Monday 16 November 2015

NOVEL KAU, AKU, KITA


" Tak pernah berlaku macam ni. Pengantin lelaki dengan pengantin permpuan , 
dua - dua nama sama. Iman Firdaus."


Sejak cerita ini mula ditayangkan di slot Listary di TV3 , Saya terjatuh cinta dengan cerita ini. Mula-mula nak biarkan je tak payah beli novel , nak tonton drama je . Tetapi saya ni jenis tak sabar nak tu episod seterusnya. Drama ini memang sesuai untuk totntonan umum dan ceritanya santai je. Apa pun tahniah untuk penulis Orkid Edyliyne kerana novel beliau berjaya mennambat hati penonton. Kita lupakan tentang drama dan berbalik pada novel. Saya berjaya juga milik novel ini beli secara online minggu lepas. Dapat tandatangan penulis. Novel setebal 374 muka surat ni memang patut dibeli. Sedikit review dari saya .

Iman Firdaus ( Iman ) terpaksa mencari kerja diluar bagi menyara adik - adiknya yang masih bersekolah. Selepas kematian ibu dan bapanya akibat kemalangan. Merata Iman mencari kerja tetapi gagal. Iman semakin tertekan bila lintah darat ( along ) mengganggunya kerana hutang yang tertunggak tidak dijelaskan. Ini membuatkan hudup Iman menjadi huru hara dikejar oleh geng lintah darat. Hinggalah satu hari Iman dikejar oleh lintah darat tiba-tiba ada seorang lelaki turut berlari bersamanya.

Iman Firdaus ( Im Aus ) seorang pelakon terkenal yang menyangka dikejar oleh peminatnya tetapi kerana nama mereka adalah sama. Sebagai pelakon terkenal Aus tidak lagi dari gosip sana sini . Terutama herion baru Ku Wafa. Aus tidak suka ditambahkan lagi daddynya Dato Ashari perlu menjaga nama baik demi perniagaannya. Sejak peristiwa itu Aus dan Iman sering bertembung. Aus cuba mendekati Iman dan berkenalan dengan adik-adiknya. Aus yang simpati melihat keluarga Iman yang serba kekurangan. Kini Aus faham mengapa Iman tidak mengenalinya dirinya sebagai pelakon kerana dirumah Iman tidak ada TV. Aus gembira bila melihat adik adik Iman suka dengan kehadirannya.

Dato Ashari marah bila gosip liar semakin berani terpampang di muka akhbar. Ini membuatkan Dato Azhari memberi kata dua berkahwin atau berhenti dari berlakon. Aus memutuskan untuk berkahwin. Berita ini menggembirakan Datin Raisya ( mummy ). Setelah diteliti Aus membuat keputusan mengajak Iman untuk berkahwin. Ini mengejutkan Iman. Aus sanggup menerima adik - adik Iman dan sekali gus melangsaikan hutang along . Dan bermulalah kehidupan mereka menjadi suami isteri.

Kerana tidak sabar untuk mendapatkan cucu Dato Azhari dan Datin Raisya , Aus dan Iman dihantar untuk berbulan madu . Di cameron Highland , Vila kepunyaan Dato Azhari pelbagai perkara berlaku diantara mereka. Adik - adik Iman dijaga sepenuhnya oleh Datin Raisya dan Dato Azhari. Segala keperluan dijaga dengan baik.

Kelakuan Iman yang agak kasar membuatkan Aus suka menyakat dan kepakaran Aus berlakon untuk mengenakan Iman kadang kala mencuit hati dan mampu melihat Iman merajuk. Keterujaan Mummy dan Daddy mendapat cucu membuatkan Aus rasa semakin stress. Setelah beberapa bulan berkahwin Iman didatangi oleh Syeen anak kepada Jonny ketua mafia lintah darat. Jonny memaksa Iman membayar hutang sebanyak 10 ribu kerana  orang tua Iman berhutang dengannya 2 ribu sebelum kemalangan dulu kerana membiayai persekolahan adik-adiknya. Ini membuatkan Iman buntu. Iman tidak berani untuk memberitahu Aus tentang perkara ini.

