Thursday 22 October 2015

NOVEL CINTA MAMAT SENYUM SENGET



Cinta mamat senyum senget ini kombo dengan novel mini Mini novel 30 hari sahaja . Terbitan dari Otober awal tahun yang lalu. saya rasa tak puas baca kerana ceritanya pendek sangat.Yang pastinya penulis tidak akan mengecewakan peminatnya. sedikit review dari saya. 

Rahiil Adzra seorang wartawan ditugaskan menulis artikal untuk majalah bertajuk Cinta mamat senyum senget. Tetapi, ketuanya, Fuaz Harraz, memilih Fuad Hawwaz, abangnya sendiri sebagai subjek untuk cerita Rahiil Adzra. Malangnya, CINTA ialah perkataan yang menyakitkan bagi Fuad Hawwaz. Dia tidak mahu ditemu bual. Akibatnya, Rahiil Adzra diugut untuk dipindahkan ke jabatan iklan yang tidak disukainya. 

Namun nasib seperti menyebelahinya , Perkenalan Izzat Faris membuatkan perjalanannya semakin mudah kerana Fuad Hawwaz adalah kawan baiknya. Izzat Faris adalah seorang lelaki yang diperkenalkan oleh Mum merupakan anak kawan baik mum , Datin Farah. Datin Farah ingin menjodohkan Izzat Faris dan Rahiil. Izzat yang bersetuju membantu Rahiil menyiapkan artikal itu tetapi mengenakan syarat. Syaratnya adalah menjadi kekasih didepan mum dan Datin Farah .Bukan setakat mum dan Datin Farah malah semua orang. Walaupun syarat itu agak berat Rahill terpaksa bersetuju jika tidak Izzat tidak mahu membantunya.

Bila Rahill diperkenalkan oleh Izzat pada Fuad Hawwaz sebagai kekasihnya. Rahill memulakan tugas tetapi Fuad Hawwaz cuba mengelak dari menceritakan hal cintanya. Izzat yang mula jatuh hati pada Rahill dan banyak membantu mencari cinta Fuad Hawwaz. 

Fuad Hawwaz sebenarnya bercinta dengan Arissa Soraya di London dulu. Fuad seorang perahsia . Hubungannya Arissa terbongkar bila Fuad Hawwaz dipaksa untuk dikahwinkan dengan sepupunya Tengku Hazrin kekasih hati Fuaz Hawwaz ( Boss Rahiil ). Fuad terpaksa pulang ke Malaysia kerana ibu ( Tengu Hannan ) sakit . Sebelum balik ke Malaysia Fuad Hawwaz dan Arissa Soraya nikah tanpa pengetahuan sesiapa sebagai janji Fuad Hawwas akan pulang ke London kembali. Fuad Hawwas mendapat berita Arissa meninggal kemalangan dan ibu Fuad Hawwaz juga meninggal dunia. Fuad Hawwaz kecewa sejak itu dia tidak membenarkan perempuan menyemai cinta dalam dirinya. 

Rahiil semakin seronok mencari cinta Fuad Hawwaz . Rahiil dan Izzat ke Kuala kangsar untuk menjejaki Arissa Soraya. Menurut Fuad Hawwaz , Arissa Soraya belum meninggal dunia kerana dia pernah menerima surat cerai selepas tarikh kematian. Semuanya terbukti apabila Rahiil Fuad Hawwaz ke Sydney menjejaki ayah Arissa Soraya. Alangkah terkejut bila Kakak Rahiil merupakan kawan baik Arissa. Fuad Hawwaz juga dikejutkan dengan kehadiran Adris. Ruhiil menjaga Adris selepas Arissa meninggal dunia. 

Fuad Hawwaz bersyukur dia dapat menjejaki cerita cintanya yang hampir putus asa. Walaupun Arissa Soraya telah tiada Fuad berterima kasih dengan Rahiil dan Izzat Faris. Fuad memberitahu Izzat Faris mempunyai ciri 10 keteria yang Rahill mahukan. Rahill terkejut bila Fuad Hawwaz memberitahu yang Izzat juga sebenarnya mempunyai senyum senget sepertinya. 

Kerana terlalu lama jual mahal Rahiil memberi artikal dan menulis satu nota yang agar Izzat memahami hatinya. Fuaz Hawwaz berpuas hati dengan kerja Rahiil dan menyiapkan pada masa yang ditetapkan. Rahiil juga dapat membuktikan cinta Fuad Hawwaz.


Sinopsis dari Kulit novel
Rahiil Adzra mempunyai 10 kriteria pemilihan jodoh. Bagi Rahiil, senyuman senget merupakan kriteria utama. Tak kisahlah kalau tidak penuhi 9 kriteria yang lain. Asalkan senyum senget!

Oleh sebab itu, Rahiil Adzra memilih tajuk, CINTA MAMAT SENYUM SENGET sebagai tajuk artikel untuk majalah Kosmo terbitan hujang bulan tersebut. Rahiil ingat, mahu menjadikan Anuar Zain sebagai subjek untuk bahan artikelnya. Tetapi, ketuanya, Fuaz Harraz, memilih Fuad Hawwaz, abangnya sendiri sebagai subjek untuk cerita Rahiil Adzra.

Malangnya, CINTA ialah perkataan yang menyakitkan bagi Fuad Hawwaz. Dia tidak mahu ditemu bual. Akibatnya, Rahiil Adzra diugut untuk dipindahkan ke jabatan iklan yang tidak disukainya.

“Maafkan saya Cik Rahiil, saya tak berminat untuk dijadikan subjek dalam majalah ini. Apa lagi, topiknya tak bersesuaian dengan saya. Cinta? Saya tak ada masa untuk itu. Terima kasih.”- Fuad Hawwaz

Nasib seperti menyebelahinya, Izzat Faris yang diperkenalkan oleh mumnya, merupakan kawan baik kepada Fuad Hawwaz. Namun, ada bayaran yang terpaksa Rahiil Adzra korbankan. Kalau tidak, Izzat Faris tidak mahu membantu.

“Kenapa tak kunci pintu? Kalau orang culik cinta hati Abang Izzat macam mana?”- Izzat Faris

Bayarannya ialah menjadi cinta hati palsu Izzat Faris. Bukan saja palsu di mata mum Rahiil dan Datin Farah, tetapi di depan semua orang. Apakah maksud Izzat Faris? Adakah dia benar-benar jatuh cinta pada Rahiil?

Gara-gara amaran dan ugutan Fuaz Hawwaz, Rahiil Adzra mula jatuh cinta. Tetapi, benarkah Rahiil Adzra jatuh cinta kerana senyuman senget itu atau kerana takutkan ugutan Fuaz Harraz?

“Kalau untuk mendapatkan berita, memaksa awak untuk bercinta dengan dia, buatlah dia sampai jatuh cinta dengan awak. Kalau tidak, awak jatuh ke advertising.”- Fuaz Harraz

Kerana The Devil, Rahiil berdepan dengan dua pilihan. Antara The Dashing dan The Devoted. Siapalah agaknya yang layak memiliki sijil hati The Diva dan memenuhi kriterianya? Hakikatnya, Tuhan hanya memberikan apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Tuhan Yang Maha Adil.

Monday 19 October 2015

NOVEL CINTA SI WEDDING PLANNER

Jika dia kebahagiaan yang awak inginkan , 
saya akan mengundur diri.. 

Sebuah lagi novel bakal dijadikan adaptasi drama. Cinta Si Wedding Planner sebuah novel terbitan Penulisan2u. Novel yang mempunyai 755 muka surat ini boleh dihadam bila dibaca. Maksudnya novel ini mudah difahami dan santai. Percubaan yang baik buat penulis muda ini dan dikenali sebagai Dhiyana. Jom ikuti sedikit reveiw dari saya sebelum kita menyaksikan drama ini pada awal tahun 2016. 

