Thursday, 25 July 2013

NOVEL RAHSIA HATI

Jika itu dugaan untukku, aku pasrah. aku akan tempuhi semuanya dengan reda
Akan aku lindungi orang yang aku sayangi.


Ini novel kedua Azimah lily , Saya memang mengikuti E - novel untuk cerita Siapa orang gajiku. Boleh saya tak perasan E-novel Rahsia hati ini novel pertama beliau ..... apa pun novel ni memang best sama macam novel Siapa orang gajiku . Novel yang mempunyai 641 muka surat  membongkar Rahsia hati terbitan karya seni ini. Novel ni banyak pada cerita hubungan kekeluargaan yang kuat . Kasih sayang yang dipupuk hinggalah dendam yang memakan diri.

Jom kita membongkar apa yang ada di Rahsia Hati. Tengku Dania Dahlia hidupnya dikelilingi dengan orang penuh dengan hasad dengki , berpura-pura dan tamak. Kerana itu juga Tengku Dania menjadi yatim sebelum waktunya. Mama dan papanya meninggal dunia dalam satu kemalangan yang dirancang. Lebih pedih lagi  semua angkara itu semata - mata kerana harta yang diwarisi oleh papanya. Sejak peristiwa hitam keluarganya Tengku Dania dan adiknya Tengku Daniel  dibesarkan oleh Datuknya Tan Sri Tengku Daud. Sebagai pewaris Global Bersatu milik Tan Sri Tengku Daud , Tengku Dania berjaya menerajui syarikat gergasi itu. Dania lebih banyak mengikut datuknya walaupun soal jodoh. Tetapi tidak pada Dniel yang tak suka hidupnya diatur oleh datuknya. Pada Dania biar dia sahaja yang mengikut telunjuk datuknya dan beri kebebasan pada Daniel untuk mencari pasangan hidupnya.

 Hadir lelaki yang bernama Hairi Azwan yang tidak pernah mengitirf dirinya sebagai tunang. Hairi Azwan cucu kepada kenalan datuknya yang tak pernah sekali pun bertnya khabar. Dania membiarkan padanya biarlah takdir yang menentukan perhubungannya. Sekembalinya Hairi keadaan berubah bila Hairi ingin mengenali siapa Dania sebenarnya. Apa perkara yang menarik perhatian Hairi membuatkan Hairi jatuh cinta pada Dania. Namun Dania tidak cukup masa untuk dirinya. Dania perlu melindungi Daniel dari musuh yang membunuh ibu bapanya dulu. Dania disahkan sakit jantung dn keadaannya amat kritikal . Dania tidak mahu membuat pembedahan kerana padanya mati itu pasti. Dia tidak mahu lemah akibat pembedahan itu kerana musuhnya sentiasa mencari kelemahannya dan cubaan membunuh Dania. Dania mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangannya dengan Hairi kerana dia tak sanggup melihat orang yang disayangi meratapi kehilangannya. Padanya kehilangan orang yang tersayang amat menyakitkan.  

Sinopsis dari kulit novel
“Dalam usia muda, dia memegang jawatan Pengarah Urusan Global Bersatu. Dia juga merupakan nadi penggerak Global Bersatu sehingga Global Bersatu tersenarai sebagai antara sepuluh syarikat gergasi yang berjaya dan setaraf dengan syarikat gergasi lain di dunia. Dania juga pernah jadi cover majalah Dewan Perniagaan. Kau tahu tak majalah tu hanya akan menyiarkan berita tentang usahawan yang berjaya di Malaysia?”

Tengku Dania Dahlia – Sebut sahaja namanya, semua akan terpegun. Kekayaannya menjadi sebutan. Keayuannya digilai sang jejaka. Namun dia menyimpan sebuah rahsia. Rahsia yang membuka kepada sebuah pintu kedukaan...

Setelah kepergian mama dan papanya dalam nahas yang dirancang, Tengku Dania Dahlia bertekad habis-habisan melindungi satu-satunya adiknya, Tengku Daniel Darius.

“Papa... Mama... Lia janji selagi Lia bernafas, Lia akan jaga dan lindungi Daniel.”

Demi menjaga status, Tengku Dania Dahlia ditunangkan tanpa rela oleh atuknya dengan Hairi Azwan. Bagai buku bertemu ruas, mereka sama-sama keras kepala, sama-sama angkuh.

“Perempuan macam kau tak layak menjadi isteri aku. Dasar perempuan pisau cukur. Kau hanya nak kikis harta aku. Aku benci perempuan macam kau.” - Hairi Azwan

“Aiii... Jika nak dibandingkan di antara harta aku dan harta kau, harta aku banyak lagi. Sepuluh kali ganda banyak daripada kau. Perasan lebih.” - Tengku Dania Dahlia

Tapi orang kata, jangan terlalu membenci nanti lama-lama... jadi sayang. Ya. Akhirnya itulah yang berlaku!

Walau malu mengaku, mereka sebenarnya sama-sama sayang. Dalam diam-diam, ketegasan dan sikap terlalu melindungi Tengku Dania Dahlia, si wanita korporat yang pandai bertumbuk meleburkan hati batu Hairi Azwan, si kaki perempuan.

