dato’ Razali menoleh ke arah sahabatnya.Dia malu dan bimbang jika kata-kata cucunya itu menyinggung perasaan sahabatnya itu. Tan Sri Daud hanya menganggukan kepalanya sebagai tanda dia memahami apa yang berlaku. Wajah Datin Zulaikha pucat melihat apa yang berlaku.
”Dania, hadiah untuk Hairi! Kau ada bawa tak?” tanya Tan Sri Daud. Dia cuba mengubah topik sebelum keadaan menjadi panas.
”Oooo........” Bulat mata Dania. Dia terus memandang pada Tan Sri Daud. ”Dania terlupa la nak beli hadiah kat Hairi. Hish...macam mana Dania boleh terlupa ye? Mungkin sebab Dania bukan isteri Hairi lagi kot.” Dania berpura-pura terkejut. Matanya melirik pada Hairi yang berada di sisinya.
Hairi menjeling pada Dania. Kedua-dua belah tangannya digenggam erat. Dia ni kenakan aku balik dengan kata-kata aku sebentar tadi. Memang dia ni bukan perempuan biasa yang selalu aku kenal. Dia lain sikit..
”Dania!” tegur Tan Sri Daud. Dania ni…dia mula dah.
“Kalau macam tu awak suka apa? Jenama apa yang awak suka guna? Beritahu semuanya nanti Dania belikan. Lagipun duit Dania banyak, sampai bila takkan habis.” Perli Dania.
“Kau!” Wajah Hairi berubah.Dia menunjukkan jari telunjuknya hampir pada wajah Dania.
“Ya! Awak nak tahu Dania suka apa ke? Nak beli kat Dania ke? Hmm.... Dania suka jenama Bluefly. Semua produknya Dania suka.Awak ni memang seorang pemurah la.” beritahu Dania tanpa segan silu. Dania sengaja sakiti hati Hairi.
”Kau ni....memang sengaja...nak sakiti hati aku!” Hairi terus memegang tangan Dania dengan kuat. Perempuan ni perli aku secara terang-terangan. Dia sengaja nak naikkan darah aku.
”Hairi, lepas Dania! Kau ni tak malu ke layan Dania macam tu depan kami semua? Kau tak hormat kat Tan Sri Daud ke ?” marah Dato’ Razali bila Hairi bertindak kasar pada Dania di depan mereka semua.
”Sakit ! Sakit la ! Please let me go !” Dania membuat mimic muka sakit pada mereka semua. Dia merayu agar dilepaskan bagi meminta simpati pada Dato’ Razali. “Atuk Zali!” Dania membuat muka simpati.
“Hairi, atuk kata lepaskan Dania!” Dato’ Razali tiba-tiba naik angin.
“Hairi! Kenapa berkasar pada Dania macam tu? Lepaskan dia. Sakit tu.” Datin Zulaikha merayu bila melihat wajah Dania yang sedang menahan kesakitan.
Hairi dengan kasar melepaskan pegangannya. Renungannya pada Dania seolah-olah ingin menelannya hidup-hidup.
Dania memegang tangannya yang masih sakit. Terdapat bekas pegangan tangan Hairi pada pergelangan tangannya. ”Atuk! Atuk Zali! Mama! Dania balik dulu. Ada orang tak suka Dania. Dania rasa lebih baik Dania balik dulu. Terima kasih sebab jemput Dania malam ni. Maaf !” Air mata Dania mula bergelinangan. Dania mengesat air matanya yang mengalir. Dania segera meninggalkan mereka berempat yang masih tercengang.
”Hairi! Apa yang kamu dah buat pada Dania? Mama tak sangka Hairi sanggup layan Dania macam tu. Dia kan tunang Hairi. Mama kecewa dengan sikap Hairi.” Datin Zulaikha terus berlalu pergi dengan wajah yang sedih.
”Tengok apa kau dah buat? Kau ni memang tak ada budi bahasa langsung. Macam mana la aku boleh ada cucu macam kau?“ marah Dato’ Razali. Kejadian sebentar tadi menarik perhatian orang yang berada di dalam rumah banglo itu.
”Atuk!” kata Hairi. Dania....kau! Kau sengaja buat aku macam ni. Kau nak mereka semua anggap aku seperti aku yang jahat di sini. Hairi geram bila atuk dan ibunya menyalahkan dirinya.
Tan Sri Daud terdiam. Dania, budak ni memang pandai berlakon! Dia kenal benar dengan perangai Dania. Dia bukan seorang wanita yang lemah dan menangis disebabkan perkara yang kecil. Ni pasti plan dia nak kenakan Hairi balik disebabkan kejadian pagi tadi.Dia tahu apa yang berlaku pada Dania pagi tadi.Sejak dari tadi, Tan Sri Daud hanya diam membisu dan memerhati gelagat cucunya. Nampaknya mereka berdua ni saling membenci antara satu sama lain.



Dendamnya terus membara bila adiknya cuba diganggu. 

“Shiela cintakan Abang Daniel tetapi Kak Dania masih nak pisahkan kami.” Tegas Shiela. Matanya bulat merenung wanita yang berdiri di hadapannya.

Dania ketawa. Geli hatinya bila mendengar pernyataan Shiela. “Pisahkan kamu berdua! Mengarut!” Dania mendekati Shiela. “Daniel tak suka Shiela pun. Jangan perasaan.”
“Kak Dania!” jerit Shiela.
“Berapa kali kak nak beritahu Shiela untuk Shiela faham. Shiela bukanlah wanita yang ditakdirkan untuk Daniel. Kak pasti tentang itu.”
“Teruk sangat ke Shiela sampai Kak Dania tak boleh terima Shiela? Apa salah Shiela sehingga layan Shiela macam ni? “ Bibir Shiela terketar-ketar menahan geram. Apa kurangnya aku? Aku setaraf dengan mereka.
“Shiela ingat Kak Dania tak tahu aktiviti Shiela selama ini. Shiela nak Kak Dania beritahu satu persatu ke?”
Wajah Shiela berubah mendengar kata-kata Dania. Apa Kak Dania tahu tentang aku? Segalanya ke? Tak mungkin. Kalau Abang Daniel tahu, pasti Abang Daniel dah tak sukakan aku.
“Balik la. Fikirlah baik-baik sama ada orang seperti Shiela layak berdampingan dengan Daniel.”
”Jadi, Kak Dania nak ugut Shiela la!” Tiba-tiba Shiela meninggikan suaranya.
Dania menggelengkan kepalanya. ”Ya. Stay out from my brother life! I mean it.” Tegas Dania.
“Apa Kak Dania akan buat kalau Shiela enggan ikut cakap Kak Dania?” Mata Shiela sudah merah. Shiela menahan kemarahannya.
“Kak akan buat perkara yang sama yang pernah papa Shiela pernah buat.” Kata Dania.
Wajah Shiela berubah. Apa maksud Kak Dania sebentar tadi? Apa papa pernah buat? Pelbagai soalan bertubi-tubi di fikirannya.
“Ali, panggil security sekarang. Saya tak nak perempuan ni ada kat pejabat saya.” Arah Dania.
Shiela terkejut dengan kata-kata Dania. Shiela mengenggam erat beg tangannya. Nak halau aku? ”Perkara ni takkan berakhir di sini. Shiela akan lakukan apa saja agar Abang Daniel menjadi milik Shiela. Shiela akan pastikan Kak Dania takkan menjadi penghalang cinta Shiela lagi.”
”Jadi Shiela nak bunuh kak la ye!” Kata Dania secara tiba-tiba. Dania masih tersenyum.
Shiela tergamam dengan kata-kata Dania.
”Shiela serupa saja. Hmmm....baiklah, kak akan tunggu dan lihat apa Shiela nak buat! But you never win.” tegas Dania. Dania berpaling ke arah Ali. “Ali!”
Ali menganggukkan kepalanya. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya untuk memanggil pengawal.
Bila melihat tindakan Ali, Shiela terus berlalu pergi. Sebelum melangkah pergi, Shiela sempat memberi renungan yang tidak dapat ditafsirkan apa maksudnya pada Dania.
“Cik Muda, saya rasa kali ni Shiela tak main-main!” Ali risau.
”Jangan bimbang, Ali! She’s can’t do anything to me. Saya takkan biarkan anak pembunuh ibu bapa saya mendekati Daniel. Itu takkan berlaku.” Tegas Dania. Dania menggengam erat tangannya. Kemalangan yang menimpa ibu bapanya bukanlah satu kemalangan biasa tetapi dirancang oleh seseorang. Dania tahu siapa orangnya cuma dia tiada bukti sahaja.