Reen sering menghubungi Aus. Reen juga merupakan cinta hati Aus yang pernah ditolak oleh Reen. Aus kecewa dengan Reen kerana Reen menggunakan alasan sebagai berlainan agama. selepas ketiadaan suaminya, Reen masih menagih kasih dan ingin kembali pada Aus. Iman yang menyimpan rasa cemburu bila Aus melanyan Reen dengan baik. dalam kesempatan itu Reen menceritakan pada Iman yang Reen masih cintakan Aus. Tanpa teragak agak dan percaya kata - kata Reen . Iman tidak mahu menjadi penghalang cinta Reen dan Aus. Iman mohon Aus menceraikannya.

Iman membuat keputusan untuk tinggal balik dirumah sewa lamanya. Tanpa sedar Iman terharu bila melihat Aus terlalu ambil berat terhadap dirinya. Syeen bertemu dengan Iman, menceritakan bahawa ibu bapa Iman tidak meninggal dunia lagi. Iman terkejut dengan berita yang dikhabarkan .. Syeen memberitahu semua ini angkara bapanya untuk mempergunakan Iman bila hutang tidak dapat dibayar kelak.

Iman gembira dapat berjumpa dengan kedua orang tuanya yang terlantar dihospital. Reen mohon maaf pada Aus kerana dia Aus hampir kehilangan isterinya. Reen rasa cemburu bila melihat Aus dan Iman bahagia. Dalam masa yang sama , ada perkara Reen rahsiakan. Sebenarnya Iman telah mengandung 5 minggu semasa berjumpa Reen di klinik. Iman sendiri tidak sedar bila dia sendiri tidak tahu dia mengandung. Iman hanya sedar perut buncitnya semakin membesar.

Syeen berpakat dengan Aus untuk membuat kejutan pada harijadi Iman. Iman tidak menyangka kejutan itu dari suaminya. Iman yakin Aus cintanya dan tidak akan berani untuk berpisah lagi.




Sinopsis dari kulit novel

"Kau silaplah, bro... jangan nak perasan. Iman Firdaus tu, aku, bukan kau. ke kau pun nama Iman firdaus juga?" 


Itulah permulaan dua Iman Firdaus seorang lelaki, seorang perempuan. Dua nama yang sama, manusia yang berbeza, boleh ke mereka hidup bersama? tapi itulah yang jadi. Iman firdaus aka Iman Aus, pelakon yang terkenal dan ada nama, tapi tak pula dikenali atau digilai Iman Firdaus aka Iman. Sebabnya mudah-rumah dia tak ada tv untuk dia kenal Iman Aus.

Tapi, Iman Aus si pelakon kegilaan ramai itu tiba-tiba buat idea gila dengan mengajak iman kahwin.

Kahwin! Dah Iman terkejut, tambah terkejut pula Iman apabila Aus sanggup `berkahwin' sama dengan lima adik lelakinya: Iman adrian, Iman fazril, Iman Haris, Iman razif dan Iman Asri. 

Lalu, bermulalah kisah dua Iman Firdaus, satu suami, satu isteri, hidup sebumbung dan bersama sebagai pasangan dalam dunia lakonan nyata. sebab, Aus hendakkan isteri kerana daddy aus nak dia kahwin manakala Iman berkahwin dengan Aus sebab Aus janji akan senangkan hidup adik-adiknya. Jadi, perkahwinan yang bermula dengan agenda yang sebab begini, akankah kekal untuk selamanya? Tambah bila ada syarat begini:

"Kalau aku dah jatuh cinta dengan kau, aku takkan ceraikan kau. macam tu juga sebaliknya. Aku takkan lepaskan kau, kalau kau dah jatuh cinta dengan aku. tapi kau janganlah melebih nak goda aku pula."

Jadi, dua nama yang sama, manusia yang berbeza, boleh ke mereka hidup bersama? Dua Iman Firdaus ini, agaknya bolehkah kekal bersama? 




Episod 11
Aus menyuruh Iman bersiap tetapi Aus tidak memberitahu akan pergi kemana. Iman terkejut bila dia dibawa ke klinik Reen. Aus menyuruh Iman membuat rawatan dan memeriksa sama ada Iman mengandung ke tak. Iman marah marah bila Aus tidak berbincang dengannya terlebih dulu. Cerita Aus membawa Iman ke klinik tersebar meluas. 

