Friday, 23 August 2013

NOVEL PROJECT MEMIKAT SUAMI


Dia suami aku ! Meskipun dia tak pernah cintakan aku, aku akan pikat dia sampai dapat!



Saya memilih novel ini kerana salah seorang pengunjung di blog ini memberitahu novel project memikat suami ni best sangat. Ini novel pertama penulis tapi saya membeli novel kedua dulu iaitu Novel kisah Naz dan Khaalish .  Novel yang santai ... ada dengar novel ini terpilih untuk drama adaptasi sejauh mana kebenarannya saya tak pasti . Kita lupakan drama tapi kita nak cerita pasal novel ini . Dengan tajuknya mungkin ramai yang tertarik untuk membelinya. Masa saya beli pun dah cetakan ke sembilan. Apapun tahniah pada penulis Hanina Abdullah telah menghasilkan novel yang cukup menarik . Sedikit review dari saya ...

Nawwal Husna anak bongsu yang manja baru habis belajar dipaksa pulang awal atas permintaan keluarganya. Niat untuk menjelajah Eropah bersama teman-teman terpaksa dilupakan. Pulangnya dikejutkan bila keluarganya memberitahu dirinya dipinang orang. Pinangan itu terpaksa diterima demi babah dan ummi. Kakak - kakak Husna sebagai Master-ji dan side-kick mengajar Husna strategi untuk memikat suami yang seperti ketul ais beku. Sehari baru berkahwin Husna bagaikan merasa sedih kerana suami sudah merancang untuk berkahwin lain . 

Hari demi hari Husna cuba memenangi hati suaminya dengan ilmu yang diturunkan oleh kakak-kakaknya. Kekegemaran Husna merayau dipelusuk dunia bersama rakan terpaksa dilupakan bila dirinya berkahwin dengan Zahrain. Kehadiran Atai , rakan kolej Husna mengundang rasa cemburu Zahrain. Setiap apa yang berlalu Husna sering memberitahu kakak-kakaknya cara untuk memikat hati suami dan memasang pelbagai strategi yang baru. Zahrain juga tidak sedar kehadiran super model Adira Sulaiman yang ingin meruntuhkan rumahtangganya membuatkan Husna tak senang duduk. Pelbagai cara Adira menyakitkan hati Husna kerana cemburu seperti menghantar MMS pada Husna hingga Husna membawa diri. 

Kerana terlalu sakit hati Husna pergi melarikan diri . Zahrain tak senang duduk dengan kehilangan isterinya. Dengan bantuan rakan-rakan Husna, Zahrain dapat menjejaki Husna . Zahrain bukan lelaki yang pandai memujuk . Tetapi Zahrain akur cinta pada isterinya membuatkan dia tidak bertoleh lagi pada yang lain. 


Sinopsis dari kulit novel

NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.



“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin



Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya,yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.



“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna



“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla



Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?



“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin



Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!



Petikan - petikan menarik dari novel
Dikejutkan dengan satu pinangan
“Meminang Una?” Ternganga mulut Husna! Terkocoh-kocoh dia pulang dari U.K. bila mendapat panggilan telefon dari umminya. Ada hal keluarga, penting, balik secepat mungkin kata Ummi. Berteka-teki Husna sepanjang penerbangan, apa hal urusan keluarga yang disebut umminya itu? Hairan benar bila dia disuruh pulang segera. Rupanya, hanya kerana ada yang da
tang meminangnya.

Walhal Ummi dan Babah sudah berbulan tahu tentang rancangannya nak mengembara ke Scandinavia dengan geng selepas peperiksaan akhir. Habis burn begitu saja tiket keretapi keliling Scandinavia yang dibelinya. Habislah peluang dia nak menjejak kaki ke bumi Scandinavia. Dah balik ke Malaysia, tentu nak mula bekerja, entah bila zamanlah dia akan berpeluang ke Scandinavia.

“Sabar sajalah,” Husna memujuk diri. Nak mengeluh depan Ummi, jauh sekalilah. Tak baik buat Ummi kecil hati.

“Tapi Mi, kenapa Una kena pulang cepat-cepat ni? Tak boleh ke tunggu? Bagi tau je kat Una lepas kami balik dari Scandinavia. Sebulan saja kami nak ke sana.” Husna melembutkan suaranya, tak mahu menyinggung perasaan umminya.

