Monday 21 November 2016

NOVEL BIAR AKU JADI PENUNGGU

Di mana janji kerana hati ,
andai ada hati yang disakiti ?

Novel biar aku jadi penunggu sebuah novel yang bakal diadaptasi. Gigih saya menghabiskan 1121 muka surat ini. Tapi best ceritanya .. Novel ini saya beli menerusi online di Kakinovel sendiri. Memang dah lama nak beli tapi fikir tebal sangatlah rasa macam malas pulak nak baca novel tebal- tebal ni. 

Jom ikuti review ringkas dari saya . Iffat Hamani dan Afeef Adwan bersahabat sejak di bangku sekolah. Namun, persahabatan yang terjalin disalah guna oleh Afeef apabila menggunakan Iffat sebagai batu loncatan untuk mencapai impian yang sudah lama dirancang. Bermulanya cerita mereka bila Affef mengajak Iffat berkahwin. 

Ketika itu Iffat disemesta akhir . Afeef yang ingin melanjutkan pelajaran keluar negara tetapi mamanya mengenakan syarat. Jika Afeef mahu belajar keluar negara Afeef perlu berkahwin di malaysia sebelum Afeef melanjutkan pelajarannya keluar negara. Afeef mengharapkan Damia menjadi suri hatinya tetapi dibantah oleh mama Afeef. Afeef mengambil keputusan Iffat lah calon yang paling sesuai bila Mama Afeef rasa selesa dengan kehadiran Iffat. 

Iffat merasakan ini adalah keputusan yang tidak adil dan berat sebelah. Memandangkan Afeef lelaki yang banyak membantunya Iffat merelakan. Perkahwinan yang diadakan secara ringkas penuh meriah. Selepas majlis mereka membuat membuat hal masing - masing. Hingga lah hari terakhir Afeef sebelum berangkat ke luar negara. 

Semasa di KLIA Iffat terserempak dengan Damia . Walau bagaimanapun Iffat berprasangka baik kerana Afeef pernah memberitahu hubungan Afeef dan Damia sudah berakhir. Di situ juga lelaki yang bernama Rafaal terus menagih kasih pada Iffat. Iffat menolakknya cara baik dan menjaga batas- batas seorang isteri. 

Hari berganti bulan , bulan berganti tahun tiada ada berita tentang suaminya. Setiap hari Iffat tidak pernah jemu menghantar email pada suaminya tetapi dipandang sepi. 3 tahun pergi tanpa sebarang berita yang diterima . Ada kala Iffat bertanya dengan keluarga mertuanya tentang suaminya. Hingga satu hari Iffat menerima panggilan dari mertuanya mengatakan Afeef sudah kembali. 

Mungkin terlalu terkejut Iffat sukar untuk menerima Afeef. Afeef kembali bersama si comel yang mencuit hati pada sesiapa yang memandangnya. Pertama kali melangkah dirumah mertuanya panggilan mummy dari mulut sekecil membangkitkan naluri keibuannya. Hati menjadi terluka bila Iffat mendapat tahu siapa sebenarnya si comel itu. 

Kesedihan yang tidak terhingga.Selepas tiga tahun tanpa khabar berita, Iffat menemui jawapan . Kebenaran terbongkar apabila si comel itu merupakan anak Afeef bersama Damia. Mereka berkahwin atas nama cinta. Namun, hubungan itu tidak berpanjangan apabila Damia curang hanya kerana tidak sanggup memikul tanggungjawab yang ada. selama 3 tahun ditunggu tanpa berita Afeef. Dirinya merasakan ditipu. 

Afeef kembali dengan harapan baru dan ingin menunaikan segala janjinya dahulu kepada Iffat. Iffat yang benar-benar terluka atas apa yang dilakukan tidak mampu berbuat apa. Kehadiran si comel diterima dengan hati yang terbuka kerana sememangnya naluri keibuannya begitu menggebu dan sudah menjadi impiannya sebaik sahaja bergelar isteri. Tetapi kesalahan yang dilakukan oleh Afeef membuatkan dia ragu-ragu untuk menerima lelaki itu dalam hidupnya. Iffat tidak bersedia untuk menjalani kehidupan sebagai seorang isteri kerana Afeef telah mengkhianati kepercayaannya selama ini.

Namun, kasih yang baru sahaja berputik, diduga dengan kehadiran Damia yang ingin kembali meraih cinta Afeef. Tetapi dihalang oleh Atikah. Damia datang bertemu Iffat agar membenarkan dirinya mengenali anak yang pernah dikandungkan. Dalam masa yang sama pula, tindakan Afeef mengesyaki Iffat punya hubungan kasih dengan orang lain kerana cemburu membuatkan Iffat sering sedih. Sekali lagi Iffat terpaksa menanggung duka. Dituduh tanpa usul periksa membuatkan hatinya kembali terluka. Dengan surat tawaran berkerja diTerengganu dapat merawat hatinya. 

Kerna tekanan yang dihadapi Iffat hampir kehilangan anak yang dikandungnya. Dengan itu Iffat mengambil keputusan untuk merahsiakan kandungan dari suaminya. Walaupun di tegur oleh keluarganya tetapi Iffat tetap berdegil. Akhirnya Afeef tahu juga yang Iffat mengandung. Diusia kandungan 7 bulan Iffat terpaksa melahirkan bayi perempuan. 

Afeef mengambil keputusan agar Iffat tidak berkerja dan Afeef mahu menjaga Iffat sepenuhnya. Afeef tidak mahu berjauhan dengan Iffat. Pada Afeef , Iffat orang yang paling bertuah sebab dapat berkahwin dengan orang pertam yang duduk dalam hatinya. Bukan kedua atau tiada ketiga. Iffat sedia jadi penunggu selagi izinNya. 