Episod 12
Syeen berharap agar Iman dapat mengikutnya ke satu tempat. Iman mula marah bila Syeen tidak memberitahu kemana mereka mahu pergi. Iman terkejut bila melihat mak dan ayahnya terlantar dihospital. Menurut Syeen dia telah memberitahu Aus supaya memberitahu Iman. Iman kecewa bila Aus tidak memberithu dirinya sedangkan yang sakit dihospital tu adalah ibubapa Iman. Pergerakan Syeen dikawal oleh orang- orang ayahnya. Ini menambah burukkan keadaan Iman dan Aus. Aus buntu bila Iman bersikap dingin. Reen Iman tak mahu Aus itu adalah suaminya. Iman gembira mak semakin pulih. Reen terus mengharapkan Aus memaafkan dirinya. Reen akan sanggup buat apa saja untuk menebus kesilapannya. Tetapi Aus memandang sepi perkara ini. Pergaduhan Iman dan Aus dapat dihidu oleh mummy dan daddynya. Perubahan adik-adik Iman juga turut dipertikaikan oleh mummy. Aus berjanji akan menyelesaikan masalahnya dengan Iman. Dato Azhari memberitahu dia pergi outstation selama 5 hari. Ini peluang Iman meminta untuk keluar dari rumah. Walaupun berat permintaan Iman , Aus terpaksa ikutkan permintaan Iman.


Episod 13
Aus menghantar Iman ke Kondo Aus. Aus memberitahu segala keperluan telah disediakan. Kad bank , keperluan lain juga turut disediakan. Iman menangis kerana terharu bila semua keperluan Iman , Aus buat untuknya.  Dato Ashari marah bila mengetahui Iman keluar dari rumah. Aus berterus terang yang dia dan Iman mempunyai sedikit perselisihan faham dan dia menghantar Iman ke kondo. Aus juga memberitahu ibu bapa Iman sebenarnya masih hidup. Iman membawa adik - adiknya berjumpa mak di hospital. Adik - adik gembira dapat bersama. Mak Iman memberitahu dia menunggu kedatangan seseorang. Bila Aus datang , Mak menceritakan mengapa nama Iman Firdaus diberi. sebelum Iman lahir seorang budak lelaki menjaga bayi yang dikandungkan oleh mak dan menamakan bayi itu kepada Iman Firdaus. Mak tidak meyangka Aus adalah budak lelaki itu. Mak dibenarkan pulang kerumah. Iman membawa mak ke kondo Aus. Iman terpaksa berterus terang yang Iman dan Aus sudah berkahwin.  Aus ketempat kerja Iman. Alangkah terkejutnya Ain sebenarnya Aus adalah suami Iman. Mak pergi kerumah Dato Ashari sekeluarga menceritakan semua perkara yang terjadi. Aus mohon pada Reen agar dapat menjernihkan keadaan. Hanya Reen saja yang boleh memujuk Iman. Reen berjumpa dengan Iman untuk memperbetulkan keadaan. Sebenarnya Reen rasa cemburu bila Aus dan Iman bahagia. Kerana kegagalan rumahtangganya dia cuba untuk mengeruhkan hubungan Aus dan Iman. Reen memberi tiket perlancongan moga Iman boleh tenangkan fikiran. Iman terasa sunyi dan berjalan mencari ketenangan tiba-tiba Iman ternampak kasut lamanya yang koyak dulu telah dibaiki. Tiba - tiba Aus datang menghampiri Iman. Iman gembira kerana Uas datang memujuknya. Iman sedih kerana Aus susah untuk berterus terang yang Aus cinta padanya. Iman geram yang Aus suka memperbodoh-bodohkannya. Kenapa Aus selalu sakitkan hatinya. Bila Aus melafaskan kata cinta buat kali pertama hati Iman terasa bahagia. 

Nota :
Drama ini sudah dipenghujungnya, Secara peribadi saya suka drama ini. Mungkin para pelakon berjaya menghayati cerita ini hingga cerita ini menjadi bualan ramai. Terima kasih juga kepada yang singgah dan komen di blogs ini. 

