Sunday, 27 October 2013

NOVEL BUKAN ISTERI SEMPURNA

Tingkahmu sering membuatku kaku , Bicaramu mampu membuatku kelu 
Namun.... Bisakah aku berikan kau bahagia? Andai aku BUKAN ISTERI SEMPURNA...

Kejayaan novel pertamanya Novel Aku Untukmu . Tulip Ungu melangkah dengan hadirnya karya kedua Bukan Isteri Sempurna. Konsep yang sama seperti dulu tetapi olahan yang lebih matang membuatkan saya suka dengan cerita ini. Kini membeli novel dengan penulis dah menjadi kebiasaan pada saya. Novel ini juga tak terkecuali. Novel setebal 584 muka surat membongkar rahsia hidup Nina. Sedikit review dari saya.

Pertemuan selepas lima tahun mengimbau kembali kenangan lama. Kenangan yang merobek jiwanya. Nina seorang gadis yang diperkosa oleh Danish Arham, abang kembar Daniel Arman. Kerana berita itu juga Ibu kesayangannya pergi untuk selamanya. Kisah dukanya tidak berakhir disitu kerana orang yang sepatutnya bertanggungjawab lari entah kemana, malah diganti oleh adik kembarnya Daniel Arman. Daniel Arman yang tak pernah redha dengan perkahwinan namun Nina pasrah kerana dia tiada pilihan. Walaupun begitu Daniel Arman tidak pernah melupakan kebajikan Nina. Nina keguguran, dia nekad untuk keluar dari rumah besar kerana kononnya memberi peluang Daniel Arman memilih jalan hidupnya sendiri setelah mereka berpisah . Tetapi bagi Datuk Zainudin , Nina sengaja ingin mempergunakan keluarganya untuk kepentingan dirinya sahaja. Tanpa rasa belas Nina dihalau oleh datuk Zainudin dan Nina juga tidak diceraikan oleh suaminya danial Arman, itu permintaan Datuk Zainuddin. 

Lima tahun terus berlalu, Nina tidak menyangka akan bertemu suaminya di satu mesyuarat penggabungan syarikat majikannya dengan syarikat Daniel Arman. Pertemuan itu membuat Nina terus berdepan dengan lelaki yang bergelar suami diatas kertas. Malah Nina  tidak dapat  mengelak apabila jawatannya bertukar daripada menjadi setiausaha Zachary kepada PA Daniel Arman. Zachary yang dari dulu meraruh hati pada Nina tidak pernah berputus harapan menagih cinta Nina. Namun kerana statusnya masih sebagai isteri orang Nina tak mampu untuk membalas cinta Zachary. Kehadiran Azzura yang sering bersama dengan Daniel Arman membuat Nina sedar hakikat dirinya yang tidak sesempurna wanita lain.

Ketenangan hidup Nina diganggu apabila Danish Arham kembali setelah sekian lama menghilang. Dia datang menginginkan Nina sebagai haknya. Hubungan Daniel Arman dan Nina diketahui oleh Datuk Zainudin. Ini membuatkan Datuk Zainudin marah dan sekali lagi Nina dicemuh dan dihina. Kerana tak tahan dihina Nina sengaja mengaku yang dia sengaja memerangkap dan inginkan harta. Daniel Arman terkejut dengan pengakuan Nina disaat hatinya berputik rasa cinta. Ketelanjuran Daniel Arman mengasari Nina, ini menambahkan rasa benci Nina pada Daniel Arman. Nina tidak diberi peluang untuk menjelaskan keadaan sebenar. Selepas dipujuk oleh Datin Rogayah akan kesilapannya Daniel Arman menyesali  akan kesilapannya.  Sekali lagi Nina meninggalkan Daniel Arman . Dengan bantuan Danish Arham , Daniel Arman dapat menjejaki Nina. Nina yang sedar dirinya Bukan Isteri Sempurna tetapi Nila juga pelengkap hidup Daniel Arman. 

Sinopsis Dari Novel 

Nina telah diperkosa oleh Danish Arham, kembar kepada Daniel Arman. Apabila Danish Arham melarikan diri, Daniel Arman terpaksa menggantikan tempat abang kembarnya dengan mengahwini Nina. Datuk Zainuddin yang bersangka buruk dengan Nina telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Nina sehingga Nina melarikan diri.