Sinopsis dari kulit novel 

Iffat Hamani dan Afeef Adwan bersahabat sejak di bangku sekolah. Namun, persahabatan yang terjalin disalah guna oleh Afeef apabila menggunakan Iffat sebagai batu loncatan untuk mencapai impian yang sudah lama dirancang.



Iffat yang dalam diam menaruh perasaan terhadap Afeef, menerima lamaran Afeef dengan harapan mereka punya peluang untuk hidup bahagia atas janji yang ditabur oleh Afeef sebaik sahaja lelaki itu pulang semula ke tanah air. Namun, dua tahun yang dijanjikan akhirnya berlanjutan hingga tiga tahun. Lelaki itu mendiamkan diri tanpa sebarang berita. Tetapi Iffat masih berpegang pada janji dan sanggup menunggu lelaki itu walaupun hati sendiri terluka.



Selepas tiga tahun tanpa khabar berita, Afeef muncul kembali bersama si comel. Kebenaran terbongkar apabila si comel itu merupakan anak Afeef bersama Damia. Mereka berkahwin atas nama cinta. Namun, hubungan itu tidak berpanjangan apabila Damia curang hanya kerana tidak sanggup memikul tanggungjawab yang ada.



Afeef kembali dengan harapan baru dan ingin menunaikan segala janjinya dahulu kepada Iffat.



Iffat yang benar-benar terluka atas apa yang dilakukan tidak mampu berbuat apa. Kehadiran si comel diterima dengan hati yang terbuka kerana sememangnya naluri keibuannya begitu menggebu dan sudah menjadi impiannya sebaik sahaja bergelar isteri. Tetapi kesalahan yang dilakukan oleh Afeef membuatkan dia ragu-ragu untuk menerima lelaki itu dalam hidupnya. Dia tidak bersedia untuk menjalani kehidupan sebagai seorang isteri kerana Afeef telah mengkhianati kepercayaannya selama ini.



Rafaal yang sudah lama menaruh perasaan terhadap Iffat hanya mampu memendam perasaan. Harapannya untuk memiliki Iffat kembali terkubur dengan kehadiran Afeef. Dia tahu hati wanita itu hanya untuk Afeef. Afeef tetap berusaha untuk meraih kembali kepercayaan Iffat. Kesanggupan Iffat yang menunggunya hingga hampir empat tahun sudah cukup memberi petanda yang wanita itu mencintainya sepenuh hati.



Iffat yang sememangnya menyimpan rasa kasih buat Afeef reda menerima lelaki itu kembali sungguhpun luka di hatinya masih belum sembuh. Sekali lagi janji terpateri. Namun, kasih yang baru sahaja berputik, diduga dengan kehadiran Damia yang ingin kembali meraih cinta Afeef. Dalam masa yang sama pula, Afeef mengesyaki Iffat punya hubungan kasih dengan orang lain kerana cemburu. Sekali lagi Iffat terpaksa menanggung duka. Dituduh tanpa usul periksa membuatkan hatinya kembali terluka.







Episod 1

Afeef memberitahu niatnya untuk belajar di luar negara. Keluarganya terkejut bila Afeef menyuarakan. Pada Umie Afeef dia boleh melanjutkan pelajaran di dalam negara kerana Umie tidak mahu berjauha dengan Afeef. Afeef tetapi berkeras kerana permohonan untuk belajar telah lulus. Umie Afeef yang berat hati terpaksa bersetuju tetapi mengenakan syarat. Syaratnya adalah Afeef mesti berkahwin dahulu sebelum berangkat ke luar negara. Ini yang memeningkan Afeef. Calon pertama adalah Damia Hani gadis yang dicinttai sejak zaman sekolah lagi. Damia Hani yang memiliki tubuh yang seksi dan bergaya mengikut cara moden. Afeef memperkenalkan Damia Hani pada umie tetapi Umie tidak suka dan menolak keras untuk dijadikan calon isteri buat Afeef. Afeef yang tidak ramai kawan perempuan tidak tahu siapa calon yang sesuai untuk menjadi menantu pilihan umienya. Iffat Hamani satu nama yang terkeluar dari bibirnya. Kali ini Afeef berpendapat umie pasti suka dengan pilihannya. Afeef cuba untuk menghubungi Iffat tetapi gagal. Iffat yang bersedia untuk semester akhir sibuk dengan tugasan-tugasan yang telah diberikan. Iffat terkejut bila Afeef menghubunginya. Iffat sebenarnya suka bila Afeef menghubunginya tetapi Iffat terpaksa menyembunyikannya. Afeef terpaksa menggunakan adiknnya Pia untuk meneruskan rancangannya. Oleh kerana Pia satu kolej ini memudahkan rancangannya. Afeef terpaksa berterus terang rancangan asal pada Iffat. Iffat terkejut bila Afeef mengajak dia mahu berkahwin dengan Iffat. Oleh kerana terlalu terkejut Iffat meninggalkan Afeef tanpa sebarang jawapan. Iffat tertanya - tanya mengapa Afeef tiba-tiba mengajak Iffat khawin . Rafaal melihat pertemuan Iffat dan Afeef menjadi tanda tanya apakah hubungan Iffat dengan lelaki itu.  



