Wednesday 30 September 2015

NOVEL HELLO MR. PERFECT


"Kalau Alya cintakan abang, tak semestinya abang cintakan Alya..”
“Abang cintakan Alya!”
“ Huh, abang jangan nak main-main la!”
“Abang tak main-main.. abang serius ni!"

Novel keluaran bulan julai 2012 ,terbitan Kakinovel antara jualan novel terlaris. Novel setebal 674 muka surat cukup menghiburkan. Penulis muda Nur Shazwani Binti mohd Zakaria dikenali sebagai waniey Zakaria . Novel kedua setelah novel pertama beliau Benci bilang cinta tapi ini novel percubaan pertama saya membeli karya beliau. Jom ikuti review ringkas dari saya .

Mengisahkan Muhammad Izzul Islam lelaki yang terlalu mementingkan kesempurnaan dan Alya Adriana tersedak duit kerana bapanya berhutang dengan along keluarga menjadi mangsa. Pertemuan mereka dirancang dan diatur oleh Muhammad Arif Fikri bagi mencari calon Isteri bagi Abangnya Izzul. Ini kerana selagi Izzul tidak berkahwin Arif tak boleh kahwin dengan pasangannya. Keluarga Arif dan Izzul mementingkan konsep yang tua mesti kahwin dulu. Keluarga Ainul memberi tempuh enam bulan untuk Arif membuat keputusan jika tidak Ainul akan dikahwinkan oleh anak kawannya. 

Alya adalah kawan baik Ainul. Dalam kekeruhan Alya , Ainul mencadangkan Alya menjadi calon isteri kepada Izzul  dan akan mendapat ganjaran 500 ribu sebagai ganjaran. Ainul juga kata Alya adalah calon terbaik kerana wajah Alya seiras dengan wajah bekas kekasih Izzul. sepanjang perkahwinan Izzul dan Alya terlalu banyak cabaran. Kehadiran Ain bekas kekasih Izzul, merayu mengharap kasih. Izzul menjadi keliru. cemburu , curiga , pembohongan , marah , benci , dendam , cinta , sayang dan macam-macam perasaan diantara mereka.


sinopsis dari kulit novel
Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah saling mencintai dan merancang untuk berkahwin. Namun disebabkan kerana peraturan yang telah ditetapkan oleh keturunan keluarganya yang mementingkan aspek LANGKAH BENDUL walaupun mereka adalah lelaki memaksa Arif mencari jalan penyelesaian. Selagi anak sulung tidak berkahwin, maka dia tak boleh berkahwin. Lebih memberatkan lagi apabila pihak keluarga Ainul hanya memberi masa selama enam bulan untuknya membuat keputusan.Alongnya, Muhammad Izzul Islam terlampau mengejar kesempurnaan kepada pasangannya. Wajahnya kacak, tinggi dan menjadi tarikan ramai. Namun dia terlampau cerewet dan memerlukan pasangan yang juga sempurna sepertinya. Terlalu ramai gadis yang berdamping dengannya namun tiada seorang pun yang dapat bertahan dengan sikapnya walau sehari dua.
TIADA PILIHAN, Arif cuba mendapatkan calon isteri untuk Izzul. Imbuhan juga diberikan sebanyak RM500,000 sebagai cagaran sekiranya gadis itu berkahwin dengan alongnya. Alya Adriana yang ketika itu terdesak kerana hutang keluarga dengan ALONG memaksa Alya untuk menawarkan diri.Mampukah Alya memanipulasikan pemikiran Izzul yang terlampau mengejar kesempurnaan itu? Dapatkah dia bertahan dengan sikap Izzul sekiranya dialah calon yang terakhir?

Petikan-petikan menarik dalam novel
Alya menanti dengan sabar di bilik menunggu. Tangannya agak sejuk. Dia cuba untuk menenteramkan perasaannya. Walaupun begitu, dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan sekiranya mereka bertemu secara empat mata. Dia gelisah. Ainul datang bersama dua orang lelaki yang segak dengan kot hitam ke bilik menunggu. Alya hanya memerhati kearah dinding kaca. Spontan dia bangun dari duduk. Pintu bilik dibuka.
“Inilah kawan Ainul..” kata Ainul lantas memperkenalkan dia kepada dua orang lelaki tersebut. Salah seorang hanya tersenyum memandangnya. Dan yang seorang lagi hanya memandangnya dengan tajam. Daripada raut wajah mereka, yang memandangnya dengan tajam itu lebih kacak daripada yang seorang lagi. Pastinya yang kacak dan hensem ini adalah lelaki yang dimaksudkan oleh Ainul sebelum ini. Tapi… dia macam pernah lihat lelaki ini uatu ketika dulu. Hmmmm…
“Salam perkenalan , Cik Alya..” tegur lelaki yang tersenyum itu.

Ini mesti Arif, bisik hatinya.
“Salam perkenalan..” jawab Alya seraya tersenyum.
“Alya.. ini lah bakal husband aku , Arif. Dan ini abang dia Izzul..” Ainul memperkenalkan mereka kepadanya. Alya hanya tersenyum sahaja. Namun apabila matanya tertancap pada lelaki yang memandangnya dengan tajam itu, jantungnya berdegup kencang. Ada perasaan aneh lahir dari lubuk hatinya.
Yes! Dia sudah ingat! Rasanya lelaki ini senior dia sewaktu di UTM dahulu. Oh, namanya Izul. Dahulu ada juga kawan-kawan dia sebut lelaki di hadapannya ini. Tapi , dia lupa! Tak pernah sekali pun dia ada niat da nada hati untuk mengetahui nama sebenar lelaki itu selama ini. Dan lelaki itu tak pernah tahu nama dia juga. Di kolej dulu, kawan- kawan dia panggil Izzul tu’Abang Maco’. Maco la sangat, kan?
Izzul, lelaki yang berlagak bagus dan digilai ramai di kolej mereka. Pernah juga mereka bergaduh setiap kali berjumpa. Siapa boleh tahan bila ayat berbisa keluar daripada mulut mamat maco depan dia ni! Tetapi sebisa-bisa ayat yang dilemparkan oleh lelaki itu, hatinya sudah terdetik rasa suka pada lelaki di hadapannya itu. Cuma perasaan itu disimpan sahaja. Tapi tu dulu la, sekarang perasaan tu dah takde lagi! Lagipun satu semester ajer mereka bertemu kerana lelaki itu sudah menamatkan pelajarannya di situ. Tak sangka bertemu disini. Tetapi , bukan Izzul dah ada awek ke? Cun pulak tu. Orang cakap awek dia tu ada iras dia. Apa-apa ajelah! Hmmm.. sudah tak ingatkah Izzul  pada dia lagi? Memamg ia tak kenal kau Alya oii..! Dulukan kau tu tomboy tahap high class. Pakai seluar beggie, baju jenama Nike … saiz XL lagi dan cap terbalik jenama ‘cap ayam’ kau tu memang tak pernah sekali pun lekang dari kepala kau walau kemana aja kau pergi! Dah tu, time kau bercakap.. mahu level orang dengar suara kau tu. Yang pekak pun boleh terus sihat! Kalau kau mengurat mamat depan kau ni time tu, confirm dia reject kau terus agaknya! Kutuk dirinya.
Tapi itu dulu laaa … sekarang Alya dah insaf. Alya dulu dah jadi perempuan melayu terakhir, dah! Tak main laaa seluar beggie, baju saiz XL. Cap tu pun dia tak tahu kat mana dia letak. Dah masuk tong sampah agaknya? Sekarang ni baju blaus, baju kurung. Dah takde ayat-ayat kasar. Alya sekarang dah jadi perempuan asli… seratus peratus asli! Ha ha ha! Seloroh dia lagi dalam hati.
“Jadi awak ni la alya? Yang Ainul sebut-sebutkan tadi?” Tanya Izzul dengan pandangan yang masih lagi tajam. Walaupun wajahnya agak serius namun masih trserlah kekacakannya disebalik kaca mata. Rambutnya yang lebat dan panjang disisir ke tepi dan kelihatan kemas. Izzul sekarang lebih handsome dan smart daripada Izzul yang dulu.
“Abang Izzul, Alya ni banyak keistimewaan dia tau. Dia rajin, anak yang baik, berdikarier, pandai masak, cantik pulak tu…” puji Ainu panjang lebar. Sengaja memancing perhatian Izzul kepada Alya. Ah! Sudah minah ni.. bertan-tan la pulak pujian dia, bisik hati Alya. Dia bukan seperti yang Ainul cakapkan itu. Dia tidaklah begitu sempurna. Tiada manusia yang dilahirkan sempurna.
“Wah! Ya ke ? Untung la along macam tukan?” pancing Arif pula. Matanya sengaja dijelingkan kepada Izzul yang masih lagi diam membisu.
Alya cuba mengalihkan pandangan daripada terus menadang Izzul. Hatinya menjadi resah dan serba tak kena. Pandangan lelaki itu membuatkan dia merasakan jantungnya bagai nak gugur. Ah! Rasanya ini kali pertama dirinya dipandang sebegitu. Lebih-lebih lagu dengan mamat yang hensem macam Izzul. Lagikun dia macam cacing kepanasan. Rasa seronok apabila menjadi seorang calon untuk Izzul tetapi nak ke lelaki itu pada dia? Kalau dahulu, pandangan Izzul padanya penuh dengan kebencian. Masakan tidak, depan awek dia boleh la tunjuk maco. Nak jaga standard yang kononnya tu perfect sangat! Pigirahhhh!
“Along, kenapa pandang-pandang aje? Tegur-tegur la… ajak Alya keluar makan ke apa ke ..” sekali lagi Arif cuba memancing pperhatian Izzul dan Alya. Alya hanya diam membisu. Sekadar tersenyum walaupun senyuman paksa dan takut-takut. Ainul dan Arif sudah merasakan yang impian mereka bakal menjadi kenyataan apabila melihat pandangan Izzul dan Alya. Jangan sekali dia memandang calon-calon sebelum ini sebegini.
“Alya, jom kita pergi ke Jusco Tebrau city nak tak? Boleh tengok wayang bersama. Aku dengan Arif, kau dengan Abang Izzul. Sesuai sangat la!” sampuk Ainul apabila bosan menunggu reaki mereka berdua. Dari tadi senyap tanpa bekata apa – apa. Sukakah ? atau tak sukakah? Adoi…
“Aku.. aku .. “ Alya tidak mampu berkata-kata. Sebelum sempat dia menghabiskan ayat, tangannya ditarik keluar dari bilik.
Arif hanya mengikori mereka.
Pandangan Alya masih ke arah Izzul yang masih tegak berdiri memandangnya.