Lima tahun berlalu. Nina bertemu semula dengan Daniel Arman apabila syarikat tempat dia bekerja bergabung dengan syarikat Daniel Arman dan dia tidak dapat mengelak apabila jawatannya bertukar daripada menjadi setiausaha Zachary kepada PA Daniel Arman. Namun begitu, Daniel Arman tidak pernah membenci Nina. Nina pula tidak pernah mengharapkan cinta Daniel Arman kerana dia sedar hakikat dirinya yang tidak sesempurna wanita lain. Tambahan pula Azzura sering bersama dengan Daniel Arman. Dan Zachary, rakan kongsi Daniel Arman yang tidak putus-putus mengharapkan cinta Nina.



Ketenteraman hidup Nina berkocak apabila Danish Arham kembali dan inginkan Nina sebagai haknya. Danish Arham melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan Nina kembali namun bagi Daniel Arman, Nina telah menjadi isterinya dan dia bertanggungjawab ke atas wanita itu walaupun tidak pernah wujud hubungan suami isteri yang sebenar antara mereka.



Daniel Arman: “Selagi you masih isteri I, selagi itulah you menjadi tanggungjawab I. Dan I nak you tahu I buat semua ni bukan sebab I nak you kembali pada I tapi I tak nak you pergi goda lelaki lain. I pun akan terpalit dosa kalau you buat tak senonoh di luar.”


Danish Arham : “Daniel Arman tak mampu nak jaga you.”



Nina : “Jangan ingat lepas semua yang berlaku, saya akan terima Encik Danish dalam hidup saya. Biarpun Daniel Arman buang saya, tapi saya tak kan terima Encik Danish jadi suami!. Lelaki macam Encik Danish tak layak jadi suami sesiapa pun!”


Petikan-petikan dari novel
Pertemuan
"Nak ke mana?" Tiba-tiba Daniel Arman Bersuara dari belakang. Zachary dan Nina serentak berpaling ke arah pemilk suara. Untuk sementara waktu, mata Daniel Arman dan Nina bertembung. Nina lekas-lekas melarikan anak matanya. Pertemuan semula itu membuatkan dia kaku untuk berkata-kata.
"Lunch. COme and join us," pelawa Zachary dengan mesra.
"I'm Daniel Arman, selamat berkenalan. Tadi tak sempat nak berkenalan." Daniel Arman menghulurkan tangan tanda perkenalan kali pertama dengan Zachary tanpa menjawab pelawaan Zachary terlebih dahulu. 
"I'm Zachary. Just cll me , Zach. And this is my secretary Miss Nayli Imanina, just call her Nina." seloroh Zachary sambil menyambut huluran tangan Daniel Arman.
"Nak lunch? I know a good place which offers good food," kata Daniel Arman.
"Really? Let's go then, tapi kali ni it's going to be your treat." Kata Zachary. Dia memang seorang mudah mesra.
"No problem." Daniel Arman tersenyum mesra. Mereka berjalan beriringan ke arah tempat kereta diparkir. Nina hanya mengikut dari belakang. Cuba bersikap setenang yang mungkin.

