Saturday 14 January 2017

NOVEL RED VELVET

Mungkin dia tak sweet macam kek bergula ,
Tak berharta seperti putera raja , 
Tapi cintanya yang paling manis di jiwa. 

Novel Acik Lana lagi.. Red Velvet novel yang bakal diadaptasi. Sebenarnya novel ini saya beli dari kakinovel sendiri. Novel yang mempunyai 566 muka surat ini satu novel santai dan mudah dihadam ceritanya.  Pada pendapat saya cerita novel Red Velvet ni kurang menyengat dari novel sebelumnya. Jom ikuti review ringkas dari saya. 

  Halena Dato Fauzan , baginya mencintai seseorang dengan sepenuh hati adalah perjuangannya. Memiliki cinta Fareeq adalah impiannya. Menjalinkan hubungan selama 2 tahun tanpa rasa bersalah bila Fareeq adalah suami kepada Suhaili. Cinta tidak mengenal siapa , yang penting Halena bahagia dan hanyut dalam cinta. Setelah 2 tahun Fareeq melamar Halena untuk dijadikan isteri. Inilah perkara yang Halena tunggu dari mulut Fareeq. Perhubungan Halena dan Fareeq dapat dihidu oleh Dato Fauzan dan Isteri Fareeq. Suhaili merayu agar Helena menjauhkan diri dari suaminya. 

Bagi memisahkan Halena dan Fareeq , Dato Fauzan memutuskan agar Halena dihantar ke Jepun untuk sambung belajar. Keengganan Halena menerima cadangan keluarganya. Halena nekad untuk melarikan diri dan merancang berkahwin dengan Fareeq di Thailand. 

Tetapi janji tinggal tanji ,Fareeq tidak berpegang pada janji. Helena kecewa setengah mati. Kerana tidak boleh terima kenyataan Fareeq sepatutnya datang tetapi bayang pun entah kemana Helena nekad untuk membunuh diri. 

Disebuah kaki bukit jarang ada pengunjungnya lelaki bernama Izzat berehat mencari ketenangan. Entah kenapa malam itu kelibat seorang perempuan yang putus harapan ada didepan mata. Ketegasan Izzat  membuatkan Halena kecut perut. 

Helena dibenarkan tinggal dengan keluarga Izzat memandangkan Helena sebatang kara disitu. Oleh kerana Izzat kekurangan orang di bekerinya, Halena diambil kerja. Helena yang kreatif dengan deko cup keknya membuatkan Izzat suka. Hubungan mereka semakin rapat dan Helena sangat suka kek red velvet yang dibuat oleh Izzat. Oleh kerana Helena suka kek Red Velvet Izzat. Izzat mengajat Helena cara membuat kek kegemarannya. Izzat sebenarnya tidak pernah mengajar orang lain untuk membuat kek red velvet kecuali Helena. 

Helena rasa senang hidupnya tanpa Fareeq tetapi sejak kebelakangan ini Fareeq dapat menjejaki langkahnya. Fareeq terus merayu agar Helena terus bersamanya. Tak cukup dengan Fareeq Suhaili turut merayu agar Helena menjauhkan diri dari suaminya. Kerana salah faham Izzat yang turut menyaksikan rayuan Suhaili merasakan dirinya tertipu dengan helah Helena. Izzat cuba menjauhkan diri darinya. Ini membuatkan Helena sedih. 

Tidak cukup dari itu rahsia Helena terbongkar lagi bila papa Halena datang ke bakeri Izzat. Izzat tidak menyangka sebenarnya Helena anak seorang yang berpengaruh. Dengan hati yang terluka Halena terpaksa mengikut papanya dan diterbangkan ke Jepun untuk sambung belajar. Halena kecewa Izzat tidak memberi peluang untuk Halena membela diri. 

3 tahun berlalu , Halena balik ke Malaysia untuk bercuti. Halena merencana untuk bercuti dengan kawan-kawannya termasuklah zati di sebuah pulau. zati meminta izin dengan Izzat untuk bercuti berkawan. Semua ini telah dirancang. Selepas Izzat dan Halena putus , Izzat sukar untuk menerima perempuan lain. Pernah Izzat rapat dengan Syafikah tapi hubungan mereka tidak kekal lama. 

Selama ini Izzat tidak pernah melihat IG zati walaupun dia tahu zati aktif dengan lama sosial. Satu hati Izzat  menjadi Stalker IG zati untuk mengesahkan Halena sudah pulang ke Malaysia. Sangkaan Izzat betul bila Halena adalah perempuan di tembuk bukit tempat pertemuanya pertama dulu. 

Seminggu sebelum cuti Helena habis . Halena mengajak Zati keluar tetapi Halena terkejut bila orang yang dinanti tidak kunjung tiba tetapi yang datang wajah yang dirindui selama ini. Sejak itu Halena dan Izzat hubungan mereka menjadi rapat kembali. Izzat tidak mahu melepaskan Halena pergi. Izzat nekad untuk mengikat Halena dengan perkahwinan. 

Sebelum itu Halena perlu berdepan dengan Datuk Fauzan. Hasrat Izzat disampaikan oleh Halena pada Datuk Fauzan. Tetapi yang mendebarkan Halena bila Izzat disuruh datang berjumpa untuk Datuk Fauzan sendiri. Halena tahu Datuk Fauzan tidak pernah suka pada Izzat kerana tidak setaraf. Tetapi Halena gembira Datuk Fauzan berbesar hati menerima Izzat sebagai menantu selepas perjumpaan dua mata Izzat dan Datuk Fauzan. 

Bersyukur akhirnya mereka disatukan setelah apa yang mereka lalui. Kerana Helena tercipta untuk Izzat dan Izzat tercipta untuk Helena. Bukan stakat hari ini , tapi dengan izin Allah semiga kekal ke akhirnya. 


Sinopsis dari kulit novel
Helena tidak mempedulikan tohmahan mahupun kata-kata nista orang sekeliling bila dia ingin berkahwin dengan Fareeq yang merupakan suami orang. Lantaklah! Janji dia bahagia. Malangnya, Fareeq tidak menepati janjinya untuk mengahwini Helena. Perbuatannya itu menyebabkan Helena kecewa setengah mati.
Dalam mengharungi kehidupannya yang huru-hara, Helena bertemu dengan Izzat yang sinis, ego, berlagak tak bertempat. Semua ini menambahkan kekusutan di kepala Helena. Baker bajet hot yang bekerja di bakeri cabuk itu sentiasa mencari pasal dengan Helena. Ada sahaja yang tak kena di matanya. Dan keadaan semakin tegang apabila keadaan memaksa Helena bekerja dengan Izzat di bakeri yang sama. 
Hinggalah… hati mereka bertaut dengan kasih. Namun, rahsia Helena terbongkar sewaktu mereka berdua asyik menyulam cinta. Macam mana bila lelaki yang anti homewrecker, berdepan dengan homewrecker itu sendiri?
“Mungkin dia tak sweet macam kek bergula, Tak berharta seperti putera raja, Tapi cintanya yang paling manis di jiwa.”

No comments:

Post a Comment