Sunday, 10 November 2013

NOVEL BUKAN KERANA AKU TAK CINTA

Cinta itu hadir kerana perkenalan.....
Bersemi kerana perhatian....
Bertahan kerana kesetiaan...
Namun cinta itu bisa gugur kerana satu kebohongan....



Bukan kerana aku tak cinta buah tangan ke-tiga dari Eman Sufi selepas Novel Suami yang kubenci kisah cinta Uwais dan Hannah Maryam. Perkembangan terbaru novel ini akan di dramakan. Selepas itu Novel Hikayat Cinta Si Pematah Hati kisah cinta Rayyan dan Wafeen yang penuh dugaan. Kini Novel Bukan Kerana Aku Tak Cinta kisah Jebat dan Mastura. Novel ini terbitan Karyaseni dan keluaran April 2013 telah terpilih untuk di dramakan di saluran Astro . Novel yang mempunyai ketebalan 627 muka surat ini membongkar cerita cinta dan kehidupan Jebat yang penuh tragis. Sedikit review dari saya .


Hannah Mastura gadis genit yang baru pulang dari UK , adik kepada Hannah Maryam. Pertemuan di rumah Tok ayah , pemuda yang bernama Ahmad Ziyad atau nama panggilan Jebat menambat hati Mastura. Jebat yang berdarah campuran cina dan melayu yang berkerja sebagai pembantu abang iparnya Uwais. Tujuan Jebat hanya satu , melupakan kisah silamnya dan berhijrah belajar ilmu agama dengan sokongan Uwais dan Ustaz hafiz. Sikap mastura yang berani berterus terang tentang perasaannya membuatkan Jebat rasa serba salah. Jebat tidak pernah mengimpikan dia akan jatuh cinta pada Mastura. Kehadiran Cif Inspector Aryan adik pada Fawwaz sepupu Mastura menagih janji yang pernah dilafazkan oleh Mastura sebelum pergi ke UK dulu. Bagi Mastura itu janji yang dibuat semasa dia masih muda dan tidak matang untuk menilai. Kini Hatinya hanya untuk Jebat lelaki yang mampu mengetar hatinya. 

Apa bila cerita Mastura dan Jebat diketahui oleh Hannah Maryam dan Tuk Ayah, Tuk Ayah memutuskan agar Mastura bertunang dengan Aryan tetapi dibantah oleh Mastura. Kerana keputusan itu Mastura mengumumkan mogok lapar. Diketika itu Jebat yang melawat bapa saudaranya Uncle Kwan . Kesihatan Uncle Kwan yang semakin uzur. Uncle Kwan juga memujuk agar Jebat mengahwini Eirin atau nama sebenar Damia. Tetapi bagi Jebat Eirin dianggap sebagai adik sepupunya tak lebih dari itu. Eric Foo A.K.A Tiger anak kepada uncle kwan yang sentiasa cemburu pada Jebat. Cemburu kerana Jebat sering diberi perhatian lebih dari dirinya. Jebat tidak mahu lagi dirinya ada kaitan dengan mereka. Hidupnya rosak kerana dendam. Selepas kematian ayah dan ibunya yang dibunuh depan mata, Jebat tinggal bersama bapa saudaranya bersama abangnya Wahab. Tetapi Jebat sering didera. Sejak itu uncle Kwan menjaga Jebat hingga mengusahakan perniagaan (pusat perjudian) di Hong kong. Diusia yang muda Jebat mampu hidup mewah. Kini Jebat meninggalkan semua kemewahan itu demi petunjuk Ilahi. 

Hannah Maryam memutuskan agar Mastura dan Jebat dikahwinkan dengan segera supaya keadaan tidak menjadi lebih teruk. Dengan keputusan ini juga membuatkan Aryan nak berang. Jebat rasa rendah diri untuk menerima keputusan dari isteri majikannya. Jebat takut Mastura tidak dapat menerima dirinya yang bertatu dibadannya yang berbentuk kepala Naga. Atas pujukan Uwais, Jebat menerima Mastura sebagai isterinya. Dihari perkahwinan Jebat dan Mastura , Jebat didatangi Tiger dan Eirin yang tidak diundang. Jebat takut kehadiran Eirin dan Tiger akan membongkar rahsia silamnya. Eirin yang sakit hati kerana cintanya tidak pernah berbalas oleh Jebat. Eirin tak pernah berputus asa untuk mendapatkan Jebat kembali walaupun dia tahu Jebat kini sudah berkahwin. Kerana Eirin juga cerita-cerita jebat terbongkar sedikit demi sedikit. Hingga Mastura mendesak Jebat agar tidak berahsia apa-apa. Jebat menceritakan segalanyanya pada Mastura. Saat Jebat membuka baju dan menunjukkan tatu dibadannya Mastura tidak dapat menerima Jebat. Perang dingin berlaku yang agak lama. Mastura cuba melarikan diri dari bercakap dan bertembung dengan Jebat. Demi permintaan Mastura untuk membuang tatu dibadan Jebat. Jebat nekad untuk membuangnya walaupun akibatnya terpaksa menanggung sakit yang amat sangat.