Kerana pertemuan itu , Nina teringat peristiwa 5 tahun dulu. Danish Arham yang telah meragut kesuciannya. 
"Kalau Nina sayangkan mak, bagitau mak siapa pelakunya. Biar mak jumpa mak bapak dia, biar dia bertanggungjawab." Lembut kata Salamah memujuk anak gadisnya. Nina duduk bersimpuh, wajahnya ditunduk ke arah lantai rumah. Mengalir laju air matanya membasahi pipi. bimbang kebenaran akan memburukkan lagi kesihatan ibunya.
"Orang tu... anak.. Datuk Zainudin." Nina bersuara lambat-lambat. Bimbang dengan reaksi ibunya.
"Anak Datuk Zainudin? Siapa? Dan ke El? Betul kamu tak bohong?" Bertalu-talu soalan dilmpar kepada anak gadisnya itu. Salamah terperanjat. Tidak manyangka lelaki yang bertanggungjawab merupakan anak kepada majikannya sendiri.
"Nina tak bohong mak, Mamang anak Datuk Zainudin." Lambat-lambat Nina membalas, kecut perut mendengar ibunya bersuara lantang.
"Siapa? Dan ke El?" Salamah bertanya lagi. Menyedari Nina ketakutan, kali ni suaranya semakin mengendur.
"Bukan El .. Dan, mak." Nina menunduk, takut melihat wajah ibunya yang merah padam akibat terperanjat dan marah.
"Kamu pasti?" Salamah bertanya lagi untuk kepastian.
"Dan mak. Nina pasti." Jawab Nina.
"Kalau macam tu, biar dia bertanggungjawab. Aku akan jumpa sendiri dengan Datuk Zainudin, bagitau dia hal ni." Slamah mengurut-ngurut dadanya. Terasa dadanya kembali sakit degan berita yang baru sampai ke telinganya.
"Tapi mak, diaorang orang kaya. Takkan nak dengar cakap orang macam kita." Nina bersuara lagi, takut ibunya bertindak diluar batasan. Dia sedar hakikat diri mereka sekeluarga. cuma orang gaji yang mencari rezeki dirumah besar Datuk Zainudin.

Kerana peristiwa itu juga Nina kehilangan ibu yang disayanginya. Dan Daniel Arman menjadi pengganti kerana Danish Arham menghilangkan diri.
""Terima kasih, El. Mummy betul-betul hargai pengorbanan El." Datin Rogayah berwajah ceria. Sekurang-kurangnya masalah mereka telah selesai.
"El terima sebab daddy, bukan sebab benda lain. Kalau ini caranya daddy tunjukkan kasih sayang dia, El akan ikut cakap daddy tapi mummy kena tahu, El hanya pak sanggup dalam kes ni. Jadi, tak mungkin El akan jalankan tanggungjawab El seperti suami yang sebenarnya. Diaorang pun cuma nak anak Dan ada ayah sahaja. Tak lebih dari itu. Jadi, El akan tanggung semua kesilapan Dan kalau itu yang daddy mahukan." Daniel Arman bersuara lagi. Walaupun Datuk Zainudin hanya beriak kosong namun, Daniel Arman puas hati. Dia sudah meluahkan apa yang terbuku dihatinya.

Nina keguguran , dia nekad untuk keluar dari rumah besar itu kerana kehadirannya sering disalah ertikan. tetapi perginya gantung tak bertali.
"Lepas anak haram tu dah tak ada, kau nak larikan diri. Selama ni kau hanya gunakan keluarga aku untuk tutup malu kau. Orang kebanyakan macam kau memang suka ambil kesempatan atas orang kaya macam kami." Datuk Zainudin bersuaraseraya mengambil tempat disebelah Datin Rogayah. Akbar ditangan dibelek-belek.
"Astaghfirullahalazim... kenapa abang cakap macam tu? Anak tu tetap cucu abang." Datin Rogayah kecewa dengan kata-kata Datuk Zainudin.
"Datuk, saya tak pernah berniat nak ambil kesempatan ke atas keluarga Datuk. Selama i, saya cuma harap Dan bertanggungjawab atas perbuatan dia. Saya cuma kesihankan El sebab terpaksa terikat dengan perkahwinan yang dia sendiri tidak rela. Tak lebih dari itu." Nina membela diri. Tuduhan Datuk Zainudin kepadanya sangat keterlaluan.
"Bukan ke dulu, kau yang nak sangat jadi menantu keluarga ni? kenapa sekarang nak minta cerai pulak? kau ingat lepas anak tu mati, kau senang-senang aje boleh lari? Disebabkan kau yang beria-ria sangat nak kahwin dengan anak aku dulu, jadi sekarang ni, El takkan ceraikan kau. Tapi dia akan gantung kau tak bertali. Kau peganglah gelaran isteri tu sampai bila-bila. Aku takkan benarkan El ceraikan kau. Dan kalau dia nak ceraikan juga, dia kena langkah mayat aku dulu. Aku cuma nak bagi apa yang kau beria-ria minta dulu. Lepas ni kau boleh keluar dari rumah ni , tapi untuk El ceraikan kau , perkara tu takkan terjadi!" Datuk Zaunudin bersuara lantang. Memang sejak dulu dia bencikan orang seperti Nina. Datin Rogayah sudah berlinangan air mata mendengarkan kata-kata suaminya. Dia kecewa kerana Datuk Zainudin membuat keputusan terburu-buru.
"Bang, kenapa cakap macam tu? Kita tunggu la El balik. Bagi dia buat keputusan sendiri," rayu Datin Rogayah.
"Keputusan aku, keputusan dia!" tegas Datuk Zainudin dalam memberi kepurusan.
"Saya boleh pergi dari sini, tapi Datuk kena ingat. Datuk bukan sahaja merantai saya tapi Datuk turut merantai anak Datuk dalam ikatan ni." Nina sudah hilang sabar. Dia bangun untuk berlalu dari situ. Ketegasan Datuk Zainudin tidak bertempat.

