Cinta mamat senyum senget ini kombo dengan novel mini Mini novel 30 hari sahaja. Terbitan dari Otober awal tahun yang lalu. saya rasa tak puas baca kerana ceritanya pendek sangat.Yang pastinya penulis tidak akan mengecewakan peminatnya. sedikit review dari saya.
Rahiil Adzra seorang wartawan ditugaskan menulis artikal untuk majalah bertajuk Cinta mamat senyum senget. Tetapi, ketuanya, Fuaz Harraz, memilih Fuad Hawwaz, abangnya sendiri sebagai subjek untuk cerita Rahiil Adzra. Malangnya, CINTA ialah perkataan yang menyakitkan bagi Fuad Hawwaz. Dia tidak mahu ditemu bual. Akibatnya, Rahiil Adzra diugut untuk dipindahkan ke jabatan iklan yang tidak disukainya. Namun nasib seperti menyebelahinya , Perkenalan Izzat Faris membuatkan perjalanannya semakin mudah kerana Fuad Hawwaz adalah kawan baiknya. Izzat Faris adalah seorang lelaki yang diperkenalkan oleh Mum merupakan anak kawan baik mum , Datin Farah. Datin Farah ingin menjodohkan Izzat Faris dan Rahiil. Izzat yang bersetuju membantu Rahiil menyiapkan artikal itu tetapi mengenakan syarat. Syaratnya adalah menjadi kekasih didepan mum dan Datin Farah .Bukan setakat mum dan Datin Farah malah semua orang. Walaupun syarat itu agak berat Rahill terpaksa bersetuju jika tidak Izzat tidak mahu membantunya. Bila Rahill diperkenalkan oleh Izzat pada Fuad Hawwaz sebagai kekasihnya. Rahill memulakan tugas tetapi Fuad Hawwaz cuba mengelak dari menceritakan hal cintanya. Izzat yang mula jatuh hati pada Rahill dan banyak membantu mencari cinta Fuad Hawwaz. Fuad Hawwaz sebenarnya bercinta dengan Arissa Soraya di London dulu. Fuad seorang perahsia . Hubungannya Arissa terbongkar bila Fuad Hawwaz dipaksa untuk dikahwinkan dengan sepupunya Tengku Hazrin kekasih hati Fuaz Hawwaz ( Boss Rahiil ). Fuad terpaksa pulang ke Malaysia kerana ibu ( Tengu Hannan ) sakit . Sebelum balik ke Malaysia Fuad Hawwaz dan Arissa Soraya nikah tanpa pengetahuan sesiapa sebagai janji Fuad Hawwas akan pulang ke London kembali. Fuad Hawwas mendapat berita Arissa meninggal kemalangan dan ibu Fuad Hawwaz juga meninggal dunia. Fuad Hawwaz kecewa sejak itu dia tidak membenarkan perempuan menyemai cinta dalam dirinya. Rahiil semakin seronok mencari cinta Fuad Hawwaz . Rahiil dan Izzat ke Kuala kangsar untuk menjejaki Arissa Soraya. Menurut Fuad Hawwaz , Arissa Soraya belum meninggal dunia kerana dia pernah menerima surat cerai selepas tarikh kematian. Semuanya terbukti apabila Rahiil Fuad Hawwaz ke Sydney menjejaki ayah Arissa Soraya. Alangkah terkejut bila Kakak Rahiil merupakan kawan baik Arissa. Fuad Hawwaz juga dikejutkan dengan kehadiran Adris. Ruhiil menjaga Adris selepas Arissa meninggal dunia. Fuad Hawwaz bersyukur dia dapat menjejaki cerita cintanya yang hampir putus asa. Walaupun Arissa Soraya telah tiada Fuad berterima kasih dengan Rahiil dan Izzat Faris. Fuad memberitahu Izzat Faris mempunyai ciri 10 keteria yang Rahill mahukan. Rahill terkejut bila Fuad Hawwaz memberitahu yang Izzat juga sebenarnya mempunyai senyum senget sepertinya. Kerana terlalu lama jual mahal Rahiil memberi artikal dan menulis satu nota yang agar Izzat memahami hatinya. Fuaz Hawwaz berpuas hati dengan kerja Rahiil dan menyiapkan pada masa yang ditetapkan. Rahiil juga dapat membuktikan cinta Fuad Hawwaz.
Sinopsis dari Kulit novel
Rahiil Adzra mempunyai 10 kriteria pemilihan jodoh. Bagi Rahiil, senyuman senget merupakan kriteria utama. Tak kisahlah kalau tidak penuhi 9 kriteria yang lain. Asalkan senyum senget!
Oleh sebab itu, Rahiil Adzra memilih tajuk, CINTA MAMAT SENYUM SENGET sebagai tajuk artikel untuk majalah Kosmo terbitan hujang bulan tersebut. Rahiil ingat, mahu menjadikan Anuar Zain sebagai subjek untuk bahan artikelnya. Tetapi, ketuanya, Fuaz Harraz, memilih Fuad Hawwaz, abangnya sendiri sebagai subjek untuk cerita Rahiil Adzra.
Malangnya, CINTA ialah perkataan yang menyakitkan bagi Fuad Hawwaz. Dia tidak mahu ditemu bual. Akibatnya, Rahiil Adzra diugut untuk dipindahkan ke jabatan iklan yang tidak disukainya.
“Maafkan saya Cik Rahiil, saya tak berminat untuk dijadikan subjek dalam majalah ini. Apa lagi, topiknya tak bersesuaian dengan saya. Cinta? Saya tak ada masa untuk itu. Terima kasih.”- Fuad Hawwaz
Nasib seperti menyebelahinya, Izzat Faris yang diperkenalkan oleh mumnya, merupakan kawan baik kepada Fuad Hawwaz. Namun, ada bayaran yang terpaksa Rahiil Adzra korbankan. Kalau tidak, Izzat Faris tidak mahu membantu.
“Kenapa tak kunci pintu? Kalau orang culik cinta hati Abang Izzat macam mana?”- Izzat Faris
Bayarannya ialah menjadi cinta hati palsu Izzat Faris. Bukan saja palsu di mata mum Rahiil dan Datin Farah, tetapi di depan semua orang. Apakah maksud Izzat Faris? Adakah dia benar-benar jatuh cinta pada Rahiil?
Gara-gara amaran dan ugutan Fuaz Hawwaz, Rahiil Adzra mula jatuh cinta. Tetapi, benarkah Rahiil Adzra jatuh cinta kerana senyuman senget itu atau kerana takutkan ugutan Fuaz Harraz?
“Kalau untuk mendapatkan berita, memaksa awak untuk bercinta dengan dia, buatlah dia sampai jatuh cinta dengan awak. Kalau tidak, awak jatuh ke advertising.”- Fuaz Harraz
Kerana The Devil, Rahiil berdepan dengan dua pilihan. Antara The Dashing dan The Devoted. Siapalah agaknya yang layak memiliki sijil hati The Diva dan memenuhi kriterianya? Hakikatnya, Tuhan hanya memberikan apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Tuhan Yang Maha Adil.
Sebuah lagi novel bakal dijadikan adaptasi drama. Cinta Si Wedding Planner sebuah novel terbitan Penulisan2u. Novel yang mempunyai 755 muka surat ini boleh dihadam bila dibaca. Maksudnya novel ini mudah difahami dan santai. Percubaan yang baik buat penulis muda ini dan dikenali sebagai Dhiyana. Jom ikuti sedikit reveiw dari saya sebelum kita menyaksikan drama ini pada awal tahun 2016.
Izara Batrisya (Zara), seorang wedding planner, Zara yang merupakan penyambung usaha dan perniagaan butik pengantin arwah ibunya sejak 4 tahun yang lalu selapas kematian kedua orang tuanya akibat kemalangan. Dalam masa yang sama Zara menyulam kasih bersama sepupunya, Bazli . Cinta mereka cinta jarak jauh ini kerana Bazli menyambung pelajaranya di luar negara. Bazli berjanji akan mengotakan janjinya selepas habis belajar. Selama 4 tahun mereka merahsiakan perhubungan dari pengetahuan Mak lang dan Pak lang ( keluarga Bazli ).
Fariz Adryan (Fariz), ex navy yang pernah dicurangi oleh Shahira Nadia Dato Zainal seorang model terkenal . Fariz bercinta selama 7 tahun dan hampir menjadi tunangannya. Kerana satu insiden Fariz menutup pintu hati untuk sebarang wanita. Hakimi rakan seperjuangan Fariz semasa di navy punca segalanya kerana cemburu . Fariz juga pernah jatuh dan hilang di laut semasa bertugas. Faris diselamatkan oleh nelayan dan sejak itu Fariz lebih dikenali sebagai seorang yang tegas , baran yang sukar dikawal dan susah nak senyum tetapi disenangi oleh kanak-kanak terutama Nana ( anak kak long ).
Keperibadian Zara memikat hati Puan Marina, salah seorang pelanggannya. Memandangkan Zara sebatang kara di KL, lantas Zara dijadikan anak angkat oleh Puan Marina yang telah mempunyai 4 orang anak. Pertemuan mereka bermula apabila Zara menjadi wedding planner Alang ( Mikail anak ke 3 ) Puan Marina. Pertemuan Fariz dan Zara kerana berebutkan tempat parkir telah mendatangkan satu perasaan kepada Fariz. Lebih menarik lagi, Fariz adalah anak kedua Puan Marina. Maka pertemuan demi pertemuan berlangsung antara mereka tanpa disedari mengukuhkan lagi perasaan Fariz terhadap Zara .
Bazli yang pulang dari luar negara mengambil keputusan untuk berterus terang pada keluarganya tentang hasrat hatinya menikahi Zara . Siapa sangka perhubungan yang terjalin 4 tahun tanpa diketahui oleh keluarga tiba-tiba hancur bila ditentang keras oleh Mak lang dan Pak lang. Perhubungan mereka haram bila berkahwin kerana meraka adalah adik beradik kembar. Bazli jugalah satu- satunya wali bila Zara akan berkahwin kelak. Bazli tidak dapat menerima hakikat. Hatinya hanya untuk Zara. Kerana kecewa Bazli sanggup melukakan hati dan menyakiti Zara. Bazli memaksa Zara membuat ujian DNA. Bazli tetap tidak percaya walaupun ujian DNA menyatakan kebenaran. Mengetahui Zara cuba bangkit dari cinta terhalangnya dan demi melindungi Zara dari terus-terusan diganggu oleh Bazli. Fariz nekad menghulur tangan bagi memimpin Zara ke masa hadapan dalam sebuah ikatan perkahwinan. Zara pula terpaksa akur menerima lamaran Fariz setelah didesak oleh mak lang dan pak langnya.
Fariz dan Zara hidup bahagia selepas berjaya melepasi tempoh penyesuaian mereka. Fariz yg baran, moody dan beku berubah menjadi loving dan romantik. Sementara Zara pula cuba menjadi isteri terbaik buat suaminya yang tercinta. Sedang mereka menikmati fasa bahagia alam rumahtangga, Zara menerima ugutan meminta dia meninggalkan Fariz. Sementara Shirah pula datang merayu untuk kembali kepada Fariz. Fariz menjadi tertekan sehingga mengabaikan Zara dan kembali menjadi mudah baran. Fariz silap percaturan dalam usaha menyelamatkan rumahtangganya hingga akhirnya tercetus perbalahan antara mereka hinggakan Zara menuntut perceraian dan membawa diri ke bumi Auckland.
Akhirnya Bazli dapat menerima hakikat yang Zara adalah adik kembarnya. Dengan bantuan Bazli, Zara dan Fariz kembali bersatu tetapi ancaman yang lebih hebat datang mengancam rumahtangga mereka. Kegilaan dan obsesi Shirah semakin tidak terkawal sehingga nyawa Zara dan kandungannya menjadi taruhan. Shirah mempunyai split personalities diseases. Ini berlaku disebabkan tekanan dan masalah dalam keluarganya.
Sinopsis dari kulit novel
Perebutan tempat parkir kereta menjadi permulaan peristiwa kisah Zara si wedding planner dengan Fariz, bekas tentera laut yang berhati batu.
Dalam hati Zara ketika itu, hanya ada Bazli, sepupunya sendiri. Namun Zara dan Bazli tidak pernah menyangka bahawa jodoh sebenarnya bukan milik mereka berdua. Kasih mereka yang selama ini dirahsiakan daripada pengetahuan mak lang dan pak lang hancur si tengah jalan.
