Sunday, 4 May 2014

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2014


Pesta buku yang bermula dari 24 April  2014 hingga 4 Mei 2014 disambut meriah kali ini. Tahun ini saya dan anak - anak tidak ketinggalan untuk berkunjung di pesta buku. Jika tahun lepas saya sanggup berbaris untuk berjumpa artis idaman tetap kali ini saya tidak berpeluang berbuat demikian.  Saya pergi pada tanggal 26 April yang lalu disebelah petang. Niat sebenar nak jumpa penulis ke sayang tetapi tidak kesampaian. Namun begitu memborong novel dengan harga yang berpatutan tidak dilupakan. 


Tahun ni saya membawa dua orang permata hati Eizham dan Eizzaty kerana mereka lebih excited. Seperti biasa saya pergi menggunakan pengangkutan awam komuter dari hentian Batu Caves ke hentian Putra. 





Apa yang menarik di pesta buku kali ini , Sebagai pecinta novel pastinya diskaun yang menarik menjadi perhatian. Kali ini Karyaseni dan penulisan2u menawarkan diskaun hingga 50% pada novel - novel terpilih. 


Tidak kurangnya Kakinovel serendah RM 6.00 hingga RM 9.00 . Kunjungan terus ke Booth LNP juga menawarkan RM 5.00 pada setiap novelnya. Di booth LNP ada berita gembira bila mereka mengeluarkan 5 buah novel serentak istimewa di pesta buku. Set 5 buah novel dengan harga RM 97.00 .  Fajar Paker pula memberi harga istimewa sebanyak 20% untuk peminatnya.


Penat berjalan - jalan segarkan tekak dengan minuman ringan yang terjual disana dan rehat seketika dan alas perut dengan roti hotdog. Setelah lelah hilang. Kami meneruskan perjalanan dari booth novel ke booth komek kanak-kanak. sibuk berjalan - jalan hingga kami tak sedar hari sudah lewat. 




Jom tengok apa yang saya beli , Saya membeli hanya 8 buah novel baru 2 dari karyaseni , 1 dari penulisan2u , 1 dari kaki novel - novel acik lana terbaru ( tahun ni tak jumpa acik lana sebab hari yang saya pergi dia tak ada ) , 2 dari Fajar Paker dan 2 lagi dari LNP. 

Ini lah novel aku 
Selain itu saya turut membeli novel untuk seorang sahabat yang berada di sabah. Alhamdulillah dah pos kesana . Dia turut gembira bila menceritakan diskaun yang diterima semasa pembelian. 

Novel sahabat di Sabah
Gift dari LNP 
Bila berjalan tak sangka dapat berjumpa penulis novel Teduhan Kasih ( Sarah Marissa ) tetapi beliau ada novel baru Tak Suka Tak Apa Terbitan Fajar . Beli novel dan dapa gift comel dari beliau. Suka sangat .... selalu jumpa di pesta buku tai ak pernah berkesempatan nak ambil gambar bersama. 

Muka -muka penat jangan cakap laaa ... tapi kami semua gembira kerana misi kami berjaya ke pesta buku kali ini. Walaupun tak dapat jumpa penulis yang diharapkan atau pun artis kami tetap gembira.. Kami pulang masih mengunakan pengangkutan awan. Jumpa lagi pesta buku tahun depan . 



4 comments:

  1. wah~semangat bawa anak-anak :)
    saya pergi 3 kali. Tak macam akak, tiga kali pergi pun~perasaan nak bergambar dengan penulis/ selebriti xde. Mungkin sy lebih teruja nak beli koleksi baru je dulu. Kali ni pergi, tak rasa sesak sangat tak macam tahun lepas. Mungkin susunan booth penerbit lebih sistematik :)) Sayang suit tak banyak...nak borong lagi. Gila tengok lebih banyak diskaun untuk novel :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboiiii dia sampai 3 kali pergi tu ...
      saya beli pun novel baru jeee tu tak tahu boli nak baca... hari tu beli online pun tak habis baca lagi .. tu sampai raya pun belum tentu habis baca... sekarang ni bz sesangat nak restkan minda pun tak sempat ... baru baca 2-3 muka surat mata dah pejam ... 1 novel makan masa 2 minggu baru nak habis... dah lama tak buat review .. minggu ni ingat nak post satu review . Apa pun terima kasih Happy mind sudi singgah blog akak ni ..... dan mungkin kita boleh tukar2 pendapat tentang novel ...

      Delete
  2. Seronok kn... Saya dr spore, pertama kali gi pesta buku rasa teruja sangat.
    Mmg berbaloi kita dtg sana.
    Masuk je dewan .... Muka ada senyum!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah jauh tu datang .... memang berbaloi saya memang tiap2 tahun pergi .. byk borong novel .. heheheh sebab diskaun luar biasa kan ...

      Delete