Monday 16 November 2015

NOVEL KAU, AKU, KITA


" Tak pernah berlaku macam ni. Pengantin lelaki dengan pengantin permpuan , 
dua - dua nama sama. Iman Firdaus."


Sejak cerita ini mula ditayangkan di slot Listary di TV3 , Saya terjatuh cinta dengan cerita ini. Mula-mula nak biarkan je tak payah beli novel , nak tonton drama je . Tetapi saya ni jenis tak sabar nak tu episod seterusnya. Drama ini memang sesuai untuk totntonan umum dan ceritanya santai je. Apa pun tahniah untuk penulis Orkid Edyliyne kerana novel beliau berjaya mennambat hati penonton. Kita lupakan tentang drama dan berbalik pada novel. Saya berjaya juga milik novel ini beli secara online minggu lepas. Dapat tandatangan penulis. Novel setebal 374 muka surat ni memang patut dibeli. Sedikit review dari saya .

Iman Firdaus ( Iman ) terpaksa mencari kerja diluar bagi menyara adik - adiknya yang masih bersekolah. Selepas kematian ibu dan bapanya akibat kemalangan. Merata Iman mencari kerja tetapi gagal. Iman semakin tertekan bila lintah darat ( along ) mengganggunya kerana hutang yang tertunggak tidak dijelaskan. Ini membuatkan hudup Iman menjadi huru hara dikejar oleh geng lintah darat. Hinggalah satu hari Iman dikejar oleh lintah darat tiba-tiba ada seorang lelaki turut berlari bersamanya.

Iman Firdaus ( Im Aus ) seorang pelakon terkenal yang menyangka dikejar oleh peminatnya tetapi kerana nama mereka adalah sama. Sebagai pelakon terkenal Aus tidak lagi dari gosip sana sini . Terutama herion baru Ku Wafa. Aus tidak suka ditambahkan lagi daddynya Dato Ashari perlu menjaga nama baik demi perniagaannya. Sejak peristiwa itu Aus dan Iman sering bertembung. Aus cuba mendekati Iman dan berkenalan dengan adik-adiknya. Aus yang simpati melihat keluarga Iman yang serba kekurangan. Kini Aus faham mengapa Iman tidak mengenalinya dirinya sebagai pelakon kerana dirumah Iman tidak ada TV. Aus gembira bila melihat adik adik Iman suka dengan kehadirannya.

Dato Ashari marah bila gosip liar semakin berani terpampang di muka akhbar. Ini membuatkan Dato Azhari memberi kata dua berkahwin atau berhenti dari berlakon. Aus memutuskan untuk berkahwin. Berita ini menggembirakan Datin Raisya ( mummy ). Setelah diteliti Aus membuat keputusan mengajak Iman untuk berkahwin. Ini mengejutkan Iman. Aus sanggup menerima adik - adik Iman dan sekali gus melangsaikan hutang along . Dan bermulalah kehidupan mereka menjadi suami isteri.

Kerana tidak sabar untuk mendapatkan cucu Dato Azhari dan Datin Raisya , Aus dan Iman dihantar untuk berbulan madu . Di cameron Highland , Vila kepunyaan Dato Azhari pelbagai perkara berlaku diantara mereka. Adik - adik Iman dijaga sepenuhnya oleh Datin Raisya dan Dato Azhari. Segala keperluan dijaga dengan baik.

Kelakuan Iman yang agak kasar membuatkan Aus suka menyakat dan kepakaran Aus berlakon untuk mengenakan Iman kadang kala mencuit hati dan mampu melihat Iman merajuk. Keterujaan Mummy dan Daddy mendapat cucu membuatkan Aus rasa semakin stress. Setelah beberapa bulan berkahwin Iman didatangi oleh Syeen anak kepada Jonny ketua mafia lintah darat. Jonny memaksa Iman membayar hutang sebanyak 10 ribu kerana  orang tua Iman berhutang dengannya 2 ribu sebelum kemalangan dulu kerana membiayai persekolahan adik-adiknya. Ini membuatkan Iman buntu. Iman tidak berani untuk memberitahu Aus tentang perkara ini.

