Monday, 9 February 2015

NOVEL PENGARAH CINTA TERBAIK





Kita merancang , Dia  juga merancang  Tetapi Dialah sebaik - baik perancang .


Alsya Khairin seorang lagi punulis yang giat mengasah bakatnya. Novel Pengarah Cinta Terbaik sebuah novel dari terbitan Lovenovel. Kali ini bukan review novel adaptasi tetapi novel baru keluaran Januari 2015 . Saya beli dari penerbitan Lovenovel sendiri dan seorang dari rakan FB saya mengatakan jalan cerita Pengarah Cinta Terbaik ini sangat menarik. Novel yang santai dan mudah difahami jalan ceritanya membuatkan saya terus membacanya hingga ke muka surat terakhir. Novel yang setebal 664 muka surat ini merungkap pengorbanan seorang anak , menerima takdir dan perjalanan hidup Citra Nur Afilya. 

Rasfal Haqeemi seorang pelakon dan pengarah filem terkenal amat digilai dan diminati ramai . Tetapi dia tidak leppas ari gosip - gosip liar termasuk dia mempunyai hubungan dengan Fiona pelakon wanita terkenal dan gossip terhangatnya ialah dia lelaki gay. Demi untuk menghilangkan gossip itu , Rasfal dan pengurusnya Atif telah merancang untuk mencari seorang gadis yang mahu berkahwin dengan Rasfal secara kontrak selama 1 tahun. Citra Nur Afilya yang telah bertunang dengan Qammar seorang jurukamera di produksi pengambaran filem merupakan seorang gadis yg sgt baik , dari kecil hingga dewasa , kehidupannya sentiasa diselubungi masalah . Dia bekerja siang dan malam untuk mencari duit mengubati mata ibunya yang buta kerana menangis terlalu banyak setelah kematian ayah Citra. Qammar tunang Citra merupakan seorang lelaki yang suka berfoya - foya dan bertukar - tukar pasangan tanpa pergertahuan Citra . Fikiran Citra buntu kerana dia memerlukan kos 30k untuk membiayai pembedahan mata ibunya. Dia menceritakan masaalahnya kepada Qammar tetapi tunang durjananya itu memberitahu dia tiada wang. Rasfal dan Atif yg mengertahui masaalah Citra menemui Citra dan Qammar dan menawarkan pertolongan akan tetapi Citra harus berkahwin dengannya. Pada mulanya Citra marah dan tidak mahu kerana dia sayangkan Qammar , akan tetapi Qammar memujukkan dengan mengunakan nama ibu Citra yang sedang sakit itu.Pada masa yang sama Qammar meminta imbuhan dari Rasfal. Akhirnya Citra bersetuju dan perkahwinan ini menjadi mudah bila keluarga Rasfal yang kaya merestui perkahwinan mereka.

Pada hari perkahwinan mereka tarikh ibu Citra dibedah. Citra yangg berbelah bagi hatinya akur setelah ibunya menyatakan yg dia akan selamat, Ibu menyuruh Citra membawa suaminya selepas persandingan mereka. Akan tetapi semasa majlis sedang berlangsung , Citra menerima khabar dari Qammar yang menyatakan ibunya telah meninggal semasa pembedahan dilakukan . Ini menyebabkan Citra sangat tertekan dan sering menangis. Rasfal yang kasihan melihat nasib isterinya sering meluangkan masa dengan Citra. Pada masa yang sama Datin Rohana mama Rasfal juga sangat mengambil berat dan sayang akan menantunya itu . Lama kelamaan Citra berjaya melupakan kisah sedihnya itu dan dia pindah tinggal bersama Rasfal di apartmentnya.