Rahsia kemalangan Hannah Maryam beberapa tahun dulu hingga mengakibatkan Hannah Maryam keguguran terbongkar. Walaupun Jebat telah membatalkan niat untuk melakukan dan mengembalikan wang yang diterima dari Tenggu Muiz tetapi tugas itu dilaksanakan juga oleh Tiger. Hannah Maryam kesal kerana suaminya merahsiakan dari pengetahuannya. Dalam kekeruhan itu Inspektor Aryan mengambil peluang memisahkan Mastura dan Jebat. Inspektor Aryan tak pernah berputus asa untuk mendapatkan Mastura kembali. Dengan kuasa yang disalah gunakan Inspektor Aryan menangkap Jebat atas sabit cubaan membunuh Hannah Maryam. Jebat direman seminggu. Polis tidak boleh berbuat apa-apa kerana tiada bukti dan Jebat bebas dari tuduhan itu dengan pertolongan Tiger dan uncle Bujang papa Eirin. Inspektor Aryan tidak berpuas hati dengan berita itu. Dia juga menyuruh Tok Ayah mengambil pengawal peribadi untuk menjaga rumah bagi mengelakkan penjenayah masuk kerumah Tok ayah. Kerana tak mahu anak saudaranya terus di caci Uncle Bujang membongkar satu rahsia yang disimpan belasan tahun dulu. Sebenarnya Uncle Bujang dan Jebat telah menyelamatkan Hannah Maryam ketika papa dan mama mereka dalam satu kemalangan dulu. Uncle Bujang mengharapkan agar Jebat dilayan baik dalam keluarga Tok Ayah. Jangan memandang pada kesilapan yang lalu tetapi pandang apa yang ada sekarang. Eirin terus berdendam pelbagai cara untuk mendapatkan Jebat hanya sia-sia. Dalam satu pergelutan Eirin tertembak Jebat tanpa sengaja. Selepas kejadian itu Eirin menjadi gila kerana terlalu tertekan. Jebat lelaki yang sukar melafazkan kata cinta kini akur dengan cinta sejatinya. 





Sinopsis dari kulit novel



“Kalau aku suruh kau terjun dalam kolam tu, kau nak terjun?”



“Untuk buktikan cinta Mas kat abang… terjun kolam pun Mas sanggup. Okey! Mas terjun! Tapi untuk pengetahuan abang... Mas tak tahu berenang!”



“Mastura!!!!!!!” 



JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.



Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.



“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”



“Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.”



Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?



Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah bekas ketua kumpulan gengster!



Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.


Inilah wajah yang memegang watak Mastura dan jebat

...................................................................................................................................
EDISI DRAMA


                               



Pemanas sebelum cerita bermula ..




Disebalik tabir Bukan Kerana Aku Tak Cinta


Episod 1
Hannah Mastura kerap berkunjung dirumah mak mertua Alongnya , mak cik Sari. Kedatangannya dengan satu tujuan. Ingin memikat Jebat pekerja abang iparnya. Mastura tetap dengan sikap degilnya hingga Mastura dimarahi oleh Alongnya kerana mengabaikan kerja di pejabat demi mengejar Jebat . Jebat merasa rimas melihat kehadiran Mastura  dirumah makcik Sari yang selalu mengganggunya. Mastura tak pernah putus asa memenangi hati Jebat walaupun Jebat tak pernah menunjukkan reaksi suka pada Mastura.

Episod 2
Makcik sari menyokong Mastura agar Jebat dapat menghantar balik kerumah dengan alasan kereta yang dipakai harus ditinggalkan dirumah makcik sari. Dalam terpaksa Jebat menghantar Mastura. Mastura teringat detik pertama kali pertemuannya dirumah Tok ayah kerana satu salah faham. Ketika itu Jebat membantu mak awe menyusun barang dalam peti sejuk. Mastura terkejut bila disangkakan adiknya Putra tetapi orang lain. Selepas kejadian itu Mastura jatuh cinta pada Jebat. Mastura sengaja menggoda Jebat dengan pelbagai helah tetapi jebat tahu semua itu hanya untuk Mastura menarik perhatian Jebat.


