Saturday, 15 March 2014

NOVEL KURELAKAN KASIHMU

Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku dan sedalam cintaku...

Memiliki novel keluaran Love novel kerana sinopsisnya, Saya begitu tertarik dengan sinopsis yang berada di kulit novel ni. Dengan pertolongan seorang rakan,  memudahkan saya mendapatkan novel ini berserta tandatangan penulis. Bila baca novel 501 muka surat ni memang "owesome" . Saya cadangkan agar pembaca tegar diluar sana harus miliki novel ni. Ia merangkumi ketabahan wanita , keegoaan lelaki , kasih sayang keluarga , erti persahabatan yang cukup akrab , dan pelbagai rasa yang sukar digambarkan. Tahniah Love novel yang menerbitkan novel keluaran februari 2014 ini.  Jom review jalan cerita novel ini edisi saya. Irfan Naufal seorang lelaki yang mempunyai ego yang sangat tinggi hingga Arissa Maisarah sering berkecil hati dengan sikap tunangnya itu. Arissa menjadi buntu dengan kelakuan tunangnya itu. Bagi Irfan Naufal bukan dia tidak sayang pada tunangnya tetapi biarlah Arrisa Maisarah sah menjadi miliknya baru dia menunjukan kasih sayangnya.  Pertemuan Arissa dengan Ad membuahkan rasa cemburu pada Irfan  Naufal . Selepas mencari identiti Ad, Irfan baru tersedar bahawa Ad adalah gadis tomboy . Ad atau nama sebenar Adnin Najwa sahabat baik Arissa dari zaman sekolah lagi. Mereka seperti pasangan kembar yang cukup akrab dulunya. Mereka terpisah selepas kematian kedua orang tuanya akibat kemalangan jalan raya. Dengan harta yang ditinggalkan Adnin Najwa membuka sebuah butik di Kuala Lumpur. Perlakuan tomboy Adnin Najwa bermula selepas kematian kedua orang tuanya. Adnin Najwa hampir dirogol , sejak itu di mula menukar cara hidupnya bagi mengelakkan benda buruk berlaku. Adnin Najwa tidak menyangka akan bertemu kembali dengan Arrisa Maisarah . Ad atau lebih dikenali Najwa telah menggembirakan Arissa Maisarah yang selalu bersedih. Tetapi tidak pada Irfan Naufal , sakit hati dan ingin menyedarkan si tomboy itu tentang fitrahnya dijadikan seorang perempuan hingga meragut kesucian si gadis tomboy.  

Sejak kejadian hitam itu hidup Irfan Naufal tidak tenang. Kerja yang lakukan dipejabat juga terganggu. Sebagai seorang ayah Tan sri Hj. Zainal dapat merasakan perubahan pada anaknya. Dalam terpaksa Irfan Naufal menceritakan apa yang telah berlaku. Terlalu kecewa berita yang diluahkan oleh sianak. Dimana imannya hingga tegar melakukan perkara yang dilarang Allah. Tan sri mengarahkan agar Irfan Naufal pergi bercuti dan mencari Najwa dan  mengahwini gadis malang itu. 

Adnin Najwa berpindah ke perlis bagi melupakan peristiwa hitam yang dilaluinya bagi membuka lebaran baru . Paling pedih Adnin Najwa disahkan Hamil . Kesedihan Adnin Najwa dapat dilihat oleh rakan serumahnya Tinie . Kandungan yang dikandung tak bertahan lama  bila Adnin Najwa terlibat dalam kemalangan. Najwa keguguran dan dalam masa yang sama Adnin Najwa juga disahkan buta . Irfan Naufal rasa bersalah kerana dirinya, gadis malang itu kehilangan kesucian diri dan kerana dia juga gadis itu kehilangan penglihatan. Ini membuatkan Irfan Naufal terus rasa bersalah. Irfan Naufal mengambil keputusan untuk melamar Adnin Najwa tetapi ditolak keras. Pada Adnin Najwa perkahwinan biarlah berlandaskan cinta bukan simpati. Irfan tidak pernah berputus asa untuk memujuk Adnin Najwa hingga Adnin Najwa rasa dia berasa selamat bila bersama Irfan Naufal. 

Setelah dipujuk akhirnya Adnin Najwa menerima lamaran Irfan Naufal. Keluarga Irfan Naufal menyambut baik kehadiran Adnin Najwa dengan hati yang terbuka. Ummie , Abah dan Alida gembira dengan kehadiran Adnin Najwa dalam keluarganya. Arrisa Maisarah melanjutkan pelajarannya ke Jepun bagi meredakan rasa kecewanya akibat putus tunang. Adnin Najwa belajar menerima Irfan Naufal dalam hidupnya. Saat hati berlagu sayang Adnin Najwa berterus terang yang dia sudah tidak suci lagi sebelum bergelar isteri pada Irfan Naufal. Ini membuatkan Irfan Naufal tersepit untuk berterus terang. Kerana sikapnya yang lalu Adnin Najwa menjadi Mangsa. 