Berlaku pertemuan demi pertemuan yang tak disangka antara Zara dan Fariz. Meski Fariz selalu mengejek Zara, hanya lelaki itu dapat membuatkan Zara melupakan Bazli. Dalam kerasnya hati lelaki itu, ada juga penyayangnya.
“Kerusi kereta kau ni buat aku sakit badan la.” - FARIZ
“Ni hanya kerusi kereta, bukannya tilam King Koil!”- ZARA
Puan Marina, mama Fariz yang berkenan akan keperibadian Zara terus menghantar pinangan hingga terjalinnya ikatan suci antara Zara dan Fariz. Zara rela menerima walau hatinya belum wujud getaran cinta buat Fariz.
Abang teringin pankek, jem blueberry, and omelette for breakfast. Boleh sayang buatkan untuk abang?” – FARIZ
"For you, my dear... I will do anything for you.” - ZARA
Fariz yang tidak pernah putus asa untuk mencuba, akhirnya berjaya. Hati Zara kini miliknya. Pada saat bahagia mula bersemi, cinta pertama Fariz kembali muncul menagih kasih.
“Hanya satu aje permintaan Zara. Kejujuran! Zara hanya nak kejujuran daripada abang.”
“Dia kekasih aku! Dah lama kami bercinta! Puas?”
Jawapan Fariz bagaikan sembilu tajam menusuk hati Zara. Fariz bertukar 360 darjah setelah munculnya wanita itu dalam rumah tangga mereka. Adakah rasa cinta terhadap kekasih lama Fariz masih mekar dalam hati lelaki itu melebihi rasa kasihnya kepada Zara? Mampukah ikatan suci yang dahulunya kembang dengan bunga-bunga kebahagiaan dapat diselamatkan?
Inilah pelakon utama hero dan heroin untuk drama ini.
Episod 1
Malam itu sekali lagi dikejutkan dengan mimpi ngerinya lagi. Gambaran Sara dan Aziz yang memintanya menjaga anak itu seperti anak sendiri. Perempuan itu juga berharap peristiwa itu menjadi rahsia mereka adik beradik. Mak Lang terjaga… dia terus bangun. Mak Lang nampak sangat resah. Masa sedang minum di dapur.. Mak lang ditepuk dari belakang... terkejut Mak Lang .. rupanya Pak Lang. Masa itu Pak Lang kata sudah tiba masanya Mak lang menceritakan hal sebenarnya. Mak Lang mengangguk. Gambaran sebuah butik perkawinan yang berjaya... beberapa orang pekerja masih membuat kerja. Zara pula sedang melihat accountnya. kemudian dia mendapat mesej daripada Bazli yang dikatakan sepupunya merangkap kekasihnya. Bazli mengajaknya bertunang apabila dia balik dari luar negara itu, tetapi Zara mengatakan yang mereka harus tunggu dulu sebab menurut Zara dia masih lagi hendak mengejar citanya untuk menjadi seorang wedding planner yang berjaya.
Episod 2
Bazli di Ausralia hari itu sibuk dengan kerja kursusnya. Kemudian dia berjumpa dengan pensyarah untuk menghantar kerja kursusnya. Sempat pulak berjumpa dengan sepupunya kak Dina. Bazli memberitahu dia akan balik ke kuala Lumpur dengan harapan yang begitu besar sekali. Kak Dina faham hasrat itu. Bazli juga sempat bercerita betapa hatinya masih teringat tentang pengorbanan ayah Kak Dina yang membantunya untuk Berjaya sampai ke Australia kini. Kak Dina pula menganggap Bazli seperti abangya sendiri. Zara dan staffnya mengelolakan satu majlis perkawinan di sebuah dewan. Mawar dan Rashid Pengantin memuji kerana kecantikan pelamin dan majlis pada hari itu berjalan lancar kerana kecekapan Zara mengendalikan majlis perkawinan mereka. Selepas berpesan dengan Fauzan dan Redza. Zara mengatakan dia terpaksa ke Penang kerana dah janji dengan Mak Langnya.
Episod 3
Pak Lang sedang discuss dengan Fariz yang nampak serius. Zara sekali lagi diperkenalkan kepada Fariz. Zara hanya selamba malas sangat nak melayan. Pak Lang kemudian memberitahu yang Fariz akan bermalam di homestay berhampiran. Zara balik. Famili Kak Nadhrah sekali lagi ke butik Zara.Kak Nadhrah baru mendapat tahu yang Zara berada di kampung. Kak Nadhrah merungut dengan Puan Marina kerana Angahnya sibuk sesangat. Baru kemudiannya, Puan Marina memberitahu yang Angah berada di Penang menguruskan fasal rumah mereka. Malam itu, Fariz selepas maghrib terus ke rumah Pak Lang. Mak Lang baru terperasan itulah wajah seperti dalam gambar yang ditunjuk oleh Zara. Zara kemudian akur dengan Mak Lang yang dia kenal Fariz gitu-gitu aje. Mak Lang memuji akan ketampanan Fariz. Zara terpaksa pulak melayan Fariz yang nampak serius .. tetapi sopan dengan ahli keluarga yang lain. Mak Lang dan Pak Lang agak lega apabila nampak Zara berbaik dengan Fariz.
Episod 4
Puan Marina terus memperkenalkan Fariz kepada Zara sebagai anak angkatnya. Zara hanya tersenyum kerana selama ini dia cukup nak tahu siapa Angah dan rupanya Angah adalah orang yang sudah beberapa kali ditemuinya. Masa itu, Fariz mengatakan peliknya macamana Puan Marina begitu sayangkan Zara sehingga menjadikan dia anak angkat. Zara pulak mengatakan dia ada kualiti yang baik dan taklah sentiasa serius macam Fariz. Selepas persandingan sederhana, Zara balik. Dia ternampak lah Fariz sedang melayan beberapa orang perempuan di situ. Malam itu, Zara mendapat panggilan daripada Bazli yang mengatakan dia akan balik dan berharap Zara akan menjemputnya nanti. Selepas panggilan itu, Zara tiba-tiba tertanya pada dirinya kenapa sejak akhir-akhir ini dia tak dapat merasakan yang Bazli adalah kekasihnya. Dia menjawab sendiri mungkin sebab lama sangat Bazli merantau. atau mungkin juga Bazli adalah sepupunya... dan dia menyayangi Bazli macam abangnya sendiri
Episod 5
Puan Marina sekeluarga datang ke hotel untuk melihat persiapan terakhir menjelang hari perkawinan Mikail. Puan Marina pulak mengesyaki yang Zara ada apa-apa dengan Bazli. Baginya tak salah pun kalau Zara kawin dengan Bazli kerana mereka sepupu di sebelah emak. Zara cuba menafikan .. baginya tak mungkin kerana katanya mengenali Bazli sejak kecil lagi. Semasa itu, Bazli terus mengenali Fariz. Fariz pula merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan Bazli. Bazli cuba mengingatkan Fariz bahawa Zara adalah kekasihnya dan dia akan kawin dengan Zara tak lama lagi. Fariz pulak hanya mengatakan baguslah... tetapi pada waktu yang sama, dia hairan kenapa selama ini, Zara tak pernah pun mengatakan dia ada kekasih. Yang selalu didengarnya adalah Bazli hanya seorang sepupu yang dianggapnya seperti abang. Ini menyebabkan Bazli bagi warning agar Fariz jangan langsung ada perasaan Zara. Fariz mencebek saja.
Episod 6
Pak Lang dan Mak Lang terus mengatakan yang sebenarnya, Bazli dan Zara adalah adik beradik. Ini sangat mengejutkan Bazli .. Bazli bagaikan histeria mengatakan yang itu tidak mungkin terjadi. Mak Lang bercerita macamana ibu Bazli dan Zara datang meminta dia menjaga bazli kerana menjaga nama baik keluarga. Untuk mengelakkan dimalukan, Bazli dianggap oleh Mak Lang sebagai anaknya sendiri. Sungguh dia tak menjangka yang Zara akan bercinta dengan Bazli. Zara menangis terisak-isak mendengar cerita.. Bazli terus keluar dari rumah. Di bilik, Zara mula akur mengapa perasaannya selama ini tidak sebagai kekasih kepada Bazli. Malam itu, Zara terus sembahyang mintak diberikan petunjuk. Dia merasa bernasib baik kerana tidak terlanjur jauh dengan Bazli. Mak Lang datang meminta maaf kerana tidak mencegah daripada awal. Zara kata dia cukup faham dengan kata-kata Mak Lang cuma dia berharap Bazli akan dapat menerima hakikat.
Episod 7
Bazli hendak ke rumah Zara tetapi masa itu ada polis peronda. Dia terus tak jadi. Dia akan bertindak kemudian. Malam itu dia terus ke rumah kawannya, Ikram masa di universiti dulu. Ikram cuba menasihatkan Bazli tetapi dia masih menahan ego. Ikram menasihatkan Bazli tentang kerja yang dipohon oleh Bazli. Dan untuk sementara Bazli harus kawal sikit dengan perasaannya. Zara pula sudah letih dan terus tertidur. Manakala Fariz terus melamun tentang Zara. Hari yang dinanti. majlis perkawinan Mikail. Masa itu ramai memuji akan kelengkapan perkawinan yang telah dibuat oleh Zara dan the team. Leganya hati Zara. Puan Marina pula tak habis-habis memperkenalkan Zara sebagai anak angkatnya yang terbaik. Ada juga yang mengusik mengatakan Fariz sangat sesuai dengan Zara. Fariz dan Zara hanya tersenyum. Membantah tidak suka sangat pun tidak. Segalanya nampak berjalan lancar. lepas majlis Zara terus mengemas dan sebagainya.
Episod 8
Beberapa hari sudah berada di rumah Fariz, kemudian Zara terpaksa memberitahu yang dia nak kena balik ke rumahnya. Puan Marina agak sedih kerana baginya kehadiran Zara di rumah sudah cukup menceriakan. Tambahan pula, anak-anaknya masa itu semua sudah buat hal masing-masing. Dan yang paling dia suka kerana Fariz rajin pulak balik ke rumah semasa Zara berada di rumah itu. Tetapi Zara mengatakan dia memang kena balik dan berterima kasih sangat dengan penerimaan baik keluarga Puan Marina terhadap dirinya. Fariz menghantar Zara... masa itu, Fariz ada bertanya apa hubungan Bazli dengan Zara. Zara hanya mengatakan yang dia memang tak ada perasaan dengan Bazli. Tergetus cerita yang Bazli masih tidak dapat menerima hakikat yang mereka adik beradik. Fariz bersetuju jika untuk menjernihkan keadaan apa salahnya kalau Zara membuat ujian DNA seperti yang disarankan oleh Bazli. pasti lepas itu segalanya akan jernih. Zara pula berpendapat dia cukup percaya dengan kata-kata Mak Lang.
Episod 9
Kerana memikirkan macam-macam... Fariz cuba call Zara tapi tak dapat. Hatinya mula risau. Dia memberitahu ada hal penting yang perlu diuruskan dan kemudian dia tergesa keluar. ketika itu, Fariz memandu agak laju... kerisauannya sangat memuncak. Macam-macam yang difikirkannya. Sementara itu, Bazli terkejut dengan keputusan yang dilihat sekali lagi dia enggan menerima kenyataan. Masa itu, Zara mengatakan jika selama ini dia cukup menghormati bazli tetapi sekarang dia menjadi takut. Zara cuba meyakinkan Bazli dia tidak akan kehilangan Zara yang masih lagi akan menyanyanginya sebagai adik. Bazli mengatakan dia sudah menganggap Zara lebih daripada adik. Dia menuduh Zara jadi semua itu kerana cintakan Fariz. Ini menyebabkan Zara jadi marah dan terus menampar Bazli. Zara nak berlalu. Masa nak berlalu itu, sekali lagi tangan Zara direntap oleh Bazli. Zara kembali terasa sakit dan dia terus berlalu keluar... ketika ini, Bazli mengejarnya dan ingin meminta maaf.