Izara Batrisya (Zara), seorang wedding planner, Zara yang merupakan penyambung usaha dan perniagaan butik pengantin arwah ibunya sejak 4 tahun yang lalu selapas kematian kedua orang tuanya akibat kemalangan. Dalam masa yang sama Zara menyulam kasih bersama sepupunya, Bazli . Cinta mereka cinta jarak jauh ini kerana Bazli menyambung pelajaranya di luar negara. Bazli berjanji akan mengotakan janjinya selepas habis belajar. Selama 4 tahun mereka merahsiakan perhubungan dari pengetahuan Mak lang dan Pak lang ( keluarga Bazli ).



Fariz Adryan (Fariz), ex navy yang pernah dicurangi oleh Shahira Nadia Dato Zainal seorang model terkenal . Fariz bercinta selama 7 tahun dan hampir menjadi tunangannya. Kerana satu insiden Fariz menutup pintu hati untuk sebarang wanita. Hakimi rakan seperjuangan Fariz semasa di navy punca segalanya kerana cemburu . Fariz juga pernah jatuh dan hilang di laut semasa bertugas. Faris diselamatkan oleh nelayan dan sejak itu Fariz lebih dikenali sebagai seorang yang tegas , baran yang sukar dikawal dan susah nak senyum tetapi disenangi oleh kanak-kanak terutama Nana ( anak kak long ).



Keperibadian Zara memikat hati Puan Marina, salah seorang pelanggannya. Memandangkan Zara sebatang kara di KL, lantas Zara dijadikan anak angkat oleh Puan Marina yang telah mempunyai 4 orang anak. Pertemuan mereka bermula apabila Zara menjadi wedding planner Alang ( Mikail anak ke 3 ) Puan Marina. Pertemuan Fariz dan Zara kerana berebutkan tempat parkir telah mendatangkan satu perasaan kepada Fariz. Lebih menarik lagi, Fariz adalah anak kedua Puan Marina. Maka pertemuan demi pertemuan berlangsung antara mereka tanpa disedari mengukuhkan lagi perasaan Fariz terhadap Zara .


Bazli yang pulang dari luar negara mengambil keputusan untuk berterus terang pada keluarganya tentang hasrat hatinya menikahi Zara . Siapa sangka perhubungan yang terjalin 4 tahun tanpa diketahui oleh keluarga tiba-tiba hancur bila ditentang keras oleh Mak lang dan Pak lang. Perhubungan mereka haram bila berkahwin kerana meraka adalah adik beradik kembar. Bazli jugalah satu- satunya wali bila Zara akan berkahwin kelak. Bazli tidak dapat menerima hakikat. Hatinya hanya untuk Zara. Kerana kecewa Bazli sanggup melukakan hati dan menyakiti Zara. Bazli memaksa Zara membuat ujian DNA. Bazli tetap tidak percaya walaupun ujian DNA menyatakan kebenaran. Mengetahui Zara cuba bangkit dari cinta terhalangnya dan demi melindungi Zara dari terus-terusan diganggu oleh Bazli. Fariz nekad menghulur tangan bagi memimpin Zara ke masa hadapan dalam sebuah ikatan perkahwinan. Zara pula terpaksa akur menerima lamaran Fariz setelah didesak oleh mak lang dan pak langnya.


Fariz dan Zara hidup bahagia selepas berjaya melepasi tempoh penyesuaian mereka. Fariz yg baran, moody dan beku berubah menjadi loving dan romantik. Sementara Zara pula cuba menjadi isteri terbaik buat suaminya yang tercinta. Sedang mereka menikmati fasa bahagia alam rumahtangga, Zara menerima ugutan meminta dia meninggalkan Fariz. Sementara Shirah pula datang merayu untuk kembali kepada Fariz. Fariz menjadi tertekan sehingga mengabaikan Zara dan kembali menjadi mudah baran. Fariz silap percaturan dalam usaha menyelamatkan rumahtangganya hingga akhirnya tercetus perbalahan antara mereka hinggakan Zara menuntut perceraian dan membawa diri ke bumi Auckland.



Akhirnya Bazli dapat menerima hakikat yang Zara adalah adik kembarnya. Dengan bantuan Bazli, Zara dan Fariz kembali bersatu tetapi ancaman yang lebih hebat datang mengancam rumahtangga mereka. Kegilaan dan obsesi Shirah semakin tidak terkawal sehingga nyawa Zara dan kandungannya menjadi taruhan. Shirah mempunyai split personalities diseases. Ini berlaku disebabkan tekanan dan masalah dalam keluarganya. 



Sinopsis dari kulit novel 

Perebutan tempat parkir kereta menjadi permulaan peristiwa kisah Zara si wedding planner dengan Fariz, bekas tentera laut yang berhati batu.



Dalam hati Zara ketika itu, hanya ada Bazli, sepupunya sendiri. Namun Zara dan Bazli tidak pernah menyangka bahawa jodoh sebenarnya bukan milik mereka berdua. Kasih mereka yang selama ini dirahsiakan daripada pengetahuan mak lang dan pak lang hancur si tengah jalan.



Berlaku pertemuan demi pertemuan yang tak disangka antara Zara dan Fariz. Meski Fariz selalu mengejek Zara, hanya lelaki itu dapat membuatkan Zara melupakan Bazli. Dalam kerasnya hati lelaki itu, ada juga penyayangnya.



“Kerusi kereta kau ni buat aku sakit badan la.” - FARIZ



“Ni hanya kerusi kereta, bukannya tilam King Koil!”- ZARA



“Kalau ya pun, tukarlah kerusi empuk sikit. Recaro ke.” – FARIZ



Puan Marina, mama Fariz yang berkenan akan keperibadian Zara terus menghantar pinangan hingga terjalinnya ikatan suci antara Zara dan Fariz. Zara rela menerima walau hatinya belum wujud getaran cinta buat Fariz.



Abang teringin pankek, jem blueberry, and omelette for breakfast. Boleh sayang buatkan untuk abang?” – FARIZ



"For you, my dear... I will do anything for you.” - ZARA



Fariz yang tidak pernah putus asa untuk mencuba, akhirnya berjaya. Hati Zara kini miliknya. Pada saat bahagia mula bersemi, cinta pertama Fariz kembali muncul menagih kasih.



“Hanya satu aje permintaan Zara. Kejujuran! Zara hanya nak kejujuran daripada abang.”


“Dia kekasih aku! Dah lama kami bercinta! Puas?”

Jawapan Fariz bagaikan sembilu tajam menusuk hati Zara. Fariz bertukar 360 darjah setelah munculnya wanita itu dalam rumah tangga mereka. Adakah rasa cinta terhadap kekasih lama Fariz masih mekar dalam hati lelaki itu melebihi rasa kasihnya kepada Zara? Mampukah ikatan suci yang dahulunya kembang dengan bunga-bunga kebahagiaan dapat diselamatkan?



Inilah pelakon utama hero dan heroin untuk drama ini.



