Monday, 6 February 2017

NOVEL DATE ME

.. For ten times 

Novel ini saya beli semasa expo buku di PWTC yang lepas pertengahan bulan 12 2016. Ingat nak jumpa penulis tapi tak berkesempatan ketika itu. Walaupun tak jumpa penulis saya tetap beli novel ini kerana saya mengikuti perkembangan karya barunya. Merujuk pada novel Date me ( tajuk omputih tapi novel melayu yeee ). Pada yang pernah baca novel 1 Pengakuan 1 Luahan mesti tahu siapa Mr. Red penulis novel pujaan Dhira dan Fie Fie ( Umairah ). Novel ini mengisahkan kisah kehidupan Mr. Red ( Redza ).  Novel yang mempunyai 652 muka surat akan menemui perjalaan percintaan Mr. Red dan Kaysa Adara. 

Jom ikuti review dari saya. Redza dikenali sebagai Ed dintara rakan mengunakan Mr. Red sebgai nama pena. Ed seorang penulis novel yang penuh dengan misterinya. Selain itu Ed mempunyai sebuah kafe yang diberi nama Mr. Red's Territory. 

Di Mr. Red's Territory juga menempatkan semua pelancaran setiap novel yang diterbitkan. Pelancaran yang exklusif seramai 20 orang tempat dikhaskan disetiap event. Pertemuan didalam satu insiden yang tidak disangka dengan Kaysa Adara di Kundasan dipanjangakan dengan date - date yang diberi nama tersendiri. 

Pada permulaan Kaysa suak pada Ed yang penuh dengan misteri. Kaysa cuba mendekati lelaki yang dianggap misteri. Ed mengupah Wafi untuk tahu siapa Kaysa Adara sebenarnya. Bila Ed tahu siapa Kaysa , Ed menggunakan Kaysa untuk mempercepatkan lagi rancangan yang telah dirancang. Kaysa lebih teruja untuk berkawan dengan Ed. Tanpa pengetahuan Kaysa , Ed mengambil peluang untuk merelisasikan impiannya dengan mengenali Kaysa. 

Oleh kerana Kaysa bersetuju berkawan dengan Ed, Ed meletakkan syarat agar mereka meletakkan 10 date. Andai dalam masa mereka bersama Kaysa mempunyai pilihan lain, Ed bersedia untuk undur diri.  

Hubungan mula terjalin. Kaysa dilayan sebaik mungkin. Ed cuba untuk tidak melukakan gadis itu. Dia bukanlah seorang yang kejam. Dia tahu apa yang dia lakukan itu kejam tetapi dia cuba untuk tidak bertindak lebih kejam.

Tanpa sedar, hati mula terpaut pada Kaysa. Sikap Kaysa yang bersahaja dan sesekali manja dengannya membuatkan hati Ed yang selama ini dingin dan beku mula disapa rasa bahagia.

Ed mula dihimpit rasa bersalah dek rancangannya. Tidak mahu meneruskan hubungan yang berlandaskan tipu muslihat, Ed memutuskan untuk melepaskan Kaysa dengan membongkar rahsianya sendiri. Kaysa perlu tahu siapa dia yang sebenarnya dan juga motifnya selama ini.

Siapa dan rancangan Ed sebenar diceritakan oleh papa Kaysa, Khairul. Walaupun Khairul tahu anaknya pasti terkejut dan kecewa , Khairul tidak mahu hati anak gadisnya  terus dipermainkan. Khairul dan Rasyid berkawan baik dan mereka membuka syarikat sebagai rakan kongsi. Suatu hari Rasyid telah menggunakan wang Syarikat untuk mengubati penyakit isterinya. Rasyid terpaksa disingkirkan sebagai rakan kongsi kerana telah menyalah gunakan wang Syarikat. 

Rasyid cuba merayu agar Khairul dapat membantunya untuk rawatan penyakit isterinya tetapi Khairul tidak boleh berbuat apa - apa memandangkan syarikat ketika itu mempunyai masalah kewangan. Rasyid yang kemalangan selepas pualang berjumpa dengan Khairul dan ibu Ed meninggal pada hari yang sama kerana kanser. Ed ditempatkan dirumah anak-anak yatim selepas kematian orang tuanya. Ed yang menyimpan dendam dan ingin menuntut haknya disyarikat papa Kaysa. Tetapi 1 perkara yang Ed tidak tahu ayahnya telah menyalah gunakan duit syarikat.  