Episod 10
Ikut kata Mak lang mereka dari keluarga yang baik-baik.. ini menyebabkan dia dan Pak lang tidak mampu nak menolak. Kata Mak Lang.. mintak sangat Zara setuju. Zara marah sikit tetapi memikirkan Mak Lang .. dia hanya mengatakan dia hanya serba salah untuk memberikan keputusan. Masa itu, dia melihat Fariz sedang sibuk berbual dengan beberapa orang yang lain. Terfikir juga Zara.. dia pun tak serius nakkan aku. Fariz selepas itu, mengatakan dia nak hantar Zara Balik. Zara sudah berfikir inilah masa untuk dia memberitahu Fariz .. tak tahu tujuan. Zara memberitahu Fariz ada orang merisik dan rasanya dia akan terima. Fariz dengan sopan juga memberitahu elok juga Zara bertunang kerana mesti Mak Lang berbuat demikian supaya Bazli dapat menerima hakikat seterusnya berbaik semula dengan mereka. Zara bengang jugaklah dengan cadangan Fariz langsung tak ada rasa kesal. Hari itu, Zara balik kampung seketika. Dia ingin mendengar sendiri dari mulut Mak Lang dan Pak Lang.
Episod 11
Zara mengingatkan Bazli tentang takdir dan Bazli harus berserah kalau Tuhan memang mentakdirkannya untuk berkawin dengan Fariz. Bazli terus berlalu dengan marah. Zara hanya mampu menangis. Selepas semuanya selesai. Zara kemudian terpaksa balik semula ke Kuala Lumpur. Mak Lang sempat menasihatkan Zara agar terus tabah menghadapi apa juga kemungkinan. Mak Lang juga mengatakan yang dia akan pastikan Bazli tidak lagi mengganggu Zara. Mak Lang kemudian merasa terharu kerana dapat menyempurnakan pertunangan Zara. Dia kemudian memberitahu Pak Lang amanat ibubapa Zara telah dapat dijaganya dan menangis Mak Lang kerana melalui pelbagai rintangan dan cabaran dalam membesarkan anak-anak saudaranya. Di Kuala Lumpur, beberapa hari kemudian, Zara sekali lagi menjadi resah apabila Fariz langsung tidak menghubunginya lagi. Fariz sepatutnya sudah balik dari China. Terasa rindunya kepada Fariz.
Episod 12
Majlis perkawinan berlangsung sederhana. Mereka disandingkan dan memang kelihatan sangat sepadan. Masa itu Bazli memerhatikan mereka dengan perasaan yang pelbagai. Dia ingin merasa berdosa kerana mempunyai perasaan yang bukan-bukan terhadap adiknya sendiri. Tetapi pada waktu yang sama.. dia memang sukar menerima Fariz yang menjadi suami Zara. Entah kenapa perasaan itu tidak dapat dibuang. Puan Marina dan anak-anaknya cukup gembira kerana kini Zara sah menjadi menantunya. Beberapa kali dia mencium Zara kerana selama ini dia hanya menyangka Zara akan menjadi anak angkatnya. Tetapi segala impiannya untuk melihat Zara di samping Fariz anak kesayangannya menjadi kenyataan. Masa itu, Puan Marina sempat berbisik dengan Kak Nadhrah mengatakan yang tidak mudah untuk mengawal Fariz. Fariz mempunyai beberapa sejarah hitam yang menjadikan dirinya sedikit pelik. Selepas settle semuanya, keluarga Fariz meminta diri kerana mereka perlu membuat beberapa persiapan di Kuala Lumpur nanti.
Episod 13 Kemudian barulah Zara perasan Nadia memang seorang photographer yang sangat popular. Tetapi dia menghilangkan diri tiga tahun lalu. Baru saja Zara nak mengatakan kata mengenali Nadia. Nadia sudah berlalu.. dicelahan antara orang ramai. Tak sempat pula Zara nak bertanya itu ini dengan Fariz kerana kemudian sibuk bersalaman dengan beberapa orang tetamu lain. Sibuk melayani beberapa tetamu yang datang menyebabkan Zara terlupa pulak fasal Nadia. Nadia pulang ke rumah dengan rasa marah. Tiba-tiba dia menangis dan berlari ke biliknya. Dalam biliknya dipenuhi dengan gambar Fariz pelbagai aksi. Ibu Nadia, Puan Hajar kemudian masuk ke dalam bilik terus dia memujuk Nadia agar melupakan segala apa yang telah terjadi. Katanya dia risau Nadia akan sakit nanti. Nadia kata dia akan sakit terus jika tidak dapat bersama dengan Fariz. Puan Hajar tak terkata apa. Kemudian dia tidurkan Nadia.. Nadia kelihatan seorang yang macam sakit jiwa.
Episod 14 Zara masih lagi meminta maaf dengan Fariz. Fariz hanya mengangguk dan ketika kemudian dia cuba bercerita tentang peristiwa jatuh dalam laut itu. Tetapi kemudian dia segera memberitahu Zara dia masih belum bersedia. Zara seakan faham dengan situasi dan meminta Fariz tak payah bercerita jika memudaratkan. Kemudian Zara menyuapkan Fariz makan.. ketika ini, Fariz mengatakn kalau dia tahu beginilah baiknya seorang isteri memang dah lama dia kawin. Zara cuma menjalankan kewajipan dengan baik. Dah ok sikit mereka masih honeymoon lagi di Langkawi dan Fariz masih lagi menjalani kerjanya seperti biasa. Beberapa hari selepasa itu mereka terpaksa berlepas balik ke Kuala Lumpur dengan pelbagai kenangan. Mereka terus singgah di rumah Puan Marina. Fariz berjumpa dengan ayahnya, Tuan Firdaus tentang perniagaan mereka. Tuan Firdaus sempat bertanya tentang honeymoon dan dalam senyuman Fariz berkata semuanya berjalan lancar. Tuan Firdaus tak berani nak tanya lebih-lebih lagi.
Episod 15 Fariz membawa Zara ke klinik, cukup risau dia dengan keadaan itu. Zara diperiksa oleh doktor dan mengatakan Zara cuma terhentak sikit dan tak ada yang serius. Jenuh juga kemudian Fariz menasihatkan agar Zara memakai seat belt. Zara hanya tersenyum dan mengatakan Fariz ni cepat sangat panik. Fariz pulak mengatakan dia takut banyak perkara yang pernah dilaluinya. Dia tidak mahu kehilangan lagi. Zara hanya mengangguk setuju kerana hatinya sudah mula menyanyangi Fariz. Beberapa lama kemudian, Zara sedang berada di pejabat. Dapat call daripada Fariz mengatakan dia akan ke Ho Chi Mihn dengan kadar segera. Zara kata ok.. tetapi dia memang harap Fariz jangan lama sangat. Masa nak berlalu, tengok-tengok Fariz sudah berada di depannya. Fariz kata kalau dia pergi malam ini ... dia nak lepaskan rindu dengan Zara dulu. Zara hanya tersenyum kerana dia juga berperasaan macam itu. Episod 16 Beberapa hari kemudian, Fariz tersedar dari pengsan. Beberapa nelayan di situ juga sudah menjangkakan Fariz mati. Ketika kemudian dia diperiksa oleh seorang doktor. Masa itu, Baru Fariz teringat kembali dia adalah seorang TLDM. Berita mengenai kehilangannya tersiar di tv dan sebagainya. Kemudian kisah Puan Marina mendapat berita yang Fariz masih hidup. Dia berpelukan dengan anak-anaknya tidak menjangka apa yang terjadi. Sejak itu, kata Puan Marina... Fariz menjadi seorang yang sangat pendiam dan serius. Dia terpaksa berhenti kerana traumanya dengan laut. Ini mengingatkan Zara akan peristiwa semasa di Langkawi. Cerita Puan Marina terus menyebabkan Zara semakin rindu dengan Fariz. Dia berjanji akan menjaga Fariz sehingga ke akhir hayat.. dan yang penting dia akan bersama dengan Fariz. Memberikannya apa saja yang telah mereka impikan selama ini. Itu Zara nekad. Sedang berbual dengan Puan Marina, sempat juga Zara bertanya siapa yang pernah menjadi kekasih Fariz.
Episod 17 Beberapa scene montage.. menunjukkan betapa romanticnya Fariz dan Zara selepas menjalani malam pertama mereka. Zara betulkan tie Fariz. Fariz buat breakfast untuk Zara. Zara bekerja.. tapi Fariz call dan hantar bunga ke kedai. Kemudian Fariz mendapat bunga juga dari Zara. Makan malam yang sangat romantic yang dibuat oleh Fariz di rumah dan mereka sama-sama masak. Sambil baling-baling tepung ke bagai Hari itu, Kak Diba berada di perth. Ketika ini Kak Diba sudah sangat sarat. Dia berjumpa dengan Bazli memberitahu yang dia akan balik kampong. Dia macamana pun tetap hendak bersalin di Malaysia. Bazli masih segan untuk mengatakan yang dia akan menjadi Pak Long tak lama lagi. Kemudian Kak Diba kata bukankah Bazli sudah dapat menerima mereka sebagai adiknya. Kata Bazli kadang-kadang iya.. kadang-kadang tidak. Dia memberitahu Kak Dina membayangkan 4 tahun.. dia menunggu, akhirnya berkecai. Dia cuba sedaya upaya melupakan Zara sebagai kekasih.
Episod 18 Ketika ini, Fariz terpaksa beralah lagi kerana hormatkan Pak Lang dan Mak Lang. Zara jadi serbasalah antara abang dan suami. Kemudian, Zara membawa Fariz naik ke bilik. Bazli masih memandang dengan marah. Ketika ini, mak Lang terus ke arah Bazli dan baru dia mengetahui yang Bazli masih belum dapat menerima hakikat sepenuhnya. Bazli terus keluar untuk tenangkan diri. Di rumah hari itu, Puan Marina sibuk dengan kak Nadhrah yang baru balik oversea. Kak Nadhrah dan suaminya sibuk melayan nana yang rindukan bapa saudaranya Fariz. Kata Puan Marina Fariz balik ke kampong menyambut anak saudara baru mereka. Ini menyebabkan Nana kata lepas ni Fariz mesti tak sayang dia lagi. Masa itu, nana call Angah dan menyatakan rindu. Fariz memberitahu Nana … dia akan terus sayang akan Nana. Nana kemudian tersenyum suka. Zara melihat Mak lang sedang mandikan budak. Kata Zara lama juga dia menunggu peluang itu tapi belum ada rezeki lagi.
Episod 19 Hari itu mereka sibuk semula di pejabat masing-masing. Zara sibuk dengan customernya dan Fariz pula sibuk dengan beberapa klien yang sedang menyiapkan homestay dan chalet di Langkawi. Fariz dapat call daripada Puan Marina mengingatkannya tentang majlis makan malam di rumah Tan Sri Ariffin. Puan Marina mengingatkan juga agar jangan lupa membawa Zara. off course le Fariz ketawa... takkan nak ditinggalkan isteri tersayang. Fariz terus call Zara meminta dia balik awal sikit kerana mereka kena pergi ke majlis yang dikatakan oleh Puan Marina. Zara kemudian melayani pelanggannya.. tak sedar kemudiannya dia sudah terlambat. Bergegas kemudiannya dia berjumpa dengan Redza. Fariz pula sedang berjumpa Heykal terpaksa segera balik kerana terlupa akan janjinya dengan Zara. Kerana sudah terlewat... Fariz hanya bersiap di pejabat dengan menggunakan suit yang baru dibelinya. kemudian dia segera ke rumah kerana takut lewat. Dia sampai di rumah keadaan rumah masih sepi.
Episod 20 Zara meminta maaf kerana menyusahkan Fariz dan keluarga mentuanya. Tetapi Fariz cuba memahaimi apa yang terjadi. Masa itu, Puan Marina dan Tuan Firdaus sudah balik kerana ada urusan dan memandangkan Zara pun tak ada apa-apa. Fariz mengingatkan Zara mereeka rupanya masing-masing ada background history yang gelap. kerana itu, masing-masing sentiasa berhati-hati. Zara berharap dia akan dapat melupakan peristiwa hitam dalam hidupnya itu. Hari-hari yang biasa kemudainnya, Zara ke butiknya dan mereka nampak sibuk kerana ada beberapa majlis yang perlu disiapkan pada hujung minggu itu. Jadi memang semua pekerja sudah bersedia untuk memberikan komiment terbaik agar dapat menaikkan nama Zara Kasih. Redza sampai bertungkus lumus hingga tak tidur malam kerana ingin menyiapkan designnya yang terbaik. Fariz pula didatangi oleh heykal yang memberitahu ada beberapa masalah dengan bangunan baru yang mereka menjadi constructionnya.