“Sebelah sana kalau boleh nak cepat. Kalau boleh mereka nak bulan depan.” terang ibunya, Hajjah Rahmah.

“Bertunang bulan depan?” soal Husna. Eeee…. kenapa cepat sangat? Hairanlah! Kenal pun tidak, terus nak bertunang? Bujang terover terlajak sangatkah? Eh! Kalau tua bangka tak naklah. Berkerut mukanya sambil menghirup teh yang dihidangkan Mak Dah, pembantu rumah mereka.

“Bukan bertunang, bernikah!” jelas Hajjah Rahmah.

Tersembur teh yang baru saja dihirupnya tadi. Kakaknya, Nawrah Hanna, mengekek-ngekek ketawa. Husna cepat-cepat mencapai tisu dari atas meja dan mengelap bibirnya.

“Nikah bulan depan? Biar betul Ummi?” Terkejut Husna dibuatnya. Hai, ada lagi ke orang yang bernikah tanpa berjumpa dengan bakal suami atau isteri. Tak dibuat orang dah zaman sekarang ini. Aku nak nikah bulan depan? Surreal sungguh! Cawan teh yang dipegangnya, diletakkan cepat-cepat ke atas meja, takut terlepas. Wajah ibunya yang nampak bersungguh menambahkan perasaan gubra di hatinya. 



Pertemuan pertama yang menjengkelkan.

Awak nak kahwin dengan saya ke?” Wah, macam bagus punya soalan, Husna. Walau pun merah membahang rasa pipinya, Husna memberanikan dirinya bertanya. Kalau tak tanya terang-terang, sampai entah ke bilalah, asyik you-for-dessert, cook-for-me, think-of-me B.S.

“Awak rasa?” Dia ni tak reti ke nak jawab soalan dengan jawapan ke?

“Kenapa? Penting ke awak nak tahu perasaan saya?” Sudah, Husna. Aku pun dah kena penyakit dia,answering a question with a question.

“Penting jugaklah, kalau awak ada perasaan kat saya….”

Belum sempat Zahrain menghabiskan ayatnya, Husna hampir terjerit, “We have just met, less than an hour. Macam mana saya nak ada perasaan kat awak?”

“Good. Awak tak ada perasaan kat saya, saya pun tak ada perasaan kat awak. You're not my type.Settled. Shall we inform our parents? No wedding.” 

“You're not my type” Terngiang-ngiang di telinga Husna. He. Is. So. Blunt. Tapi kenapa hati aku rasa ngilu macam kena hiris-hiris pisau yang tajam.

Terdiam Husna. Tak tahu apa nak dibalas, dia menguis-nguis pasta di atas pinggannya. Biji matanya terasa hangat. Oooh! Please, please, Husna, jangan nangis. Buat malu je depan mamat ketul ais beku ini.

Kenapa yang kau sedih sangat ni? So what if he says that you're not his type. Well, he's not your type either. Sombong, tak berperasaan. Tak pernah dengar ke orang tua-tua kata “cakap berlapik”? Kok iya tak nak kat aku, cakaplah elok-elok. “You're still young, I think you should live life a bit rather than rushing into a marriage.” Atau boleh juga kata “Sebenarnya saya ni tak setuju dengan arranged marriage.” Atau katalah apa-apa pun, ini tidak “You're not my type!” Husna mengomel-ngomel dalam hati.

No wedding means Ummi dan Babah kecewa. Sejujurnya, dia pun kecewa. Mana dia part mengenal hati budi yang disebut-sebut Ummi tu. Sebenarnya, dia pun dah termakan nasihat Ummi, “Kalau jodoh yang elok dah datang, buat apa ditolak.” Tapi jelaslah, bagi Zahrain, dia bukanlah jodoh yang elok. Nampak sangat dia tidak mencapai piawaian seorang isteri bagi Zahrain. Wah, sahlah aku ni bukan perempuan Melayu terakhir, lawak Husna dalam hati, cubaan untuk memujuk hati.

“Well, Cik Nawwal Husna, do we have a deal?”

Husna mengangkat mukanya, dipandangnya wajah Zahrain. I owe it to Ummi and Babah to give this relationship a try, but…, but…, he’s a jerk! Okeylah, okeylah….a handsome jerk, bluek!