Sedih dan pedih menerima kebenaran Kaysa terpaksa diterima. Ed mempergunakan Kaysa untuk tujuan menghancurkan keluarganya. Pertunangan yang dirancang turut dibatalkan. Ed undur diri dalam rancangan itu kerana papa dan Kaysa sudah tahu misinya. Ed terpaksa akur atas perbuatannya walaupun hatinya terluka. 

Namun Kaysa bangkit semula , cintanya mampu memaafkan semua perbuatan Ed. Kaysa cuba untuk mendapatkan cinta Ed kembali. Kaysa menulis dalam buku note 10 date dan kenangan mereka bersama. Ed yang tidak faham dan mula mencari sebab kenapa Kaysa berbuat begitu. 

Kaysa yang mendapat sokongan dari kawan-kawan terdekat untuk mendapatkan cinta Ed kembali. Akhirnya Ed tahu cerita sebenar dari mama Kaysa masuk campur. Tindakan Ed sebenarnya adalah salah. Apa yang dilihat tak sama dengan apa yang telah terjadi. Ed melarikan diri kerana malu dengan tindakannya. Dendam selama ini memakan dirinya sendiri. 

Kaysa kesal kerana tidak memberitahu awal keadaan sebenar pada Ed. Papa Kaysa tidak pernah menyalahkan Ed dalam perkara ini. Hidup Kaysa sepi tanpa cinta Ed yang menghilangkan diri tanpa dikesan. Melihat keadaan Kaysa , dalam diam Khairul mengupah Wafi untuk mencari jejak Ed. Kaysa yang dihantar bercuti oleh keluarganya akhirnya menemui dimana Ed berada. Pada keluarga Kaysa siapa pilihan Kaysa keluarganya tetap akan terima dengan hati terbuka. 

Pada keluarga Kaysa perkara lama tidak perlu dikenangan. Menerima Ed dalam keluarganya seumpama menyatukan persahabatan lama yang telah terputus.  


Sinopsis Dari novel 

“Let’s go on a date for ten times. Kalau kita serasi, kita boleh teruskan. Kalau tak, kita boleh buat hal masing-masing. And in case you terjatuh hati dengan lelaki lain sebelum date kita yang kesepuluh, I boleh tarik diri.” - Ed

Sepuluh kali date. Itu yang Ed minta daripada Kaysa Adara. Gadis yang dia pilih untuk dijadikan ‘tangga’ bagi mencapai matlamat hidupnya. Secebis rasa sayang mahupun cinta pun tiada dalam dirinya. Yang ada, hanyalah perasaan bersalah dan ragu-ragu kerana terpaksa mempergunakan gadis itu.

Hubungan mula terjalin. Kaysa Adara dilayan sebaik mungkin. Dia cuba untuk tidak melukakan gadis itu. Dia bukanlah seorang yang kejam. Dia tahu apa yang dia lakukan itu kejam tetapi dia cuba untuk tidak bertindak lebih kejam.

Tanpa sedar, hati mula terpaut pada gadis itu. Sikap Kaysa Adara yang bersahaja dan sesekali manja dengannya membuatkan hati Ed yang selama ini dingin dan beku mula disapa rasa bahagia.

Ed mula dihimpit rasa bersalah dek rancangannya. Tidak mahu meneruskan hubungan yang berlandaskan tipu muslihat, lelaki itu memutuskan untuk melepaskan Kaysa Adara dengan membongkar rahsianya sendiri. Gadis itu perlu tahu siapa dia yang sebenarnya dan juga motifnya selama ini.

“Do you think we can create a happy ending?” – Kaysa Adara

“This is our happy ending.” – Ed

“Maksud you, ‘separation’ is our happy ending? I tak rasa macam tu. I rasa ‘together’ is our happy ending.” – Kaysa Adara

Walaupun Kaysa Adara sudah tahu Ed mempergunakannya, dia tetap ingin bersama dengan Ed. Dia faham kenapa Ed menjadikan dirinya sebagai tangga untuk mencapai matlamat lelaki itu.

Dia faham apa yang Ed terpaksa lalui. Sedikit rasa marah pun tidak ada. Dia cuma terkilan kerana selama ini dia fikir lelaki itu benar-benar menyintainya.

Mampukah Ed dan Kaysa Adara mencipta happy ending untuk kisah mereka?

No comments:

Post a Comment