Monday 5 October 2015

NOVEL DIA ... ISTERI AKU RUPANYA


Novel Dia.. Isteri aku rupanya sebuah novel dari penulis baru yang berbakat . Novel yang mempunyai 569 muka surat ini dari terbitan October . Novel ini dibeli pad bulan puasa yang lepas masa tu ada promosi hebat dari October. Baru berkesempatan nak buat review . Kalau minta pendapat tentang cerita ini , jujurnya pada awal penceritaan cerita ini agak longgar tetapi dipertengahan cerita semakin menarik. Percubaan cerita yang patut diketengahkan. Tahniah penulis Hash Auliaa. Jom ikuti review dari saya.



Syifa Imani gadis yang dipaksa menerima lamaran dari sahabat maknya Datin Suraya. Syifa diberi 3 bulan sebelum majlis perkahwinan itu berlangsung. 

Adi Firkash ( Akash ) seorang lelaki yang kacak dan disegani , malah kaya dikejar puluhan wanita yang gilakan kemewahan. Hidupnya yang suka bersosial merunsingkan keluarganya. Datin Suraya menyuarakan agar Akash menerima perempuan pilihannya untuk dijadikan isteri. Tetapi pilihan itu ditolak keras. Siapa sangka Akash yang terlalu sombong tiba-tiba hidupnya gelap dari segalanya. Akash yang terlibat dalam kemalangan disahkan buta. Angkara kejadian itu Datin Suraya terpaksa membatalkan perkahwinan anaknya. Berbulan Akash murung dengan nasibnya, Datin Suraya membawa Akash keluar. Disebuah restoran, Syifa berasa tersentuh apabila melihat seorang lelaki buta di herdik dan dicaci oleh seorang perempuan. Syifa mencari kekuatan untuk membantu lelaki buta itu. Syifa yang berpura-pura menjadi tunang Akash. Kejadian itu diperhatikan oleh Datin Suraya.

Namun siapa sangka , perkahwinan yang dibatalkan akhirnya berlaku dan kini bukan atas paksaan tetapi atas kerelaan sendiri. Syifa yang melayan Akash dengan penuh keikhlasan yang boleh dilihat oleh orang tuanya. Sikap Akash yang dingin dan menganggap Syifa dibayar untuk hidup bersamanya.

Syifa yang tidak berputus asa berdoa agar suaminya boleh melihat kembali. Hari berganti minggu , minggu berganti bulan perasaan cinta berputik perlahan - lahan . Kebahagian yang dimiliki oleh Akash dan Syifa tidak disenangi oleh Izora. Izora yang meminati Akash sejak dulu tidak pernah diberi peluang oleh Akash. Dengan kesombongan Akash menambahkan lagi dendam pada Izora. Tambahan pula melihat Akash bahagia bersama isterinya. Izora yang tidak berpuas hati menabur firnah hingga Akash tidak mahu memandang isterinya lagi. Sepatutnya berita gembira yang diterima oleh Syifa tetapi hari itu juga derita datang pada dirinya. 

Kuasa tuhan menentukan segalanya. Akash dapat melihat semula. Yang paling mengejutkan  keluarganya bila Akash mengusir isterinya yang banyak membantu ketika Akash buta dulu. Syifa kecewa bila Akash bertindak hingga langsung tidak mahu melihat dirinya. Selepas kecewa , Syifa bangkit semula. 

Syifa ditawarkan berkerja menjadi PA Akash menggantikan Suri yang cuti bersalin. Syifa tidak menyangka dia akan bertemu semula dan kini berkerja dengan suaminya . Tetapi ketika itu Akash tidak mengenalinya kecuali kawan baik Akash , Hakim. Syifa menyuruh Hakim merahsiakan dari pengetahuan Akash yang Syifa sebenarnya  isteri Akash. 

Akash dalam diam mencintai Syifa dan Syifa begitu juga. Dengan bantuan Datin Suraya mereka disatukan semula. Akash tidak sedar wanita yang dicintai itu adalah isterinya yang dihalau tanpa melihat syifa saat matanya boleh melihat. Saat cinta mekar berbunga tiba-tiba lelaki bernama Airil muncul dalam hidup Syifa. Airil adalah abang kandung Syifa yang hilang semasa kemalangan 16 tahun dulu. Kerana Akash tidak pernah tahu hal keluarga Syifa menimbulkan salah faham diantara mereka. Syifa bersyukur tuhan masih memberi peluang untuk berjumpa dengan abang kandungnya walaupun sudah terpisah 16 tahun. Airil yang dijaga dan diberi sepenuhnya kasih sayang dari keluarga angkat hingga berjaya. 

Airil juga gembira dia sudah mempunyai 2 keluarga yang melengkapi hidupnya. Kedua orang tua Syifa juga memafkan keluarga angkat Airil diatas apa yang berlaku. Dendam Izora tidak pernah padam bila Akash sering menolak cintanya. Dia nekad untuk membunuh Akash tetapi rancangannya gagal. Akash dan Syifa bahagia selepas apa yang berlaku.


Sinopsis dari kulit novel
Sepatutnya kami berkahwin dengan gelaran kahwin paksa, tapi akhirnya… aku putuskan untuk kahwin rela dengan dia!

Beria-ia aku menangis, menjerit, melalak dan berdoa tak nak kahwin dengan pilihan emak. Tup-tup, mama kepada lelaki itu menghubungi emak aku. Katanya, rancangan perkahwinan terpaksa dibatalkan tanpa disertakan sebab. Fuh, lega aku!
Namun siapa sangka, majlis perkahwinan yang dibatalkan akhirnya berlaku juga dan kini bukan atas keterpaksaan tapi atas kerelaan aku sendiri. Persoalannya kini, adakah aku bersedia untuk menghadapi hari-hari yang mendatang bersama dengan si dia yang tidak mengenali aku malah mencurigai niat sebenar aku kerana menerimanya sebagai suami?


“Berapa mama bayar kau?”

“Dua juta. Puas hati?”

Aku menyayangi Adi Firkash sepertimana aku seharusnya menjaga suami aku sendiri walaupun apa pun kekurangannya. Sehinggalah dia jatuh cinta dengan aku dan begitu juga aku mencintainya. Namun belum sempat aku meluahkan perasaan sebenar itu, dugaan datang sehingga menyebabkan aku berundur diri.

Dan bila tiba-tiba takdir menemukan semula aku dengan dia, adakah dia akan mengenali aku meskipun aku menidakkannya?

“Syifa Imani binti Dollah. Awak... isteri saya kan?”

“Encik salah orang. Saya bukan isteri encik. Saya belum kahwin.”

Airil Izwan datang setelah bertahun-tahun aku fikirkan dia telah pergi dan tak akan memelukku seperti zaman kanak-kanak kami dahulu. Kini… benarkah dia yang muncul di hadapanku dan mampu aku katakan betapa aku merinduinya? Lantas… adakah Adi Firkash boleh menolak rasa cemburu dek kehadiran lelaki itu sedangkan aku sendiri tak tahu kedudukan sebenar aku dalam hatinya?

“And you tell me, suami mana tak marah kalau tengok isteri dia berpeluk dengan jantan lain depan mata dia sendiri? Tell me!”

3 comments:

  1. dah ada kat pasaran dah ke ???? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Aamiinaa
      Novel dah ada dipasaran . Biasanya MPH dan popular ada. kalau nak senang beli online di cotober sendiri.

      Delete
  2. Sy berminat dengan novel ini.

    ReplyDelete