Tapi kenapa Tengku Dania Dahlia seolah-olah jual mahal? Apakah rahsia di sebalik penolakan lamaran Hairi Azwan? Apa benar benci yang dipamerkan? Atau hanya sekadar benci... tapi sayang?

Bocorkan rahsia ini dalam Rahsia Hati.


Petikan - petikan menarik dari novel


Kerana Musuhnya 
"Tekaan cik muda tepat. Tuan muda mengalami masalah untuk membeli tanah di batu Ferringhi. Ada beberapa pemilik tanah tiba-tiba sja menukar fikiran untuk tidk menjul tanah tersebut."
"Hmmm... Pelik. Bukan ke dahulu mereka sudah bersetuju dengan syarat yang kita tetapkan."
"Ya. Pada saat akhir , mereka tiba-tiba saja mengubah fikiran."
"Atas sebab?"
"Bayaran yang kita beri tidak setimpal dengan keuntungan yang akan kita perolehi nanti." 
"Wau! Bijak juga pemikiran mereka. Pasti ada orang yang hasut, kan?" teka Dania. Ali menganggukkan kepalanya. telahan cik muda memang benar.
"Uncle Johari, kan ?" Dania mengeluh terus bangun.
"Dua hari sebelum penjanjian jual beli diadakan, penduduk kampung didatangi dua orang llaki. Katanya mereka juruukur tanah daru KL. Kata mereka lagi, harga yang ditawarkan oleh syarikat kit tidak setimpal dengan keuntungan yang kita akan dapat selepas hotel lima bintang nanti."
"So, apa yang mereka nak agar kat boleh beli tanah tersebut?"
"Harga empat kali ganda daripada harga asal," jawab Ali. Dania kecewa. Lucu benar apabila mendengarnya. Ali terkejut dengan reaksi yang ditunjukkan oleh majikannya.
"Hmmm... Apa yang adik saya akan lakukan?" Tanya Dania.
"Masih dalam proses pembincangan."
"Mesyuarat ahli lembaga pengarah akan diadakan minggu depan. Kalau Daniel masih tidak menyelesaikan masalah ini, pasti Uncle Johari akan kemukakan hal ini kepada ahli lembaga pengarah. Memang bijak otak Uncle Johari ini. Dia cuba wujudkan masalah untuk Daniel." Dania sudah tahu helah yang akan digunakan oleh pak ciknya itu.
"Apa yang saya perlu lakukan?"
"Biarkan saja. Jika Daniel masih belum cari jalan penyelesaianya, saya akan buntu." Dania tersenyum. Ali hanya menganggukkan kepalanya. Dia akur dengan arahan Dania. Ali tahu Dania pasti akan membantu adiknya.

Demi melindungi adiknya Daniel , Dania sanggup lakukan apa saja.
"Irfan Sazali bin Salim. Umur dua puluh empat tahun. Baru empat bulan keluar dari penjara atas kesalahan mencuri. Berasal dari Puchong. Anak sulung daripada empat orang adik - beradik. Tamat sekolah menengah saja." Dania membaca profil Irfan. Irfan terkejut. "Macam mana dia tahu tentang aku ? Siapa dia ? Irfan merenung wanita yang sedang duduk di kerusi.
"Saya nak beri tawaran kerja untuk awak. Awak berminat ke tidak?"
"Apa!" irfan lagi terkejut.
"Ya. Work with me. Saya tahu awak sedang mencari kerja sekarang ni."
'Eh, macam mana dia tahu aku sedang cari kerja?' Sudah lama dia cari kerja tapi tidak dapat keranadia seorang bekas banduan. Ramai yang memandang rendah kepada dirinya.
"So? Apa keputusan awak?"
"Tapi saya bekas banduan." Irfan berterus-terang.
"Ada saya kesah?" Dania tersenyum. Dia bangun lalu menghampiri Irfan.
"Apa yang saya perlukan hanyalah kesetiaan dan kepercayaan awak sahaja. Itu saja. Gaji awak setiap bulan adalah lima ribu ringgit. Setuju?" tanya Dania.
"Lima ribuuu.." Bulat Irfan mendengarnya. 'Banyak tu. Aku bukan ada ijazah pun.'
"Kenapa ? Tidak cukup ke ?"
"Tak... Itu dah lebih daripada cukup, cik muda."
"Bagus. Awak akan berkerja sebagai pengawal peribadi adik saya, Daniel. Dia akan balik dari Ireland hujung minggu ini. Awak akan jaga keselamatan adik saya malah setia kepadanya walaupun apapun," tegas Dania.
Irfan menganggukkan kepalanya.
"Dan awak perlu setia kepada adik saya saja. Jika suatu hari nanti dia menentang saya, awak tetap akan setia kepadanya. Faham?" Dania hanya tersenyum.


Tan Sri Tengku Daud sentiasa menentukan kehidupan cucu-cucunya. Tetapi Daniel tidak seperti Dania yang lebih mengikut telunjuk datuknya. Kerana itu Daniel melarikan diri kerana ingin dijodohkan oleh pilihan datuknya.