Apa yang berlaku 15 tahun lalu mengubah hidup Dania.
Langkahnya terhenti apabila mendengar suara seseorang yang sedang berbual.
”Hey, Mansur! Kan aku dah cakap, sepatutnya kau bunuh saja Sufian tu. Aku tak nak seorang pun yang terlibat dalam hal ni hidup. Jika tak habis kita.” marah Johari.
”Eh, Johari! Boleh tak kau slow sikit suara kau tu? Kau sedar tak sekarang ni kita berada di mana? Kau ni tak ada otak ke? Kau nak semua orang tahu yang kita yang menyebabkan kematian Alif dan Mardiyah.” giliran Mansur pula yang memarahi Johari.
”Kau tu yang tak ada otak. Sufian tu tak boleh harap. Kalau dia buka mulut saja, habis la kita semua. Kau nak meringkuk dalam penjara. Kau sepatutnya bunuh dia hari tu.” Johari masih tak puas hati. Dia takut kalau rahsianya terbongkar.
”Kau nak salahkan aku pulak! Mana aku nak tahu, Sufian tu cerdik jugak. Dia sedar yang kita nak bunuh dia sebab itu awal-awal lagi dia cabut lari. Tapi kau jangan risau aku dah suruh orang-orang aku cari Sufian sampai dapat. Sekarang ni apa plan kau? Anak-anak Alif masih hidup. Walaupun kita dah berjaya bunuh Alif dan Mardiyah, mereka bukan lagi penghalang kita tetapi Dania dan Daniel masih lagi menjadi masalah besar pada kita. Mereka akan mewarisi segala yang kau idamkan selama ni. Harta Tan Sri Daud dan juga Global Bersatu. Kan senang kalau budak-budak tu ikut sama mampus macam mak bapa mereka. Tak la menyusahkan sekarang. Kita bunuh saja budak berdua tu.” Mansur mengetap bibirnya. Geram betul bila apa yang dirancangnya tidak menjadi. Macam mana Dania dan Daniel tidak ikut sama Alif dan Mardiyah pada waktu tu?
”Kau dah gila! Kau ingat Pak Ngah aku tu bodoh. Dia dah syak, kau tahu tak! Kemalangan yang berlaku ni, dia dah mula curigai aku. Kalau kita bunuh Dania dan Daniel sekarang, itu kerja gila namanya. Kau nampak tak tadi, dari tadi Pak Ngah aku asyik perhatikan gerak-geri aku saja.” Bulat mata Johari bila mendengar kata-kata sahabatnya itu. Sekarang bukan masa yang sesuai.
”So apa kita nak buat sekarang? Kau nak tunggu mereka berdua dah besar baru nak bunuh mereka.”
”Kau ni bersabar la dulu. Dania baru 12 tahun. Daniel pulak 10 tahun. Mereka takkan jadi masalah kat kita. Lagipun kalau kita bunuh mereka sekarang, kita jugak yang susah nanti. Kita biarkan dulu. Biar perkara ni reda dahulu, selepas tu kita fikir plan seterusnya. Yang penting sekarang adalah Sufian. Kau kena cari dia sampai dapat.” Johari mengetap bibirnya. Perkara yang merungsingkan fikirannya adalah Sufian. Walaubagaimanapun, Sufian perlu lenyap dari muka bumi ini.
”Baiklah.” Mansur setuju dengan keputusan Johari.
Mereka berdua tidak sedar bahawa percakapan mereka jelas didengari oleh Dania yang berada tidak jauh dari mereka. Air mata Dania mengalir. Dania menekup mulutnya agar tangisannya tidak didengari. Apa yang didengarinya sebentar tadi seperti halilintar yang memanah ke arahnya. Jantungnya berdegup kencang. Kakinya kaku untuk melangkah. Tangan Dania terketar-ketar. Mereka...mereka bunuh papa dan mama! Dania menoleh ke arah mereka berdua yang masih berbual. Nafas Dania turun naik. Selepas kejadian hari itu, Dania mengurungkan dirinya selama 2 hari di dalam bilik. Apa yang didengarinya adalah di luar jangkaannya. Selama dia mengurungkan diri di dalam bilik, Dania sudah berfikir semasak-masaknya. Dia takkan biarkan perkara ni begitu saja. Dia perlu matang dan kuatkan semangat. Dania telah bertekad walauapa yang terjadi dia akan melindungi Daniel dan orang yang memusnahkan kebahagian keluarganya akan menerima balasannya. Itulah apa yang dipegangnya selama ini untuk terus hidup sehinggalah sekarang.

Perasaan benci menjadi sayang , Hairi terkejut selama ini Dania merahsiakan sesuatu dari pengetahuannya.
“Uncle, sebenarnya semua ni salah Hairi bukannya Ali.” Hairi tiba-tiba bersuara.
Dr. Hazwan mengeluh. Disebabkan terlalu marah, dia tak sedar kehadiran Hairi di situ. “Hairi, apa Hairi buat kat sini?” tanya Dr. Hazwan. Dia kenal Hairi kerana Hairi adalah anak kepada sahabat baiknya, Sufian. Arwah Ayah Hairi dan Arwah Ayah Dania adalah sahabat baiknya sejak di bangku sekolah lagi sehinggalah ke universiti. Kini hanya tinggal dirinya saja.
“Dania jadi macam ni disebabkan Hairi, Uncle. Perkara ni tak ada kaitan dengan Ali.” kata Hairi bersungguh-sungguh. Matanya sudah merah . “aaa....Dania, macam mana dengan Dania? Dia tak apa-apa kan!” Hairi terus menggengam erat tangan Dr. Hazwan.
“Hairi tahu tentang penyakit jantung yang dihadapi oleh Dania ke?” Matanya tepat merenung anak muda yang berdiri dihadapannya.
Hairi menganggukkan kepalanya sebagai tanda ya. Dia tidak berani bertentangan mata dengan Dr. Hazwan.
”Kalau Hairi tahu, kenapa Hairi tetap juga nak kahwin dengan Dania?” Minggu lepas, Dania ada datang berjumpa dengannya untuk pemeriksaan kesihatan. Wajahnya sugul seolah-olah ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Bila dipujuk barulah, Dania menceritakannya segala-galanya.
Hairi mendiamkan diri.
”Jawab! Kenapa Hairi nak kahwin dengan Dania, hah! Beritahu uncle! Hairi dah tahu kesihatan Dania macam ni tapi kenapa Hairi tetap nak kusutkan fikiran Dania ? Penyakitnya dah tahap kritikal. Hairi nak Dania mati cepat ke?” marah Dr. Hazwan. Perasaan marahnya kali ni sudah tidak dapat dibendung lagi.
”No! I love her, Uncle. I love Dania!” tegas Hairi. Kenapa? Salah ke aku mencintai Dania. Berdosa ke?
Dr. Hazwan kaku seketika sebaik saja mendengar pengakuan Hairi. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. Wajah Hairi direnunginya. Benarkan Hairi mencintai Dania? Dr. Hazwan menoleh ke arah Ali. Ali hanya menganggukkan kepalanya. Dr. Hazwan mengeluh.

