Friday 19 December 2014

NOVEL LAYAKKAH AKU ??


Masih Adakah Bahagia Untukku?


Beli novel ini masa expo buku di PWTC dapat jumpa artis lagi tapi itu itu untuk novel Teman lelaki Upahan. Lupakan tentang novel Teman Lelaki Upahan tapi nak cerita novel terbaru penulis Azura Rasiddin. Layakkah Aku? itulah novel terbaru beliau. Tebal kata penulis ... 983 muka surat ni dihabiskan dalam masa 3 hari. Cerita ini agak berat , banyak konfliknya dendam dan cemburu diselitkan kisah kasih sayang. Saya sangat suka jalan cerita dalam novel ini  hingga tak sabar nak tahu kesudahan ceritanya. Sedikit review dari saya . 

Novel ini mengisahkan sebuah episod sedih kehidupan Farra Hani. Kehidupan Farra Hani berubah bila selepas kematian papanya Tan Sri Mansur. Farra Hani anak kedua Tan Sri Mansur , sebelum ini Farra Hani suka menghabiskan masa di club malam bersama-sama kawannya. Segalanya berubah bila Farra Hani dan papanya terlibat dalam kemalangan maut. Farra Hani melihat sendiri papanya meninggal didepan matanya sendiri. Paling menyedihkan dia didatangi oleh seorang lelaki mengatakan papanya dibunuh bukan kemalangan dan berpesan " Jangan percayakan sesiapa . Kadang-kadang orang yang kita rapat dengan kita boleh jadi musuh kita"Sejak itu pesanan lelaki itu menjadi mimpi nyeri dalam lenanya. 

Airil anak Dato Manaf @ kembar papa Farra Hani sering menemaninya. Airil orang paling rapat dengan Farra Hani. Airil juga tempat luahan hati Farra Hani berbanding Farhan abang kandungnya. Mama Farra Hani terlalu benci pada Farra Hani. Farra Hani sering bertanya apakah salahnya hingga dibenci oleh mama sendiri dari kecil lagi sehingga kini persoalan itu tiada jawapan. Airil dan Dato Manaf tempat Farra Hani bermanja. Dengan pertolongan Dato Manaf impian Farra Hani mempunyai boutique ini kerana minatnya tentang fesyen. 

Selepas setahun berlalu dengan bantuan Airil , Farra Hani mencari jawapan mencari siapa pembunuh papanya. Airil seorang peguam yang hebat. Farra Hani mengintip Mikail Amsyar pewaris pertama Mikail Properties . Mikail Properties adalah pesaing utama syarikat Orkit Properties , syarikat papanya. Farra Hani menyangka Mikail Properties adalah musuh papanya kerana kini Orkit Properties gagal mendapatkan projek besar. Dari satu pertemuan ke satu pertemuan mereka menjadi rapat. Farra Hani tahu Mikail Amsyar membencinya jika Mikail Amsyar tahu siapa dirinya yang sebenar. Mikail Amsyar menganggap Farra Hani menghancurkan hidup adiknya Mikail Aslan. Mikail Aslan menaruh hati pada Farra Hani  dari universiti lagi tetapi Farra Hani hanya menganggap Mikail Aslan sebagai adik tidak lebih dari itu. 

Airil menasihatkan Farra Hani agar jangan dekat dengan Mikail Amsyar kerana Farra Hani tidak akan dapat cinta sejati dari Mikail Amsyar jika Mikail Amsyar tahu siapa diri Farra Hani. Tetapi Farra Hani berdegil untuk terus berjumpa dan menjalinkan  hubungan. Hinggalah satu hari Mereka pergi ke Cameron Highland. Mereka menghadiri satu majlis perkahwinan sahabat Mikail Amsyar. Di Cameron Highland juga Mikail Amsyar melamar Farra Hani tetapi Farra Hani tidak memberi apa - apa jawapan sama ada YeS atau NO . Sebenarnya Farra Hani takut bila Mikail Amsyar mengetahui dirinya sebenar. Biarlah keadaan terus begitu agar Farra Hani dapat merasai cinta Mikail Amsyar walaupun seketika. Tanpa sedar Mikail Amsyar terdengar perbualan Farra Hani dan abang sepupunya Airil. Mikail Amsyar merasakan dirinya tertipu dengan lakonan Farra Hani. Kebencian Mikail Amsyar melambung ke puncak. Selama ini Mikail Amsyar mencintai perempuan yang paling dibenci yang dianggap merosakkan adiknya, Mikail Aslan. 

Cinta bertukar dendam dan kemarahan terus membara . Farra Hani terkejut bila Mikail Amsyar membongkar identiti Farra Hani. Mikail Amsyar mengugut jangan sesekali menghubungi dan mendekati dirinya dan juga keluarganya termasuk Mikail Aslan. Farra Hani mencari ketenangan dengan mengarjakan Umrah dan kini Farra Hani bersedia menghadapi apa jua kemungkinan.

Farra Hani tak kuat untuk menghadapi dugaan hidupnya . Mikail Amsyar dan Farra Hani disatukan dalam satu keadaan yang tidak diduga. Mikail Amsyar menuduh Farra Hani memerangkapnya dan ingin menghancurkan keluargnya dan Farra Hani menuduh Mikail Amsyar yang memerangkapnya. Tuduh menuduh tiada kesudahan . Airil kesian dengan nasib Farra Hani . Farra Hani yakin orang membunuh papanya adalah orang yang sama yang merancang Farra Hani dan Mikail Amsyar disatukan. Mikail Aslan tidak dapat menerima Farra Hani menjadi sebagai kakak iparnya lebih menyedihkan Datin Maya ibu Mikail Amsyar turut membencinya. 