Perjalanan rumahtangga mereka kadang bergelora dimana sikap Rasfal yang panas baran sering mengecilkan hati Citra. Citra pula sering menyakitkan hati Rasfal kerana sering bertemu dengan Qammar tambahan lagi Qammar sering meminta wang dengan Citra. Rasfal menasihati Citra , tetapi Citra marah kerana perasaan sayangnya terhadap Qammar terlalu dalam. Akan tetapi tembelang Qammar yang suka berfoya - foya itu terbongkar bila Rasfal membawa Citra ke Kelab malam melihat perangai sebenar Qammar . Citra terluka dan Rasfal yang mula jatuh cinta dengan Citra sentiasa memujuk hati Citra . Akhirnya mereka saling meluahkan isi hati dan bersatu dalam erti kata sebenar . Akan tetapi setelah mereka bahagia , ranjau menimpa dimana cukup setahun kontrak , Qammar datang mengacau Citra di rumah Rasfal ketika lelaki itu tiada dirumah. Ketika mereka saling bertengkar , muncul Datin Rohana di situ dan rahsia perkahwinan terbongkar dan menyebabkan Datin Rohana telah menghalau Citra tanpa mengertahui yang menantunya sedang mengandung. Rasfal yang kembali ke rumah mereka dan melihat Citra tiada dirumah merasa sedih tambahan lagi mamanya telah memberi surat yg ditinggalkan oleh Citra. 

Selepas kehilangan Citra Rasfal berhenti berlakon bertujuan untuk mencari isterinya. Qammar sasaran utama Rasfal , Dalam satu insiden Rasfal memukul Qammar hingga Rasfal ditangkap oleh pihak polis. Itulah dimanakan jodoh mereka bertemu kembali setelah setahun terpisah . Citra berharap Rasfal mampu menjadi pengarah cinta terbaik mereka. 

Sinopsis dari kulit novel 
Dia seorang pelakon terkenal. Dia seorang pengarah terbaik. Dia digilai ramai wanita, pendek kata dia memang seorang yang popular. Bukan sahaja kerana kekacakannya malahan kerana kehebatannya di layar perak.

RASFAL HAQEEMI- Seorang pelakon dan pengarah muda yang popular. Semakin dia popular, semakin banyak kontroversi yang menghimpit. Paling tidak disangka-sangka dia dikaitkan dengan hubungan sejenis. OMG!Puas Rasfal Haqeemi menafikan, puas dia cuba menjernihkan suasana tetapi gosip terus melanda. Fikirannya buntu. Dia harus mencari jalan untuk menyelamatkan maruah dan kariernya.

“Saya tak halang pun untuk awak berfikir. Saya tak nak perkahwinan ni jadi disebabkan terpaksa. Saya nak awak rela hati kahwin dengan saya meskipun hanya sementara.”
CITRA NUR AFILYA- Namanya tidak seindah hidup yang dilalui. Bermacam-macam dugaan harus ditempuhi demi ibu tersayang sehingga mengheretnya ke dalam dilema. Namun, atas dasar pengorbanan demi menyelamatkan ibu yang buta, Citra telah membuat satu keputusan yang paling besar dalam hidupnya. Namun, dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa tunang tersayang merelakan dia bersama dengan lelaki lain semata-mata demi duit. Tetapi atas dasar pengorbanan, Citra turutkan jua.

“Mungkin saya orang susah jadi senang-senang orang gunakan saya tapi saya tetap ada hati dan perasaan seperti orang lain. Saya tak minta bos terima saya sebagai isteri bos tapi cukuplah layan saya sebagai seorang kawan. Apa saya tak layak ke berkawan dengan orang popular seperti bos?”

Tetapi apa yang dirancang tidak seperti yang diharapkan. Lakonan demi lakonan yang diciptakan akhirnya memakan diri. Saat cinta menyapa, rahsia yang disimpan akhirnya terbongkar. Cinta yang sudah mekar akhirnya layu kembali. Citra pergi untuk menyelamatkan karier Rasfal. Tetapi bagi Rasfal, Citra adalah segala-galanya.

Mampukah cinta seorang gadis biasa dan seorang pelakon dan pengarah popular bersatu? Mampukah seorang pengarah terbaik mengarah kisah cintanya sendiri? Atau perpisahan yang akan terus menjadi pilihan mereka.