Reen sering menghubungi Aus. Reen juga merupakan cinta hati Aus yang pernah ditolak oleh Reen. Aus kecewa dengan Reen kerana Reen menggunakan alasan sebagai berlainan agama. selepas ketiadaan suaminya, Reen masih menagih kasih dan ingin kembali pada Aus. Iman yang menyimpan rasa cemburu bila Aus melanyan Reen dengan baik. dalam kesempatan itu Reen menceritakan pada Iman yang Reen masih cintakan Aus. Tanpa teragak agak dan percaya kata - kata Reen . Iman tidak mahu menjadi penghalang cinta Reen dan Aus. Iman mohon Aus menceraikannya.

Iman membuat keputusan untuk tinggal balik dirumah sewa lamanya. Tanpa sedar Iman terharu bila melihat Aus terlalu ambil berat terhadap dirinya. Syeen bertemu dengan Iman, menceritakan bahawa ibu bapa Iman tidak meninggal dunia lagi. Iman terkejut dengan berita yang dikhabarkan .. Syeen memberitahu semua ini angkara bapanya untuk mempergunakan Iman bila hutang tidak dapat dibayar kelak.

Iman gembira dapat berjumpa dengan kedua orang tuanya yang terlantar dihospital. Reen mohon maaf pada Aus kerana dia Aus hampir kehilangan isterinya. Reen rasa cemburu bila melihat Aus dan Iman bahagia. Dalam masa yang sama , ada perkara Reen rahsiakan. Sebenarnya Iman telah mengandung 5 minggu semasa berjumpa Reen di klinik. Iman sendiri tidak sedar bila dia sendiri tidak tahu dia mengandung. Iman hanya sedar perut buncitnya semakin membesar.

Syeen berpakat dengan Aus untuk membuat kejutan pada harijadi Iman. Iman tidak menyangka kejutan itu dari suaminya. Iman yakin Aus cintanya dan tidak akan berani untuk berpisah lagi.




Sinopsis dari kulit novel

"Kau silaplah, bro... jangan nak perasan. Iman Firdaus tu, aku, bukan kau. ke kau pun nama Iman firdaus juga?" 


Itulah permulaan dua Iman Firdaus seorang lelaki, seorang perempuan. Dua nama yang sama, manusia yang berbeza, boleh ke mereka hidup bersama? tapi itulah yang jadi. Iman firdaus aka Iman Aus, pelakon yang terkenal dan ada nama, tapi tak pula dikenali atau digilai Iman Firdaus aka Iman. Sebabnya mudah-rumah dia tak ada tv untuk dia kenal Iman Aus.

Tapi, Iman Aus si pelakon kegilaan ramai itu tiba-tiba buat idea gila dengan mengajak iman kahwin.

Kahwin! Dah Iman terkejut, tambah terkejut pula Iman apabila Aus sanggup `berkahwin' sama dengan lima adik lelakinya: Iman adrian, Iman fazril, Iman Haris, Iman razif dan Iman Asri. 

Lalu, bermulalah kisah dua Iman Firdaus, satu suami, satu isteri, hidup sebumbung dan bersama sebagai pasangan dalam dunia lakonan nyata. sebab, Aus hendakkan isteri kerana daddy aus nak dia kahwin manakala Iman berkahwin dengan Aus sebab Aus janji akan senangkan hidup adik-adiknya. Jadi, perkahwinan yang bermula dengan agenda yang sebab begini, akankah kekal untuk selamanya? Tambah bila ada syarat begini:

"Kalau aku dah jatuh cinta dengan kau, aku takkan ceraikan kau. macam tu juga sebaliknya. Aku takkan lepaskan kau, kalau kau dah jatuh cinta dengan aku. tapi kau janganlah melebih nak goda aku pula."

Jadi, dua nama yang sama, manusia yang berbeza, boleh ke mereka hidup bersama? Dua Iman Firdaus ini, agaknya bolehkah kekal bersama? 




Episod 11
Aus menyuruh Iman bersiap tetapi Aus tidak memberitahu akan pergi kemana. Iman terkejut bila dia dibawa ke klinik Reen. Aus menyuruh Iman membuat rawatan dan memeriksa sama ada Iman mengandung ke tak. Iman marah marah bila Aus tidak berbincang dengannya terlebih dulu. Cerita Aus membawa Iman ke klinik tersebar meluas. 