Episod 3
Jebat zaman kanak-kanaknya , ayah Jebat selalu mengajar seni mempertahankan diri. Kehadiran uncle Kwan yang cedera parah kerumahnya pada malam itu merupakan malam terakhir Jebat bertemu dengan ayah dan Ibunya sebelum mereka dibunuh dengan kejam. Uncle Kwan adalah abang kepada ayah Jebat . Musuh uncle Kwan telah datang menyerang hingga terbunuh ayah dan ibunya. Peristiwa hitam itu sentiasa segar dalam ingatan jebat hingga kini walaupun kejadian itu telah lama berlaku. Hannah Maryam mengingatkan Mastura agar tidak ponteng kerja semasa ketiadaannya selama seminggu. Jebat juga diamanahkan agar menjengok makcik sari semasa ketiadaan Uwais kerana mengikut isterinya outstation.



Episod 4
Jebat dituduh oleh penduduk kampung mencuri duit tabung surau. Jebat dipukul oleh Zali budak kampung yang dengki dengan Jebat. Mastura yang lari dari pejabat terkejut bila melihat keadaan Jebat diikat dan dipukul oleh Zali dan kawan-kawannya. Jebat marah pada Mastura kerana mengaku pada Zali dan kawan-kawannya kerana mengaku Jebat adalah bakal suaminya. Jabat juga memberitahu pada Mastura agar jangan mengganggu hidupnya lagi. Mastura sedih bila Jebat memarahinya. Makcik Sari cuba memujuk Jebat agar Jebat dapat menerima Mastura tetapi Jebat memberi alasan antara dia dan Mastura tak layak bersama kerana jurang terlalu jauh. Mastura terus bangkit dan tidak akan berputus asa untuk memikat Jebat.


Episod 5
Jebat masih teringat-ingat kata-kata pedih pada Mastura hingga membuatkan Mastura menangis. Mastura menyuruh Makcik Sari datang kerumah dengan alasan cucunya rindukannya. Dengan ditemani Jebat , Makcik Sari pergi kerumah Tan Sri . Jebat mencari-cari wajah Mastura tetapi Mastura sengaja buat tak kisah kewujudan Jebat disitu. Mastura memberi sepucuk surat dengan bantuan Daqiq. Tetapi Jebat mengoyaknya dengan tanda protes kerana Mastura tak pernah putus asa untuk menambat hati Jebat.   

Episod 6
Lebai masjid bertanya pada Zali kenapa memukul Jebat. Zali masih ingin memburukkan Jebat tetapi dimarahi oleh ustaz Hafiz. Tidur malam Jebat terganggu dengan kehadiran Mastura dalam mimpinya. Mastura berpakat dengan Fisya untuk melihat reaksi Jebat. Cemburu diwajah Jebat terpancar bila Mastura dan Fisya  bermesra didepan Jebat. Mastura gembira kerana rancangannya berjaya. Hannah Maryam dan Uwais terkejut bila anak-anaknya menyebut nama Pak ngah. 
Jom tonton link ini : Bukan kerana aku tak cinta episod 6

Episod 7
Hannah Maryam cuba mencungkil rahsia siapa Pakngah yang diceritakan oleh anak-anaknya. Bila Hannah Maryam melihat sendiri dibilik Mastura, Mastura sedang leka melihat gambar-gambar Jebat. Hannah Maryam tak suka dengan perhubungan Jebat dan Mastura. Maryam juga mengugut Mastura akan menarik balik semua kemudahan yang diberikan dan jawatan yang disandang sekarang. Mastura tak hairan dengan ugutan kakaknya. Tiada cara lain Hannah Maryam pergi berjumpa Jebat dan bertanyakan hubungannya dengan Mastura. Jawapan Jebat bercanggah dengan jawapan Mastura. Uwais marah dengan tidakan isterinya berjumpa dengan Jebat. Kerana Uwais takut akan memburukkan keadaan. 
Jom tonton link ini : Bukan kerana aku tak cinta episod 7

