Friday, 15 August 2014

NOVEL ISTERI AKU KALIS CINTA

Tuhan , tolong ciptakan hati dia dari separuh hati ini ...


Novel Isteri aku kalis cinta ini dimiliki bulan puasa yang lepas. Terbitan Lovenovel keluaran bulan Mac yang lalu. Novel 686 muka surat ini merungkai cerita cinta Adelia Dayana dan Zahil Hariz. Siapa diluar sama dah beli novel ni ... Mereka mesti kata novel ni best . Dengan garapan dan susunan cerita , Jalan cerita menjadi menarik . Secara jujurnya saya suka novel ini. Tahniah buat penulis muda Mawar Kamila. Jom review novel ini , pada sesiapa yang sudah membaca pasti sudah tahu tetapi pada yang belum baca jom ikuti ceritanya edisi saya. 

Peristiwa hitam yang terjadi pada dirinya mengubah seluruh hidup Adelia Dayana @ Diya. Diya juga turut dibuang keluarga tanpa diberi sebarang penjelasan. Dia terus dihukum. Bersama sahabatnya Nur dan Maira menjadi penguat untuk meneruskan hidup. Diya menjadi  mangsa kerakusan nafsu lelaki yang bertopengkan syaitan membuatkan dia menanamkan rasa benci pada lelaki. Tembuk tebal yang dipasang membuatkan Diya menjadi kalis cinta.

Pertemuan yang tidak diduga dibutik Kamelia, merupakan satu episod baru dalam hidup Diya. Zahil Hariz merupakan adik tiri Kamelia yang sering datang ke butik tempat kerja Diya berkerja. Pada Zahil , Diya gadis istimewa walaupun cintanya ditolak mentah-mentah. 

Zakuan Helmi ditemani botol arak murung selepas kejadian merosakkan kesucian gadis yang tidak bersalah. Takut dengan bayang-bayang sendiri. Tanpa diduga Zahil ternampak sekeping gambar yang tersimpan di kamar Zakuan. Alangkah terkejutnya gambar yang disimpan adalah gambar gadis yang dicintai. Zahil mencari kepastian pada Zakuan siapa gadis yang berada digambar itu. Zakuan membuat penjelasan. Zahil dan Zakuan adalah adik beradik tiri. Selain itu Zahil juga mempunyai adik tiri perempuan Zarina. Dato Laila yang menjaga Zahil dari kecil lagi. Zahil adalah anak isteri pertama suami Dato Laila. Kedinginan layanan Dato Laila berlaku selepas kematian papa Zahil (suami Dato Laila). 

Zahil nekad untuk kekampung Diya untuk melamar dan bertanggugjawab kesalahan adik tirinya. Selain itu Zahil memberitahu pada kedua orang tua Diya , yang Diya tidak bersalah dan Diya adalah mangsa keadaan. Kehadiran Zahil juga telah menjernihkan dan mengeratkan hubngan Diya dengan keluarganya. Dengan pujukan dan sedesakan kedua orang tua, Diya menerima Zahil walaupun Zahil tahu tembuk kalis cinta yang dibina oleh Diya sukar ditembusi. Suatu hari sewaktu Diya dan Zahil perjalanan pulang membeli cincin perkahwinan mereka bertembung dengan Nadya bekas teman tapi mesra di zaman gelap Zahil. Zahil tidak menyangka akan bertemu dengan Nadya selepas peristiwa yang sukar dilupakan yang hingga meragut nyawa sahabatnya Hairi. Zahil turut menceritakan zaman kejahilannya dulu agar Diya dapat menerima dirinya seadanya. Kini Zahil sudah menjadi Zahil yang baru. 

Pedih bila Diya merasakan Zahil menipu dirinya. Kebenaran terbongkar bila Zarina datang kerumah memohon maaf pada abang tirinya. Selama ini Dato Laila meracuni fikiran Zarina yang Zahil adalah anak perempuan simpanan papanya. Kerana itulah kebencian menyelubungi diri. Ketika itu juga Zarina terlihat wajah Diya dan menyatakan bahawa  Zakuan Helmi adalah abangnya. Ini bermkna Zahil adalah abang pada Zakuan Helmi lelaki yang pernah merogolnya satu ketika dulu akibat cintanya ditolak. 