Episod 21 Zara meminta maaf kerana menyusahkan Fariz dan keluarga mentuanya. Tetapi Fariz cuba memahaimi apa yang terjadi. Masa itu, Puan Marina dan Tuan Firdaus sudah balik kerana ada urusan dan memandangkan Zara pun tak ada apa-apa. Fariz mengingatkan Zara mereeka rupanya masing-masing ada background history yang gelap. kerana itu, masing-masing sentiasa berhati-hati. Zara berharap dia akan dapat melupakan peristiwa hitam dalam hidupnya itu. Hari-hari yang biasa kemudainnya, Zara ke butiknya dan mereka nampak sibuk kerana ada beberapa majlis yang perlu disiapkan pada hujung minggu itu. Jadi memang semua pekerja sudah bersedia untuk memberikan komiment terbaik agar dapat menaikkan nama Zara Kasih. Redza sampai bertungkus lumus hingga tak tidur malam kerana ingin menyiapkan designnya yang terbaik. Fariz pula didatangi oleh heykal yang memberitahu ada beberapa masalah dengan bangunan baru yang mereka menjadi constructionnya. Fariz menjadi bengang kerana soal keselamatan juga Episod 22 Fariz kemudian memberitahu Zara agar sentiasa bersama dengannya walaupun apa yang terjadi. Zara hanya mengangguk kerana merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan Fariz ketika itu. Fariz kemudian terus tertidur. Zara masih memandang ke arah wajah Fariz. Fariz ada menyimpan sesuatu rahsia. Tetapi Zara sudah malas untuk mendesak dan hanya mengharapkan yang terbaik dalam kehidupan mereka. Malam itu pulak .. entah kenapa Zara tiba-tiba terasa teringin nak makan macam-macam. katanya mungkin sebab lama juga dia tak makan di rumah Mak Langnya. Fariz pun terjaga melihat Zara yang sedang makan itu. kemudian, Fariz pun joint sekali ... ketika itu mereka terkejut apabila Mak Lang dan pak Lang sedang memerhatikan mereka. Ketika itu semua ketawa kerana semua sedang lapar. Ikut kata Fariz mula-mula dia ingatkan zara sudah mengandung kerana makan tengah malam.
Episod 23 Zara masih dalam keadaan tertanya apa yang terjadi pada malam itu. Tetapi disebabkan tak ada siapa yang mengetahui dia hanya mendiamkan diri dulu. Kemudian, mak Lang datang dan memberitahu subuh lagi Nadia sudah balik kerana menurut mak Lang nadia kelihatan gembira untuk menghabiskan kerjanya. Mak Lang siap memuji Nadia yang katanya cantik dan tak sombong. marah pulak Zara apabila Mak Lang memuji Nadia lebih-lebih. kemudian sibuk Zara menyiapkan sarapan dan sebagainya. Fariz terjaga dari tidur. kemudian handsetnya berbunyi ada berita yang diterima dan dia terpaksa ke tokyo. Fariz sedang memberitahu Heykal kalau boleh ada orang lain menggantikannya. Heykal kata memang tak boleh dan perkara ini merupakan hidup mati syarikat jika ingin terus maju di negara Jepun. Fariz hanya mengangguk .. dan mengatakan yang dia tak berapa sihat. tetapi akan settlekan perkara itu secepat mungkin. kemudian Fariz termenung seketika.
Episod 24 Kak Dina jadi pucat dengan pengakuan Zara. Dia meminta adiknya itu bersabar dan memang dia tahu Zara sangat banyak menerima dugaan dalam hidup. Teringat juga mereka sejak kecil terpaksa survive selepas ditinggalkan ibubapa. Mereka hidup serba daif kerana mak lang dan pak lang bukanlah orang senang. Kak Dina terus menyabarkan Zara agar tidak mengambil tindakan terburu-buru. Dan yang penting juga.. Zara harus mengambil langkah bijak. kak Dina menasihatkan Zara untuk mencari kebenaran dan siapakah Nadia yang sebenarnya.. masa itu Zara menangguk. Dia memandang ke arah handsetnya mengenangkan sudah berapa hari tetapi Fariz langsung tak menelefonnya. Kak Dina hanya akan balik ke Australia sementara nanti mereka pasti akan sentiasa bersama semula apabila Kak Dina terus menetap di Kuala Lumpur. Abang Naufal juga menasihatkan Zara agar bersabar sikit. Baginya Fariz cukup baik .. sekali lagi Zara mengangguk setuju
Episod 25 Marina tidak setuju bila Fariz membawa Shira kerumah . Shira tidak puas hati bila Puan Marina melebihkan Zara . Fariz minta tangguh jika masalah ini tidak selesai. Shira semakin marah bila Fariz memikirkan hati Puan Marina . Kehadiran Zara di rumah Dina sangat mengejutkan. Zara banyak mendiamkan diri bila Dina bertanya apa masalah Zara. Setelah bersedia , Zara menceritakan pada Dina. Dina terkejut dengan apa yang berlaku. Naufal memberitahu Fariz yang Zara ada dirumahnya dan kandungan Zara. Shira semakin gembira bila impiannya untuk memiliki Fariz semakin berjaya. Zara banyak termenung memikirkan nasibnya. Bazli juga terkejut melihat Zara ada dirumah Dina. Keadaan Zara semakin lemah bila Zara disahkan mengandung. Alahan Zara semakin teruk. Zara dikejutkan bila Fariz datang kerumah Dina. Episod 26
Fariz datang untuk memujuk Zara tetapi gagal. Pelbagai cara dilakukan tapi masih tidak berjaya. Fariz menghubungi Puan Marina agar dapat memujuk Zara. Puan Marina malu untuk menghubungi Zara kerana kesilapan Fariz. Demi rumahtangga anaknya Puan Marina cuba memujuk menantu kesayangan tambahan pula kini Zara mengandungkan anak Fariz. Shira semakin bengang bila Fariz tidak dapat menghubungi. Fariz terpaksa menceritakan semuanya pada Zara , demi anak dalam kandungan . Fariz tidak mahu kehilangan Zara. Pada mulanya Zara menganggap itu sebagai alasan. Bila Fariz mengambil keputusan untuk balik ke semenanjung. Zara mengambil keputusan untuk ikut Fariz balik. Puan Marina gembira melihat Zara dan Fariz telah berbaik. Shira semakin berdendam bila Fariz tidak menghiraukan dirinya lagi. Shira ternampak Zara keluar dari kereta Fariz. Shira mengambil peluang untuk melanggar Zara dan terus lari. Episod 27 Nadia terus ke arah Zara. Zara masih lagi kaget dengan keberanian Nadia. Nadia hanya tersenyum dan memberitahu Zara agar meninggalkan Fariz. Baginya, sayangnya Zara tidak bermakna apa-apa untuk sebuah cinta pertama yang dibinanya bersama Fariz. Nadia juga menggugut yang dia takkan berdiam diri selepas ini kerana ingin melihat rumahtanga Fariz dan Zara runtuh. Semua ini kerana merasakan ini adalah haknya. Kerana marah, Zara terus menampar dan menghalau Nadia keluar dari biliknya. Nadia hanya tersenyum dan berlalu.. dia memandang sinis kepada semua staff Zara yang memandang dengan marah kepadanya. Balik ke rumah.. tiba-tiba Fariz pulak mengamuk marah kerana Zara menampar Nadia. Kali ini, Zara terus memberitahu yang dia nak berpisah dengan Fariz dia sudah tidak sanggup makan hati lagi dengan perbuatan Fariz dan Nadia. Baginya mereka boleh terus menerus dengan cinta pertama mereka. Fariz kata dia takkan lepaskan Zara kerana dia sayangkan Zara.
Episod 28 Nasib baik di hospital, kandungan Zara masih dapat diselamatkan. Zara terpaksa ditahan di hospital beberapa hari. Fariz cukup risau meninggalkan Zara bersendirian. Tetapi Zara kata takkan Nadia nak datang lagi. Tetapi bagi Fariz Nadia memang degil. Hari itu, Fariz kata dia akan datang lambat sikit.. Zara kata ok aje kerana dia pun dah sihat sikit. Fariz membuat kerja di pejabat dengan resah. Dia juga terpaksa melepaskan satu projek yang agak besar yang diperoleh dari keluarga Nadia. Nadia masih tidak berpuas hati dan menjerit seorang diri. Kemudian dia mengambil beberapa pil untuk menenangkan dirinya. Masa itu, puan Hajar datang dan menyuruh Nadia berhenti mengambil pil yang akan merangsang dia membuat sesuatu di luar biasa Nadia. Nadia tidak peduli... dia terus keluar rumah sambil menolak Puan Hajar. Nadia bawak kereta dengan laju. Di hospital, Zara sedang nak tidur. Tiba-tiba Nadia muncul. Nadia sekali lagi menyatakan yang dia hendakkan Zara mati pada hari itu.
Semakin aku menjauh , semakin gigih kamu mendekati ,
Akukah yang terlupa , akan janji-janji pertama kita ?
Cinta Paling Agung sebuah telefilem yang telah berada Astro First Eksklusif mulai 17 Julai 2015 di saluran 480. Penulis Umie Nadzimah sekali lagi diberi kepercayaan untuk menulis novel berdasarkan cerita telefilem ini. Pada kebiasaannya adaptasi dari novel ke drama atau filem kini Telefilem ke novel. ( Satu tugasan yang mencabar. Saya beli novel ini dari penulis selepas raya yang lepas .Sebelum tu tonton telefilem dulu masa raya . Hati pun berkobar-kobar tak sabar nak dapatkan senaskah novel walaupun saya tahu jalan ceritanya. Pada saya jalan ceritanya sangat menarik. Kisah rumah tangga yang hampir hilang serinya dan berubah bila melihat sesuatu yang lebih baik.
Cinta Paling Agung mengisahkan tentang Khairi dan Amyza yang telah berkahwin sembilan tahun dan dikurniakan seorang anak perempuan yang bernama Hanna. Namun perkahwinan mereka tidak bahagia dan semakin hari semakin bermasalah. Ulang tahun perkahwinan Amyza dikejutkan apabila Khairi menyuarakan hasrat untuk berkahwin lain. Menurut Khairi dia sudah bertemu dengan bidadari suci yang bernama Dewi .
Kerana Dewi, Khairi sanggup membuat keputusan untuk menceraikan isterinya. Amyza yang terkejut dengan keputusan suaminya itu lalu membuat keputusan untuk bersetuju. Amyza mempunyai 30 hari dan menyelamatkan rumah tangganya. Dengan bantuan sahabatnya Muna , Amyza meletakkan beberapa Syarat sebelum bercerai . Diantara syarat mereka , Kahiri perlu mendukungnya setiap hari seperti malam pertama mereka. Pada mulanya Khairi berat hati untuk bersetuju dengan permintaan isterinya dan menganggap semua itu adalah mengarut. Pada Amyza dia lakukan semua itu untuk Hanna . Amyza tidak mahu Hanna tahu mereka akan bercerai. Sementara itu, hubungan Dewi dan Khairi tidak berjalan dengan lancar seperti yang disangka kerana ibu bapa Dewi kurang bersetuju dengan pilihan anak perempuannya .
Keluarga Dewi kemudiannya menasihati Dewi bahawa perbuatan bercinta dengan lelaki yang masih berstatus suami orang adalah perbuatan yang salah. Dalam masa yang sama keluarga Dewi suka pada seorang lelaki yang bernama Reza . Dewi tersepit diantara rasa cinta dan bersalah terhadap Khairi serta ibu bapanya. Semasa pertemuan Khairi dan keluarga Dewi , ada sedikit percanggahan pendapat antara Khairi bapa ayah Dewi. Akhirnya Khairi tersedar bahawa dia sendiri tidak melaksanakan tugasnya sebagai seorang ketua keluarga untuk memimpin keluarganya ke jalan Allah.
Amyza masih sayang dengan rumahtangganya yang berlandaskan cinta pada awalnya. Amyza tidak mengalah untuk menyelamatkan rumahtangganya disaat genting. Amyza berjumpa dengan Dewi agar jangan mengganggu suaminya lagi. Setelah berjumpa Dewi , Sangkaan Amyza terhadap Dewi adalah meleset . Amyza sendiri mengakui Dewi memang bidadari suci seperti Khairi katakan. Amyza melihat dirinya dan dia tidak seperti dewi yang sopan , cantik malah menjaga maruahnya. Dewi belajar untuk melumpuhkan cintanya pada Khairi dan melupakan kerana cintanya lebih berlandarkan nafsu yang menguasai dirinya. Amyza ingin menjadi bidadari suci seperti Dewi . Dewi tidak keberatan untuk membantu Amyza menjadi bidadari suci seperti Khairi impikan. Dengan bimbingan Dewi , Amyza belajar sembahyang , mengaji dan banyak lagi dengan kesungguhan hatinya.
