Wednesday, 31 December 2014

ENTRY TERAKHIR 2014

Tahun 2014 dah melabuhkan tirai... rasanya banyak benda yang masih terbengkalai. Kekadang blogs ini saya pandang sepi atas kesibukan berkerja. 


Terima kasih pada pengunjung blogs ini ... memberi komen yang membina. Azam tahun depan saya cuba membuat lebih banyak review novel. Dan nak habiskan novel yang dah dibeli pada tahun 2014 tu nak review cepat - cepat. 

Untuk tahun 2015 sebenarnya tahun yang akan banyak novel diadaptasi. kalau nak ikutkan tak terbaca saya dan teriview dibuatnya. Untuk tahun ni ada juga saya tak baca novel yang diadaptasi contohnya :-

1. Suami aku En. Sotong 
2. Setitis kasih Damia 

apa lagi ye ... tak ingatlah tak beli novel tak bermaksud tak suka . saja nak bagi hati ni seronok sikit nak tengok TV. Apa pun terima kasih sekali lagi pada pengunjung blogs EizzaraEizzaty Saya sayang semua pada yang sudi memberi komen terima kasih kerana tanpa anda semua blogs review novel ini tidak akan berada disini. 

Tuesday, 23 December 2014

NOVEL JIKA MAWAR PUDAR WARNA

Jika mawar pudar warna , 
dialah yang bakal menyerikan mawarnya!
Jika Mawar layu dan tidak berseri lagi , 

dialah yang bakal menjadi titis embun yang menyuburi!

Bila baca profil penulis,  saya rasa bangga sebab orang kampung saya... Aduhhhh.. orang kampung dah jadi penulis . Lucu je alasan tu.. Lupakan dulu tentang orang kampung. Novel keluaran march terbitan Karyaseni memang menjadi pilihan saya dari awalnya kerana tajuknya Jika mawar pudar warna. Novel yang mempunyai 794 muka surat ini mengisahkan Amira  seorang gadis yang lurus bendul. 

Mengisahkan Taufiq yang mengahwini Amira tanpa cinta.. Perkahwinan mereka demi menjaga sebuah maruah apabila perkahwinan Amira bersama kekasihnya terpaksa dibatalkan akibat kekasihnya Edrian menghilangkan diri.. Taufiq menjadi galang gantinya lantaran mendapat tawaran baik dari ayah Amira iaitu Dato Amri yg menawarkan Kristal Property jika mereka berkahwin. Pada dasarnya Taufiq juga mempunyai kekasih hati iaitu Adila dan mereka juga telah merancang untuk berkahwin. Permintaan Amira adalah satu bercerai selepas nikah. Pada Amira Janda selepas nikah lebih baik dari Janda sebelum kahwin dan Taufiq pula mahukan kuasa di syarikat Kristal Property. Rumahtangga mereka dimulai dengan pertengkaran dan Amira pergi meninggalkan keluarga. Mereka berjumpa tanpa sengaja di pulau Pangkor. Amira berkenalan dengan ibu dan adik Taufiq. Taufiq mempunyai seorang adik kandung iaitu Firdaus dan adik saudara Hidayah.. Taufiq dan Firdaus dipelihara oleh ibu Hidayah selepas kematian kedua org tuanya.. Pada awalnya ibu saudaranya iaitu Salmah yang juga telah dianggap sebagai ibunya terkejut dengan khabar yang Taufiq telah berkahwin tapi menerimanya dengan perlahan - lahan.

Taufiq dan Amira hidup dalam kepuraan dan akhirnya kebencian Taufiq membuahkan rindu.. Amira sering merajuk dengan perbuatan Taufiq.. Selepas Amira berkahwin dengan Taufiq, Edrian muncul kembali demi merebut cinta Amira semula tetapi Amira sering melarikan diri kerana benci dan takut sehinggakan Taufiq ingin mengetahui apakah kisah disebaliknya dari mulut Amira sendiri.

Sikap Taufiq yang agak kasar, tiba-tiba berubah. Dia semakin mendiamkan diri. Sejak Amira dimasukkan ke hospital kerana demam denggi, hatinya sering rasa bersalah. Namun, di saat ibu Salmah sudah mula menerima Amira sebahagian daripada keluarganya, pengakuan ibu Salmah mengenai hubungan Amira dengan Taufiq telah menyebabkan Taufiq dimarahi oleh makcik Timah dan pakcik Leman (ibu bapa Adila). Taufiq hampir ditetak oleh pakcik Leman. Selepas kenduri doa selamat, ibu Salmah diserang sakit jantung dan akhirnya pergi buat selama-lamanya. Hidayah mempersalahkan kematian ibunya disebabkan oleh Taufiq. Inilah kali pertama, Amira melihat Taufiq menangis.

Kristal Property adalah milik ibu bapa Taufiq & Firdaus. Datuk Amri hanya diamanahkan untuk menjaga sehingga Taufiq layak mengambil alih. Di hadapan semua orang, Taufiq bersetuju untuk berkahwin kerana Kristal Property akan jadi miliknya. Amira menolak Edrian, kekasih lama yg menjadi sebahagian kisah hitam hidupnya. Setelah sekian lama bercinta, akhirnya Taufiq redha untuk melepaskan Adila. Begitu juga Adila yang akhirnya menerima takdir yang dia bukannya untuk Taufiq. Adila berkahwin dengan pemuda yang sudah lama memendam perasaan terhadapnya. 

Semakin hari, hubungan Taufiq dan Amira semakin rapat. Jika Taufiq merajuk, Amira akan cuba pujuk. Sikap Amira yang degil semakin lembut. Namun adakalanya Allah menguji hubungan mereka. Taufiq memfitnah Amira berhubungan semula dengan Edrian apabila terserempak dengan mereka di Pizza Hut. Taufiq naik berang walhal Amira membeli Piza untuk dikongsi makan bersama Taufiq. Amira juga tidak menyangka Taufiq membeli hadiah, kek dan sekuntum bunga mawar semasa hari lahirnya. Namun, kebaikan Taufiq ini telah dicemar oleh sikap Amira yang memungkiri janji.

Pengakuan Amira mengenai sejarah hitamnya telah merobek hati Taufiq. Amira masih suci dan keduanya berterima kasih kepada Edrian kerana menyelamatkan maruahnya pada malam kejadian. Amira mengaku silapnya juga kerana tidak melakukan pemeriksaan. Dia hanya bersandarkan bahawa sebelum dia pengsan, dia dipukul oleh 5 org lelaki dan bila sedar dia terbaring di sisi Edrian di dalam hotel sedangkan perkara sebenarnya Edrian tertidur kerana keletihan.Taufiq juga telah bersemuka dengan Edrian untuk mengetahui cerita sebenar sejarah hitam Amira. Kesucian Amira akhirnya terjawab. Semuanya yang berlaku adalah ketentuan Ilahi... 



Sinopsis dari novel

Dialah Amira, seorang gadis polos dan lurus bendul. Kerana sikapnya yang mudah dipermainkan, dia telah hilang harga sebuah kesucian. Kerana kisah pada suatu malam dengan Edrian, dia hilang segalanya. Masa depan dan cinta!



“Kononnya Asyraf lelaki mulia yang sanggup terima buruk dan baik aku! Tapi, bila hari pernikahan semakin tiba, dia tinggalkan aku tanpa alasan! Aku putus harap untuk percaya kepada manusia bernama lelaki!”



Dia, Taufiq. Seorang anak muda yang pentingkan status dan pangkat. Dia bersetuju menebus maruah Amira. Apatah lagi, permintaan Dato Amri, abahnya Amira datang bersama satu tawaran hebat, Kristal Property akan diserahkan kepada dirinya sebagai hadiah perkahwinan. Tiada langsung ruang buat Amira dalam hatinya, melainkan secebis tanggungjawab sesama insan.

“Kalau kau solat, apa pasal kau habis dulu? Aku yang imam, akulah yang habis dulu!”

“Dah awak baca lambat, lambatlah awak habis! Saya baca pendek, sayalah habis dulu!”

Menjalani kehidupan rumah tangga bersama insan yang polos, ternyata membuatkan hidup Taufiq bertukar 360 darjah. Dia yang serius, dia yang garang dan dia yang bengis, akhirnya bertukar karakter. Senyum dan usik-mengusik mewarnai hari-hari berikutnya.

“Bagi sayalah, saya betul-betul nak jadi model. Ala, model pakaian macam dalam majalah tu!”

“Kau bukan cantik mana pun nak jadi model! Sudahlah gemuk! Buang karan aje! Tak suka!”

“Saya minta maaf. Kalau awak tak kasi saya jadi model, tak mengapalah! Saya jadi tea lady di ofis awak. Kalau awak tak nak saya jadi tea lady, saya jadi cleaner... cukuplah! Kalau cleaner pun tak boleh, saya jadi mak guard! Jaga kereta awak di tempat parkir!”

Ketika langit cerah, bunga-bunga di taman berkembang mekar, Taufiq berasa sesuatu yang indah sedang menular ke dalam jiwa. Namun perasaan indah itu, berlalu pergi tatkala Adila, tunang yang ditinggalkan meminta ruang untuk bersatu. Sungguh Taufiq tidak berdaya menyangkal bahawa kasihnya masih utuh buat Adila.

