Thursday, 17 March 2016

NOVEL SUAMI TANPA CINTA

“Tidak sempurna KITA kalau tidak bersama, 
tapi kalau KITA bersama, ia lebih dari sempurna.”

Sekali lagi novel dari penulis Syamnuriezmil terpilih dalam drama adaptasi selepas kejayaannya dari novel dan drama Tuan Anas Mikail . Kali ini nak cerita tentang novel Suami tanpa cinta. Cerita yang tidak terlalu berat masih lagi mengekalkan kisah kekeluargaan dan cinta. Novel yang agak tebal 800 muka surat ini memang best.  

Novel ini mengisahkan Zaidan Iman ( Aid ) dan Ain Syifa ( Ain ) Mereka berdua berkawan sejak dari zaman sekolah. Namun demi menyelamatkan perniagaan keluarga, mereka mengambil keputusan untuk berkahwin dan menggabungkan syarikat mereka.


Keputusan mereka disambut baik oleh kedua belah pihak walaupun agak terkejut apabila mereka membuat keputusan mengejut. Sebab sebenar mereka membuat keputusan berkahwin hanya diketahui oleh Suffian ( papa Ain ) , Zainal ( Ayah Aid ) dan Rafael sahaja. Namun Aid dan Ain tidak memberitahu keadaan sebenar takut kesihatan Mama Ain terjejas bila mengetahui perkara sebenar.  Zaidan iman adalah suami tanpa cinta Ain Syifa. Perkahwinan mereka bersyarat , apabila jatuh talak ke atas ain, maka syarikat mereka adalah hak milik mutlak Ain Syifa dan Aid tiada lagi hak ke atas syarikat itu. Oleh itu, Aid dan Ain harus memastikan bahawa perkahwinan ini kekal untuk selamanya. 

Ain cuba belajar untuk mencintai Aid , En. Suffian menasihatkan Ain belajar menerima cinta dari Aid. Malah cara terbaik Ain mengajak Aid belajar bercinta. Suatu hari Ain dan Aid menghadiri majlis perkahwinan Zehra dan pasangannya. Tetapi alangkah terkejut bila majlis itu dibatalkan kerana zehra diceraikan selepas sehari majlis pernikahan. Ain semakin takut untuk berkahwin kerana adakah Ain akan menerima nasib yang sama. Atas kata-kata semangat Aid , Ain yakin Aid akan mencintai dianya. 

kehidupan mereka semakin hari semakin ceria dan bahagia. Mereka memang saling melengkapi antara satu sama lain. pelbagai cara yang dilakukan oleh Aid agar ain jatuh cinta padanya. Aid sedar, si isteri sudah mula mencintainya cuma masih belum mampu untuk mengungkapkan kata cinta itu kerana masih lagi keliru dengan apa yang di rasa. namun, kerana kisah silam Ain sukar untuk membuka hatinya untuk mencintai Aid.

Baru berkahwin 1 bulan Tok Irah sibuk bercerita tentang cucu , Jika Ain tidak mengandung , Tok Irah ingin menjodohkan Aid dengan Nurul ( cucu angkat Tok Irah ). Pada pendapat Tok Irah Nurul yang mempunyai ramai adik beradik pasti tidak mempunyai masalah untuk mengandung dan akan mempunyai anak ramai berbanding Ain sebagai anak tunggal. Takut susah untuk mengandung dan generasi tidak berkembang. Dalam masa yang sama Nurul juga menyimpan hati pada Aid tetapi ditolak oleh Aid kerana menganggap Nurul seperti adiknya. Ain berkecil hati bila Tok Irah suka membanding-bandingkan dirinya dengan kesempurnaan Nurul. 

Kini Aid sudah pandai berahsia ini membuatkan Ain mencurigai Aid. Tambahan pula mengenai Nurul. Ain akan lebih tersinggul . Ain akan menjadi lebih sensitif bila Aid menyebut nama Nurul. Sehingga Ain sanggup merelakan Aid untuk berkahwin dengan Nurul jika Ain tidak boleh mengandung. 

Dalam masa yang sama , Ain tidak pernah putus asa untuk mencari tip dan cara untuk mengandung lebih cepat di internet dan meminta nasihat dari ibu dan mama. Ain pergi membuat pemeriksaan doktor . Belum sempat mendapat keputusan pemeriksaan , Ain mendapat satu panggilan dari Nurul . Belum sempat bercakap , talian putus dan Ain membuat kesimpulan sendiri.   

