Friday 6 November 2015

NOVEL BUKAN AKU TAPI DIA



Sebuah lagi novel dari terbitan october saya paparkan. Novel ini dari penulis baru . Rasanya bulan oktober ni saya membuat review untuk novel keluaran October. Novel yang mempunyai 633 muka surat . Kalau ditanya kenapa saya memilih membaca novel ini , saya akan cakap novel ini ada kelainan dari cerita cinta yang biasa.

Naskah novel ini menceritakan kisah Imza Niffira . Imza seorang gadis istimewa , Imza yang mempunyai 12 jari sering menjadi bahan ejak rakan-rakan .Disebabkan itu Imza tidak mempunyai kawan. Melukis adalah temannya. Bila di kolej dia selalu di perlekehkan oleh lelaki yang bernama Mirza Arman. Mirza Arman sangat membencinya kerana beranggapan Imza budak miskin dan tidak layak belajar di kolej mahal sepertinya.

Dalam rasa simpati Philip kawan baik Mirza Arman mencari keistimewaan Imza.  Philip kagum melihat kegigihan Imza yang pandai melukis dan tidak menggunakan kecacatan sebagai alasan. Lukisan Imza dijual dengan harga yang tinggi. Philip sengaja cuba mendekati dan ingin berkawan dengan Imza tetapi Imza enggan . Menurut Imza dia tidak sudi berkawan dengan Philip kerana Philip adalah kawan baik pada Mirza Arman yang selalu sakitkan hatinya. 

Suatu hari Imza terlanggar Mirza Arman hingga menjatuhkan koleksi puisi - puisi Niffira. Atas rasa bersalah , Imza menggantikan salinan yang yang baru termasuk sebuah CD. Mirza Arman tidak percaya bila Philip mengatakan Niffira dan Imza adalah orang yang sama. Hati kecilnya tetap mengatakan bukan Niffira bukan Imza.

Philip seorang berpegang kuat dengan agamanya kristian. Philip pelik bila dia kerap didatangi mimpi aneh dan seakan mendekatkan dirinya dengan Islam. Philip dan keluarganya . Setiap  Philip adalah pengunjung gereja yang tegar hujung minggu. Philip pernah bertanya akan maksud mimpi-mimpinya pada seorang paderi di gereja tetapi tiada jawapan yang kuat . Dengan Bantuan Amar , Keresahan Philip memakin telerai. Amar seorang lelaki yang banyak menyimpan rahsia kadang kala misteri. 

Amar pelukis jalanan seperti Imza mempunyai sejarah silap yang memilukan. Kerana terlalu kesal mengejar harta dunia dirinya terhukum dengan menerima kehilangan isteri dan anak. Amar hanya mampu menatap sekeping lukisan yang menjadi teman dan pengubat rindu. Walaupun Amar tahu masa tidak akan berputar kembali.

Selepas Philip yakin dengan pendiriannya dia memilih Islam sebagai agamanya. Amar banyak membantu Philip ( Firdaus ) sebagai orang baru. Philip mengambil keputusan untuk tinggal bersama Amar. Rahsia yang disimpan sekian lama terbongkar bila Mirza Arman datang kerumah Philip lalu ternampak gambar lukisan mamanya ( Datin Riena ) . Amar sedar Mirza Arman adalah anak yang ditinggalkan dulu . Kerana Amar juga Bekas isterinya ( Datin Riena ) terpaksa dirawat hospital kerana meratapi kesedihan , kesal mengapa suaminya sanggup meninggalkan dirinya tanpa alasan.  

Mirza Arman tidak pernah berputus asa untuk mencari Niffira . Dengan hanya sajak dan puisi Mirza Arman mampu mencintai Niffira . Ketulusan cinta yang tidak pernah pudar , akhirnya Imza membongkarkan cerita sebenar siapa Niffira. Niffira adalah Miza Niffira kakak angkatnya. Imza meminjamkan suaranya untuk mendeklamasikan puisi Miza Niffira kerana Miza Niffira tidak boleh bersuara. Miza Niffira dilahirkan normal tetapi oleh kerana menangis terlalu lama kotak suaranya pecah. Walaupun pernah melakukan pembedahan tetapi tidak berjaya. Mirza Arman percaya dan redha menerima kekurangan Miza Niffira dan sekali gus diangkat sebagai isterinya. Imza terkilan bila mendapat tahu Amar akan berkahwin semula dan bekas isterinya Datin Riena. Walaupun Imza pernah menaruh hati  dan menunggu Amar menerima dirinya. 

Ketika orang lain bahagia hati Imza terasa sunyi , Imza mencari Philip tetapi Philip menghilangkan diri kerana menyangka Imza berkahwin dengan sahabatnya Mirza Arman. Imza baru sedar dia memerlukan teman dalam hidupnya. 




Sinopsis dari kulit novel
“Di mata saya awak seorang gadis yang menarik, Imza. Senyuman awak manis sekali. Saya ni ikhlas nak kawan dengan awak.”

“Saya pun ikhlas tak nak kawan dengan awak. Janganlah nak buai perasaan saya. Saya ni bukan jenis perempuan yang cepat perasan.”

Sukarnya nak memenangi dan memujuk hati gadis bernama Imza. Mengapa susah sangat gadis misteri itu nak balas cinta aku? Seperti dalam hatinya sudah wujud tembok dan sudah diisi oleh insan lain. Adakah aku kenal gerangan lelaki istimewa dalam hatinya itu? Sungguh... aku tak dapat meneka. – Philip

“Sebab malamlah saya telefon awak. Tak boleh tidur ni, asyik teringat kat awak. Serius!”

“Peduli apa saya walau lima puluh juta kali awak cakap serius.”

“Wah, Imza! Awak ni betullah tak ada perasaan. Masakan awak langsung tak tergugat dengan kekacakan saya? Dahlah tu, saya ni macho, tough, pendek kata segala macam kelebihan ada pada saya.”

“Pendek mana yang kata? Hah, pergilah kepada pendek yang kata tu. Saya tak kata apa-apa.”

Aduh! Kenapalah lelaki ni tak faham bahasa?! Dia ingat aku tak tahu. Dia dekati aku dengan niat yang lain! Jangan fikir aku boleh tertipu la. Kalau kau syok kat aku pun, kau dah salah perempuan. Hati aku ni dah dimiliki orang lain. Hanya si dia yang aku pandang setiap hari. Tapi… kenapa si dia buat macam tak tahu? Padahal riak wajah dan pandangan mata aku sudah menjelaskan segala-galanya. – Imza.

Dalam perjalanan untuk mendekati Imza, dia menemukan pelbagai kejadian yang pelik. Sehingga keinginannya kuat untuk mengetahui maksud di sebalik kejadian-kejadian itu. Dan akhinya dia membuat keputusan untuk memilih cinta yang ‘abadi’, daripada terus berharap pada cinta ‘Imza’ yang belum tentu akan menjadi miliknya.

Benarkah sampai ke akhirnya Imza takkan pernah menyedari kehadiran Philip manakala Imza terus berharap kepada ‘si dia’ yang takkan dapat menerimanya? Dan akhirnya kebenaran tentang ‘si dia’ menghancurkan perasaan Imza. Namun selagi Imza tidak mengetahui akan hakikat yang sebenarnya, selagi itulah Imza takkan sedar yang cinta sejatinya itu masih setia menanti.

Dan Imza mengharapkan Niffira, insan kesayangannya juga menerima kebahagiaannya sendiri sekiranya kebahagiaan itu datang dengan seikhlas hati.


No comments:

Post a Comment