Friday 9 May 2014

NOVEL FALLING IN LOVE

Sejauh mana kau pergi, sejauh manapun kau berlari , 
kaukan tetap kutemu kerna kau hanya untukku...

Falling in love sekali baca macam novel inggeris tetapi sebenarnya ini novel cinta melayu. Sya Ryanna penulis novel Andainya bukan untukku terbitan Kakinovel tidak lama dulu dan kini keluar sebuah lagi novel baru dari terbitan LNP ( Lovenovel ). Kali ni karya yang lebih matang dan jalan cerita yang lebih menarik. Novel yang mempunyai 808 muka surat ini pasti akan menambat hati sesiapa yang membacanya. 

Jom ikuti jalan cerita dan membongkar episod cinta Yasmeen Zalikha dan Raykal Asyraff. Yasmeen Zalikha yang berkerja sebagai setiausaha En. Ikmal. Tugas sebagai setiausaha En. Ikmal memaksa Yasmeen Zalikha mengikut En. Ikmal jika ada urusan diluar. Suatu hari Yasmeen Zalikha terlibat dalam satu kemalangan. Kemalangan yang tidak dijangka menjerat Yasmeen Zalikha untuk terus bertemu lelaki yang ego , sombong dan dianggap mangkuk tingkat. Lelaki yang bernama Raykal Asyraff merupakan rakan baik En. Ikmal. Ini membuatkan Yasmeen Zalikha tidak boleh lari dari berjumpa dengan Raykal Asyraff. Kepulangan Tengku Iskandar mengingatkan Yasmeen Zalikha pada peristiwa 8 tahun lalu. Peristiwa 8 tahun lalu dimana Tengku Iskandar hampir meragut kesuciannya . Jasmeen Zalikha diselamatkan oleh kawan rapatnya Sepah.

Sejak itu Sepah menjadi sahabat baiknya. Kerana peristiwa itu Yasmeen Zalikha menutup hatinya untuk insan bergelar lelaki. Selepas 8 tahun Tengku Iskandar kembali menagih kasih yang pernah dijanjikan. Demi mengelak dari gangguan Tengku Iskandar, Yasmeen Zalikha mempergunakan Raykal Asyraff mengaku sebagai tunang.  Yasmeen juga menganggap Raykal Asyraff adalah penyelamat. Dalam masa yang sama perasaan cinta hadir menyelubungi diri pada Raykal Asyraff. Dengan tindakan Raykal Asyraff memberitahu niatnya pada kedua orang tua Yasmeen untuk memperisterikan direstui tanpa pengetahuan Yasmeen . Ini kerana Jika niatnya diketahui oleh Yasmeen pasti Yasmeen akan menolak. 

Dalam masa yang sama En. Ikmal boss Yasmeen,  meluahkan perasaan yang dia sebenarnya dia sudah lama menaruh perasaan pada Yasmeen. Tetapi dilolak oleh Yasmeen. Yasmeen lebih selesa menganggap En. Ikmal sebagai seorang sahabat dan juga Boss. Pertunangan antara Yasmeen Zalikha dan Raykal Asyraff dalam satu majlis tertutup. Hidup Raykal yang dikelilingi dunia sosial menyebabkan Yasmeen sukar untuk menerima Raykal dalam hidupnya. Raykal berjanji akan meninggalkan perbuatan itu dengan bantuan Yasmeen. 

Kerana satu panggilan talifon , Yasmeen terkejut kerana Raykal mabuk di sebuah kelab malam. Yasmeen membawa Raykal pulang ke kondo mewah Raykal. Kerana terlalu penat Yasmeen tertidur dibilik sebelah di kondo Raykal. Pada malam itu Yasmeen dirogol oleh Raykal. Yasmeen tidak dapat menerima kenyataan bila Raykal lelaki yang dianggap penyelamat pada dirinya melakukan perkara keji tu terhadap dirinya. Dulu dia cuba dirogol oleh Tengku Iskandar tetapi kini Yasmeen dirogol oleh tunang sendiri. Atas dasar tanggungjawab Raykal Asyraff memutuskan agar pernikahan mereka dipercepatkan. 