Lima tahun terus berlalu. Kini Nina didepan mata. Pasti Daniel Arman takkan melepaskan peluang ini.
"Apa berita terkini?" soal Danial Arman lagi.
"Masih macam dulu," jawab Nina, pendek.
"Kecuali sekarang lebih cantik, lebih moden dan pandai berfesyen," sambung Daniel Arman dalam senyuman. Nina hanya diam tidak beraksi. 
"Dulu, kenap lari?" Danial Arman meyoal sekali lagi. Dan kali ini , soalannya dipesongkan pila pada peristiwa lalu.
"Datuk yang halau saya." jawab Nina. Terasa sebak hatinya mengenangkan kenangan lalu.
"Kalau daddy yang halau kenapa lari teus? Kenapa tak tunggu keputusan saya?" balas Daniel Arman.
"Datuk memang tak pernah sukakan saya," jawab Nina dengan sayu.
"Awak kahwin dengan dia ke dengan saya?" soal Daniel Arman lagi.
"Apa bezanya? keputusan tetap sama," jawab Nina lagi.
"Mana awak tahu keputusannya sama? Awak pernah tanya saya sendiri?"
"Semua yang berlaku atas keterpaksaan. Saya dah tahu keputusan En Arman," kata Nina penuh emosi.
"Kenapa buat kesimpulan sendiri? Awak tahu ke apa yang ada dalam hati saya?"
"Saya tak tahu dan saya tak perlu tahu pun. Apa yag sepatutnya berlaku dah pun berlaku. Encik Arman pun dah ada kehidupan sendiri." Kata-kata yang pernah diluah oleh Daniel Arman suatu waktu dulu masih tergiang-giang ditelinga. Lelaki itu tidak pernah meminta untk berkahwin dengannya.


Nina keliru , perasaannya pada Daniel Arman, suaminya sendiri . Kehadiran Zachary ditolak cara baik. 
"I want to marry you.. Nina," kata Zachary sambil meraih jari-jemari Nina. Nna yang terperanjat dengan kata-kata yang baru terluah daripad mulut Zachary itu, bertindak menarik tangannya daripada genggaman Zachary.
"Apa yang Encik Zach cakap ni?" Soal Nina, berpura-pura tidak faham dengan luahan perasaan Zachary.
"Nina please, jangan pura-pura tak faham. Saya rasa sebelum ni pun dah banyak kali saya luahkan perasaan saya kepada nina. Saya tak kisah dengan status Nina. Sudah tiba masanya Nina bagi saya peluang. Dah lama suami Nina meninggal dunia. Takkan Nina masih tak boleh boleh let go semua tu? Tolong la Nina, bagi saya peluang untuk mendekati Nina, " luah Zachary dalam nada yang lembut. Sekali lagi jemari Nina ditarik ke dalam genggamannya. Kali ini genggaman jemari Nina dieratkan sehingga menyukarkan Nina merungkainya.
"Maafkan saya. Saya tak boleh." Nina cubamenarik tangannya daripada genggaman Zachry.
"Tolong la pertimbangkan. Saya tak pernah berniat tak elok. Saya ikhlas nak lamar Nina." rayu Zachary.
"Saya tak boleh. Tolong lepaskan tangan saya." pinta Nina. Memang mustahil bagi dia menerima cinta Zachary sedangkan dirinya masih memegang status sebangai seorang isteri. Isteri kepada Daniel Arman.