Episod 8
Jebat menalifon Mastura, Mastura sangat gembira bila Jebat menghubungi dia. Jebat hanya ingin memberitahu yang kakak Matura ( Hannah Maryam ) memarahi Jebat kerana kelancangan mulut Mastura mengaku tentang perhubungannya. Sedangkan Jebat dan Mastura tak pernah ada apa - apa hubungan. Jebat melihat pada cermin parut dimukanya. Ini membuatkan Jebat teingat detik perebutan keris pusaka dengan pakciknya. Bila berjumpa Jebat marah pada pada Mastura. Mastura tidak mengindahkan kata-kata Jebat. Yang Mastura tahu , dia tetap akan kahwin dengan Jebat. Jebat penign melihat Mastura terus berdegil. 
Jom tonton link ini : Bukan kerana aku tak cinta episod 8


Episod 9
Untuk memunjukkan kesungguhan cinta Mastura pada Jebat, Mastura terjun kolam ikan. Sebelum terjun Mastura sekali lagi menipu jebat yang dia tidak tahu berenang. Jebat terkejut bila Mastura lemas. Jebat terpaksa membuat CPR pada Mastura.  Jebat juga mengambil berat bertanya khabar pada Mastura. Ini membuatkan Mastura rasa gembira. Mastura sengaja membuat rasa Jebat serba salah. Lebih merunsingakn Jebat sekali lagi Hannah Maryam memarahi Jebat kerana Mastura jatuh kolam. Makcik sari harairan bagaimana Mastura boleh lemas dalam kolam sedangkan Mastura boleh berenang. Jebat rasa tertipu bila mendengar kata-kata makcik sari.
Jom tonton link ini : Bukan kerana aku tak cinta episod 9

Episod 10
Jebat kerumah Tok ayah ingin berjumap Mastura mencari kepastian. Jebat terkejut bila Mastura membuat pengakuan yang dia pandai berenang . Dengan rasa marah Jebat menampar Mastura kerana menipunya. Melepas mendengar tazkirah Ustaz Hafis,  Jebat merasa menyesal atas perbuatannya kerana menampar Mastura dalam keadaan marah. Mengasari wanita bukan tindakan yang baik. Ustaz Hafis yang banyak memberi tunjuk ajar pada Jebat. Mak mah menasihati Mastura jangan terlalu mengikut perasaan hingga merbahayakan diri.  
Jom tonton link ini : Bukan kerana aku tak cinta episod 10

Episod 11
Jebat pergi di majlis doa selamat Ustaz Hafis . Dia memerhatikan Mastura yang ayu memakai tudung. Jebat mengambil peluang untuk meminta maaf pada Mastura tetapi Mastura mengaja menghukum perasaan Jebat dengan mendiamkan diri. Cif Inspector Aryan memperkenalkan diri dihadapan Jebat. Aryan cuba menyoal siasat mengenai latar belakang Jebat nama lelaki yang selalu dibibir abangnya Fawwaz. Kehadiran jebat dalam hidup mastura ditak disenangi oleh Aryan. Mastura teringat dia pernah berjanji dengan Aryan yang dia bersetuju untuk berkahwin bila dia pulang dari UK. Kini Aryan menuntut janji, ini membuatkan Mastura tak senang duduk. 
Jom tonton link ini : Bukan kerana aku tak cinta episod 11

Episod 12
Aryan buat kejutan untuk majlis hari jadi Mastura. Jebat membeli jambangan bunga rose sebagai hadiah harijadi Mastura. Jebat menyuruh Nafisah menghantar bunga itu dibilik Mastura tetapi malangnya Aryan telah membuang bunga itu kerana cemburu pada Jebat. Mastura terperangkap dengan janjinya dulu kerana Aryan telah melamarnya . Mastura tanya siapa yang memberi teddy bear pada Nafisah . Alangkah terkejut bila Nafisah memberi tahu Mastura, Mastura juga menerima hadiah dari Jebat. Tetapi hadiah itu tidak diterima kerana telah dibuang oleh Aryan. 
Jom tonton link ini : Bukan kerana aku tak cinta episod 12

Episod 13
Mastura marah bila dia tidak menerima hadiah yang diberikan oleh Jebat. Mastura ke bilik Aryan untuk mengambil hadiah dari Jebat tapi Aryan mengatakan hadiah itu telah dibuang kerana Mastura elegik buang. Mastura mencari bunga yang dihadiahkan oleh Jebat. Walaupun dah rosak Mastura tetap gembira dapat bunga dari jebat. Makcik sari hairan melihat Jebat yang pandai bersilat. Jebat menceritakan segalanya kerana itu juga Jebat mendapat parut dimuka. Jebat bertanya jujur agar Anis , agar tidak berkecil hati . Harapan mak cik sari untuk Anis dijodohkan dengan Jebat. Anis gembira bila berjumpa sahabatnya Mastura. 
Jom tonton link ini : Bukan kerana aku tak cinta episod 13