”Aku lari dari rumah!” ringkas jawapan Daniel. Dia malas nak sembunyikan perkara ni dari Amran lagi.
Tersedak Amran dibuatnya selepas mendengar jawapan Daniel. Dia meletakkan kembali cawannya lantas dia mengambil tisu. “Apa!”
“Aku .....lari .....dari ....rumah!” Daniel menyebut satu persatu agar Amran mendengar katanya. Malas nak ulang lagi.
”Pewaris Global Bersatu lari dari rumah! Kau biar betul!” Amran tak percaya.
”Tengok! Kau ada nampak ke bodyguard aku? Ni beg ni! Aku bawa ni saja. Sekarang ni aku sehelai sepinggang. Duit semua tak ada. Sekarang ni aku pasti yang atuk telah bekukan semua aset aku. Duit dan kad kredit aku.Nanti kau bagi aku pinjam sikit duit kau”
Amran menggelengkan kepalanya. Dia tahu sejak dulu lagi Daniel dan Tan Sri Daud memang tak sehaluan. Pantang saja bertemu mata pasti ada saja yang akan dijadikan isu untuk bertengkar. Pertama kali dia berjumpa atuk Daniel , hampir luruh jantung dibuatnya. Garang nak mampus. 
”Kak Dania?”
”Dia tahu. Bila kau sebut nama kakak aku, baru aku teringat. Sebelum aku datang sini, dia bagi aku sampul surat. Aku terlupa la nak buka.” Daniel membuka zip begnya. Sampul surat tersebut dikeluarkan dan dibuka. Daniel mengeluarkannya.
”Buku bank! Kad kredit!” kata Amran mengambil salah satu buku bank yang dikeluarkan oleh Daniel. Dia membuka dan hampir terjojol biji matanya melihat angka di dalam buku tersebut .....”50 ju....juta!”
Daniel tersenyum. Cerdik betul otak kakak aku ni! Dia tahu atuk akan bekukan duit dan kad kreditnya. Thanks!
Amran mengambil satu lagi buku bank yang berada di tangan Daniel .Dia membuka. ”20 juta..Kak Dania dah tersilap bagi buku bank kat kau ke? Kalau macam ni, setahun kau tinggal kat sini belum tentu duit kau dah abis..Macam ni kau tak payah la nak pinjam kat aku?”
Daniel ketawa.”Malam ni aku belanja kau, kau sebut saja apa kau nak makan! Ok” kata Daniel.
”No hal punya!” Amran tersengih.
“Tapi sebelum tu aku nak shopping dulu. Beli baju!” kata Daniel tiba-tiba teringat akan pakaian yang dibawanya tak sesuai dengan cuaca di sini.
“Ikut aku! Kau nak jenama apa? Semuanya ada.” Amran tiba-tiba bangun.
“Tapi sebelum tu, kau kena la bayar breakfast . Aku tak keluarkan duit lagi.” Daniel tersengih. Dia membuat muka kasihan.
“Kau ni!” Amran menjegil matanya pada Daniel.

