Monday 15 June 2015

DRAMA ADAPTASI BULAN JUN

Kita memang dah biasa dengar drama adaptasi dari novel. Bulan Jun ini banyak drama dari adaptasi novel . Dari saluran TV berbayar hinggalah saluran TV percuma berlumba-lumba menyiarkan drama yang akan menjadi bualan hangat peminat drama macam saya dan peminat tegar novel. Biasana mereka suka membanding-bandingkan diantara novel dan drama. Kekadang mereka mengharapkan lebih dari drama. Sebenarnya adaptasi drma ni hanya diambil 75 - 80 peratus dari cerita asal. 

1. Drama Dia ... isteri luar biasa menjadi ikutan di slot Akasia TV3. 
Inginkan maklumat lanjut klik Disini Sinopsis Drama Dia ... Isteri luar biasa.




2. Drama Eksperimen Cinta akan disiarkan menerusi saluran TV3 setiap sabtu dan ahad bermula Jam 7.00 petang . Bermula 13 Jun 2015. 
Inginkan maklumat lanjut klik Disini Sinopsis Drama Eksperimen Cinta





3. Drama M.A.I.D akan ditayangkan saluran ASTRO menggantikan drama sebelum ini Isteri separuh masa . Yang menariknya drama ini kerana M.A.I.D dan Isteri separuh masa adalah penulis yang sama.
Inginkan maklumat lanjut klik Disini Sinopsis Drama M.A.I.D




4. Drama Cik Bunga dan Encik Sombong ditayangkan di saluran Astro dalam slot baru. Drama ini bermula 15 Jun 2015 ( 9.00 malam ) . 
Inginkan maklumat lanjut klik Disini sinopsis Drama Cik Bunga dan Encik Sombong




5. Drama Fajar Di Bukhara akan ditayangkan disaluran TVi pada 15 un 2015 ini. Ada sedikit kelainan drama ini. Drama ini ditayangkan khas sempena bulan Ramadhan ini. Boleh menyaksikan drama ini dari Jam 9.00 - 10.00 malam. ( bersiaran selama 1 jam ) setiap hari isnin hingga jumaat.
 Ingin maklumat lanjut klik  Disini Sinopsis Drama Fajar Di Bukhara




5. Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta akan ditayangkan semula setiap hari Isnin hingga Khamis 5.30 petang. pada yang tertinggal dari menonton drama ini boleh menontonnya kembali. Pada saya ini adalah drama yang terbaik adaptasi novel. 

 Ingin maklumat lanjut klik  Disini Sinopsis Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta



Hari ini akan ada 5 buah drama .... buat pilihan mana satu nak tengok . Dari saluran berbayar hinggalah saluran percuma. Macam teruja pulak tak tahu mana satu nak tengok. Semuanya Best. Jom sama-sama kita saksikan . 



1 comment:

  1. Bissmilahirrahmanirrahim.....

    Assalamualaikum...wbt
    Saya peminat tegar membaca novel. Di sini saya ingin mengemukakan cadangan novel yang akan ditayangkan di kaca televisyen bertajuk 'Operasi Bulan Madu'.

    Saya berharap sangat novel ini akan menjadi penganugerahan daripada semua pihak agar dilaksanakan atau menjadi satu cerita akan ditontonkan oleh masyarakat.

    Tahniah diucapkan kepada penulis novel ini memang sangat baik dan menarik untuk semua golongan masyarakat tak kira status atau darjat.

    Terima kasih diucapkan kepada yang terlibat dalam novel ini.Jika ada peluang untuk memasuki novel ini ke persada dunia dan saya kagum ramai penulis-penulis yang memang berbakat dalam sastera atau penulisan yang sangat baik dan dijadikan sebgai contoh untuk generasi akan datang.

    ReplyDelete