“Sayang!” panggil Izzul.
Alya menoleh. Izzzul mendekati mereka berdua. Ain cuba memaniskan mukanya sebaik sahaja Izzul sudah berdiri tegak dihadapannya. Lelaki itu seraya memeluk pinggang Alya membuat muka Ain berubah.
“Korang dah saling mengenali ke?” Tanya Izzul. Alya mengangguk. Dicubanya untuk senyum namun ketara pahitnya senyuman itu.
“Tahniah , Izzul! Dan .. selamat pengantin baru,” ucap Ain.
IIzzul hanya tersenyum tetap ketara sinis. Alya diam. Waktu dengan aku tadi langsung tidak diucapnya selamat pengantin baru, sibuk duk soal aku perkara-perkara peribadi. Apa cerita?!
“Thanks ! Okeylah, I nak bawak wife I ni jumpa kawan-kawan I. Thanks because willing to attend my wedding ceremony,” ujar Izzul tegas lalu menarik tangan Alya bergerak menjauhi Ain.
“Lain kali Alya jangan layan sangat Si Ain tu. Please be aware with her!” tegus Izzul perlahan ditelinganya.
Alya hanya menggangguk lemah.
Muka Ain mencebik. Rasa geram dan marah apabila diperlakukan sebegitu. Dia mendengus kasar lalu segera meninggalkan dewan tersebut. Alya hanya melayan sahaja borak dengan kawan – kawan Izzul namun sedetik dia menoleh mencari kelibat Ain. Wanita itu sudah tiada. Dia leka memerhatikan kelibat Ain disana sini. Mana dia? Sudah pulang ke ? Alya terkejut sedikit apabila Izzul memeluk bhunya. Dia memandang lelaki itu lalu mata mereka bertentangan.
“Alya cari siapa?” Tanya Izzul lalu memberikan senyuman manis untuk Alya. Terserlah kekacakannya di sebalik baju pengantin dn tengkoloknya. Alya hanya menggelengkan kepalanya. Dia tak mahu Izzul tahu keresahan hatinya itu.
“Your wife betul-betul iras Ain. Cuma bezanya dia pakai tudung. You in masih teringatkan Ain ke?” soal salah seorang sewaktu mereka sibuk melayan borak. Izzul dan Alya diam. Hanya senyuman yang ditanyakan bagi menutup keresahan dihati.
“Yalah! By the way, I ada Nampak Ain tadi, if I am not mistaken la Nampak macam kelibat dia pakai kebaya pendek. Baru nak ajak berborak, dia dah hilang…” sambung rakan yang lain pula.
“Memang dia pun! Seriously, muka dia ada iras muka wife you ni! Kembar ke ?” tambah lagi kawan yang ketiga pula. Izzul masih lagi tersenyum. Sepatah perkataan pun tidak dikeluarkan daripada mulutnya. Alya pula dah membahang mukanya. Dari tadi kawan-kawan sekolej Izzul duk sibuk bercakap perihal Ain.
Tiba-tiba tangan Izzul menggenggam erat tangan Alya. Alya terpanar. Sekilas dia memandang lelaki yang baru dinikahinya itu. Namun Izzul masih berlagak tenang. Alya Nampak dia cuba untuk berterus terang.
“Ya!! Dia ada datang tadi. Iyang jemput dia,” jawab Izzul selamba. Kawan-kawan sekolejnya terkejut.
“Wow! I was shocked! You are too brave! Sudi ajak your ex datang you punya wedding,” puji salah seorang kawan Izzul. Izzul cuba tersenyum. Tak tahu sama ada senyumbangga atau senyum terpaksa. “ By the way… conrats, bro! hope both of you happy ever after!” doa kawan-kawan Izzul.
........................................................................... 
Alya bergerak mencari Izzul. Kain baju pengantin diangkat sedikit agar tidak meleret menyapu bumi. Matanya meliar mencari kelibat Izzul.
“Ish! Mana pulak dia ni?” Boleh pulak hilang dia time-time orang tengah ramai macam ni,” Bebel Alya. Dari jauh dia ternampak kelibat Izzul dibelakang rumah yang sedang melayan seseorang di telefon. Dia tersenyum lalu mendekati Izzul. Belum sempat dia memanggil , kedengaran Izzul bercakap dengan suara yang sangat tegas dan nyaring.
“Aku cakap aku tak ada apa-apa dengan kau, takde apa-apa la! Masih tak faham lagi ke?!” bentak Izzul. Alya menyorok dibalik dinding. Dia hairan. Dengan siapakah Izzul bercakap?
“Memang! Aku sengaja jemput kau datang ke majlis aku ni sebab nak kasi kau cemburu! Dulu kau boleh buat aku merana, sekarang ni giliran kau pulak! Padan la dengan muka kau!” tambah dia lagi. Marah benar Izzul dengan si pemanggil. Siapakah dia ? Ain ke?? Alya semakin tidak sabar-sabar ingin mengetahui siapakah gerangan si pemanggil yang mengganggu suaminya itu.
“Memang aku tak cintakan dia! Aku kahwin dengan dia pun sebab tak mahu kau terus mengganggu hidup aku, puas hati?!” Alya terkejut dengan kata-kata daripada mulut Izzul itu. Sungguh, Izzul mengahwininya kerana tak mahu Ai terus menerus menganggu hidupnya. Sebab rasa hati Baru sahaja dirinya ingin menyayangi lelaki tetapi…. Alya mengesat air matanya daripada terus gugur menbasahi pipi. Dia segera melangkah menginggalkan tempat itu. Lagi lama dia disitu, lagi sakit hatinya nanti.