Hairi tak pernah putus asa untuk memenangi hati Dania. Malah dia sanggup lakukan apa saja demi Dania. 
Langkah Dania terhenti. Matanya bulat melihat ke arah keretanya. ”Apa bendanya tu?” Dania menoleh ke arah Ali
Ali tersenyum.
”Kalau tak silap saya....itu Tom, kan! Karekter kartun dalam wailt disney. Tom & Jerry!“ kata Zamri melihat orang yang memakai custome kucing sambil memegang sejambak bunga
”Saya tahu la, itu Tom! Tapi kenapa kucing itu buat kat kereta saya?” Dania menunding jari ke arah kucing itu. Dania pantas melangkah dan mendekati.
”Awak...” belum sempat Dania bercakap. Tiba-tiba orang yang memakai costume Tom itu melutut dan memberi sejambak bunga ros pada Dania.
Dania terkejut.Tangan kanannya digenggam erat. ”Hairi, awak tak faham bahasa ke? Kan saya dah kata jangan ganggu saya lagi.“
”Macam mana awak tahu saya sedangkan saya ....”Belum sempat Hairi menghabiskan katanya, Dania terus mencelah.
”Perfume yang awak pakai ni!kalau awak duduk 1km pun, saya boleh hidu. Busuk!” Dania membuat mimik muka. Mamat ni, apa lagi dia nak dari aku? Dania terus menarik kepala Tom yang dipakai oleh Hairi. Rimas. ”Awak tak panas ke?” tanya Dania secara tiba-tiba. Dania memegang kepala Tom. Jambangan bunga Hairi tidak dipedulikannya. Dania merenung Hairi yang sedang membetulkan rambutnya.
”Tentu la panas.” Hairi mengesat peluh di dahinya. Rambutnya basah. Hampir sejam dia memakai custome Tom tu semata-mata ingin mengambil hati Dania. Semalam Daniel beritahu kakaknya sukakan karakter kartun Tom. Sebab itu dia sanggup berpakaian seperti ini.
”Kalau dah tahu panas, yang awak pakai custome ni buat apa! Tak ada kerja lain ke?” marah Dania. Ali hanya tersenyum.
”Daniel beritahu saya, awak suka Tom! Jadi saya pakai la custome ni.”
Dania mengetap bibirnya. Daniel.....Memang dah nak kena ni! Bila masa dia mula berpihak pada Hairi ni. Balik nanti siap la.
Tiba-tiba senyuman terukir di bibir Hairi. Dia merenung Dania.
Dania sedar Hairi sedang merenung wajahnya. “Apa!” Dania meninggikan suaranya.
“Saya tak sangka awak ambil berat tentang saya!” kata Hairi. Hatinya berbunga riang.
“Bila pulak saya ambil berat kat awak?” Dahi Dania berkerut. Apa la mamat ni merepek?

”Ehhh….buat-buat tak ingat pulak ! Tadi, nak saya ulang balik ke kata-kata awak tadi! Emm...Awak tak panas ke? Kalau dah tahu panas, yang awak pakai custome ni buat ape!” Hairi tersengih sehingga menampakkan barisan giginya yang teratur.

Dania merasa kesal musuhnya sentiasa mengambil peluang untuk membunuhnya.

“Dania!” panggil Hairi. Dia hairan apabila Dania terdiam.

“Are you ok?” soal Hairi lagi risau.

“Awak nak saya jawab yang saya ok selepas ada orang cuba membunuh saya. Begitu ke jawapan yang awak nak dengar!”
“I know it’s a stupid question. Tapi saya tak tahu perkataan apa yang sesuai untuk saya katakan untuk tenangkan hati awak, legakan hati awak dan pujuk awak selepas apa yang berlaku. Apa yang saya nak awak tahu, saya akan sentiasa berada di sisi awak, Dania. Saya tak nak awak tanggung semua ni seorang diri lagi. Awak ada saya. Saya akan lindungi awak.” Ucap Hairi bersungguh-sungguh.
Dania tergamam bila mendengar kata-kata Hairi. Hatinya tersentuh bila mendengar kata-kata Hairi padanya. Pelbagai cara dia lakukan agar Hairi meninggalkan dirinya namun Hairi masih setia berada di sisinya. Adakah Hairi benar-benar mencintaiku? Adakah cintanya benar-benar ikhlas dan tulus terhadapku? Adakah aku perlu menerima cintanya?
“Hairi! Kehidupan kita jauh berbeza. Saya ada tanggungjawab saya sendiri. Saya tak sama macam awak. Kehidupan saya dikelilingi oleh manusia yang penuh hasad dengki, kepura-puraan dan tamak. Awak nak masuk ke dalam dunia saya ke? Tak payah. Saya dah rasa macam mana kehilangan orang tersayang. Sakit! Perit! Pahit! Sedih! Semua saya pernah rasa. Awak tak faham langsung perasaan saya.” Mata Dania mula berair. Dia teringat kembali sewaktu menerima berita tentang kemalangan yang menimpa papa dan mamanya. Jika diberi pilihan, dia tak ingin memiliki apa yang ada padanya sekarang ni! Apa yang dia mahukan hanyalah mama dan papa sahaja.
“Saya tahu! Saya sedar bahawa saya tak merasai apa yang awak rasa tetapi ini bukannya penghalangnya untuk kita bersama, Dania.” Pujuk Hairi lagi.
Dania menggelengkan kepalanya. “It’s easy for you to say. Masa Daniel ditembak 7 tahun lalu, perasaan saya pada waktu itu tiada siapa yang tahu bagaimana rasanya bila melihat adik sendiri berlumuran darah disebabkan kelalaian saya sendiri. Jika pada waktu itu, saya datang lebih awal! Daniel takkan ditembak. Waktu tu, saya hanya menyalahkan diri sendiri dan berdoa agar Daniel selamat kerana saya tak sanggup lagi kehilangan orang tersayang. Sakit, takut, risau! Semua saya pernah rasa. Awak nak saya merasainya sekali lagi ke? Awak nak saya jadi gila ke? Saya takkan benarkan awak masuk ke dunia saya, Hairi. Lupakan saya.” Air mata Dania menitis sambil matanya tepat merenung Hairi. “Please. Hairi!” Dania terus berlalu meninggalkan Hairi dan melangkah menuju ke biliknya. Pintu bilik ditutup dengan kuat.
Hairi menundukkan kepalanya. Dirinya kecewa apabila mendengar kata-kata Dania. Sukarkah untuk Dania menerima dirinya.
“Cik Muda tak nak kehilangan Tuan Hairi sebab itu dia tak nak terima Tuan Hairi dalan hidupnya.” Murni tiba-tiba mencelah. Sejak dari tadi dia mendengar perbualan antara Cik Muda dengan Tuan Hairi. Dia faham kenapa Cik Muda bertindak sedemikian. Hidup Cik Muda rumit, tidak seperti orang lain. Tujuan dia datang ke sini disebabkan Ali menyuruhnya menjaga Cik Muda kerana Ali dan Zamri mempunyai urusan yang perlu diuruskan.
Hairi terkejut dengan kata-kata dan kehadiran Murni. “Apa maksud awak?”
“Saya rasa Tuan Hairi faham akan kata-kata saya sebentar tadi. Tuan Hairi, baliklah dulu. Saya akan jaga Cik Muda di sini. Tuan Hairi, jangan risau.” Kata Murni sebelum beredar dari situ.
Dahi Hairi berkerut. Mungkinkah Dania juga menyintai aku? Sebab itu dia tak nak terima aku kerana dia takut kehilangan aku seperti mana yang berlaku ke atas keluarganya. 


Bila kejahatan terbongkar.

Tiada lagi senyuman di bibirnya. Dia memegang kuat rambut Shiela.