Episod 14
Jom tonton link ini : Bukan kerana aku tak cinta episod 14

Episod 15
Jom tonton link ini : Bukan kerana aku tak cinta episod 15

Episod 16
Jom tonton link ini : Bukan kerana aku tak cinta episod 16

Episod 17
Jom tonton link ini : Bukan kerana aku tak cinta episod 17

Episod 18
Jom tonton link ini : Bukan kerana aku tak cinta episod 18

Episod 19
Mastura gembira bila nampak Jebat datang melawatnya. Kak long gembira melihat perubahan adiknya. Kak long menyuarakan hasrat agar Jabat boleh berkahwin dengan Mastura selepas Mastura keluar dari Hospital nanti. Jebat terkejut kata-kata Hanna Maryam merangkap (bakal kakak ipar ) . Kak long naik berang bila Jebat mendiamkan diri tanpa kata putus tetapi Uwais faham apa yang berrada dikotak fikiran Jebat. Jebat risau kesan tato yang ada dibadannya dan duit untuk persiapan pernikahannya nanti. Walaupun Uwais menyatakan semuanya ditanggung tetapi Jebat tetap risau perkara yang satu itu . 
Jom tonton link ini : Bukan kerana aku tak cinta episod 19

Episod 20
Tok ayah marah dengan keputusan Hannah Maryam membatalkan majlis pertunangan Aryan dan Mastura. Keputusan itu juga membuatkan Aryan marah pada Tok ayah yang mungkir janji. Uwais memujuk Tok ayah tentang perkahwinan Mastura dan Jebat. Akhirnya Tok ayah bersetuju Mastura dan Jebat disatukan. Bila Tok ayah melihat sendiri senyum bahagia terukir diwajah Mastura Tok Ayah menyuruh Hannah Maryam mempercepatkan pernikahan Mastura dan Jebat.
Jom tonton link ini : Bukan kerana aku tak cinta episod 20

Episod 21
Aryan tak puas hati bila Mastura menerima Jebat dan sanggup menolak cintanya. Aryan juga mengugut Mastura akan menyelidik siapa asal usul jebat. Jebat 
Jom tonton link ini : Bukan kerana aku tak cinta episod 21

Episod 22
Jom tonton link ini : Bukan kerana aku tak cinta episod 22

Episod 23
Pernikahan Jebat dan Mastura berlansung dirumah tok ayah. Jebat diberi masa 2 bulan baru boleh bersama dengan Mastura. Buat masa ini mereka tinggal berasingan. Untuk mengelakkan apa-apa berlaku Jebat mengelak diri untuk berjumpa Mastura. Setiap pagi Mastura manghantar makanan untuk Jebat tetapi Mastura merasa hati bila Jebat enggan bertembung dengan Mastura. Jebat menghubungi Mastura tetapi Mastura enggan bercakap. Ini membuatkan Jebat risau takut Mastura akan mogok lapar seperti dulu. 
Jom tonton link ini : Bukan kerana aku tak cinta episod 23

Episod 24
Jom tonton link ini : Bukan kerana aku tak cinta episod 24


Episod 25
Jom tonton link ini : Bukan kerana aku tak cinta episod 25


Episod 26
Jom tonton link ini : Bukan kerana aku tak cinta episod 26


Episod 27
Jom tonton link ini : Bukan kerana aku tak cinta episod 27

Episod 28
Jebat terkejut bila Airin dan Tiger datang kerumah tok ayah. Tok ayah teruja bila Jebat mempunyai saudara lain dan mempuyai syarikat besar. Aryan yang tidak berpuas hati, cuba mencari identiti sebenar Jebat tetapi tidak dapat dikesan aktiviti Jebat dulu . Aryan Tidak berputus asa. Airin sengaja untuk bermalam dirumah tok ayah agar niat jahatnya tercapai . Jebat mula rasa cemburu bila Mastura melebih-lebihkan melayan Tiger.  
Jom tonton link ini : Bukan kerana aku tak cinta episod 28