Alya hanya memandang ke luar. Kereta Myvinya yang dipandu oleh Izzul bergerak agak perlahan. Masing-masing leka melayan perasaan. Izzul sendiri pun tidak tahu bagaimana harus dia memulakan bicara.
“ Mana abang jumpa kereta kesayangan abang tu?” Tanya Alya setelah agak lama mereka mendiamkan diri.
“hmmmm dekat City Lounge,”” jawab Izzul perlahan. Dia tidak boleh berkata lebih banyak kerana bibirnya pecah akibat ditumbuk oleh Rahim dan rakan-rakannya. Mujur dia tidak cedera teruk. Walaupun lawannya sepuluh orang tetapi dia mampu menangganinya. Namun kudratnya tidak bertahan lama. Dia semakin lemah malah lawannya pula semakin terenang. Dia makin lemah malah tepat pada masanya. Dia hampir pitam disitu Rahim dan kawan-kawannya telah ditangkap dan dimasukkan ke lokap untuk disoal siasat. Keretanya pula masih berada dibalai polis kerana akan dijadikan sebagai bahan bukti.
“Apa abang buat dekat City Lounge?” soal Alya. Jauh sampai ke airport dia pergi. Dengan siapa? Kawan??
“Alya, abang tengah sakit ni. Boleh ak jangan create pergaduhan?” Izzul menegur. Nanti lain pula jadinya. “Salah ke Alya bertanya? Alya kan isteri abang . Alya sepatutunya kena tahu abang ke mana!” tambah Alya lagi. Geram pula dia apabila Izzul terus-terusan membohonginya.
“Abang jumpa kawan..” bohong Izzul lagi. Dia tahu dia salah. Tapi dia tak mahu bertelagah dengan Alya hanya kerana Ain. Perkahwinan mereka baru ahaja ada bibit-bibit cinta dan kasih sayang. Dia yakin, dia tak nak kehilangan Alya. Ain sejarah lamanya. Dan dia sudah berjanji pada dirinya yang dia akan cuba luapkan Ain dan meneruskan kehidupan bahagia bersama Alya.
“Kawan ke Ain?” sengaja Alya menambahkan arang dalam bara api. Macam dia tak tahu siapa yang suamainya jumpa. Ni kena pukul ni entah betul entah tak sebab kereta? Ain tukan ramai peminat. Daripada mereka belajar lagi Si Ain semamangnya diminati ramai. Dan sewaktu dinner, mereka pernah dinobatkan sebagai King & Queen of the night, dan mungkin kerana itu, Ain sehingga kini menjadi buruan.
“Ain!! Ain! Ain!! Ouch!” Izzul bengang sampai sakit bibirnya apabila terlebih berteriak. Alya terkejut lalu memandang Izzul. Dia bukan gerun dengan kemarahan Izzul tetapi lebih kepada risau apabila Izzul mengaduh kesakitan.
“Abang tak apa-apa ke? Sakit?” Tanya Alya lalu cuba menyentuh bibir yang sudah membiru. Namun Izzul mengelak daripada terus disentuh Alya. “Abang tengah drive ni. Duduk diam-diam boleh tak?!”
Kali ni Izzul pul yang memarahinya. Alya mengetap bibir. Dijeling suaminya. Baik diam lebih bagus! Sampai sahaja dirumah, Alya menuam bibir Izzul dengan kain yang direndam dengan air panas. Seketika Izzul mengaduh dan menjerit kesakitan.
“Bibir bang ni dah pecah sangat ni, Mata abang pun dah lebam. Esok kita pergi jumpa doctor ya?” ujar Alya memberi cadangan. Matanya ralit memandang ke arah luka yang Nampak dalam. Timbul rasa simpati dalam dirinya.
“Tak pelah, sayang . Abang banyak benda nak buat dekat ofis. Lagipun, kes bang ni dah masuk berita dan kes mahkamah,” jawab Izzul menolak.Dicapai kain itu daripada tangan Alya lalu diurutkan sedikit ke matanya yang membengkak.
“Kan polis tu dah suruh abang dapatkan rawatan doktor? Abang nak kena marah dengan dia orang kena kalau tak buat?” tegur Alya. Degil tak sudah-sudah! Asyik fikir kerja… kerja … kerja! Cubalah fikir pasal kesihatan tu sikit!
Izzul tersenyum.
Entah kenapa jantung Alya berdegup jantung Alya berdegup kencang apabila melihat apabila melihat senyuman Izzul. Handsomenya…
Izzul sedar yang mata Alya tak berkedip memandangnya. Dilambai-lambai tangannya dihadapan isterinya.
“Sayang..? Panggil dia. Dilambai-lambai lagi namun wanita itu masih diam dan kaku. Mata Alya tak berkedip memandang wajahnya, Hai ada yang tak kena ke dengan muka di ni? “Sayang!" Alya tersedar daripada lamunan. “Hah? Sayang meletup!” latah Alya spontan. Dia terkejut. Besen yang dipegang hampir jatuh terlungkup ke lantai. Habis basah kain dan bajunya. Izzul ketawa . Namun kerana mulutnya terbuka luas akibat ketawa menyebabkan bibirnya terkoyak lagi luas. Darah mengalir sedikit daripada celahan bibir yang lebam.
“Aduh.. sakitlah sayang.” Adu Izzul manja. Entah kenapa dia begitu senang dengan Alya ini. Tak pernah dia buat aksi manja dengan seorang perempuan. Dengan Ain pun tak pernah. Dengan Alya boleh  pulak mengada-adanya datang. Adakah kerana Alya isterinya? Sebabitu dia berani bermanja-manja dengan wanita itu?
“Padanlah muka! Gelakkan orang lagi! Nah, ambil ni!” Ditonyoh kain yang dipegang ke mulut Izzul. Meraung la mamat tu menahan sakit. Aly ketawa. Gembira sungguh dia bila dapat mengenakan Izzul, Akhirnya kat minah tomboy yang kau benci ni juga kau nak bermanja-manja,kan?


Datin Seri Rosni memeluk erat Alya dan cuba menenangkan perasaan menantunya itu. Dia tahu Alya sedang bermain dengan perasan. Alya menangis sepuas-puasnya di bahu mak mertuanya.
“Sabar sayang.. ini dugaan Allah. Dia nak uji Alya. Sabarya nak…” Nasihat Datin Seri Rosni. Kasihan sungguh dia dengan Alya. Dia sangat marah pada Izzul dengan apa yang telah berlaku pada keluarga mereka. Baru sahaja mereka berkahwin, dah macam-macam berlaku. Alya menanTu yanG baik. Dia kecewa dengan perangai Izzul. Seingat dia, anak sulung kesayangannya itu sudah boleh melupakan kekasih lamanya sewaktu berkahwin dengan Alya tetapi sangkaannya salah. Dia sendiri tidak faham apayang Izzul mahukan.Alya dah ckup sendiri tidak faham apa yang Izzul mahukan. Alya dah cukup baikdan sempurna untuk Izzul kenapa masih lagi dikejar perempuan tak guna tu?
Mujur pihak Jabatan Agama Islam tidak terus menikahkan mereka tanpa usul periksa. Mujur Izzul dabukti yang menyatakan dia tidak bersalah. Cuma dia geram, kanapa anaknya itu bolah sampai ke sana?
“Mari duduk , sayang..” panggil Datin seri Rosni lembut.Alya masih lagi di pangkuannya. Sudah membengkak mata wanita itu. Tentunya dia sudah banyak menangis.
“Mama minta maaf atas kelakuan anak mama pada Alya. Mama minta maaf sayang..” kata Datin Seri Rosni. Dielus lembut pipi alya dan mengucupnya. Lahir perasaan kasih seorang mak kepada Alya. Alya hanya mengangguk. Tidak berkata apa-apa. Mamanya tidak bersalah. Yang bersalah adalah Izzul sendiri. Dah la tu, tak habis-habis melayan egonya. Geram!
Izzul membiarkan sahaja air shower memancut deras ke badannya. Dia semakin kusut. Satu persatu masalah timbul. Dia sendiri tak faham. Adakah Allah sengaja menguji cinta mereka? Dia tidak menyangka yang Ain cuba menjeratnya. Rasa menyesal hadir tiba. Ingatannya tiba-tiba ke arah Alya. Kecewakah dia? Sebaik sahaja mandi, Izzul segera bersujud diatas sejadah memohon keampunan kepada Allah dengan apa yang telah berlaku. Kini dia semakin tenang. Dia sayangkan Alya. Dia cintakan wanita itu sepenuh hatinya walaupun Alya cinta keduanya. Dia berjanji pada dirinya untuk tidak terus mengabaikan Alya lagi. Itu janji dia. Malam itu, sebaik sahaja semua orang telah tidur… Izzul menapak ke bilik tidur mereka. Dilihat Alya yang sedang nyenyak tidur mengelakanginya. Hatinya terusik. Dia rindukan Alya. Rindu sangat-sangat.
Maafkan abang, sayang. Abang takut dengan bayang-bayang sendiri.Abang takut untuk bersemuka dengan sayang. Maafkan abang.. bisik hatinya.
Izzul membaringkan dirinya diatas katil. Dikalihkan badannya ke arah Alya. Kedengaran dengkuran halus daripada isterinya itu. Tangan Izzul melingkari pinggang Alya.Dipeluk erat badan Alya seolah-olah dia tidak mahu lagi berpisah dengan isteri kesayangnya itu. Dia sayangkan Alya. Dikucup lembut rambut dan bahu Alya. Bau badan Alya menenangkan perasaannya. Sudah lama dia tidak memeluk gadis itu. Pelukannya semakin kemas. Tangan Alya digenggam erat. Bibirnya dirapatkan ke telinga Alya untuk berkata sesuatu.
“Maafkan abang, sayang. I love you so much,”bisik Izzul perlahan. ALya sedar bila Izzul berbisik ke telingannya. Namun dia tidak berkata apa-apa. Dibiarkan sahaja Izzul memelukknya. Langsung dia tidak membalas pelukan suaminya itu. Matanya kembali tertutup rapat.
Esok paginya, Izzul sedar daripada tidur. Dilihat sebelah katinya kosong. Dimanakah Alya?  Izzul bangun dari pembaringannya. Kemungkinan Alya di bawah. Waktu sudah menginjak ke pukul enam pagi. Ah, dia perlu menunaikan solat subuh. Izzul segera berganjak ke bilik air untuk membasuh muka dan mandi. Sebaik sahaja selesai menunaikan solat subuh, Izzul kehairanan. Dia rasa tak sedap hati. Benarkah Alya berada di bawah? Sudah lama dia menunggu di atas. Kenapa Alya tidak naik-naik lagi? Izzul bangun daripada terus berteleku. Dia melipat sejadah dan menyangkutnya di penyidai. Tiba-tiba dia terpandangkan satu nota di ats meja solek.Jantungnya berdegup kencang. Kakinya melangkah ke meja solek.Nota itu dicapai lantas dibacanya.