Monday 9 November 2015

PERCUTIAN KAMI DI A FAMOSA MELAKA

Kebetulan anak - anak habis peperiksaan , saya membawa anak 3 E ke satu destinasi percutian. A Famosa Melaka. Ini pun sebab hari keluarga yang dianjurkan ditempat kerja. Dah lama sangat tak buat Hari keluarga kompani ni . Mungkin sibuk dengan kerja dengan tender jadi semua bos -  bos sebulat suara membawa kakitanganya bercuti dan mengeratkan lagi silaturahim . Terima kasih pada bos - boss semua. Kali ini saya hanya membawa anak - anak saya sahaja . En suami tak dapat ikut kerana sebab - sebab tertentu. Yang paling penting dia izinkan kami pergi anak beranak. 

Lebih kurang 60 orang kakitangan yang pergi . Mereka dibenarkan membawa suami / isteri dan anak - anak . kalau anak tu ada 7  orang jadinya 7 oranglah pergi sekali . Bestkan.... Saja nak cerita tentang percutian kali ini .

 Pertama kami dapat kad jemputan dan agenda kami disana. Wahhhh!!! nampak seronokkan. 




 Kemas - kemas baju pun sudah ... Jom kita pergi bercuti. Hari pertama je dah buat perangai ... Orang janji pergi sarapan pukul 9.00 . Saya dan anak anak pukul 9.30 baru gerak dari rumah. Urusetia sibuklah call . Akak kenapa tak sampai lagi?? hihiihih .... Kami gerak pukul 10.00 pagi menaiki bas. Semua nampak gembira macam tak sabar untuk bercuti . Sampai sisana lebih kurang pukul 12.30 tengahari seperti jangkaan. 

Menikmati makan tengahhari dan ambil kunci bilik masing-masing. Penat dan kenyang jawapannya minta rehat. Lepas tu buat aktiviti sendiri. Jom tengok bilik . 







Anak - anak pun selesa dengan apa yang kami dapat. Rehat hilangkan penah dulu sebab petang ada aktiviti sendiri-sendirikan. 




Tunggu kawan-kawan untuk minum petang 


Ambil minum petang dan mencari aktiviti sendiri




Ada yang membuat permainan muzik chair dan berenang


Malam pertama tu kami dibawa ke Old West. Disana kelihatan muka dilukis seperti hantu termasuk kostium yang mereka pakai. Holowein kata mereka. Kami di jemput makan malam disana. Makanan memang sedap dan saya pun bakal menggemukkan badan ini... hihihih. 






Tuuu..  dia dekorasinya memang cantik rasa sayang nak makan. Kalau dah ambil kena makan . Selalu pesan pada anak-anak . Boleh makan berkali-kali ... membazir jangan sekali. 

Lepas tu kami dijamu dengan persembahan. macam - macam ada . Ada yang nak ambil gambar dengan reptilia ular sawar pun ada . Persembahan lebih kurang 15 minit. 




 Ada pertunjukan bunga api lepas persembahan.

Ada dianatara kawan-kawan melayan kerenah anak-anak untuk main permainan yang sediakan. Kami ada boss yang baik hati, sudi memberi percuma token untuk anak-anak. 


Ini yang kami dapat setelah mengumpul 4000 point.

Makan sudah , tengok persembahan pun sudah dan main kat luar-luar tu pun sudah kami pulang ke bilik masing- masing. Esok ada acara lagi . 

Hari kedua. Pagi kami pergi ke water Theme Park. Sarapan , mandi manda dan petang tu ada game untuk kanak - kanak dan dewasa. Jom ikuti gambar yang disediakan.  


                                       Sempat bergambar dihadapan Water Theme Park 

Hari kedua memang memenatkan . Bermandi manda dan aktiviti sukan yang disediakan oleh pihak A'famosa sendiri.



Sukaneka kanak-kanak . Saya menghantar 2 wakil... hihiihhi nampak tamak disituuuu.. 








Penat main air , makan pun sudah kaita balik bilik sebab malam nanti yang ditunggu - tunggu Annual Dinner Item ke 27 tahun. Tema Oren ye . Kita tengok siapa yang akan dapat hadiah utama untuk cabutan bertuah. 



