Monday, 25 September 2017

KENCING MANIS SEMASA MENGANDUNG , RISIKO DAN ELAK KOMPLEKASI

Apakah penyakit kencing manis semasa mengandung?
Wanita yang sebelum ini tiada penyakit apa-apa dan disahkan kencing manis dalam trimester ke-2 kandungannya dipanggil diabetes semasa hamil (atau dalam English Gestational Diabetes Mellitus - GDM. Selepas ini saya akan menggunakan GDM untuk merujuk masalah ini). Kira-kira 3% wanita hamil mengalami masalah ini.

Walaupun sebab terjadinya GDM tidak diketahui, namun banyak kajian yang menjuruskan hormon yang dihasilkan oleh uri untuk menampung keperluan bayi turut meningkatkan rintangan ibu terhadap hormon insulin. Jadi walaupun banyak hormon insulin dihasilkan dalam badan, ia tidak dapat berfungsi dengan baik untuk mengurangkan paras gula dalam darah ibu.

Apabila insulin dalam badan tidak dapat digunakan sepenuhnya untuk menukarkan gula kepada tenaga, maka paras gula darah akan meningkat dan apabila berlebihan terjadi lah GDM.

Secara ideal, ujian minum air gula sepatutnya dilakukan kepada semua wanita hamil, namun di Malaysia jika tiada faktor risiko yang menjurus kepada diabetes, lazimnya wanita berusia 35 tahun ke atas sahaja yang disaring.


WhatsApp "Untuk pertanyaan " ke 017-355 9455 @ klik Untuk petanyaan

Faktor risiko yang menyebabkan ibu harus menjalani ujian air gula (MOGTT)

1. Umur melebihi 35 tahun

2. BMI sama atau melebihi 27kg/m2 atau berat sama dengan atau melebihi 80kg.

3. Sejarah keluarga dengan diabetes

4. Sejarah diabetes dalam kandungan yang lepas

5. Sejarah keguguran 2-3 kali berturutan

6. Sejarah kelahiran bayi meninggal dalam perut, meninggal selepas dilahirkan, meninggal dalam 0-6 hari ataupun mengalami kecacatan fizikal sejak lahir.

7. Kenaikan berat badan yang berlebihan dan mendadak

8. 2 kali dikesan gula dalam air kencing

9. Jangkitan kencing kotor atau jangkitan kulat yang berulang

10. Air ketuban melebihi paras normal

11. Sejarah melahirkan bayi 4kg atau lebih

KAEDAH MERAWAT GDM
Setelah anda disahkan mendapat GDM, paras gula anda diperiksa melalui ujian yang dipanggil ‘Blood Sugar Profile’ (BSP). Matlamatnya untuk mengekalkan paras gula anda antara 4-6mmol/L. Jika BSP anda terkawal, ujian ini boleh diulang setiap bulan atau lebih awal.

Namun, sebelum itu ibu dinasihatkan untuk mengawal pemakanan dan banyakkan senaman ringan dan mengelakkan makanan yang mempunyai kadar glisemiks yang rendah.

Jika dengan mengubah gaya hidup iaitu mengubah tabiat pemakanan dan senaman gagal mengawal gula darah juga, maka ibu perlu dirawat dengan suntikan insulin.

PEMAKANAN YANG DISYORKAN UNTUK IBU GDM
Diet yang seimbang dan berkhasiat diperlukan untuk kesihatan ibu dna bayi. Bagi ibu yang mengalami GDM, diet yang sesuai diperlukan untuk memastikan paras gula sentiasa terkawal dan berada pada paras normal. Pola pemakanan yang baik untuk ibu GDM adalah:

1.Mengambil karbohidrat kompleks (kekacang, bijirin, sayur-sayuran dan makanan berkanji)

2.Mengambil makanan yang kaya dengan serat (sayur-sayuran, buah-buahan, legum, roti, gandum tulen dan lain-lain)

3.Memilih makanan yang rendah lemak, terutamanya lemak tepu (mentega, daging berlemak, krim dan lain-lain)

4.Kurangkan makanan yang bergoreng dan makanan atau minuman yang manis.
Komplikasi GDM Terhadap Ibu Dan Bayi

Komplikasi kepada ibu dan bayi bergantung kepada paras gula dalam darah ibu. Sekiranya paras gula ibu terkawal, komplikasi dapat dikawal dan dicegah. Namun, sekiranya paras gula dalam darah ibu terlampau tinggi, gula tersebut boleh disalurkan kepada bayi melalui plasenta.

Oleh kerana GDM terjadi pada trimester ke-2 kehamilan, iaitu sewaktu fizikal bayi sudah pun terbentuk, jadi kebiasannya tidak membawa kepada kecacatan fizikal berbeza dengan ibu yang telah mempunyai penyakit diabetes kerana kandungan gula yang tinggi boleh mengganggu pembentukan bayi.