Assalammualaikum, Abang.
Entah kenapa rasa berat hati Alya untuk menytakan perkara ini namun Alya kena cekalkakn hati untuk meluahkan. Alya nak minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki atas segala perbuatan Alya pada abang sepangjang perkahwinan kita. Terus terang Alya bahagia sangat bila bersama abang. Alya rindu sangat dengan abang. Dengan telatah abang menguik Alya. Denga gurauan abang pada Alya. Biarlah itu semua menjadi kenangan untuk Alya. Sewaktu abang membaca surat ini, Alya dah pergi jauh. Jauh daripada hidup abang. Alya takkan ganggu hidup abang lagi. Abang boleh bahagia bersama Ain. Seandainya kasih abang masih paa dia, Alya rela untuk lepaskan abang pada Ain. Mak pernah pesan dpada Alya, sekiranya kita mencintai seseorang, berikanlah kebahagiaan itu padanya. Andai Ain adalah kebahagiaan abang, Alya sanggup berkorban. Halalkan makan minum Alya, bang. Doakan kebahagiaan Alya di sini. Tak usah cari Alya lagi. Berikan kesempatan pada Alya memulakan hidup baharu.

Salam Sayang daripada Isterimu.
Alya

Alya! Izzul berlari turun kebawah. Sewaktu itu, semua yang berada di ruang tamu terkejut dengan kelakuan Izzul.



Hero & Heroin dalam drama slot Akasia Hello Mr. Perfect



Sedutan Minggu pertama 
Episod 1
Arif bertelagah dengan Dato Sri Amirruddin tentang peraturan keluarga yang tidak membenarkan dia `langkah bendul’. Ainul nyatakan perasaan risau kepada Alya kerana ayahnya telah beri tempoh enam bulan pada Arif untuk meminangnya. Ainul kecewa apabila Arif memberitahu yang papanya tidak bersetuju untuk meminang Ainul. Alya terkejut apabila mengetahui yang along datang menganggu keluarganya kerana menuntut hutang yang dipinjam oleh ayah tirinya, Omar. Alya terkejut bila mengetahui hutang along telah meningkat RM 350,000.00 dan selama ini Mak Temah hanya membayar bunga sahaja. Dalam pada itu, Amani dan Azizi menyatakan rasa bersalah kerana hutang ayah mereka, Alya terpaksa menanggungnya. Arif makin tertekan apabila Ainul mendesak supaya Arif memujuk Izzul supaya berkahwin. Arif cuba mendapat bantuan Datin Sri Rosni untuk memujuk Izzul supaya berkahwin tetapi Datin Sri Rosni enggan kerana Izzul pernah mengancam untuk pindah rumah jika Datin Sri Rosni terus mendesak.

Episod 2
Nurul Ain terpandang Izzul dari jauh dan cuba menegur Izzul tetapi gagal. Nurul Ain melahirkan rasa kecewa pada Eliza pembantu butiknya kerana gagal jumpa Izzul. Izzul makin tertekan bila Arif terus mendesak Izzul supaya berkahwin. Pada masa yang sama, Mak Temah dan Amani makin tertekan kerana orang-orang along sentiasa mengawasi kawasan rumah mereka. Nurul Ain pula mengintip gerak laku Izzul. Bila Arif gagal memujuk Izzul, Ainul bertindak untuk bersemuka dengan Izzul bagi memujuk Izzul membantu menyelesaikan masalahnya. Kerana kesiankan Ainul, akhrinya Izzul bersetuju untuk menerima cadangan Ainul dan Arif untuk mencarikan pasangan untuknya. Namun Izzul tidak jamin untuk bersetuju dengan gadis yang dipilih mereka. Persetujuan Izzul melegakan Arif dan Ainul. Pada masa yang sama, Azizi bekerja sambilan selepas waktu sekolah tanpa pengetahuan Alya dan Mak Temah. Arif menunjukkan portfolio beberapa orang gadis kepada Izzul dan membawa tiga orang gadis.


Episod 3
Arif berjanji akan memberi 500,000 sebagai ganjaran untuk sesiapa yang berjaya menambat hati dan berkahwin dengan Izzul. Ainul terdengar perbualan Alya dengan Mak Temah di talifon yang orang- orang along selalu mengugut Mak Temah. Ainul mencadangkan Alya mengambil peluang untuk memikat hati Izzul dan duit yang ditawarkan itu boleh membayar hutang along. Alya balik ke kampung untuk menjengok Mak Temah , tiba - tiba  Alya melihat Azizi berlumuran darah akibat ditikam oleh orang-orang along. Bila melihat keadaan keluarganya , membuat Alya berfikir untuk bersetuju dengan tawaran Ainul memikat Izzul. Nurul Ain memberanikan datang berjumpa Izzul dan merayu agar Izzul menerimanya. Arif berjumpa Alya sebelum Arif mengenalkan Alya pada abangnya Izzul. Alya terkejut bila Arif memperkenalkan Izzul adalah abangnya. Ini mengingatkan Alya pada zaman kolejnya . Alya pernah berjumpa Izzul di kolej dan Izzul juga menjadi sebutan dikalangan pelajar perempuan ketika itu. Alya menerima panggilan dari Izzul mengajak Alya keluar makan. Izzul mengajak Alya makan di restoran jepun. Izzul selesa bila bersama Alya dan cuba menyesuaikan diri. Arif gembira mendengar penerimaan abangnya pada Alya.

Episod 4
Hubungan Alya dan Izzul seperti main tarik tali. Izzul yang masih sukar untuk melupakan Nurul Ain tambahan pula melihat Nurul Ain bersama lelaki lain . Ini membuatkan Izzul semakin bengang. Arif dan Ainul merancang untuk merapatkan hubungan Izzul dan Alya. Akhirnya Izzul dan Alya keluar makan malam dengan rancangan Aril. Izzul mengakui yang dia suka pada Alya.  