Episod 12
Syeen berharap agar Iman dapat mengikutnya ke satu tempat. Iman mula marah bila Syeen tidak memberitahu kemana mereka mahu pergi. Iman terkejut bila melihat mak dan ayahnya terlantar dihospital. Menurut Syeen dia telah memberitahu Aus supaya memberitahu Iman. Iman kecewa bila Aus tidak memberithu dirinya sedangkan yang sakit dihospital tu adalah ibubapa Iman. Pergerakan Syeen dikawal oleh orang- orang ayahnya. Ini menambah burukkan keadaan Iman dan Aus. Aus buntu bila Iman bersikap dingin. Reen Iman tak mahu Aus itu adalah suaminya. Iman gembira mak semakin pulih. Reen terus mengharapkan Aus memaafkan dirinya. Reen akan sanggup buat apa saja untuk menebus kesilapannya. Tetapi Aus memandang sepi perkara ini. Pergaduhan Iman dan Aus dapat dihidu oleh mummy dan daddynya. Perubahan adik-adik Iman juga turut dipertikaikan oleh mummy. Aus berjanji akan menyelesaikan masalahnya dengan Iman. Dato Azhari memberitahu dia pergi outstation selama 5 hari. Ini peluang Iman meminta untuk keluar dari rumah. Walaupun berat permintaan Iman , Aus terpaksa ikutkan permintaan Iman.


Episod 13
Aus menghantar Iman ke Kondo Aus. Aus memberitahu segala keperluan telah disediakan. Kad bank , keperluan lain juga turut disediakan. Iman menangis kerana terharu bila semua keperluan Iman , Aus buat untuknya.  Dato Ashari marah bila mengetahui Iman keluar dari rumah. Aus berterus terang yang dia dan Iman mempunyai sedikit perselisihan faham dan dia menghantar Iman ke kondo. Aus juga memberitahu ibu bapa Iman sebenarnya masih hidup. Iman membawa adik - adiknya berjumpa mak di hospital. Adik - adik gembira dapat bersama. Mak Iman memberitahu dia menunggu kedatangan seseorang. Bila Aus datang , Mak menceritakan mengapa nama Iman Firdaus diberi. sebelum Iman lahir seorang budak lelaki menjaga bayi yang dikandungkan oleh mak dan menamakan bayi itu kepada Iman Firdaus. Mak tidak meyangka Aus adalah budak lelaki itu. Mak dibenarkan pulang kerumah. Iman membawa mak ke kondo Aus. Iman terpaksa berterus terang yang Iman dan Aus sudah berkahwin.  Aus ketempat kerja Iman. Alangkah terkejutnya Ain sebenarnya Aus adalah suami Iman. Mak pergi kerumah Dato Ashari sekeluarga menceritakan semua perkara yang terjadi. Aus mohon pada Reen agar dapat menjernihkan keadaan. Hanya Reen saja yang boleh memujuk Iman. Reen berjumpa dengan Iman untuk memperbetulkan keadaan. Sebenarnya Reen rasa cemburu bila Aus dan Iman bahagia. Kerana kegagalan rumahtangganya dia cuba untuk mengeruhkan hubungan Aus dan Iman. Reen memberi tiket perlancongan moga Iman boleh tenangkan fikiran. Iman terasa sunyi dan berjalan mencari ketenangan tiba-tiba Iman ternampak kasut lamanya yang koyak dulu telah dibaiki. Tiba - tiba Aus datang menghampiri Iman. Iman gembira kerana Uas datang memujuknya. Iman sedih kerana Aus susah untuk berterus terang yang Aus cinta padanya. Iman geram yang Aus suka memperbodoh-bodohkannya. Kenapa Aus selalu sakitkan hatinya. Bila Aus melafaskan kata cinta buat kali pertama hati Iman terasa bahagia. 

Nota :
Drama ini sudah dipenghujungnya, Secara peribadi saya suka drama ini. Mungkin para pelakon berjaya menghayati cerita ini hingga cerita ini menjadi bualan ramai. Terima kasih juga kepada yang singgah dan komen di blogs ini. 

6 comments:

  1. novel ni best..lain dri lain...suka sngt dgn novel ni..jalan cerita yg tidak trlalu berat..bila di dramakan lgi lah minat dgn watak "Iman Firdaus"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih singgah di blog ni ....
      betul kata nattasha memang suka dengan watak Iman Firdaus.

      Delete
  2. Berapa erk harga novel ni..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf saya tak jual novel ... saya haya buat review untuk novel ini .

      Delete
  3. Banyak kali cari novel ni...moh..popular...mhsmith...sume sold out...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yang suka dengan cerita ini. pada mulanya memang saya tak buat review cerita ni ... tapi bila dah tonton 2 episod mengerakkan saya untuk membeli secara online.
      Saya cadangkan beli secara online di Fajar pakeer sendiri.

      Delete