Khairi terkejut dan gembira bila melihat perubahan pada isterinya. Amyza mula memakai tudung dan sembahyang . Khairi sedar dia berdosa pada Amyza kerana tidak membimbing Amyza ke jalan yang sepatutnya hingga Amyza sendiri mencari Nur Islam dengan sendiri. Akhirnya Amyza berjaya kembalikan kata cinta yang lahir dari hati suaminya.
Sinopsis dari kulit novel.
AKU TERIMA NIKAHNYA, bukan sekadar janji kepada si dia dan ibu bapanya, tetapi ikrar kepada Tuhan untuk jaga si dia dunia dan akhirat. Janji Khairi pada malam pertama, Amyza la wanita terakhir untuknya. Rumah tangga mereka tersangat indah pada awal perkahwinan. Amyza cantik, seksi dan merupakan isteri kebanggaannya. Khairi pula seorang yang kacak, bergaya dan berwang. Mereka punya anak yang comel dan bijak. Heaven! Semua orang cemburu… Entah apa silapnya, pada ulang tahun perkahwinan mereka yang kesembilan, segalanya berubah. Tiada lagi syurga rumah tangga. Khairi sudah berpaling tadah. Katanya dia sudah bertemu bidadari suci yang mengisi ruang hati dan bidadari yang boleh bawa dia ke taman syurga yang sebenar. Lalu Amyza akan disingkirkan.
“Kenapa abang? Kenapa?” - AMYZA
“Abang bukan miang, Myza. Abang cuma rasa yang abang ni sudah tidak ada perasaan cinta lagi kepada Myza. Hari-hari rasa kosong!” - KHAIRI
Amyza nanar. Berpisah itu bukan kehendaknya kerana dia terlalu mencintai si suami. Segala usaha telah dilakukan, Khairi tetap tidak berubah. Betulkah perasaan Khairi telah tiada untuknya?
“Sebelum berpisah, abang kena ikut syarat-syarat Myza…” tegas Amyza.
“Whatever…” balas Khairi selamba.
Hati menyumpah! Tak kuasa untuk ulangi semula momen malam pengantin mereka. Semuanya sudah hambar. Pada saat genting akhirnya, Amyza mendapat idea baru untuk pulihkan hubungan. Ternyata ia membawa cahaya pada rumah tangga mereka. Tetapi mampukan idea itu mengembalikan perasaan cinta Khairi kepada Amyza? Bagaimana pula dengan bidadari sucinya? Temui segala jawapan dalam Cinta Paling Agung. Sesungguhnya cinta kepada Dia harus melebihi segalanya...
Novel Dia.. Isteri aku rupanya sebuah novel dari penulis baru yang berbakat . Novel yang mempunyai 569 muka surat ini dari terbitan October . Novel ini dibeli pad bulan puasa yang lepas masa tu ada promosi hebat dari October. Baru berkesempatan nak buat review . Kalau minta pendapat tentang cerita ini , jujurnya pada awal penceritaan cerita ini agak longgar tetapi dipertengahan cerita semakin menarik. Percubaan cerita yang patut diketengahkan. Tahniah penulis Hash Auliaa. Jom ikuti review dari saya.
Syifa Imani gadis yang dipaksa menerima lamaran dari sahabat maknya Datin Suraya. Syifa diberi 3 bulan sebelum majlis perkahwinan itu berlangsung. Adi Firkash ( Akash ) seorang lelaki yang kacak dan disegani , malah kaya dikejar puluhan wanita yang gilakan kemewahan. Hidupnya yang suka bersosial merunsingkan keluarganya. Datin Suraya menyuarakan agar Akash menerima perempuan pilihannya untuk dijadikan isteri. Tetapi pilihan itu ditolak keras. Siapa sangka Akash yang terlalu sombong tiba-tiba hidupnya gelap dari segalanya. Akash yang terlibat dalam kemalangan disahkan buta. Angkara kejadian itu Datin Suraya terpaksa membatalkan perkahwinan anaknya. Berbulan Akash murung dengan nasibnya, Datin Suraya membawa Akash keluar. Disebuah restoran, Syifa berasa tersentuh apabila melihat seorang lelaki buta di herdik dan dicaci oleh seorang perempuan. Syifa mencari kekuatan untuk membantu lelaki buta itu. Syifa yang berpura-pura menjadi tunang Akash. Kejadian itu diperhatikan oleh Datin Suraya. Namun siapa sangka , perkahwinan yang dibatalkan akhirnya berlaku dan kini bukan atas paksaan tetapi atas kerelaan sendiri. Syifa yang melayan Akash dengan penuh keikhlasan yang boleh dilihat oleh orang tuanya. Sikap Akash yang dingin dan menganggap Syifa dibayar untuk hidup bersamanya. Syifa yang tidak berputus asa berdoa agar suaminya boleh melihat kembali. Hari berganti minggu , minggu berganti bulan perasaan cinta berputik perlahan - lahan . Kebahagian yang dimiliki oleh Akash dan Syifa tidak disenangi oleh Izora. Izora yang meminati Akash sejak dulu tidak pernah diberi peluang oleh Akash. Dengan kesombongan Akash menambahkan lagi dendam pada Izora. Tambahan pula melihat Akash bahagia bersama isterinya. Izora yang tidak berpuas hati menabur firnah hingga Akash tidak mahu memandang isterinya lagi. Sepatutnya berita gembira yang diterima oleh Syifa tetapi hari itu juga derita datang pada dirinya. Kuasa tuhan menentukan segalanya. Akash dapat melihat semula. Yang paling mengejutkan keluarganya bila Akash mengusir isterinya yang banyak membantu ketika Akash buta dulu. Syifa kecewa bila Akash bertindak hingga langsung tidak mahu melihat dirinya. Selepas kecewa , Syifa bangkit semula. Syifa ditawarkan berkerja menjadi PA Akash menggantikan Suri yang cuti bersalin. Syifa tidak menyangka dia akan bertemu semula dan kini berkerja dengan suaminya. Tetapi ketika itu Akash tidak mengenalinya kecuali kawan baik Akash , Hakim. Syifa menyuruh Hakim merahsiakan dari pengetahuan Akash yang Syifa sebenarnya isteri Akash. Akash dalam diam mencintai Syifa dan Syifa begitu juga. Dengan bantuan Datin Suraya mereka disatukan semula. Akash tidak sedar wanita yang dicintai itu adalah isterinya yang dihalau tanpa melihat syifa saat matanya boleh melihat. Saat cinta mekar berbunga tiba-tiba lelaki bernama Airil muncul dalam hidup Syifa. Airil adalah abang kandung Syifa yang hilang semasa kemalangan 16 tahun dulu. Kerana Akash tidak pernah tahu hal keluarga Syifa menimbulkan salah faham diantara mereka. Syifa bersyukur tuhan masih memberi peluang untuk berjumpa dengan abang kandungnya walaupun sudah terpisah 16 tahun. Airil yang dijaga dan diberi sepenuhnya kasih sayang dari keluarga angkat hingga berjaya. Airil juga gembira dia sudah mempunyai 2 keluarga yang melengkapi hidupnya. Kedua orang tua Syifa juga memafkan keluarga angkat Airil diatas apa yang berlaku. Dendam Izora tidak pernah padam bila Akash sering menolak cintanya. Dia nekad untuk membunuh Akash tetapi rancangannya gagal. Akash dan Syifa bahagia selepas apa yang berlaku.
Sinopsis dari kulit novel
Sepatutnya kami berkahwin dengan gelaran kahwin paksa, tapi akhirnya… aku putuskan untuk kahwin rela dengan dia!
Beria-ia aku menangis, menjerit, melalak dan berdoa tak nak kahwin dengan pilihan emak. Tup-tup, mama kepada lelaki itu menghubungi emak aku. Katanya, rancangan perkahwinan terpaksa dibatalkan tanpa disertakan sebab. Fuh, lega aku!
Namun siapa sangka, majlis perkahwinan yang dibatalkan akhirnya berlaku juga dan kini bukan atas keterpaksaan tapi atas kerelaan aku sendiri. Persoalannya kini, adakah aku bersedia untuk menghadapi hari-hari yang mendatang bersama dengan si dia yang tidak mengenali aku malah mencurigai niat sebenar aku kerana menerimanya sebagai suami?
“Berapa mama bayar kau?”
“Dua juta. Puas hati?”
Aku menyayangi Adi Firkash sepertimana aku seharusnya menjaga suami aku sendiri walaupun apa pun kekurangannya. Sehinggalah dia jatuh cinta dengan aku dan begitu juga aku mencintainya. Namun belum sempat aku meluahkan perasaan sebenar itu, dugaan datang sehingga menyebabkan aku berundur diri.
Dan bila tiba-tiba takdir menemukan semula aku dengan dia, adakah dia akan mengenali aku meskipun aku menidakkannya?
“Syifa Imani binti Dollah. Awak... isteri saya kan?”
“Encik salah orang. Saya bukan isteri encik. Saya belum kahwin.”
Airil Izwan datang setelah bertahun-tahun aku fikirkan dia telah pergi dan tak akan memelukku seperti zaman kanak-kanak kami dahulu. Kini… benarkah dia yang muncul di hadapanku dan mampu aku katakan betapa aku merinduinya? Lantas… adakah Adi Firkash boleh menolak rasa cemburu dek kehadiran lelaki itu sedangkan aku sendiri tak tahu kedudukan sebenar aku dalam hatinya?
“And you tell me, suami mana tak marah kalau tengok isteri dia berpeluk dengan jantan lain depan mata dia sendiri? Tell me!”
"Kalau Alya cintakan abang, tak semestinya abang cintakan Alya..”
“Abang cintakan Alya!”
“ Huh, abang jangan nak main-main la!”
“Abang tak main-main.. abang serius ni!"
Novel keluaran bulan julai 2012 ,terbitan Kakinovel antara jualan novel terlaris. Novel setebal 674 muka surat cukup menghiburkan. Penulis muda Nur Shazwani Binti mohd Zakaria dikenali sebagai waniey Zakaria . Novel kedua setelah novel pertama beliau Benci bilang cinta tapi ini novel percubaan pertama saya membeli karya beliau. Jom ikuti review ringkas dari saya .
Mengisahkan Muhammad Izzul Islam lelaki yang terlalu mementingkan kesempurnaan dan Alya Adriana tersedak duit kerana bapanya berhutang dengan along keluarga menjadi mangsa. Pertemuan mereka dirancang dan diatur oleh Muhammad Arif Fikri bagi mencari calon Isteri bagi Abangnya Izzul. Ini kerana selagi Izzul tidak berkahwin Arif tak boleh kahwin dengan pasangannya. Keluarga Arif dan Izzul mementingkan konsep yang tua mesti kahwin dulu. Keluarga Ainul memberi tempuh enam bulan untuk Arif membuat keputusan jika tidak Ainul akan dikahwinkan oleh anak kawannya.
Alya adalah kawan baik Ainul. Dalam kekeruhan Alya , Ainul mencadangkan Alya menjadi calon isteri kepada Izzul dan akan mendapat ganjaran 500 ribu sebagai ganjaran. Ainul juga kata Alya adalah calon terbaik kerana wajah Alya seiras dengan wajah bekas kekasih Izzul. sepanjang perkahwinan Izzul dan Alya terlalu banyak cabaran. Kehadiran Ain bekas kekasih Izzul, merayu mengharap kasih. Izzul menjadi keliru. cemburu , curiga , pembohongan , marah , benci , dendam , cinta , sayang dan macam-macam perasaan diantara mereka.
sinopsis dari kulit novel
Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah saling mencintai dan merancang untuk berkahwin. Namun disebabkan kerana peraturan yang telah ditetapkan oleh keturunan keluarganya yang mementingkan aspek LANGKAH BENDUL walaupun mereka adalah lelaki memaksa Arif mencari jalan penyelesaian. Selagi anak sulung tidak berkahwin, maka dia tak boleh berkahwin. Lebih memberatkan lagi apabila pihak keluarga Ainul hanya memberi masa selama enam bulan untuknya membuat keputusan.Alongnya, Muhammad Izzul Islam terlampau mengejar kesempurnaan kepada pasangannya. Wajahnya kacak, tinggi dan menjadi tarikan ramai. Namun dia terlampau cerewet dan memerlukan pasangan yang juga sempurna sepertinya. Terlalu ramai gadis yang berdamping dengannya namun tiada seorang pun yang dapat bertahan dengan sikapnya walau sehari dua.