Kerana satu panggilan yang tidak jelas dari Nurul , Ain menjadi tidak tentu arah dan meninggalkan satu nota. Ini membuatkan Aid semakin mengelabah kerana Ain telah meninggalkannya. Sebenarnya Nurul  membuat panggilan ingin memberitahu berita gembira yang Tok Irah bersetuju dengan pilihan Nurul. Pemanduan Ain ke Lumut mengejutkan Ain bila berjumpa Zehra. Dengan nasihat Zehra , Ain baru sedar tindakan meninggalkan Aid adalah salah. Perjalanan ke hotel tiba-tiba Ain kemalangan. Aid bersyukur kerana Ain selamat . Aid tahu Ain sudah lama mencintainya. Mama memberitahu Aid sebenarnya Ain sudah lama mempunyai penyakit Love Attack pada Aid. Aid gembira menerima berita itu tambahan puala kini Ain sudah mengandung. 

Aid memberitahu hal sebenar tentang Nurul kononnya ingin membuat kejutan pada Ain . Nurul sebenarnya akan dijodohkan dengan Syafik @ abang apek . Ain berjanji dia tidak akan mengulanginya . Kini Ain mengaku dia sudah mencintai suaminya.  Pada Aid hidupnya tidak sempurna jika Ain tiada disisinya. 



Sinopsis dari kulit novel

“Cinta yang sempurna, bila kita dicintai dan mencintai. Cinta yang sejati, bila kita gembira melihat insan yang kita cintai bahagia walaupun bukan bersama kita. Cinta yang poyo... bila dia cintakan aku, dan aku tahu aku juga cintakan dia, tapi aku tak boleh cakap aku cinta.”

Ain Syifa, seorang yang berhati kering. Dia memang langsung tidak punya perasaan tetapi, dia minta dikahwinkan kepada Zaidan Iman tanpa rasa cinta. Dengan cara ini saja, syarikat keluarganya boleh diselamatkan.

Kata Ain Syifa, “Cinta itu hanyalah emosi dan dia tiada emosi!”

Kata papa, “A successful marriage will make a successful business. So, in order to get both, make sure your marriage is successful.”

Kata mama, “Ingat, Aid tu bakal suami Ain, syurga Ain. Jangan buat kahwin macam business.”

Kata Ustaz Abdul Rahim, “Dilarang untuk main-main atau bergurau tentang tiga perkara iaitu cerai, nikah dan rujuk. Talak atau penceraian itu adalah sesuatu yang halal tapi yang paling dibenci Allah SWT.”

Kata Zaidan Iman, “Belajar cemburu sama tau... cemburu tu tanda pengukur cinta pada suami atau isteri. Macam ustaz cakap tadi tu, tak ada orang nak bagi syurga dia pada orang lain.”

Apakah perlu ada cabaran untuk menyintai Zaidan Iman? Atau perlu hadir cinta kedua, untuk membuktikan cinta pertama? Tidak sempurna cinta, tanpa dia...

“Tidak sempurna KITA kalau tidak bersama, tapi kalau KITA bersama, ia lebih dari sempurna.”






Promo episod 1 - 4

Episod 1 



Episod 2



Episod 3



Episod 4



Promo episod 5 - 8

Episod 5

Episod 6

Episod 7

Episod 8

Promo episod 9 - 12


Episod 9

Episod 10

Episod 11

Episod 12



Promo Episod 13- 16 ( akhir )



Episod 13
Dikampung Nurul terlalu rapat dengan Aid. Ini mengundang rasa cemburu pada Ain. Ain meneliti perbualan Tok Irah hajatnya tidak kesampaian bila Aid berkahwin dengan perempuan lain. Pada awalnya Tok Irah ingin menyatukan Aid dengan Nurul. Tok Irah Khuatis Ain tidak dapat melahirkan anak kerana Ain anak tunggal dan keluarga tidak berkembang. Perbualan Tok Irah berlanjutan hingga ke mimpi. Ain menyurakan juga dia tidak boleh melahirkan anak dia sanggup undur diri dan menyuruh Aid kerkahwin dengan nurul. Aid terasa hari bila Ain sanggup melepaskan kasih sayangnya pada orang lain. Selepas kejadian itu Aid masih merajuk . Ain cuba memujuk tetapi gagal.

