Thursday, 4 September 2014

NOVEL GADIS EDISI TERHAD

I love you Fishy , I love you too Cheesy.


Karya kedua Rin Ahmad yang pernah pernah membaca karya pertama beliau Untuk semua dosaku terbitan Kakinovel. novel yang setebal 729 muka surat ini merungkai cerita cinta Jasmeen dn Fareez. Perjalanan mencari definisi cinta yang sejati. Kita review sedikit cerita ini. 

Fellah delisya atau lebih dikenali Jasmeen rakan dan keluarga. Nama manja itu diberikan oleh neneknya dari Fellah. Fellah dalam bahasa arab bermaksud bunga jasmin atau bunga melor. Menyemai hidup berdikari dengan memiliki Integrate Landscape . Perkenalan bermula dari sales girl bertukar menjadi tukang kebun di rumah Datin Julia. Entah bagaimana selepas dua pertemuan mereka sekali lagi dipertemukan dirumah Tan sri Farhan.

Lepas Fareez dan Gina clash , Jasmeen muncul dalam hidup Fareez. Fareez dan Jasmeen sebenarnya tidak sedar , sebenarnya mereka ini adalah rakan urusniaga yang tidak pernah berjumpa dan ada perselisihan antara mereka. Fareez yang mula jatuh cinta dengan Jasmeen mula mengorak langkah memikat Jasmeen, Fareez tidak sedar langsung Jasmeen adalah anak rakan urusniaga yang selalu dia kutuk adalah anak kepada Tan Sri Farhan .

Bila Fareez luahkan perasaan pada Jasmeen , Jasmeen turut terima cinta Fareez. Saat mereka baru nak bertatih dalam perhubungan mereka, Fareez dapat tahu Jasmeen adalah i
Fella Delisha a.k.a anak Tan Sri Farhan. Fareez rasa tertipu dan masing-masing rasa tak puas hati. Bila Jasmeen tahu Fareez adalah bos Modeneka , Jasmeen tidak melenting malah Jasmeen lebih bersikap profesioanal dalam kerjanya. 

Sampailah satu masa Fareez dapat tahu tentang Iqmal (kekasih baru Gina yang buatkan Gina curang dengan Fareez) rupa-rupanya ada hubungan dgn Jasmeen dulu. Fareez rasa sakit hati Jasmeen pasal perhubungan mereka dulu. Hubungan  Yasmeen dan Iqmal tak lebih dari seorang kawan. Hanya Iqmal sahaja suka pada Yasmeen. Fareez merajuk , dia memikirkan Yasmeen adalah bekal Iqmal . Ini kerana perempuan yang dicintai sanggup melakukan apa saja demi Iqmal. Apa istimewanya Iqmal ??

Kerana Fareez merajuk dan tidak mahukan mendengar penjelasan dari Jasmeen tentang hubungannya dengan Iqmal . Jasmeen mengambil keputusan untuk memberi ruang kepada  Fareez dan membawa diri ke New York untuk sambung belajar. Sebenarnya sambung belajar tu alasan sahaja. Bila mendapat kad dari Jasmeen baru Fareez tersedar tetapi sudah terlambat kerana Jasmeen sudah pun terbang Ke New York. Fareez kat Malaysia tak senang duduk bila Yasmeen pulak merajuk. Fareez berpakat dengan adik Yasmeen untuk ke New York untuk memujuk Jasmeen.



Sinopsis dri kulit novel 
Jasmeen, anak perempuan kepada Tan Sri Farhan. Orangnya suka berdikari dan paling penting mempunyai hobi yang unik. Dia mengumpul semua benda keluaran edisi terhad. Cinta? Dia sentiasa takut untuk meletakkan komitmen lantas, cinta Iqmal ditolak mentah-mentah.

Fareez Ilham, anak yatim piatu yang dibesarkan oleh sahabat baik arwah bapanya iaitu Datuk Ismadi dan bekas pemandu keluarga, Atuk Syed. Orangnya amat setia dalam bercinta tapi sayang, cinta Gina kepadanya beralih arah kepada Iqmal tanpa diduga. Kehadiran Jasmeen memberi sinar tapi siapakah Jasmeen sebenarnya? Penjual kain? Tukang kebun? Arkitek landskap? Pencinta sejati?

Dalam masa yang singkat, pertemuan demi pertemuan akhirnya membuahkan rasa cinta di antara Jasmeen dan Fareez.

Mereka bercinta tanpa Fareez menyedari Jasmeen ialah Fellah Delisya, bos Integrate Landscape yang selalu dikutuk dan anak kepada Tan Sri Farhan iaitu pelanggan terbesarnya.

Dugaan melanda dalam hubungan mereka apabila Fareez mengetahui identiti sebenar Jasmeen. Mampukah sebuah realiti menepis hakikat sebuah cinta sejati? Sebuah episod luka membuat Jasmeen memutuskan untuk memberi ruang kepada Fareez dan akhirnya dia terbang membawa sekeping hati lara ke New York.

“I love you Fishy.”

“I love you too Cheesy.”

No comments:

Post a Comment