Episod 2

Sejak pertemuan dengan Afeef , Iffat semakin rimas dengan Afeef yang selalu mengganggunya. Oleh kerana mahu Afeef mengganggu , Iffat berjumpa Afeef dan bertanya mengapa dia perlu menjadi isteri Iffat. Afeef memberitahu Iffat , Iffat adalah calon terbaik untuk menantu umie. Afeef juga memberitahu yang hubungan Afeef dengan Damia telah putus dan tidak ada apa-apa hubungan. Iffat tahu perhubungannya Afeef dengan Damia sudah terjalin sejak sekolah lagi. Afeef rasa menunggu jawapan dari Iffat terlalu lambat. Afeef menggunakan umie untuk terus merisik Iffat. Keluarga Afeef gembira memberitahu yang Iffat telah bersetuju dan berbincang dengan Afeef. Iffat terkejut bila keluarga Afeef datang merisik. Iffat juga geram dengan tindakan Afeef yang pentingkan diri sendiri tanpa berbincang dengannya. Afeef terus merayu pada Iffat kerana ini peluang Afeef untuk belajar diluar negara adalah impiannya. Damia terkejut bila Afeef memberitahu yang Iffat akan menjadi isterinya. Damia juga marah kerana Afeef bertindak sendiri tanpa memikirkan hatinya. Setelah difikirkan untuk menolong Afeef , Iffat bersetuju dengan syarat agar Iffat tidak akan menipunya. Rafaal terkejut bila Afeef memperkenalkan dirinya sebagai bakal suami Iffat. Rafaal yang menaruh hati pada Iffat sekian lama dipandang sepi. Walaupun kawan-kawann kolej tahu perasaan Rafaal pada Iffat. Dalam hati Afeef rasa bersalah kerana menggunakan Iffat sebagai batu lancatan. Perkahwinan mereka akan berlangsung 2 minggu sebelum Afeef pergi ke UK. Persiapan mereka diuruskan oleh keluarga. Afeef dan Iffat juga sibuk membeli barang hantaran dan tempahan baju pengantin. 



Episod 3

Balik dari butik pengantin Iffat bertembung dengan Rafaal. Rafaal juga memperkenalkan Iffat dengan umienya. Perbualan mereka tidak disenangi oleh Afeef. Kemarahan Afeef masih bersisa, tanpa sedar Afeef memesan makanan yang pedas untuk Iffat. Iffat sedih bila melihat makannya pedas. Iffat merajuk dan terus balik. Afeef terkejut Iffat keluar dengan kereta sedangkan mereka baru balik. Iffat terus mencari burger untuk mengalas perut. Dunia ini seperti kecil Iffat bertembung lagi dengan Raffal. Tanpa sedar Afeef rasa cemburu mengundang bila Iffat bersama Rafaal. Iffat terpinga - pinga bila Afeef memarahinya tanpa sebab. Kawan - kawan kolej terkejut bila Iffat memberitahu dia akan berkahwin. Rafaal kesal kerana dia terlambat untuk meluahkan perasaannya suka pada Iffat dan kini Raffal terpaksa tanggung akibatnya.Majlis perkahwinan Iffat dan Afeef diadalam keadaan sederhana. Iffat dibawa kerumah Afeef sehari sebelum Afeef ke UK. Kehadiran Afeef dirumah itu tidak disenangi oleh Akma ( adik bongsu Afeef ). Iffat menghantar Afeef ke lapangan terbang. Tiba-tiba perasaan sayu menyelubungi Iffat melihat Afeef melambai tangan sebelum berlepas. Pia mengajak Iffat ke kedai choklat tiba-tiba Iffat terjumpa kawan lama Afiqah. Lagi mengejutkan Iffat , Atiqah menyebut mana Damia. Atiqah menghantar Damia untuk ke luar negara. 



Episod 4

Iffat buat tak kisah bila kawan - kawan kolejnya mengejek ditinggalkan suami. Yang penting bagi diri Iffat , Afeef pergi ke UK untuk belajar. Hati Iffat  berat memikirkan Damia mengikut Afeef ke UK. Afeef menghubunginya cuma sekali untuk memberitahu yang Afeef sudah selamat sampai disana. Selepas panggilan itu Afeef terus mendiamkan diri. Iffat gembira dia berjaya menghabiskan final examnya. Hayati dan loqman terus mendapat kerja di syarikat keluarga Rafaal. Manakala Iffat terpaksa menolak untuk berkerja disyarikat itu ini kerana Iffat tidak mahu Rafaal mengharap kasih jika berkerja ditempat yang sama. Sesekali Iffat balik dirumah mertuanya untuk menjengok keadaan keluarga mertua dengan harapan Iffat akan menerima khabar berita dari Afeef. Hayati dan Loqman akhirnya berkahwin. Sebelum Itu Rafaal membantu Iffat mendapatkan kerja. Rafaal berbuat demikian kerana tidak mahu Iffat terlalu memikirkan hal suaminya. Sekurang-kurangnya Iffat menyibukkan diri dan tidak ada masa untuk memikirkan Afeef. Lutfi yang jatuh hati dengan Afwan ( kakak Afeef ) tidak sangka hasratnya untuk berkawan lebih rapat dsambut baik oleh Afwan. Afwan yang pernah berkahwin dan suaminya meninggal terlibat dengan satu kemalangan. Afwan nekad untuk memulakan hidup baru. Setelah 4 tahun Iffat terus menjadi penunggu. Afeef tidak meninggalkan sebarang berita untuknya. Pada Iffat selagi dia isteri pada Afeef dia tetap menjaga batas-batas pergaulan seorang isteri. 