Ketenangan Nina ternganggu bila Danish Arham kembali menagih cinta.
"Saya takut .." kata Nina dalam suara yang bergetar. Masih terbanyang lagi saat danish Arham menodainya dahulu.  Air matanya mengalir laju. Hanya satu harapannya ketika itu iaitu supaya Daniel Arman melindunginya daripada kerakusan Danish Arham. Danial Arman terkesima seketika. Dia kemudiannya membalas pelukan Nina.
"I'll protect you" janji Daniel Arman. Sayu hatinya melihat Nina yang ketakutan begitu.






Episod 1
Nina telah diperkosa oleh Danish Arham, kembar kepada Daniel Arman,anak Datuk Zainuddin.Demi menjaga maruah keluarganya,Datuk Zainuddin sanggup melindungi Danish Arham dengan menghantarnya ke London dan anak sulungnya,Daniel Arman pula terpaksa bekorban mengahwini Nina. Datuk Zainuddin yang angkuh dan sentiasa bersangka buruk terhadap Nina telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadapnya sehingga Nina melarikan diri. Lima tahun kemudian dengan tidak sangka-sangka Nina bertemu semula dengan suaminya,Daniel Arman apabila syarikat tempat dia bekerja bergabung dengan syarikat Daniel Arman. Nina semakin tertekan bila dia telah dipinjamkan oleh bosnya,Zachary kepada Danish Arman sebagai pembantu peribadinya buat sementara waktu.


Episod 2
Walaupun Nina telah menjadi isterinya yang sah namun Danial Arman bersikap dingin dan tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami kerana itu adalah perjanjiannya dengan ibunya yang memaksa dia mengahwini Nina demi menjaga maruah keluarga mereka. Ini kerana Arman menyalahkan ibunya, Datin Rogayah yang memaksanya menggantikan adiknya Danis yang melarikan diri ke London setelah menghamilkan Nina. Dalam pada itu Datuk Zainuddin yang tidak dapat menerima Nina sebagai menantunya sering menghina dan berkasar dengan Nina. Malang terus menimpa Nina bila dia keguguran akibat terjatuh dari katil. Kesempatan ini diambil oleh Datuk Zainuddin untuk menghalau Nina keluar dari rumahnya tanpa pengetahuan Arman dengan membiarkan Nina digantung tidak bertali.

Episod 3
Arman mempersoalkan Nina, kenapa dia keluar rumah tanpa pengetahuannya. Nina hanya mahukan Arman mendapatkan jawapan daripada ayahnya, Datuk Zainuddin dan dalam masa yang sama Arman mengingatkan Nina yang dia masih isterinya. Dalam pada itu, di pejabat Arman digilai oleh semua staf perempuan terutamanya, anak Datuk Mahzan, Zura, rakan kongsi ayahnya, Datuk Zainuddin. Zura cemburu apabila mendapati Nina bertugas sebagai pembantu peribadi Daniel Arman di pejabat Gemilang Holding.

Episod 4
Abang kembar Arman, Danis yang baru balik dari London terus melakukan gangguan seksual terhadap Nina di pejabat. Danis sempat dihalang oleh Arman, namun dia bertekad akan merampas Nina daripada Arman. Sejak daripada peristiwa ngeri itu, Nina fobia, ketika bertugas lewat malam bersama-sama Arman dan tidak mahu keseorangan. Sementara itu, Azura terlalu cemburu dengan Nina, sehinggakan dia mengarahkan Arman supaya menggantikan pembantu peribadinya itu dengan yang baru.