TIADA PILIHAN, Arif cuba mendapatkan calon isteri untuk Izzul. Imbuhan juga diberikan sebanyak RM500,000 sebagai cagaran sekiranya gadis itu berkahwin dengan alongnya. Alya Adriana yang ketika itu terdesak kerana hutang keluarga dengan ALONG memaksa Alya untuk menawarkan diri.Mampukah Alya memanipulasikan pemikiran Izzul yang terlampau mengejar kesempurnaan itu? Dapatkah dia bertahan dengan sikap Izzul sekiranya dialah calon yang terakhir?
Petikan-petikan menarik dalam novel
Alya menanti dengan sabar di bilik menunggu. Tangannya agak sejuk. Dia cuba untuk menenteramkan perasaannya. Walaupun begitu, dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan sekiranya mereka bertemu secara empat mata. Dia gelisah. Ainul datang bersama dua orang lelaki yang segak dengan kot hitam ke bilik menunggu. Alya hanya memerhati kearah dinding kaca. Spontan dia bangun dari duduk. Pintu bilik dibuka.
“Inilah kawan Ainul..” kata Ainul lantas memperkenalkan dia kepada dua orang lelaki tersebut. Salah seorang hanya tersenyum memandangnya. Dan yang seorang lagi hanya memandangnya dengan tajam. Daripada raut wajah mereka, yang memandangnya dengan tajam itu lebih kacak daripada yang seorang lagi. Pastinya yang kacak dan hensem ini adalah lelaki yang dimaksudkan oleh Ainul sebelum ini. Tapi… dia macam pernah lihat lelaki ini uatu ketika dulu. Hmmmm…
“Salam perkenalan , Cik Alya..” tegur lelaki yang tersenyum itu.
Ini mesti Arif, bisik hatinya.
“Salam perkenalan..” jawab Alya seraya tersenyum.
“Alya.. ini lah bakal husband aku , Arif. Dan ini abang dia Izzul..” Ainul memperkenalkan mereka kepadanya. Alya hanya tersenyum sahaja. Namun apabila matanya tertancap pada lelaki yang memandangnya dengan tajam itu, jantungnya berdegup kencang. Ada perasaan aneh lahir dari lubuk hatinya.
Yes! Dia sudah ingat! Rasanya lelaki ini senior dia sewaktu di UTM dahulu. Oh, namanya Izul. Dahulu ada juga kawan-kawan dia sebut lelaki di hadapannya ini. Tapi , dia lupa! Tak pernah sekali pun dia ada niat da nada hati untuk mengetahui nama sebenar lelaki itu selama ini. Dan lelaki itu tak pernah tahu nama dia juga. Di kolej dulu, kawan- kawan dia panggil Izzul tu’Abang Maco’. Maco la sangat, kan?
Izzul, lelaki yang berlagak bagus dan digilai ramai di kolej mereka. Pernah juga mereka bergaduh setiap kali berjumpa. Siapa boleh tahan bila ayat berbisa keluar daripada mulut mamat maco depan dia ni! Tetapi sebisa-bisa ayat yang dilemparkan oleh lelaki itu, hatinya sudah terdetik rasa suka pada lelaki di hadapannya itu. Cuma perasaan itu disimpan sahaja. Tapi tu dulu la, sekarang perasaan tu dah takde lagi! Lagipun satu semester ajer mereka bertemu kerana lelaki itu sudah menamatkan pelajarannya di situ. Tak sangka bertemu disini. Tetapi , bukan Izzul dah ada awek ke? Cun pulak tu. Orang cakap awek dia tu ada iras dia. Apa-apa ajelah! Hmmm.. sudah tak ingatkah Izzulpada dia lagi? Memamg ia tak kenal kau Alya oii..! Dulukan kau tu tomboy tahap high class. Pakai seluar beggie, baju jenama Nike … saiz XL lagi dan cap terbalik jenama ‘cap ayam’ kau tu memang tak pernah sekali pun lekang dari kepala kau walau kemana aja kau pergi! Dah tu, time kau bercakap.. mahu level orang dengar suara kau tu. Yang pekak pun boleh terus sihat! Kalau kau mengurat mamat depan kau ni time tu, confirm dia reject kau terus agaknya! Kutuk dirinya.
Tapi itu dulu laaa … sekarang Alya dah insaf. Alya dulu dah jadi perempuan melayu terakhir, dah! Tak main laaa seluar beggie, baju saiz XL. Cap tu pun dia tak tahu kat mana dia letak. Dah masuk tong sampah agaknya? Sekarang ni baju blaus, baju kurung. Dah takde ayat-ayat kasar. Alya sekarang dah jadi perempuan asli… seratus peratus asli! Ha ha ha! Seloroh dia lagi dalam hati.
“Jadi awak ni la alya? Yang Ainul sebut-sebutkan tadi?” Tanya Izzul dengan pandangan yang masih lagi tajam. Walaupun wajahnya agak serius namun masih trserlah kekacakannya disebalik kaca mata. Rambutnya yang lebat dan panjang disisir ke tepi dan kelihatan kemas. Izzul sekarang lebih handsome dan smart daripada Izzul yang dulu.
“Abang Izzul, Alya ni banyak keistimewaan dia tau. Dia rajin, anak yang baik, berdikarier, pandai masak, cantik pulak tu…” puji Ainu panjang lebar. Sengaja memancing perhatian Izzul kepada Alya. Ah! Sudah minah ni.. bertan-tan la pulak pujian dia, bisik hati Alya. Dia bukan seperti yang Ainul cakapkan itu. Dia tidaklah begitu sempurna. Tiada manusia yang dilahirkan sempurna.
“Wah! Ya ke ? Untung la along macam tukan?” pancing Arif pula. Matanya sengaja dijelingkan kepada Izzul yang masih lagi diam membisu.
Alya cuba mengalihkan pandangan daripada terus menadang Izzul. Hatinya menjadi resah dan serba tak kena. Pandangan lelaki itu membuatkan dia merasakan jantungnya bagai nak gugur. Ah! Rasanya ini kali pertama dirinya dipandang sebegitu. Lebih-lebih lagu dengan mamat yang hensem macam Izzul. Lagikun dia macam cacing kepanasan. Rasa seronok apabila menjadi seorang calon untuk Izzul tetapi nak ke lelaki itu pada dia? Kalau dahulu, pandangan Izzul padanya penuh dengan kebencian. Masakan tidak, depan awek dia boleh la tunjuk maco. Nak jaga standard yang kononnya tu perfect sangat! Pigirahhhh!
“Along, kenapa pandang-pandang aje? Tegur-tegur la… ajak Alya keluar makan ke apa ke ..” sekali lagi Arif cuba memancing pperhatian Izzul dan Alya. Alya hanya diam membisu. Sekadar tersenyum walaupun senyuman paksa dan takut-takut. Ainul dan Arif sudah merasakan yang impian mereka bakal menjadi kenyataan apabila melihat pandangan Izzul dan Alya. Jangan sekali dia memandang calon-calon sebelum ini sebegini.
“Alya, jom kita pergi ke Jusco Tebrau city nak tak? Boleh tengok wayang bersama. Aku dengan Arif, kau dengan Abang Izzul. Sesuai sangat la!” sampuk Ainul apabila bosan menunggu reaki mereka berdua. Dari tadi senyap tanpa bekata apa – apa. Sukakah ? atau tak sukakah? Adoi…
“Aku.. aku .. “ Alya tidak mampu berkata-kata. Sebelum sempat dia menghabiskan ayat, tangannya ditarik keluar dari bilik.
Arif hanya mengikori mereka.
Pandangan Alya masih ke arah Izzul yang masih tegak berdiri memandangnya.
“Sayang!” panggil Izzul.
Alya menoleh. Izzzul mendekati mereka berdua. Ain cuba memaniskan mukanya sebaik sahaja Izzul sudah berdiri tegak dihadapannya. Lelaki itu seraya memeluk pinggang Alya membuat muka Ain berubah.
“Korang dah saling mengenali ke?” Tanya Izzul. Alya mengangguk. Dicubanya untuk senyum namun ketara pahitnya senyuman itu.
“Tahniah , Izzul! Dan .. selamat pengantin baru,” ucap Ain.
IIzzul hanya tersenyum tetap ketara sinis. Alya diam. Waktu dengan aku tadi langsung tidak diucapnya selamat pengantin baru, sibuk duk soal aku perkara-perkara peribadi. Apa cerita?!
“Thanks ! Okeylah, I nak bawak wife I ni jumpa kawan-kawan I. Thanks because willing to attend my wedding ceremony,” ujar Izzul tegas lalu menarik tangan Alya bergerak menjauhi Ain.
“Lain kali Alya jangan layan sangat Si Ain tu. Please be aware with her!” tegus Izzul perlahan ditelinganya.
Alya hanya menggangguk lemah.
Muka Ain mencebik. Rasa geram dan marah apabila diperlakukan sebegitu. Dia mendengus kasar lalu segera meninggalkan dewan tersebut. Alya hanya melayan sahaja borak dengan kawan – kawan Izzul namun sedetik dia menoleh mencari kelibat Ain. Wanita itu sudah tiada. Dia leka memerhatikan kelibat Ain disana sini. Mana dia? Sudah pulang ke ? Alya terkejut sedikit apabila Izzul memeluk bhunya. Dia memandang lelaki itu lalu mata mereka bertentangan.
“Alya cari siapa?” Tanya Izzul lalu memberikan senyuman manis untuk Alya. Terserlah kekacakannya di sebalik baju pengantin dn tengkoloknya. Alya hanya menggelengkan kepalanya. Dia tak mahu Izzul tahu keresahan hatinya itu.
“Your wife betul-betul iras Ain. Cuma bezanya dia pakai tudung. You in masih teringatkan Ain ke?” soal salah seorang sewaktu mereka sibuk melayan borak. Izzul dan Alya diam. Hanya senyuman yang ditanyakan bagi menutup keresahan dihati.
“Yalah! By the way, I ada Nampak Ain tadi, if I am not mistaken la Nampak macam kelibat dia pakai kebaya pendek. Baru nak ajak berborak, dia dah hilang…” sambung rakan yang lain pula.
“Memang dia pun! Seriously, muka dia ada iras muka wife you ni! Kembar ke ?” tambah lagi kawan yang ketiga pula. Izzul masih lagi tersenyum. Sepatah perkataan pun tidak dikeluarkan daripada mulutnya. Alya pula dah membahang mukanya. Dari tadi kawan-kawan sekolej Izzul duk sibuk bercakap perihal Ain.
Tiba-tiba tangan Izzul menggenggam erat tangan Alya. Alya terpanar. Sekilas dia memandang lelaki yang baru dinikahinya itu. Namun Izzul masih berlagak tenang. Alya Nampak dia cuba untuk berterus terang.
“Ya!! Dia ada datang tadi. Iyang jemput dia,” jawab Izzul selamba. Kawan-kawan sekolejnya terkejut.
“Wow! I was shocked! You are too brave! Sudi ajak your ex datang you punya wedding,” puji salah seorang kawan Izzul. Izzul cuba tersenyum. Tak tahu sama ada senyumbangga atau senyum terpaksa. “ By the way… conrats, bro! hope both of you happy ever after!” doa kawan-kawan Izzul.
Alya bergerak mencari Izzul. Kain baju pengantin diangkat sedikit agar tidak meleret menyapu bumi. Matanya meliar mencari kelibat Izzul.
“Ish! Mana pulak dia ni?” Boleh pulak hilang dia time-time orang tengah ramai macam ni,” Bebel Alya. Dari jauh dia ternampak kelibat Izzul dibelakang rumah yang sedang melayan seseorang di telefon. Dia tersenyum lalu mendekati Izzul. Belum sempat dia memanggil , kedengaran Izzul bercakap dengan suara yang sangat tegas dan nyaring.
