Monday, 11 January 2016

NOVEL MY DEAR MR. DIMPLE

Tiap kali dunia seakan-akan cuba menghimpitku ,
dia datang bersama senyuman dan lesung pipit di pipi.


Ini novel kedua saya miliki dari karya penulis dan novel kedua dari pembelian expo buku di PWTC . Novel ini akan diadaptasi tak lama lagi. Sebelum tu baca dulu novel yang mempunyai 612 muka surat ini. Jom ikuti review dari saya . 

Novel ini mengesahkan Zarin Sofea merahsiakan cintanya bersama Naim . Sofea berkawan dengan Naim sejak di universiti lagi dan Naim meneruskan pengajiannya di luar negara. Sofea berkerja dengan syarikat Puan Zahlia sebagai pekerja kontrak.Sejak Puan Zahlia berjumpa dengan Sofea ada saja perkara yang kurang disenangi oleh Sofea. Kerana kerenah Puan Zahlia itu Sofea dan rakan-rakan sekerjanya memanggil Puan Zahlia dengan Angry bird. Kepulangan Naim menggembirakan menggembirakan Sofea. Hinggalah Naim melamar Sofea , tiba-tiba Sofea berat hati untuk menerimanya. Lamaran itu dibiar sepi walaupun Naim terus mendesak. Ini kerana Sofea baru mengetahui Naim adalah anak kepada majikannya , Puan Zahlia . 

Bila mengetahui Sofea mengenali Naim Puan Zahlia merancang untuk menjauhkan Naim dan Sofea. Naim ditunangkan dengan anak sahabatnya. Bagi menyakiti hati Sofea , Puan Zahlia menjemput Sofea sekeluarga dengan alasan untuk berbincang hal Sofea dan Naim. Sofea gembira dan memberitahu Mama dan Abang Long Zafril tentang undangan Puan Zahlia. Mama Dhuha turut gembira melihat Sofea. Zafril terpaksa akur walaupun hatinya meronta kerana tidak mahu melepaskan wanita kesayangannya menjadi milik orang lain. Mam Dhuha dan Zafril adalah keluarga angkat Sofea . Mak dan Ayah Sofea meninggal dunia kerana kemalangan. i Undangan Puan Zahlia bukanlah seperti yang dijangkakan malah menyakitkan hati Sofea. Naim yang di tidak dapat dihubungi rupa-rupanya bertunang dengan gadis bernama Umayrah. Datang seorang lelaki yang bernama Umar Faliq di perkenalkan sebagai tunangnya untuk mama dan abang long Zafril. Sebenarnya Sofea pernah berjumpa dengan Umar di restoran. Itupun kerana Umar menjadi pelayan dan cashier. Lebih tepat lagi Umar dipanggil sebagai ustaz lesong batu. 

Umar yang akur dengan pangkat barunya , meneruskan berjumpa dengan keluarga Sofea. Selepas kejadian itu Umar terus menghilangkan diri. Puas Sofea mencari tetapi tidak dapat dihubungi. Puan Zahlia masih tidak puas menyakiti Sofea , dia sengaja mengajak ke butik pengantin. Naim gembira dapat berjumpa Sofea tetapi Naim tiba- tiba marah bila Sofea juga menyatakan dia sudah bertunang dan akan berkahwin dengan lelaki lain. 

Umar datang kembali dan mengajak Sofea berkhawin dalam masa terdekat dengan alasan ingin melindungi Sofea. Sofea menutut tetapi dibantah oleh Zafril. Pada Zafril ,  Umar lelaki yang ada niat tak baik. Pernikahan mereka diteruskan dan majlis diadakan selepas 2 minggu pernikahan. Tak sampai 24 jam pernikahan Sofea ditinggalkan lagi oleh Umar. Oleh kerana Umar tidak menghubungi Sofea , Sofea mencari Umar di kafe alangkah terkejutnya menurut Zamri Kafe Al Faliq milik Umar.  Hari Majlis kian hampir , Sofea memohon cuti dari Puan Zahlia tetapi Puan Zahlia memberi Sofea cuti terus agar Sofea tidak mengganggu Naim. Sofea sedih bila Puan Zahlia memberhentikan kerja lalu mengadu pada suami. Umar hanya mendengar keluhan hati isterinya. Dalam masa yang sama Umar dan Sofea terkantoi dibilik dengan Datin Gina sewaktu datang mencari Umar. Datin Gina mak angkat Umar. Umar melarikan diri dari Datin Gina kerana tidak mahu Umayra terus menaruh hati dengan Umar. Umar menganggap Umayra seperti adiknya sendiri. Walaupun mereka berlainan ayah dan ibu kandung. Datin Gina menjaga Umar dari kecil lagi. Dimana Umar adalah anak kepada sahabat mereka. Umar juga dari kalangan keluarga yang berada. 