Masih tegarkah Amira apabila bakal ditinggalkan lagi buat kali ketiga? Semuanya mekar mewangi dalam Jika Mawar Pudar Warna.

Monday, 22 December 2014

NOVEL HANTU PUNYA BOSS

Walaupun perangai macam hantu , but I love you !

Dah lama tak upload review , sebenarnya banyak novel yang saya baca tapi tak sempat nak up lagi. Baru baru ni saya baca novel Hantu punya Bos!. Cerita ini memang kelakar gila . Novel ini saya beli rakan FB yang sudi menjualnya. Novel anak kelahiran Pahang ini mempunyai 592 muka surat. Saya mengkategerikan ini adalah novel santai dan bersahaja. Saya suka dengan kisah Abby yang suka melatah . Tak kering gusi ketawa.  Ini review edisi saya. 

Diela rakan serumah Abby selalu mengeluh dan merungut keadaan dipejabat.  Boss yang memang hantu. Kerana tak tahan dengan jerkah dan amukan majikannya Diela mengambil keputusan untuk berhenti. Diela yang masih mengganggur mengambil keputusan untuk mengambil keputusan untuk menggantikan tempat Diela. Semua ini berlaku kerana dia terdesak memerlukan wang . 


Sepanjang Abby bekerja dengan Arrayyan, dia sering dijerkah dan ini mengakibatkan Abby sering melatah kerana terkejut. Pelbagai kerenah boss terpaksa dihadapi sehingga tertampar boss sendiri. Lama kelamaan Arrayyan selesa berkerja dengan Abby. Sikap celoteh Abby memikat hatinya.


Arrayyan membawa Abby ke Melaka, kononnya outstation selama 3 hari. Sebenarnya kerja tersebut selesai dalam masa sehari je. Hari yang selebihnya ialah masa untuk Arrayan memikat hati Abby. Sangat melucukan, mencuit hati dan menghiburkan.


Hubungan mereka goyah apabila Wandi muncul menagih kasih. Lebih menyakitkan hati bila Arrayyan percaya kata-kata Wandi tanpa menerima penjelasan dari Abby. Abby dihina tanpa disiasat terlebih dahulu.

Segala persoalan terjawab bila Arrayyan bertemu Abby dihospital. Arrayyan tidak menduga Wandi sanggup menfitnah Abby. Penyesalan mengundang pada Arrayyan , edisi pujuk memujuk pun bermula hingga rakan sekerja Azham dan Suzzana merencana sesuatu demi menyatukan Abby dan Arrayyan.

Sinopsis dari kulit novel
BEKERJA sebumbung dengan Arrayyan Zainuddin, memang tidak pernah terlintas di fikiran Abby. Tambahan pula setelah mendengar kutukan Diela terhadap lelaki itu. Setiap hari, ada sahaja aduan yang Abby terima daripada Diela sehinggakan hatinya ikut menyimpan rasa benci terhadap lelaki bernama Arrayyan itu. 

“Kau tau tak pagi tadi, dia kutuk telinga capang aku ni? Dia minta aku buatkan dia air dalam gelas besar sebesar telinga aku ni. Hantu punya bos! Macamlah telinga dia lawa sangat! Telinga dia tu berkerepot macam keropok goreng!” ~Diela

Baru hari pertama Abby bekerja di situ, Arrayyan sudah naik gila! Setiap kali dia menjerkah, Abby ikut membalasnya dengan jerkahan, ‘hantu punya bos!’. Kadang-kadang Abby sertakan dengan bonus, iaitu penampar! Terkedu Arrayyan dibuatnya. Mujurlah Abby ada alasan! MELATAH! Kalau tidak sudah pasti tapak tangannya singgah ke muka Abby semula. 

Entah sejak bila, dari meluat tengok Abby, kini dia mahu melihat Abby selalu! Kewujudan Wandi membuatkan dia tidak tentu hala. Dia terpaksa mengambil langkah agresif dengan ‘mengheret’ gadis itu ke Melaka bersamanya untuk meluahkan rasa cinta yang baru berputik itu. Dapatkah Abby menerima bos yang berperangai hantu itu?




NOVEL HANTU PUNYA BOSS

Walaupun perangai macam hantu , but I love you !

Dah lama tak upload review , sebenarnya banyak novel yang saya baca tapi tak sempat nak up lagi. Baru baru ni saya baca novel Hantu punya Bos!. Cerita ini memang kelakar gila . Novel ini saya beli rakan FB yang sudi menjualnya. Novel anak kelahiran Pahang ini mempunyai 592 muka surat. Saya mengkategerikan ini adalah novel santai dan bersahaja. Saya suka dengan kisah Abby yang suka melatah . Tak kering gusi ketawa.  Ini review edisi saya. 

Diela rakan serumah Abby selalu mengeluh dan merungut keadaan dipejabat.  Boss yang memang hantu. Kerana tak tahan dengan jerkah dan amukan majikannya Diela mengambil keputusan untuk berhenti. Diela yang masih mengganggur mengambil keputusan untuk mengambil keputusan untuk menggantikan tempat Diela. Semua ini berlaku kerana dia terdesak memerlukan wang . 


Sepanjang Abby bekerja dengan Arrayyan, dia sering dijerkah dan ini mengakibatkan Abby sering melatah kerana terkejut. Pelbagai kerenah boss terpaksa dihadapi sehingga tertampar boss sendiri. Lama kelamaan Arrayyan selesa berkerja dengan Abby. Sikap celoteh Abby memikat hatinya.


Arrayyan membawa Abby ke Melaka, kononnya outstation selama 3 hari. Sebenarnya kerja tersebut selesai dalam masa sehari je. Hari yang selebihnya ialah masa untuk Arrayan memikat hati Abby. Sangat melucukan, mencuit hati dan menghiburkan.

Hubungan mereka goyah apabila Wandi muncul menagih kasih. Lebih menyakitkan hati bila Arrayyan percaya kata-kata Wandi tanpa menerima penjelasan dari Abby. Abby dihina tanpa disiasat terlebih dahulu.

Segala persoalan terjawab bila Arrayyan bertemu Abby dihospital. Arrayyan tidak menduga Wandi sanggup menfitnah Abby. Penyesalan mengundang pada Arrayyan , edisi pujuk memujuk pun bermula hingga rakan sekerja Azham dan Suzzana merencana sesuatu demi menyatukan Abby dan Arrayyan.

Sinopsis dari kulit novel
BEKERJA sebumbung dengan Arrayyan Zainuddin, memang tidak pernah terlintas di fikiran Abby. Tambahan pula setelah mendengar kutukan Diela terhadap lelaki itu. Setiap hari, ada sahaja aduan yang Abby terima daripada Diela sehinggakan hatinya ikut menyimpan rasa benci terhadap lelaki bernama Arrayyan itu. 

“Kau tau tak pagi tadi, dia kutuk telinga capang aku ni? Dia minta aku buatkan dia air dalam gelas besar sebesar telinga aku ni. Hantu punya bos! Macamlah telinga dia lawa sangat! Telinga dia tu berkerepot macam keropok goreng!” ~Diela

Baru hari pertama Abby bekerja di situ, Arrayyan sudah naik gila! Setiap kali dia menjerkah, Abby ikut membalasnya dengan jerkahan, ‘hantu punya bos!’. Kadang-kadang Abby sertakan dengan bonus, iaitu penampar! Terkedu Arrayyan dibuatnya. Mujurlah Abby ada alasan! MELATAH! Kalau tidak sudah pasti tapak tangannya singgah ke muka Abby semula. 

Entah sejak bila, dari meluat tengok Abby, kini dia mahu melihat Abby selalu! Kewujudan Wandi membuatkan dia tidak tentu hala. Dia terpaksa mengambil langkah agresif dengan ‘mengheret’ gadis itu ke Melaka bersamanya untuk meluahkan rasa cinta yang baru berputik itu. Dapatkah Abby menerima bos yang berperangai hantu itu?




NOVEL HANTU PUNYA BOSS

Walaupun perangai macam hantu , but I love you !

Dah lama tak upload review , sebenarnya banyak novel yang saya baca tapi tak sempat nak up lagi. Baru baru ni saya baca novel Hantu punya Bos!. Cerita ini memang kelakar gila . Novel ini saya beli rakan FB yang sudi menjualnya. Novel anak kelahiran Pahang ini mempunyai 592 muka surat. Saya mengkategerikan ini adalah novel santai dan bersahaja. Saya suka dengan kisah Abby yang suka melatah . Tak kering gusi ketawa.  Ini review edisi saya. 

Diela rakan serumah Abby selalu mengeluh dan merungut keadaan dipejabat.  Boss yang memang hantu. Kerana tak tahan dengan jerkah dan amukan majikannya Diela mengambil keputusan untuk berhenti. Diela yang masih mengganggur mengambil keputusan untuk mengambil keputusan untuk menggantikan tempat Diela. Semua ini berlaku kerana dia terdesak memerlukan wang . 


Sepanjang Abby bekerja dengan Arrayyan, dia sering dijerkah dan ini mengakibatkan Abby sering melatah kerana terkejut. Pelbagai kerenah boss terpaksa dihadapi sehingga tertampar boss sendiri. Lama kelamaan Arrayyan selesa berkerja dengan Abby. Sikap celoteh Abby memikat hatinya.