Episod 5
Azizi memberitahu pada mak Temah untuk berhenti dan tumpukan pada kerja bagi meringankan beban membayar hutang along tetapi dibantah oleh mak temah. Izzul mengajak Alya keluar dan temankan Izzul pergi melukis . Arif risau melihat perhubungan Alya dan Izzul tidak begitu berkembang. Arif takut Izzul akan kembali pada Nurul Ain kerana Nurul Ain pandai menggoda.  Arif memberi cadangan pada Ainul agar mereka pergi bercuti. Tetapi mereka tunggu hingga Amy ( adik bungsu ) balik. Alya bercerita dengan Ainul yang Izzul terlalu cerewet. Ada saja yang tak kena terutama bab makan. Tak hairan lah Izzul hanya membawa Alya di tempat yang exklusif untuk makan. Ainul ketawa bila mendengar keluahan Alya. 

Episod 6


Episod 7

Episod 8


Episod 9


Episod 10

Episod 11

Episod 12





Episod 23
zzul resah kerana rasa bersalah memanggil Alya dengan nama Ain. Nurul Ain cuba menghubungi Izzul kerana ingin mengikut Izzul outstation tetapi Izzul enggan melayan karenah Nurul Ain. Nurul Ain bengang – Lina nasihatkan Nurul Ain tetapi Nurul Ain mengatakan Lina cemburu. Lina bengang. Alya muram kerana bengang dengan sikap Izzul. Melihat Alya muram, Hana menyangkan yang Alya mengandung. Alya menafikan dan akhirnya Alya mengakui yang dia berselisih faham dengan Izzul. Hana nasihatkan Alya hilangkan sifat panas barannya dan maafkan Izzul. Alya enggan beralah kerana itu adalah kesalahan Izzul dan bukan salahnya. Izzul hantar sms minta maaf – Alya tersenyum senang. Alya masak kari untuk Izzul – Izzul yang baru balik makan masakan Alya dengan penuh berselera dan tanpa sedar Izzul tidak meninggalkan lauk untuk Alya. Alya merungut tetapi lega kerana Izzul boleh menerima masakannya. Bagaimanapun Alya geram kerana Izzul tidak memuji masakannya tetapi mengingatkan Alya supaya mengemas dapur.


Episod 24
Alya cemas dan bertanyakan pelbagai soalan kepada Izzul. Izzul diam ada riak bersalah pada wajahnya. DS Rosni cuba menenangkan perasaan Alya. Alya turut terkejut yang kereta Izzul yang dicuri sudah dijumpai semula. Alya mempersoalkan kenapa Izzul berada dikawasan pusat hiburan – dalam keadaan teragak-agak Izzul mmbohongi Alya dengan mengatakan dia berjumpa kawan. Alya menembak dengan mengatakan izzul berjumpa Nurul Ain. Bagi menutup rasa bersalah, Izzul marah Alya menyebut nama Ain. Alya bengang dan sengaja menyapu ubat dengan kasar hingga Izzul menjerit kesakitan. DS Amirruddin dan Arif berbincang dan risau yang Izzul menjalin semula hubungan dengan Nurul Ain. DS Amirruddin tidak mahu Arif hebokan perkara ini kepada keluarga yang lain. Omar merungut kereta yang dicuri diambil oleh polis begitu saja. Rahim bengang dengan rungutan Rahim. Rahim pasti yang Nurul Ain telah berbaik-baik dengan Izzul dan akan gunakan hal ni untuk ugut Nurul Ain.


Episod 25
Ainul terkejut apabila Alya bertahu yang Izzul masih menjalin hubungan dengan Nurul Ain. Alya minta Ainul rahsiakan perkara ini daripada Arif. Ainul simpati dengan Alya – Alya pasrah. Alya bercadang untuk berterus terang tentang duit yang diberikan oleh Arif. Ainul pujuk Alya jangan pecahkan rahsia tersebut kerana bimbang Izzul akan salah sangka dan menyulitkan lagi hubungan Alya dan Izzul. Ainul rasa bersalah dan kerap termenung – Arif hairan. Arif desak Ainul ceritakan hal sebenar. Ainul beritahu yang Alya tahu Izzul menjalin hubungan dengan Nurul Ain. Arif terkejut kerana Alya sudah tahu hal tersebut. Arif tanya tentang Nurul Ain pada Izzul kerana Nurul Ain turut ada semasa dia mengambil Izzul di balai polis. Izzul jelaskan dia berkawan dengan Nurul Ain kerana dia tak nak bermusuh dengan Nurul Ain. Izzul mengakui sedang berusah menjarakkan diri dengan Nurul Ain dan ingin menumpukan perhatian pada rumahtangganya.


Episod 26
Alya terketar untuk menjawab. Izzul merenung Alya menahan marah. Alya cuba terangkan hal sebenar tetapi Izzul enggan dengar dan menuduh Alya mempermainkan perkahwinan mereka. Alya mohon maaf tetapi Izzul makin marah. Izzul berjanji pada Alya yang dia tak akan ceraikan Alya dan akan buat hidup Alya gantung tak bertali. Mulai hari ini Izzul mahu mereka hidup dengan hal masing-masing. Izzul bertekad itu dendam dia pada Alya. Alya terkedu sambil menahan pilu. Izzul keluar dari rumah dalam keadaan geram. Izzul berhenti kereta di tepi jalan dan menjerit bagi melepaskan perasaan geram. Alya menangis hiba sambil merenung kek ulangtahun yang bersepah di lantai. Alya betul-betul sedih dan tidak berdaya. Nurul Ain gembira di kelab bagi meraikan keruntuhan rumah tangga Izzul dan Alya. Alya menghidangkan makanan untuk Izzul dan mengharapkan Izzul menjamah masakannya. Alya menyapa Izzu tetapi Izzu buat tak tahu. Alya memandang Izzul naik ke tingakat atas dengan riak sayu.


Episod 27
Alya terjaga tengah tidur apabila telefon bimbitnya berbunyi. Alya terkejut apabila terdengar panggilan daripada DS Rosni yang minta Alya buka pintu. Dalam keadaan mamai Alya keluar dari bilik. Alya kebingungan melihat semua orang ada di rumahnya. Izzul kelihatan kusut dan wajahnya agak stress. Izzul tidak menegur Alya sebaliknya terus masuk ke biliknya. Alya memandang dengan riak hairan. DS Rosni menghampiri Alya dan memeluk Alya yang kehairanan. Alya terkejut apabila DS Rosni menjelaskan yang Izzul ditangkap khlawat bersama Nurul Ain. Alya terjelepok ke lantai. Alya menangis hiba. DS Rosni memeluk Alya--masing-masing memandang Alya dengan riak simpati. Izzul selesai solat. Ada riak kesal pada wajahnya. Dia melihat ke arah Alya yang sedang tidur di atas katil. Izzul berbaring di sebelah Alya-Izzul mengucup lembut rambut dan bahu Alya. Tangan Alya digenggam erat, ada riak kesal pada wajahnya. Dia terus merenung wajah Alya yang sedang tidur.


Episod 28


NOVEL SEINDAH KASIH CADEO


Being deeply loved by someone gives you strength , 
while loving someone deeply gives you courage.

Ini novel kedua saya beli dari terbitan BESQ . BESQ adalah terbitan baru. Bila baca sinopsis dalam cerita ini dah agak lengkap untuk ceritakan kisah Cadeo-Najla ini. Walaupun kisah yang biasa-biasa, tapi novel ini ada kekuatan yang tersendiri. Penceritaan dan bahasa pun boleh buat kita meneruskan pembacaan. Jom ikuti review dari saya.

Cadeo Sittichai (Deo), pemuda kacukan Siam dan Perancis, seorang free thinker. Dia lelaki kacak, kaya, bijak, dambaan hampir setiap gadis. Namun jiwanya kosong sehinggalah bertemu dengan Najla (Naj), gadis Melayu yang naif tentang cinta.

Perkenalan biasa yang membawa rindu di hati Cadeo terhadap Najla mula membuatkan jiwanya tidak selesa. Buat pertama kalinya, hatinya derhaka pada tuan empunya yang selama ini berkeras tidak mahu berikatan. Dan apabila dia berani mengatakan bahawa wanita itu adalah yang pertama, ada sesuatu pada dirinya yang menjadi masalah kepada wanita itu. 