“Kak....sakit! Tolong la lepaskan!” Shiela merayu. Air matanya mula mengalir.
Rayuan Shiela tak dipedulikan. Dia menarik rambut Shiela mengikutnya duduk di kerusi. Orang ramai yang berada di situ tidak dipedulikannya. Apa yang penting, aku kena ajar perempuan ni. Setelah duduk beberapa minit, baru Dania melepaskan rambut Shiela.
Shiela mula menangis teresak-esak.
“Kau ingat dengan menangis sebegini, aku akan lepaskan kau begitu saja.”
“Kak, Shiela minta maaf. Shiela merayu kak.....Shiela minta maaf.”
“Masa kau rancangan nak bunuh aku dulu, kau tak pernah fikir pun pasal semua ni. Sekarang kau nak aku maafkan kau, kau ingat aku ni baik sangat ke?”
“Kak...Shiela, betul-betul minta maaf.” Shiela cuba memegang tangan Dania tetapi Dania sempat mengelak.
“Kau ikhlas ke minta maaf dengan aku? Anak dengan bapak sama saja. Pembunuh! Kau nak tahu tak kenapa aku tak suka kau dekati Daniel....sebab kau anak pembunuh ibu bapa kami. Bapak kau bunuh ibu bapa kami.” Tegas Dania.
Shiela terkejut. Bibirnya terketar-ketar.
“Dan bapak kau pernah cuba bunuh Daniel sewaktu dia sedang belajar di Ireland 7 tahun yang lalu. Nasib baik aku datang tepat pada waktunya. Kau ingat Daniel akan sukakan kau kalau kau berjaya bunuh aku!” Dania tiba-tiba ketawa.
“Tak! Dia takkan sukakan kau sampai bila-bila! Kau anak pembunuh ibu bapa kami. Kau ingat kami akan terima kau dalam keluarga kami. Jangan harap la. Orang macam kau tak layak masuk ke dalam keluarga kami.”
Shiela tergamam dengan kata-kata Dania. Patut la sikap Abang Daniel berubah selepas balik dari Ireland. Ini papa punya pasal. Gelojoh.
“Aku bagi kau satu peluang lagi. Aku nak kau pergi dari sini. Jangan sesekali kau balik ke Malaysia lagi.” Kata Dania secara tiba-tiba. Shiela tercengang. Sekali lagi rambut Shiela ditarik kasar oleh Dania. “Kalau aku dapat tahu kau pulang ke Malaysia, aku akan masukkan kau ke dalam penjara. Kau duduk sekali dengan bapak kau meringkuk dalam penjara.Oleh itu, aku beri kau peluang! Hanya sekali saja. Jika kau tak nak menerima nasib yang sama seperti bapak kau, kau jangan lagi balik ke Malaysia. Orang aku akan sentiasa mengawasi kau. So, be careful.” Rambut Shiela dilepaskan. Dania terus bangun dan meninggalkan Shiela yang masih duduk menangis. Tangisan Shiela semakin kuat sehingga menjadi perhatian orang yang berada di situ. Tangannya masih menggigil. Kata-kata Dania sebentar tadi masih kedengaran di telinganya.

Monday 15 July 2013

Arrggghhhhh 13 JAM A380 BAB 28 - GAGAL UNTUK DISIAPKAN

Argggghhhh.. Sesungguhnya saya tak ada kekuatan untuk meneruskannya.... Sebenarnya ada pertandingan untuk menyiapkan bab 28 untuk novel kedua Cik Eva 13 jam A380 . Hadiah memang lumayan . Siapa tak nak RM 500 dan jemputan makan bersama penulis . Bagi saya berjumpa dengan novelist tu yang berharga sebab penulis tu tidak berada di malaysia kerana beliau melanjutkan pelajarannya di London. Sesekali pulang bercuti melawat sedara mara danbertemu peminat.  Saya tak ada kekuatan untuk menulis dan menulis juga bukan minat saya. Tak pe.. mungkin lain kali cuba lagi ... bila baca bab 28 peserta yang menyertai pertandingan semuanya best-best .Tapi bukan saya .... hahahahha.... masih belum mampu lagi ...... Harapan nak bertemu novelist Eva tak tercapai..... sebenarnya nak cuba siapkan juga tapi entah laaaa ... 






( sedikit sedutan bab 28 yang tergantung )


Haydar.....

Sampai dirumah aku disambut oleh Fawwaz yang sudah menantiku dirumah agam itu. Seperti biasa aku memangkirkan kereta yang aku pandu disebelah kereta Fawwaz. Peristiwa di taman permain tadi masih segar di ingatan. Fawwaz yang perasan keadaan ku merasa pelik.
"Hana are you okey ?" Tanya Fawwaz sedari tadi melihat ku masih diam membisu tanpa sepatah ayat. Emmel terus berlari-lari gembira kerana dapat berjalan dengan mommynya. Seperti tidak sabar menceritakan pada daddynya. 
"haah!" aku terkejut. Apa yang aku dapat lihat Fawwaz tersenyum dengan reaksi aku.
"Saya tanya awak okey ke ? kenapa tak tunggu saya habis meeting tadi?" Tanya Fawwaz yang mencari kepastian. Aku hanya mampu tersenyum kelat. Fikiran aku masih melayang mengenangkan pertemuan aku dengan Haydar. Fawwaz masih berdiri dihadapan aku menanti jawapan. Aku terus diam membisu tanpa sepatah kata.


" Thanks!" hanya itu yang mampu aku katakan. Kerana kelalaian aku , aku hampir kehilangan Emmel. Budak yang paling comel anak kesayangan Fawwaz . Apa alasan yang aku akan beri jika benar - benar berlaku. Lelaki yang suit kemas masih berdiri disebelah ku dan merenung tajam memerhatikan gelagatku dengan Emmel.
"Hana!" Terkejut bila nama ku diseru. Haydar memandang pelik bila melihat aku dan Emmel. 
"Jom kita balik sayang , daddy dah tunggu " Aku memberi alasan untuk terus beredar dari situ. Tidak mahu menunggu lebih lama kerana debaran jantungku semakin kuat. Emmel yang masih dalam dokongan aku dan terus berlalu pergi. Emmel dengan bola dipegang rapi hanya jadi pemerhati aku dan penyelamat itu tadi. Aku mendengar nama ku dipanggil tetapi aku terus mencepatkan langkah ku. Mengapa Haydar perlu hadir diwaktu ini, mengingatkan aku peristiwa di lapangan terbang ,dimana aku sendiri tidak menerima kenyataan melihat kemesraan Hydar bersama model itu. Malah aku tidak menyangka Frido datang menenangkan aku ketika itu , 


( kita tunggu novel ini keluar bulan ogos ini terbitan Karyaseni )


Tuesday 9 July 2013

NOVEL KISAH NAZ DAN KHAALISH

"Semakin jauh kau pergi, semakin tegar aku mendekatimu." - Zaim Khaalish
"Mulut menidakkan, tapi mengapa hatiku mula berbunga sayang..." - Nazrahani Idora



Dah lama tak up-date blogs dengan review yang baru ... sibuk tengok cerita adaptasi novel membuatkan leka membaca kritikan yang membina dan ada juga cemuhan Selain itu juga tak kurangnya yang memuji melambung tinggi.... Novel pilihan kali ini Kisah Naz dan Khaalish. Cetakan pertama di bulan Febuari 2013 terbitan karyaseni  menjadi pilihan saya kali ini. Saya dapat komen rakan yang mengunjungi di blogs saya,  dia mengakatakan novel ini best sesangat. Bila baca memang betul best .... Cerita yang santai dan tak berat ni memang pilihan saya sejak dari dulu. Saya nak berkongsi cerita dan review dari saya. 

Nazrahani Idora lebih dikenali sebagai Dora dikalangan ahli keluarga dan Naz rakan kolej. Pertunangan yang dirancang oleh bapa Naz dan mummy Klaalish memberi impak yang besar dalam kehidupan Naz. Masing-masing mempunyai kepentingannya tersendiri. Mummy Klaalish meminang untuk mengaburi mata Ilsa, kekasih Khaalish. Mummy Puan Sri Fieda mahukan yang terbaik untuk anaknya. Dato Nazari tak mahu melepaskan peluang dan berangan-angan ingin berbesankan seorang jutawan. Sejak pertunangan itu mereka tidak pernah bertemu antara satu sama lain. Tetapi selepas pertemuan di Bali ,  Khaalish jatuh cinta pada perempuan misteri yang dikenali sebagai Naz. Khaalish tidak menyangka Naz adalah tunang 'teknikal'nya empat tahun dulu Nazrahani Idora. Sejak itu Khaalish terus mengejarnya walau dimana Naz berada. Khaalish sanggup terbang ke merata pelosok alam untuk menjejak Naz. Kerana pertunangan itu , Naz membawa diri merantau serata dunia untuk melupakan rasa kecewa. Klaalish tidak pernah putus asa walaupun lamarannya ditolak beberapa kali. Dengan bantuan Reham sahabat baik Naz sikit sebanyak Khaalish berubah dan mencari perhatian Naz. Hingga Naz sendiri tak mampu menolak kerana kehadiran Khaalish juga pengubat rasa sunyi dan rindu. 