Zahil seperti berputus asa bila dia disahkan menghidapi Lukimia. Rania sebagai sahabat dan doktor memutuskan agar Zahil membuat pembedahan segera kerana telah menerimapenderma. Tepapi malangnya penderma itu telah meninggal akibat kemalangan.  Diya disahkan mengandung. Ketika itu Zahil telah pergi meninggalkannya. Kekesalan yang tidak terhingga. Zahil sering bermimpi isterinya mengandung anak kembar. begitu juga Zakuan. Zahil menghilangkan diri 2 tahun tanpa berita. Semasa ketiadaan Zahil, Zahil mengamanahkan Zakuan menjaga kakak iparnya. walaupun pada mulanya sukar menerima perempuan yang dicintai kini menjadi kakak iparnya. 

Kepulangan Zahil dinanti , Diya yang tak sabar berjumpa Zahil ingin memohon maaf . Kerana dendam dan cemburu kerana Zahil tak pernah membalas cinta dan sanggup menerima Diya sebagai isteri, Nadya melanggar Diya dengan niat. Zakuan turut serta dalam kemalangan itu kerana ingin mengelak Diya dilanggar oleh Nadya. Tak lama kemudian Nadya turutdilanggar dengan sebuah lori. Nadya maut ditempat kejadian. Zakuan yang cedera parah meninggal dunia. Dalam koma Diya bermimpi agar memaafkan Zakuan Helmi . Tiada lagi dendam dan kebencian kerana semua itu akan memakan diri. Akhirnya Zahil berjaya memecahkan tembuk kalis cinta Adilia Dayana kerana kini dia telah menemui cinta yang sejati.


Sinopsis dari kulit novel 
“Saya harap, saya benar-benar kalis cinta. Saya tak mahu mencintai awak.
Saya terlalu ingin membenci awak. Andai masa dapat diundur, saya nak perkahwinan ini tak pernah terjadi supaya saya tak akan pernah memberi hati pada awak.” ~ Diya.
Pada Diya, Zahil hadir mengubat luka silamnya kemudian merobek pula luka yang lebih dalam. Maaf? Diya memilih, tidak!

Hancur luluh hati Zahil Hariz apabila bahagia yang mereka bina musnah kerana kedegilan Diya. Zahil tiada upaya untuk mengubah masa silam Diya sebagaimana dia tidak berdaya mengubah hubungan cinta mereka yang cukup
rumit. Kemunculan watak Zakuan, Syamil, Tina dan Nadya menambah konflik sedia ada.

“Allah memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Allah hanya anugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Allah telah berikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Dan awak, Adelia Dayana adalah cinta saya.” ~ Zahil.

Memberi kasih pada yang tidak mahu menghargai, sakitnya bagaikan patah hati. Hakikatnya, Zahil tak pernah meragui hati Diya. Namun apabila ada insan lain yang mampu buat Diya mengukir senyum, Zahil beralah dengan memberi hak
kepada Diya untuk membuat pilihan.
Penceraian atau kemaafan? Apakah pilihan Diya?

‘Isteri Aku Kalis Cinta’ merungkai penghujung sebuah dendam
dan penantian.

6 comments:

  1. terima kasih kerana sudi memiliki karya IAKC. ^_^"
    Jemput ke blog mawar dan mengikuti karya ke 2, ISTERI GANTIAN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama mawar Kamila , Terima kasih juga sudi singgah blogs review akak.
      akak akan tunggu karya ke-2 mawar kamila nanti ..
      teruskan usaha...

      Delete
  2. Saya suka cerita ni tapi rasa mcm nk pi hempuk je kepala Diya tu..geram bila dia ego sgt.Tahniah penulis mawar kamila sbb dah berjaya buat saya punya emosi tergugat!Best!!teruskan usaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi singgah di blog review ni ... cerita ni memang best .. jom sama2 kita beri sokongan pada penulis baru macam Mawar kamila ..

      Delete
  3. Oh ya..cik/puan pemilik blog..dah baca the unsung hero atau novel betul suami aku pelakon!?nak baca review sis...kebanyakkan review best dan sgt menarik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni baru nak maraton novel melor jelita ... ramai yang kat novel melor jelita best ... saya akan buat review novel pertama Awak suka saya tak!

      Delete