Arrayyan membawa Abby ke Melaka, kononnya outstation selama 3 hari. Sebenarnya kerja tersebut selesai dalam masa sehari je. Hari yang selebihnya ialah masa untuk Arrayan memikat hati Abby. Sangat melucukan, mencuit hati dan menghiburkan.

Hubungan mereka goyah apabila Wandi muncul menagih kasih. Lebih menyakitkan hati bila Arrayyan percaya kata-kata Wandi tanpa menerima penjelasan dari Abby. Abby dihina tanpa disiasat terlebih dahulu.

Segala persoalan terjawab bila Arrayyan bertemu Abby dihospital. Arrayyan tidak menduga Wandi sanggup menfitnah Abby. Penyesalan mengundang pada Arrayyan , edisi pujuk memujuk pun bermula hingga rakan sekerja Azham dan Suzzana merencana sesuatu demi menyatukan Abby dan Arrayyan.

Sinopsis dari kulit novel
BEKERJA sebumbung dengan Arrayyan Zainuddin, memang tidak pernah terlintas di fikiran Abby. Tambahan pula setelah mendengar kutukan Diela terhadap lelaki itu. Setiap hari, ada sahaja aduan yang Abby terima daripada Diela sehinggakan hatinya ikut menyimpan rasa benci terhadap lelaki bernama Arrayyan itu. 

“Kau tau tak pagi tadi, dia kutuk telinga capang aku ni? Dia minta aku buatkan dia air dalam gelas besar sebesar telinga aku ni. Hantu punya bos! Macamlah telinga dia lawa sangat! Telinga dia tu berkerepot macam keropok goreng!” ~Diela

Baru hari pertama Abby bekerja di situ, Arrayyan sudah naik gila! Setiap kali dia menjerkah, Abby ikut membalasnya dengan jerkahan, ‘hantu punya bos!’. Kadang-kadang Abby sertakan dengan bonus, iaitu penampar! Terkedu Arrayyan dibuatnya. Mujurlah Abby ada alasan! MELATAH! Kalau tidak sudah pasti tapak tangannya singgah ke muka Abby semula. 

Entah sejak bila, dari meluat tengok Abby, kini dia mahu melihat Abby selalu! Kewujudan Wandi membuatkan dia tidak tentu hala. Dia terpaksa mengambil langkah agresif dengan ‘mengheret’ gadis itu ke Melaka bersamanya untuk meluahkan rasa cinta yang baru berputik itu. Dapatkah Abby menerima bos yang berperangai hantu itu?




Thursday, 18 December 2014

NOVEL LAYAKKAH AKU ??


Masih Adakah Bahagia Untukku?


Beli novel ini masa expo buku di PWTC dapat jumpa artis lagi tapi itu itu untuk novel Teman lelaki Upahan. Lupakan tentang novel Teman Lelaki Upahan tapi nak cerita novel terbaru penulis Azura Rasiddin. Layakkah Aku? itulah novel terbaru beliau. Tebal kata penulis ... 983 muka surat ni dihabiskan dalam masa 3 hari. Cerita ini agak berat , banyak konfliknya dendam dan cemburu diselitkan kisah kasih sayang. Saya sangat suka jalan cerita dalam novel ini  hingga tak sabar nak tahu kesudahan ceritanya. Sedikit review dari saya . 

Novel ini mengisahkan sebuah episod sedih kehidupan Farra Hani. Kehidupan Farra Hani berubah bila selepas kematian papanya Tan Sri Mansur. Farra Hani anak kedua Tan Sri Mansur , sebelum ini Farra Hani suka menghabiskan masa di club malam bersama-sama kawannya. Segalanya berubah bila Farra Hani dan papanya terlibat dalam kemalangan maut. Farra Hani melihat sendiri papanya meninggal didepan matanya sendiri. Paling menyedihkan dia didatangi oleh seorang lelaki mengatakan papanya dibunuh bukan kemalangan dan berpesan " Jangan percayakan sesiapa . Kadang-kadang orang yang kita rapat dengan kita boleh jadi musuh kita"Sejak itu pesanan lelaki itu menjadi mimpi nyeri dalam lenanya. 

Airil anak Dato Manaf @ kembar papa Farra Hani sering menemaninya. Airil orang paling rapat dengan Farra Hani. Airil juga tempat luahan hati Farra Hani berbanding Farhan abang kandungnya. Mama Farra Hani terlalu benci pada Farra Hani. Farra Hani sering bertanya apakah salahnya hingga dibenci oleh mama sendiri dari kecil lagi sehingga kini persoalan itu tiada jawapan. Airil dan Dato Manaf tempat Farra Hani bermanja. Dengan pertolongan Dato Manaf impian Farra Hani mempunyai boutique ini kerana minatnya tentang fesyen. 

Selepas setahun berlalu dengan bantuan Airil , Farra Hani mencari jawapan mencari siapa pembunuh papanya. Airil seorang peguam yang hebat. Farra Hani mengintip Mikail Amsyar pewaris pertama Mikail Properties . Mikail Properties adalah pesaing utama syarikat Orkit Properties , syarikat papanya. Farra Hani menyangka Mikail Properties adalah musuh papanya kerana kini Orkit Properties gagal mendapatkan projek besar. Dari satu pertemuan ke satu pertemuan mereka menjadi rapat. Farra Hani tahu Mikail Amsyar membencinya jika Mikail Amsyar tahu siapa dirinya yang sebenar. Mikail Amsyar menganggap Farra Hani menghancurkan hidup adiknya Mikail Aslan. Mikail Aslan menaruh hati pada Farra Hani  dari universiti lagi tetapi Farra Hani hanya menganggap Mikail Aslan sebagai adik tidak lebih dari itu. 

Airil menasihatkan Farra Hani agar jangan dekat dengan Mikail Amsyar kerana Farra Hani tidak akan dapat cinta sejati dari Mikail Amsyar jika Mikail Amsyar tahu siapa diri Farra Hani. Tetapi Farra Hani berdegil untuk terus berjumpa dan menjalinkan  hubungan. Hinggalah satu hari Mereka pergi ke Cameron Highland. Mereka menghadiri satu majlis perkahwinan sahabat Mikail Amsyar. Di Cameron Highland juga Mikail Amsyar melamar Farra Hani tetapi Farra Hani tidak memberi apa - apa jawapan sama ada YeS atau NO . Sebenarnya Farra Hani takut bila Mikail Amsyar mengetahui dirinya sebenar. Biarlah keadaan terus begitu agar Farra Hani dapat merasai cinta Mikail Amsyar walaupun seketika. Tanpa sedar Mikail Amsyar terdengar perbualan Farra Hani dan abang sepupunya Airil. Mikail Amsyar merasakan dirinya tertipu dengan lakonan Farra Hani. Kebencian Mikail Amsyar melambung ke puncak. Selama ini Mikail Amsyar mencintai perempuan yang paling dibenci yang dianggap merosakkan adiknya, Mikail Aslan. 

Cinta bertukar dendam dan kemarahan terus membara . Farra Hani terkejut bila Mikail Amsyar membongkar identiti Farra Hani. Mikail Amsyar mengugut jangan sesekali menghubungi dan mendekati dirinya dan juga keluarganya termasuk Mikail Aslan. Farra Hani mencari ketenangan dengan mengarjakan Umrah dan kini Farra Hani bersedia menghadapi apa jua kemungkinan.

Farra Hani tak kuat untuk menghadapi dugaan hidupnya . Mikail Amsyar dan Farra Hani disatukan dalam satu keadaan yang tidak diduga. Mikail Amsyar menuduh Farra Hani memerangkapnya dan ingin menghancurkan keluargnya dan Farra Hani menuduh Mikail Amsyar yang memerangkapnya. Tuduh menuduh tiada kesudahan . Airil kesian dengan nasib Farra Hani . Farra Hani yakin orang membunuh papanya adalah orang yang sama yang merancang Farra Hani dan Mikail Amsyar disatukan. Mikail Aslan tidak dapat menerima Farra Hani menjadi sebagai kakak iparnya lebih menyedihkan Datin Maya ibu Mikail Amsyar turut membencinya. 

Farra Hani reda dengan pernikahannya. Walaupun Mikail Amsyar membencinya. Farra Hani meneruskan pencarian Lelaki yang membunuh papanya dan memerangkapnya. Setelah memastikan sesuatu , Farra Hani mula sedar siapa yang memerangkap mereka. Kehadiran Azalea menagih cinta pertama Mikail Amsyar menghimpit hati Farra Hani.  Datin Maya merancang agar Mikail Amsyar dan Azalea disatukan . Mikail Amsyar nekad untuk mengenali siapa isterinya kerana Farra Hani banyak berahsia. Setelah mengenali siapa Farra Hani Perasaannya mula keliru. 

Perasaan sayang mula menebal bila mengetahui banyak cerita sedih dalam hidup Farra Hani. Mikail menyesal atas perbuatannya yang sering menyakiti hati isterinya. Dari satu kejadian ke satu kejadian Hinggalah Mikail Aslan turut terbunuh yang ingin menyelamatkan Farra Hani . Jawapan yang dicari tersingkap juga bila bila menerima surat dari sahabat baik papanya Faizal. Airil kecewa dan tidak menyangka papanya sanggup melakukan semua perbuatan keji itu. Kerana Dendam papanya sanggup membunuh. Airil malu dengan Farra Hani dengan apa yang berlaku. Farra Hani mengambil keputusan untuk meninggalkan Mikail Amsyar kerana Farra Hani merasakan dirinya tak layak untuk lelaki sebaik Mikail Amsyar. Dengan kebenaran Mikail Amsyar , dia memberi ruang untuk isterinya mencari ketenangan. Mikail Amsyar yakin isterinya akan pulang kepangkuannya.