Episod 5
Afeet kembali setelah 4 tahun menghilang tanpa berita. Kepulangan bersama si cilik  mengejut keluarganya. Luruh hati Umie Afeef bila Afeef memberitahu yang yang anak itu adalah anak Afeef bersama Damia. Kecewa masih bersisa melihat sikap Afeef yang membelakangkan keluarga. Afeef mengajak Fia ke terengganu untuk berjumpa dengan Iffat. Iffat yang rasa tak selesa kerana hatinya asyik memikirkan Afeef. Panggilan umie mengejutkan Iffat. Umie memberitahu yang Afeef sudah balik. Iffat yang berada diterengganu kerana reunion tidak senang duduk selepas mendapat panggilan dari umie. Sampai di terengganu Afeef meminta bantuan Loqman untuk mendapatkan bilik. Fia memaksa Afeef tinggal sebilik dengan Iffat manakala Fia mengunak bilik yang dibooking oleh Loqman. Iffat masih tak percaya yang Afeef kini didepan mata. Mungkin kerana terkejut Iffat tidak banyak bercakap dengan Afeef. Keluarga Afeef kerumah Iffat. Oleh kerana tidak mahu berburuk sangka Keluarga Afeef memberitahu keadaan sebenar tentang kepulangan Afeef dan Afeef membawa pulang anak. Keluarga Iffat hanya berserah pada keputusan Iffat apa yang Iffat akan putuskan. Di hotel Afeef demam ,  Iffat dan Fia mengajak Afeef yang enggan ke klinik. Afeef yang tidak rasa bersalah memarahi Iffat. Pergaduhan terus tercetus diantara mereka. Iffat rasa sedih bila Afeef tidak rasa bersalah meninggalkanya selama 4 tahun tanpa sebarang berita. Sedangkan Afeef sengaja memarahi dirinya tanpa sebab. Rafaal terkejut bila mendengar berita yang Afeef sudah balik. Rafaal bergegas balik ke kuala lumpur dan memohon maaf pada Iffat kerana ketelanjuran meluahkan rasa cintanya sedangkan Iffat masih isteri orang. Afeef menyuruh Iffat berkemas untuk balik ke kuala lumpur. Sampai di kuala lumpur Afeef terus masuk kerumah tanpa mempedulikan perasaan Iffat. Afeef meminta kebenaran untuk balik ke UK menyelesaikan kerja-kerja yang belum selesai. Afeef meminta menjaga anaknya buat sementara waktu. Iffat menghubungi mertuanya terkejut bila umie memberitahu Afeef sudah ke UK kembali. 

Episod 6
Iffat sedih Afeef balik ke UK tanpa memberitahu dirinya. Kesedihan itu dikongsi bersama Hayati. Iffat kerumah mertuanya , Sampai di pintu rumah seorang budak lelaki tiba-tiba memanggil dirinya MAMA. Iffat terkejut dengan kehadiran si comel itu. keluarga mertuanya menceritakan hal sebenar. Anak itu adalah anak Afeef bersama Damia. Tekaan Iffat betul. Semasa Iffat manghantar Afeef ke UK dulu dia terserempak dengan Atiqa menghantar Damia ke oversea. Rupa-rupanya mereka berkahwin. Iffat yang menjadi penunggu tanpa berita dari Afeef. Iffaat terluka kerana Afeef menipu dirinya. Sejak itu dia tidak kerumah mertuanya. Aqil sakit hingga di masukakn ke hospital. Walau hati marah dengan Afeef tetapi anak kecil itu tidak bersalah. Iffat sanggup mengambil cuti untuk menjaga Aqil. Naluri keibuan terus mekar bila Aqil memanggil dirinya mama. Berita kepulangan Afeef disampaikan oleh Afia. Menuurt Afia , Afeef meminta Iffat dan Aqil mengambilnya di KLIA. Hati Iffat terus terasa sakit kerana Afeef buat dirinya seperti tidak melakukan apa-apa kesalahan. Keluarga mertuanya faham perasaan Iffat tetapi keluarga mertuanya mohon agar Iffat dan Afeef tidak bercerai. Afia dan Afwan menghantar Aqil dirumah Iffat . Mereka memberitahu yang Iffat perlu mengambil Afeef di KLIA kerana mereka ada kenduri di kampung. Walaupun sebenarnya Iffat sudah memaklumkan tidak mahu mengambil Afeef di KLIA. Akhirnya Iffat terpaksa akur untuk mengambil Afeef bersama Aqil yang ditinggalkan padanya. 


Episod 7
Iffat dan Aqil mengunggu Afeef di KLIA seperti yang diminta. Afeef terkejut bila melihat Iffat bersama Aqil.. Sebenarnya Afeef bagai tidak percaya ayang dilihat sebentar tadi kemesraan Iffat dan Aqil. Iffat tidak mahu memandang Afeef kerana setiap kali pandangan Afeef membuatkan jantung Iffat bergegup laju. Sepanjang perjalan balik kerumah Iffat hanya mendiamkan diri. Afeef pula tidak suka sikap Iffat yang terus mendiamkan diri. Iffat dan Afeef singgah dirumah keluarga Iffat. Afeef tidak puas hati bila Iffat masih bertudung walaupun didalam rumah. Iffat melayan Afeef seperti orang asing. Akhirnya Afeef memohon maaf atas semua kesilapannya tetapi dipandang sepi oleh Iffat. Iffat masih tidak boleh terima segala kesalahan Afeef. Memohon maaf memang mudah tetapi Iffat sukar untuk memadamkan kesalahan Afeef kerana menipu dirinya selama 4 tahun. Afeef berkahwin dengan Damia tanpa pengatahuannya. Iffat seperi orang bodoh menunggu tanpa sebarang berita. Walaupun kemarahan Iffat masih ada dia cuba untuk menjadi isteri buat Afeef. Iffat pulang awal untuk masak laksa kerana Afeef teringin makan laksa. Oleh kerana sikap Iffat yang terus mediamkan diri , mama Iffat menjadi orang tengah atau perantaraan Iffat dan Afeef. Papa dan mama Iffat menasihatkan agar Iffat tidak menjadi isteri derhaka pada suaminya. Iffat cuba berdamai dan meminta maaf. Afeef faham dan memberi masa pada Iffat untuk menerima Afeef kembali. Afeef terus menghubungi Fia untuk mengambilnya dirumah Iffat. Fia yang baru balik dari kampung merungut penat kerana terpaksa menjemput Afeef dirumah Iffat. Afeef tak sempat makan laksa yang dimasak oleh Iffat. Iffat membekalkan laksa pada Fia. Afeef membuat keputusan untuk berpindah dirumah baru mereka. Sekali lagi Afeef memaksa Fia menolongnya . Fia terus merungut kerana Afeef sengaja membulinya. Iffat sengaja kerumah mertuanya disitu Afeef memberitahu Iffat untuk berpindah rumah hujung minggu tetapi Iffat tersalah anggap. Iffat beranggapan Afeef akan menceraikannya. Umie menasihatkan agar Iffat cuba untuk menerima Afeef bila duduk di rumah baru nanti. Malam mula menjengah Iffat mohon balik ke rumah mamanya. Dengan rela hati Afeef menghantar Iffat tetapi sampai disetengah jalan kereta Afeef rosak. Ketika itu hujan lebat dan tiada kereta memalui jalan tersebut. Bila hujan mula reda Iffat terkejut bila sebuah kereta berhenti. Rafael terkejut bila melihat didalam kereta itu Iffat dan Afeef bersama. 