“Aku cakap aku tak ada apa-apa dengan kau, takde apa-apa la! Masih tak faham lagi ke?!” bentak Izzul. Alya menyorok dibalik dinding. Dia hairan. Dengan siapakah Izzul bercakap?
“Memang! Aku sengaja jemput kau datang ke majlis aku ni sebab nak kasi kau cemburu! Dulu kau boleh buat aku merana, sekarang ni giliran kau pulak! Padan la dengan muka kau!” tambah dia lagi. Marah benar Izzul dengan si pemanggil. Siapakah dia ? Ain ke?? Alya semakin tidak sabar-sabar ingin mengetahui siapakah gerangan si pemanggil yang mengganggu suaminya itu.
“Memang aku tak cintakan dia! Aku kahwin dengan dia pun sebab tak mahu kau terus mengganggu hidup aku, puas hati?!” Alya terkejut dengan kata-kata daripada mulut Izzul itu. Sungguh, Izzul mengahwininya kerana tak mahu Ai terus menerus menganggu hidupnya. Sebab rasa hati Baru sahaja dirinya ingin menyayangi lelaki tetapi…. Alya mengesat air matanya daripada terus gugur menbasahi pipi. Dia segera melangkah menginggalkan tempat itu. Lagi lama dia disitu, lagi sakit hatinya nanti.
Alya hanya memandang ke luar. Kereta Myvinya yang dipandu oleh Izzul bergerak agak perlahan. Masing-masing leka melayan perasaan. Izzul sendiri pun tidak tahu bagaimana harus dia memulakan bicara.
“ Mana abang jumpa kereta kesayangan abang tu?” Tanya Alya setelah agak lama mereka mendiamkan diri.
“hmmmm dekat City Lounge,”” jawab Izzul perlahan. Dia tidak boleh berkata lebih banyak kerana bibirnya pecah akibat ditumbuk oleh Rahim dan rakan-rakannya. Mujur dia tidak cedera teruk. Walaupun lawannya sepuluh orang tetapi dia mampu menangganinya. Namun kudratnya tidak bertahan lama. Dia semakin lemah malah lawannya pula semakin terenang. Dia makin lemah malah tepat pada masanya. Dia hampir pitam disitu Rahim dan kawan-kawannya telah ditangkap dan dimasukkan ke lokap untuk disoal siasat. Keretanya pula masih berada dibalai polis kerana akan dijadikan sebagai bahan bukti.
“Apa abang buat dekat City Lounge?” soal Alya. Jauh sampai ke airport dia pergi. Dengan siapa? Kawan??
“Alya, abang tengah sakit ni. Boleh ak jangan create pergaduhan?” Izzul menegur. Nanti lain pula jadinya. “Salah ke Alya bertanya? Alya kan isteri abang . Alya sepatutunya kena tahu abang ke mana!” tambah Alya lagi. Geram pula dia apabila Izzul terus-terusan membohonginya.
“Abang jumpa kawan..” bohong Izzul lagi. Dia tahu dia salah. Tapi dia tak mahu bertelagah dengan Alya hanya kerana Ain. Perkahwinan mereka baru ahaja ada bibit-bibit cinta dan kasih sayang. Dia yakin, dia tak nak kehilangan Alya. Ain sejarah lamanya. Dan dia sudah berjanji pada dirinya yang dia akan cuba luapkan Ain dan meneruskan kehidupan bahagia bersama Alya.
“Kawan ke Ain?” sengaja Alya menambahkan arang dalam bara api. Macam dia tak tahu siapa yang suamainya jumpa. Ni kena pukul ni entah betul entah tak sebab kereta? Ain tukan ramai peminat. Daripada mereka belajar lagi Si Ain semamangnya diminati ramai. Dan sewaktu dinner, mereka pernah dinobatkan sebagai King & Queen of the night, dan mungkin kerana itu, Ain sehingga kini menjadi buruan.
“Ain!! Ain! Ain!! Ouch!” Izzul bengang sampai sakit bibirnya apabila terlebih berteriak. Alya terkejut lalu memandang Izzul. Dia bukan gerun dengan kemarahan Izzul tetapi lebih kepada risau apabila Izzul mengaduh kesakitan.
“Abang tak apa-apa ke? Sakit?” Tanya Alya lalu cuba menyentuh bibir yang sudah membiru. Namun Izzul mengelak daripada terus disentuh Alya. “Abang tengah drive ni. Duduk diam-diam boleh tak?!”
Kali ni Izzul pul yang memarahinya. Alya mengetap bibir. Dijeling suaminya. Baik diam lebih bagus! Sampai sahaja dirumah, Alya menuam bibir Izzul dengan kain yang direndam dengan air panas. Seketika Izzul mengaduh dan menjerit kesakitan.
“Bibir bang ni dah pecah sangat ni, Mata abang pun dah lebam. Esok kita pergi jumpa doctor ya?” ujar Alya memberi cadangan. Matanya ralit memandang ke arah luka yang Nampak dalam. Timbul rasa simpati dalam dirinya.
“Tak pelah, sayang . Abang banyak benda nak buat dekat ofis. Lagipun, kes bang ni dah masuk berita dan kes mahkamah,” jawab Izzul menolak.Dicapai kain itu daripada tangan Alya lalu diurutkan sedikit ke matanya yang membengkak.
“Kan polis tu dah suruh abang dapatkan rawatan doktor? Abang nak kena marah dengan dia orang kena kalau tak buat?” tegur Alya. Degil tak sudah-sudah! Asyik fikir kerja… kerja … kerja! Cubalah fikir pasal kesihatan tu sikit!
Izzul tersenyum.
Entah kenapa jantung Alya berdegup jantung Alya berdegup kencang apabila melihat apabila melihat senyuman Izzul. Handsomenya…
Izzul sedar yang mata Alya tak berkedip memandangnya. Dilambai-lambai tangannya dihadapan isterinya.
“Sayang..? Panggil dia. Dilambai-lambai lagi namun wanita itu masih diam dan kaku. Mata Alya tak berkedip memandang wajahnya, Hai ada yang tak kena ke dengan muka di ni? “Sayang!" Alya tersedar daripada lamunan. “Hah? Sayang meletup!” latah Alya spontan. Dia terkejut. Besen yang dipegang hampir jatuh terlungkup ke lantai. Habis basah kain dan bajunya. Izzul ketawa . Namun kerana mulutnya terbuka luas akibat ketawa menyebabkan bibirnya terkoyak lagi luas. Darah mengalir sedikit daripada celahan bibir yang lebam.
“Aduh.. sakitlah sayang.” Adu Izzul manja. Entah kenapa dia begitu senang dengan Alya ini. Tak pernah dia buat aksi manja dengan seorang perempuan. Dengan Ain pun tak pernah. Dengan Alya bolehpulak mengada-adanya datang. Adakah kerana Alya isterinya? Sebabitu dia berani bermanja-manja dengan wanita itu?
“Padanlah muka! Gelakkan orang lagi! Nah, ambil ni!” Ditonyoh kain yang dipegang ke mulut Izzul. Meraung la mamat tu menahan sakit. Aly ketawa. Gembira sungguh dia bila dapat mengenakan Izzul, Akhirnya kat minah tomboy yang kau benci ni juga kau nak bermanja-manja,kan?
Datin Seri Rosni memeluk erat Alya dan cuba menenangkan perasaan menantunya itu. Dia tahu Alya sedang bermain dengan perasan. Alya menangis sepuas-puasnya di bahu mak mertuanya.
“Sabar sayang.. ini dugaan Allah. Dia nak uji Alya. Sabarya nak…” Nasihat Datin Seri Rosni. Kasihan sungguh dia dengan Alya. Dia sangat marah pada Izzul dengan apa yang telah berlaku pada keluarga mereka. Baru sahaja mereka berkahwin, dah macam-macam berlaku. Alya menanTu yanG baik. Dia kecewa dengan perangai Izzul. Seingat dia, anak sulung kesayangannya itu sudah boleh melupakan kekasih lamanya sewaktu berkahwin dengan Alya tetapi sangkaannya salah. Dia sendiri tidak faham apayang Izzul mahukan.Alya dah ckup sendiri tidak faham apa yang Izzul mahukan. Alya dah cukup baikdan sempurna untuk Izzul kenapa masih lagi dikejar perempuan tak guna tu?
Mujur pihak Jabatan Agama Islam tidak terus menikahkan mereka tanpa usul periksa. Mujur Izzul dabukti yang menyatakan dia tidak bersalah. Cuma dia geram, kanapa anaknya itu bolah sampai ke sana?
“Mari duduk , sayang..” panggil Datin seri Rosni lembut.Alya masih lagi di pangkuannya. Sudah membengkak mata wanita itu. Tentunya dia sudah banyak menangis.
“Mama minta maaf atas kelakuan anak mama pada Alya. Mama minta maaf sayang..” kata Datin Seri Rosni. Dielus lembut pipi alya dan mengucupnya. Lahir perasaan kasih seorang mak kepada Alya. Alya hanya mengangguk. Tidak berkata apa-apa. Mamanya tidak bersalah. Yang bersalah adalah Izzul sendiri. Dah la tu, tak habis-habis melayan egonya. Geram!
Izzul membiarkan sahaja air shower memancut deras ke badannya. Dia semakin kusut. Satu persatu masalah timbul. Dia sendiri tak faham. Adakah Allah sengaja menguji cinta mereka? Dia tidak menyangka yang Ain cuba menjeratnya. Rasa menyesal hadir tiba. Ingatannya tiba-tiba ke arah Alya. Kecewakah dia? Sebaik sahaja mandi, Izzul segera bersujud diatas sejadah memohon keampunan kepada Allah dengan apa yang telah berlaku. Kini dia semakin tenang. Dia sayangkan Alya. Dia cintakan wanita itu sepenuh hatinya walaupun Alya cinta keduanya. Dia berjanji pada dirinya untuk tidak terus mengabaikan Alya lagi. Itu janji dia. Malam itu, sebaik sahaja semua orang telah tidur… Izzul menapak ke bilik tidur mereka. Dilihat Alya yang sedang nyenyak tidur mengelakanginya. Hatinya terusik. Dia rindukan Alya. Rindu sangat-sangat.
Maafkan abang, sayang. Abang takut dengan bayang-bayang sendiri.Abang takut untuk bersemuka dengan sayang. Maafkan abang.. bisik hatinya.
Izzul membaringkan dirinya diatas katil. Dikalihkan badannya ke arah Alya. Kedengaran dengkuran halus daripada isterinya itu. Tangan Izzul melingkari pinggang Alya.Dipeluk erat badan Alya seolah-olah dia tidak mahu lagi berpisah dengan isteri kesayangnya itu. Dia sayangkan Alya. Dikucup lembut rambut dan bahu Alya. Bau badan Alya menenangkan perasaannya. Sudah lama dia tidak memeluk gadis itu. Pelukannya semakin kemas. Tangan Alya digenggam erat. Bibirnya dirapatkan ke telinga Alya untuk berkata sesuatu.
“Maafkan abang, sayang. I love you so much,”bisik Izzul perlahan. ALya sedar bila Izzul berbisik ke telingannya. Namun dia tidak berkata apa-apa. Dibiarkan sahaja Izzul memelukknya. Langsung dia tidak membalas pelukan suaminya itu. Matanya kembali tertutup rapat.
Esok paginya, Izzul sedar daripada tidur. Dilihat sebelah katinya kosong. Dimanakah Alya?Izzul bangun dari pembaringannya. Kemungkinan Alya di bawah. Waktu sudah menginjak ke pukul enam pagi. Ah, dia perlu menunaikan solat subuh. Izzul segera berganjak ke bilik air untuk membasuh muka dan mandi. Sebaik sahaja selesai menunaikan solat subuh, Izzul kehairanan. Dia rasa tak sedap hati. Benarkah Alya berada di bawah? Sudah lama dia menunggu di atas. Kenapa Alya tidak naik-naik lagi? Izzul bangun daripada terus berteleku. Dia melipat sejadah dan menyangkutnya di penyidai. Tiba-tiba dia terpandangkan satu nota di ats meja solek.Jantungnya berdegup kencang. Kakinya melangkah ke meja solek.Nota itu dicapai lantas dibacanya.
Assalammualaikum, Abang.