Episod 29
Jom tonton link ini : Bukan kerana aku tak cinta episod 29

Episod 30

Jom tonton link ini : Bukan kerana aku tak cinta episod 30

Episod 31
Jom tonton link ini : Bukan kerana aku tak cinta episod 31

Episod 32
Jom tonton link ini : Bukan kerana aku tak cinta episod 32

Episod 33
Jom tonton link ini : Bukan kerana aku tak cinta episod 33

Episod 34
Jom tonton link ini : Bukan kerana aku tak cinta episod 34


Episod 35
Jom tonton link ini : Bukan kerana aku tak cinta episod 35

Episod 36
Jom tonton link ini : Bukan kerana aku tak cinta episod 36

Episod 37
Jom tonton link ini : Bukan kerana aku tak cinta episod 37

Episod 38
Jom tonton link ini : Bukan kerana aku tak cinta episod 38

Episod 39
Jom tonton link ini : Bukan kerana aku tak cinta episod 39

Episod 40
Jom tonton link ini : Bukan kerana aku tak cinta episod 40

Episod 41
Jom tonton link ini : Bukan kerana aku tak cinta episod 41

Episod 42
Jom tonton link ini : Bukan kerana aku tak cinta episod 42

Episod 43
Jom tonton link ini : Bukan kerana aku tak cinta episod 43

Episod 44
Jom tonton link ini : Bukan kerana aku tak cinta episod 44

Episod 45
Jom tonton link ini : Bukan kerana aku tak cinta episod 45

Episod 46
Jom tonton link ini : Bukan kerana aku tak cinta episod 46

Episod 47
Jom tonton link ini : Bukan kerana aku tak cinta episod 47

Episod 48
Jom tonton link ini : Bukan kerana aku tak cinta episod 48


Episod 49
Jom tonton link ini : Bukan kerana aku tak cinta episod 49

Episod 50
Jom tonton link ini : Bukan kerana aku tak cinta episod 50

Episod 51
Jom tonton link ini : Bukan kerana aku tak cinta episod 51

Episod 52
Jom tonton link ini : Bukan kerana aku tak cinta episod 52

Episod 53
Jom tonton link ini : Bukan kerana aku tak cinta episod 53

Episod 54
Jom tonton link ini : Bukan kerana aku tak cinta episod 54


Episod 55
Jom tonton link ini : Bukan kerana aku tak cinta episod 55


Episod 56
Jom tonton link ini : Bukan kerana aku tak cinta episod 56


Episod 57
Jom tonton link ini : Bukan kerana aku tak cinta episod 57


Episod 58
Jom tonton link ini : Bukan kerana aku tak cinta episod 58


Episod 59 & 60
Jom tonton link ini : Bukan kerana aku tak cinta episod 59 & 60


Memoir dan Ooops : episod 1 @ episod 2



Drama Bukan kerana aku tak cinta kini sudah melabuhkan tirai.. Memang best cerita ni. Setakat ini novel yang didramakan ini adalah drama yang terbaik. Terima kasih pada pengarah dan pelakon yang berkerja keras untuk drama ini. Terima kasih juga pada yang menngunjungi blog ini dan berkongsi komen- komen mereka .

52 comments:

  1. Salah satu novel favourite saya yang sentiasa diulang baca. Macam 1st novel e-man sufi, Suami Yang Kubenci, pengolahan novel BKATC pun sangat lah menarik. Watak Jebat tu memang bukan satu watak tipikal dalam mana-mana novel melayu.

    Baru je tahu semalam yg BKATC ini akan diadaptasi ke drama gak... Not a fan of Sharnaaz Ahmad, tapi maybe akan tetap layan drama ni kalau jalan cerita semenarik novel nya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu wawa... watak Jebat tu memang tipikal. Harap Sharnaaz dapat manghayati watak jebat tu... akak memang suka novel E-man sufi ni .. wajib dlam simpanan....hahahahah sabar menanti edisi dramanya yang tak lama lagi akan muncul .....

      Delete
  2. Dalam proses nak baca novel ni selepas jatuh cinta dengan 'suami yang kubenci.'

    ReplyDelete
    Replies
    1. pada akak cerita suami yang ku benci tu cerita yang agak santai ..... berbeza dengan BKATC ni. macam WAWA cakap watak jebat tu bukan watak tipikal. itu yg menariknya .....

      Delete
  3. dah belek2 novel ni 2-3 kali..tapi tak beli juga.nampak gayanya kena beli juga ni.Dah baca novel melur jelita..cubalah baca...mas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rWahhhhhh....amainya yang mengajak akak baca novel melur jelita.... hehehhe seriusly akak tak pernah memiliki ... ada baru bercadang2 untuk membelinya pada expo buku 1 malaysia nanti...... ramai yang kata akak pasti akan jatuh cinta dgn Heronya ... hehhehehe Insyaallah akan ada diblog ini ..