Episod 8
Rafael menghulurkan bantuan untuk menghantar Afeef dan Iffat . Tetapi kerana keegoaan Afeef membuat Iffat terasa hati dan marah. Iffat terpaksa menolak cara baik. Oleh kerana tidak mahu memberi masalah pada Iffat , Rafael faham dan terus barlalu pergi. Afeef terkejut bila Iffat masuk kedalam kereta. Afeef tersenyum bila ditanya mengapa tidak mengikut Rafael . Iffat hanya menjawab tidak mahu jadi isteri derhaka. Umie Afeef risau kerana tidak dapat menghubungi Afeef. Ayah dan Fia mencari Afeef dan Iffat. Mereka terjumpa kereta Afeef ditepi jalan. Iffat risau melihat melihat keadaan Afeef yang mudah demam walaupun kemarahan Iffat masih bersisa keegganan menerima pertolongan Rafael tadi. Afeef tahu Iffat masih marah pada dirinya. Dia cuba minta maaf tapi ditolak . Iffat menyuruh Afeef mohon maaf pada Rafael bukan dirinya. Umie menegur sikap Afeef yang tidak pernah untuk ambil hati Iffat agar berlembut hati. Tetapi setiap umie memulakan ulasan dan teguran Afeef cuba mengelak. Afeef berjumpa Luqman bertanyakan tentang Iffat semasa ketiadaan dirinya dulu. Hayati sebagai kawan baik Iffat tidak pernah bercerita apa-apa pada suaminya walaupun mereka berkawan baik. Iffat yang bersiap mengemas untuk pindah ke rumah baru hujung minggu ini keluar kerumah Hayati. Iffat cuba untuk berkongsi dengan Hayati sikap Afeef yang ego tidak mahu menerima pertolongan Rafael kejadian kereta rosak. Hayati hanya mampu mendengar keluahan Iffat. Hayati kesian pada Iffat dan dia tahu Afeef seorang yang ego. Kebetulan Afeef dan Aqil datang kerumah Iaffat tidak ada dirumah. Sampai dirumah Afeef cuba menegur Iffat , tetapi lain pula jadinya. Iffat menyuruh Afeef balik jika Afeef datang hanya untuk menyakitkan hatinya. Sejak kejadian itu Afeef rasa bersalah kerana berkasar dengan Iffat. Afeef berjanji pada dirinya untuk menjadi suami yang baik , penyabar dan menjadi suami yang terbaik buat Iffat. Iffat dan Afeef kerumah baru mereka , sebelum itu Afeef dan Iffat singgah ke pasaraya untuk membeli barang - barang keperluan di pasaraya. 

Episod 9
Afeef tidak suka kehadiran Rafael. Kemana saja Iffat dan Afeef pergi perlu berjumpa Rafael. Iffat sempat berkenalan dengan adik Raf yang mahu menyambung pelajaran ke india. Afeef terlalu banyak curuga bila berjumpa Rafael . Afeef terus memasamkan muka dengan Iffat hingga ke rumah baru mereka. Afeef cuba bertanya mengapa Iffat tidak tinggal dirumah itu selepas berkahwin. Iffat hanya memberitahu dia pernah menghantar email untuk tinggal dirumah itu tetapi Afeef tidak pernah balas. Iffat mengambil keputusan untuk tidak tinggal dirumah itu. Tinggal berdua agak janggal Iffat cuba membawa Aqil untuk tinggal bersama. Sekali lagi Afeef mohon pada Iffat agar memberi peluang untuk menjadi suami yang terbaik. Afeef tidak mahu Iffat tinggalkan dirinya. Afeef menceritakan kehidupan hidup berumahtangga tanpa restu orang tua. Damia berubah selepas melahirkan Aqil. Semua tanggungjawap ditanggung oleh Afeef. Afeef cuba mengambil simpati Iffat tetapi Iffat terus mendiamkan diri dan berlalu pergi. Iffat betranya menngapa Afeef tipu dirinya. Tetapi tiada jawapan. Afeef nekad untuk menebus kesalahannya yang lalu. Afeef memberi masa untuk iffat menerima dirinya dan Aqil. Iffat mahu Afeef benar- benar bersungguh untuk berubah baru Iffat membuat keputusan untuk menerima afeef kembali. Hubungan Afwan dan Lutfi semakin rapat keluarga Afwa menyuruh keluarga Lutfi datang merisik kerana mereka kerap keluar. Umie Rafael tahu Rafael masih menunggu Iffat. Dia juga menasihatkan agar mencari perempuan lain dan mendoakan Iffat dan suaminya berbahagia. Jangan mengharapkan Iffat dan suami bercerai. Itu adalah salah. Umienya juga berjanji akan mencarikan isteri untuk Rafael. 