Episod 1
Malam itu sekali lagi dikejutkan dengan mimpi ngerinya lagi. Gambaran Sara dan Aziz yang memintanya menjaga anak itu seperti anak sendiri. Perempuan itu juga berharap peristiwa itu menjadi rahsia mereka adik beradik. Mak Lang terjaga… dia terus bangun. Mak Lang nampak sangat resah. Masa sedang minum di dapur.. Mak lang ditepuk dari belakang... terkejut Mak Lang .. rupanya Pak Lang. Masa itu Pak Lang kata sudah tiba masanya Mak lang menceritakan hal sebenarnya. Mak Lang mengangguk. Gambaran sebuah butik perkawinan yang berjaya... beberapa orang pekerja masih membuat kerja. Zara pula sedang melihat accountnya. kemudian dia mendapat mesej daripada Bazli yang dikatakan sepupunya merangkap kekasihnya. Bazli mengajaknya bertunang apabila dia balik dari luar negara itu, tetapi Zara mengatakan yang mereka harus tunggu dulu sebab menurut Zara dia masih lagi hendak mengejar citanya untuk menjadi seorang wedding planner yang berjaya.

Episod 2
Bazli di Ausralia hari itu sibuk dengan kerja kursusnya. Kemudian dia berjumpa dengan pensyarah untuk menghantar kerja kursusnya. Sempat pulak berjumpa dengan sepupunya kak Dina. Bazli memberitahu dia akan balik ke kuala Lumpur dengan harapan yang begitu besar sekali. Kak Dina faham hasrat itu. Bazli juga sempat bercerita betapa hatinya masih teringat tentang pengorbanan ayah Kak Dina yang membantunya untuk Berjaya sampai ke Australia kini. Kak Dina pula menganggap Bazli seperti abangya sendiri. Zara dan staffnya mengelolakan satu majlis perkawinan di sebuah dewan. Mawar dan Rashid Pengantin memuji kerana kecantikan pelamin dan majlis pada hari itu berjalan lancar kerana kecekapan Zara mengendalikan majlis perkawinan mereka. Selepas berpesan dengan Fauzan dan Redza. Zara mengatakan dia terpaksa ke Penang kerana dah janji dengan Mak Langnya.



Episod 3
Pak Lang sedang discuss dengan Fariz yang nampak serius. Zara sekali lagi diperkenalkan kepada Fariz. Zara hanya selamba malas sangat nak melayan. Pak Lang kemudian memberitahu yang Fariz akan bermalam di homestay berhampiran. Zara balik. Famili Kak Nadhrah sekali lagi ke butik Zara.Kak Nadhrah baru mendapat tahu yang Zara berada di kampung. Kak Nadhrah merungut dengan Puan Marina kerana Angahnya sibuk sesangat. Baru kemudiannya, Puan Marina memberitahu yang Angah berada di Penang menguruskan fasal rumah mereka. Malam itu, Fariz selepas maghrib terus ke rumah Pak Lang. Mak Lang baru terperasan itulah wajah seperti dalam gambar yang ditunjuk oleh Zara. Zara kemudian akur dengan Mak Lang yang dia kenal Fariz gitu-gitu aje. Mak Lang memuji akan ketampanan Fariz. Zara terpaksa pulak melayan Fariz yang nampak serius .. tetapi sopan dengan ahli keluarga yang lain. Mak Lang dan Pak Lang agak lega apabila nampak Zara berbaik dengan Fariz.


Episod 4
Puan Marina terus memperkenalkan Fariz kepada Zara sebagai anak angkatnya. Zara hanya tersenyum kerana selama ini dia cukup nak tahu siapa Angah dan rupanya Angah adalah orang yang sudah beberapa kali ditemuinya. Masa itu, Fariz mengatakan peliknya macamana Puan Marina begitu sayangkan Zara sehingga menjadikan dia anak angkat. Zara pulak mengatakan dia ada kualiti yang baik dan taklah sentiasa serius macam Fariz. Selepas persandingan sederhana, Zara balik. Dia ternampak lah Fariz sedang melayan beberapa orang perempuan di situ. Malam itu, Zara mendapat panggilan daripada Bazli yang mengatakan dia akan balik dan berharap Zara akan menjemputnya nanti. Selepas panggilan itu, Zara tiba-tiba tertanya pada dirinya kenapa sejak akhir-akhir ini dia tak dapat merasakan yang Bazli adalah kekasihnya. Dia menjawab sendiri mungkin sebab lama sangat Bazli merantau. atau mungkin juga Bazli adalah sepupunya... dan dia menyayangi Bazli macam abangnya sendiri



Episod 5
Puan Marina sekeluarga datang ke hotel untuk melihat persiapan terakhir menjelang hari perkawinan Mikail. Puan Marina pulak mengesyaki yang Zara ada apa-apa dengan Bazli. Baginya tak salah pun kalau Zara kawin dengan Bazli kerana mereka sepupu di sebelah emak. Zara cuba menafikan .. baginya tak mungkin kerana katanya mengenali Bazli sejak kecil lagi. Semasa itu, Bazli terus mengenali Fariz. Fariz pula merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan Bazli. Bazli cuba mengingatkan Fariz bahawa Zara adalah kekasihnya dan dia akan kawin dengan Zara tak lama lagi. Fariz pulak hanya mengatakan baguslah... tetapi pada waktu yang sama, dia hairan kenapa selama ini, Zara tak pernah pun mengatakan dia ada kekasih. Yang selalu didengarnya adalah Bazli hanya seorang sepupu yang dianggapnya seperti abang. Ini menyebabkan Bazli bagi warning agar Fariz jangan langsung ada perasaan Zara. Fariz mencebek saja.


Episod 6

Pak Lang dan Mak Lang terus mengatakan yang sebenarnya, Bazli dan Zara adalah adik beradik. Ini sangat mengejutkan Bazli .. Bazli bagaikan histeria mengatakan yang itu tidak mungkin terjadi. Mak Lang bercerita macamana ibu Bazli dan Zara datang meminta dia menjaga bazli kerana menjaga nama baik keluarga. Untuk mengelakkan dimalukan, Bazli dianggap oleh Mak Lang sebagai anaknya sendiri. Sungguh dia tak menjangka yang Zara akan bercinta dengan Bazli. Zara menangis terisak-isak mendengar cerita.. Bazli terus keluar dari rumah. Di bilik, Zara mula akur mengapa perasaannya selama ini tidak sebagai kekasih kepada Bazli. Malam itu, Zara terus sembahyang mintak diberikan petunjuk. Dia merasa bernasib baik kerana tidak terlanjur jauh dengan Bazli. Mak Lang datang meminta maaf kerana tidak mencegah daripada awal. Zara kata dia cukup faham dengan kata-kata Mak Lang cuma dia berharap Bazli akan dapat menerima hakikat.


Episod 7
Bazli hendak ke rumah Zara tetapi masa itu ada polis peronda. Dia terus tak jadi. Dia akan bertindak kemudian. Malam itu dia terus ke rumah kawannya, Ikram masa di universiti dulu. Ikram cuba menasihatkan Bazli tetapi dia masih menahan ego. Ikram menasihatkan Bazli tentang kerja yang dipohon oleh Bazli. Dan untuk sementara Bazli harus kawal sikit dengan perasaannya. Zara pula sudah letih dan terus tertidur. Manakala Fariz terus melamun tentang Zara. Hari yang dinanti. majlis perkawinan Mikail. Masa itu ramai memuji akan kelengkapan perkawinan yang telah dibuat oleh Zara dan the team. Leganya hati Zara. Puan Marina pula tak habis-habis memperkenalkan Zara sebagai anak angkatnya yang terbaik. Ada juga yang mengusik mengatakan Fariz sangat sesuai dengan Zara. Fariz dan Zara hanya tersenyum. Membantah tidak suka sangat pun tidak. Segalanya nampak berjalan lancar. lepas majlis Zara terus mengemas dan sebagainya.