Naz terpaksa berdepan dengan mummy Klaalish yang sentiasa inginkan yang terbaik untuk anaknya. Sikap tegas Puan Sri Fieda membuatkan Naz hanya mengikut kehendak mummynya. Dengan bantuan Mummynya juga, Naz mampu menangkis kehadiran Ilsa yang masih menaruh harapan pada Klaalish. 


Sinopsis dari kulit novel

PERTUNANGAN empat tahun dulu memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan Nazrahani Idora dan Zaim Khaalish. Walaupun Naz sudah bergelar status tunangan lelaki itu, namun dia tidak pernah bertemu muka dengannya. Khaalish pula tidak pernah ingin mengetahui tentang perempuan itu, yang difikirkannya hanyalah Ilsa.



Naz cuba melupakan peristiwa itu dengan membawa diri, merantau serata dunia. Namun kenapa Allah temukan dia semula dengan lelaki itu?


Dek jatuh hati dengan tunang ‘teknikal’nya, Zaim Khaalish sanggup terbang ke merata pelosok alam untuk menjejak si dia.
"Encik Zaim Khaalish, awak jangan nak merepek. Tunang amende? Empat tahun tak ambil 
pusing, jumpa di Bali pun awak tak kenal saya, you dare to say that we are still engaged?”



"Empat tahun ke lapan tahun, saya tak peduli. Technically, we are still engaged.” 



“Technically? Technically?!” 

Semenjak itu, entah kenapa, Khaalish asyik mencari dan terus menjejaki Naz. Di mana saja Naz berada, dia pasti akan ada di situ. Naz pula, mulut saja kata tak suka, tapi sebenarnya hati suka kerana kehadiran Khaalish di sisi selalu mengubat rasa sunyi dan rindu…



Reham: “Huh, pengecut! Nutter! Apa erti hidup jika kita takut nak kejar kebahagiaan? Kalaupun gagal, sekurang-kurangnya awak sudah mencuba dan boleh reda dengan ketentuan Tuhan. Kebahagiaan datang mengetuk di pintu awak, tapi awak yang takut hendak buka.”Nazrahani Idora: “Reham, awak tak tahu, empat tahun lalu, teruk saya cuba bangun semula, bina keyakinan diri, bina hidup yang baru, di mana tak ada lagi lelaki yang boleh buat saya rasa tak ada nilai diri. Kalau saya cuba sekali lagi dengan dia, dan... dan... gagal… Saya rasa saya takkan mampu bangun sekali lagi.”



Petikan - petikan menarik dalam novel 
Disatu pertemuan 
“Hai!” sapa Khaalish lembut.
Perempuan bertudung yang asyik memandang sungai di bawah gaung itu berpaling ke belakang apabila dia ditegur. Buat sesaat, matanya terbuntang sedikit.
“Awak datang balik!” tersembul di mulut perempuan muda itu.
“Oh, dia sedar aku keluar tadi. She's been watching me,” fikir Khaalish, semakin ingin tahu identiti perempuan di hadapannya.
“Excuse me, but have we met before?” tanya Khaalish perlahan.
Segera melebar senyuman perempuan itu, “Kenapa dia asyik tersenyum bagai bertemu kawan lama?” fikir Khaalish.
“Briefly,” pendek dan kriptik.
“Bila? Di mana?” Laju saja soal Khaalish.
Sambil tertawa kecil, perempuan itu menjawab, “Kalau awak tak ingat, maknanya tak penting. Kalau tak penting, tak payahlah ingat.”
Nampaknya dia tidak mahu beritahu. Ajak bersembanglah dulu, mana tahu boleh triggeringatan aku.
“Boleh saya duduk?” tanya Khaalish, berlagak oh-so-gentleman.
“Silalah,” jawab si gadis, senyuman lebar masih dibibir. Khaalish melabuhkan punggungnya di bangku panjang yang sama.
“Cuti?” Siasatan sudah bermula, tapi jangan nampak obvious sangat, Khaalish mengingatkan dirinya.
“Lebih kurang,” masih tersenyum manis.
“Lebih kurang?” soalan memancing.
“Kami datang ke Ubud Writers Festival.”
“Oh, ya. Itu yang Ubud jadi sesak semacam. Awak penulis?
“Lebih kurang.”
Malas hendak menjadi burung tiung, Khaalish hanya menjungkitkan keningnya.
“Penulis picisan,” jawapan merendah diri. Jawapan Melayu tipikal!
“Tulis apa?”
“Novel cinta,” jawapannya diiringi tawa kecil. Comel!
“Interesting,” komen Khaalish.
“I agree!” sambut si gadis comel tersenyum manis.
“Apa yang interesting?”
“Novel cinta,” sudah terkekek-kekek ketawa, infectious.
“Awak tak nak tanya saya apa yang interesting?” Khaalish memancing lagi.
“Apa yang interesting?” giliran si gadis pula menjadi burung tiung.
Jeda ..........senyum seksi …........nada suara rendah bergetar, “You...”
Terbahak-bahak ketawa gadis itu! Hingga terdongak kepalanya ke belakang.


Hati meronta untuk terus mengenalinya. 
Di lapangan terbang Ngurah Rai, selepas mereka mendaftar masuk, Khaalish mendekati Naz. Ini peluang terakhir, fikirnya.

“Saya nak minta nombor telefon awak, boleh?” sengaja dia bertanya dalam Bahasa Melayu supaya tidak difahami Reham dan Hamza.

Buat beberapa ketika, Naz merenung wajahnya kehairanan, “Nak buat apa?”

“Nak buat apa? Takkan tak clear lagi nak buat apa?!” getus Khaalish dalam hati.

“Nanti bila awak sampai ke Melbourne, saya nak telefon awak, nak pastikan awak okey.”

“Aik, sekarang baru nak check aku okey ke tak? Dulu masa aku betul-betul tak okey, ada dia kisah?” cemuh Naz dalam hati.

“Tak apalah, Encik Khaalish, saya ni dah biasa travelling. I will be okay. Mak bapa saya pun tak kisah saya nak ke mana-mana.”

Khaalish perasan suara Naz macam sedih bila dia sebut tentang mak bapanya.

“Saya takkan kacau awak. Saya cuma nak pastikan awak okey saja.”

Memang dia ni tak reti nak give up. Well, aku pun boleh jadi degil juga.

“Reham jaga saya, saya jaga dia. So, don't worry.”
Tak biasa dengan orang yang menolak permintaannya, lengan Naz dipegang kuat.
“Naz....... please!”
Tajam renungan mata Khaalsih, hati Naz pula yang berdenyut-denyut. Wah, kalau dia merayu macam ini empat tahun dulu, dia suruh terjun gunung, aku terjun, dia suruh terjun laut, aku terjun.
Masa tu jugalah Reham dan Hamza memberi tahu yang mereka hendak masuk dahulu. Sempat Reham menjungkit-jungitkan keningnya nakal. Naz menjuling mata ke atas. Mereka berdua memandang pasangan Arab itu melalui pintu pelepasan.
“Saya rasa sudah sampai masanya saya bagi balik benda ni kepada awak,” kata Naz perlahan, tangan kanannya dihulurkan.
Khaalish yang terpinga-pinga, menadah tangan kanannya. Bagi apa? Sebentuk cincin emas putih bertatahkan sebutir berlian besar berbentuk empat segi diletakkan di atas tapak tangan Khaalish. Tangannya dirapatkan ke muka dan cincin mahal itu dibelek. Cincin bereka bentuk eksklusif, tentu mahal!
“Selamat tinggal, Zaim Khaalish Kamaruzzaman.”
Kepala didongakkan. Terkejut dia mendengar Naz menyebut nama penuhnya. Macam-macam soalan menerpa di kepala tetapi Naz sudah melangkah ke pintu pelepasan. Khaalish hanya mampu memandang. Gadis misterinya itu langsung tidak menoleh ke belakang.
Lenyap gadis itu dari pandangannya, baru dia bertanya kepada dirinya sendiri, 'Dia tahu nama penuh aku? Ini cincin apa? Kenapa dia bagi kat aku?'
Sepanjang penerbangannya pulang ke Kuala Lumpur, Zaim Khaalish tidak putus-putus merenung cincin berlian yang bersinar-sinar menggoda. Makin ditenung, makin dia teringat koleksi cincin-cincin Mummynya.
'Memang taste Mummy ni. Batu besar, design mewah. Nampak macam cincin kahwin atau cincin tunang,' fikirnya.
“cincin tunang? …...cincin tunang? No!! No!! It can't be!Takkanlah Naz....... can't be, can't be!”