Airil rasa bersalah dengan apa yang berlaku. Airil berjanji akan menyatukan Farra Hani dan Mikail Amsyar. Mikail Amsyar sedar tiada perempuan lain yang layak menjadi isterinya selain Farra Hani. 


Sinopsis dari kulit novel 

26 tahun Farra Hani hidup dalam kebencian ibu kandungnya. Dia bukan sahaja dibenci oleh ibu kandungnya, malah dia juga dibenci oleh Mikail Amsyar. Lelaki yang berjaya mengetuk pintu hatinya. Sedar dirinya dibenci, Farra Hani cuba menahan diri daripada terbuai dengan layanan mesra Mikail Amsyar yang tidak tahu identiti sebenarnya.



“We have another date then.” – Mikail Amsyar

“Errr, it is not a date. It is a normal dinner.” – Farra Hani

“Tapi bagi I, it is a date. So, see you tomorrow, sayang.” – Mikail Amsyar

Semakin dia cuba larikan diri, semakin dekat lelaki itu dengannya. Puas berlari, Farra Hani memutuskan untuk menerima lelaki itu selagi identitinya tidak diketahui. Di Cameron Highlands, Mikail Amsyar melamar Farra Hani untuk menjadi suri dalam hatinya dan di Cameron Highlands juga identiti Farra Hani terbongkar.

“Eh, perempuan! Kau sedar tak selama ni aku benci kau? Boleh pula kau tayang wajah tak bersalah kau kepada aku. Kau boleh selamba aje dengar aku cerita pasal perasaan benci aku kepada perempuan yang dah hancurkan hidup adik aku masa kat Cameron. Dasar perempuan tak tahu malu. Tak ada maruah. Aku benci tengok kau. Aku benci tengok lakonan kau. Aku benci tengok kepura-puraan kau!” – Mikail Amsyar

Dalam kebencian, akhirnya Mikail Amsyar dan Farra Hani disatukan jua. Farra Hani tuduh Mikail Amsyar memerangkapnya. Mikail Amsyar pula menuduh Farra Hani. Mereka saling tuduh-menuduh. Kalau bukan mereka, siapa pula yang memerangkap mereka?

Setelah memastikan sesuatu, Farra Hani mula sedar siapa yang memerangkap mereka. Farra Hani reda dengan pernikahannya. Meskipun dia rasa bersalah kerana mengheret Mikail Amsyar dalam masalahnya, dia bersyukur kerana dia diperangkap dengan Mikail Amsyar. Bukan lelaki lain. Dia ikhlas menjadi isteri Mikail Amsyar.

Namun, ikhlaskah Mikail Amsyar untuk menerima Farra Hani sebagai isterinya? Bisakah dia memaafkan Farra Hani setelah apa yang gadis itu lakukan kepada keluarganya? Layakkah Farra Hani untuk memiliki cintanya?


Credit pada Karya seni dan Penulisan2u Khas untuk peminatnya.
Boleh baca disini : Novel Layakkah Aku ??


Tuesday, 16 December 2014

BILA EIZZARA EIZZATY BERJIMBA BERSAMA UMIE

Dalam kesibukan berkerja saya mengambil peluang cuti rehat dihujung tahun. Mengeratkan hubungan anak dan Ibu . Saya mengambil keputusan untuk membawa 2 orang anak perempuan ( anank perempuan pun memang 2 je ) ini untuk ke expo buku di PWTC. Yes kami bertiga selamanya ... Anak lelaki ikut En. suami. Mereka ada agenda mereka biarlah mereka .... 

Perjalan kami bermula di Komuter Batu Caves , Kami menggunakan perkhidmatan kenderaan awam sahaja. Lebih murah mungkin , lagi pun budak -  budak ni jarang dapat peluang untuk naik bas , teksi , LRT semua tu . Ini satu pengalaman bagi mereka. 

 Dua beradik ni memang rapat , ada kala bergaduh dan bergurau senda dah menjadi asam garam mereka . Bila dapat peluang macam ini, Kami happy sangat . 

Sempat bergambar dalam Komuter lagi ....
Happyyyy ..... itu yang kami gambarkan ..
Tujuan pertama nak jalan - jalan je , Lepas tu nak beli buku latihan untuk Eizzara sebab tahun depan dia akan menduduki perperiksaan UPSR . Si adik pula sibuk nak beli buku cerita dan buku mewarna. Sibuk sibuk berjalan kami jumpa artis di borth FINAS Azli Khairi  ( Hero dalam drama Love you Mr. Arogant)  dan Risteena Munim  ( Heroin drama Playboy itu suami aku )


Ambil gambar je ... malu nak bergambar rasanya ... cantik Risteena tu . Senyuman tak lekang dari bibirnya. Ramai betul peminat mereka berpusu - pusu nak ambil gambar. selepas tu kali ke Borth Karyaseni  terjumpa artis Elizad Sharifuddin dan Fikree Bakar. Ini memang tak rancang ...  

Sempat bergambar dengan Artis ni . Mereka ni pelakon dalam slot Akasia TV3 Teman Lelaki Upahan  tak lama lagi. Elizad Sharifuddin tu heroin tapi Fikree Bakar bukan hero. Fikree Bakar akan memegang watak  sebagai abang pada Hero drama ini. Nak tahu siapa penulis Novel Teman Lelaki Upahan. 

Ini dia Azura Rasiddin , Penulis muda yang semakin berani untuk berkarya. Sebelum ini tak pernah pun kenal tetapi cuba mengenalinya selepas keluarnya novel yang bakal diadaptasi. Terlanjur berjumpa sempat juma membeli senaskah novel barunya yang bertajuk Layakkah Aku?  Sebenarnya dapat tandatangan penulis tu adalah satu perkara yang sangat gembira pada pecinta novel. Termasuklah saya ni... anak-anak mula faham hobi umie yang bari ni. Terima kasih anak - anak ku kerana memahami Umie.

 Acik Lana , siapa tak kenal penulis yang menulis novel Maaf Jika Aku Tak Sempurna dan Aku Bukan Mistress yang pernah diadaptasi drama. Kali ini beli novel ke 7 Saat Hilang Cintamu dan novel ke 8 Kerana Aku Untukmu. Minta BIBIR BESAR dengan acik lana dan laga - laga pipi. Puas berjalan meninjau-ninjau ditapak jualan saya terus pergi ke Jalan Tengku Abdul Rahman ( Jalan TAR ). Naik LRT...  teruja mereka dapat naik LRT. Dari satu tempat ke satu tempat pergi dan bila duit di poket pun dah mula menipis kami pulang. Shoping sakan lah katakan ... hahahaha memang tak laaa. Beli ikut keperluan !!!  ( boleh percaya ke hehhehe hanya Allah saja yang tahu ). Tulah cerita kami ... episod keluar bersama Eizzara Eizzaty.

Sunday, 7 December 2014

NOVEL CURI-CURI CINTA

Kasihku ...
Ku amat mencintai kamu..
Kerna kau beri erti hidup...
Ku akan mencintai...
Sedetik lebih...
Selepas selamanya....


Novel air mata , Saya membeli novel ini dari rakan FB , kerana kecuian saya sendiri novel ini hilang tanpa dibaca walaupun sehelai muka surat. Sedih .. Tapi saya membeli untuk kali kedua baru lah dapat memeluknya. Novel yang setebal 1165 muka kurat bukan penghalang untuk mengabiskan kemuka surat ter akhir. Pada saya banyak pengajaran yang kita boleh ambil. Air mata , dendam , kecewa dan gembira mewarnai keseluruhan novel ini. Walaupun pun dah lama baca baru kesempatan nak buat review . Harap ada yang suka maaf dengan kekurangannya. Jom review novel ini versi saya . 

Intan Raihana dilahirkan dari keluarga yang susuah. Malu menerima keluarga yang susah Intan lebih selesa berlagak menjadi orang kaya. Lebih menyedihkan bila Intan tidak mengaku mempunyai seorang ibu yang buta. Ini semua berpunca apabila Ibunya terlibat dalam kemalangan maut. Mata Ibunya terkena serpihan kaca dan ayahnya pula meninggal dunia. Sejak kejadian itu Intan membenci abangnya Iskandar kerann menjadi punca ayahnya kemalangan. Setahun di luar negara hidupnya lebih pada bergembira dari berlajar. Hidupnya lebih bergantung dengan lelaki kaya bagi mengekalkan keselesaan hidupnya. 

Pulang dari luar negara Intan bertembung dengan Danial Hakim sepupu Peggy Wong . Intan mula merancana agar mendapatkan lelaki yang bernama Danial Hakim. Danial Hakim  seorang lelaki yang kaya dan berkedudukan menjalinkan hubungan dengan Fariza sepupu Intan. Fariza seorang perempuan yang cantik dan tinggi budi perkertinya menambat hati Danial dan ingin mengambil Fariza sebagai calon isterinya. Kerana kesombongan dan keangkuhan Mak longnya Intan nekad untuk merampas Danial dari Fariza. Niat Intan dapat dihidu oleh Peggy. Intan berkerja di syarikat Danial untuk mendekatkan diri dengan Danial. Danial tidak suka dengan Intan yang bersikap lebih - lebih ditambah pula Intan tidak menghormati orang tuanya. 