Farra Hani reda dengan pernikahannya. Walaupun Mikail Amsyar membencinya. Farra Hani meneruskan pencarian Lelaki yang membunuh papanya dan memerangkapnya. Setelah memastikan sesuatu , Farra Hani mula sedar siapa yang memerangkap mereka. Kehadiran Azalea menagih cinta pertama Mikail Amsyar menghimpit hati Farra Hani.  Datin Maya merancang agar Mikail Amsyar dan Azalea disatukan . Mikail Amsyar nekad untuk mengenali siapa isterinya kerana Farra Hani banyak berahsia. Setelah mengenali siapa Farra Hani Perasaannya mula keliru. 

Perasaan sayang mula menebal bila mengetahui banyak cerita sedih dalam hidup Farra Hani. Mikail menyesal atas perbuatannya yang sering menyakiti hati isterinya. Dari satu kejadian ke satu kejadian Hinggalah Mikail Aslan turut terbunuh yang ingin menyelamatkan Farra Hani . Jawapan yang dicari tersingkap juga bila bila menerima surat dari sahabat baik papanya Faizal. Airil kecewa dan tidak menyangka papanya sanggup melakukan semua perbuatan keji itu. Kerana Dendam papanya sanggup membunuh. Airil malu dengan Farra Hani dengan apa yang berlaku. Farra Hani mengambil keputusan untuk meninggalkan Mikail Amsyar kerana Farra Hani merasakan dirinya tak layak untuk lelaki sebaik Mikail Amsyar. Dengan kebenaran Mikail Amsyar , dia memberi ruang untuk isterinya mencari ketenangan. Mikail Amsyar yakin isterinya akan pulang kepangkuannya.

Airil rasa bersalah dengan apa yang berlaku. Airil berjanji akan menyatukan Farra Hani dan Mikail Amsyar. Mikail Amsyar sedar tiada perempuan lain yang layak menjadi isterinya selain Farra Hani. 


Sinopsis dari kulit novel 

26 tahun Farra Hani hidup dalam kebencian ibu kandungnya. Dia bukan sahaja dibenci oleh ibu kandungnya, malah dia juga dibenci oleh Mikail Amsyar. Lelaki yang berjaya mengetuk pintu hatinya. Sedar dirinya dibenci, Farra Hani cuba menahan diri daripada terbuai dengan layanan mesra Mikail Amsyar yang tidak tahu identiti sebenarnya.



“We have another date then.” – Mikail Amsyar

“Errr, it is not a date. It is a normal dinner.” – Farra Hani

“Tapi bagi I, it is a date. So, see you tomorrow, sayang.” – Mikail Amsyar

Semakin dia cuba larikan diri, semakin dekat lelaki itu dengannya. Puas berlari, Farra Hani memutuskan untuk menerima lelaki itu selagi identitinya tidak diketahui. Di Cameron Highlands, Mikail Amsyar melamar Farra Hani untuk menjadi suri dalam hatinya dan di Cameron Highlands juga identiti Farra Hani terbongkar.

“Eh, perempuan! Kau sedar tak selama ni aku benci kau? Boleh pula kau tayang wajah tak bersalah kau kepada aku. Kau boleh selamba aje dengar aku cerita pasal perasaan benci aku kepada perempuan yang dah hancurkan hidup adik aku masa kat Cameron. Dasar perempuan tak tahu malu. Tak ada maruah. Aku benci tengok kau. Aku benci tengok lakonan kau. Aku benci tengok kepura-puraan kau!” – Mikail Amsyar

Dalam kebencian, akhirnya Mikail Amsyar dan Farra Hani disatukan jua. Farra Hani tuduh Mikail Amsyar memerangkapnya. Mikail Amsyar pula menuduh Farra Hani. Mereka saling tuduh-menuduh. Kalau bukan mereka, siapa pula yang memerangkap mereka?

Setelah memastikan sesuatu, Farra Hani mula sedar siapa yang memerangkap mereka. Farra Hani reda dengan pernikahannya. Meskipun dia rasa bersalah kerana mengheret Mikail Amsyar dalam masalahnya, dia bersyukur kerana dia diperangkap dengan Mikail Amsyar. Bukan lelaki lain. Dia ikhlas menjadi isteri Mikail Amsyar.

Namun, ikhlaskah Mikail Amsyar untuk menerima Farra Hani sebagai isterinya? Bisakah dia memaafkan Farra Hani setelah apa yang gadis itu lakukan kepada keluarganya? Layakkah Farra Hani untuk memiliki cintanya?


Credit pada Karya seni dan Penulisan2u Khas untuk peminatnya.
Boleh baca disini : Novel Layakkah Aku ??


5 comments:

  1. nanti nak singgah popular cari novel ni :) tq for the review...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama ... dan terima kasih juga kerana singgah ....

      Delete
  2. sis , apakah kepentingan ragam bahasa dalam novel ini ? sbb kmi mgkaji novel ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ragam bahasa .. saya tak faham maksudnya..
      beloh bagi pencerahan pada saya ..

      Delete
  3. Ade tak bacaan online untuk novel ni ?😂

    ReplyDelete