Membongkar rahsia peristiwa 4 tahun lalu, mengejutkan Khaalish
“Ada orang kirimkan benda ini ke pejabat I sebelum I ke Bali,” dengan tenang Khaalish membuka mulut dan meletakkan cincin berlian Naz di atas meja.
Bercahaya mata Puan Sri Freida! “My, my, my, what a surprise! What a wonderful surprise!” Cincin itu diambilnya dan dibelek-belek, 
“Hanya yang terbaik untuk tunang anak kesayangan, walaupun tunang olok-olok!”
Berubah air muka Khaalish! Berdegup-degup jantungnya. Jadi, betullah tekaannya di atas kapal terbang tadi! Naz, gadis misterinya, pernah menjadi tunangnya empat tahun dulu. Tunang olok-olok!
Nasib baik gelodak jiwa Khaalish tidak disedari oleh ibunya yang ralit membelek-belek cincin yang cantik itu sambil tertawa-tawa kecil. Cepat-cepat Khaalish mengawal riak mukanya, yang paling selamat buat muka selamba, namun kepala Khaalish masih ligat memikirkan tentang si empunya cincin.
“Senanglah, nanti bila Khaal sudah ada calon, tak perlu pergi cari cincin lagi,” memang senang sungguh cakap Puan Sri Freida. Khaalish diam sahaja.
“Siapa yang hantar cincin ni ke pejabat you?” oh-oh hati-hati, Mummy sudah mulakan penyiasatan.
“Tak pasti, Mummy. Tahu-tahu sudah sampai di tangan setiausaha I. Wrapped well in a box. Kata Dila yang hantar tu perempuan, tapi dia tak kenal.”
“Dah periksa daftar nama delivery companies ke pejabat you?”
“Yang selalu-selalu tu saja.”
“Hmm, agaknya keluarganya yang pulangkan. Tapi kenapa? Cincin ni mahal harganya.”
“Dia dah kahwin agaknya,” Khaalish memancing.
“Hmm, could be....could be.... Mummy boleh call kawan baik Mummy untuk tanya. Tapi perluke? Hmm.....”
Khaalish hanya membiarkan ibunya berdialog sendiri.
“You know what, Khaal? Mummy nak call Datin Su,” akhirnya Puan Sri Freida membuat keputusan.
“Ida, pergi ambil fon saya. Atas meja makan,” arahnya kepada pembantu rumah.
Bila telefon sudah ada dalam tangan, segera dia mendial nombor telefon Datin Su, salah seorang kawan baiknya.
“Hello, Su. Dear, ingat tak anak Nazari yang pernah bertunang dengan my Khaal? ...... I am just wondering... budak tu buat apa sekarang? Dah kahwin ke? ….. tak.... tak.... saja teringin nak tahu......”
“Anak Nazari,” Khaalish mengumpul maklumat, “Naz Nazari?”
“Oh, dia pergi Amerika.....study..... oh..... dah habis belajar? …..tak balik ke Malaysia? ….mmhmm …....mmhmm .....interesting! Well, thank you for the info, dear! Taklah.... tak..... Ish, kalau Khaal nak bertunang, tentulah I bagi tau you! Bye-bye, dear.”
“Budak tu tak ada di Malaysia. Dia pergi sambung belajar di Amerika. Dalam empat tahun ni, sekali saja dia balik ke KL. Sekarang bekerja di luar negara, belum berkahwin,” Puan Sri Freida memberitahu anaknya.
“Oh, ya?” balas Khaalish. Tiada maklumat baru! Kecuali maklumat yang Naz hanya sekali balik ke Malaysia. Merajuk? Ini sudah ada dekat dengan Malaysia, takkan dia tak singgah?
“Habis, siapa yang hantar cincin ini ke pejabat you? Agaknya, dia kirimkan dengan kawannya tak? Anyway, Mummy rasa kita tak perlu fikir tentang budak tu atau bapanya. Dia dah kaya-raya after your Daddy kasi kontrak besar kat dia dulu.”


Kehadiran Khaalish membuatkan Naz terus nekad untuk terus lari kerana terasa diri dipersendakan, Khaalish terus mengejar dengan bantuan Reham mempermudahkan pencariannya.
“Twenty Questions......? Dia ajak aku main Twenty Questions?!! Dia ingat aku ni budak kecilkah? Dua puluh soalan un
tuk mendapatkan Naz!” tergeleng-geleng kepala Khaalish memikirkan dirinya yang dipermainkan Reham.

“Whatever! I'll do whatever it takes to get her!” Khaalish memasang azam.

Setiap hari, Khaalish hanya dibenarkan untuk menanyakan satu soalan, jawapannya hanya ya atau tidak. Jika jawapan yang diterima adalah ya, dia boleh menanyakan satu lagi soalan. Dia hanya boleh menanyakan dua puluh soalan sahaja. Jika dia tidak dapat meneka di mana Naz berada dengan dua puluh soalan, habislah!

Maka pagi selepas pertemuannya dengan Reham di terminal KLIA, dengan dada yang berkobar-kobar, dia menghantar emel kepada Reham: “Thailand?”

Jenuh dia menahan sabar sepanjang mesyuarat dengan bapa dan kakitangan yang lain. Tamat sahaja mesyuarat, telefon pintarnya dicapai untuk melihat samada Reham sudah membalas emelnya.

“Yes! Ada emel dari Reham!”

Peti emel dibuka dan ini balasan dari Reham: :(

Kecewa bukan main bos muda KZ Industries. Lalu nafasnya ditarik dalam-dalam.

“Are you okay, Khaal?” tanya si bapa, yang sedar sepanjang mesyuarat anaknya gelisah bagai kucing mahu beranak.

“Oh, fine, Daddy, I'm fine,” mukanya diriakkan tenang.
Hari kedua: “Phillipines?”
Reham: :(
Hari ketiga, “Vietnam?”
Reham: :(
“Dang! Sudah rugi tiga hari!! Si Reham ni memang seronok mainkan aku!” menyumpah-nyumpah Khaalish dibuatnya.
Jarinya laju menaip emel kepada Reham, “Clues, please?”
Selepas setengah jam, Reham membalas, “Ini soalan keempat, Encik Khaalish. Awak tinggal enam belas soalan sahaja lagi.”
Gedegang! Bunyi meja ditumbuk. Terpinga-pinga kakitangan KZ Industries yang berada di bilik mesyuarat, hairan kenapa bos marah. Kemudian semuanya menikus, mata melekap ke dokumen di atas meja. Minggu ini mood bos bagai puting beliung.
“Naz dan kawannya sama sahaja! Cekap mendera perasaan orang!” gerutu Khaalish dalam hati.
Hari keempat: “Indonesia?”
Reham: :(
Kali ini jawapan dari Reham sebenarnya melegakan hati Khaalish. Lega kerana dengan Indonesia yang sebegitu besar, dia tidak pasti samada dia mampu meneka di bandar mana Reham berada dengan lima belas soalan.
“Harap-haraplah dia berada di negara yang kecil,” doa Khaalish.
“Kecil? Hmmm...”
Hari kelima, “Singapore?”
Reham: :(
“Tak patut aku teka Singapura,” sesal Khaalish, “Naz rasanya akan pergi ke tempat yang eksotik, bukan moden dan maju.”
“Mana tempat yang eksotik di Asia Tenggara ini?” dia bertanya kepada diri sendiri.
Peta Asia Tenggara dibuka di komputer ribanya.
“Eksotik...hmmm..... Myanmar, Kambodia, Laos. Takkan Myanmar? Ada pergolakan politik di sana, takkan Naz hendak ke sana.”
Untuk memastikan hal ini, diselidik juga keadaan pergolakan politik di Myanmar dan samada warga luar dibenarkan untuk memasuki Myanmar.
“Rasanya bukan Myanmar, .... okey kita teka …... Kambodia.”
Sejam dua kemudian, jawapan Reham: :(
Kecewa tidak terkata Khaalish jadinya. Nafasnya ditarik dalam-dalam. Dirinya dipujuk, dia ada hanya dua belas soalan lagi, negara pun belum dapat diteka lagi, apatah lagi nama bandarnya!
“Tak boleh gagal. I. Must. Find. Her.”
Maka pada hari ketujuh, dengan ucapan kalimah “BismillahiRahmanirRahim” Khaalish membuat tekaan ke lapan:
“Laos.”
Jawapan Reham, yang tiba lima belas minit selepas itu: :)
Melihat balasan Reham, Khaalsih menarik nafas tajam, 
“Yes! Yes! Finally! I am going to find her!” Jawapan yang betul, maka dia boleh menanyakan satu lagi soalan. Khusyuk Khaalish menelaah peta negara Laos, negara termiskin di Asia Tenggara.