“Awak dah ada calon ke?” pelan Husna bertanya.

“None of your business.” Ngilu rasa hati Husna dengan jawapan yang bukan jawapan dari Zahrain itu. Serius, di mana tingkah laku elok yang disebut Ummi tu?

“Business kita sebenarnya. Kalau kita tak nak kahwin, apa alasan nak kita beri kepada parents kita?” Secara lembut Husna cuba mengajak Zahrain berbincang.

“Cakap yang sebetulnya, awak tak suka dekat saya.” Mudah jawapan keluar dari mulut Zahrain.

“Sebetulnya, saya suka awak,” terlintas di benak Husna tapi dia cepat-cepat gumam rapat-rapat bibirnya, takut terlepas. Suka book’s cover yang handsome, tapi dalamnya tak handsome, buat apa. Cubaan Husna untuk kekal waras.

“So, settle, kita berdua cakap kepada parents kita yang kita tak suka each other?” tanya Husna meminta penjelasan. 



Pertemuan kedua lagi menyakitkan tetapi Husna perlu ingat perkahwinannya perlu diteruskan juga demi abah dan umie.
“Kalau begitu, awak cakaplah kepada Mama awak dan Ummi saya yang awak tak setuju kita berkahwin,” sambil menjawab Husna melembutkan kata-katanya. Bak kata orang tua-tua, menarik rambut dalam tepung perlu berhati-hati.
“No, you tell them that you don't agree to this marriage,” walaupun Zahrain mengawal suaranya supaya tidak kedengaran oleh Puan Sri Maimun dan Hajjah Rahmah yang berada di luar, memang jelas marahnya pada Husna.
“I can't, I really can't,” jawab Husna dengan nada merayu.
“Kenapa? Bapa awak arahkan awak supaya, by hook or by crook, kahwin juga dengan saya? Supaya kontrak dari syarikat bapa saya terjamin? I can't believe this. Zaman sekarang ini, ada lagi orang yang menjual anak!” Tersirap darah Husna mendengar Zahrain menghina Babahnya.
“Awak tak perlu hina bapa saya,” Husna mengetap-ngetap giginya, cuba menahan diri dari berkata sesuatu yang akan lebih memburukkan keadaan.
“It's the truth, isn't it? Your father is desperate. You can't deny it. Syarikatnya dah nak jahanam. Dia dah tak ada cara untuk menyelamatkan syarikatnya. Kalau boleh jual anak, dia jual!” Confirm, kata Husna dalam hati, tak pernah aku jumpa lelaki yang lebih jelek dari mamat seorang ni.
“Leave my father out of this. Awak tak ingat ke? Keluarga awak yang hendak meminang saya. Kalau awak tak nak kahwin dengan saya, awak cakaplah kepada Mama awak bila dia masuk nanti. Saya pun hairan, awak tak mahu, tapi paksa saya untuk menolak. Walhal awak tu lelaki.”
Oooo.....Marah Zahrain dah memuncak, ego lelakinya dah dipijak dek budak ingusan ini. Dipandangnya Husna bagai nak ditelan! Tapi apa yang boleh dia katakan. Demi sayangkan Mama, dia terpaksa menurut. Peluangnya melepaskan diri adalah dengan membuat budak ini membencinya sehingga dia menolak pinangan Mama.
“Awak tak mahu tolak pinangan Mama saya? Awak sanggup kahwin dengan lelaki yang tak inginkan awak? Awak ni waras ke tidak? Inilah buktinya bapa awak dah paksa awak untuk berkahwin dengan saya kan?”
“Sekali lagi saya ingatkan awak. Jangan libatkan bapa saya! Kalau awak hina bapa saya sekali lagi, saya akan bagi tahu Mama awak yang saya akan mengikut keputusan keluarga saya,” Husna sendiri tidak tahu dari mana datangnya kekuatan yang menyelinap ke seluruh badannya. Ini semua disebabkan rasa marah yang tidak terhingga yang dia tidak pernah rasai sebelum ini. Babahnya manusia yang paling baik dalam dunia, siapa si Zahrain ini, sewenang-wenang mengutuk Babah.
“You conniving little b.....,” Zahrain tidak sempat menyebut makian itu kerana pada saat itu, ketika itu, renungan Husna yang tajam menukar gadis yang awalnya tadi dia fikir lembik, tidak berpendirian, kepada seorang wanita …...besi. She's quite …... something, fikirnya. Huh? Apa yang aku merepek ni? Budak hingusan ni nak bermain api dengan aku? Ooooookey, mari kita lihat siapa yang akan terbakar....
“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okay, saya akan bagi tahu Mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” Mata Husna ditenungnya tajam.