Macam perhimpunan bersih pulak ... himpunan oren 

 Saya dapat Vacuum Cleaner Brand Panasonic 

Inilah saya dan anak- anak bawa pulang. Tetap gembira walaupun tak dapat hadiah utama. Alhamdulillah

 Inilah dia orang yang hadiah utama . Beliau membawa TV 50 inci ( TV idaman saya tu ) 


Hari terakhir kami berkunjung ke Safari Wonderland. Ini pastinya tempat kanak-kanak paling suka. Ini kerana mereka dapat melihat pelbagai haiwan dan beberapa pertunjukan seperti gajah , burung dan mamalia yang lain. 





Sempat bergambar 




Pertunjukan gajah


Selesai di safari woderland kami menikmati makan tengahari dan selepas itu kami berkemas  untuk pulang. Ahhh... memang penat , tapi berbaloi dan seronok dengan aktiviti yang telah disediakan. Tahun depan insyaallah kami akan ke Pulau Langkawi bagi merasmikan resort baru. 


Friday 6 November 2015

NOVEL BUKAN AKU TAPI DIA



Sebuah lagi novel dari terbitan october saya paparkan. Novel ini dari penulis baru . Rasanya bulan oktober ni saya membuat review untuk novel keluaran October. Novel yang mempunyai 633 muka surat . Kalau ditanya kenapa saya memilih membaca novel ini , saya akan cakap novel ini ada kelainan dari cerita cinta yang biasa.

Naskah novel ini menceritakan kisah Imza Niffira . Imza seorang gadis istimewa , Imza yang mempunyai 12 jari sering menjadi bahan ejak rakan-rakan .Disebabkan itu Imza tidak mempunyai kawan. Melukis adalah temannya. Bila di kolej dia selalu di perlekehkan oleh lelaki yang bernama Mirza Arman. Mirza Arman sangat membencinya kerana beranggapan Imza budak miskin dan tidak layak belajar di kolej mahal sepertinya.

Dalam rasa simpati Philip kawan baik Mirza Arman mencari keistimewaan Imza.  Philip kagum melihat kegigihan Imza yang pandai melukis dan tidak menggunakan kecacatan sebagai alasan. Lukisan Imza dijual dengan harga yang tinggi. Philip sengaja cuba mendekati dan ingin berkawan dengan Imza tetapi Imza enggan . Menurut Imza dia tidak sudi berkawan dengan Philip kerana Philip adalah kawan baik pada Mirza Arman yang selalu sakitkan hatinya. 

Suatu hari Imza terlanggar Mirza Arman hingga menjatuhkan koleksi puisi - puisi Niffira. Atas rasa bersalah , Imza menggantikan salinan yang yang baru termasuk sebuah CD. Mirza Arman tidak percaya bila Philip mengatakan Niffira dan Imza adalah orang yang sama. Hati kecilnya tetap mengatakan bukan Niffira bukan Imza.

Philip seorang berpegang kuat dengan agamanya kristian. Philip pelik bila dia kerap didatangi mimpi aneh dan seakan mendekatkan dirinya dengan Islam. Philip dan keluarganya . Setiap  Philip adalah pengunjung gereja yang tegar hujung minggu. Philip pernah bertanya akan maksud mimpi-mimpinya pada seorang paderi di gereja tetapi tiada jawapan yang kuat . Dengan Bantuan Amar , Keresahan Philip memakin telerai. Amar seorang lelaki yang banyak menyimpan rahsia kadang kala misteri. 

Amar pelukis jalanan seperti Imza mempunyai sejarah silap yang memilukan. Kerana terlalu kesal mengejar harta dunia dirinya terhukum dengan menerima kehilangan isteri dan anak. Amar hanya mampu menatap sekeping lukisan yang menjadi teman dan pengubat rindu. Walaupun Amar tahu masa tidak akan berputar kembali.

Selepas Philip yakin dengan pendiriannya dia memilih Islam sebagai agamanya. Amar banyak membantu Philip ( Firdaus ) sebagai orang baru. Philip mengambil keputusan untuk tinggal bersama Amar. Rahsia yang disimpan sekian lama terbongkar bila Mirza Arman datang kerumah Philip lalu ternampak gambar lukisan mamanya ( Datin Riena ) . Amar sedar Mirza Arman adalah anak yang ditinggalkan dulu . Kerana Amar juga Bekas isterinya ( Datin Riena ) terpaksa dirawat hospital kerana meratapi kesedihan , kesal mengapa suaminya sanggup meninggalkan dirinya tanpa alasan.  

