Monday 15 July 2013

Arrggghhhhh 13 JAM A380 BAB 28 - GAGAL UNTUK DISIAPKAN

Argggghhhh.. Sesungguhnya saya tak ada kekuatan untuk meneruskannya.... Sebenarnya ada pertandingan untuk menyiapkan bab 28 untuk novel kedua Cik Eva 13 jam A380 . Hadiah memang lumayan . Siapa tak nak RM 500 dan jemputan makan bersama penulis . Bagi saya berjumpa dengan novelist tu yang berharga sebab penulis tu tidak berada di malaysia kerana beliau melanjutkan pelajarannya di London. Sesekali pulang bercuti melawat sedara mara danbertemu peminat.  Saya tak ada kekuatan untuk menulis dan menulis juga bukan minat saya. Tak pe.. mungkin lain kali cuba lagi ... bila baca bab 28 peserta yang menyertai pertandingan semuanya best-best .Tapi bukan saya .... hahahahha.... masih belum mampu lagi ...... Harapan nak bertemu novelist Eva tak tercapai..... sebenarnya nak cuba siapkan juga tapi entah laaaa ... 






( sedikit sedutan bab 28 yang tergantung )


Haydar.....

Sampai dirumah aku disambut oleh Fawwaz yang sudah menantiku dirumah agam itu. Seperti biasa aku memangkirkan kereta yang aku pandu disebelah kereta Fawwaz. Peristiwa di taman permain tadi masih segar di ingatan. Fawwaz yang perasan keadaan ku merasa pelik.
"Hana are you okey ?" Tanya Fawwaz sedari tadi melihat ku masih diam membisu tanpa sepatah ayat. Emmel terus berlari-lari gembira kerana dapat berjalan dengan mommynya. Seperti tidak sabar menceritakan pada daddynya. 
"haah!" aku terkejut. Apa yang aku dapat lihat Fawwaz tersenyum dengan reaksi aku.
"Saya tanya awak okey ke ? kenapa tak tunggu saya habis meeting tadi?" Tanya Fawwaz yang mencari kepastian. Aku hanya mampu tersenyum kelat. Fikiran aku masih melayang mengenangkan pertemuan aku dengan Haydar. Fawwaz masih berdiri dihadapan aku menanti jawapan. Aku terus diam membisu tanpa sepatah kata.


" Thanks!" hanya itu yang mampu aku katakan. Kerana kelalaian aku , aku hampir kehilangan Emmel. Budak yang paling comel anak kesayangan Fawwaz . Apa alasan yang aku akan beri jika benar - benar berlaku. Lelaki yang suit kemas masih berdiri disebelah ku dan merenung tajam memerhatikan gelagatku dengan Emmel.
"Hana!" Terkejut bila nama ku diseru. Haydar memandang pelik bila melihat aku dan Emmel. 
"Jom kita balik sayang , daddy dah tunggu " Aku memberi alasan untuk terus beredar dari situ. Tidak mahu menunggu lebih lama kerana debaran jantungku semakin kuat. Emmel yang masih dalam dokongan aku dan terus berlalu pergi. Emmel dengan bola dipegang rapi hanya jadi pemerhati aku dan penyelamat itu tadi. Aku mendengar nama ku dipanggil tetapi aku terus mencepatkan langkah ku. Mengapa Haydar perlu hadir diwaktu ini, mengingatkan aku peristiwa di lapangan terbang ,dimana aku sendiri tidak menerima kenyataan melihat kemesraan Hydar bersama model itu. Malah aku tidak menyangka Frido datang menenangkan aku ketika itu , 


( kita tunggu novel ini keluar bulan ogos ini terbitan Karyaseni )


7 comments:

  1. Haha nape tak cuba? Come on u r half way already ;) just send it :p lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahah malunya ... Eva dah terjah ...tak pandai laaa ... tu laaa angat2 tahi ayam je .. tak pe laaa imeginasi tak kembang laaa .. bila buat cam ni baru saya tahu .. bukan senang nak menulis .. maybe next time ... anyway thanks your support... hehehheh

      Delete
  2. baru perasan post akak ni lepas hampir sebulan :) . xpe kak. idea untuk novel orang mmg xboleh. ce akak beri idea novel sendiri. entah2 menjadi...angkat2 kening.

    Ps: selamat hari raya. maaf zahir batin. tunggu review 13 Jam A380 dari akak pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh .. akak memang tak bercita2 pun nak buat novel... membaca tu bukan minat akak sebenarnya... tapi dah lama2 jadi seronok membaca novel ni ... tunggu review akak yeee akak yeee mungkin dalam bulan ni gak ... novel ni memang best sangat2...

      @@ selamat hari raya dari akak jugak ... terima kasih singgah walaupun sibuk beraya ni ... akak dah lama tak buka blog ni ... ingat nak update review baru minggu ni

      Delete
  3. aah kan ein pun baru perasan ada post ni... sayang x teruskan.

    Selamat Hari Raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai ein ... memang sayang tak teruskan ... idea tu ada tapi tak berkembang lak ..... sampai penulis novel dah sergah suruh siapkan ... malu rasanya..hehheheh tapi akak dah dapat novel ni... memang best .. ein dah baca ke ....


      @@ selamat hari raya dari akak dan terima kasih singgah...

      Delete
  4. i simply love your books. The latest is as awesome as the first. If only that is in real life a Tengku Kamil and Syed Haydar, i definitely want to be the Arianna Rose and Hana Sofea. Well done Cik Iman/Evelyn Rose.

    ReplyDelete