Episod 5
Arman dan Nina mengimbas kembali detik kecemasan yang membawa kenangan manis ketika berlaku satu insiden di pejabat bersama-sama dengan Nina, walaupun Nina sudah menjadi isterinya, tetapi hanya pada nama sahaja. Danis memujuk ayahnya, supaya berusaha kembalikan Nina kepadanya. Lataran itu Datuk Zainuddin mahukan hal itu dibincang dengan Arman. Dalam pada itu, Nina menolak hasrat rakan sepejabatnya, Zakrie untuk mengambil Nina sebagai isterinya dengan memulangkan kembali cincin ikatan antara mereka.


Episod 6
Arman mempersoalkan pertemuan Nina dengan Zakrie. Nina memberi alasannya bahawa pertemuannya itu sekadar sebagai rakan sepejabat bagi membincangkan mengenai sambutan hari jadi Arman semata-mata, tidak lebih daripada itu. Dalam pada itu Arman rasa menyesal memiliki wajah seiras dengan Danis, justeru dia beranggapan Nina sebagai isteri masih bersikap dingin terhadapnya, kerana berkemungkinan Nina masih fobia terhadap perilaku Danis kerana merogolnya.

Episod 7
Datuk Zainuddin memaksa isterinya, Datin Rogayah supaya menggesa Arman menerima Azura dalam hidupnya. Datin Rogayah menentang kehendak suaminya itu, namun dia syorkan Danis sahaja yang berkahwin dengan Azura. Dalam pada itu Azura mengugut Arman supaya mengahwininya walaupun Arman mengatakan yang dia tidak mencintai Azura. Azura cuba mencederakan Nina, lalu dia mendakwa membawa pesan Datuk Zainuddin supaya Nina berhenti kerja sebelum dipecat oleh bakal mentuanya. Kemudian Arman berkongsi kegembiraan dengan ibunya yang dia bakal akan tinggal serumah dengan isterinya, Nina.


Episod 8
Arman memberitahu Zakrie bahawa Nina adalah isterinya dan dia memulangkan balik cincin yang diberikan Zakrie kepada Nina. Azura mendesak Datuk Zainuddin supaya mempercepatkan perkahwinannya dengan Arman. Dalam pada itu Danis dibelasah oleh Arman apabila dia ternampak abang kembarnya itu cuba menggoda Nina, ketika melaporkan diri di pajabat. Arman memberi amaran kepada Danis supaya tidak lagi mengganggui isterinya, Nina. Datuk Zainuddin tertekan apabila isterinya dan Arman menolak hasratnya untuk mempercepatkan perkahwinan Arman dengan Azura.


Episod 9
Nina mengakui walau apa pun terjadi antara Arman dengannya, tidak tetap dengan pendiriannya tidak akan menerima Danis dalam hidupnya, walaupun Danis merayu untuk menebuskan dosanya terhadap Nina yang lalu. Danis memujuk ayahnya, Datuk Zainuddin supaya meminta Arman menceraikan Nina. Kemudian Datuk Zainuddin memaksa Arman menceraikan Nina dan mahukannya berkahwin dengan Azura. Arman tetap dengan pendiriannya tidak akan berkahwin dengan Azura walau apa pun terjadi.


Episod 10
Azura mengubah pakaiannya demi memikat hati Arman. Arman gembira melihat perubahan Azura. Danish terus mendesak agar Nina menerima dirinya. Ini membuat hidup Nina terus tertekan. Nina sedih bila mendapat tahu Arman berfoya-foya dengan Azura. 


Episod 11
Nina melarikan diri dari rumah, sekaligus meletakkan jawatan, kerana dia tidak tahan dengan sikap suaminya Arman yang terlalu cemburu dan suka berfoya-foya dengan wanita lain. Arman cuba menjejaki Nina ke rumah ibu saudaranya, namun Danish mendahului Arman lalu dia memujuk Nina supaya kembali kepadanya. Nina tetap dengan pendiriannya, menolak hasrat Danish. Dia juga enggan menemui Arman, walaupun Arman meluahkan rasa sesal terhadap sikapnya dan masih sayangkan isterinya itu.



Episod 12
Arman menolak dengan keras pujukan Azura untuk mengahwininya. Dia tetap mencintai dan merindui isterinya Nina, walaupun Arman tidak tahu menahu maklumat tentang di manakah Nina berada. Tidak lama kemudian Arman berjaya menemui Nina, setelah Danish memberi maklumat di mana keberadaan Nina. Arman berjaya memujuk Nina pulang ke pangkuannya.