Hairi Azwan calon pilihan datuknya tidak pernah mengitiraf dirinya sebagai tunang.
"Thanks, Dania! Memang tepat pilihan atuk, pilih kamu jadi isteri Hairi.” puji Dato’ Razali. Nak harapkan Hairi, satu hadiah pun jangan harap la nak bagi kat aku. Perut dia saja dia jaga.
”Dia belum jadi isteri Hairi lagi, atuk.” Hairi tiba-tiba mencelah. Dia mengatur langkah menghampiri mereka yang berkumpul di ruang tamu.
Wajah Dato’ Razali berubah. Budak bertuah ni! Dia memang sengaja nak cari pasal. Dato’ Razali mengetap bibirnya menahan geram. ”Dania akan jadi isteri kau tak lama lagi.”
”Tapi bukan sekarang.” jawab Hairi. Dia mendekati wanita yang memakai baju kurung pahang berwarna biru laut. Wanita itu hanya tersenyum memandangnya.
”Hairi!” nada suara Dato’ Razali meninggi. Cucunya ni memang kurang ajar. Tak hormat langsung orang yang berada di situ. Dato’ Razali menoleh ke arah sahabatnya.Dia malu dan bimbang jika kata-kata cucunya itu menyinggung perasaan sahabatnya itu. Tan Sri Daud hanya menganggukan kepalanya sebagai tanda dia memahami apa yang berlaku. Wajah Datin Zulaikha pucat melihat apa yang berlaku.
”Dania, hadiah untuk Hairi! Kau ada bawa tak?” tanya Tan Sri Daud. Dia cuba mengubah topik sebelum keadaan menjadi panas.
”Oooo........” Bulat mata Dania. Dia terus memandang pada Tan Sri Daud. ”Dania terlupa la nak beli hadiah kat Hairi. Hish...macam mana Dania boleh terlupa ye? Mungkin sebab Dania bukan isteri Hairi lagi kot.” Dania berpura-pura terkejut. Matanya melirik pada Hairi yang berada di sisinya.
Hairi menjeling pada Dania. Kedua-dua belah tangannya digenggam erat. Dia ni kenakan aku balik dengan kata-kata aku sebentar tadi. Memang dia ni bukan perempuan biasa yang selalu aku kenal. Dia lain sikit..
”Dania!” tegur Tan Sri Daud. Dania ni…dia mula dah.
“Kalau macam tu awak suka apa? Jenama apa yang awak suka guna? Beritahu semuanya nanti Dania belikan. Lagipun duit Dania banyak, sampai bila takkan habis.” Perli Dania.
“Kau!” Wajah Hairi berubah.Dia menunjukkan jari telunjuknya hampir pada wajah Dania.
“Ya! Awak nak tahu Dania suka apa ke? Nak beli kat Dania ke? Hmm.... Dania suka jenama Bluefly. Semua produknya Dania suka.Awak ni memang seorang pemurah la.” beritahu Dania tanpa segan silu. Dania sengaja sakiti hati Hairi.
”Kau ni....memang sengaja...nak sakiti hati aku!” Hairi terus memegang tangan Dania dengan kuat. Perempuan ni perli aku secara terang-terangan. Dia sengaja nak naikkan darah aku.
”Hairi, lepas Dania! Kau ni tak malu ke layan Dania macam tu depan kami semua? Kau tak hormat kat Tan Sri Daud ke ?” marah Dato’ Razali bila Hairi bertindak kasar pada Dania di depan mereka semua.
”Sakit ! Sakit la ! Please let me go !” Dania membuat mimic muka sakit pada mereka semua. Dia merayu agar dilepaskan bagi meminta simpati pada Dato’ Razali. “Atuk Zali!” Dania membuat muka simpati.
“Hairi, atuk kata lepaskan Dania!” Dato’ Razali tiba-tiba naik angin.
“Hairi! Kenapa berkasar pada Dania macam tu? Lepaskan dia. Sakit tu.” Datin Zulaikha merayu bila melihat wajah Dania yang sedang menahan kesakitan.
Hairi dengan kasar melepaskan pegangannya. Renungannya pada Dania seolah-olah ingin menelannya hidup-hidup.
Dania memegang tangannya yang masih sakit. Terdapat bekas pegangan tangan Hairi pada pergelangan tangannya. ”Atuk! Atuk Zali! Mama! Dania balik dulu. Ada orang tak suka Dania. Dania rasa lebih baik Dania balik dulu. Terima kasih sebab jemput Dania malam ni. Maaf !” Air mata Dania mula bergelinangan. Dania mengesat air matanya yang mengalir. Dania segera meninggalkan mereka berempat yang masih tercengang.
”Hairi! Apa yang kamu dah buat pada Dania? Mama tak sangka Hairi sanggup layan Dania macam tu. Dia kan tunang Hairi. Mama kecewa dengan sikap Hairi.” Datin Zulaikha terus berlalu pergi dengan wajah yang sedih.
”Tengok apa kau dah buat? Kau ni memang tak ada budi bahasa langsung. Macam mana la aku boleh ada cucu macam kau?“ marah Dato’ Razali. Kejadian sebentar tadi menarik perhatian orang yang berada di dalam rumah banglo itu.
”Atuk!” kata Hairi. Dania....kau! Kau sengaja buat aku macam ni. Kau nak mereka semua anggap aku seperti aku yang jahat di sini. Hairi geram bila atuk dan ibunya menyalahkan dirinya.
Tan Sri Daud terdiam. Dania, budak ni memang pandai berlakon! Dia kenal benar dengan perangai Dania. Dia bukan seorang wanita yang lemah dan menangis disebabkan perkara yang kecil. Ni pasti plan dia nak kenakan Hairi balik disebabkan kejadian pagi tadi.Dia tahu apa yang berlaku pada Dania pagi tadi.Sejak dari tadi, Tan Sri Daud hanya diam membisu dan memerhati gelagat cucunya. Nampaknya mereka berdua ni saling membenci antara satu sama lain.



Dendamnya terus membara bila adiknya cuba diganggu. 