Episod 8
Beberapa hari sudah berada di rumah Fariz, kemudian Zara terpaksa memberitahu yang dia nak kena balik ke rumahnya. Puan Marina agak sedih kerana baginya kehadiran Zara di rumah sudah cukup menceriakan. Tambahan pula, anak-anaknya masa itu semua sudah buat hal masing-masing. Dan yang paling dia suka kerana Fariz rajin pulak balik ke rumah semasa Zara berada di rumah itu. Tetapi Zara mengatakan dia memang kena balik dan berterima kasih sangat dengan penerimaan baik keluarga Puan Marina terhadap dirinya. Fariz menghantar Zara... masa itu, Fariz ada bertanya apa hubungan Bazli dengan Zara. Zara hanya mengatakan yang dia memang tak ada perasaan dengan Bazli. Tergetus cerita yang Bazli masih tidak dapat menerima hakikat yang mereka adik beradik. Fariz bersetuju jika untuk menjernihkan keadaan apa salahnya kalau Zara membuat ujian DNA seperti yang disarankan oleh Bazli. pasti lepas itu segalanya akan jernih. Zara pula berpendapat dia cukup percaya dengan kata-kata Mak Lang.


Episod 9
Kerana memikirkan macam-macam... Fariz cuba call Zara tapi tak dapat. Hatinya mula risau. Dia memberitahu ada hal penting yang perlu diuruskan dan kemudian dia tergesa keluar. ketika itu, Fariz memandu agak laju... kerisauannya sangat memuncak. Macam-macam yang difikirkannya. Sementara itu, Bazli terkejut dengan keputusan yang dilihat sekali lagi dia enggan menerima kenyataan. Masa itu, Zara mengatakan jika selama ini dia cukup menghormati bazli tetapi sekarang dia menjadi takut. Zara cuba meyakinkan Bazli dia tidak akan kehilangan Zara yang masih lagi akan menyanyanginya sebagai adik. Bazli mengatakan dia sudah menganggap Zara lebih daripada adik. Dia menuduh Zara jadi semua itu kerana cintakan Fariz. Ini menyebabkan Zara jadi marah dan terus menampar Bazli. Zara nak berlalu. Masa nak berlalu itu, sekali lagi tangan Zara direntap oleh Bazli. Zara kembali terasa sakit dan dia terus berlalu keluar... ketika ini, Bazli mengejarnya dan ingin meminta maaf.


Episod 10
Ikut kata Mak lang mereka dari keluarga yang baik-baik.. ini menyebabkan dia dan Pak lang tidak mampu nak menolak. Kata Mak Lang.. mintak sangat Zara setuju. Zara marah sikit tetapi memikirkan Mak Lang .. dia hanya mengatakan dia hanya serba salah untuk memberikan keputusan. Masa itu, dia melihat Fariz sedang sibuk berbual dengan beberapa orang yang lain. Terfikir juga Zara.. dia pun tak serius nakkan aku. Fariz selepas itu, mengatakan dia nak hantar Zara Balik. Zara sudah berfikir inilah masa untuk dia memberitahu Fariz .. tak tahu tujuan. Zara memberitahu Fariz ada orang merisik dan rasanya dia akan terima. Fariz dengan sopan juga memberitahu elok juga Zara bertunang kerana mesti Mak Lang berbuat demikian supaya Bazli dapat menerima hakikat seterusnya berbaik semula dengan mereka. Zara bengang jugaklah dengan cadangan Fariz langsung tak ada rasa kesal. Hari itu, Zara balik kampung seketika. Dia ingin mendengar sendiri dari mulut Mak Lang dan Pak Lang.


Episod 11
Zara mengingatkan Bazli tentang takdir dan Bazli harus berserah kalau Tuhan memang mentakdirkannya untuk berkawin dengan Fariz. Bazli terus berlalu dengan marah. Zara hanya mampu menangis. Selepas semuanya selesai. Zara kemudian terpaksa balik semula ke Kuala Lumpur. Mak Lang sempat menasihatkan Zara agar terus tabah menghadapi apa juga kemungkinan. Mak Lang juga mengatakan yang dia akan pastikan Bazli tidak lagi mengganggu Zara. Mak Lang kemudian merasa terharu kerana dapat menyempurnakan pertunangan Zara. Dia kemudian memberitahu Pak Lang amanat ibubapa Zara telah dapat dijaganya dan menangis Mak Lang kerana melalui pelbagai rintangan dan cabaran dalam membesarkan anak-anak saudaranya. Di Kuala Lumpur, beberapa hari kemudian, Zara sekali lagi menjadi resah apabila Fariz langsung tidak menghubunginya lagi. Fariz sepatutnya sudah balik dari China. Terasa rindunya kepada Fariz.


Episod 12
Majlis perkawinan berlangsung sederhana. Mereka disandingkan dan memang kelihatan sangat sepadan. Masa itu Bazli memerhatikan mereka dengan perasaan yang pelbagai. Dia ingin merasa berdosa kerana mempunyai perasaan yang bukan-bukan terhadap adiknya sendiri. Tetapi pada waktu yang sama.. dia memang sukar menerima Fariz yang menjadi suami Zara. Entah kenapa perasaan itu tidak dapat dibuang. Puan Marina dan anak-anaknya cukup gembira kerana kini Zara sah menjadi menantunya. Beberapa kali dia mencium Zara kerana selama ini dia hanya menyangka Zara akan menjadi anak angkatnya. Tetapi segala impiannya untuk melihat Zara di samping Fariz anak kesayangannya menjadi kenyataan. Masa itu, Puan Marina sempat berbisik dengan Kak Nadhrah mengatakan yang tidak mudah untuk mengawal Fariz. Fariz mempunyai beberapa sejarah hitam yang menjadikan dirinya sedikit pelik. Selepas settle semuanya, keluarga Fariz meminta diri kerana mereka perlu membuat beberapa persiapan di Kuala Lumpur nanti.

Episod 13
Kemudian barulah Zara perasan Nadia memang seorang photographer yang sangat popular. Tetapi dia menghilangkan diri tiga tahun lalu. Baru saja Zara nak mengatakan kata mengenali Nadia. Nadia sudah berlalu.. dicelahan antara orang ramai. Tak sempat pula Zara nak bertanya itu ini dengan Fariz kerana kemudian sibuk bersalaman dengan beberapa orang tetamu lain. Sibuk melayani beberapa tetamu yang datang menyebabkan Zara terlupa pulak fasal Nadia. Nadia pulang ke rumah dengan rasa marah. Tiba-tiba dia menangis dan berlari ke biliknya. Dalam biliknya dipenuhi dengan gambar Fariz pelbagai aksi. Ibu Nadia, Puan Hajar kemudian masuk ke dalam bilik terus dia memujuk Nadia agar melupakan segala apa yang telah terjadi. Katanya dia risau Nadia akan sakit nanti. Nadia kata dia akan sakit terus jika tidak dapat bersama dengan Fariz. Puan Hajar tak terkata apa. Kemudian dia tidurkan Nadia.. Nadia kelihatan seorang yang macam sakit jiwa.

Episod 14
Zara masih lagi meminta maaf dengan Fariz. Fariz hanya mengangguk dan ketika kemudian dia cuba bercerita tentang peristiwa jatuh dalam laut itu. Tetapi kemudian dia segera memberitahu Zara dia masih belum bersedia. Zara seakan faham dengan situasi dan meminta Fariz tak payah bercerita jika memudaratkan. Kemudian Zara menyuapkan Fariz makan.. ketika ini, Fariz mengatakn kalau dia tahu beginilah baiknya seorang isteri memang dah lama dia kawin. Zara cuma menjalankan kewajipan dengan baik. Dah ok sikit mereka masih honeymoon lagi di Langkawi dan Fariz masih lagi menjalani kerjanya seperti biasa. Beberapa hari selepasa itu mereka terpaksa berlepas balik ke Kuala Lumpur dengan pelbagai kenangan. Mereka terus singgah di rumah Puan Marina. Fariz berjumpa dengan ayahnya, Tuan Firdaus tentang perniagaan mereka. Tuan Firdaus sempat bertanya tentang honeymoon dan dalam senyuman Fariz berkata semuanya berjalan lancar. Tuan Firdaus tak berani nak tanya lebih-lebih lagi.