Pelbagai cara telah dilakukan demi menambat hati Danial namun Hati Danial terlalu kebal untuk Intan. Intan terpaksa mengunakan tektik kotor demi merelisasikan impian berkahwin dengan orang kaya demi kesenangan hidupnya. Intan dan Danial dinikahkan dengan hati Danial yang terluka. Dalam diri Danial menyimpan satu dendam agar hidup Intan lebih derita dari Intan bergelar isteri . Danial membawa Intan kesyurga yang dicipta oleh Danial. Ini bagi menyedarkan Intan di atas pembohongan dan keangkuhan diri. Disebuah pondok buruk mereka berteduh , beralaskan simen dijadikan tilam , berubah sekali kehidupan Intan. Dengan kesempitan hidup Intan berkerja sebagai perkerja am dan pencuci tandas. 

Kehidupan susah Intan diperhatikan oleh jirannya Badrul. Badrul pernah mendesak agar Intan ke pejabat agama untuk memohon cerai. Bagi Badrul Danial bukan lah lelaki yang bertanggungjawab. Pada Intan ini adalah balasan yang perlu dia tanggung kerana derhakanya pada ibu dan abangnya . Peggy tidak menyangka Intan mampu bertahan dengan sikap Danial .

Kesusahan Intan dapat dihidu oleh abang Is. Intan memohon ampun dari keluarganya. Intan ingin menebus balik geran tanah yang telah digadaikan oleh abang Is kepada Daniel. Duit itu digunakan semasa Intan di luar negara dulu. Danial membuat perjanjian berkerja tanpa gaji sehingga dia bersalin sebagai pegawai keselamatan. Dengan cara itu saja cara Danial dapat membalas dendam pada Intan. Intan pernah menipu Danialyang dia mengandung kini dia benar-benar mengandung tetapi Danial tidak mempercayainya lagi. Danial cuba memujuk Fariza dan akan berjanji akan  berkahwin dengan Fariza selepas Intan bersalin. 

Bila Intan sah mengandung , Danial mempunyai alahan yang memaksa dirinya sentiasa ingin bersama Intan.  Perasaan sayang mula berputik diperasaan Danial. Danial terpaksa menyimpan perasaan sayang pada Intan kerana egonya. Hati Intan telah mati untuk Danial. Kematian Abang Is lebih memilukan kerana tak sempat melihatkelahiran bayi Intan. Danial berjanji dengan Iskandar akan menjaga Intan dan anaknya . Sebelum sempat janji itu ditunaikan Intan dan Ibunya sudah meninggalkan Danial. Danial memakan diri dengan sikapnya. Walaupun telah dinasihatkan agar tidak mendera jiwa Intan. 

Kemana pun pergi Intan pergi kalau sudah dinamakan jodoh mereka tetap berjumpa. Danial tidak melepaskan peluang kedua. Memujuk Intan dan mengambil hati Intan dalah lah diutamakan. Danial tidak mahu lagi curi - cuti cinta dengan isteri sendiri. Keegoannya harus dibuang demi isteri dan anaknya. 


Sinopsis dari kulit novel 
“Kalau dah susah sangat, hantar aje rumah orang tua! Lagipun bila adik kahwin nanti suami adik tu mestilah orang kaya jangan haraplah adik nak kahwin dengan orang miskin. Orang kaya nak ke terima mak mentua macam tu? Abang Is, doa ajelah setiap hari biar tuhan panjangkan umur abang Is. Kalau boleh biar mak yang mati dulu dari abang Is. Jalankan tanggungjawab dulu jangan senang aje nak lepaskan beban kat orang lain!”.

Ya Allah! Terkedu Iskandar mendengarnya. Kenapa perangai adiknya sampai sebegitu rupa? Biadap! Kurang ajar! Berlagak! Sombong! Itulah Intan Raihana. Buang emak, buang saudara kerana duit dia sanggup lakukan apa saja. Perancangan diatur. Daniel Hakim harus menjadi miliknya!

“Hei! Kalaulah niat awak nak tackle saya, sebab berangan nak jadi bini orang kaya. Mulai hari ni! Detik ni! Awak campak terus niat awak tu! Sebab saya akan pastikan, sampai saya mati pun awak tak akan jadi isteri saya!” Itu kata Daniel pada Intan. Namun perancangan tuhan tiada siapa boleh menghalangnya. 

“Saya akan bertanggungjawab Is. Saya akan bernikah dengan Intan. Itu janji saya.” Tegas jawapan Daniel. Namun jelas kelukaan pada setiap patah katanya. Dendam Daniel berlingkar di hati. Janjinya! Intan Raihana akan memamah segala perbuatannya nanti! 

“Kau ingat aku nak percaya lagi cerita bohong kau tu! Aku tau kau dah terdesak nak ikat aku! Kau goda aku! Kau buat aku jatuh cinta dengan kau dan akhirnya aku tersungkur di kaki kau! Aku akui memang aku dah cintakan kau! Tapi dengan apa yang kau dah buat dekat aku! Mulai saat ini, cinta aku dah mati buat kau! Aku tak akan terima anak tu! Sebab perempuan macam kau bukan saja tak layak jadi bini aku! Tapi kau juga tak layak nak jadi ibu pada anak aku! Aku tak nak anak aku lahir dari rahim perempuan macam kau! Hambur Daniel sepuas hatinya. 

Ya Allah! Luluh hati Intan mendengarnya. Kejamnya lelaki ini? Tanpa dapat dikawal air mata menitis tanpa henti. 

“Adik tahu memang manusia tu tak sempurna mak. Sebab adik pun pernah buat kesilapan yang cukup besar dalam hidup adik. Adik kecewakan mak, adik kecewakan abang Is. Tapi akhirnya adik berubah mak. Dia janji nak mulakan hidup baru dengan adik. Tapi mana janji dia mak? Dia campak adik macam kucing kurap! Adik benci dia mak! Adik benci dia! Dia tak layak jadi suami adik! Lelaki ini dah mati dalam hidup adik!

Kini Daniel Hakim memamah perbuatannya pula. Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata inilah padahnya! Curi-curi cinta hanya itu yang mampu dilakukannya. Hati Intan telah mati buatnya! Berdoalah moga cinta Intan Raihana akan menjadi miliknya jua..

Thursday, 23 October 2014

NOVEL BILA HATI BERBICARA


Dua mata saling bertatapan 
Tiada kemesraan tetapi kenapa hati 
Berbicara sesuatu yang amat sukar 
ditafsirkan oleh hati sendiri?

Banyaknya novel kini dipilih mendanjadi drama adaptasi. Ini satu lagi novel yang menjadi pilihan Bila Hati Berbicara terbitan Buku Prima. Gandingan pelakon baru mampukah mereka membawa watak dalam novel ini. Bukan mudah untuk memegang watak drama adaptasi sebenarnya ini kerana pecinta novel mereka telah menggambarkan sendiri bagaimana watak hero dan heroin mereka. Jom sama - sama kita selusuri jalan cerita novel ini sebelum ia ditanyangkan dikaca TV anda.

Mengisahkan Tania Kasturi gadis yang tinggal bersama nenek yang kian uzur. Walaupun mempunyai kelulusan dari unversiti Tania Kasturi sanggup berkerja di mini market yang berhampiran dirumah. Bagi Tania , dia senang untuk ulang alik melihat neneknya yang sudah tua. Sejak orang mak dan ayahnya meninggal akibat kemalangan Tania Kasturi menumpang dirumah neneknya dikawasan setinggan. 

Kisah Tania Kasturi bermula dalam satu kejadian , dimana Tania Kasturi terlibat dalam satu kemalangan. Emir Qasya terlanggar Tania Kasturi semasa pulang dari melawat tapak projek. Emir Qasya seorang lelaki muda bergelar jutawan ingin membangunkan projek baru dikawasan setinggan tempat tinggal Tania Kasturi dan neneknya tinggal. Dengan rasa simpati Emir Qasya membawa Tania ke hospital untuk rawatan. Tetapi Emir tidak pernah menghadirkan diri , Emir menghantar kawan rapatnya Badri untuk mengaturkan segala keperluan Tania di hospital.

Dunia Tania Qasya kosong bila neneknya meninggal , Tania dipaksa berpindah dari rumah setinggan kerana pihak pemaju inginkan tanah untuk dimajukan. Tania diterima berkerja di sebuah kilang dan mempunyai tempat tinggal. Emir cuba mendekati Tania dalam diam , Dengan kelayakkan dimiliki oleh Tania, Emir menawarkan kerja selain itu Tania diberi tempat tinggal mewah milik Emir. Ditempat kerja Tania sering diganggu oleh Taufik , Taufik yang menaruh hati pada Tania tidak pernah membalasnya. Ini membuat Taufik marah kerana setiap kali Taufik cuba mendekali Tania. Emir selalu menafikan perasaannya pada Badri tetapi Badri sedar Emir suka dapa Tania. 