Sejak pertemuannya dengan Najla di dalam komuter, Cadeo angau gadis yang biasa - biasa itu biarpun dia boleh saja berdamping dgn wanita - wanita cantik taraf supermodel. Mengenali Najla, Cadeo turut kenal erti cinta dan rindu . 

Najla tak sangka orang yang kawan karibnya (Yana) cuba kenalkan dengan dia ialah Cadeo sepupu Danial (hubby Yana) dan jejaka itu juga yang mula melekat dihatinya sejak pertama kali jumpa di dalam komuter. Tapi takdir Tuhan , kalau dah jodoh itu segala urusan akan dipermudahkan. Cadeo yang sanggup tinggalkan semua kehidupan sosial selepas bertemu dengan Najla. Cadeo terdorong mengenali Islam. Cadeo mendapat hidayah dari Allah dan berubah hidup menjadi muslim yang baik. 

Setelah sayang bersahut, cinta berbalas, tanpa berlengah Najla diikat oleh Cadeo Sittichai Abdullah. Cadeo dan bakal abang iparnya (Kimi) merancang untuk membuat kejutan pada Najla dengan perkahwinan mereka . Cinta Cadeo ternyata melimpah ruah buat Najla. Namun sedang mereka asyik mengecap bahagia alam rumahtangga, sisa hitam sejarah silam Cadeo disingkap menjadi gelora. Najla yang memang rendah diri diselubungi curiga, lantaran Cadeo tidak mampu menjernih suasana dan hanya mampu menyesali kelalaian masa lampaunya. Kerana itu Najla mencipta jarak antara mereka.

Ternyata menyesali kisah lalu lebih mendera jiwa Cadeo. Cadeo mengambil keputusan untuk berterus terang dengan Najla hingga perasaan curiga dihati hilang. Seindah kasih Cadeo ,Najla Belajar memahami dan mendalam hati suaminya agar kekal bahagia.


Sinopsis dari kulit novel
CADEO SITTICHAI. Mendengar namanya pasti ramai yang pelik. Usah disoal apa peliknya namun apa yang pasti, wajah tampan dan bergaya mengalahkan supermodel di Asia itu… naik komuter? What?

Apa dia peduli semua tu? Dia hairan bila orang melihatnya pelik dan asyik tersenyum-senyum? Tidak! Bagi Cadeo itu hak milik eksklusifnya. Malah, melalui situ juga dia mengenali Najla.

“Deo. Just call me Deo.”
“Deo? Deodorant?”
“Just call me Deo and believe me... deodorant is not my real name.”

Perkenalan biasa yang membawa rindu di hati mula membuatkan jiwanya tidak selesa. Buat pertama kalinya, hatinya derhaka pada tuan empunya yang selama ini berkeras tidak mahu berikatan. Dan apabila dia berani mengatakan bahawa wanita itu adalah yang pertama, ada sesuatu pada dirinya yang menjadi masalah kepada wanita itu. 

"What were you expecting Najla?"
"Saya tak sangka Cadeo yang Yana dan Daniel nak kenalkan dengan saya itu Deo yang saya kenali di dalam komuter minggu lepas."
"Oh..."
"Dan saya lagi tak sangka yang awak bukan... er..."
"Bukan orang Melayu? Tidak seagama dengan awak?"

Apa yang berlaku, kita tak mampu untuk menidakkan takdir. Bila Allah SWT dah menetapkan sesuatu itu, siapa kita hendak menafikannya? Tanpa Najla sedari, hatinya turut senang dengan kehadiran lelaki itu.

Wajahnya tampan... tapi bukan itu yang aku hairankan.
Perangainya yang nakal... tapi bukan itu yang aku beratkan.
Sikapnya yang suka mengusik... itu yang membuatkan aku tersenyum malu. Tetapi...
Dia tak pernah meluah perasaan. Habis romantik dia akan cakap "I miss you, beautiful."
Sayang? Cinta? Kasih? Cadeo tak pernah ucap walaupun ketika itu Najla mengkhabarkan kepada lelaki itu bahawa dia akan berkahwin.

“Tahniah.”
Hanya itu yang lelaki itu ucapkan. Hatinya sakit sehinggalah di hari perkahwinannya.

“Assalamualaikum.”
Ucapan pertama dari suaminya yang menggetarkan seluruh jiwa dan nalurinya. Tika itu, dia sudah tidak lagi peduli dengan lelaki kacukan Siam-Inggeris itu. Jiwanya sepenuhnya rela diberi kepada seorang lelaki bergelar suami.

Saturday 26 September 2015

NOVEL 30 HARI SAHAJA

Mencintai itu , bukan memilh kesempurnaan. Tetapi, memilh untuk melengkapi ,
 bahagian pada diri yang tidak sempurna.


Mini novel terbitan October ini sekali lagi memberi penghormatan untuk penulis Syamnuriezmil untuk berkarya lagi. Kini yang bertajuk 30 hari sahaja. Senaskah yang comel ini saya beli melalui online di halaman sosial.  Kali ini novel romantik komedi tapi bukan komedi yang memaksa pembaca ketawa berdekah - dekah. Yang paling saya suka sudah semestinya ini bukan kisah kahwin paksa. Jom ikuti review saya untuk novel ini.


Kisah Maya Elina dan tiga jejaka Rizal Asyraf , Tuan Malique dan Soleh Usyair dibulan Ramadhan. Maya yang berazam di bulan Ramadhan ini akan cuba mengawal emosi dan tidak akan membiarkan Rizal Asyraf membuat dirinya berasap. Rizal Asyraf anak tok imam depan rumah yang duduk di Manchester akan pulang ke Malaysia setiap bulan Ramadhan. Itulah lah rutinnya sejak 3 tahun yang lalu . Rizal Asyraf menyimpan hati pada Maya tetapi setiap kali bertembung mereka seperti anjing dan kucing . Ada sahaja yang tak kena di hati Maya. Tetapi tidak pada Tisha rakan serumah Maya yang suka pada Rizal Asyraf. Rizal Asyraf hanya memandang pada Maya , Maya terkejut bila Rizal Asyraf melamar dirinya untuk dijadikan isteri. Rizal Asyraf juga menyatakan jika Maya menerima dirinya Rizal Asyraf tidak akan kembali ke manchester lagi. Pelbagai cara Tisha guna untuk meraih cinta Rizal tetapi tidak berjaya . Tisha tahu Rizal Asyraf tidak pernah membalas cintanya. Maya juga pernah berjanji dia tidak akan suka pada lelaki yang sama kerana 24 jam dia bersama Tisya. Demi Tisha , Maya tidak sanggup melihat sahabatnya kecewa.

Tuan Malique boss kepada Maya. Maya adalah pekerja yang disayangi oleh Tuan Malique. Demi Maya ,permohonan cuti selama seminggu diluluskan ini kerana ibunya memaksa Maya untuk pulang ke kampung. Tuan Malique juga senang untuk berkongsi masalah dengan Maya kerana kehadiran Maya amat disenangi. Suatu hari Maya dan Tuan Malique pergi ke pasar ramadhan lalu bertembung dengan Rizal Asyraf. Ini mengundang rasa cemburu pada Rizal Asyraf . Apabila mengetahui Tuan Malique adalah boss kepada Maya , Rizal Asyraf tidak segan silu mengaku dirinya adalah teman lelaki Maya manakala maya tidak mahu mengaku. 

Kepulangan Maya ke kampung memeningkan kepalanya. Soleh Usyair menagih cintanya kembali. Tanpa menunggu jawapan dari Maya Soleh Usyair menghantar pinangan dikampung. Tanpa disangka Maya , Tuan Malique turut menghantar rombongn meminang. Dua pinangan datang serentak , Tuan Malique dan Soleh Usyair . Ditambah pula Rizal Asyraf yang sering memngganggu fikirannya. 

Maya membuat keputusan diantara mereka bertiga , sesiapa yang memakai warna tema yang sama di hari raya itulah yang menjadi pilihan hatinya. Saat Maya buat keputusan mak menceritakan mengapa menyuruh Maya pulang kekampung.Rupa-rupanya Mak Rizal Asyraf memberitahu yang Rizal Asyraf melamarnya dan memberi tempuh 30 hari untk Maya membuat keputusan. Jika tidak Rizal asyraf akan menetap di Manchester untuk selamanya. 