Episod 10
Sebelum memulakan kerja baru Afeef mengajak Iffat pergi membeli baju baru. Iffat geram dengan tindakan Afeef yang tidak suka dengan pilihannya. Iffat terus membanding-bandingkan dirinya dengan Damia. Afeef tidak terkata apa dia tahu semua ini berpunca darinya. Jika dia tidak berkahwin dengan Damia Iffat tidak bertindak sedemikian.  Afeef semakin menyayangi Iffat. Afeef rasa cemburu bila nampak Afwan dan Lutfi mesra sebagai pasangan kekasih tetapi Afeef dan Iffat selalu bergaduh bila berjumpa walaupun mereka sudah berkahwin. Afeef cuba cari jalan penyelesaian dan bawa duduk berbincang. Afeef tidak mahu Iffat terus membencinya. Afeef mohon dirinya diberi peluang untuk terus mencintai dan memulakan kehidupan baru. Peringkat pertama Afeef minta agar Iffat memanggil dirinya abang. Afeef juga akan menghantar Iffat ketempat kerja bagi merapatkan perhubungan mereka dan tidak membataskan aurat antara mereka. Afwan dan Lutfi memberitahu keluarganya niat untuk berkahwin tetapi Afwan lebih selesa jika pernikahan mereka diadakan kecil kecilan .  Afeef berkerja di sebuah syarikat guaman dan berjumpa Atiqah. Atiqah kerkejut bila berjumpa Afeef di pejabat. Iffat mempersoalkan mengapa Rafael masih tidak berkahwin. Tetapi tanpa sedar Rafael mengguris hati tentang perkahwinan Iffat. Rafael rasa bersalah dan minta maaf. Iffat juga berjanji akan mencari calan isteri yang sesuai untuk Rafael. Perhubungan Afeef dan Iffat diperingkat awal . Perubahan mereka dapat dilihat oleh orang tua Afeef. Mereka bersyukur dan gembira melihat perubahan itu. Keluarga Lutfi sibuk berbincang untuk merisik Afwan. Iffat mengajak Afia keluar makan . Sebenarnya Iffat ada agenda sendiri untuk menyatukan Rafael dan Afia. Semuanya masih dalam perancangan. 

Episod 11
Afia malu bila Luqman cuba mengkenenkan Rafael dengannya. Afia tahu ini semua rancangan kakak iparnya, Iffat. Rafael terjumpa Iffat menunggu Afeef diluar pejabat. Iffat menegur Rafael adakah pilihan Iffat sesuai dengan citarasa Rafael. Rafael tahu niat Iffat mencarikan isteri baik tetapi Rafael takut Afia tidak suka padanya. Afeef nampak Iffat dan Rafael berbual tiba-tiba api cemburu tidak dapat dikawal. Afeef menuduh Iffat curang dan meraka bergaduh perkara yang sama. Iffat sedih , Afeef tidak pernah menjaga perasaannya. Perang dingin terus tercetus diantara mereka. Iffat menghubungi Afeef agar tidak mengambilnya di pejabat. Iffat berjumpa Hayati untuk mengadu hal rumahtangganya. Hayati menasihatkan agar Iffat mengalah , agar menjaga  kesejahteraan rumahtangganya . Umie pelik bila melihat Afeef datang sorang menjemput Aqil. Afeef hanya memberitahu Iffat sibuk dipejabat. Afia dapat merasakan sesuatu perhubungan abangnya. Afeef yang sedar kesalahannya merayu memohon maaf pada Iffat tetapi dipandang sepi. Afeef cuba mencari jalan untuk memulihkan keadaan. Keluarga Afeef sibuk dengan menerima rombongan meminang  Afwan. Iffat gembira abangnya berjaya menawan hati Afwan untuk dijadikan isteri. Iffat sempat juga  bercerita yang Afeef cemburu melihat Afwan dan Lutfi di shopping mall. Setelah keluarga Lutfi  pulang Iffat sibuk mengemas didapur. Afeef menegaskan untuk pulang kerumah cepat tetapi tidak diendahkan oleh Iffat. Ketegangan itu disaksikan oleh Afwan. Afwan yang sedar cuba memujuk Iffat untuk pulang tetapi Iffat tetap mendegilkan diri. 

Episod 12
Selepas perkataan cerai keluar dari mulut Iffat , Afeef bersungguh untuk berubah dan menerima Iffat. Kesungguhan Afeef terbayar bila Iffat memaafkan Afeef. Iffat juga meminta maaf dengan segala kesalahannya. Rafaal menghubungi Afia untuk berjumpa. Rafael mengajak Afia kahwin dan Afia terkejut malu tanpa sedar Afia tersenyum mendengar Rafael menyebut tentang kahwin. Berita itu turut dikongsikan dengan Iffat. Afia sebenarnya berat hati untuk menerima cadangan keluarganya untuk dijodohkan dengan anak lelaki kawan Umie. Begitu juga Rafael kerana tidak mahu mengecilkan hati orang tuanya , Rafael terpaksa setuju cadangan keluarga untuk melihat dia berkahwin. Hari yang ditunggu tiba , persiapan menyambut keluarga Rafael datang meminang Afia. Afia semakin resah , Afia masih tidak memberi jawapan untuk Rafael. Afia tidak mahu keluarganya kecewa jika dia memilih Rafael dengankan keluarga sudah merancang untuk menjodokan Afia dengan anak sahabatnya. Sejak peristiwa bermaafan hubungan Afeef dan Iffat semakin mesra hingga Kakak Afeef menyampah melihat kemesraan seperti pasangan yang baru berkahwin. Panggilan diri pula sudah bertukar kepada abang dan sayang. Tidak lagi ber aku dan kau pada perhubungan mereka. Iffat terkejut bila bersalam dengan Aunty Suraya mama Rafael. Iffat tidak menyangka aunty suraya meminang Afia untuk Rafael. Afeef pula terkejut bila Rafael turut serta datang bersama rombongan meminang Afia. 