“Shiela cintakan Abang Daniel tetapi Kak Dania masih nak pisahkan kami.” Tegas Shiela. Matanya bulat merenung wanita yang berdiri di hadapannya.
Dania ketawa. Geli hatinya bila mendengar pernyataan Shiela. “Pisahkan kamu berdua! Mengarut!” Dania mendekati Shiela. “Daniel tak suka Shiela pun. Jangan perasaan.”
“Kak Dania!” jerit Shiela.
“Berapa kali kak nak beritahu Shiela untuk Shiela faham. Shiela bukanlah wanita yang ditakdirkan untuk Daniel. Kak pasti tentang itu.”
“Teruk sangat ke Shiela sampai Kak Dania tak boleh terima Shiela? Apa salah Shiela sehingga layan Shiela macam ni? “ Bibir Shiela terketar-ketar menahan geram. Apa kurangnya aku? Aku setaraf dengan mereka.
“Shiela ingat Kak Dania tak tahu aktiviti Shiela selama ini. Shiela nak Kak Dania beritahu satu persatu ke?”
Wajah Shiela berubah mendengar kata-kata Dania. Apa Kak Dania tahu tentang aku? Segalanya ke? Tak mungkin. Kalau Abang Daniel tahu, pasti Abang Daniel dah tak sukakan aku.
“Balik la. Fikirlah baik-baik sama ada orang seperti Shiela layak berdampingan dengan Daniel.”
”Jadi, Kak Dania nak ugut Shiela la!” Tiba-tiba Shiela meninggikan suaranya.
Dania menggelengkan kepalanya. ”Ya. Stay out from my brother life! I mean it.” Tegas Dania.
“Apa Kak Dania akan buat kalau Shiela enggan ikut cakap Kak Dania?” Mata Shiela sudah merah. Shiela menahan kemarahannya.
“Kak akan buat perkara yang sama yang pernah papa Shiela pernah buat.” Kata Dania.
Wajah Shiela berubah. Apa maksud Kak Dania sebentar tadi? Apa papa pernah buat? Pelbagai soalan bertubi-tubi di fikirannya.
“Ali, panggil security sekarang. Saya tak nak perempuan ni ada kat pejabat saya.” Arah Dania.
Shiela terkejut dengan kata-kata Dania. Shiela mengenggam erat beg tangannya. Nak halau aku? ”Perkara ni takkan berakhir di sini. Shiela akan lakukan apa saja agar Abang Daniel menjadi milik Shiela. Shiela akan pastikan Kak Dania takkan menjadi penghalang cinta Shiela lagi.”
”Jadi Shiela nak bunuh kak la ye!” Kata Dania secara tiba-tiba. Dania masih tersenyum.
Shiela tergamam dengan kata-kata Dania.
”Shiela serupa saja. Hmmm....baiklah, kak akan tunggu dan lihat apa Shiela nak buat! But you never win.” tegas Dania. Dania berpaling ke arah Ali. “Ali!”
Ali menganggukkan kepalanya. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya untuk memanggil pengawal.
Bila melihat tindakan Ali, Shiela terus berlalu pergi. Sebelum melangkah pergi, Shiela sempat memberi renungan yang tidak dapat ditafsirkan apa maksudnya pada Dania.
“Cik Muda, saya rasa kali ni Shiela tak main-main!” Ali risau.
”Jangan bimbang, Ali! She’s can’t do anything to me. Saya takkan biarkan anak pembunuh ibu bapa saya mendekati Daniel. Itu takkan berlaku.” Tegas Dania. Dania menggengam erat tangannya. Kemalangan yang menimpa ibu bapanya bukanlah satu kemalangan biasa tetapi dirancang oleh seseorang. Dania tahu siapa orangnya cuma dia tiada bukti sahaja.

Apa yang berlaku 15 tahun lalu mengubah hidup Dania.
Langkahnya terhenti apabila mendengar suara seseorang yang sedang berbual.
”Hey, Mansur! Kan aku dah cakap, sepatutnya kau bunuh saja Sufian tu. Aku tak nak seorang pun yang terlibat dalam hal ni hidup. Jika tak habis kita.” marah Johari.
”Eh, Johari! Boleh tak kau slow sikit suara kau tu? Kau sedar tak sekarang ni kita berada di mana? Kau ni tak ada otak ke? Kau nak semua orang tahu yang kita yang menyebabkan kematian Alif dan Mardiyah.” giliran Mansur pula yang memarahi Johari.
”Kau tu yang tak ada otak. Sufian tu tak boleh harap. Kalau dia buka mulut saja, habis la kita semua. Kau nak meringkuk dalam penjara. Kau sepatutnya bunuh dia hari tu.” Johari masih tak puas hati. Dia takut kalau rahsianya terbongkar.
”Kau nak salahkan aku pulak! Mana aku nak tahu, Sufian tu cerdik jugak. Dia sedar yang kita nak bunuh dia sebab itu awal-awal lagi dia cabut lari. Tapi kau jangan risau aku dah suruh orang-orang aku cari Sufian sampai dapat. Sekarang ni apa plan kau? Anak-anak Alif masih hidup. Walaupun kita dah berjaya bunuh Alif dan Mardiyah, mereka bukan lagi penghalang kita tetapi Dania dan Daniel masih lagi menjadi masalah besar pada kita. Mereka akan mewarisi segala yang kau idamkan selama ni. Harta Tan Sri Daud dan juga Global Bersatu. Kan senang kalau budak-budak tu ikut sama mampus macam mak bapa mereka. Tak la menyusahkan sekarang. Kita bunuh saja budak berdua tu.” Mansur mengetap bibirnya. Geram betul bila apa yang dirancangnya tidak menjadi. Macam mana Dania dan Daniel tidak ikut sama Alif dan Mardiyah pada waktu tu?
”Kau dah gila! Kau ingat Pak Ngah aku tu bodoh. Dia dah syak, kau tahu tak! Kemalangan yang berlaku ni, dia dah mula curigai aku. Kalau kita bunuh Dania dan Daniel sekarang, itu kerja gila namanya. Kau nampak tak tadi, dari tadi Pak Ngah aku asyik perhatikan gerak-geri aku saja.” Bulat mata Johari bila mendengar kata-kata sahabatnya itu. Sekarang bukan masa yang sesuai.
”So apa kita nak buat sekarang? Kau nak tunggu mereka berdua dah besar baru nak bunuh mereka.”
”Kau ni bersabar la dulu. Dania baru 12 tahun. Daniel pulak 10 tahun. Mereka takkan jadi masalah kat kita. Lagipun kalau kita bunuh mereka sekarang, kita jugak yang susah nanti. Kita biarkan dulu. Biar perkara ni reda dahulu, selepas tu kita fikir plan seterusnya. Yang penting sekarang adalah Sufian. Kau kena cari dia sampai dapat.” Johari mengetap bibirnya. Perkara yang merungsingkan fikirannya adalah Sufian. Walaubagaimanapun, Sufian perlu lenyap dari muka bumi ini.
”Baiklah.” Mansur setuju dengan keputusan Johari.
Mereka berdua tidak sedar bahawa percakapan mereka jelas didengari oleh Dania yang berada tidak jauh dari mereka. Air mata Dania mengalir. Dania menekup mulutnya agar tangisannya tidak didengari. Apa yang didengarinya sebentar tadi seperti halilintar yang memanah ke arahnya. Jantungnya berdegup kencang. Kakinya kaku untuk melangkah. Tangan Dania terketar-ketar. Mereka...mereka bunuh papa dan mama! Dania menoleh ke arah mereka berdua yang masih berbual. Nafas Dania turun naik. Selepas kejadian hari itu, Dania mengurungkan dirinya selama 2 hari di dalam bilik. Apa yang didengarinya adalah di luar jangkaannya. Selama dia mengurungkan diri di dalam bilik, Dania sudah berfikir semasak-masaknya. Dia takkan biarkan perkara ni begitu saja. Dia perlu matang dan kuatkan semangat. Dania telah bertekad walauapa yang terjadi dia akan melindungi Daniel dan orang yang memusnahkan kebahagian keluarganya akan menerima balasannya. Itulah apa yang dipegangnya selama ini untuk terus hidup sehinggalah sekarang.