Maya tidak membuat keputusan hingga di pagi raya. Sedikit kecewa bila mendapat tahu Rizal Asyraf sudah pulang ke Manchaster sebelum 30 hari. Terkejut bila melihat Rizal Asyraf memakai warna dondon di pagi raya. Maya rasa bersyukur kerana dia berjumpa dengan lelaki yang memilihnya untuk melengkapi , bahagian pada dirinya yang tidak sempurna.


Sinopsis dari kulit novel
Sebulan, bersamaan 30 hari. 30 hari bersamaan dengan Ramadan. Sempena bulan Ramadan ini, Maya Elina telah berjanji akan berusaha untuk mendidik nafsu. Dia mahu merubahkan Ramadannya yang sebelum ini, dengan pengisian Ramadan yang lebih baik pada tahun ini. Termasuklah mengawal dirinya daripada mencari gaduh dengan Rizal Asyraf.

“Fine...”
“Fine apa?”
“Untuk 30 hari ini saja, aku akan cuba kawal emosi. Aku tak akan biarkan Rizal Asyraf buat aku berasap. Aku akan buat dia sebagai dinding.”

Rizal Asyraf merupakan anak tok imam, anak jiran yang duduk berdepan dengan rumahnya. Setiap kali Ramadan, Rizal Asyraf akan balik dari Manchester dan berpuasa di Malaysia. Tanpa Maya Elina tahu, Rizal Asyraf sudah mula jatuh hati sejak pertama kali dia berjumpa dengan Maya Elina pada bulan Ramadan. Dia memberikan Maya Elina, masa selama 30 hari untuk buat keputusan tentang hati.

“Kalau nak suruh saya appreciate perasaan Tisha pada saya, awak kena appreciate perasaan saya pada awak dulu. Barulah betul, yayang. Bagi peluang, bagi muka... give us a try! 30 hari saja, tak lebih!” Rizal mengangkat keningnya.

Masalahnya Tisha, kawan baik Maya Elina juga suka pada Rizal Asyraf.

“Tisha kawan baik saya. Susah senang saya, dia selalu ada dengan saya. FYI, dia tu, ada hati dekat awak. FYR, dia tu, dah suka awak, dah dekat tiga tahun, masuk tahun ni. So, saya tak nak, jadi pagar yang menghalang awak dan Tisha. So, FYA, it’s your job to appreciate apa saja perasaan dia pada awak, bukan mengurat kawan baik dia. Faham?”

Pelbagai cara Tisha buat, Rizal Asyraf tidak pernah jatuh suka kepada Tisha. Sehinggalah Maya Elina balik ke kampung, bercuti selama seminggu untuk beri peluang antara Tisha dan Rizal Asyraf. Tetapi, lain pula jadinya. Maya Elina menerima dua pinangan. Satu daripada Soleh Usyair, teman lelaki lamanya dan satu lagi daripada bosnya sendiri, Tuan Malique. Oleh sebab Maya Elina tak tahu bagaimana hendak memilih, dia membuat satu ilham...

Pukul sembilan malam ini, WhatsApp warna baju raya masing-masing. Orang yang memilih baju raya warna yang sama degan saya, dia miliki hati saya! – Maya

Siapakah yang berjaya mendapatkan hati Maya Elina? Sempat ke Maya Elina memberi jawapan selepas 30 hari itu? Atau... dia sudah terlewat?

Mencintai itu, bukan memilih kesempurnaan. Tetapi, memilih untuk melengkapi, bahagian pada diri yang tidak sempurna.




NOVEL PA UNTUK DIA

Selamanya....


PA untuk dia sebuah lagi karya penulis Syamnuriezmil. Ternyata sebuah naskah ringan yang sangat best dan menarik, penulis seperti biasa tidak pernah mengecewakan pembaca, rasa seperti tidak puas membaca nasakah ini, PA untk dia mengisahkan percintaan seperti nasakah-naskah cinta yang lain cuma cara olahan penulis membuatkan ia menarik dan memikat hati. Novel terbitan Penulisan2u ini mempunyai 448 muka surat. Jom ikuti review dari saya.

Yara Aisya Yazid telah setahun berkerja dengan Tan Sri Wazir. Tetapi bila Tan Sri sakit, dia di gantikan dengan anaknya, Hanania Widad Tan Sri Wazir (Encik Han). Kelam-kabut Yara di buatnya. Encik Han seorang yang serius sehinggakan menjadi tekanan pada Yara sebagai PAnya, kehidupannya sebagai PA semuanya tidak seindah dahulu.


Onn Andre  adalah pemilik kedai kopi di seberang jalan pejabatnya. Dia sudah setahun cuba menarik perhatian Yara tetapi tidak berjaya. Pelbagai cara Onn lakukan demi memikat hati Yara tetapi Yara sering menjual mahal, kerana Encik Han Yara terpaksa menyediakan teh, secara automatik Yara menjadi pengunjung setia kedai kopi En. Onn dan hubungan mereka mula rapat. Onn juga seorang pendengar setia dan dijadi tempat Yara meluahkan perasaan.



Yara dengan En. Han seperti anjing dan kucing. sehinggalah kejadian kemalangan dimana Widad telah tidak senggaja melanggar bapa Yara, sejak kejadian itu Widad seperti telah jatuh hati pada Yara, Widad sering berkunjung melawat bapa Yara yang hinggakan keluarga Yara menyenanggi Widad. Dalam itu Widad mula jatuh hati pada Yara dan mendapat sokongan keluarga Yara.  Dalam masa yang sama , Yara dengan tanpa memikir panjang telah mengakui cintakan Onn pada dasarnya Yara juga meminati Widad. Sebelum Yara ke Kalimantan bersama Encik Han, dia ada 'booking dirinya' untuk Onn walaupun rasa cinta itu tidak ada. Di Kalimantan, Encik Han memprovokasi Yara sehingga dia terlepas beri harapan kepada Onn.

Bila Encik Han berterus-terang akan perasaannya, Yara baru sedar akan perasaannya yang sama terhadap Encik Han. Malangnya, dia tersepit bila Onn melamarnya di depan khalayak ramai. Encik Han menjauhkan diri dan Yara rasa terpinggir. Bila Yara terserempak Encik Han bersama Daniella, dia bertekad untuk teruskan pertunangannya bersama Onn. Tetapi Onn telah membatalkan pertunangan mereka pada saat-saat akhir. Yara terus minta tukar kerja ke Jementah untuk jauhkan diri dari kenangan bersama Encik Han. 

Tetapi di sana, mereka bertemu kembali seperti kata pepatah, 'kalau dah jodoh, tak kemana'. Mereka akhirnya disatukan dan Onn bertemu jodoh dengan Sofea.


Sinopsis dari kulit novel
Penantian itu menyiksakan..
Untuk melupakan , itu juga menykitkan,,
Tetapi tidak pasti dalam membuat keputusan , itu lebih perit!!

Ini semua tentang hati YARA AISYA YAZID. Dia seorang PA yang sangat komited dalam kerjayanya. Bagi Yara, tiada yang lebih seronok di dalam dunia selain mejadi PA kepada Tan Sri Wazir. Namun keseronokan Yara tersekat apabila Tan Sri Wazir jatuh sakit dan melantik anaknya, Hanania sebagai pemangkunya.

HANANIA WIDAD WAZIR seorang yang sangat serius sehingga Yara sering merasa tertekan. Sejak itu, hidup Yara disaster. Kerja sebagai PA tidak lagi seindah syurga. Masalahnya, semua orang tidak berpihak kepada dia, namun hanya Onn saja yang memahami situasinya.

ONN ANDRE OTHMAN, pengurus kedai kopi yang sering dikunjungi Yara. Selama setahun dia cuba mendekati Yara dan akhirnya, Yara nampak usahanya. Oleh kerana hubungan yang masih baru, dia cukup bimbang kalau hati Yara beralih arah kepada Hanania Widad Wazir.

“Saya booking diri saya untuk awak. What I need from you... is patience.” - Yara

“Saya sudah lama menunggu, kalau hanya untuk sebulan lagi, saya masih boleh menunggu. Lagipun pejam celik, pejam celik, dah sebulan. Saya harap nanti awak bawa balik jawapan untuk saya, jangan tinggalkan harapan.” - Onn

Soal hati, susah untuk dimengertikan. Yara cuba untuk tidak memilih, tetapi... kalau dia dipilih, macam mana? Sewaktu berada di Kalimantan, hatinya sudah mula berbelah bagi. Karakter Hanania Widad, mula meragut hati. Habis, macam mana dengan Onn? Susah untuk mematahkan hati orang. Baik patahkan tulang sebab tulang ada 206 batang dalam badan, tapi hati dalam badan cuma hanya satu.