Episod 13
Afia masih risau dan gugup bila diperkenalkan tetapi risau itu tidak lama bila Iffat memperkenalkan yang datang adalah keluarga Rafael. Afia mula tersenyum bila mendengar nama Rafael. Perkahwinan mereka diadakan serentak dengan Afwan dan Lutfi. Rafael gembira bila gadis yang dipinang adalah Afia . Afeef minta maaf pada Iffat kerana menuduh Iffat sengaja merapatkan diri dengan Rafael dengan menjodohkan Afia dengan Rafael. Afia dan Rafeal belajar untuk mengenali hati masing-masing. Isha sedih kerana Rafael tidak mempedulikan dirinya. Iffat hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu menyinggung perasaan Isha walaupun dia tahu Rafael pergi mana. Atika menjemput Damia yang baru balik dari UK. Damia memberitahu pada Atika yang dia mahu memakai tudung dan berbaju kurung demi menyorokkan perut yang kian membesar. Atika terkejut bila Damia memberitahu yang dia mengandung lagi. Kerana kandungannya juga Damia pulang ke Malaysia. Isha nampak Rafael dan Afia keluar dari butik pengantin. Isha terus menyerah Iffat kerana menyembunyikan yang Rafael akan berkahwin dengan Afia. Damia pulang kerumah keluarnya. Damia memberitahu yang dia telah bercerai dan mempunyai anak. Damia juga memberitahu yang Afeef tidak memberi peluang untuk Damia menjaga anaknya. Damia insaf dan mohon keluarganya menerima dirinya. Dato Azman marah bila Damia membiarkan bekas suami menjaga anak Damia. Pada Dato Azman Anak Damia adalah pewaris keluarga pada mereka. Iffat terserempak dengan Atika . Iffat terperasan seorang perempuan yang sangat dikenali tetapi Iffat tidak tahu siapa. Iffat cuba memikirkan siapa perempuan seolah sangat dikenali. 

Episod 14
Afeef terfikir perempuan yang Iffat jumpa adalah Damia. Afeef mengimbas balik ketika hidup bersama Damia. Perubahan Damia sejak Damia melahirkan Afeef. Balik ke Malayisa Damia menjadi pemerhati bagaimana dia mahu mendekati Afeef dan bagaimana kehidupan Ifffat dan Afeef. Di pejabat Atika dipanggil oleh Afeef untuk memastikan benarkah Damia sudah pulang ke Malaysia. Atika memberitahu yang Damia mahu berjumpa tetapi Afeef tidak mahu ada apa-apa hubungan dengan Damia lagi. Afeef masih dibayangi oleh Damia bila Damia mula berubah semasa di UK. Afeef yang banyak termenung memikirkan Damia. Bila malam menjelang Damia tetap mengunjungi kelab malam . Tiada lagi tudung dan baju kurung. Afeef terkejut bila Damia datang ke pejabatnya. Kedatangan Damia mengundang kemarahan pada Afeef.  Oleh kerana majlis Afia dan Afwan hampir tiba Iffat dan Afeef banyak meluangkan masa dirumah Umie. Umie memberitahu yang Akma akan balik cuti semesta. Afeef di suruh mengambil Akma di ETS station. Afeef cuba memujuk Akma agar dapat menjaga Aqil tetapi Akma menolak dengan alasan abangnya mempunyai isteri dan akma juga mencadangkan agar Iffat berhenti kerja untuk menjaga Aqil kerara Afeef mampu berbuat begitu. Akma juga mempertikaikan Aqil yang berada dalam jagaan umie. Tidak perlu menyusahkan orang tua kerana mereka sudah tua. Afia mengajak Iffat ke butik pengantin untuk fitting baju pengantin. Datin suraya sangat gembira berjumpa Iffat. Datin Suraya menasihatkan agar Iffat menambah anak kerana melihat Aqil sudah besar. Iffat hanya mampu tersenyum dan mendiamkan diri. 

