Monday 15 February 2016

LUAHAN HATI UMIE


Dah seminggu Gemuk pergi meninggalkan umi dan keluarga. Umi rindu sangat... sangat . Gemuk pergi terlalu cepat. 7 bulan Allah pinjamkan Gemuk pada Umi dan umi rasa bahagia kerana menyayangi Gemuk. Babah cakap babah tak mahu bela kucing lagi. Sebab kucing yang babah sayang semua pergi tinggalkan babah. Babah sedih tau , mati tak tahu punca... Hari ini elok main esok sakit dan hari berikutnya mati. Bukan Gemuk je tapi Jingga , Panjang dan Kontot dalam masa seminggu. Hati siapa yang tak sedih . 

Umi beli sangkar yang cantik & vitamin yang baik untuk kesihatan . Setiap bulan dan kalau ada rezeki lebih babah pasti beli makanan sedap untuk Gemuk dan yang lain. Babah kata kerana anak bulus babah yang mendoakan rezeki , Jadi mereka perlu dihargai juga. kadang kala Kak Ija cemburu sebab kak Ija kata semuanya untuk Gemuk. Kini....
Sudah tak ada lagi penunggu pagar sebab tunggu umi balik kerja.
Sudah tak ada lagi peneman babah duduk dalam kereta.
Sudah tak ada lagi aktiviti mandi hujung minggu.
Sudah tak ada lagi aktiviti gosok - gosok manja.
Sudah tak ada lagi aktiviti groming bulu sebab Gemuk pemalas. harap Umi sikat bulu yang mudah kusut.
Sudah tak ada lagi burung layang- layang depan pintu sebab setiap malam Gemuk akan menjadi pemburu . 
Sudah tak ada lagi telur pecah sebab Gemuk suka curi dan makan telur mentah. 
Sudah tak ada lagi umi nak bising-bising bila Gemuk suka kencing kat kain lab kaki depan bilik air. ( Setiap kali umi bising kenapa tak nak kencing dalam bilik air macam kucing yang lain. Babah mesti marah umi kenapa nak bising-bising . tukar je yang baru dan yang kena kencing tu nanti cuci. ) 
Kini sangkar Gemuk dah kosong seperti hati umi turut kosong. Kucing lain sudah tak mahu masuk dalam sangkar tu sebab turut bersedih dan .... mereka juga meninggalkan Umi... kenapa Jingga , panjang dan kontot ikut Gemuk.... Gemuk sengaja buat Umi sedih kan...

Sekarang Umi hanya ada sepet. Jangan bawa Sepet cukuplah kesedihan umi .. Jangan bawa ikut Gemuk lagi. Tinggalkan sedikit senyuman untuk Umi. Babah kata pada Umi , tak perlu sedih sebab Gemuk akan tunggu Umi dan Babah kat Syurga bersama Milo dan yang lain - lain. Umi pegang kata- kata babah ... yang kita kan jumpa di Syurga nanti. 

No comments:

Post a Comment