Irfan Naufal nekad untuk berterus terang dan dia juga terpaksa menerima apa yang akan berlaku selepas ini. Saat Adnin Najwa menerima berita gembira tentang sudah ada penderma mata dia dikejutkan dengan pengakuan ikhlas Irfan Naufal. Insan yang mula disayangi itu adalah insan keji yang sanggup merogolnya. Adnin Najwa nekad untuk tidak melakukan pembedahan mata kerana tak sanggup untuk melihat lelaki durja. Kata putus dibuat , Irfan Naufal akan ke Jepun untuk menguruskan perniagaan abahnya untuk pergi jauh dari Adnin Najwa. Dan Adnin Najwa akan ke Paris selepas sebulan pembedahan matanya ini bertujuan untuk mendalam dunia fesyen yang diminati. 

Adnin Najwa disahkan mengandung , kerana perasaan rindu yang membuak Adnin sepatutnya pergi ke Paris dibatalkan tetapi dia pergi ke Jepun untuk berjumpa dengan suaminya yang mula dicintainya. Sampai diJepun Adnin Najwa dikejutkan tentang berita perkahwinan Irfan Naufal. Atas simpati pada Arrisa Maisarah yang mengalami kecederaan dalaman akibat kemalangan perjalanan Arissa Maisarah yang ingin pulang ke Malaysia kerana berita  kematian kedua orang tuanya. Irfan Naufal mengambil untuk mengahwini Arissa Maisarah yang sudah tiada saudara mara didunia ini. Pertemuan terakhir dua sahabat sungguh menyayat hati. Adnin Najwa mengambil keputusan untuk menjaga Arissa Maisarah disaat akhir dan merahsiakan hubungan perkahwinannya dengan Irfan Naufal.

Pada Adnin Najwa , Irfan Naufal adalah lelaki cukup sempurna . Memaafkan dan membuang rasa dendam dalam diri Adnin Najwa merelakan kasihnya untuk Irfan Naufal .  



Sinopsis 

Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang. Namun di sebalik hubungan mereka berdua yang Nampak bahagia itu, siapalah yang tahu betapa Arissa Maisarah menderita dengan perangai ego Irfan Naufal yang melampau. Lagi ditegur, lagi menjadi-jadi! Bukan sahaja ego, lelaki itu juga cepat baran membuatkan Arissa Maisarah berasa ragu-ragu sama ada Irfan Naufal benar-benar mencintainya atau tidak sedangkan dia terlalu mencintai lelaki itu.Namun Arissa Maisarah tidak pernah mengetahui apakah yang tersembunyi di dalam hati Irfan Naufal. Lelaki itu sebenarnya terlalu tulus mencintai…Irfan Naufal cuma tidak tahu bagaimanakah cara untuk dia menunjukkan kasih sayangnya itu. Baginya, biarlah selepas mereka berkahwin, barulah dia akan menunjukkan betapa dia menyayangi gadis itu dan dia tidak akan mempersia-siakan Arissa Maisarah.



Tetapi, apa yang diimpikan Irfan Naufal tidak seindah yang disangka. Hadirnya seorang lelaki lain di dalam hidup Arissa Maisarah membuatkan Irfan Naufal tidak dapat tidur lena. Adakah Arissa Maisarah curang di belakangnya? Mereka kelihatan begitu intim, membuatkan ego Irfan Naufal terasa tercabar!



Suatu ketika, Irfan Naufal mendapat tahu bahawa ‘lelaki’ yang berani mengganggu Arissa Maisarah itu sebenarnya adalah seorang tomboy. Seorang gadis yang berpenampilan seperti lelaki! Irfan Naufal bertambah sakit hati dan ingin menyedarkan si tomboy itu tentang fitrahnya dijadikan seorang perempuan.Irfan Naufal hanyut dalam dendamnya... dan tidak sedar yang dia sudah terlalu jauh bertindak sehingga sanggup meragut kesucian si gadis tomboy itu.



Adnin Najwa, si gadis tomboy yang telah dirogol dengan kejam oleh Irfan Naufal terus melarikan diri dari bandar itu sekaligus menghilangkan diri dari hidup Irfan Naufal dan ArissaMaisarah selepas dirinya diugut.

Irfan Naufal yang berasa bersalah dan berdosa, terus memutuskan pertunangannya dengan Arissa Maisarah dan mula mencari Adnin Najwa bagi menebus kesalahan.Semua yang terjadi telah menginsafkan Irfan Naufal.


Namun, pertemuan semulanya dengan Adnin Najwa benar-benar membuatkan Irfan Naufal bingung… kerana gadis itu hilang penglihatan disebabkan sebuah kemalangan yang berlaku antara mereka.Dia jugalah yang menyebabkan gadis itu buta.Dan itu menambahkan rasa bersalah yang tidak bertepi di hati Irfan Naufal.

Dapatkah Irfan Naufal berterus-terang dan meminta maaf?Bolehkah Adnin Najwa memaafkan segala-galanya yang telah terjadi antara mereka?Dan bagaimana pula dengan nasib Arissa Maisarah yang telah ditinggalkan begitu sahaja oleh Irfan Naufal?Apakah kesudahannya kisah mereka bertiga?


No comments:

Post a Comment