Saturday 9 July 2016

RAMADHAN AKU 2016

Alhamdulillah.... Ramdhan yang ditunggu tiba dan disambut dengan kesyukuran.Sebagai seorang umie, saya mengimpikan menyediakan Juadah berbuka puasa dan bersahur dengàn air tangàn sendiri.

Bulan puasa saya rasa lebih bersyukur , Allah menyempurnakan impian saya . Di bulan ramadhan ni kami berkumpul sekeluarga. Makan sama-sama, berkongsi makanan walaupun sedikit itu dah cukup membahagiakan. Saja nak berkongsi 30 hari ramadhan menu juadah kami. Sepuluh hari pertama dengan penuh semangat.

Ramadhan pertama
Masak lemak ayam lemak cili padi.

Ramadhan kedua
Masak paru bercili

Ramadhan ketiga
Masak ketam maak merah


Ramadhan keempat
Masak daging kari

Ramadhan kelima
Masak bawal masak pedas

Ramadhan Keenam
Masak kicap ikan cencaru

Ramadhan ketujuh
Masak ayam kari

Ramadhan kelapan
Masak udang sambal petai

Ramadhan kesembilan
Masak ikan kembung lemak cili padi

Ramadhan kesepuluh
Masak ayam sambal

Memang bestlah bila sepuluh hari pertama saya mampu masak untuk juadah berbuka puasa untuk anak - anak dan suami. Bila hari ke sebelas aku mula membeli kerana kesihatan yang kuràng membantu. Doktor kata aku diserang over stress BP 180/110. Mungkin kerja yang terlalu banyak dan tekanan yang tidak dapat dielakkan. Sejak itu saya jarang memasak. Doktor juga menasihatkan agar terus mengambil ubat secara berterusan. 

Nak cerita sikit ramadhan ke 17 saya mengambil keputusan untuk berbuka puasa iluar. Penat bershopping raya kami singgah di sebuah restoran pappa rich selayang mall. Anak - anak teruja dengan memesan makanan mereka. Berbuka dengan penuh semangat tetapi aku makanan yang dipesan tak kunjung tiba. Saya mengambil keputusan untuk membatalkan pesanan dan membayar makanan yang kami terima.  Saya faham mungkin ramai orang hingga makanan saya pesan tertingal. Oleh kerana kesilapan pihak restoran says diberi diskaun tanda pihak restoran memohon maaf. 


Saya masih ingat lagi muka pelayang restoran ketika itu. Muka rasa bersalah kerana kelalaiàn mereka. Mungkin kerana tàkut saya mengadu ke pihak pengurusàn mereka atas kelalaian mereka.

Nak cerita pasal persiapan raya. Kami hanya buat persiapan yang sederhana. Baju raya kami tak beli baru. Malah memakai semula baju lama. Bak Kata anak lelaki saya " kita pakai baju tahun dulu semalam ( dua tàhun lepas). Itu untuk anak lelaki dan suami manakala anak perempuan dan saya memakai baju tema dimajlis perkahwinan anak buah yang lepas. Jimatkan.... Yang penting warna masih sedondon.

Kueh raya ini part paling suka. Setiap tahun saya akan mengambil cuti tahundengan alasan buat kueh raya tapi habuk pun tak ada. Tahun saya mencuba satu resepi di internet. memang menjadi. Crunchy Caramel namanya. Bahan yang mudah dan cepat.


Dapat 3 balang juga, 1 balang akan saya bawa ke rumah mak mertua bagai buah tangan. Tahun ni kami beraya di Temerloh Pahang. Tempat kelahiran En. Suami. Sejak arwah mak dah tak ada kami sebulat suara untuk beraya dipahang setia tahun. Lepas tu kami akan ke Perak menziarah kubur arwah ayah , mak , kak ana dan Abang din. 

Itulah cerita bulan ramadhan saya sekeluarga. Jumpa dan ikuti kisah saya dan keluarga meraikan bulan kemenangan  dibulan Syawal . 

No comments:

Post a Comment