Sedikit pertikan-perikan menarik dari novel .

Tunjuk tangan tu. Tadi aku tengok tangan kau pun luka juga,” ujar Rasfal cuba melindungi debaran di dalam dada saat bertentangan mata dengan Citra. Dia menghela nafas panjang. Spontan Citra menunjukkan tapak tangannya yang terluka. Pandangannya ditundukkan kerana tidak berani untuk menatap wajah Rasfal saat ini.

“Teruk ni,” ucap Rasfal tiba-tiba.

“Apa yang teruk?” soal Citra pelik. Dia merenung wajah Rasfal yang kacak.

“Luka kau inilah,” balas Rasfal sambil menggeleng.

“Hah? Takkanlah teruk sangat? Nampak macam biasa aje.”

“Memang kau nampak macam biasa, tapi sebenarnya luka kau ni dah kena jangkitan kuman. Mungkin tangan kau ni kena potong,” bohong Rasfal sambil wajahnya diseriuskan.

Kena potong? Serta-merta wajah Citra berubah kelat. Air liur ditelan saat dia membayangkan tangannya dipotong sehingga pergelangan tangan. Tidak dapat dibayangkan rasanya itu. Oh tidak! jerit hati Citra.

“Tak nak!” jerit Citra sambil menyembunyikan tangannya di belakang badan. Dia menggeleng.

“Alah, bukan sakit pun kena potong. Macam kena gigit semut aje,” sakat Rasfal lagi dengan tawa yang tertahan-tahan. Dia mengulum senyum.

“Tak nak! Saya takut,” ujar Citra. Tanpa disedari, air matanya sudah mula merembes di pipinya.

Rasfal menghamburkan tawanya yang tidak tertahan. Tawanya makin galak apabila melihat Citra menangis. Sikap polos Citra inilah yang menghiburkan hatinya.

“Kenapa bos ketawa?” soal Citra dengan tangisan yang masih kedengaran.

“Kau percaya ke kata-kata aku?”


“Apa bos ni? Itu saya punyalah!” marah Citra sambil cuba merampas kad itu daripada tangan Rasfal.

“Amboi, bukan main sayang lagi kau dekat kad ni. Mentang-mentanglah Abang Raqeeb yang bagi sampaikan aku nak tengok pun tak boleh,” bebel Rasfal tidak berpuas hati. Dia mengangkat kad tersebut setinggi-tingginya bagi menyukarkan Citra untuk merampas balik.

“Mestilah sayang. Abang Raqeeb yang bagi. Saya nak simpan buat kenangan,” ujar Citra jujur.
Bulat mata Rasfal mendengar kata-kata Citra. Apa? Nak buat kenangan? Jangan mimpi!
“Apa bagus sangat Raqeeb tu dekat mata kau? Aku rasa, aku lagi bagus!” ucap Rasfal geram.
“Abang Raqeeb tu seorang yang tenang. Seorang yang rasional dan dia seorang yang penyayang. Tak pernah sekali pun dia meninggi suara dengan saya. Cara layanan dia memang boleh buat orang jatuh cinta tau,” balas Citra selamba. Sempat lagi dia ketawa kecil apabila mengenangkan Raqeeb yang kacak.
Berdesing telinga Rasfal mendengar. Dia merengus marah. Tidak suka apabila Citra terlampau memuji Raqeeb lebih daripadanya.
“Jadi kau dah jatuh cinta pada dialah?” tempelak Rasfal cuba menahan sabar.
“Kalau saya tak bertunang, mungkin saya akan jatuh cinta pada lelaki macam Abang Qeeb,” ujar Citra berterus-terang.
Berderau darah Rasfal mendengar. Pantas, dia mencampakkan kad tersebut kembali pada Citra. Rasa sakit hatinya hanya Allah yang tahu lalu dia berlalu ke bilik tanpa sedikit pun membalas kata-kata Citra. Kenapa harus wujud rasa sakit ini, Ya Tuhan?



No comments:

Post a Comment