Monday, 23 December 2013

NOVEL BUKAN KAHWIN PAKSA


Untuk dicintai , haruslah mula mencintai....


Novel ini terbitan Karytos Creative , Pada kebiasaannya novel ini boleh dapat di semua kedai buku. Nama Syamnuriezmil bukan lagi nama asing didunai penulis ini. Ini novel ke-lima beliau yang telah saya memiliki .Pada yang biasa membaca novel Syamnuriezmil mereka akan tahu gaya penulisan yang agak santai dan mencuit hati. Percayalah pasti tak kering gusi pada sesiapa yang membacanya pada part-part tertentu pertemuan Izz Rizqin dan Dara Safiya . Hasil novel yang agak tebal kali ini 627 muka surat membongkar cerita Izz Rizqin dan Dara Safiya. 

Pertemuan setahun yang lalu membuatkan Dara Safiya percaya Ryan adalah lelaki yang baik. Tetapi Dara tidak menyangka, Ryan boleh curang dengannya. Dara terkejut bila melihat Ryan dan Nita ( gadis yang dibawa pulang) diatas katil tanpa seurat benang. Dalam kekalutan Dara melarikan diri dari dikejar oleh Ryan,  Izz Rizqin jiran baru Ryan turut menjadi amukan Dara. Izz Rizqin yang baru berpindah sehari terkejut dngan menyaksikan drama sebabak Dara dan kekasihnya. Izz Rizqin seorang Accountant yang melarikan diri kerana kekasihnya ditunangkan dengan abang long Azz Rizqin. Kerana tak mahu ramai pihak kecewa Izz Rizqin mengambil keputusan untuk mengundur diri. Tiada seorang pun tahu yang Izz Rizqin sebenarnya membawa diri, bukan bertukar angin yang di war-warkan pada keluarganya bila ditanyakan mengapa Izz Rizqin atau panggilan Uda dikalangan keluarga tiba-tiba mengambil keputusan untuk berkerja di Ipoh. Kesilapan Dara menghantar email , bermula satu perkenalan diruang email. Sejak itu mereka menjadi sahabat dialam maya tanpa mencungkil identiti mereka.Tanpa sedar, sebenarnya Dara berkenalan dengan lelaki yang menegurnya dirumah Ryan, Izz Rizqin. 

Daddy dan mummy Izz mencadangkan agar Izz dijodohkan dengan anak kenalannya di Ipoh, Sulaiman. Sulaiman papa Dara Safiya berkawan degan papa Izz sejak dizaman sekolah lagi.  Hasrat itu disambut baik oleh Izz bagi melupakan Ariyana. Kini menjadi tunang abangnya Azz Rizqin. Bagi Izz ini adalah pengorbanan yang perlu dilakukan untuk kebaikan semua. Izz bersetuju dan pernikahan perlu dilakukan dalam sama satu bulan. Selepas berpisah dengan Ryan, Dara Safiya tidak percaya pada cinta. Ekoran itu papa dan mama Dara Safiya mencadangkan agar menerima calon suami cadangan mereka. Dara Safiya bersetuju dengan cadangan papanya , Dara juga mengenakan syarat iaitu dalam masa dua minggu mereka akan nikah , tak mahu berkenalan dan berjumpa hanya berjumpa di hari pernikahan. Dara Safiya membuat keputusan itu bagi mengelak dari terus diganggu oleh Ryan yang ingin memohon maaf dan memujuk Dara kembali padanya.

Dara Safiya menggelar Izz sebagai penceramah tak bertauliah kerana setiap kali bertemu pasti Izz akan membebel , ini membuatkan Dara akan naik darah bila bertembung. tak kira dimana contohnya di petrol pump ataupun di kedai makan. Izz juga tak kurangnya mengelar Dara sebagai perempuan garang. Fobia Izz hingga terbawa kedalam mimpi berkahwin dengan Perempuan garang terpaksa tidur dikandang lembu. Dara dan Izz banyak meluahkan rasa melalui email. Sebelum pernikahan mereka, Izz sering berhubung diantara satu sama lain . Dengan cara Izz yang selalu mengambil berat dan meluahkan perasaan membuatkan Dara jatuh cinta pada Izz. Hinggalah dihari pernikahan mereka. Kerana terlalu terkejut masing-masing pengsan. ini kerana masing-masing tak percaya apa yang telah berlaku. Selama ini orang yang dibenci kini menjadi peneman hidup.