      Delete
  4. pastikan beli 3 novel MJ...baru tahu macamana penangannya.Make sure ada tuala utk lap airmata bila baca nanti..hahaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. makin teruja nak memilikinya..... advise laaa yang mana satu nak baca dulu .. ada 3 tu novel MJ tu ... hhuuhuhuh

      Delete
  5. baca novel awak suka saya tak, pastu baca i luv u stupid baru baca my precious.. my precious iris tu kesinambungan dari i luv u stupid...gerenti meleleh air mata...pastu gelak sorang2...hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha ..... ok nanti akak pergi beli dulu ... kita tengok ada lelehan air mata tak ... hehehhe

      Delete
  6. Sya ni tk berapa sagt nak tgk drama adaptasi dri novel ni sbb takut tak sama...disebabkan belum berpeluang beli novel ni..tpi dri jalan ceritanya ianya lain dri yg lain. Mmebuatkan saya nk tgk ...Gandingan sharnaz ahmad dan nelydia adalah pilihan yang tepat...sharnaz pada saya bakal jadi faizal hussein...bgi apa sahaja watak pasti boleh buat dgn baik...nelydia lakonannya semakin hari semakin baik...dn org nya pun cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan Cik Lieza....
      Terima kasih singgah di blog akak ni ....
      Drama adaptasi ni memang digeruni pada pembaca novel . Macam Lieza cakap tak sama dalam novel . tetapi jika pemilihan pelakon yng tepat pasti Drama dan novel sama naik ....

      Delete
  7. Salam akak. Boleh tak akak senaraikan semua pelakon yg mainkan watak lain? Contohnya uwais, hannah, mak cik sari, fawwaz, rayyan, wafeen kalau ada. Sebab dia orang berkait dgn novel yg lg dua tu. Saya sebenarnya tk suka bila novel yg saya suka jadi drama sbb saya rasa hilang orginality dan imaginsi pembaca. Tapi ini cuma pedapat saya, maaf kepada peminat drama. Dan terima kasih andai akak sudi tolong bagi tahu pelakon bagi watak watak lain. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau novel Eman Sufi memang saling mengait ceritanya..... dari novel pertama hingga ke empatnya. Akak tahu ramai yg tak suka bila novel diadaptasi ke drama/filem. Lagi2 pulak drama di ubah sedikit ceritanya... kalau nak di senaraikan para pelakonnya .... akak tak pasti sangat. Tetapi gandingan Syanaz dan Nalydia nampak serasi dan menjiwai watak.

      Delete
  8. salam....sj nk tmbahkan,...so far..jalan cerita yang di olahkan ke drama agak menarik.....pelakon2 juga bijak membawa watak,hampir saja sama karater si jebat yang dibawakan oleh sharnaaz, walaubagaimanpun, masih terlalu awal untuk meniai keseluruhan drama ini.,..kita tunggu dan lihat,,,x nak frust macam cerita bicara hati sebelumnya...harapan tinggi menggunung..sekali, kluar crita kat tv...hampeh...langsung x sama cam dalam novel....

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam Eryeyn...
      terima kasih kerana luahan hati pecinta novel.... hehheehh
      memang betul... bila kita mengharapkan drama tu best macam novel .
      Tiba tiba out lak dan ditokok tambah hingga menjadi sumbang ... memang kecewa.... Harap Drama ni terus bertahan seperti novel ...

      Delete
  9. saya lelaki,tak tahu lah kenapa saya suka baca ni,mungkin sama dgn kisah silam saya,haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak salah kalau lelaki suka baca novel dan tonton drama melayu .... teruskan minat itu ..

      Delete
  10. Kak..sy selama ni suka baca novel dari seberang..novel islamik..tp saya tertarik dgn novel ni sbb scra x langsung ada garap nilai yg tinggi. Mgkin pndekatan lain dan berkualiti berbanding novel melayu yg sggp mempertaruhkan erti nikah dan sbgnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah di blog akak, Laily kenal siapa e-man sufi dia seorang cikgu.... mesti byk ilmu yang dia ada betul tak ... dgn cara menulisdan olahan yg baik terhasillah novel yg penuh ilmu ini......

      Delete
  11. betul ke last skali jebat mati??????herm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Afiefa... Mana boleh Jebat mati .... Jebat lelaki yang romantik dan digilai ramai perempuan ... hehheheh

      Delete
  12. ouh....serius???hahahaha..semangat balik nak tgk.i tgk blog mne ntah dye tulis,last skali jebat mati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Afiefa... kena tengok sampai habis baru kita tahu Jebat tu mati ke tak ... Jebat kan Hero mana boleh mati ....

