Wednesday 17 December 2014

BILA EIZZARA EIZZATY BERJIMBA BERSAMA UMIE

Dalam kesibukan berkerja saya mengambil peluang cuti rehat dihujung tahun. Mengeratkan hubungan anak dan Ibu . Saya mengambil keputusan untuk membawa 2 orang anak perempuan ( anank perempuan pun memang 2 je ) ini untuk ke expo buku di PWTC. Yes kami bertiga selamanya ... Anak lelaki ikut En. suami. Mereka ada agenda mereka biarlah mereka .... 

Perjalan kami bermula di Komuter Batu Caves , Kami menggunakan perkhidmatan kenderaan awam sahaja. Lebih murah mungkin , lagi pun budak -  budak ni jarang dapat peluang untuk naik bas , teksi , LRT semua tu . Ini satu pengalaman bagi mereka. 

 Dua beradik ni memang rapat , ada kala bergaduh dan bergurau senda dah menjadi asam garam mereka . Bila dapat peluang macam ini, Kami happy sangat . 

Sempat bergambar dalam Komuter lagi ....
Happyyyy ..... itu yang kami gambarkan ..
Tujuan pertama nak jalan - jalan je , Lepas tu nak beli buku latihan untuk Eizzara sebab tahun depan dia akan menduduki perperiksaan UPSR . Si adik pula sibuk nak beli buku cerita dan buku mewarna. Sibuk sibuk berjalan kami jumpa artis di borth FINAS Azli Khairi  ( Hero dalam drama Love you Mr. Arogant)  dan Risteena Munim  ( Heroin drama Playboy itu suami aku )


Ambil gambar je ... malu nak bergambar rasanya ... cantik Risteena tu . Senyuman tak lekang dari bibirnya. Ramai betul peminat mereka berpusu - pusu nak ambil gambar. selepas tu kali ke Borth Karyaseni  terjumpa artis Elizad Sharifuddin dan Fikree Bakar. Ini memang tak rancang ...  

Sempat bergambar dengan Artis ni . Mereka ni pelakon dalam slot Akasia TV3 Teman Lelaki Upahan  tak lama lagi. Elizad Sharifuddin tu heroin tapi Fikree Bakar bukan hero. Fikree Bakar akan memegang watak  sebagai abang pada Hero drama ini. Nak tahu siapa penulis Novel Teman Lelaki Upahan. 

Ini dia Azura Rasiddin , Penulis muda yang semakin berani untuk berkarya. Sebelum ini tak pernah pun kenal tetapi cuba mengenalinya selepas keluarnya novel yang bakal diadaptasi. Terlanjur berjumpa sempat juma membeli senaskah novel barunya yang bertajuk Layakkah Aku?  Sebenarnya dapat tandatangan penulis tu adalah satu perkara yang sangat gembira pada pecinta novel. Termasuklah saya ni... anak-anak mula faham hobi umie yang bari ni. Terima kasih anak - anak ku kerana memahami Umie.

 Acik Lana , siapa tak kenal penulis yang menulis novel Maaf Jika Aku Tak Sempurna dan Aku Bukan Mistress yang pernah diadaptasi drama. Kali ini beli novel ke 7 Saat Hilang Cintamu dan novel ke 8 Kerana Aku Untukmu. Minta BIBIR BESAR dengan acik lana dan laga - laga pipi. Puas berjalan meninjau-ninjau ditapak jualan saya terus pergi ke Jalan Tengku Abdul Rahman ( Jalan TAR ). Naik LRT...  teruja mereka dapat naik LRT. Dari satu tempat ke satu tempat pergi dan bila duit di poket pun dah mula menipis kami pulang. Shoping sakan lah katakan ... hahahaha memang tak laaa. Beli ikut keperluan !!!  ( boleh percaya ke hehhehe hanya Allah saja yang tahu ). Tulah cerita kami ... episod keluar bersama Eizzara Eizzaty.

No comments:

Post a Comment