Suatu hari Badri sengaja mencabar Emir , siapa yang berjaya menambat hati dan memiliki Tania. Badri ingin melihat sejauh mana Emir ingin menafikan perasaannya pada Tania. Dalam masa yang sama Badri juga menyimpan perasaan pada Tania. 

Kehidupan mereka tak lari dari gosip hingga mereka tak mampu untuk lari wartawan dan media . Emir yang selalu dikaitkan hubungannya dengan seorang model tertekan bila wartawan terus mengaitkan namanya . Tania tak mampu untuk terus hidup dengan dunia berpura-pura. Tania juga tidak lari dari wartawan yang asyik mengejarnya sejak dia berkahwin dengan jutawan muda. Kerana satu fitnah hubungan sulit Tania dan Badrul tersebar,  Emir hampir kehilangan Isteri dan kawan . 

Namun Emir percaya setiap yang berlaku pasti ada jalan penyelesaian. Demi perhubungan persahabatan dan perkahwinan Emir perlu pandai menyelesaikan percaturan hidup.








Sinopsis dari kulit novel 



EMIR Qasya adalah seorang lelaki muda bergelar jutawan. Kisah hidupnya selalu diintai wartawan kerana dia dikenali sebagai salah seorang selebriti yang paling popular di Malaysia. 



Emir Qasya amat mementingkan darjat dan keturunan dalam memilih calon isteri supaya setaraf dengan kedudukannya. Dalam masa yang sama, Emir Qasya berjumpa dengan seorang perempuan bernama Tania Katsura di dalam keadaan yang tidak terduga di kawasan rumah setinggan yang diberi nama Lembah Jingga.



Emir Qasya merasakan Tania Katsura seorang perempuan yang istimewa tetapi dia selalu menafikan hatinya jatuh cinta dengan Tania Katsura kerana dia merasakan yang Tania Katsura tidak memenuhi ciri-ciri perempuan yang layak menjadi isterinya. Tetapi akhirnya dia sendiri memerangkap Tania Katsura dalam perkahwinan terpaksa kerana cabaran Badri Fathul sahabatnya.


Sesuatu telah terjadi dalam perkahwinan mereka kerana fitnah dan dendam Taufik terhadap Tania Katsura. Tetapi kerana fitnah itu juga hubungan mereka yang retak kembali bertaut.



Episod 1

Emir Qasya hidupnya yang dihimpit oleh wanita jelita membuatkan dirinya sering diburu oleh wartawan. Semua wanita sengaja mencari tumpuan dan harta yang dimiliki oleh Emir. Emir Qasya merancang menjana projek yang bernilai berbilian ringgit. Tania Kasturi tinggal di kawasan setinggan bersama neneknya. Kesihatan neneknya membuatkan Tania sering mengambil cuti ditempat kerjanya. Tania juga pernah beberapa kali telah diberi amaran tokey ditempat kerjanya. Gosip perkahwinan Emir dan Babe model terkenal membuatkan Emir tak senang duduk. Kehidupannya lebih sesak dengan wartawan yang selalu mengejarnya. Emir juga terpaksa menyorok demi melepaskan diri. Tania dikejutkan bila kawasan setinggan tempat tinggalnya akan diambil alih oleh pemaju. Tania naik berang bila pemaju memaksa penduduk kampung untuk berpindah. 



Episod 2

Tania dan penduduk setinggan bila kemudahan asas makin tidak teratur. Bekalan air dan electrik selalu terputus. Tania juga terpaksa mengambil cuti kerana neneknya sering sakit. Emir tidak bersetuju bila pejabat peguam mengeluarkan burget pampasan yang terpaksa membawar ganti rugi kepada penduduk setinggan. Pada Badri bayaran itu wajar kerana penduduk setinggan itu telah tinggal puluhan tahun.Yean anak tokey tempat Tania berkerja banyak membantu. Walaupun Tania pernah menolak lamaran Yean. Tania terlalu banyak terhutang budi kena menjaga kebajikan Tania dan nenek.  



Episod 3
Kehidupan Tania dan nenek semakin sukar , Nenek yang memikirkan dimana mereka akan berpindah bila pemaju mendesak agar mereka terus berpindah. Tania dilantik menjadi orang perantaraan antara pemaju dan penduduk kambung ini kerana sikap berani Tania menegakkan kebenaran. Syarikat pemaju bersetuju memberi pampasan tetapi dengan jumlah yang sedikit. Babe tidak sabar untuk berkahwin dengan jutawan muda Emir tetapi Emir tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang hubungan mereka. Ini membuat Babe marah dan beranggapan Emir tidak serius tentang hubungan mereka. Tania dikejutkan dengan berita neneknya jatuh di bilik air. Tania berlari untuk melihat keadaan neneknya.

Episod 4
Emir dan Badri pergi ketapak projek ( kawasan rumah setinggan ) atas desakkan orang kampung. Dalam perjalan Emir terlanggar Tania ketika berlari menuju kerumah. Badri kesihan melihat keadaan Tania. Emir membiayai semua kos rawatan Tania dan nenek di hospital. Emir diselubungi rasa bersalah kerana melanggar Tania. Penduduk kampung terkejut bila mendengar Tania kemalangan. Badri sentiasa memerhatikan Tania di hospital atas arahan Emir. Bila Tania sedar dari pengsan , Tania lari dari hospital kerana risaukan neneknya yang berada dirumah.

Episod 5
Emir cemas bila mendapat tahu Tania lari dari hospital malah Emir menyalahkan Badri kerana tidak menjaga Tania. Badri kerumah Tania , Badri memberi jaminan akan menyelesaikan masalah dengan pemaju. Badri yang menyamar sebagai wartawan membuat hati Tania lebih lega kerana Badri sudi menolongnya. Emir terus mendesak agar penduduk kampung setinggan berpindah. Badri mengharapkan keputusan untuk memaksa penduduk setinggan diberi tempuh sebulan untuk memberi peluang mencari tempat tinggal baru. Tania diberhentikan kerja dan Yean tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan Tania. Masalah Tania bertimpa-timpa dan cukup tertekan dengan keadaannya kini .

Episod 6
Nenek berharap agar Tania dapat membina hidup yang lebih baik. Nenek menyuruh Tania menggunakan duit simpanan untuk membeli sebuah rumah untuk membina kehidupan baru mereka. Tetapi ditolak oleh Tania. Emir dan Badri ke kawasan setinggan . Tania terkejut bila Badri menjadi juru cakap pemaju . Dalam kekalutan pemaju untuk membuat kerja-kerja. nenek tiba-tiba jatuh terus tidak sedarkan diri. Akibat dari jatuh nenek disahkan meninggal dunia. Tania terlalu sedih dan menuduh Badri dan Emir punca kematian neneknya.

Episod 7
Tania tak dapat menerima kehilangan neneknya. Mastura mengajak Tania berkerja kilang dan kilang itu menyediakan asrama. Penyelia kilang, En. Sabri suka pada Tania. Emir dan Badri terkujut bila Tania pengsan didepannya. Tania masuk hospital kerana tekanan darah rendah kerana terlalu penat. Emir memperkenalkan diri sebagai CEO. Emir meminta maaf dan dia akan memberikan perkhidmatan yang terbaik semasa Tania menjalani rawatan di hospital. Tania semakin benci pada Emir kerana terlalu angkuh dengan hartanya. Emir mengarahkan pada Badri agar memindahkan semua barang Tania ke asrama pekerja agar Tania tidak akan mengganggu urusan kerja kawasan setinggan. Keluar dari hospital Tania terkejut bila semua barang rumahnya telah dipindahkan ke asrama pekerja.

Episod 8
Tania terpaksa berpindah ke asrama pekerja atas arahan Emir. Bagi Emir lepas ketiadaan Tania dikawasan setinggan kerja-kerja penyelenggaraan tanah akan menjadi mudah kerana tiada lagi yang menghalang. Badri tidak setuju dengan sikap Emir yang lebih mementingkan dirinya dari perasaan penduduk kampung. En. Sabri membuatkan Tania kurang selesa dengan sikapnya. Penduduk kampung sudah ramai yang berpindah dan ada segelintirnya yang masih berdegil.

Episod 9
Tanpa sedar sebenarnya Tania berkerja di syarikat milik Emir. En. Sabri memohon maaf pada Tania . En. Sabri berjanji tidak akan mengulangi yang membuatkan Tania tidak selesa. Emir pergi membuat lawatan kilang dan bertembung dengan Emir. Tania tidak menyangka dia akan bertemu lagi lelaki yang bernama Emir Qasya.  Badri telah membuat temujanji untuk Tania dan Emir. Tania mengucapkan terima kasih bagi pihak penduduk setinggan prihatin dengan suara penduduk kampung. Badri marah pada Emir kerana sengaja mengusik dan membuli Tania hingga Tania menjadi takut.

Episod 10
Emir menyuruh Tania menghantar resume padanya . Setelah melihat resume, Tania di tawarkan kerja di syarikat Emir dengan kelayakkan Tania yang memegang segulung Ijazah. Tania perlu ada disyarikat itu untuk meneruskan perjuangannya untuk penduduk setinggan lembah jingga. Tania mengharap Badri dapat membantunya di pejabat nanti. Di pejabat Tania dibawah seliaan Taufik Pengurus projek . Badri risau Tania dibawah seliaan Taufik kerana sikap Taufik yang lebih anggresif pada perempuan. Emir faham tetapi Emir yakin Tania pandai menjaga diri.  