Kehadiran Khaalish mengejutkan Naz, Mampukan Naz menepis cinta Khaalish 
“Awak tak terfikir untuk beritahu saya ke mana awak akan pergi.”

“Tak ada sebab saya perlu beritahu awak,” cepat sahaja Naz menyanggah.

“Iya? Awak dah lupakah, awak tu tunang saya,” Khaalish membuat kenyataan dengan wajah yang selamba.

Tersembur keluar salad dari mulut Naz, tersedak-sedak dia jadinya. Cepat-cepat dia minum air untuk menghilangkan perit tekaknya.

Reda perit tekaknya, dia terus menyerang, “You are unbelievable! Kita ni bertunangkah?”

“Cik Nazrahani Idora, keluarga saya meminang awak, keluarga awak terima. Sehingga kini, tiada pihak yang meminta pertunangan ini diputuskan,” selamba sahaja jawapan Khaalish.

“Encik Zaim Khaalish, awak jangan nak merepek. Tunang kebenda? Empat tahun tak ambil pusing, jumpa di Bali pun awak tak kenal saya, you dare say that we are still engaged?” Haaa...kan dah habis bertabur strategi Naz untuk buat-buat tidak endah dengan tunang olok-oloknya!

“Empat tahun ke lapan tahun, saya tak peduli. Technically, we are still engaged.”
“Technically? Technically?!!” suara Naz sudah naik berganda-ganda oktafnya.
Matanya buntang, keningnya terangkat dan tangannya sudah ringan hendak mencekik jejaka yang masih cool di depannya.
“Banyak punya hensem muka dia! Bertunang 'secara teknikal' konon! Apa dia ingat seronok sangat ke bertunang 'secara teknikal' ni?!” Membebel-bebel Naz dalam hati, membara!
“Awak ni terbang beribu-ribu batu, hanya untuk menyakitkan hati saya? Tak buang tenaga, masa dan duitkah?” Naz menyerang!
“Saya datang untuk menjenguk tunang saya, nak pastikan dia selamat. Apa pula buang tenaga, masa dan duit?” nada suara Khaalish masih tenang dan terkawal.
“Zaim Khaalish, cut the crap,” dengan kesabaran yang sudah nipis, Naz menggunakan bahasa kasar, “kita ni bukan tunang. Semasa mak awak meminang, dia bukan ikhlas nak ambil saya sebagai menantunya. Saya ni hanya decoy untuk jauhkan entah perempuan mana dari awak. Awak pula bukannya sedar pun kewujudan saya! It was not a bona fide engagement.”
“Bona fide, tak bona fide. Kita orang Melayu, ikut adat kita, kita ni memang bertunang!”
Cewah main sebut-sebut adatlah pulak mamat ini! Macamlah selama ni dia hidup menjunjung adat sangat, cemuh Naz dalam hati.
“Okey, nanti saya telefon bapa saya untuk putuskan,” balas Naz sombong.
“Awak fikir bapa awak akan setuju?” kilas si jejaka.
Astaghafirullahil azim, mimpi buruk empat tahun lalu berulang semula? Naz sedar bapanya takkan melepaskan peluang untuk berbesan dengan Tan Sri Kamaruzzaman, jutawan tu!
“Encik Zaim Khaalish, awak ni kacak, kaya, etcetra, etcetra. Saya pasti berlambak-lambak perempuan lain yang mahukan awak. Kenapa awak nak jadi tunang kepada perempuan yang tak mahu jadi tunang awak? Tak logik, tahu?” balas Naz, tidak mahu mengalah.
“Cik Nazrahani Idora, sejak bila cinta itu logik? Kalau cinta itu logik, tak adalah Reham terbang ke Melbourne dan saya terbang ke Luang Prabang,” jawab si Encik Zaim Khaalish dengan tenang. 


kehadiran Ozgur mengundang rasa cemburu Khaalish.

“Betulkah ada lelaki dan perempuan yang BFF? Habis Thabo itu pun BFF awak jugakah?” suara Khaalish sedikit keras.

“Thabo?” buntang mata Naz jadinya, “Thabo Mokwena? Eh! Macam mana awak kenal dia?”

Wajah Khaalish direnung dalam-dalam, menunggukan jawapan tapi mulut Khaalish terkunci rapat. Si jejaka pula agak menyesal kerana terlanjur kata.

“Ini mesti mulut si Ozzie ni! Eeeeee…..annoying gila mamat tu!” Naz terjerit kecil dek kerana geram. Kalau Ozgur ada di hadapannya, mesti sudah kena cekik!

Kali ini mulut Khaalish tidak dapat dikunci lagi, “Kalau annoying, buat apa kawan dengan dia, travel dengan dia?”
Terlopong mulut Naz mendengar ‘soalan’ Khaalish. “Wah! Sekarang ada dua lelaki yang annoying yang harus aku hadap!” getus Naz dalam hati.
"Because he’s there! He’s always been there! Waktu susah, waktu senang, Ozgur ada. Sentiasa bantu saya. Dengan dissertation saya. Dengan kerja di Qatar tu. Kalau dia tak tolong carikan kerja, apa saya nak makan?” balas Naz dengan suara yang perlahan, menahan sabar. Hatinya semakin membara bila Khaalish mempertikaikan kawan-kawannya.
Giliran si jejaka pula hangat hati. Bagai disayat sembilu bila mendengar jawapan Naz. Dia sedar yang selama empat tahun yang lalu, dia memang tidak pernah ambil peduli tentang Naz. Apa kata Naz? Susah, senang, Ozgur tu ada konon!
“Awak nak sekolahkan saya tentang kawan-kawan saya, apa selama ni hubungan awak dengan perempuan-perempuan di KL tu suci sangatkah?” tak tertahan geram Naz dengan tuduhan Khaalish.
“Naz, sejak kita berjumpa di Bali, saya tak pernah keluar dengan sesiapa pun lagi,” dengan suara yang tegang Khaalish mempertahankan diri.
"Habis, awak nak saya putuskan persahabatan saya dengan Ozgur, dengan Sky, Thabo, Jayden? Walhal persahabatan kami memang platonik!” bentak Naz. Sah! Bicara hati ke hati memang sudah ke laut.
“Saya tak kata, jangan berkawan. Cuma yang saya kata tak elok awak ke sana sini dengan mereka. Mereka bukan mahram awak kan?” Khaalish tetap dengan pendiriannya.
“Okey, saya akan ikut nasihat awak, jangan keluar dengan lelaki yang bukan mahram. Dan saya akan mulakan dengan awak. Selepas ini saya tidak akan berjumpa dengan awak lagi sebab awak bukan mahram saya!” panjang Naz berhujah, sama panjang dengan langkah kaki yang menghala ke arah rumah sewanya.
“Naz….,” keluh Khaalish, menyesal dengan diri sendiri sebenarnya. Jenuh diingatkan diri supaya berbincang baik-baik dengan Naz tapi hilang juga kesabarannya. Cemburu di hati 'yang membuak-buak, sudah tidak boleh dikawal.


Perubahan itu disedari oleh mummy Khaalish.