Episod 14
Aid dan Adura pergi mesyarat bersama. Aid ingin mencungkil rahsia Adura. Mengapa Adura benci pada cinta. Adura takut jika Uzair tahu dia anak luar nikah Uzair akan lari seperti lelaki lain. Rafael mencari linda tetapi tidak dapat. Ini memeningkan kepala Rafael. Atas kerana desakan Rafael , Ain memberi alamat Linda pada Rafael. Ain terus rasa tertekan dengan kata-kata Tok Irah hingga dibawa mimpi yang Nurul akan merampas Aid dari  Ain. Ain mencari tip-tip untuk mengandung . Ain menghubungi mummy dan bertanya mengapa mummy hanya ada seorang anak . Mummy menceritakan apa yang berlaku dan mummy juga menasihatkan Ain tidak perlu risau. Adura menceritakan hal sebenarnya tentang dirinya dan Uzair terkejut . Uzair terus bangun meninggalkan Adura. Adura sedih dan beranggapan semua lelaki sama. Linda menceritakan Rafael mencarinya. Dalam masa yang sama Rafael terserempak dengan Harris. Rafeal kecewa tiba-tiba Linda menghubunginya yang Linda sebenarnya memilih Rafael untuk teman hidupnya. Rafael gembira dan tak sabar untuk memberli cincin perkahwinan.Rafaael membawa Ain untuk mencari cincin dengan kebenaran Aid.   

Episod 15
Syafik ( abang Apek ) berterus terang pada Nurul . Dia melamar Nurul untuk dijadikan isterinya. Nurul memberitahu agar diberi masa untuk berfikir. Nurul meng hubungi Aid dan meminta pandangan Aid tentang Abang Apek. Aid merasa lega jika Nurul berkahwin dengan Abang Apek dia tidak akan jadi mangsa untuk dikahwinkan dengan Nurul. Aid berjanji akan membantu Nurul untuk berkahwin dengan Abang Apek. Uzair nekad untuk memperisteikan Adura walaupun dia tahu status Adura anak luar sah taraf. Adura gembira Uzair dapat menerimanya seadanya. Perubahan Aid yang mula berahsia membuatkan Ain rasa kecil hati. Perubahan Ain dapat dilihat oleh Linda dan Adura. Linda menghubungi Aid , dia memberitahu Ain curiga dengan Aid . Aid membuat kejutan pada Ain membuatkan Ain terharu menerimanya

Episod 16
Ain mengamuk bila salah satu projek dilaporkan runtuh ketika itu Rafael dan Uzair ada dalam mesyuarat. Perang dingin dilancarkan oleh Ain pada Aid. Aid terkejut bila Ain mula menyuarakan cerai. Rafael menasihatkan Ain jangan terlalu mengikut emosi. Aid tidak pulang kerumah .Ain menunggu kepulangan Aid yang tidak muncul. Oleh kerana keadaan tidak reda Aid meminta tolong dari bapa mertuanya untuk memujuk Ain. Ain membuat keputusan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa dan tidak mahu mengambil tahu urusan syarikat. Aid baru sedar yang dia mengimamkan solat Ain selama 2 bulan ini dan menyuruh Ain membuat pemeriksaan. Nurul menghantar mesej mengatakan Tok irah sudah bersetuju untuk majlisnya tetapi Ain salah anggap. Keesoakn hari Ain membuat pemeriksaan tetapi doktor memberi tahu keputusannya negatif. Dalam perjalanan pulang Ain kemalangan. Dokktor mengesahkan Ain tidak mengalami apa apa kecederaan dan doktor memberitahu Ain mengandung. Ain mohon maaf kerana terlalu curiga pada Aid. Perkara yang disembunyikan selama ini adalah ingin membuat kejutan pada Ain tentang perkahwinan Nurul dan abang apek. Tetapi Aid tidak sangka Aid cemburu . Kini Ain yakin dengan cintanya Malah Ain juga berani melafazkan kata cinta pada Aid.


2 comments:

  1. mengenai episode 16 suami tanpa cinta ni, saya tak faham sgt la.. kenapa mula2 doctor ckp ain tak mengandung? lepas kemalangan tu baru mengandung?? dlm novel ade terangkn tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. episod 16 tu
      sebenarnya masa Ain buat ujian air kencing masih tak dapat nak tahu dia mengandung. selain itu doktor suruh buat ujian darah. Untuk memastikan dia mengandung ke tidak. Belum sempat ujian laporan ujian darah kuar Nurul call bagi tau Ain yang tok bersetuju dia kahwin. Ain Ingat , Nurul akan kahwin dengan Aid sebenarnya Nurul akan kahwin dengan seppupu Aid , kerana salah faham Ain kuar dari klinik dan kemalangan. Masa dalam wad keputusan ujian darah tu dapat dan doktor mengesahkan Ain mengandung.

      Delete