Episod 11
Tania dapat tuntuan yang diminta untuk penduduk setinggan . Emir terpaksa akur untuk kerana tidak mahu kehilangan Tania. Badri dapat merasakan Emir suka pada Tania. Emir menyalahkan Badri kerana mengambil Tania berkerja di syarikat Bumi maju dalam masa yang sama Emir tidak mahu mengaku yang Emir suka pada Tania. Penduduk kampung setinggan gembira bila Tania membawa surat tentang tuntutan mereka dipersetujui oleh pemaju. Tania menyuruh Ketua kampung memberi surat penghargaan untuk CEO pemaju kerana bersetuju dengan tuntutan mereka. 

Episod 12
Tania cuba mempelajari sikap Emir , banyak perkara yang menyakitkan hatinya. Emir yang suka menyakitkan hatinya. Badri banyak menasihatkan Tania Emir tidak seburuk yang disangkakan. Taufik terkejut bila Tania ditukarkan dibahagian Marketing . Taufik terus mencuba mendekati Taufik tetapi Tania terus menolakknya. 


Episod 13
Tania terus tidak selesa dengan kehadiran Taufik yang sering mengganggunya. Perjalan pulang dari kerja . Taufik teruk mengejar Tania. Taufik terkejut bila melihat Emir . Emir mengambil keputusan untuk menghantar Tania ke asrama. Tania marah bila Emir sengaja menyentuhnya. Badri menasihatkan Emir jangan lakukan sesuatu yang Tania tak suka jika Emir ingin melihat Tania berkerja di syarikatnya. Emir gembira kerana hasil kertas kerja Tania berhasil mendapatkan projek baru di syarikat. Tania marah bila Emir menyuruh Tania berpindah di Kondo mewah milik Emir. Tania tidak mahu dianggap sebagai perempuan simpanan emir. Tetapi Emir ada alasan tersendiri kerana memberi kondo mewah pada Tania. Emir mengutamakan keselamatan Tania . Sebagai majikan Emir perlu menjaga kebajikan pekerjanya. Emir akhirnya meluahkan rasa hatinya. Badri menjauhkan diri dari Tania. Memberi peluang Emir mengenali Tania lebih rapat. 

Episod 14
Emir terkejut bila Kamilia datang mencarinya. Emir terpaksa keluar dengan Emir karana Kamilia ingin menawarkan projek pada Emir. Badri menolong Tania berpindah di Kondo mewah. Dalam masa yang sama Emir juga ke kondo. Tania terkejut bila Emir ada di kondo itu. Emir memberi alasan untuk mencari barang yang tertingal. Badri membawa Tania ke rumah Emir. Badri sedar Emir bulan lawannya. Jika Emir ingin bersaing merebut hati Tania. 

Episod 15
Tania rasa rendah diri bila Emir suka merendah - rendahkan dirinya de depan Babe. Babe terkejut bila Emir mengajak Tania balik bersama. sedangkan Badri terpaksa menghantar bBabe balik . Babe dapat merasakan Emir dan Tania ada hubungan. Babe menghantar gambar Tania kepada Kamilia dan mengatakan Emir sudah ada pengganti. Kamilia marah dan menghina Tania . Kamilia mengatakan Tania tak layak untuk Emir. Emir memberi alasan pada Kamilia dia tidak mahu terikat kepada mana-mana perempuan. Emir risau jika Kamilia mengapa-apakan Tania. Emir tahu Kamilia sanggup buat apa saja untuk dapatkan sesuatu. Emir terkejut bila mamanya datang dari luar negara. Mamanya dapat merasakan perubahan pada anaknya. 

Episod 16
Badri mengambil Tania dirumah atas arahan Emir. Tania cuba meluahkan perasaannya pada Badri tetapi dinafikan oleh Badri. Badri tak mahu Tania terus mengharap cinta darinya. Mama Emir perasan Emir dan Badri menyimpan sesuatu rahsia . Semasa di pejabat Mama Emir terkejut dengan kehadiran Tania. Emir seperti biasa menyakiti hati Tania . Mama Emir tidak suka dengan sikap anaknya bila melayan Tania . Tania mengambil keputusan untuk berhenti kerja . Dia tidak mahu ada apa-apa yang melibatkan dirinya terus berurusan dengan Emir. 

Episod 17



Episod 18


Episod 19


Episod 20
Babie marah bila khabar perkahwianan Emir tersebar. Lebih geram lagi pengantin perempuan bukanlah dirinya. Babie memulangkan semua barang yang pernah diberi pada Emir. Badri memberi amaran pada Taufiq supaya tidak mengganggu Tania dan menghormati Tania sebagai isteri kepada majikan . Persiapan majlis perkahwinan diuruskan oleh Emir sendiri. Tania panik bila Emir sakit. Emir mempunyai gastrik yang kronik. Badri risau keselamat Tania, Badri takut sesuatu yang buruk berlaku pada Tania. Ada perasaan tak puas hati pada Badri bila Tania dan Emir bersama. Perkahwinan Emir dan Tania berlangsung seoerti yang dirancang . Badri tetap terluka bila Tania sudah sah menjadi isteri Emir. 

Episod 21
Kamilia kesal kerana meninggalkan Emir dulu dia terima Yang Emir bukan jodohnya lagi, Babie pula mencari cara bagaimana ingin menghancurkan rumahtangga Emir yang baru bermula . Tania dan Emir mengambil keputusan untuk berkawan sebelum cinta berputik . Mereka masih mencari persefahaman untuk hidup berdua.

Episod 22



 




Tuesday, 7 October 2014

KARYA UMIE NADZIMAH

Pada peminat novel atau pecinta novel pasti kenal siapa penulis bernama Umie Nadzimah. Bermula dengan novel pertama yang santai hinggalah membawa konflik yang besar. Mengapa kita perlu memiliki novel karya Umie Nadzimah. Ini Jawapannya... 

1. Novel Pilihan Mama terbitan kakinovel.  Walaupun ini novel pertama Umie Nadzimah. Cerita yang ringkas dan santai. Ini novel yang ketiga saya miliki selepas saya miliki novel kedua dan ketiga. Saya mengambil keputusan untuk memiliki novel karya Umie Nadzimah selepas membaca novel kedua dan ketiga. Pada saya ini novel versi lelaki. Nak tahu lebih lanjut jom baca sinopsis dari kulit novel dan review dari saya di Review Novel Pilihan Mama

Pelbagai cara telah dilakukan untuk mencari calon isterinya, melalui chating, facebook, blind date dan sebagainya. Ada juga yang diperkenalkan oleh rakan karibnya Fazli. Namun, satu pun masih tidak dapat memenuhi kriteria yang diingininya untuk menjadi isteri dan menantu terbaik kepada ibunya. Bukan tiada wanita yang menginginkannya, ramai. Terlalu ramai. Tetapi semua tidak memenuhi syarat-syarat sebagai seorang isteri solehah yang diidamkannya.

Setelah lama menunggu. Si ibu membuat keputusan untuk memilih sendiri menantunya. Dengan terpaksa, si jejaka menurutkan kehendak ibu kerana tidak mahu mengecewakan ibu yang telah bersusah payah membesarkannya. Sebuah ikatan pertunangan telah dijalinkan antara Aiman dengan gadis pilihan ibunya, Aisyah. Walaupun ikatan telah dijalinkan, dia tidak pernah mempunyai keinginan untuk mengenali, melihat, berjumpa dan berbual dengan tunangannya. Pada masa yang sama, secara tidak sengaja, Aiman berjumpa dengan wanita idamannya iaitu wanita misteri yang bernama Adila. Dia membuat keputusan untuk memutuskan ikatan pertunangannya dengan gadis pilihan ibu. Namun, apabila melihat wajah ibunya, dia tidak sanggup meluahkan isi hati. Segala keinginan terpaksa dipendam. Dia terpaksa menunaikan janji yang telah terpatri. Maka, wanita idaman terpaksa dilepaskan pergi. Setelah bahagia menjelma, datang pula badai yang mengempas hati dapatkah Aiman mengharunginya sendiri?

....................................................................................................

2. Novel Aku Terima Nikahnya Ini adalah novel pertama saya miliki. Novel Terbitan Karyaseni . Bermula dari membaca di E-novel saya mengambil keputusan untuk membeli nya. Saya jatuh cinta pada watak Khalif. Walau pengakhiran watak Khalif tu sedih tapi saya berpuas hati. Novel ini konflik tak berat tetapi ada sentuhan hati. Secara jujurnya saya akan mengalirkan air mata bila membaca satu slot chatting Khalif dan JI (Junior Iskandar ) didalam komputer milik Khalif yang disimpan oleh JI. Walaupun dibaca berulang kali. Jom kita baca sinopsis dari kulit novel dan 
Review Novel Aku Terima Nikahnya . 

Puteri Nur Aina, tidak pernah mengharapkan kehidupan indah di atas pernikahan terpaksanya dengan Iskandar hafiz. Baginya perkahwinan ini adalah penyelamat kepada dirinya yang derita dan dikongkong oleh keluarga angkatnya. Takdir telah menentukan mereka suami isteri telah jatuh cinta dan melalui fasa bahagia alam rumah tangga.