Episod 13
Arman dan Nina menjalani hidup berumahtangga. Dalam pada itu Datuk Zainuddin memohon maaf kepada seluruh keluarganya kerana kesilapan yang telah dilakukannya selama ini, pada ketika dia terlantar akibat cedera dipukul oleh orang upahan wanita simpanannya, Zara, kerana dia gagal mendapat wang daripada Datuk Zainuddin. Azura pula memperangkap rman untuk membunuh diri, jika enggan mengahwininya, sehingga dia ditangkap kerana didakwa berkhalwat dan dipaksa berkahwin bagi menutup keaiban keluarga. Dengan pertolongan Danish akhirnya Azura mengakui niat jahatnya.


Note: 
Drama ini sudah pun melabuhkan tirainya. Rasa macam tak puas tengok drama ini. Pada mulanya sanya ingat ceritanya ada 26 episod rupa - rupanya 13 episod saja. Tahniah buat penulis asal novel ini Tulip Ungu dan team produksi drama yang menjayakan drama ini.

12 comments:

  1. Oh, satu review yang bagus. Macam berminat je nak beli ;)
    Thanks sebab your review selalu tolong buat keputusan nak beli sesebuah novel ke tidak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih .. sudi singgah di blog review novel akak ni... sebenarnya novel ni memang best ... byk lagi yg tak terungkai sebenarnya...kita selami perasaan dan hati nina.... dalam novel ini.

      Delete
  2. "Ini membuatkan Datuk Zainudin marah dan sekali lagi Nina dicemuh dan dihina. Kerana tak tahan dihina Nina sengaja mengaku yang dia sengaja memerangkap dan inginkan harta. Daniel Arman terkejut dengan pengakuan Nina disaat hatinya berputik rasa cinta.." kenapa perlu mgaku salah sesuatu yg kita xbuat?? ni yg trs down nk beli & baca.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nyue ... terima kasih dengan komen ...
      Sebenarnya Danish paksa papa dia pisahkan Nina dan Daniel . Dalam masa yang sama Datuk Zainudin tu memang tak suka nina. Dia buat cam tu sebab nak suruh Daniel tinggalkan Nina. Datuk Zainudin dah janji dgn papa Azura nak kahwinkan Daniel dan Azura . byk konflik sebenarnya. nanti Dato Zainudin dan Danish kena pukul.... nak tahu sebabnya kenalah baca... Nanti Danish tolong Daniel cari Nina yang melarikan diri. ( kenapa dia tolong kembarnya walaupun pada mulanya Danish yg beria sangat nak pisahkan Daniel dan Nina??? jom kita selami novel ini ...sedih , geram mcm2 perasaan ada.... tak rugi beli .... ceritanya memenuhi citarasa akak laaaa....

      Delete
  3. Salam EE...
    banyak betul konflik dalam novel ni...tapi yang penting happy ending kan? kalau sad ending filir 10 kali nak beli...saya juga nak cadangkan awak beli novel karya Melur Jelita ...Awak Suka saya tak, I Love u Stupid & My Precious Iris...awak akan jatuh cinta dengan hero & heroin cite ni...pastu buat review kat blog ni ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Jue ....
      memang betul..yang penting happy ending..
      Terima kasih memberi cadangan untuk karya Melur Jelita... novel tu sebenarnya dalam list nak beli sebenarnya .. ramai yang minta saya buat review untuk novel tu ... hehehehehe..

      Delete
    2. Assalam,cite la skit psl endingnye nk tau nina kembali pd arman atau danish n ape jd dkt azura

      Delete
    3. Walaikumsalam .. terima kasih singgah di blogs review .
      endingnya Mesti laaa Nina bersama Arman. nak tahu kesudahan kita tonton sama-sama.

      Delete
  4. assalamualaikum...cerita ni dah nak abis ea?? ke banyak lagi ye ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam Fatin ..
      Tak silap cerita ini ada 28 episod ...

      Delete
    2. Hai fatin ... akak baru perasan drama ni hanya ada 13 episod sahaja ..

      Delete