Tuesday 12 May 2015

NOVEL PEMILIK HATI ENCIK DOKTOR

Aku mohon bersabar 
Segalanya akan berakhir dengan indah ...

Novel buah tangan dari tangkapan semasa pergi PBAKL baru baru ini. Memilih baca bovel ini dulu disebabkan ketebalan. Novel keluaran Mei 2015 dari terbitan Lovenovel ini menjadi pilihan untuk review kali ini. Novel yang mempunyai ketebalan 441 muka surat dikategeri novel santai. Sebelum ini saya pernah membaca novel karya Wan Rohayu yang bertajuk Novel Sesungguhnya ... Dia lelaki Pelindungku 
Kita lupakan dulu karya beliau yang lain dan fokus pada novel ini. Jom kita layari kisah cinta Edlin dan Irfan.

 Edlin seorang jururawat disebuah Hospital . Kisahnya bermula Adlin yang selalu melawat sahabatnya Adelia yang koma. Adelia adalah sahabatnya yang paling rapat. Setiap hari selepas waktu kerja Edlin dia akan melawat Adelia dan mengurus Adelia seperti menukar lampin pakai buang , memberi susu dan menyiapkan keperluan lain. Dalam Edlian menguruskan keperluan Adelia ada mata yang memandang tingkah lakunya. Doktor Irfan , yang sukar meninggalkan cinta lamanya. Adelia adalah cinta hatinya. Doktor Irfan tahu Adelia sudah berkahwin tetapi masih gagal melupakan dan melepaskan Adelia. Sepanjang Adelia koma Doktor Irfan tidak putus mengharapkan Adelia akan bangun dan sembuh. 

Selepas pertemuan di Wad ICU mereka terus dipertemukan lagi dengan dengan beberapa insiden. Sejak itu mereka selesa berkawan. pergi minum teh tarik dikedai mamak. Hingga hadir satu perasaan , Edlin cuba meluahkan tetapi Doktor Irfan keliru.Dia memutuskan Edlin sebagai kawan. Doktor Syania anak rakan ibu Irfan selalu mencari punca untuk memisahkan Edlin dan Irfan. Edlin terima kenayataan itu. Kehadiran Iqzal budak farmasi menggugat perasaan Doktor Irfan. Doktor Irfan tak boleh kehilangan Edlin. Keluarga Irfan suka dengan Edlin. Tambahan pula keserasian Ibu Irfan dengan Edlin bertambah bila Ibu Irfan adalah pesara jururawat. 

Doktor Irfan membuat keputusan untuk bertunang dengan Edlin. Selepas bertunang Doktor Irfan keliru. Doktor Irfan mengambil keputusan untuk menjelajah Eropah mencari ketenangan. Edlin terkejut dengan keputusan Irfan . Lebih-lebih lagi bila Irfan menyuruh Edlin jangan menunggunya lagi. Dalam masa yang sama Edlin mendapat pangilan dari kampung mengatakan ayahnya sakit akibat jatuh dari pokok. Hati Edlin lebih sakit bila tiada berita yang diterima dari Irfan. Edlin cuba menerima kenyataan Doktor Irfan bukan miliknya lagi. 

Iqzal yang sentisa ada bila Edlin dalam kesusahan . Iqzal dan Edlin mula rapat tetapi kepulangan Irfan mengubah segalanya. Perasaan cemburu datang mengundang bila Edlin tidak memperdulikan Irfan lagi. Doktor Syania menggunakan sepenuhnya untuk memikat Irfan tetapi gagal.

Tindakan Irfan tiba-tiba mempercepatkan perkahwinan membelenggu Edlin. Sebenarnya Edlin ingin memutuskan tapi pertunangan itu tetapi keluarga Edlin telah menggunakan wang hantaran untuk pembedahan ayah Edlin . Walau pun Adlin bersetuju untuk membayar balik duit hantaran itu. Irfan memberi tempoh seminggu untuk mengganti duit hantaran tersebut. Saat Edlin ingin memulangkan duit itu apa perkara yang Irfan buat hingga edlin terpaksa bersetuju untuk berkahwin dengan Irfan. Walaupun Irfan tahu dia telah banyak melukakan hati Edlin . Irfan bersyukur kerana Edlin kini menjadi miliknya dan kerana Edlin juga eskapisme untuk melupakan Adelia .



Sinopsis dari kulit novel
Siapalah yang tak nak jadi kekasih encik doktor? Dengan karisma dan paras rupa Dr Irfan, sudah pasti ramai perempuan yang tergila-gila, mengimpikan untuk menjadi teman hidup si doktor. Malangnya, Dr Irfan sukar meninggalkan cinta lamanya, lantas menjadikan Edlin sebagai eskapisme.

Edlin, gadis sempoi dan selamba, sering kali mencuit hati lelaki si doktor. Aura gadis itu menghangatkan dan Dr Irfan sangat selesa apabila bersamanya. Mereka berkawan tetapi Dr Irfan lupa, tiada istilah berkawan baik antara lelaki dan perempuan.

Edlin seperti gadis-gadis lain juga, ada hati dan perasaan untuk dicintai dan mencintai. Angan untuk menjadi pemilik hati encik doktor itu umpama mimpi ke bintang. Edlin tahu sangat hati doktor itu untuk siapa. Puas dilarang hatinya tetap degil juga menyimpan rasa.

“Please stop calling me... doctor! Call abang pun sweet, kan sayang?” – Dr Irfan

“Doktor Irfan, jangan panggil saya dengan panggilan yang awak tak maksudkan apa-apa. Tak bagus untuk hati orang! Sebab hati saya hati orang, manusia... bukan hati unta!” – Edlin

Terima kasih kepada Iqzal Iqbal, seorang yang misteri, kurang ramah orangnya dan perasan macam bagus-bagus. Pertama kali berjumpa, menyakitkan hati. Setelah mengenali, lelaki itu punyai kebaikannya yang tersendiri. Iqzal Iqbal mula mewarnai kehidupan Edlin. Bukan hanya ada Dr Irfan sahaja.

“Cik kak, telefon jatuh ni.” – Iqzal Iqbal

“Hah!” - Edlin

“Wangi bau cik kak. Rasa nak kunyah macam chewing gum!” – Iqzal Iqbal

Segalanya menjadi keliru! Dr Irfan mula pandai cemburu. Hati Edlin yang jadi libang-libu, terpaksa bersabar dengan perangai pasang surut Dr Irfan. Lelah mengharap kasih yang tak kunjung tiba, Edlin nekad mengakhiri segalanya. Cinta seharusnya bukan menyakiti hati. Cinta adalah penyatuan hati. Kalau tiada cinta di hati, apa gunanya lagi menyimpan hati.

No comments:

Post a Comment