Perasaan benci menjadi sayang , Hairi terkejut selama ini Dania merahsiakan sesuatu dari pengetahuannya.
“Uncle, sebenarnya semua ni salah Hairi bukannya Ali.” Hairi tiba-tiba bersuara.
Dr. Hazwan mengeluh. Disebabkan terlalu marah, dia tak sedar kehadiran Hairi di situ. “Hairi, apa Hairi buat kat sini?” tanya Dr. Hazwan. Dia kenal Hairi kerana Hairi adalah anak kepada sahabat baiknya, Sufian. Arwah Ayah Hairi dan Arwah Ayah Dania adalah sahabat baiknya sejak di bangku sekolah lagi sehinggalah ke universiti. Kini hanya tinggal dirinya saja.
“Dania jadi macam ni disebabkan Hairi, Uncle. Perkara ni tak ada kaitan dengan Ali.” kata Hairi bersungguh-sungguh. Matanya sudah merah . “aaa....Dania, macam mana dengan Dania? Dia tak apa-apa kan!” Hairi terus menggengam erat tangan Dr. Hazwan.
“Hairi tahu tentang penyakit jantung yang dihadapi oleh Dania ke?” Matanya tepat merenung anak muda yang berdiri dihadapannya.
Hairi menganggukkan kepalanya sebagai tanda ya. Dia tidak berani bertentangan mata dengan Dr. Hazwan.
”Kalau Hairi tahu, kenapa Hairi tetap juga nak kahwin dengan Dania?” Minggu lepas, Dania ada datang berjumpa dengannya untuk pemeriksaan kesihatan. Wajahnya sugul seolah-olah ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Bila dipujuk barulah, Dania menceritakannya segala-galanya.
Hairi mendiamkan diri.
”Jawab! Kenapa Hairi nak kahwin dengan Dania, hah! Beritahu uncle! Hairi dah tahu kesihatan Dania macam ni tapi kenapa Hairi tetap nak kusutkan fikiran Dania ? Penyakitnya dah tahap kritikal. Hairi nak Dania mati cepat ke?” marah Dr. Hazwan. Perasaan marahnya kali ni sudah tidak dapat dibendung lagi.
”No! I love her, Uncle. I love Dania!” tegas Hairi. Kenapa? Salah ke aku mencintai Dania. Berdosa ke?
Dr. Hazwan kaku seketika sebaik saja mendengar pengakuan Hairi. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. Wajah Hairi direnunginya. Benarkan Hairi mencintai Dania? Dr. Hazwan menoleh ke arah Ali. Ali hanya menganggukkan kepalanya. Dr. Hazwan mengeluh.