Episod 15
Fariz membawa Zara ke klinik, cukup risau dia dengan keadaan itu. Zara diperiksa oleh doktor dan mengatakan Zara cuma terhentak sikit dan tak ada yang serius. Jenuh juga kemudian Fariz menasihatkan agar Zara memakai seat belt. Zara hanya tersenyum dan mengatakan Fariz ni cepat sangat panik. Fariz pulak mengatakan dia takut banyak perkara yang pernah dilaluinya. Dia tidak mahu kehilangan lagi. Zara hanya mengangguk setuju kerana hatinya sudah mula menyanyangi Fariz. Beberapa lama kemudian, Zara sedang berada di pejabat. Dapat call daripada Fariz mengatakan dia akan ke Ho Chi Mihn dengan kadar segera. Zara kata ok.. tetapi dia memang harap Fariz jangan lama sangat. Masa nak berlalu, tengok-tengok Fariz sudah berada di depannya. Fariz kata kalau dia pergi malam ini ... dia nak lepaskan rindu dengan Zara dulu. Zara hanya tersenyum kerana dia juga berperasaan macam itu.


Episod 16
Beberapa hari kemudian, Fariz tersedar dari pengsan. Beberapa nelayan di situ juga sudah menjangkakan Fariz mati. Ketika kemudian dia diperiksa oleh seorang doktor. Masa itu, Baru Fariz teringat kembali dia adalah seorang TLDM. Berita mengenai kehilangannya tersiar di tv dan sebagainya. Kemudian kisah Puan Marina mendapat berita yang Fariz masih hidup. Dia berpelukan dengan anak-anaknya tidak menjangka apa yang terjadi. Sejak itu, kata Puan Marina... Fariz menjadi seorang yang sangat pendiam dan serius. Dia terpaksa berhenti kerana traumanya dengan laut. Ini mengingatkan Zara akan peristiwa semasa di Langkawi. Cerita Puan Marina terus menyebabkan Zara semakin rindu dengan Fariz. Dia berjanji akan menjaga Fariz sehingga ke akhir hayat.. dan yang penting dia akan bersama dengan Fariz. Memberikannya apa saja yang telah mereka impikan selama ini. Itu Zara nekad. Sedang berbual dengan Puan Marina, sempat juga Zara bertanya siapa yang pernah menjadi kekasih Fariz.

Episod 17
Beberapa scene montage.. menunjukkan betapa romanticnya Fariz dan Zara selepas menjalani malam pertama mereka. Zara betulkan tie Fariz. Fariz buat breakfast untuk Zara. Zara bekerja.. tapi Fariz call dan hantar bunga ke kedai. Kemudian Fariz mendapat bunga juga dari Zara. Makan malam yang sangat romantic yang dibuat oleh Fariz di rumah dan mereka sama-sama masak. Sambil baling-baling tepung ke bagai Hari itu, Kak Diba berada di perth. Ketika ini Kak Diba sudah sangat sarat. Dia berjumpa dengan Bazli memberitahu yang dia akan balik kampong. Dia macamana pun tetap hendak bersalin di Malaysia. Bazli masih segan untuk mengatakan yang dia akan menjadi Pak Long tak lama lagi. Kemudian Kak Diba kata bukankah Bazli sudah dapat menerima mereka sebagai adiknya. Kata Bazli kadang-kadang iya.. kadang-kadang tidak. Dia memberitahu Kak Dina membayangkan 4 tahun.. dia menunggu, akhirnya berkecai. Dia cuba sedaya upaya melupakan Zara sebagai kekasih.


Episod 18
Ketika ini, Fariz terpaksa beralah lagi kerana hormatkan Pak Lang dan Mak Lang. Zara jadi serbasalah antara abang dan suami. Kemudian, Zara membawa Fariz naik ke bilik. Bazli masih memandang dengan marah. Ketika ini, mak Lang terus ke arah Bazli dan baru dia mengetahui yang Bazli masih belum dapat menerima hakikat sepenuhnya. Bazli terus keluar untuk tenangkan diri. Di rumah hari itu, Puan Marina sibuk dengan kak Nadhrah yang baru balik oversea. Kak Nadhrah dan suaminya sibuk melayan nana yang rindukan bapa saudaranya Fariz. Kata Puan Marina Fariz balik ke kampong menyambut anak saudara baru mereka. Ini menyebabkan Nana kata lepas ni Fariz mesti tak sayang dia lagi. Masa itu, nana call Angah dan menyatakan rindu. Fariz memberitahu Nana … dia akan terus sayang akan Nana. Nana kemudian tersenyum suka. Zara melihat Mak lang sedang mandikan budak. Kata Zara lama juga dia menunggu peluang itu tapi belum ada rezeki lagi.

Episod 19
Hari itu mereka sibuk semula di pejabat masing-masing. Zara sibuk dengan customernya dan Fariz pula sibuk dengan beberapa klien yang sedang menyiapkan homestay dan chalet di Langkawi. Fariz dapat call daripada Puan Marina mengingatkannya tentang majlis makan malam di rumah Tan Sri Ariffin. Puan Marina mengingatkan juga agar jangan lupa membawa Zara. off course le Fariz ketawa... takkan nak ditinggalkan isteri tersayang. Fariz terus call Zara meminta dia balik awal sikit kerana mereka kena pergi ke majlis yang dikatakan oleh Puan Marina. Zara kemudian melayani pelanggannya.. tak sedar kemudiannya dia sudah terlambat. Bergegas kemudiannya dia berjumpa dengan Redza. Fariz pula sedang berjumpa Heykal terpaksa segera balik kerana terlupa akan janjinya dengan Zara. Kerana sudah terlewat... Fariz hanya bersiap di pejabat dengan menggunakan suit yang baru dibelinya. kemudian dia segera ke rumah kerana takut lewat. Dia sampai di rumah keadaan rumah masih sepi.

Episod 20
Zara meminta maaf kerana menyusahkan Fariz dan keluarga mentuanya. Tetapi Fariz cuba memahaimi apa yang terjadi. Masa itu, Puan Marina dan Tuan Firdaus sudah balik kerana ada urusan dan memandangkan Zara pun tak ada apa-apa. Fariz mengingatkan Zara mereeka rupanya masing-masing ada background history yang gelap. kerana itu, masing-masing sentiasa berhati-hati. Zara berharap dia akan dapat melupakan peristiwa hitam dalam hidupnya itu. Hari-hari yang biasa kemudainnya, Zara ke butiknya dan mereka nampak sibuk kerana ada beberapa majlis yang perlu disiapkan pada hujung minggu itu. Jadi memang semua pekerja sudah bersedia untuk memberikan komiment terbaik agar dapat menaikkan nama Zara Kasih. Redza sampai bertungkus lumus hingga tak tidur malam kerana ingin menyiapkan designnya yang terbaik. Fariz pula didatangi oleh heykal yang memberitahu ada beberapa masalah dengan bangunan baru yang mereka menjadi constructionnya.



