Monday, 31 August 2015

NOVEL UDA & DARA

Saat aku membenci dirimu , Kau datang untuk memujuk.



Novel Uda & Dara akan diadaptasi drama disaluran Astro tak lama lagi. Saya baru je beli novel ni . Penulis Aisya Sofea bukan baru di dunia penulisan. Malah beliau telah menulis banyak novel diterbitan Alaf 21. Novel yang mempunyai 547 muka surat. Masa saya beli novel ini telah dicetak 9 kali. ini bermakna cerita ini menarik dan diterima ramai. Apapun ikuti review dari saya . 



Siti Mariam atau lebih dikenali sebagai Mar menumpang kasih pada keluarga sepupunya selepas Ibunya meninggal dunia. Sepupu-sepupunya dianggap seperti adik beradik. Kini Mar berjaya dalam kerjayanya sebagai Jurutera. Suatu hari Mar pulang kekampung berkumpul adik beradik . Mar terkejut bila melihat wajah yang 17 tahun tidak ditatap dirumah mak. Wajah seorang lelaki yang pernah dipuja satu ketika dulu. Izzat Hilman nama yang sentiasa dibibirnya. Namun rajuk dan kecil hati kerana Izzat Hilman meletakkan harga cintanya dihujung kaki. Izzat Hilman atau dengan pangilan Man adalah kawan baik pada Abang sepupunya. Mar tidak menyangka akan bertemu semula dengan Izzat Hilman selepas 17 tahun. 



Siapa yang tidak marah kalau, pada pertemuan itu Izzat Hilman meluahkan rasa hati dan melamarnya untuk dijadikan isteri . Izzat Hilman yakin Siti Mariam tidak pernah melupakan dan masih manyayanginya. Pada Siti Mariam pula dia tidak pernah lupa bahawa lelaki itu sudah ditentukan jodoh oleh ibunya.



Kerana desakan Izzat Hilman mereka menjalin hubungan tetapi Siti Mariam sudah meletakkan syarat bahawa perhubungan itu hanya sementara.  Tetapi Izzat Hilman berjanji akan membahagiakan Siti Mariam dan akan memastikan Siti Mariam akan melupakan syarat yang diciptanya sendiri.

Dalam tempuh berkawan Siti Mariam ditimpa masalah besar ,abah yang menghilangkan diri sekian lama muncul bersama  beban yang menyesakkan seluruh keluarga. Abah membawa beban hutang yang hampir 100 ribu kerana berhutang dengan Along. Kehidupan Siti Mariam lebih menjadi huru hara bila Ketua gangster menghubungi Siti Mariam dan turut mengugutnya. Izzat Hilman juga turut mendapat tempiasnya . Izzat Hilman menawarkan bantuan tetapi dengan cagaran yang lain pula diminta. Izzat Hilman menjual tanah pusaka lalu membayar semua hutang Abah Siti Mariam.

BIla semua sudah selesai ,Mereka dikahwinkan seperti yang diharapkan. Diawal perkahwinan mereka tidaklah seindah mana bila Kak Yah ( kakak Izzat Hilman ) kerap datang kerumah Izzat Hilman. Tambah sakit hari bila Kak Yah membawa Khalida ( calon menantu yang diharapkan ) datang kerumah . Kak Yah sengaja membanding-bandingkan Siti Mariam dan Khalida .  Ini memaksa Siti Mariam dan Izzat Hilaman sering bertengkar dan salah faham.   


Suatu hari Izzat Hilman bertengkar dengan kakaknya tentang tanah pusaka yang dijual oleh Hilman. Kak Yah menyalahkan Siti Mariam kerana kehadirannya memnyusahkan dan membawa bala dalam keluarganya. Ini membuatkan Siti mariam berkecil hati. Siti Mariam sanggup berundur diri. Siti Mariam juga kecewa dengan Izzat Hilman kerana tidak berteus terang dengan Kak Yah tentang tanah pusaka. Izzat Hilman pernah berjanji dia akan memberitahu kenapa Izzat menjual tanah pusaka tersebut. Siti mariam cuba untuk berbaik dengan kak Yah walaupun dia seriang mendapat layanan yang buruk dari kakak iparnya.

Malang tidak berbau , Siti Mariam keguguran selepas terjatuh ditangga. Siti Mariam terkejut bila disahkan keguguran sedangkan dia sendiri tidak tahu yang dia mengandung. Dalam masa yang sama anak sulung Kak Yah dimasukkan ke Hospital yang sama disebabkan Denggi. Izzat Hilman kecewa dan menyalahkan Siti mariam atas keguguran itu . Kak Yah mengapi - apikan Izzat Hilman mengatakan Siti Mariam tidak mahu melahirkan zuriat untuk Izzat Hilman.

 Keadaan anak sulung Kak yah kritikal . Dia memerlukan darah jenis A yang kurang di hospital. Dalam keadaan sakit dan tanpa pengetahuan sesiapa Siti Mariam mendermakan darah demi menyelamatkan anak Kak yah yang sedang kritikal .

Kak Yah yang terus taksub dengan wasiat yang ditinggalkan oleh emaknya. Dia sedaya mungkin untuk menyatukan Izzat Hilman dan Khalidah sehingga dia bagaikan sudah tidak peduli pada rasa bahagia adik sendiri. Tanpa sedar Kak Yah , Siti Mariam telah bertarung nyawa demi menyelamatkan anaknya. Kak Yah lega bila doktor memberi tahu anaknya telah melepasi keadaan kritikal dan mendapat darah dari seorang penderma. Barulah dia sedar bahawa selama ini orang yang dibenci telah menyelamatkan nyawa anaknya. Kak Yah bersyukur dan memohon maaf dengan Siti Mariam.