Dimalam pertama mereka satu pertengkaran berlaku kerana cemburu. Ryan tak pernah putus asa untuk meraih simpati dari Dara walaupun dia tahu Dara sudah bergelar isteri. Dara sengaja untuk berpindah di rumah Izz dengan tujuan ingin menunjuk-nunjuk. Oleh kerana selalu bersembang dengan rakan email, Dara dan Izz terlintas untuk mencari identiti siapa kah dia.  kerana satu insiden mereka mengetahui siapa sebenar Cik kak dan En. Duck. Melupakan kenangan lalu dan belajar menerima kekurangan pasangan penguat kasih sayang. Untuk dicintai harus belajar mencintai.


Sinopsis dari kulit novel

“Cinta tu, buta, pekak, bisu.”
“Kenapa cakap macam tu pula?”
“Kita tak nampak, kita boleh jatuh cinta, kita tak dengar pun kita boleh jatuh cinta, kita tak boleh bersuara pun, kita boleh jatuh cinta. So, cinta itu buta, pekak dan bisu. Tapi, cinta tak akan jadi cinta lagi bila hati mula bagi masalah.”

Setiap kisah ada pertemuan dan setiap pertemuan ada permulaan. Walaupun pelbagai cara permulaan sebuah pertemuan itu, kalau sudah jodoh... maka jodohlah ia!

Pada mulanya, mereka dipertemukan dalam situasi yang tidak menyenangkan yang menyebabkan mereka ditakdirkan menjadi musuh. Disebabkan tersalah e-mel, mereka kemudian menjadi kawan baik di alam maya. Sehinggalah mereka ditakdirkan jatuh cinta melalui panggilan telefon.

Izz Rizqin mengorbankan cintanya kepada yang lebih berhak. Dia seorang yang memperjuangkan cinta dan sanggup berkorban demi cinta. Tapi, untuk berkorban dia perlu menerima calon isteri cadangan daddy dan mummynya. 

Dara Safiya pula tidak percaya kepada cinta selepas dia dicurangi Ryan. Dia mahu membujang sampai ke tua menjaga mama dan papanya. Oleh kerana itu, mama dan papanya bertindak untuk mencadangkan dia calon pilihan mereka. Tapi, Dara meletakkan syarat yang akhirnya mengenakan diri sendiri. 

Walaupun mereka menerima cadangan calon pilihan keluarga, bukan bermakna mereka kahwin paksa, kerana, masing-masing sudah jatuh cinta. 



"Kita buat cerita baru, kita bina cinta baru... What say you?”

“Then you get your answer...”

“Jawapan?”

“That I love you too...”



Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga mudah. Tapi untuk dicintai dengan orang yang kita cintai, itu cinta yang sukar diperoleh. Kecuali... kita mula mencintai untuk dicintai.


Petikan- petikan menarik dalam novel
Kerana satu insiden
"How dare you!!!"
"Err... Dara! Wait , let me explain!"
"honey , apa bising-bising pagi ni?"
Lagi bengang Dara apabila mendengar suara perempuana yang manja itu, mengambil bantal lalu menekup telinganya. Bising kataknya? Sedar tak ... dia dah tidur dengan boy-friend aku?? Kurang ajar betul! Dara sakit hati. Dara terus keluar dari bilik itu. Dai mahu terus keluar dari rumah itu dan sekaligus keluar daripada hati Tyan. Dara tidak mahu lagi terlibat. Ryan pula cepat-cepat mencapai tuala lantas mengejar Dara, cuba menghalang Dara daripada keluar dari apartmennya.
"Let me explain!"
"Tak payah nak explain. Apa lagi yang you nak explain? seeing is beliaving tau! I dah nampak sehala-galanya, benda tu melekat dekat kepala otak I."
"Dara sayang.."
"Tak payah nak bersayang-sayang sangatlah, Ryan. Dara nampak sendiri, you dengan perempuan lain, atas katil you. You nak explain apa lagi? Perempuan tu tiba-tiba out of no where ada atas katil you ? Apa? Jatuh dari langit ke ?" Dara dahmarah sangat. Dia tidak mahu mendengar lagi apa-apa alasan yang Ryan nak katakan. Bagi Dara.. cukuplah!
"Dara.. please!"
Ryan menghalang Dara daripada keluar. Dia duduk didepan pintu, tak beri peluang untuk Dara keluar.