Namun, episod gembira cinta mereka tidak disenangi oleh beberapa pihak yang menyebabkan Iskandar Hafiz amat tertekan. Lalu keputusan yang diambilnya secara tidak sengaja telah menyebabkan Puteri Nur Aina sedih lagi terluka.

Dalam masa yang sama muncul sahabat baik Iskandar Hafiz, Megat Khalif yang telah jatuh cinta pada Puteri Nur Aina pada pandangan pertama lagi, dan sanggup berkorban apa sahaja demi melihat 'puterinya' tersenyum bahagia semula.

Dia tidak berputus asa menunggu sehingga Puteri Nur Aina dapat melupakan Iskandar Hafiz dan menerimanya dengan sepenuh hati. Malangnya, apabila Puteri Nur Aina mula menerimanya, Iskandar Hafiz kembali menagih kasih....

Puteri : "Hadirmu bagaikan seorang wira, menyelamatkan aku dari lembah sengsara, yang mengajar apa itu rasa cinta dan erti perasaan. Namun, yang seorang lagi cukup sempurna, setia mengubati lukaku, sentiasa ada saat aku memerlukan. Tanpamu aku lelah..."

Abang Is : "Kau bukannya yang pertama di hati, namun kaulah perempuan pertama aku nikahi, sehingga lidahku menjadi kelu untuk menyebut nama yang lain, menjadikan hanya dirimu perempuan terakhirku..."

Khalif : " Rasa cinta padamu tidak pernah pudar, walaupun nyawa bercerai dengan badan. Apa yang kuinginkan, hanyalah kebahagiaan dirimu, Puteriku...."

Apakah kesudahan kemelut kisah cinta mereka? Temui jawapan akhirnya dalam Usai.... Aku Terima Nikahnya


.......................................................................................................

3. Novel Kerana Terpaksa aku Relakan ini novel ketiga penulis terbitan Karyaseni, tetapi novel kedua menjadi milik saya. Semua orang tahu novel ni menjadi bualan bila diterima sebagai novel adaptasi drama. Tapi pada saya novel lebih best.  Jom baca sinopsis dan Review Novel Kerana Terpaksa aku Relakan yang saya sediakan .

Angkara fitnah dan rancangan jahat emak dan kakak tiri, kehidupan bahagia Indah Halina musnah dengan sekelip mata. Dengan tiba-tiba dia menjadi gadis yang paling malang, sebatang kara dan tidak punya apa-apa.

Dalam kemelut kepayahan, rupanya Tuhan masih menyayanginya apabila dia mendapat perhatian dari seorang wanita kaya dan terhormat, Dato’ Safiya. Tanpa sebarang alasan, Indah Halina mendapat tempat teristimewa dalam hati wanita itu, lalu diberi kasih sayang dan kemewahan bagaikan anak sendiri.

Di rumah banglo itu, bermulanya kisah cinta dongeng di antara Indah Halina gadis kampung yang tidak punya apa-apa dengan Tajul Razin, si dia yang punya segalanya. Perhubungan yang mulanya dingin bertukar menjadi sangat indah apabila dalam hati penuh dengan bunga-bunga segar berbau harum.

“Kalau layan abang mengantuk, tapi kalau fasal kucing laju aje cakap. Dengan kucing boleh kata rindu, dengan abang tak kata pun?”- Tajul Razin

Dilema cinta bermula apabila adik si jejaka, Tajul Fahin juga menagih cinta pada gadis yang sama. Kemunculan semula bekas tunang Indah Halina dan si gadis serba sempurna Ilyana makin merumitkan keadaan. Sikap ayah dan pakatan musuh juga membuatkan Indah Halina tersepit untuk membuat keputusan yang terpaksa…

“Errr… Abang Zen, kalau Indah jadi adik perempuan abang selama-lamanya boleh, kan?” – Indah Halina

“Kenapa sebut adik perempuan aje? Tak ada impian jadi isteri Abang Zen ke? Abang selalu berangan-angan suatu hari nanti Indah akan jadi suri hidup. Tak sama ke angan kita?” – Tajul Razin


...........................................................................................................

4. Novel Dia .. Isteri Luar Biasa ini novel ke empat penulis terbitan penulisan2u . Ceritanya lebih ringkas . Bila saya baca novel ini ada pendekatan yang berlainan dari novel sebelum ini. Kerana kisah silamnya Dewi Yusra menjadi seorang perempuan yang cekal dan berjaya. Kehadiran Raden Azmar yang memecahkan tembok membenci lelaki dalam hidupnya. Jom baca sinopsis dan  Review Novel Dia .. Isteri Luar Biasa dari saya.

SINGLE is simple, double is trouble...
Itu moto hidup Dewi Yusra. Katanya, dia boleh hidup tanpa lelaki, lagi mudah dan tidak serabut otak. Lelaki menyusahkan, suka ambil kesempatan!
Perempuan tak kahwin pun boleh ada anaklah! Bukan spesies angkat-angkat ya, yang asli datang dari rahim Dewi Yusra. Kau gila ke Dewi, ingat nak buat anak tu semudah buat nasi ayam ke? Hesy... Mesti ada jalanlah…
Dewi serius! Walau dengan apa cara pun, Dewi tetap ingin punya anak dari darah dagingnya. Anak yang akan mewarisi syarikat perniagaan Cik NAB a.k.a Nasi Ayam Bonda.
“Aku akan kahwin! Syaratnya aku nak kahwin sampai mengandung aje ya, lepas tu  aku chawNo husband anymore. Sebelum aku sakit hati ditinggalkan, lebih baik aku blah dahulu” - DEWI YUSRA
Maka bermulalah usaha Dewi untuk mendapatkan ‘Suami Sementara­’ dari lelaki baik-baik, gen terhebat, genius dan stok sembahyang atas kapal terbang. 
“Saya Amzar... errr... Radin Amzar yang duduk sebelah you dalam flight dari Heathrow hari tu...” - RADEN AMZAR
Bagai nak tercabut jantung Dewi dengar. Lelaki edisi terhad tu hubungi dia? Macam tak percaya pun ada. Ingatkan lelaki itu akan terus hilang. Tuhan berikan Dewi peluang ke ni?
Berjayakah rancangan Dewi Yusra untuk memerangkap Dr. Radin Amzar, lelaki terpilih  sebagai ‘Suami Sementara’nya untuk seorang zuriat? Bagaimana pula rancangan Kamarul yang terlalu menyintainya?
Temui jawapannya dalam DIA... Isteri Luar Biasa, kisah seorang gadis yang terpaksa bangkit dari peristiwa kelam hidupnya.

................................................................................................................................................

5. Novel Jujurlah Nikahi Aku ialah novel terbaru penulis terbitan karyaseni , hasil tangan yang ke lima .  Kisah istimewa yang dibawa kali ini. Ada keinsafan dan ikhtibar yang boleh diketengahkan. Saya sangat suka novel ini . Walaupun saya tak pernah membaca di blogs penulis saya yakin karyanya tersendiri. Kaii ini mengetengahkan kisah gadis istimewa di sisih keluarga kerana malu mempunyai anak cacat. setiap pemberian dari Allah pasti ada hikmahnya. Jom baca sinopsis novel dan Review Novel Jujurlah Nikahi Aku dari saya .


NURIN ASYFA ditakdirkan sebagai gadis ‘istimewa’. Ramai yang menyisihkan kewujudannya termasuklah keluarganya sendiri. Ada ke lelaki yang akan jatuh cinta dan sudi memperisterikannya? Lelaki yang akan berkongsi hati dan hidup bersama?

“Abang Alan suka Nurin dari darjah satu lagi...”

Itu kata ALAN WONG. Nurin tahu Alan yang berhati mulia akan menjaga diri dia sebaik-baiknya. Tetapi hanya sebagai seorang adik. Jika kerana cinta, tentu Alan akan usaha mencari Tuhan. Tidak sekufu pegangan, bermakna mereka tidak akan bersatu. 

AHMAD ZANIF... Bos strawberi, lelaki bajet sempurna serba-serbi. Memanglah Nurin jatuh cinta sangat kepadanya. Namun bagaimana pula penerimaan Zanif yang menitikberatkan kesempurnaan selama ini? 

“Errr... Encik tahu rumah saya?” - Nurin 

“Ha... Itu tandanya apa?”- Zanif 

Ikhlaskah si strawberi ini menerima Nurin Asyfa seadanya? Sepadankah mereka? Berbalaskah cinta kasihnya? Walaupun dicuba untuk menjadi kuat dan tabah... ada masanya Nurin lelah untuk terus mengharap ketulusan hati si lelaki. 

Tiba-tiba muncul SI QAYYUM, pemuda yang tidak dikenali dan pemuda yang ingin menikahinya dengan rela hati. Demi Tuhan... Qayyum ikhlas dengan niat untuk menjaga dan melindungi si malang Nurin hingga hembusan nafas terakhir. 

“Kena baca tiga puluh juzuk al-Quran sebagai mas kahwin...” Syarat Nurin. 

“Apa-apa saja saya sanggup.” - Qayyum. 

Milik siapakah ‘Cinta Terakhir’ Nurin Asyfa? Si Alan yang terlalu menyayanginya atau Zanif yang akhirnya mengaku cintakan dia? Ataupun Qayyum yang tidak pernah tahu isi hatinya namun sanggup berkorban apa saja?