Demi babah , Nawwal meneruskan perkahwianan itu. Dengan Bantuan Master-ji dan side-kick mengajar Nawwal memikat hati bakal suami seperti ketul ais beku.
"Una sayang, akak nak tanya, una jawab terus terang okey?" Najla beranya lambat-lambat, manakala Husna dan Nawrah mendengar soalan penting yang bakal di ajukan oleh Najla.
"Una dah ada somebody dpecial ke ? " Terkejut Husna dengan soalan Najla itu. Aik! ke situ pulak kakak aku ni. Nawrah yang menyibuk itu pun mengerutkan dahi.
"Akak! Apa pula ni? Una singel-mingle, solo molo. Macam akak tak tahu adik kakak ni," jawab Husna dengan rasa pelik.
"Betul ni?" tanya Najla sekali lagi.
"Betullah, kak. Baik travel, dari melayan pakwe."
"Okey. Senang kerja kakak kalau gitu," Sambut Najla. Husna jadi tertanya-tanya sendiri.
"Sekarang , kita fokus kepada Zahrain," kata Najla yang mula masuk ke topik yang kedua. Baru saja Husna hendak bercakap, cepat-cepat Najla memberi isyarat diam. Akur saja Husna dan Nawrah dengan perintah kakak sulung mereka.
"Fakta nombor satu, Una sendiri yang mengaku depan Puan Sri, mama dan Zahrain yang Una terima pinangan mereka. Fakta nombor dua, Una lakukan demi babah. Faktar nombor tiga , babah dan umi seikhlasnya percaya Zahrain itu jodoh yang baik untuk Una. Fakta nombor empat , babah dan ummi seikhlasnya percaya keluarga Zahrain orang yang baik-bauk. Fakta nombor lima , babah dan umii tentu mahukan yang terbaik untuk Una. So.."
"Fakta nombot=r enam, Zahrain tu tak suka dengan Una," mendatar saja suara Husna. Baginya, ini fakta yang terpenting bila bercakap tentang perkahwinan yang bakal ditempuhinya.
"Itu kacang, Una.."
"Kacang, kak Naja kata? Ini isu fundamental, kak!" Sekali lagi Husna memotong cakap kakaknya.
"Dengar dulu, Una. Don't jump the gun." Sebelah kening Najla dah terangkat, macam kening Ziana Zain, memberi amaran pertama.
"Berdasarkan fakta-fakta yang akak sebut itu, bottom line Una akan kahwin dengan Zahrain, right?" soal Najla kepada Husna. Matanya memandang tepat ke arah adiknya. Kening kakannya terangkat lagi, bagi isyarat meminta Husna menjawab soalannya.
"Yalah, yalah, right," jawab Husna dengan Suara mendatar. Nawrah pula sudah mengekek-ngekek ketawa.

Sedih baru semalam kahwin suami dah ada angan-angan nak kahwin lain.
"You've got no balls to stand up to mama and papa." Dari atas tangga, Husna terdengar suara Zahra. Lantas dia terhenti disitu. Dua beradik itu sedang berbual diruang TV berhampiran dengan tangga.
"Yalah, Zara, kau sajalah yang ada balls." Mendatar sahaja suara Zaharain.
"Serius Zaharain , kenapa kau biar saja mama dan papa buli kau suruh kahwin dengan budak tu? Buat saja macam aku, no means no."
"No big deal, Zara."  Suara Zaharain seperti keosanan sahaja.
"No big deal, kau kata ? baby brother, it's your life. You have just let your life be ruined!" Suara Zahra sudah meninggi.
"Tak ada ruined apanya, Zara. I'm a man. Unlike you, I have three more options."
"Chauvinist!"
"Itulah sebabnya aku tak kisah nak kahwin dengan dia."
Oh, begini raanya hati kita bila hancur berderai. Lutut Husna sudah menggeletar, tak berdaya lagi hendak memanjat anak tangga.
"Mama takkan benarkan kau kahwin dua, tiga."
"Mama nak aku kahwin dengan dia, aku dah tunaikan. Apa aku hendak buat lepas ini, apa mama nak kata? Aku nak kahwin lagi tak perlukan kebenaran mak bapa, perlukan wali." Sebutir-sebutir Husna dengar dengan jelas. Jantungnya tersa sudah berhenti berdegup.
"Zahrain, kau serius nak berpoligami?" Soalan Zahra dibiarkan tidak berjawab.
"Siapa? Adira supermpdel tu ke?" Juga tiada jawapan yang kedenganran. 
"You know what? Kalau kau nak kahwin lagi, aku sokonglah," ucap Zahra dengan hilai tawa.

