Friday 27 February 2015

NOVEL MR.LONDON MS. LANGKAWI

Kau ada , hidupku huru-hara , Kau pergi , hatiku tidak rela

Sebuah lagi novel membarisi drama adaptasi dikaca TV. Kali ini novel terbitan ALAF 21. Sebuah novel santai menjadi pilihan saya. Novel yang dibeli dari seorang sahabat di laman sosial. Novel ini mempunyai 504 muka surat merungkai kisah Nurul Liyana yang penuh misteri dan kisah cinta bersama Adid Mukhlis . Tahniah pada penulis kerana novel ini tersenarai dalam drama adaptasi. Sebuah cerita santai pasti akan menambat peminat drama. Jom ikuti sedikit review dari saya. 

Nurul Liyana (Nana) seorang gadis yang kasar , kaki gaduh, gelap bagai dilitar pintas, ganas dan kuat bergurau tetapi kuat jiwa Malaysianya. Nana dijaga oleh Tok wan dan tok sebelah ayahnya. Ayahnya meninggal semasa nana masih dalam kandungan manakala ibunya meninggal meninggal semasa melahirkan Nana dilahirkan. Dia sangat disayangi oleh Tok wan dan toknya tetapi dia dibenci oleh Pak Su  (adik ayah Nana) sekeluarga. Dia dianggap sebagai pembawa 'sial' . kerana ibu-bapanya serta bakal suaminya telah meninggal dunia. 

Aidid Mukhlis telah dibesarkan di London dan tidak suka berada di Malaysia. Dia dipaksa oleh bapanya untuk pulang ke Malaysia. Bila mereka bertemu, mereka sentiasa bergaduh dan berlawan kata. Lalu bermulalah misi Nana untuk menyekolahkan Aidid tentang kelebihan Malaysia. Aidid sentiasa memerhatikan Nana. Dia mula menyedari akan kelebihan Nana. Tetapi mereka tetap suka berlawan kata. Mereka ada keserasian. Lalu Tok wan, Tok dan ibu-bapa Aidid merancang untuk menyatukan mereka. Mula-mula mereka diam tapi lama-lama mereka dapat menyesuaikan diri.

Tapi malang menimpa. Aidid kemalangan dan patah kaki. Pak su dan Mak su mula menghasut ibu Aidid. Ibu Aidid terpengaruh. Lalu ibu Aidid memaksa Nana untuk meninggalkan Aidid.  Nana dan Aidid mula rapat sejak Aidid ditimpa kemalangan tetapi Nana resah kerana dia perlu meninggalkan Aidid bila masa Aidid sembuh. Waktu itu tiba. Nana pergi membawa diri kerana janji. Orang yang paling gembira adalah Mak Su dan Adira kerana rancangan mereka berjaya memisahkan Nana dan Aidid. Adira pula berpeluang untuk berkahwin dengan Aidid berbuka luas bila Nana sudah meninggalkan Aidid.  Aidid mengamuk dengan ibunya dan merayu agar ibunya merestui rumahtangga mereka.

Ibu Aidid memohon maaf kerana hampir memusnahkan rumahtangga Aididi. Kerana dia terpengaruh dan percaya dengan fitnah yang di sebarkan oleh Birasnya. Aidid mencari Nana di Langkawi. Nana dijumpai di atas Gunung Mat Chincang. Sepulangan mereka, Usin memberitahu tentang Adira yang telah diserang oleh sekumpulan lelaki. Aidid dan Nana dapat menyelamatkan Adira dengan pertolongan Ijam dan Usin. Pak su dan Mak su bersyukur Adira sempat diselamatkan. Mereka sekeluarga menyesal akan tindak-tanduk mereka selama ini yang menfitnah Nana serta cuba memisahkan Aidid dan Nana lalu meminta maaf pada Nana. Akhirnya, Aidid dan Nana dapat hidup bahagia bersama.




Sinopsis dari kulit novel
Aidid Mukhlis - Berpelajaran tinggi dan mempunyai kerjaya yang bagus. Dari kecil sudah menetap di luar negara membuatkan jiwanya seakan hilang rasa cinta pada kampung halaman. Akhirnya kerana dipaksa, dia pulang juga tanpa rela.

Nurul Liyana - Dia hanya gadis biasa. SPM pun setakat cukup makan. Memang dia dalam kategori bukan pelajar cerdik tapi jiwanya besar. Cintanya pada tanah air cukup menebal. Bila bertemu, mereka sentiasa berlaga angin. Seorang serius bukan main. Yang seorang lagi, nakalnya… Nauzubillah.

"Macamlah bagus sangat Kota London dia tu," ejek Liyana penuh jengkel.
"Memang bagus pun," jawab Aidid dengan nada yang menyakitkan hati.
"Apa yang bagus sangat? Apa yang London ada, Malaysia tak ada? Cer cite… cer cite." Liyana melawan kata-kata Aidid.
"Yang bagusnya, kat London tu tak ada mulut mak nenek macam kau!"

Hmm... asyik bertekak sahaja Mr. London dan Ms. Langkawi ini. Kata orang, perbezaan akan mewujudkan keserasian. Tetapi adakah keserasian akan wujud dalam jiwa Aidid Mukhlis dan Nurul Liyana?


14 comments:

  1. Replies
    1. terima kasih singgah di blogs ini ... cerita ni akan kuar di siaran ASTRO tak lama lagi ...

      Delete
    2. Bila cerita ni nak keluar tv? Tak sabar

      Delete
    3. Hai Flower
      Tak silap akak di saluran Astro ... akak tak pasti bila .... kalau dah confirm nanti akak bari tahu di blogs ini. Terima kasih atas kunjungan...

      Delete
    4. wah suke betul bc sinopsis citer. tak berat dgn emosi mcm uda dan dara. dan yg best suka hero dan heroin ni. hrp sgt gandingan dorg meletops. xsabar nk tggu kt astro. nnt akk umum kan ea. tq

      Delete
  2. Replies
    1. belum lagi mungkin lepas akadku yang terakhir rasanya...

      Delete
    2. selepas akadku yg teraikhir pon takdak jugak kn.

      Delete
    3. saya pun memang tertunggu - tunggu cerita ini ... harap tak lama lagi

      Delete
    4. Dkat kepala bergetar dah Ada crta Ni...zul arifin ngan izara...best

      Delete
    5. haah ... dah kuar , tapi tak tau TV mana.. akak tengok tak Youtube je ... best ceritanya ... akak suka

      Delete
  3. Xde novel yg full.episod ke....cri kt kedai buku cm xde je

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini antara novel lama ... akak beli pun online dgn orang .
      Enjoy dgn dramanya

      Delete
  4. Huhu cite ni ditayangkan kat tv singapor Suria..tengok online je..xsbar nak tungu episod akhir..cite dia stiap hari khamis jam 9.30mlm😢

    ReplyDelete