Entah kenapa rasa berat hati Alya untuk menytakan perkara ini namun Alya kena cekalkakn hati untuk meluahkan. Alya nak minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki atas segala perbuatan Alya pada abang sepangjang perkahwinan kita. Terus terang Alya bahagia sangat bila bersama abang. Alya rindu sangat dengan abang. Dengan telatah abang menguik Alya. Denga gurauan abang pada Alya. Biarlah itu semua menjadi kenangan untuk Alya. Sewaktu abang membaca surat ini, Alya dah pergi jauh. Jauh daripada hidup abang. Alya takkan ganggu hidup abang lagi. Abang boleh bahagia bersama Ain. Seandainya kasih abang masih paa dia, Alya rela untuk lepaskan abang pada Ain. Mak pernah pesan dpada Alya, sekiranya kita mencintai seseorang, berikanlah kebahagiaan itu padanya. Andai Ain adalah kebahagiaan abang, Alya sanggup berkorban. Halalkan makan minum Alya, bang. Doakan kebahagiaan Alya di sini. Tak usah cari Alya lagi. Berikan kesempatan pada Alya memulakan hidup baharu.
Salam Sayang daripada Isterimu.
Alya
Alya! Izzul berlari turun kebawah. Sewaktu itu, semua yang berada di ruang tamu terkejut dengan kelakuan Izzul.
Hero & Heroin dalam drama slot Akasia Hello Mr. Perfect
Sedutan Minggu pertama
Episod 1 Arif bertelagah dengan Dato Sri Amirruddin tentang peraturan keluarga yang tidak membenarkan dia `langkah bendul’. Ainul nyatakan perasaan risau kepada Alya kerana ayahnya telah beri tempoh enam bulan pada Arif untuk meminangnya. Ainul kecewa apabila Arif memberitahu yang papanya tidak bersetuju untuk meminang Ainul. Alya terkejut apabila mengetahui yang along datang menganggu keluarganya kerana menuntut hutang yang dipinjam oleh ayah tirinya, Omar. Alya terkejut bila mengetahui hutang along telah meningkat RM 350,000.00 dan selama ini Mak Temah hanya membayar bunga sahaja. Dalam pada itu, Amani dan Azizi menyatakan rasa bersalah kerana hutang ayah mereka, Alya terpaksa menanggungnya. Arif makin tertekan apabila Ainul mendesak supaya Arif memujuk Izzul supaya berkahwin. Arif cuba mendapat bantuan Datin Sri Rosni untuk memujuk Izzul supaya berkahwin tetapi Datin Sri Rosni enggan kerana Izzul pernah mengancam untuk pindah rumah jika Datin Sri Rosni terus mendesak. Episod 2 Nurul Ain terpandang Izzul dari jauh dan cuba menegur Izzul tetapi gagal. Nurul Ain melahirkan rasa kecewa pada Eliza pembantu butiknya kerana gagal jumpa Izzul. Izzul makin tertekan bila Arif terus mendesak Izzul supaya berkahwin. Pada masa yang sama, Mak Temah dan Amani makin tertekan kerana orang-orang along sentiasa mengawasi kawasan rumah mereka. Nurul Ain pula mengintip gerak laku Izzul. Bila Arif gagal memujuk Izzul, Ainul bertindak untuk bersemuka dengan Izzul bagi memujuk Izzul membantu menyelesaikan masalahnya. Kerana kesiankan Ainul, akhrinya Izzul bersetuju untuk menerima cadangan Ainul dan Arif untuk mencarikan pasangan untuknya. Namun Izzul tidak jamin untuk bersetuju dengan gadis yang dipilih mereka. Persetujuan Izzul melegakan Arif dan Ainul. Pada masa yang sama, Azizi bekerja sambilan selepas waktu sekolah tanpa pengetahuan Alya dan Mak Temah. Arif menunjukkan portfolio beberapa orang gadis kepada Izzul dan membawa tiga orang gadis. Episod 3 Arif berjanji akan memberi 500,000 sebagai ganjaran untuk sesiapa yang berjaya menambat hati dan berkahwin dengan Izzul. Ainul terdengar perbualan Alya dengan Mak Temah di talifon yang orang- orang along selalu mengugut Mak Temah. Ainul mencadangkan Alya mengambil peluang untuk memikat hati Izzul dan duit yang ditawarkan itu boleh membayar hutang along. Alya balik ke kampung untuk menjengok Mak Temah , tiba - tiba Alya melihat Azizi berlumuran darah akibat ditikam oleh orang-orang along. Bila melihat keadaan keluarganya , membuat Alya berfikir untuk bersetuju dengan tawaran Ainul memikat Izzul. Nurul Ain memberanikan datang berjumpa Izzul dan merayu agar Izzul menerimanya. Arif berjumpa Alya sebelum Arif mengenalkan Alya pada abangnya Izzul. Alya terkejut bila Arif memperkenalkan Izzul adalah abangnya. Ini mengingatkan Alya pada zaman kolejnya . Alya pernah berjumpa Izzul di kolej dan Izzul juga menjadi sebutan dikalangan pelajar perempuan ketika itu. Alya menerima panggilan dari Izzul mengajak Alya keluar makan. Izzul mengajak Alya makan di restoran jepun. Izzul selesa bila bersama Alya dan cuba menyesuaikan diri. Arif gembira mendengar penerimaan abangnya pada Alya.
Episod 4 Hubungan Alya dan Izzul seperti main tarik tali. Izzul yang masih sukar untuk melupakan Nurul Ain tambahan pula melihat Nurul Ain bersama lelaki lain . Ini membuatkan Izzul semakin bengang. Arif dan Ainul merancang untuk merapatkan hubungan Izzul dan Alya. Akhirnya Izzul dan Alya keluar makan malam dengan rancangan Aril. Izzul mengakui yang dia suka pada Alya. Episod 5 Azizi memberitahu pada mak Temah untuk berhenti dan tumpukan pada kerja bagi meringankan beban membayar hutang along tetapi dibantah oleh mak temah. Izzul mengajak Alya keluar dan temankan Izzul pergi melukis . Arif risau melihat perhubungan Alya dan Izzul tidak begitu berkembang. Arif takut Izzul akan kembali pada Nurul Ain kerana Nurul Ain pandai menggoda. Arif memberi cadangan pada Ainul agar mereka pergi bercuti. Tetapi mereka tunggu hingga Amy ( adik bungsu ) balik. Alya bercerita dengan Ainul yang Izzul terlalu cerewet. Ada saja yang tak kena terutama bab makan. Tak hairan lah Izzul hanya membawa Alya di tempat yang exklusif untuk makan. Ainul ketawa bila mendengar keluahan Alya. Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10 Episod 11 Episod 12
Episod 23 zzul resah kerana rasa bersalah memanggil Alya dengan nama Ain. Nurul Ain cuba menghubungi Izzul kerana ingin mengikut Izzul outstation tetapi Izzul enggan melayan karenah Nurul Ain. Nurul Ain bengang – Lina nasihatkan Nurul Ain tetapi Nurul Ain mengatakan Lina cemburu. Lina bengang. Alya muram kerana bengang dengan sikap Izzul. Melihat Alya muram, Hana menyangkan yang Alya mengandung. Alya menafikan dan akhirnya Alya mengakui yang dia berselisih faham dengan Izzul. Hana nasihatkan Alya hilangkan sifat panas barannya dan maafkan Izzul. Alya enggan beralah kerana itu adalah kesalahan Izzul dan bukan salahnya. Izzul hantar sms minta maaf – Alya tersenyum senang. Alya masak kari untuk Izzul – Izzul yang baru balik makan masakan Alya dengan penuh berselera dan tanpa sedar Izzul tidak meninggalkan lauk untuk Alya. Alya merungut tetapi lega kerana Izzul boleh menerima masakannya. Bagaimanapun Alya geram kerana Izzul tidak memuji masakannya tetapi mengingatkan Alya supaya mengemas dapur. Episod 24 Alya cemas dan bertanyakan pelbagai soalan kepada Izzul. Izzul diam ada riak bersalah pada wajahnya. DS Rosni cuba menenangkan perasaan Alya. Alya turut terkejut yang kereta Izzul yang dicuri sudah dijumpai semula. Alya mempersoalkan kenapa Izzul berada dikawasan pusat hiburan – dalam keadaan teragak-agak Izzul mmbohongi Alya dengan mengatakan dia berjumpa kawan. Alya menembak dengan mengatakan izzul berjumpa Nurul Ain. Bagi menutup rasa bersalah, Izzul marah Alya menyebut nama Ain. Alya bengang dan sengaja menyapu ubat dengan kasar hingga Izzul menjerit kesakitan. DS Amirruddin dan Arif berbincang dan risau yang Izzul menjalin semula hubungan dengan Nurul Ain. DS Amirruddin tidak mahu Arif hebokan perkara ini kepada keluarga yang lain. Omar merungut kereta yang dicuri diambil oleh polis begitu saja. Rahim bengang dengan rungutan Rahim. Rahim pasti yang Nurul Ain telah berbaik-baik dengan Izzul dan akan gunakan hal ni untuk ugut Nurul Ain. Episod 25 Ainul terkejut apabila Alya bertahu yang Izzul masih menjalin hubungan dengan Nurul Ain. Alya minta Ainul rahsiakan perkara ini daripada Arif. Ainul simpati dengan Alya – Alya pasrah. Alya bercadang untuk berterus terang tentang duit yang diberikan oleh Arif. Ainul pujuk Alya jangan pecahkan rahsia tersebut kerana bimbang Izzul akan salah sangka dan menyulitkan lagi hubungan Alya dan Izzul. Ainul rasa bersalah dan kerap termenung – Arif hairan. Arif desak Ainul ceritakan hal sebenar. Ainul beritahu yang Alya tahu Izzul menjalin hubungan dengan Nurul Ain. Arif terkejut kerana Alya sudah tahu hal tersebut. Arif tanya tentang Nurul Ain pada Izzul kerana Nurul Ain turut ada semasa dia mengambil Izzul di balai polis. Izzul jelaskan dia berkawan dengan Nurul Ain kerana dia tak nak bermusuh dengan Nurul Ain. Izzul mengakui sedang berusah menjarakkan diri dengan Nurul Ain dan ingin menumpukan perhatian pada rumahtangganya. Episod 26 Alya terketar untuk menjawab. Izzul merenung Alya menahan marah. Alya cuba terangkan hal sebenar tetapi Izzul enggan dengar dan menuduh Alya mempermainkan perkahwinan mereka. Alya mohon maaf tetapi Izzul makin marah. Izzul berjanji pada Alya yang dia tak akan ceraikan Alya dan akan buat hidup Alya gantung tak bertali. Mulai hari ini Izzul mahu mereka hidup dengan hal masing-masing. Izzul bertekad itu dendam dia pada Alya. Alya terkedu sambil menahan pilu. Izzul keluar dari rumah dalam keadaan geram. Izzul berhenti kereta di tepi jalan dan menjerit bagi melepaskan perasaan geram. Alya menangis hiba sambil merenung kek ulangtahun yang bersepah di lantai. Alya betul-betul sedih dan tidak berdaya. Nurul Ain gembira di kelab bagi meraikan keruntuhan rumah tangga Izzul dan Alya. Alya menghidangkan makanan untuk Izzul dan mengharapkan Izzul menjamah masakannya. Alya menyapa Izzu tetapi Izzu buat tak tahu. Alya memandang Izzul naik ke tingakat atas dengan riak sayu. Episod 27 Alya terjaga tengah tidur apabila telefon bimbitnya berbunyi. Alya terkejut apabila terdengar panggilan daripada DS Rosni yang minta Alya buka pintu. Dalam keadaan mamai Alya keluar dari bilik. Alya kebingungan melihat semua orang ada di rumahnya. Izzul kelihatan kusut dan wajahnya agak stress. Izzul tidak menegur Alya sebaliknya terus masuk ke biliknya. Alya memandang dengan riak hairan. DS Rosni menghampiri Alya dan memeluk Alya yang kehairanan. Alya terkejut apabila DS Rosni menjelaskan yang Izzul ditangkap khlawat bersama Nurul Ain. Alya terjelepok ke lantai. Alya menangis hiba. DS Rosni memeluk Alya--masing-masing memandang Alya dengan riak simpati. Izzul selesai solat. Ada riak kesal pada wajahnya. Dia melihat ke arah Alya yang sedang tidur di atas katil. Izzul berbaring di sebelah Alya-Izzul mengucup lembut rambut dan bahu Alya. Tangan Alya digenggam erat, ada riak kesal pada wajahnya. Dia terus merenung wajah Alya yang sedang tidur. Episod 28