Disaat mereka baru mengecapi nikmat hidup kasih berumahtangga , sekali lagi ujian datang tanpa diduga. Kehadiran Elina meragut kebahagiaan mereka. Elina menghubungi Yasmeen dan mengaku dia terlah mengandungkan anak Raykal. Elina yang sejak dulu meminati dan ingin memiliki Raykal tetapi tidak pernah di layan oleh Raykal membuat Elina nekad untuk memiliki Raykal dengan tektik kotor. Ketika itu Yasmeen baru menerima khabar gembira tentang benih cinta yang baru bercambah dalam rahimnya. 

Yasmeen kesal kerana menganggap Raykal tidak pernah berubah. Cerita tentang kandungan Elina itu palsu. Yasmeen keguguran kerana dia terlalu stress. Ketika itulah rahsia Raykal yang pernah merogol Yasmeen semasa tempoh bertunang terbongkar pada kedua orang tua Yasmeen. Yasmeen nekad untuk meninggalkan Raykal tanpa pesan. Yasmeen Ke Shanghai menerima kontrak kerja setahun sambil merawat luka dihati. Raykal bagai kucing kehilangan anak bila Yasmeen hilang tanpa berita. Tak sampai setahun Yasmeen disuruh pulang dan berkerja di Malaysia. 

Niat utama untuk berjumpa Raykal kerana ingin meminta agar Raykal menceraikan dirinya. Peluang yang ada tidak akan disia-siakan oleh Raykal untuk memujuk Yasmeen. Tengku Iskandar dan Elina berpakat untuk merosakkan hubungan Rykal dan Yasmeen . Berjayakah rancangan Elina dan Tengku Iskandar. Jom baca novel ini..... 



Sinopsis dari kulit novel 

“You nak call siapa tu??” – Raykal Asyraff

“Ermm.. polis?”- Yasmeen Zalikha

“Polis?!” - Raykal Asyraff
“Eh..bukan eh? Saya call bombalah,” – Yasmeen Zalikha

“Hello, there’s no fire in here!” – Raykal Asyraff

“But.. there’s a fire in your heart!” – Yasmeen Zalikha

Pertemuan Yasmeen Zalikha dan Raykal langsung tidak diduga pada awalnya si gadis menyangka lelaki yang berada di hadapannya itu sombong, bongkak sebab pakai Ferrari, RayBan, kemeja dan kasut yang susah-nak-eja, dan perasan handsome. 

Entah kenapa sering saja dia bertembung dengan lelaki itu, tambah-tambah lagi dia merupakan sahabat baik kepada majikannya yang turut menyukai Yasmeen Zalikha dalam diam.

Muncul semula Tengku Iskandar di hadapan Yasmeen Zalikha membuatkan dia terpaksa ‘pergunakan’ Raykal Asyraff mengelakkan Tengku Iskandar kembali menagih cinta yang sudah lama terkubur. Lama-kelamaan terdetik di hati Raykal Asyraff yang dia sudah mula sukakan Yasmeen Zalikha tanpa dia sedar.

Mampukah Raykal meraih hati Yasmeen Zalikha yang begitu sukar menerima lelaki? Bolehkah Tengku Iskandar memujuk hati Yasmeen Zalikha? Dapatkah Yasmeen Zalikha membuat pilihan?


2 comments:

  1. Timer kasih sekali lagi kat akak sebab sudi buat review untuk novel saye yang kedua ni pula..
    Teruskan menyokong karya-karya dan penulisan Malaysia...

    Hugs & Kisses!
    ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah kena terjah rupanya ... Sama-sama Sya... terima kasih pada Ein Dari LNP dia yang rekomen akak beli novel ni dan ada TT sya lagi .. hehehheh Akak doakan Sya akan terus berkarya ...dan harap no. 3 akan menyusur tak lama lagi

      Delete