Episod 21
Zara meminta maaf kerana menyusahkan Fariz dan keluarga mentuanya. Tetapi Fariz cuba memahaimi apa yang terjadi. Masa itu, Puan Marina dan Tuan Firdaus sudah balik kerana ada urusan dan memandangkan Zara pun tak ada apa-apa. Fariz mengingatkan Zara mereeka rupanya masing-masing ada background history yang gelap. kerana itu, masing-masing sentiasa berhati-hati. Zara berharap dia akan dapat melupakan peristiwa hitam dalam hidupnya itu. Hari-hari yang biasa kemudainnya, Zara ke butiknya dan mereka nampak sibuk kerana ada beberapa majlis yang perlu disiapkan pada hujung minggu itu. Jadi memang semua pekerja sudah bersedia untuk memberikan komiment terbaik agar dapat menaikkan nama Zara Kasih. Redza sampai bertungkus lumus hingga tak tidur malam kerana ingin menyiapkan designnya yang terbaik. Fariz pula didatangi oleh heykal yang memberitahu ada beberapa masalah dengan bangunan baru yang mereka menjadi constructionnya. Fariz menjadi bengang kerana soal keselamatan juga


Episod 22
Fariz kemudian memberitahu Zara agar sentiasa bersama dengannya walaupun apa yang terjadi. Zara hanya mengangguk kerana merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan Fariz ketika itu. Fariz kemudian terus tertidur. Zara masih memandang ke arah wajah Fariz. Fariz ada menyimpan sesuatu rahsia. Tetapi Zara sudah malas untuk mendesak dan hanya mengharapkan yang terbaik dalam kehidupan mereka. Malam itu pulak .. entah kenapa Zara tiba-tiba terasa teringin nak makan macam-macam. katanya mungkin sebab lama juga dia tak makan di rumah Mak Langnya. Fariz pun terjaga melihat Zara yang sedang makan itu. kemudian, Fariz pun joint sekali ... ketika itu mereka terkejut apabila Mak Lang dan pak Lang sedang memerhatikan mereka. Ketika itu semua ketawa kerana semua sedang lapar. Ikut kata Fariz mula-mula dia ingatkan zara sudah mengandung kerana makan tengah malam.


Episod 23
Zara masih dalam keadaan tertanya apa yang terjadi pada malam itu. Tetapi disebabkan tak ada siapa yang mengetahui dia hanya mendiamkan diri dulu. Kemudian, mak Lang datang dan memberitahu subuh lagi Nadia sudah balik kerana menurut mak Lang nadia kelihatan gembira untuk menghabiskan kerjanya. Mak Lang siap memuji Nadia yang katanya cantik dan tak sombong. marah pulak Zara apabila Mak Lang memuji Nadia lebih-lebih. kemudian sibuk Zara menyiapkan sarapan dan sebagainya. Fariz terjaga dari tidur. kemudian handsetnya berbunyi ada berita yang diterima dan dia terpaksa ke tokyo. Fariz sedang memberitahu Heykal kalau boleh ada orang lain menggantikannya. Heykal kata memang tak boleh dan perkara ini merupakan hidup mati syarikat jika ingin terus maju di negara Jepun. Fariz hanya mengangguk .. dan mengatakan yang dia tak berapa sihat. tetapi akan settlekan perkara itu secepat mungkin. kemudian Fariz termenung seketika.

Episod 24
Kak Dina jadi
pucat dengan pengakuan Zara. Dia meminta adiknya itu bersabar dan memang dia tahu Zara sangat banyak menerima dugaan dalam hidup. Teringat juga mereka sejak kecil terpaksa survive selepas ditinggalkan ibubapa. Mereka hidup serba daif kerana mak lang dan pak lang bukanlah orang senang. Kak Dina terus menyabarkan Zara agar tidak mengambil tindakan terburu-buru. Dan yang penting juga.. Zara harus mengambil langkah bijak. kak Dina menasihatkan Zara untuk mencari kebenaran dan siapakah Nadia yang sebenarnya.. masa itu Zara menangguk. Dia memandang ke arah handsetnya mengenangkan sudah berapa hari tetapi Fariz langsung tak menelefonnya. Kak Dina hanya akan balik ke Australia sementara nanti mereka pasti akan sentiasa bersama semula apabila Kak Dina terus menetap di Kuala Lumpur. Abang Naufal juga menasihatkan Zara agar bersabar sikit. Baginya Fariz cukup baik .. sekali lagi Zara mengangguk setuju

Episod 25
Marina tidak setuju bila Fariz membawa Shira kerumah .  Shira tidak puas hati bila Puan Marina melebihkan Zara . Fariz minta tangguh jika masalah ini tidak selesai. Shira semakin marah bila Fariz memikirkan hati Puan Marina . Kehadiran Zara di rumah Dina sangat mengejutkan. Zara banyak mendiamkan diri bila Dina bertanya apa masalah Zara. Setelah bersedia , Zara menceritakan pada Dina. Dina terkejut dengan apa yang berlaku. Naufal memberitahu Fariz yang Zara ada dirumahnya dan kandungan Zara. Shira semakin gembira bila impiannya untuk memiliki Fariz semakin berjaya. Zara banyak termenung memikirkan nasibnya. Bazli juga terkejut melihat Zara ada dirumah Dina. Keadaan Zara semakin lemah bila Zara disahkan mengandung. Alahan Zara semakin teruk. Zara dikejutkan bila Fariz datang kerumah Dina. 

Episod 26

Fariz datang untuk memujuk Zara tetapi gagal. Pelbagai cara dilakukan tapi masih tidak berjaya. Fariz menghubungi Puan Marina agar dapat memujuk Zara. Puan Marina malu untuk menghubungi Zara kerana kesilapan Fariz. Demi rumahtangga anaknya Puan Marina cuba memujuk menantu kesayangan tambahan pula kini Zara mengandungkan anak Fariz. Shira semakin bengang bila Fariz tidak dapat menghubungi. Fariz terpaksa menceritakan semuanya pada Zara , demi anak dalam kandungan . Fariz tidak mahu kehilangan Zara. Pada mulanya Zara menganggap itu sebagai alasan. Bila Fariz mengambil keputusan untuk balik ke semenanjung. Zara mengambil keputusan untuk ikut Fariz balik. Puan Marina gembira melihat Zara dan Fariz telah berbaik. Shira semakin berdendam bila Fariz tidak menghiraukan dirinya lagi. Shira ternampak Zara keluar dari kereta Fariz. Shira mengambil peluang untuk melanggar Zara dan terus lari.

Episod 27
Nadia terus ke arah Zara. Zara masih lagi kaget dengan keberanian Nadia. Nadia hanya tersenyum dan memberitahu Zara agar meninggalkan Fariz. Baginya, sayangnya Zara tidak bermakna apa-apa untuk sebuah cinta pertama yang dibinanya bersama Fariz. Nadia juga menggugut yang dia takkan berdiam diri selepas ini kerana ingin melihat rumahtanga Fariz dan Zara runtuh. Semua ini kerana merasakan ini adalah haknya. Kerana marah, Zara terus menampar dan menghalau Nadia keluar dari biliknya. Nadia hanya tersenyum dan berlalu.. dia memandang sinis kepada semua staff Zara yang memandang dengan marah kepadanya. Balik ke rumah.. tiba-tiba Fariz pulak mengamuk marah kerana Zara menampar Nadia. Kali ini, Zara terus memberitahu yang dia nak berpisah dengan Fariz dia sudah tidak sanggup makan hati lagi dengan perbuatan Fariz dan Nadia. Baginya mereka boleh terus menerus dengan cinta pertama mereka. Fariz kata dia takkan lepaskan Zara kerana dia sayangkan Zara.