-----------------------------------------------------------------------------------------------
EDISI DRAMA

                        




Episod 1
Nawwal Husna atau lebih dikenali Una terkejut bila Umi dan babahnya memberitahu berita tentang pinangan dari kawan baiknya. Una tak setuju dengan cadangan itu. Keluarga Zahrain risau bila Zahrain semakin berani berkawan dengan perempuan yang tidak berkenan di mata orang tuanya. Kerana itu mama Zahrain telah memilih calon yang sesuai untuk anaknya. Pertemuan pertama Zahrain dan Una yang diatur oleh Puan Sri Mainum. Zahrain memberitahu pada Una agar menolak pinangan mamanya. Mereka bersetuju dengan cadangan itu. Bagi Una lelaki yang tak reti menghormati perempuan tak harus dijadikan suami. Nawrah Hannah ( kakak Una ) memberitahu Una agar menerima Zahrain kerana kesihatan dan syarikat babah ada masalah. Zahrain terus membantah kerana Zahrain menganggap Una selekeh dan kekampungan. Dalam terpaksa zahrain mengikut Puan Sri datang kerumah Una untuk mendengar sendiri jawapan keputusan Una. Una dengan berat hati bersetuju dengan lamaran itu.
Jom tonton link ini : Project memikat suami episod 1

Episod 2
Zahrain marah bila Una bersetuju untuk menerima pinangannya. Una tak senang duduk bila Zahrain mengugutnya Una tak akan bahagia bila berkahwin dengannya. Kehadiran Una juga tidak disenangi oleh kakak Zahrain , Zara. Zara yang pulang dari luar negara kerana terkejut kengan keputusan mama untuk menjodohkan Zahrain dengan gadis kampung.Una meminta pertolongan kakak-kakaknya Master-ji dan side-kick untuk majlis perkahwinannya.  Master-ji dan side-kick menurunkan segala ilmu untuk adik yang tersayang. Una yang kurang selesa dengan tunjuk ajar Master-Ji dan menganggap semua itu mengarut.
Jom tonton link ini : Project memikat suami episod 2

Episod 3
Hari pernikahan Una dan Zahrain semakin hampir, Zahrain bertemu kekasih hatinya Adira. Adira mempersoalkan perkahwinan Zahrain tetapi Zahrain memberi alasan semua itu arrangement keluarga. Ini membuatkan Adira menjadi marah. Pada fikiran Adira sepatutnya dia yang berkahwin bukan perempuan lain. Zara naik rimas bila dirumah , sana sini mamanya menyebut nama Una. Dihari pernikahan Zahrain terpegun dengan kecantikan Una. Zahrain sengaja mengenakan Una dengan itu ini. Una hanya menurut apa yang dikatakan oleh suaminya . Una mencuri dengar perbualan kak Zara dan suaminya . Una sedih bila suaminya sudah bercita-cita untuk berkahwin lain .
Jom tonton link ini : Project memikat suami episod 3

Episod 4
Kepala Una masih teringat-ingat mencuri perbualan kak Zara dan suaminya. Una memberi alasan bahawa dia sedih kerana kepulangan kakaknya. Una pergi ke Airport ditemani oleh Zahrain. Una mengadu pada kakaknya MasterJi Zahrain tak suka akan dirinya. Master Ji memujuk agar jangan cepat mengalah cuba pikat suami sendiri dengan kepandaian una. Zahrain mengajak Una pindah di rumah baru, bila melihat rumah baru hatinya mati dengan tiada perhiasan di rumah. Dengan kepandaiannya Una mengubah cita rasanya agar rumah itu manpak ceria. Zahrain tidak menghiraukan Una dan dibiarkan Una keseorangan.
Jom tonton link ini : Project memikat suami episod 4

