Thursday, 2 March 2017

NOVEL CIK SERBA TAHU

"When I saw you I fell in love , 
and you smiled because you knew ..."




Saya beli novel ini dari penerbitnya sendiri secara Online, Novel ini sebenarnya nipis sangat macam tak puas , Biasa sangat baca novel tebal tapi kali ini novel setebal 260 muka surat ,  menjadi pilihan pihak Astro untuk diadaptasi. Novel ini mempunyai isian yang ringkas dan lucu.

Jom ikuti review ringkas dari saya . Aerna dikenali sebagai cik serba tahu berkhidmat sebagai PA untuk encik Ben tetapi juga untuk En Bun dan Datuk Azli, sekali harung satu keluarga termasuk lah datin adakalanya memerlukan khidmatnya. 

Perkenalan dengan sepupu Encik Ben dan Bun iaitu Carl Adham secara tidak sengaja ketika menghantar encik Bun balik sebab demam. Carl juga mempunyai permulaan niat yang tidak baik, mahu mengenakan Aerna. Aerna yang lurus hanya mengikut apa saja kemahuan Carl. Kehadiran Sarah bekas tunang Carl merapatkan Aerna dan Carl. Aerna berjanji akan menyatukan Carl dan Sarah. 

Dengan kerjasama ayah Aerna mempermudahkan rancangan Carl untuk mendapatkan Aerna. Banyak adegan yang mencuit hati berlaku antara Carl dan Aerna. Carl juga memberi nama manja pada Aerna dengan panggilan adik kiki dan Carl membahasakan diri dengan abang kaka. 

Aerna terpaksa mengikut Carl kerumah keluarga Carl , disitu Aerna bertemu mak siti penjaga Carl dari kecil. Mak siti banyak menceritakan tentang Carl pada Aerna. Timbul rasa bersalah bila mendengar cerita sebenar tentang perhubungan Sarah dan Carl. Sarah tidak hadir dimajlis perkahwinan mereka. Sedangkan Aerna cuba untuk menyatukan semula. 

Kehadiran Aerna juga disenangi oleh kelaurga Carl. Green light dari ayah Aerna membuatkan Aerna tertekan. Aerna tidak suka dengan Carl yang suka memaksanya itu ini. Dato Azli terkejut bila Carl mengumumkan Aerna adalah bakal isterinya keran selama ini Dato Azli menganggap Aerna bercinta dengan Ben. Walaupun Aerna tidak memberi kata putus Carl tahu Aerna sudah mula suka dan menerima dirinya. 


Dapatkan cerita lebih lanjut tengtang Carl Adham dalam Novel Mr. Hopeless Romantic


Sinopsis dari kulit novel
“Kalau nak, semua boleh buat.”
“Memanglah, selagi belum dapat. Cuba kalau dah dapat?”
“Abang bukan orang macam tu la. Kalau belum dapat, berusaha bagi dapat. Bila dah dapat, genggam sampai rapat!”

Bermacam-macam usaha yang Carl Adham buat untuk memikat hati Aerna, namun untuk menerima lelaki itu memang agak payah. Mana tidaknya, mereka baru saja bertemu. Tiba-tiba lelaki itu ajak dia tunang kemudian bernikah? Gila ke apa???!

“Saya nak awak tahu juga, walaupun ada rumah atas kayangan, walaupun tidur beralaskan duit ringgit, walaupun ada roket sampai ke bulan... awak masih belum boleh curi hati saya, Encik Carl! Saya bukan perempuan yang boleh dijual beli dengan kekayaan!”

Semua orang di ofis gelarkan Aerna sebagai Cik Serba Tahu sebab semuanya dia boleh tahu. Sebab benda yang diagak selalunya betul dan banyak rahsia yang dia tahu terutama rahsia Encik Ben dan Encik Bun.

Dan disebabkan serba tahunya itu, bapaknya bimbang jika anaknya itu terlupa tentang diri sendiri. Bapak Aerna nekad untuk cepat-cepat mengahwinkan anaknya dengan sesiapa saja yang gentleman asalkan Aerna membuka hati untuk menerima cinta. Adakah dengan mudah Aerna dapat menerima pilihan bapaknya? Adakah Aerna akan bersedia membuka pintu hatinya seperti yang dipinta oleh bapaknya?

“Dari mula jumpa sampai sekarang, Aerna Isyqee jodoh abang. Kahwin dengan abang? Jemputan ini tamat dalam masa 15 saat...”
“Nak!”
“16 saat dah... Dah lewat!”
“Abang! Na cakap nak la...” 




No comments:

Post a Comment