Hairi tak pernah putus asa untuk memenangi hati Dania. Malah dia sanggup lakukan apa saja demi Dania. 
Langkah Dania terhenti. Matanya bulat melihat ke arah keretanya. ”Apa bendanya tu?” Dania menoleh ke arah Ali
Ali tersenyum.
”Kalau tak silap saya....itu Tom, kan! Karekter kartun dalam wailt disney. Tom & Jerry!“ kata Zamri melihat orang yang memakai custome kucing sambil memegang sejambak bunga
”Saya tahu la, itu Tom! Tapi kenapa kucing itu buat kat kereta saya?” Dania menunding jari ke arah kucing itu. Dania pantas melangkah dan mendekati.
”Awak...” belum sempat Dania bercakap. Tiba-tiba orang yang memakai costume Tom itu melutut dan memberi sejambak bunga ros pada Dania.
Dania terkejut.Tangan kanannya digenggam erat. ”Hairi, awak tak faham bahasa ke? Kan saya dah kata jangan ganggu saya lagi.“
”Macam mana awak tahu saya sedangkan saya ....”Belum sempat Hairi menghabiskan katanya, Dania terus mencelah.
”Perfume yang awak pakai ni!kalau awak duduk 1km pun, saya boleh hidu. Busuk!” Dania membuat mimik muka. Mamat ni, apa lagi dia nak dari aku? Dania terus menarik kepala Tom yang dipakai oleh Hairi. Rimas. ”Awak tak panas ke?” tanya Dania secara tiba-tiba. Dania memegang kepala Tom. Jambangan bunga Hairi tidak dipedulikannya. Dania merenung Hairi yang sedang membetulkan rambutnya.
”Tentu la panas.” Hairi mengesat peluh di dahinya. Rambutnya basah. Hampir sejam dia memakai custome Tom tu semata-mata ingin mengambil hati Dania. Semalam Daniel beritahu kakaknya sukakan karakter kartun Tom. Sebab itu dia sanggup berpakaian seperti ini.
”Kalau dah tahu panas, yang awak pakai custome ni buat apa! Tak ada kerja lain ke?” marah Dania. Ali hanya tersenyum.
”Daniel beritahu saya, awak suka Tom! Jadi saya pakai la custome ni.”
Dania mengetap bibirnya. Daniel.....Memang dah nak kena ni! Bila masa dia mula berpihak pada Hairi ni. Balik nanti siap la.
Tiba-tiba senyuman terukir di bibir Hairi. Dia merenung Dania.
Dania sedar Hairi sedang merenung wajahnya. “Apa!” Dania meninggikan suaranya.
“Saya tak sangka awak ambil berat tentang saya!” kata Hairi. Hatinya berbunga riang.
“Bila pulak saya ambil berat kat awak?” Dahi Dania berkerut. Apa la mamat ni merepek?

”Ehhh….buat-buat tak ingat pulak ! Tadi, nak saya ulang balik ke kata-kata awak tadi! Emm...Awak tak panas ke? Kalau dah tahu panas, yang awak pakai custome ni buat ape!” Hairi tersengih sehingga menampakkan barisan giginya yang teratur.
Dania merasa kesal musuhnya sentiasa mengambil peluang untuk membunuhnya.

“Dania!” panggil Hairi. Dia hairan apabila Dania terdiam.

“Are you ok?” soal Hairi lagi risau.
“Awak nak saya jawab yang saya ok selepas ada orang cuba membunuh saya. Begitu ke jawapan yang awak nak dengar!”
“I know it’s a stupid question. Tapi saya tak tahu perkataan apa yang sesuai untuk saya katakan untuk tenangkan hati awak, legakan hati awak dan pujuk awak selepas apa yang berlaku. Apa yang saya nak awak tahu, saya akan sentiasa berada di sisi awak, Dania. Saya tak nak awak tanggung semua ni seorang diri lagi. Awak ada saya. Saya akan lindungi awak.” Ucap Hairi bersungguh-sungguh.
Dania tergamam bila mendengar kata-kata Hairi. Hatinya tersentuh bila mendengar kata-kata Hairi padanya. Pelbagai cara dia lakukan agar Hairi meninggalkan dirinya namun Hairi masih setia berada di sisinya. Adakah Hairi benar-benar mencintaiku? Adakah cintanya benar-benar ikhlas dan tulus terhadapku? Adakah aku perlu menerima cintanya?
“Hairi! Kehidupan kita jauh berbeza. Saya ada tanggungjawab saya sendiri. Saya tak sama macam awak. Kehidupan saya dikelilingi oleh manusia yang penuh hasad dengki, kepura-puraan dan tamak. Awak nak masuk ke dalam dunia saya ke? Tak payah. Saya dah rasa macam mana kehilangan orang tersayang. Sakit! Perit! Pahit! Sedih! Semua saya pernah rasa. Awak tak faham langsung perasaan saya.” Mata Dania mula berair. Dia teringat kembali sewaktu menerima berita tentang kemalangan yang menimpa papa dan mamanya. Jika diberi pilihan, dia tak ingin memiliki apa yang ada padanya sekarang ni! Apa yang dia mahukan hanyalah mama dan papa sahaja.
“Saya tahu! Saya sedar bahawa saya tak merasai apa yang awak rasa tetapi ini bukannya penghalangnya untuk kita bersama, Dania.” Pujuk Hairi lagi.
Dania menggelengkan kepalanya. “It’s easy for you to say. Masa Daniel ditembak 7 tahun lalu, perasaan saya pada waktu itu tiada siapa yang tahu bagaimana rasanya bila melihat adik sendiri berlumuran darah disebabkan kelalaian saya sendiri. Jika pada waktu itu, saya datang lebih awal! Daniel takkan ditembak. Waktu tu, saya hanya menyalahkan diri sendiri dan berdoa agar Daniel selamat kerana saya tak sanggup lagi kehilangan orang tersayang. Sakit, takut, risau! Semua saya pernah rasa. Awak nak saya merasainya sekali lagi ke? Awak nak saya jadi gila ke? Saya takkan benarkan awak masuk ke dunia saya, Hairi. Lupakan saya.” Air mata Dania menitis sambil matanya tepat merenung Hairi. “Please. Hairi!” Dania terus berlalu meninggalkan Hairi dan melangkah menuju ke biliknya. Pintu bilik ditutup dengan kuat.
Hairi menundukkan kepalanya. Dirinya kecewa apabila mendengar kata-kata Dania. Sukarkah untuk Dania menerima dirinya.
“Cik Muda tak nak kehilangan Tuan Hairi sebab itu dia tak nak terima Tuan Hairi dalan hidupnya.” Murni tiba-tiba mencelah. Sejak dari tadi dia mendengar perbualan antara Cik Muda dengan Tuan Hairi. Dia faham kenapa Cik Muda bertindak sedemikian. Hidup Cik Muda rumit, tidak seperti orang lain. Tujuan dia datang ke sini disebabkan Ali menyuruhnya menjaga Cik Muda kerana Ali dan Zamri mempunyai urusan yang perlu diuruskan.
Hairi terkejut dengan kata-kata dan kehadiran Murni. “Apa maksud awak?”
“Saya rasa Tuan Hairi faham akan kata-kata saya sebentar tadi. Tuan Hairi, baliklah dulu. Saya akan jaga Cik Muda di sini. Tuan Hairi, jangan risau.” Kata Murni sebelum beredar dari situ.
Dahi Hairi berkerut. Mungkinkah Dania juga menyintai aku? Sebab itu dia tak nak terima aku kerana dia takut kehilangan aku seperti mana yang berlaku ke atas keluarganya. 