“Khaal,” Puan Sri Freida membuka mulut.
Khaalish memanggung kepala, memandang ibunya.
“Mummy minta maaf pasal Idora,” walau pun susah, diucapkan juga.
“Bukan salah Mummy,” santai balasan Khaalish.
“Mummy terlalu keras dengan dia…”
“Mummy, dia pergi bukan kerana Mummy, tapi kerana Khaal,” anaknya berterus terang, kasihan ibunya yang berasa bersalah.
“Mummy dah takutkan dia…”
“Mummy, seriously, she has problems with me, not you,” balas Khaalish sambil menggenggam jari jemari ibunya.
“Susah Mummy nak percaya, anak Mummy ni perfect package, apa lagi yang Idora nak?” timbul semula rasa tak puas hati Puan Sri Freida terhadap Naz.
“Tak memenuhi spesifikasi, Mummy,” cubaan Khaalish untuk berjenaka namun hanya senyum tawar yang muncul di bibirnya.
Kepala Tan Sri Kamaruzzaman terteleng ke sebelah, isterinya pula menjungkitkan kening.
Sedar ibu bapanya mahukan penjelasan, Khaalish menyambung, “Dia nak suami yang tak tinggal solat, suami yang tak ada girlfriends.”
Laju ibunya membalas, “You have not been out with anybody in ages. Dan sekarang Mummy tengok Khaal tak tinggal sembahyang.”
“I’m trying my best, Mummy,” pendek saja jawapan Khaalish.
“But does she know this?”
“Allah tahu, Mummy. And Allah knows best,” tenang Khaalish menjawab sambil menyuap makanan.
“Tak macam Ilsa dulu,” bisik hati si ibu.

Mummy Khalish mahukan yang terbaik untuk anaknya. Walaupun Khaalish sudah mendirikan rumahtangga. Ketegasan Mummy Khaalish membuatkan Naz selalu kecut perut.
“Mana kunci kamu, Tuti?” tanya Naz, menguap lagi.
“Astaghafirullahilaziiiiiiim! Idora!! Macam nikah rupa awak di rumah?!!”
Tuti ni memang kaki menjeritlah, fikir Naz. Apalah yang dibebelnya pagi-pagi buta ni.
“Sh! Sh! Awak ni bisinglah Tuti! Bikin bingit telinga saja,” marah Naz sambil menenyeh-nenyeh mata.
“Siapa Tuti? Idora, ini mak mertua kamulah!” sergah Puan Sri Freida.
Naz masih blurr, cuba mencerna apa yang berlaku. Bukan Tutikah yang tekan loceng pintu depan? Mana pula datang Nyonya Mansoor ni?
“Nyonya buat apa di sini?” ahhh!! soalan paling bodoh dari mulut menantu.
Naz masih terkebil-kebil. Puan Sri Freida sudah hilang sabar. Menantu yang masih kebingungan ditolak ke tepi, dia melangkah masuk ke dalam pent house anaknya
“Idoraaaa!! Nyonya mana pula ni? Ini Mummy, Mummylah!” suara Puan Sri Freida sudah nyaring.a.
“Khaalish! Zaim Khaalish! Where are you?!” jerit Puan Sri Freida.
Terjengul Khaalish dari dapur, tangan kiri memegang pinggan berisi wafel panas, tangan kanan memegang pisau mentega. Di badan pula hanya tersarung sehelai boxer shorts!
“Zaim Khaalish!!! Astaghafirullah!” cepat-cepat Puan Sri Freida menutup matanya, “Put on some decent clothes! Your wife too!!”
Terkocoh-kocoh Khaalish meletakkan pinggan dan pisau di atas kaunter kabinet. Digawang-gawangnya tangan ke arah Naz, mengajak masuk ke dalam bilik. Naz yang mula tersedar, menghayun langkah besar-besar ke arah pintu bilik. Di dalam bilik, selepas pintu ditutup, Khaalish menolak Naz ke bilik air.
“Mummy awak buat apa datang ke rumah kita pagi-pagi buta ni?” Naz berbisik.
“Sayang, pagi buta apa? Sudah pukul sembilan lebih,” balas Khaalish.
Sembilan lebih tu pagi butalah bagi orang yang tidur pukul empat pagi. Khaalish menarik kemeja T Naz ke atas, si isteri hanya menurut, kedua belah tangannya diangkatkan ke atas. Pancuran air dibuka, suhu air diperiksa, tubuh isteri ditolak ke bawah pancuran air. Sabun mandian dituang ke atas span badan dan dihulurkan kepada isteri.
“Awak tak mandi?” tanya isteri yang kalut menyabun badan.
“Saya dah mandi di gim.”
“Kalau dah mandi di gim, kenapa pakai boxer saja?” hairan!
“Untuk selamatkan awaklah,” jawab Khaalish kriptik.
“Ha?!” semakin hairan Naz.
Pancuran air ditutup, berus gigi yang sudah ditaruh ubat gigi dihulurkan kepada isteri.
“Cepat sayang. Nah! Berus gigi.”
Gigi diberus, mulut bercakap, “Makha khokha chaya? Chaya khuak ghee cho phukha!”
“Apa Sayang?” tanya si suami prihatin.
Mulut dikumur bersih, “Saya tanya….mana tuala saya? Buat free show pula!”
Ketawa besar Khaalish. Tuala diambil, dibalut ke badan isteri yang kemudiannya dirangkul, “Isn’t it a bit too late for that?”
Cup! Ciuman hinggap di hidung isteri yang comel.
Selepas berpakaian, Naz dan Khaalish ke dapur. Puan Sri Freida sudah menunggu di meja makan. Wajahnya masam mencuka.
“Duduklah. Mummy dah buatkan kopi,” bibirnya dimuncungkan ke tengah meja.
Ada sebuah teko berisi kopi panas, tiga biji koleh, sepinggan wafel, mentega, dan jem.
Mak mertua sudah buatkan kopi, si menantu yang baru sedarkan diri cepat-cepat menuangkannya ke dalam koleh.
“Jemput minum, Puan Sri,” dengan keadaan malu besar begitu, tak sanggup Naz hendak memanggil wanita anggun bergaya itu Mummy.
Khaalish dengan selamba badak menghirup sedikit kopi panas. Kemudian dicapainya sekeping wafel, disapukan dengan mentega dan jem, disuapkan ke mulut. Lambat-lambat dia mengunyah wafel.
Ya Rabbi! Boleh dia buat selamba badak laki aku ni, dengus Naz dalam hati. Dia tak rasa malu langsungkah?
“Itu!” kata Puan Sri Freida, kali ini bibirnya dimuncungkan ke arah baju dan seluar Khaalish yang bertaburan di atas lantai dapur. Tak sanggup dia hendak mengutip baju dan seluar anaknya yang bertaburan di lantai. Kenapa sampai bertaburan di lantai dapur? Let’s not even go there!
Kelam kabut Naz mengutip baju dan seluar suami, dimasukkan ke dalam bakul kain basuhan di bilik dobi di sebelah dapur. Astaghafirullahilazim! Apalah yang mak mertua aku fikirkan sekarang! Muka Naz merah berbahang. Malu! Malu besar!
“Mummy tak tahu nak kata apa,” akhirnya Puan Sri Freida membuka mulut.
“Tak perlu kata apa-apa, Mummy. We are still in our honeymoon phase,” selamba Khaalish menjawab, mukanya kering sahaja.
Naz pula malu tak tahu mana hendak diletakkan muka. Kalaulah ada mesin pemadam ingatan macam dalam filem “Men in Black” tu, mahu dia gunakan ke atas mak mertuanya.
“Kok ye pun honeymoon phase…..!” setakat itu sahaja yang mampu Puan Sri Frieda komen, kepalanya digeleng-gelengkan.
“Mummy, kami ni dah sah. Dah nikah,” balas Khaalish dengan suara mendatar.
Dengan anak tidak berkesan, Puan Sri Freida mengalihkan tumpuannya kepada si menantu pula.
“Kamu pula, Idora. Tak adakah baju yang elok yang boleh dipakai?”
“Mummy, during the honeymoon phase, less is best,” boleh Khaalish jawab begitu!
Naz rasa macam nak ketuk-ketuk kepala sang suami. Ish, tak boleh jadi ni, lagi banyak cakap, lagi malu dia jadinya. Tukar topik! Tukar topik!