      Delete
  13. habis la lpas ni confirm ramai wanita tergila gila kan jebat tak pon mcm jebat.. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahha... Zaim bukan gila je tapi melting sekali ... itulah penangan Jebat dalam cerita ni ...

      Delete
  14. Aduiii...gara2 drama ni terus cari novelnya. Puas cari tapi dh sold out satu kota kinabalu. Nampaknya kena beli online lh ni. Ramai dh angau dek penangan abang jebat versi sharnaaz ahmad...haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adrina ... jgn tunggu lagi beli terus online... pasti dapat cepat ... novel ni dah jadi goreng pisang panas... memang Hot ...

      Delete
  15. sya baru jer abis baca buku ni...baru jer beli dan dlm dua hari jer dah boleh abis..oh mmg watak Jebat sesuai sgt Sharnaz..watak dia mmg ada kena mengena sikit dgn khidupan sy dulu tpi apakan dy jodoh tk lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ... kerana berkongsi . Akak sebenarnya memang tak suka dengan Sharnaz tetapi bila dah tengok jebat .. Arghhh .. terjatuh cinta lak hahhahaha

      Delete
  16. setakat ne lom baca novel dia lagi. tp jlan crita lam drama ne mmg best, ska watak jebat y d lakonkan oleh sharnazz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih singgah ke blog akak ni Umi...
      antara novel dan drama jalan cerita masih sama ... bagi akak bila sebuah novel didramakan cerita itu lebih berkembang. Olahan dramanya bagus tak lari dari novelnya. Kekadang peminat novel akan marah bila ceritanya di ubah.

      Delete
  17. sangat best bila menonton drama so teruja sangat sampai trus p beli novel dah baca novel tak sabar jugak nak tgk drama sampai habis, drama lakonan nelydia dan juga sharnaaz sangat2 kena dan juga best rasanya dalam novel tu diexpreskan melalui lakonan yang sangat2 berkesan oleh hero n heroin dan juga semua pelakon yang lain pekdek kata menjadi lah adaptasi novel yang best ever..this is the first time yang saya suka adaptasi novel ke drama yang sangat menjadi.... love e-man sufi, love nelydia and love sharnazz...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rata-rata org cakap drama ni memang best , gabungan Nyledia & Shannaz memang sesuai sangat .... dan teima kasih singgah di blog ini ....harap jgn serik yeee....

      Delete
  18. Taniah, eizzara eizzaty. Jalan cerita terbaik, think out of box, tq, suka tengok siri drama nya walau pon dh baca novel, pelakon dan lakunan yang hebat...terima kaseh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah , saya memang suka cerita ni ... pemilihan pelakon juga memainkan peranan penting kerana mampukah mereka menghayati lakonan mereka.

      Delete
  19. dalam byk2 drama yg di adaptasi dri novel. ni yang paling tak miss tgk. sya suka citer ni sbb suka tgk Jebat hero yang tak sama dgn hero lain. kalo the weeding breaker lebih kepada kisah2 org korporat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada setiap drama ada kelebihan sendiri ... biasanya drama dia akan ambil 65 - 70 peratus je . selebihnya mereka buat olahan sendiri untuk mencantikkan cerita tu.

      Delete
  20. Replies
    1. bab-bab download ni akak tak pandai ... tak tahulah cam mana....

      Delete
    2. Hehe..saje na tnye..tgk online boleh..na download xtau lak..

      Delete
    3. nak download cita ni..
      layanon9.blogspot.com, semua ada..

      Delete
  21. Sbb tak cukup kuota internet..mne leh download.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenar akak tak pernah download pun ... sebab tak pandai ... hehheheh

      Delete
    2. Ahaha..xkn wifi ofis aku pon abis quota..tuka ofis la camni..

      Delete
    3. guna la sim internet 1malaysia klau xnk ada limit kouta..ok je :) smbil kja smbil download..huhuhu

      Delete
  22. akak, tau x nama isteri kepada uncle bujang tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak tak tahu .... setahu akak dia selalu berlakon dalam cerita melayu..

      Delete
  23. akak, apa nama isteri uncle bujang dalam novel ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry tak perasan pulak ada komen ni
      tak silap akak tak mention nama rasanya... maaf kalau akak salah . kalau dalam novel tak detail sangat pasal ancle bujang berbanding drama.

      Delete
  24. Haishhhhh mcm mne aq bley trjebak bce novel ni....pk2 blik klaka pon ad hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih singgah ...
      Dulu saya pun mcm awak juga terjebak dgn novel lepas tu saya mula membeli novel mengikut penulis yg saya suka.

      Delete