Mirza Arman tidak pernah berputus asa untuk mencari Niffira . Dengan hanya sajak dan puisi Mirza Arman mampu mencintai Niffira . Ketulusan cinta yang tidak pernah pudar , akhirnya Imza membongkarkan cerita sebenar siapa Niffira. Niffira adalah Miza Niffira kakak angkatnya. Imza meminjamkan suaranya untuk mendeklamasikan puisi Miza Niffira kerana Miza Niffira tidak boleh bersuara. Miza Niffira dilahirkan normal tetapi oleh kerana menangis terlalu lama kotak suaranya pecah. Walaupun pernah melakukan pembedahan tetapi tidak berjaya. Mirza Arman percaya dan redha menerima kekurangan Miza Niffira dan sekali gus diangkat sebagai isterinya. Imza terkilan bila mendapat tahu Amar akan berkahwin semula dan bekas isterinya Datin Riena. Walaupun Imza pernah menaruh hati  dan menunggu Amar menerima dirinya. 

Ketika orang lain bahagia hati Imza terasa sunyi , Imza mencari Philip tetapi Philip menghilangkan diri kerana menyangka Imza berkahwin dengan sahabatnya Mirza Arman. Imza baru sedar dia memerlukan teman dalam hidupnya. 




Sinopsis dari kulit novel
“Di mata saya awak seorang gadis yang menarik, Imza. Senyuman awak manis sekali. Saya ni ikhlas nak kawan dengan awak.”

“Saya pun ikhlas tak nak kawan dengan awak. Janganlah nak buai perasaan saya. Saya ni bukan jenis perempuan yang cepat perasan.”

Sukarnya nak memenangi dan memujuk hati gadis bernama Imza. Mengapa susah sangat gadis misteri itu nak balas cinta aku? Seperti dalam hatinya sudah wujud tembok dan sudah diisi oleh insan lain. Adakah aku kenal gerangan lelaki istimewa dalam hatinya itu? Sungguh... aku tak dapat meneka. – Philip

“Sebab malamlah saya telefon awak. Tak boleh tidur ni, asyik teringat kat awak. Serius!”

“Peduli apa saya walau lima puluh juta kali awak cakap serius.”

“Wah, Imza! Awak ni betullah tak ada perasaan. Masakan awak langsung tak tergugat dengan kekacakan saya? Dahlah tu, saya ni macho, tough, pendek kata segala macam kelebihan ada pada saya.”

“Pendek mana yang kata? Hah, pergilah kepada pendek yang kata tu. Saya tak kata apa-apa.”

Aduh! Kenapalah lelaki ni tak faham bahasa?! Dia ingat aku tak tahu. Dia dekati aku dengan niat yang lain! Jangan fikir aku boleh tertipu la. Kalau kau syok kat aku pun, kau dah salah perempuan. Hati aku ni dah dimiliki orang lain. Hanya si dia yang aku pandang setiap hari. Tapi… kenapa si dia buat macam tak tahu? Padahal riak wajah dan pandangan mata aku sudah menjelaskan segala-galanya. – Imza.

Dalam perjalanan untuk mendekati Imza, dia menemukan pelbagai kejadian yang pelik. Sehingga keinginannya kuat untuk mengetahui maksud di sebalik kejadian-kejadian itu. Dan akhinya dia membuat keputusan untuk memilih cinta yang ‘abadi’, daripada terus berharap pada cinta ‘Imza’ yang belum tentu akan menjadi miliknya.

Benarkah sampai ke akhirnya Imza takkan pernah menyedari kehadiran Philip manakala Imza terus berharap kepada ‘si dia’ yang takkan dapat menerimanya? Dan akhirnya kebenaran tentang ‘si dia’ menghancurkan perasaan Imza. Namun selagi Imza tidak mengetahui akan hakikat yang sebenarnya, selagi itulah Imza takkan sedar yang cinta sejatinya itu masih setia menanti.

Dan Imza mengharapkan Niffira, insan kesayangannya juga menerima kebahagiaannya sendiri sekiranya kebahagiaan itu datang dengan seikhlas hati.