Namun, kerana gula boleh disalurkan melalui uri, jadi, paras gula dalam darah bayi turut meningkat. Seperti ibu, pankreas bayi turut bekerja keras untuk menghasilkan insulin. Gula dan insulin berlebihan menyebabkan bayi membentuk lebih banyak lemak untuk kegunaannya, kerana itu saiz bayi akan lebih besar.

Bila bayi lebih besar, dan paras gula darah tinggi, seperti pesakit diabetes, seperti pesakit diabetes yang lain, bayi akan kencing dengan lebih banyak. Ini menyebabkan air ketuban juga banyak. Keadaan ini menyebabkan kedudukan bayi tidak stabil dan susah untuk memasuki pelvis. Ini boleh meningkatkan risiko kelahiran yang sukar dan bahu bayi boleh tersangkut. Selain itu, risiko untuk pembedahan adalah tinggi, juga disebabkan oleh bayi yang besar, kemungkinan berisiko untuk bersalin biasa, dan risiko melahirkan bayi pramatang juga meningkat.

Masalah bayi tidak berakhir di situ sahaja. Apabila lahir, bayi mempunyai risiko gula rendah dalam darah (hypoglycemia) kerana kandungan insulin yang tinggi. Bayi ini turut berisiko untuk mengalami masalah pernafasan. Bayi yang dilahirkan dengan kadar insulin tinggi mempunyai risiko obesiti semasa kanak-kanak dan risiko mendapat penyakit kencing manis jenis II apabila dewasa kelak.

Sementara itu, ibu juga tidak terlepas daripada mendapat komplikasi sekiranya paras gula tidak terkawal. Yang paling kerap terjadi ialah jangkitan kulat atau kencing kotor yang berulang-ulang.

Ibu juga berisiko tinggi untuk mendapat preeklampsia, iaitu penyakit yang berkait rapat dengan tekanan darah tinggi semasa hamil dan boleh meningkatkan risiko ibu untuk mendapat sawan.

Ibu juga lebih mudah untuk mendapat GDM semasa kandungan yang akan datang. Selain itu, menurut Institut Kesihatan Kebangsaan (INH), wanita yang pernah mengalami GDM mempunyai risiko 20-50% untuk mendapat diabetes jenis 2 dalam tempoh 5-10 tahun selepas kehamilan.

Kaedah kelahiran ibu GDM
Mempunyai GDM tidak bererti ibu harus menjalani pembedahan caeserean, namun risiko untuk caesearean adalah tinggi sekiranya paras gula tidak terkawal.

Sebaik sahaja ibu disahkan menghidap kencing manis semasa hamil, bayi terpaksa dilahirkan pada usia 40 minggu dan tidak boleh lebih. Sekiranya ibu perlu menggunakan insulin, kemungkin bayi perlu bersalin lebih awal adalah tinggi, biasanya pada 38 minggu.
Pesanan untuk ibu GDM

Pastikan ibu mematuhi temujanji untuk memeriksa paras gula dalam darah dan mengikut nasihat doktor dan pegawai pemakanan supaya paras gula ibu sentiasa terkawal dan normal.

Apabila usia kandungan semakin besar, ibu dinasihatkan mengira tendangan bayi dengan betul untuk mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini.

Selepas 6 minggu bersalin, ibu perlu melakukan sekali lagi ujian minum air gula untuk memastikan ibu bebas daripada penyakit kencing manis selepas bersalin.

SUPPLIMENT CADANGAN UNTUK IBU KENCING MANIS (GDM)


KLIK DISINI UNTUK ORDER
Jaminan kami
Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam
Selamat
Semulajadi
Berkesan

Piagam ini telah diikrarkan semenjak lebih 50 tahun lalu, dan kini masih teguh berpegang padanya.

Shaklee Difference: Always SafeAlways WorksAlways Green.

Mengapa saya?
Saya merupakan pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi saya agar saya boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan konsultansi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda.

Penghantaran
Anda boleh memilih untuk COD. COD boleh diadakan di sekitar Selayang dan Batu caves . Pos juga boleh diatur ke seluruh dunia samada menggunakan khidmat Poslaju, GDex, Nationwide Express atau lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda.

Pembayaran
Pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun CIMB bank atau Western Union jika anda tinggal di luar negara.

Saya Nak Beli !
Untuk keterangan lanjut boleh berhubung dengan Kak Pisah ditalian bernombor  017-355 9455 melalui aplikasi Call / SMS / WhatsApp.

Norhapisah Asmuni ( Kak Pisah )
Shaklee ID :(ID:1251745)
SMS & Whatsapp: 017-355 9455
Email: Pisah35.ee@gmail.com 

No comments:

Post a Comment