Episod 28
Nasib baik di hospital, kandungan Zara masih dapat diselamatkan. Zara terpaksa ditahan di hospital beberapa hari. Fariz cukup risau meninggalkan Zara bersendirian. Tetapi Zara kata takkan Nadia nak datang lagi. Tetapi bagi Fariz Nadia memang degil. Hari itu, Fariz kata dia akan datang lambat sikit.. Zara kata ok aje kerana dia pun dah sihat sikit. Fariz membuat kerja di pejabat dengan resah. Dia juga terpaksa melepaskan satu projek yang agak besar yang diperoleh dari keluarga Nadia. Nadia masih tidak berpuas hati dan menjerit seorang diri. Kemudian dia mengambil beberapa pil untuk menenangkan dirinya. Masa itu, puan Hajar datang dan menyuruh Nadia berhenti mengambil pil yang akan merangsang dia membuat sesuatu di luar biasa Nadia. Nadia tidak peduli... dia terus keluar rumah sambil menolak Puan Hajar. Nadia bawak kereta dengan laju. Di hospital, Zara sedang nak tidur. Tiba-tiba Nadia muncul. Nadia sekali lagi menyatakan yang dia hendakkan Zara mati pada hari itu.

Monday 12 October 2015

NOVEL CINTA PALING AGUNG

Semakin aku menjauh , semakin gigih kamu mendekati , 
Akukah yang terlupa , akan janji-janji pertama kita ?


Cinta Paling Agung sebuah telefilem yang telah berada Astro First Eksklusif mulai 17 Julai 2015 di saluran 480. Penulis Umie Nadzimah sekali lagi diberi kepercayaan untuk menulis novel berdasarkan cerita telefilem ini. Pada kebiasaannya adaptasi dari novel ke drama atau filem kini Telefilem ke novel. ( Satu tugasan yang mencabar. Saya beli novel ini dari penulis selepas raya yang lepas .Sebelum tu tonton telefilem dulu masa raya . Hati pun berkobar-kobar tak sabar nak dapatkan senaskah novel walaupun saya tahu jalan ceritanya. Pada saya jalan ceritanya sangat menarik. Kisah rumah tangga yang hampir hilang serinya dan berubah bila melihat sesuatu yang lebih baik. 


Cinta Paling Agung mengisahkan tentang Khairi dan Amyza yang telah berkahwin sembilan tahun dan dikurniakan seorang anak perempuan yang bernama Hanna. Namun perkahwinan mereka tidak bahagia dan semakin hari semakin bermasalah. Ulang tahun perkahwinan Amyza dikejutkan apabila Khairi menyuarakan hasrat untuk berkahwin lain. Menurut Khairi dia sudah bertemu dengan bidadari suci yang bernama Dewi . 


Kerana Dewi, Khairi sanggup membuat keputusan untuk menceraikan isterinya. Amyza yang terkejut dengan keputusan suaminya itu lalu membuat keputusan untuk bersetuju. Amyza mempunyai 30 hari dan menyelamatkan rumah tangganya. Dengan bantuan sahabatnya Muna , Amyza meletakkan beberapa Syarat sebelum bercerai .  Diantara syarat mereka , Kahiri perlu mendukungnya setiap hari seperti malam pertama mereka.

Pada mulanya Khairi berat hati untuk bersetuju dengan permintaan isterinya dan menganggap semua itu adalah mengarut. Pada Amyza dia lakukan semua itu untuk Hanna . Amyza tidak mahu Hanna tahu mereka akan bercerai. Sementara itu, hubungan Dewi dan Khairi tidak berjalan dengan lancar seperti yang disangka kerana ibu bapa Dewi kurang bersetuju dengan pilihan anak perempuannya . 

Keluarga Dewi kemudiannya menasihati Dewi bahawa perbuatan bercinta dengan lelaki yang masih berstatus suami orang adalah perbuatan yang salah. Dalam masa yang sama keluarga Dewi suka pada seorang lelaki yang bernama Reza . Dewi tersepit diantara rasa cinta dan bersalah terhadap Khairi serta ibu bapanya. Semasa pertemuan Khairi dan keluarga Dewi , ada sedikit percanggahan pendapat antara Khairi bapa ayah Dewi. Akhirnya Khairi tersedar bahawa dia sendiri tidak melaksanakan tugasnya sebagai seorang ketua keluarga untuk memimpin keluarganya ke jalan Allah. 


Amyza masih sayang dengan rumahtangganya yang berlandaskan cinta pada awalnya. Amyza tidak mengalah untuk menyelamatkan rumahtangganya disaat genting. Amyza berjumpa dengan Dewi agar jangan mengganggu suaminya lagi. Setelah berjumpa Dewi , Sangkaan Amyza terhadap Dewi adalah meleset . Amyza sendiri mengakui Dewi memang bidadari suci seperti Khairi katakan. Amyza melihat dirinya dan dia tidak seperti dewi yang sopan , cantik malah menjaga maruahnya. 

Dewi belajar untuk melumpuhkan cintanya pada Khairi dan melupakan kerana cintanya lebih berlandarkan nafsu yang menguasai dirinya. Amyza ingin menjadi bidadari suci seperti Dewi . Dewi tidak keberatan untuk membantu Amyza menjadi bidadari suci seperti Khairi impikan. Dengan bimbingan Dewi , Amyza belajar sembahyang , mengaji dan banyak lagi dengan kesungguhan hatinya.  



Khairi terkejut dan gembira bila melihat perubahan pada isterinya. Amyza mula memakai tudung dan sembahyang . Khairi sedar dia berdosa pada Amyza kerana tidak membimbing Amyza ke jalan yang sepatutnya hingga Amyza sendiri mencari Nur Islam dengan sendiri. Akhirnya Amyza berjaya kembalikan kata cinta yang lahir dari hati suaminya. 




Sinopsis dari kulit novel.
AKU TERIMA NIKAHNYA, bukan sekadar janji kepada si dia dan ibu bapanya, tetapi ikrar kepada Tuhan untuk jaga si dia dunia dan akhirat. Janji Khairi pada malam pertama, Amyza la wanita terakhir untuknya. Rumah tangga mereka tersangat indah pada awal perkahwinan. Amyza cantik, seksi dan merupakan isteri kebanggaannya. Khairi pula seorang yang kacak, bergaya dan berwang. Mereka punya anak yang comel dan bijak. Heaven! Semua orang cemburu… Entah apa silapnya, pada ulang tahun perkahwinan mereka yang kesembilan, segalanya berubah. Tiada lagi syurga rumah tangga. Khairi sudah berpaling tadah. Katanya dia sudah bertemu bidadari suci yang mengisi ruang hati dan bidadari yang boleh bawa dia ke taman syurga yang sebenar. Lalu Amyza akan disingkirkan. 

“Kenapa abang? Kenapa?” - AMYZA 
“Abang bukan miang, Myza. Abang cuma rasa yang abang ni sudah tidak ada perasaan cinta lagi kepada Myza. Hari-hari rasa kosong!” - KHAIRI 

Amyza nanar. Berpisah itu bukan kehendaknya kerana dia terlalu mencintai si suami. Segala usaha telah dilakukan, Khairi tetap tidak berubah. Betulkah perasaan Khairi telah tiada untuknya? 

“Sebelum berpisah, abang kena ikut syarat-syarat Myza…” tegas Amyza.
“Whatever…” balas Khairi selamba. 

Hati menyumpah! Tak kuasa untuk ulangi semula momen malam pengantin mereka. Semuanya sudah hambar. Pada saat genting akhirnya, Amyza mendapat idea baru untuk pulihkan hubungan. Ternyata ia membawa cahaya pada rumah tangga mereka. Tetapi mampukan idea itu mengembalikan perasaan cinta Khairi kepada Amyza? Bagaimana pula dengan bidadari sucinya? Temui segala jawapan dalam Cinta Paling Agung. Sesungguhnya cinta kepada Dia harus melebihi segalanya...