Niat untuk menolong tetapi dipersalahkan
"awak tahu tak, hari ini, benda pertama yang saya fikir sesudah saya bangun, pergi beli kopi kegemaran boy-friend saya dan buat kejutan untuk dia. Dia pergi outstation selama seminggu dan saya ni, sarat merindu. Tengok apa yang dia buat kejutan dekat saya pagi ni? Tidur dengan perempuan lain yang dia kata dia tak kenal! Saya lari... saya sedih. Saya masuk saja dalam kereta , ingat nak lupakan apa yang berlaku tadi... Tapi awak tahu apa kereta saya buat?" Dara mula mengesat  air matanya yang tadi laju mengalir. Dia bukan apa, dia sedih. Sedih sangat! Izz menggeleng kepala. "Tak tahu."
"Tak boleh start!!!"
"Oh.."
"Kenapa semua yang saya sayang, mengabaikan saya? Buat saya macam ni? Kenapa? Kenapa?" Dara mula jadi sensitif.
Alahhh.. Izz tak betah! Dalam hidup Izz, benda yang paling dia cemas apabila berdepan dengan perempuan menangis. Ohmy, macam mana nak memujuk? Kalau salah pujuk, aniaya ni! Kalau salah cakap... mati ni!
"Kalau awak nak suruh saya baiki, saya yak tahu. Sya ni akauntan saja. Kalau awk nak suruh saya panggil makanik, saya ni baru sampai Ipoh semalam. Kalau awak nak suruh saya panggil teksi, nombor telefon rumah baru saya tu pun , saya tak ingat, lagilah nombor teksi! Saya tak tahu macam mana nak tolong awak... cik.." Izz mengelabah!
"Eee..!! Banyak cakaplah awak ni. Awak bawa kereta awak, biar saya tunjuk jalan,"
"Erk.."
Pula! Izz jadi jadi pening... Tak pasal jadi drebar pula?! Tetapi, kalau tak tolong, siapa nak tolong dia?

Hatinya hampir cair setelah dipujuk rayu oleh Ryan dengan kata-kata manis. 
"Dara, tolonglah, bagi I peluang kedua.."
Dara menghela nafas.
"Sayang.. Kita dah banyak lalui bersama. Setahun tu, Dara. Le's not waste it. Jaomlah, kita kahwin. Hanya perkahwinan belah selamatkan I, boleh selamatkan hubungan kita. You boleh jaga I.. I boleh jaga you. You ikut I, pergi mana-mana yang I pergi. Kazakhstan ke Afgahnistan ke Pakistan... negeri setan?" Ryan tersengih.
Bibir Dara turut mencuit senyuman. Tapi..
Dara menghela nafasnya lagi. "Ryan, I..."
Papp!! Vee menutup kotak cincin itu kemudian menarik tangan Dara, suruh bangun dari kerusi itu.
"Kau jangan nak mempertaruhkan hidup kau pada lelaki tak guna macam ni, Dara. Kau ingat dengan air mata Eye Mo dia tu, hati boleh cair? Jangan , Dara... Jangan ! Dah, jom kita balik. Lama sangat dah kau dengar dia ni cakap.."
Dara mengerut dahi. Dia lantas emandang Ryan, terkejut dengan kehadiran Vee.



No comments:

Post a Comment