Sunday, 21 May 2017

NOVEL HERO SEORANG CINDERELLA

Cuma pejamkan mata , dia pasti akan muncul.


Novel Hero seorang cinderella bakal di adaptasi di saluran Astro. Gandingan pelakon hebat pasti akan menaikkan lagi drama ini. Sebelum kita bercarita tentang drama jom kita review novel ini dahulu. 

Nura Medina anak gadis Datuk Azizan. Hidup bersama Datin Mawar, mama tiri yang momster dan Puteri, kakak tiri yang irritating, dia digambarkan seperti seorang Cinderella. Hubungan Medina dengan ayahnya tak begitu rapat. Tambahan pula, sikap Datin Mawar yang sentiasa berlagak baik dihadapan Datuk Azizan sambil mencucuk jarum menyebabkan Datuk Azizan buta mata, buta hati.

Tengku Ian Uzzam @ Ku Zam pulang ke Malaysia untuk melaksanakan amanat ayahnya. Setibanya di Malaysia, keluarga Datuk Azizan sudah bersiap-siap membuat majlis untuk menyambut Ian. Sewaktu Ian dan Farizzam, adik angkatnya tiba, Ian terdengar pembulian yang berlaku terhadap Medina yang dilakukan oleh Datin Mawar dan Puteri. Tiba idea nakalnya untuk melakukan sesuatu diluar jangkaan. Untuk menyelamatkan Medina juga untuk melihat drama dunia, dia menukar watak daripada Ku Zam menjadi Ian dan Farizzam dipaksa memegang watak sebagai Ku Zam.

“Tips. Kalau awak ingat saya malam ni, saya pasti akan selamatkan awak.”- TENGKU IAN UZZAM

Menjadi besan dengan keluarga Tengku Ismadi merupakan cita-cita Datin Mawar. Padanya, segala harta Datuk Azizan pasti akan jatuh pada Medina memandangkan Puteri hanyalah anak tiri. Jadi demi menjamin kebahagiaan anaknya, Datin Mawar melancarkan misi untuk menjadikan 'Ku Zam' sebagai suami Puteri tanpa mengetahui Ian merupakan Ku Zam sebenar.

Sikap Ian yang ramah dan mesra menyebabkan Medina akhirnya menerima Ian sebagai rakan. Tiba di satu hari, Tengku Ismadi pulang ke Malaysia untuk membuat pengumuman mengenai Ku Zam yang akan mengambil alih perniagaannya. Pada saat inilah semua lakonan terbongkar.

“Dunia ni penuh dengan ketidakjujuran. Bila dah kena fitnah, 99.9% pilih untuk percaya.” – NURA MEDINA 
“In the situation of 99.9% of distrust, I am your 0.1% that will trust you. Always.” – TENGKU IAN UZZAM

Mendapat tahu lakonan Ian, Medina kecewa. Namun rajuknya tidak panjang bila Ian berjaya berjumpa dan bersemuka dan memohon maaf. Satu sikap yang aku suka dalam diri hero dan heroin ni adalah tidak bergaduh dengan meleret-leret.

Mereka terus berkawan seperti biasa. Namun mendapat tahu Farizzam bukanlah Ku Zam sebenar dan Ku Zam berkawan baik dengan Medina, Datin Mawar tidak puas hati. Puteri pula yang pada waktu itu sudah mula berputik rasa suka pada Farizzam melupakan perasaannya. Perangkap dipasang dan Medina tertangkap bersama seorang lelaki di dalam biliknya sendiri! Kesucian Medina diragui. Dia dihalau oleh ayahnya sendiri seperti mana ibunya pernah di halau 23 tahun dahulu. Dan pada saat inilah Ian perlu membuktikan yang dia tergolong dalam 0.1% itu!


Sinopsis dari kulit novel  

Ini adalah kisah seorang Cinderella dan heronya.

Sekali pandang, orang mesti cakap dia sesuai untuk Cinderella versi thriller. Dia cantik tapi muka dia beku. Senyum ikhlasnya mahal. Jelingannya tajam mengalahkan pedang. Semuanya hanya untuk menutup kisah hidupnya. Itulah Nura Medina.

Seratus lapan puluh darjah pula dengan heronya. Heronya masih versi Prince Charming. Dia kacak membunuh. Senyumnya ikhlas versi pencair hati. Jelingannya mampu bikin anak dara penasaran. Dan kepulangannya ke Malaysia kali ini bersama satu amanah. Itulah Tengku Ian Uzzam.

Macam mana Tengku Ian boleh menjadi hero seorang Cinderella? Al-kisahnya bermula pada suatu malam. 

“Tips. Kalau awak ingat saya malam ni, saya pasti akan selamatkan awak.”- TENGKU IAN UZZAM

Bermulalah misi Tengku Ian untuk mendekati Medina. Terus-menerus si hero selamatkan Cinderellanya. Sehinggalah tersingkapnya satu rahsia. 

“Dunia ni penuh dengan ketidakjujuran. Bila dah kena fitnah, 99.9% pilih untuk percaya.” – NURA MEDINA 
“In the situation of 99.9% of distrust, I am your 0.1% that will trust you. Always.” – TENGKU IAN UZZAM 

Itu janji Tengku Ian. Dan apabila Medina berada dalam situasi 99.9% itu, masihkah Tengku Ian menjadi 0.1% dia? Dan berjayakah Tengku Ian menjalankan amanah yang diberikan?




Episod 1

No comments:

Post a Comment