Lakonan mantap A'aron Aziz dan Siti Saleha

Trealer dari Telefilem

Jom tonton telefilem di link yang disediakan : Telefilem Cinta Paling Agung

Monday 5 October 2015

NOVEL DIA ... ISTERI AKU RUPANYA


Novel Dia.. Isteri aku rupanya sebuah novel dari penulis baru yang berbakat . Novel yang mempunyai 569 muka surat ini dari terbitan October . Novel ini dibeli pad bulan puasa yang lepas masa tu ada promosi hebat dari October. Baru berkesempatan nak buat review . Kalau minta pendapat tentang cerita ini , jujurnya pada awal penceritaan cerita ini agak longgar tetapi dipertengahan cerita semakin menarik. Percubaan cerita yang patut diketengahkan. Tahniah penulis Hash Auliaa. Jom ikuti review dari saya.



Syifa Imani gadis yang dipaksa menerima lamaran dari sahabat maknya Datin Suraya. Syifa diberi 3 bulan sebelum majlis perkahwinan itu berlangsung. 

Adi Firkash ( Akash ) seorang lelaki yang kacak dan disegani , malah kaya dikejar puluhan wanita yang gilakan kemewahan. Hidupnya yang suka bersosial merunsingkan keluarganya. Datin Suraya menyuarakan agar Akash menerima perempuan pilihannya untuk dijadikan isteri. Tetapi pilihan itu ditolak keras. Siapa sangka Akash yang terlalu sombong tiba-tiba hidupnya gelap dari segalanya. Akash yang terlibat dalam kemalangan disahkan buta. Angkara kejadian itu Datin Suraya terpaksa membatalkan perkahwinan anaknya. Berbulan Akash murung dengan nasibnya, Datin Suraya membawa Akash keluar. Disebuah restoran, Syifa berasa tersentuh apabila melihat seorang lelaki buta di herdik dan dicaci oleh seorang perempuan. Syifa mencari kekuatan untuk membantu lelaki buta itu. Syifa yang berpura-pura menjadi tunang Akash. Kejadian itu diperhatikan oleh Datin Suraya.

Namun siapa sangka , perkahwinan yang dibatalkan akhirnya berlaku dan kini bukan atas paksaan tetapi atas kerelaan sendiri. Syifa yang melayan Akash dengan penuh keikhlasan yang boleh dilihat oleh orang tuanya. Sikap Akash yang dingin dan menganggap Syifa dibayar untuk hidup bersamanya.

Syifa yang tidak berputus asa berdoa agar suaminya boleh melihat kembali. Hari berganti minggu , minggu berganti bulan perasaan cinta berputik perlahan - lahan . Kebahagian yang dimiliki oleh Akash dan Syifa tidak disenangi oleh Izora. Izora yang meminati Akash sejak dulu tidak pernah diberi peluang oleh Akash. Dengan kesombongan Akash menambahkan lagi dendam pada Izora. Tambahan pula melihat Akash bahagia bersama isterinya. Izora yang tidak berpuas hati menabur firnah hingga Akash tidak mahu memandang isterinya lagi. Sepatutnya berita gembira yang diterima oleh Syifa tetapi hari itu juga derita datang pada dirinya. 

Kuasa tuhan menentukan segalanya. Akash dapat melihat semula. Yang paling mengejutkan  keluarganya bila Akash mengusir isterinya yang banyak membantu ketika Akash buta dulu. Syifa kecewa bila Akash bertindak hingga langsung tidak mahu melihat dirinya. Selepas kecewa , Syifa bangkit semula. 

Syifa ditawarkan berkerja menjadi PA Akash menggantikan Suri yang cuti bersalin. Syifa tidak menyangka dia akan bertemu semula dan kini berkerja dengan suaminya . Tetapi ketika itu Akash tidak mengenalinya kecuali kawan baik Akash , Hakim. Syifa menyuruh Hakim merahsiakan dari pengetahuan Akash yang Syifa sebenarnya  isteri Akash. 

Akash dalam diam mencintai Syifa dan Syifa begitu juga. Dengan bantuan Datin Suraya mereka disatukan semula. Akash tidak sedar wanita yang dicintai itu adalah isterinya yang dihalau tanpa melihat syifa saat matanya boleh melihat. Saat cinta mekar berbunga tiba-tiba lelaki bernama Airil muncul dalam hidup Syifa. Airil adalah abang kandung Syifa yang hilang semasa kemalangan 16 tahun dulu. Kerana Akash tidak pernah tahu hal keluarga Syifa menimbulkan salah faham diantara mereka. Syifa bersyukur tuhan masih memberi peluang untuk berjumpa dengan abang kandungnya walaupun sudah terpisah 16 tahun. Airil yang dijaga dan diberi sepenuhnya kasih sayang dari keluarga angkat hingga berjaya. 

Airil juga gembira dia sudah mempunyai 2 keluarga yang melengkapi hidupnya. Kedua orang tua Syifa juga memafkan keluarga angkat Airil diatas apa yang berlaku. Dendam Izora tidak pernah padam bila Akash sering menolak cintanya. Dia nekad untuk membunuh Akash tetapi rancangannya gagal. Akash dan Syifa bahagia selepas apa yang berlaku.


Sinopsis dari kulit novel
Sepatutnya kami berkahwin dengan gelaran kahwin paksa, tapi akhirnya… aku putuskan untuk kahwin rela dengan dia!

Beria-ia aku menangis, menjerit, melalak dan berdoa tak nak kahwin dengan pilihan emak. Tup-tup, mama kepada lelaki itu menghubungi emak aku. Katanya, rancangan perkahwinan terpaksa dibatalkan tanpa disertakan sebab. Fuh, lega aku!
Namun siapa sangka, majlis perkahwinan yang dibatalkan akhirnya berlaku juga dan kini bukan atas keterpaksaan tapi atas kerelaan aku sendiri. Persoalannya kini, adakah aku bersedia untuk menghadapi hari-hari yang mendatang bersama dengan si dia yang tidak mengenali aku malah mencurigai niat sebenar aku kerana menerimanya sebagai suami?


“Berapa mama bayar kau?”

“Dua juta. Puas hati?”

Aku menyayangi Adi Firkash sepertimana aku seharusnya menjaga suami aku sendiri walaupun apa pun kekurangannya. Sehinggalah dia jatuh cinta dengan aku dan begitu juga aku mencintainya. Namun belum sempat aku meluahkan perasaan sebenar itu, dugaan datang sehingga menyebabkan aku berundur diri.

Dan bila tiba-tiba takdir menemukan semula aku dengan dia, adakah dia akan mengenali aku meskipun aku menidakkannya?

“Syifa Imani binti Dollah. Awak... isteri saya kan?”

“Encik salah orang. Saya bukan isteri encik. Saya belum kahwin.”

Airil Izwan datang setelah bertahun-tahun aku fikirkan dia telah pergi dan tak akan memelukku seperti zaman kanak-kanak kami dahulu. Kini… benarkah dia yang muncul di hadapanku dan mampu aku katakan betapa aku merinduinya? Lantas… adakah Adi Firkash boleh menolak rasa cemburu dek kehadiran lelaki itu sedangkan aku sendiri tak tahu kedudukan sebenar aku dalam hatinya?

“And you tell me, suami mana tak marah kalau tengok isteri dia berpeluk dengan jantan lain depan mata dia sendiri? Tell me!”