“I already make my decision. I choose you.” - Hanania

Kalaulah pilihan itu hanya sesenang memilih kopi dan teh. Mana satu yang akan dipilih?


Thursday 17 September 2015

NOVEL KIMCHI UNTUK AWAK

Mampukah hubungan yang masam dan pedas
seperti kimchi jadi semanis cotton candy?


Penulis Suri Ryana kembali dengan novel ke 4 dengan imej Korea. Kimchi untuk awak sebuah novel kekeluargaan menjadi pilihannya. Novel ini juga akan dijadikan adaptasi drama untuk saluran ASTRO. Pengarah yang sama untuk drama MAID sekali diberi kepercayaan untuk mengarah Drama Kimchi Untuk Awak. Sebelum itu terimalah review dari saya . 

kisah cinta Danial Lee, jejaka kacukan Korea dan  Melayu dan Salsabila (Bella), gadis yang melanjutkan pelajaran di Korea. Mereka bertembung tidak sengaja bila Bella melanggar Daniel Lee di Lapangan terbang Incheon. Gara - gara Bella yang terlambat dan bimbang terlepas kapal terbang untuk balik ke Malaysia di cuti semesta. Kengakuhan dan sombong seperti samseng Daniel menjengkelkan Bella . Pertemuan mereka bukan sahaja di lapangan terbang , malah  didalam di kapal terbang juga mereka bertembung. Hilang mood untuk menikmati penerbangan kelas perniagaan yang dihadiahkan oleh kak long apa bila terpaksa duduk di bebelah lelaki yang sombong dan biadap. 

Bila sampai di Malaysia Bella gembira kerana dia tidak sabar untuk berjumpa kak long dan umie. Tetapi Umienya berada di Mekkah mengerjakan umrah bersama pak su dan mak su. Sementara Umie pulang dari Umrah Bella tinggal bersama Kak Long. Kak Long yang terlalu gembira melihat kepulangan Bella menyimpan satu hasrat. Menyuruh Bella membuat Kimchi sempena majlis menyambut kedatangan presiden syarikat tempat kak longnya berkerja.  

Hati Bella semakin tidak tenang apabila mendapat tahu bahawa presiden tersebut adalah Daniel Lee Jae Hwan. Lelaki yang yang ditemui di lapangan terbang dan didalam kapal terbang. Bertambah huru hara lagi Bella bertemu di Kondo Daniel Lee kerana mengikut Kak longnya mengemas Kondo Presiden . Pada Daniel Lee , Kehadiran Bella mengingatkan kisah cinta Danie Lee yang lalu. Bella baru tahu Daniel Lee pernah ditunangkan dengan Kak ngah ( Sumayya ). Tetapi cinta mereka terhenti bila Maya meninggal dunia. Kerana Maya juga telah menyatukan hubungan papa Daniel Lee dan ayah Bella yang sekian lama terputus. Suatu ketika dulu Papa Daniel dan Ayah Bella berkawan baik. Mereka terputus hubungan setelah papa Denial Lee pulang ke korea hinggalah pertemuan Maya dan Deniel Lee di luar negara. 

Walaupun kedua-dua mereka cuba menjauhkan diri , Namun takdir mendekatkan mereka. Mereka disatukan dalam ikatan pernikahan dikampung. Ini semua gara-gara Bella terjumpa satu surat dari Kak ngah untuk diberi kepada Daniel Lee. Isi kandungan surat itu menyatakan Bella adalah gadis yang lebih layak untuk menggantikan tempatnya. Kerana Bella tidak mahu Daneil Lee tahu siapa nama perempuan yang ditulis oelah arwah kak ngah , Bella menconteng nama di surat itu. Bila surat itu diserahkan pada Daniel Lee, Daneil Lee marah dan memaksa Bella ke rumah pak su untuk memberitahu siapa nama perempuan yang tertulis di surat tersebut. Mereka hampir ditangkap klawat oleh penduduk kampung. Demi maruah keluarga pak cik Dani menyuruh Daniel Lee bertanggung jawab dan bernikah dengan Bella.

Selepas nikah Daniel Lee memberi alasan terpaksa ke Jakarta atas urusan kerja yang tidak dapat dielakkan. Bila berjauhan ada perasaan rindu datang mengundang tetapi ego yang menebal membawa pergi rindu itu. Sementara cuti semesta , Bella mengambil upah untuk membuat Kimchi untuk tempahan dari Kak long . Faris lelaki yang tidak pernah jemu memujuk hati Bella agar menerimanya kecewa bila mendapat tahu Bella kini sudah bergelar isteri orang. Tambahan pula pengakuan itu dibuat oleh Daniel Lee Sendiri.

Bella didatangi wanita misteri yang mengelar dirinya "Omma" agar membuatkan Kimchi tiram. Kerana dia kata Daneil Lee sangat suka dengan Kimchi Tiram. Bella pelik siapa perempuan tersebut. Pada ketika mereka hampir mengaku yang sebenarnya wujud sesuatu rssa di hati masing - masing. Yoo Ri hadir bersama onar dan fitnah. Lantas Bella membawa diri bersama seribu prasangka meninggalkan suami tanpa sepatah bicara.

Pemergian Bella menyedarkan Danial betapa dia terlalu mencintai dan mengharapkan Bella. Puas Denial menjejaki Bella tetapi tidak berjaya. Danial kemudiannya bertemu kembali degan Bella di sebuah syarikat pembuat Kimch .Dikesempatan itu Daniel tidak mempersiakan peluang itu. Perasaan di hati diluahkan tanpa ragu dan berharap semoga Bella turut memiliki rasa itu. Ternyata cinta berbalas, kasih yang dipupuk kian mekar dan prasangka akhirnya terlucut.

Kasih mereka diuji dengan kehadiran Zara yang menagih kasih dari Daniel Lee sekian lama. Yoo Ri yang berkawan baik dengan Zara memudahkan rancangan buruk Zara terhadap Denial Lee sehingga Daniel Lee koma dihospital kerana alahan. Yoo Ri adalah adik susuan Daniel Lee. 


Biarpun taufan datang menduga mahligai mereka, namun kasih tetap bertaut kerana ikatan mereka terlalu istimewa, yang turut mengikat dua budaya dan dua negara, serta merungkai dendam dan sengketa.


Sinopsis dari kulit novel
Mati-mati Bella ingat dia dapat menghabiskan cuti semesternya dengan aman dan damai di Malaysia. Huru-hara hidup pelajar di salah sebuah universiti di Seoul, Korea Selatan itu terjadi semenjak di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon lagi. Insiden dia terlangar seorang lelaki kacukan Melayu Korea yang bernama Danial Lee Jae Hwan adalah permulaan kacau-bilau dalam hidupnya.


“Jang-nim!” - Danial Lee.



“Kalau aku buta, kau tu apa? Samseng?” - Bella.


Tak cukup dengan insiden itu, kak long pula memaksa Bella membuat kimchi sempena majlis menyambut kedatangan presiden syarikat tempat kak longnya bekerja ke Malaysia. Hatinya semakin tidak aman apabila mendapat tahu yang presiden tersebut adalah Danial Lee. Keadaan semakin berbelit apabila rupa-rupanya keluarga mereka saling mengenali dan mereka ingin menyatukan Bella dan Danial Lee.

Satu insiden yang berlaku di kampung membuatkan mereka terpaksa disatukan. Dan apabila cinta mula bercambah dalam hati kedua-duanya, Bella melarikan diri ke Seoul gara-gara tersalah sangka yang sengaja diadakan oleh Yoo Ri.

Akibat rasa rindu yang tidak tertanggung, Danial Lee menjejaki Bella di Seoul dan cinta mereka memekar semula di bumi Korea Selatan. Dalam keasyikan mereka melayari bahtera rumah tangga, Yoo Ri dan Zara sentiasa mengganggu perkahwinan mereka. Dapatkah Danial Lee dan Bella mempertahankan keagungan cinta mereka? Dapatkah Zara merampas Danial daripada Bella?