Datin Gina terkejut bila melihat keadaan itu. Umar memperkenalkan Sofea sebagai isterinya. Datin Gina gembira dan mengajak ke rumah. Sampai dirumah alangkah terkejut billa Naim turut dirumah itu. Kerana terlalu terkejut Sofea pengsan dihadapan keluarga Umar. Sofea kesal dengan apa yang berlaku. Umar dituduh menyembunyikan hubungan keluarganya. Naim sebenarnya berkahwin dengan anak Datin Gina. Adik angkat Umar . Keadaan semakin huru hara bila Naim terus mendekati Sofea. 

Naim terus hilang kawalan bila melihat Sofea bersama Umar. Pada Naim Sofea adalah miliknya. Naim terus mengganggu Sofea. Ditambah lagi bila Naim memburuk-burukkan Umar pada keluarga Mama Dhuha dan Zafril. Zafril yang terlalu percaya pada Naim termakan kata-kata Naim dan menimbulkan salah faham. Kerja Umar sebagai juruterbang membataskan Umar sentiasa menjaga Sofea. Zamri dan perkerja Kafe diamanahkan untuk menjaga keadaan Sofea. 

Gila Naim kian memuncak bila Naim sanggup mencederakan Sofea di kafe. Sofea hampir kehilangan anak dalam kandungan akibat kekasaran dari Naim. Naim yang mengalami Obsessive Relational Progression Fasa empat yang boleh menyebabkan Naim balas dendam pada orang yang menolak cintanya. Umar kesal kerana tidak mengambil berat dan sering meninggalkan Sofea sendiri. Seminggu berkampung di hospital Sofea dibenarkan pulang. Tiba-tiba dia didatangi oleh seorang lelaki dan memanggil nama Sarinah ( nama mak Sofea ). Sofea terkejut lelaki itu mengenali arwah maknya. 

Baru Sofea sedar mengapa Puan Zahlia terlalu membencinya. Kerana suami Puan Zahlia dulu pun pernah tergila-gilakan mak Sofea dan punca kemalangan itu juga berpunca dari dendam Puan Zahlia . Puan Zahlia mahu Sarinah mati dan suaminya akan kembali dengannya. Tetapi semuanya sia-sia bila suaminya menjadi gila kerana kehilangan Sarinah. Puan Zahlia sengaja menyembunyikan suaminnya di hospital kerana malu diketahui oleh orang luar. Kerana Sofea mewarisi kecantikan Sarinah , Puan Zahlia terus berdendam dan membenci Sofea. Naim turut menjadi mangsa dan mempunyai sakit seperti ayahnya sejak 6 tahun yang lalu. Umayra yang tidak tahan dengan sikap Naim turut menuntut cerai dan bercinta dengan Zamri perkerja Umar di kafe. 


Sinopsis dari kulit novel 
UMAR FALIQ. Kehadirannya secara kebetulan di majlis pertunangan versi kejutan antara Zarin Sofea dan Naim menjadi titik permulaan jodoh Umar Faliq bersama Sofea. Zarin Sofea tertipu dengan tindakan Puan Zahlia a.k.a si Angry Bird yang merupakan majikannya. Naim, anak si Angry Bird ini akhirnya ditunangkan dengan Umayra dan bukannya Sofea.

“Awak sendiri pun masih lagi belum boleh terima hakikat yang lelaki di dalam tu dah bertunang. Kalau awak tak boleh terima inikan pula ahli keluarga awak kan? Jadi… Alang-alang saya dah tolong awak tadi… apa kata, awak bagi saya teruskan?” – UMAR FALIQ.

“Awak… sedar tak apa yang awak cakapkan ni, Umar? Ini bukan perkara main-main, tahu? Ini melibatkan masa depan awak dan dah tentu-tentu masa depan saya. Awak sedia nak jadi tunang saya untuk selamatkan keadaan malam ni dan lepas kita bertunang, awak nak putuskan pulak? Macam tu?” – ZARIN SOFEA.

Tidak cukup dengan majlis pertunangan, kontrak perkhidmatannya pula ditamatkan tanpa budi bicara. Sungguh, Sofea rasa lemah. Dia hilang Naim, dia hilang kerja. Dunianya dah jadi terbalik dan semua disebabkan oleh kebencian si Angry Bird kepada Sofea!

Rentetan itu, bagaikan intuisi apabila si mr. dimple yang misteri muncul dan sentiasa ada tatkala Sofea dilanda tertekan jiwa dan hati. Biarpun bicara sang jejaka tidak banyak, tapi senyuman dan lesung pipitnya bagai pelembut hati Sofea yang lara.

Apakah penamat teka-teki punca kebencian Puan Zahlia kepada Zarin Sofea? Lalu siapakah yang mampu memiliki cinta Zarin Sofea? Adakah masih punya harapan untuk Naim? Ataupun Umar Faliq yang hadir sebagai cinta hati teruna buat si dara?







1 comment:

  1. kalau review novel ada termasuk pendapat Eizzara tentang novel ni mungkin lebih baik .... boleh guidance untuk orang yang tak pasti nak abiskan masa/duit untuk baca/beli atau tidak novel ini

    ReplyDelete