Bila kejahatan terbongkar.

Tiada lagi senyuman di bibirnya. Dia memegang kuat rambut Shiela.
“Kak....sakit! Tolong la lepaskan!” Shiela merayu. Air matanya mula mengalir.
Rayuan Shiela tak dipedulikan. Dia menarik rambut Shiela mengikutnya duduk di kerusi. Orang ramai yang berada di situ tidak dipedulikannya. Apa yang penting, aku kena ajar perempuan ni. Setelah duduk beberapa minit, baru Dania melepaskan rambut Shiela.
Shiela mula menangis teresak-esak.
“Kau ingat dengan menangis sebegini, aku akan lepaskan kau begitu saja.”
“Kak, Shiela minta maaf. Shiela merayu kak.....Shiela minta maaf.”
“Masa kau rancangan nak bunuh aku dulu, kau tak pernah fikir pun pasal semua ni. Sekarang kau nak aku maafkan kau, kau ingat aku ni baik sangat ke?”
“Kak...Shiela, betul-betul minta maaf.” Shiela cuba memegang tangan Dania tetapi Dania sempat mengelak.
“Kau ikhlas ke minta maaf dengan aku? Anak dengan bapak sama saja. Pembunuh! Kau nak tahu tak kenapa aku tak suka kau dekati Daniel....sebab kau anak pembunuh ibu bapa kami. Bapak kau bunuh ibu bapa kami.” Tegas Dania.
Shiela terkejut. Bibirnya terketar-ketar.
“Dan bapak kau pernah cuba bunuh Daniel sewaktu dia sedang belajar di Ireland 7 tahun yang lalu. Nasib baik aku datang tepat pada waktunya. Kau ingat Daniel akan sukakan kau kalau kau berjaya bunuh aku!” Dania tiba-tiba ketawa.
“Tak! Dia takkan sukakan kau sampai bila-bila! Kau anak pembunuh ibu bapa kami. Kau ingat kami akan terima kau dalam keluarga kami. Jangan harap la. Orang macam kau tak layak masuk ke dalam keluarga kami.”
Shiela tergamam dengan kata-kata Dania. Patut la sikap Abang Daniel berubah selepas balik dari Ireland. Ini papa punya pasal. Gelojoh.
“Aku bagi kau satu peluang lagi. Aku nak kau pergi dari sini. Jangan sesekali kau balik ke Malaysia lagi.” Kata Dania secara tiba-tiba. Shiela tercengang. Sekali lagi rambut Shiela ditarik kasar oleh Dania. “Kalau aku dapat tahu kau pulang ke Malaysia, aku akan masukkan kau ke dalam penjara. Kau duduk sekali dengan bapak kau meringkuk dalam penjara.Oleh itu, aku beri kau peluang! Hanya sekali saja. Jika kau tak nak menerima nasib yang sama seperti bapak kau, kau jangan lagi balik ke Malaysia. Orang aku akan sentiasa mengawasi kau. So, be careful.” Rambut Shiela dilepaskan. Dania terus bangun dan meninggalkan Shiela yang masih duduk menangis. Tangisan Shiela semakin kuat sehingga menjadi perhatian orang yang berada di situ. Tangannya masih menggigil. Kata-kata Dania sebentar tadi masih kedengaran di telinganya.

No comments:

Post a Comment