Izzat Hilman sedar dia tidak harus mengabaikan dan membiarkan Isterinya. Izzat Hilamn berjanji tidak akan membiarkan Siti Mariam menanggung kecewa dengan apa yang berlaku. Siti Mariam bersyukur kerana Tuhan telah memberi kebahagiaannya tidak ternilai. 
Hero & Heroin dalam drama ini.



Sinopsis dari kulit Novel 

Sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.



Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka. Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad. Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat. 


“Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi, dan abang takkan sia-siakan Mar" - Izzat Hilman


Episod 1
Siti mariam seorang yang kuat berkerja hingga dia tidak ada masa untuk mencari teman. Emran rakan sekerja menyimpan hati tetapi tidak dipedulikan. Walaupun diusik oleh rakan-rakan pejabat. Izzat Hilman seorang yang berjaya dan boleh dibanggakan apa yang dimilikinya sekarang. Tetapi diusia sekarang Izzat Hilman masih belum berkahwin. Kerana itu Izzat Hilman sudah terbiasa dengan rutin hidup dengan berkerja. Pertemuan tanpa sengaja dengan Omar sahabat lama mengimbau kenangan lama. Omar dihubungi oleh adiknya di kampung mengatakan ibunya sakit. Ayah mengarahkan anak-anak berkumpul . 
Jom tonton link ini : Drama Uda & Dara Episod 1

Episod 2
Siti Mariam balik ke kampung seperti yang diarahkan tetapi Siti Mariam pelik bila sampai dikampung dia terpandang sebuah kereta. Siti mariam terkejut bila satu wajah yang amat dikenali ada didalam rumah. Siti Mariam tidak peruas hati bila mengapa Izzat Hilman ada dirumah. Kakak long menjadi mangsa soal jawab Mariam mengapa membenarkan Izzat Hilman datang kerumah. Bila terpandang Izzat Hilman , Siti Mariam teringat penghinaan yang diluahkan dihadapan rakan-rakan Izzat Hilman. Pandangan Siti Mariam semakin membenci Izzat Hilman tetapi tidak pada Izzat Hilman. Izzat Hilman cuba mendekati Siti Mariam wanita pertama yang dicintai. Mak dan kak long sengaja menyuruh Siti Mariam ke pasar bersama Izzat Hilman. Dalam terpaksa Siti Mariam terpaksa akur. Izzat Hilman mengambil peluang untuk mendekati lebih rapat dengan Siti Mariam.
Jom tonton link ini :Drama Uda & Dara Episod 2

Episod 3
Izzat Hilman ingin tahu mengapa Siti mariam terus dingin bila berjumpa dengannya. Atas desakan Izzat Hilman , Siti Mariam menceritakan kembali mengapa dia bersikap begitu. Mar mengajak ke satu tempat agar Man ingat kembali tempat terakhir yang mengguris hati Mar. Man memberanikan diri untuk melamar Mar . Mar tak suka kerana pada Mar baru 2 hari berjumpa sudah mengajaknya berkahwin. Kenangan lalu banyak mengajar Mar untuk menjadi lebih keras hati. Dia cuba menolak tetapi hatinya seakan kalah bila berjumpa dengan Man. Lelaki yang pernah mencuri hatinya 12 tahun yang lalu. 
Jom tonton link ini :Drama Uda & Dara episod 3

Episod 4
Man tahu Mar marah padanya. Man juga tidak mahu memaksa Mar untuk menerimanya. Kehadiran Cik Moon menjual kain dan barang kemas. Man membelikan gelang kaki dan kain untuk  Mar . Walaupun Mar menolaknya tetapi Man tetap membelikan untuk Mar. Sebenarnya Mar suka tetapi  Mar cuba menidakkan didepan keluarga lain. Mar cuba mengenali Man lebih dekat. Mar cuba mengawal diri agar tidak berlebih-lebih dengan Man. Mar takut bila suatu hari nanti Man akan berubah . Mar masih bertanya mengapa Man tidak berkahwin dengan perempuan pilihan arwah ibunya.
Jom tonton link ini ; Drama Uda & Dara episod 4

Episod 5
Jom tonton link ini : Drama Uda & Dara episod 5


Episod 6
Jom tonton link ini : Drama Uda & Dara episod 6


Episod 7
Jom tonton link ini : Drama Uda & Dara Episod 7


Episod 8
Jom tonton link ini : Drama Uda & Dara Episod 8


Episod 9
Jom tonton link ini : Drama Uda & Dara Episod 9


Episod 10
Jom tonton link ini : Drama Uda & Dara Episod 10


Episod 11
Jom tonton link ini : Drama Uda & Dara Episod 11


Episod 12
Jom tonton link ini : Drama Uda & Dara Episod 12






6 comments:

  1. Baru je tgk td kt astro. Terus cari blog sis. Nanti update lg yer... Tq dear.. Muahhss..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihihi ... rasa mcm best cerita ni...
      gandingan Zul Arifin + siti saleha ... teruskan menonton dan terima kasih singgah di blogs ini.

      Delete
    2. Salam sis,bile nk review novel BIMBO? xsabar rse nk tggu review dri sis.tq

      Delete
    3. Sorry Sis .... bukan tak nak buat review novel Bimbo ... rasanya tak sempat kot .... blogs ni pun mcm dah nak bersawang ..... lama tak update .. Kalau berkesempatan akak cuba untuk update ...

      Delete
  2. sis... kembali lg ke sini cari sinopsis. sgt melayan drama ni. blik keja trus on citer ni. best sgt.

    ReplyDelete