Episod 5
Master-Ji (kak Najla) risau tentang perhubungan Una dan Zahrain. Mama Zahrain sering memantau Una risau kerana takut Zahrain akan membiarkan Una keseorangan. Zahrain mula merasa pelik pada dirinya. Kerana terlalu ego Zahrain menafikannya. Una cuba buat sehabis baik untuk memikat hati Zahrain. Zahrain memasang angan-angan agar Una akan membencinya dan bercerai. Bila Bersama Una Zahrain seperti tiada alasan untuk menceraikan Una. Una meminta Izin kawan-kawannya untuk datang melawat. Semasa Una berhubung dengan kawan-kawannya,  Zahrain mencuri pandang perbualan Una. Dia ternampak nama Atai dalan screen komputer. Zahrain ingin menyuasat siapa kah kawan-kawan Una.
Jom tonton link ini : Project memikat suami episod 5


Episod 6
Selepas kahwin Zahrain jarang keluar dengan Adira, Zahrain lebih selesa dengan hidupnya sekarang. Project memikat suami bermula bila Una mencari makanan kesukaan suaminya. Una tidak melepaskan peluang berjumpa dengan mak mertuanya mencari makanan kesukaan. Zahrain lebih suka makan makanan westen dan tak suka pedas. Zahrain terpaksa membawa Una ke majlis makan malam. Zahrain risau jika Una tak boleh membiasakan diri di majlis itu .
Jom tonton link ini : Project memikat suami episod 6

Promo episod 7
Episod 7
Jom tonton link ini : Project memikat suami episod 7


Promo episod 8
Episod 8
Jom tonton link ini : Project memikat suami episod 8

Episod 9
Jom tonton link ini : Project memikat suami episod 9

Episod 10
Jom tonton link ini : Project memikat suami episod 10

Episod 11
Jom tonton link ini : Project memikat suami episod 11

Episod 12
Jom tonton link ini : Project memikat suami episod 12

Episod 13
Jom tonton link ini : Project memikat suami episod 13

Drama Projek memikat suami dah pun melabuhkan tirai. Pada yang sudi singgah di blog ini terima kasih banyak - banyak .

12 comments:

  1. novel nie akan didramakan ke ?? sape blakon ?? haha eksitedd nye !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita akan bersiaran di Astro ria bulan 12 nanti , pelakonnya Emma maembung dan Aiman Hakim Redza.

      Delete
  2. ade baca cerita M.A.I.D? cerita tu pun best gak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita MAID ada dalam lebel novel Suri Ryana...

      Delete
  3. assalamualaikum

    Saya nak komen sikit tentang novel yang awak recommend kan lain kali sila tulis terbitan nya . Bukan terang sangat gambar novel terbitan siapa .. jgn marah hanya menegur apa yang patut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam
      ohh. ooo sorry ialah mungkin kurang jelas ... untuk novel ini terbitan penulisan2u. lain kali saya akan sebutkan nama terbitan agar jelas dan mungkin senang nak cari kat book store. Terima kasih dengan komen anda.

      Delete
  4. Assalamualaikum ,, siis
    Nak tanya brpe hrga nye kat pasaran yek ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam...
      terima kasih sudi singgah di blog akak ni...
      Harga pasaran novel RM 21.00 kalau beli online ada potongan RM 3.00
      Esok bermula expo buku 1 malaysia kat PWTC biasa Penulisan2u/karyaseni buat potongan hingga RM5.00

      Delete
  5. Assalammualaikum, buku ni ade jual x kt MPH Mydin,Melaka?
    Just tanye je..harap Sis dpt hantar feedback :) thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam dik , biasa novel ni boleh dapat mana kedai buku terbesar di malaysia ni, MPH dan popular biasanya tak ada masalah ... boleh beli online lebih mudah ... ada diskaun lagi ...hihihih

      Delete
  6. Salam. Sy brminat nak beli novel ni scra online.mcm mna yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam soleha , Terima kasih singgah blog akak ni .... kalau nak beli online boleh lawat terus laman web rasmi www.p2u.my kalau beli online ada diskaun RM3.00 ....

      Delete