Episod 15


Episod 16
Aqil meronta - ronta bila Damia terus memeluknya. Tangisan Aqil membuatkan Iffat datang melihat apa yang terjadi. Iffat terkejut melihat Damia dan Afeef ketika itu. Iffat tertanya-tanya mengapa Damia terus mengganggu keluarganya. Perkara yang selama ini Iffat takut terjadi juga. Iffat terkenangkan kata-kata ayahnya. Iffat perlu yakin dan percaya dengan suaminya. Selain itu Iffat perlu ada zuriat bersama Afeef. Iffat tahu selama ini Iffat tidak bersedia dengan 1 perkara dan kini tanggungjawab itu perlu di laksanakan demi kerukunan rumahtangganya. Damia bengang bila Umie Afeef masih tidak dapat menerimanya walaupun dia sudah berpakaian sopan. Afeef pula enggan menerimanya dirinya demi Aqil. Damia mahu Aqil mengenali dirinya sebagai ibu kandung. Fazree yang cuba mendekati Damia tetapi Damia selalu mengelak. Damia pening memikirkan bagaimana dia mahu memujuk Afeef untuk berkahwin dengan dirinya semula bagi menutup aibnya. Damia takut semakin lambat perutnya semakin membesar. Dato Azman ingin mengambil hak penjagaan cucunya kerana Damia tidak pernah mengendahkan anaknya. Afeef terkejut bila majikannya memberi name kad Dato Azman untuk membuat tuntutan hak penjagaan cucunya sedangkan tuntutan itu adalah haknya. Sejak itu Afeef banyak mendiamkan diri hingga Iffat sedar perubahan dari Afeef. Afeef menghubungi Damia. Damia gembira bila Afeef menghubungi dirinya ditambah pula Afeef mengatakan ingin berkahwin semula dengan Damia. Afeef mohon untuk berjumpa Dato Azman dipejabat . Setelah Damia memperkenalkan Afeef dengan Dato Azman barulah Afeef memperkenalkan dirinya sebagai peguam yang dihantar Dato Badrulzaman. Afeef menerangkan pada Dato Azman mengapa dia perlu menjaga zuriatnya. Afeef juga tidak keberatan untuk membawa anaknya untuk berjumpa dengan keluarga Dato Azman kalau itu yang dimahukan. Afeef menegaskan lagi Dato Azman tidak perlu membuat atau meneruskan tuntutan. Damia terkejut bila bila Afeef memberitahu yang dia tidak perlu berkahwin dengan Damia. Afeef hanya sayangkan Iffat kerana Iffat sudah banyak berkorban untuknya. Afeef tidak mahu melukakan hati Iffat lagi. Damia terus merayu pada Afeef tetapi Afeef tetap dengan pendiriannya. Bila Damia terus mendesak Afeef , Afeef terus memberi amaran agar Damia tidak mengganggu keluarnyanya lagi Jika tidak Afeef akan membongkarkan rahsia sebenarnya. Dato Azman masih mencari punca mengapa Damia bercerai dengan Afeef. Dato Azman dapat merasakan ada yang tidak kena pada Damia. 

Episod 17
Damia masih menafikan penceraian Damia dan Afeef berpunca dari kesilapan Damia. Dato Azman tetap menyalahkan Damia. Fazree cuba untuk rapat dengan Iffat tetapi Iffat hanya melayannya seperti rakan sekerja. Afeef nampak Fazree bersembang dengan Iffat dan memandang Fazree dengan api cemburu. Keadaan itu dapat dikawal bila Iffat cuba bergurau dengan Afeef. Afia dan Afwan bercerita mereka akan pergi haneymoon. Afia mengusik abangnya yang tidak pernah membawa isterinya bercuti kerana sibuk berkerja. Afeef membawa Iffat pergi makan malam bersama sempena menghargai Iffat sebagai isterinya. Afeef yang sibuk berkerja dan selama 4 tahun Afeef tidak pernah memberi apa-apa hadiah Iffat. Iffat terharu dengan tindakan Afeef yang memberi hadiah yang mahal untuknya. Damia yang masih tidak berpuas hati pada Afeef cuba membuat rancangan untuk terus menghancurkan rumahtangga Afeef dan Iffat. Pertemuan Damia dan Iffat menghancurkan hati Iffat. Damia memberitahu Iffat yang kini Damia sedang buat persediaan untuk perkahwinannya dengan Afeef. Damia bersetuju untuk berkahwin dengan Afeef kerana Aqil. Damia puan kerana umpannya menjadi. Damia terus berjumpa Hayati memberitahu yang Damia akan berkahwin semula dengan Afeef. Hayati tidak percaya yang Afeef akan bersama semula dengan Damia. Kecewa dan sedih Iffat merajuk melarikan diri ke Terengganu. Afeef cuba mengubugi Iffat tetapi gagal. Walau bagaimana pun akhirnya Iffat dapat dihubungi dan Afeef sempat menceritakan keadaan sebenar. Afeef mengikut jejak langkah Iffat ke Terengganu. Memandangkan Iffat dan Afeef tidak pernah bercuti bersama. Damia geram dan panas hati bila Afeef memberi amaran pada dirinya. Afeef juga akan bertindak jika ia berterusan keluarga Damia tidak dibenarkan melihat Aqil. Di kelab malam Fazree cuba untuk berkenalan rapat dengan Damia. Damia rimas dengan kehadiran Fazree yang suka mengganggu dirinya di kelab. Fazree terus mengejar Damia , Damia yang hampir dilanggar dengan sebuah motor disitu. Damia yang hilang keseimbangan lalu jatuh. Tiba - tiba Damia mengadu sakit yang teramat. Fazree yang panik terus membawa ke hospital. Sampai di hospital Fazree dikejutkan bila doktor mengesahkan Damia keguguran. 

Episod 18


Episod 19


Episod 20


Episod 21


Episod 22
Papa dan mama Iffat balik dan digantikan oleh Afeef menjaga Iffat yang masih lemah di hospital. Afeef merenung Iffat yang sedang lena dan Afeef menyesali apa yang dia telah lakukan pada Iffat. Afeef masih terkenang balik saat Iffat menuntut cerai padanya. Terjada dari tidur Iffat terpandang Afeef yang berada di sebelahnya sedang lena. Iffat rasa meluat melihat Afeef yang berbuat baik. Afeef cuba berbaik dengan Iffat tetapi dipandang sepi. Damia pula sengaja menghubungi Iffat dan rasa simpati dalam masa yang sama Damia memberitahu yang Dia dan Damia akan rujuk semula. Hati Iffat bertambah sakit bola mendengar kata - kata itu keluar dari mulut Damia. Orang tua Iffat memanggil keluarga Afeef kerumah untuk memberitahu yang Iffat sudah mengandung. tetapi perkara ini perlu dirahsiakan dari Afeef hingga perhubungan Afeef dan Iffat berbaik semula. Bila Afeef mendapat tahu yang Damia menggubungi Iffat. Afeef terus marah pada Damia. Afeef terus memberi amaran pada Damia. Afeef juga tidak akan berkahwin semula dengan Damia. Damia terus menangis dan sedih dengan perubahan Afeef. Afia terkejut bila Iffat memberitahu yang Afeef akan berkahwin dengan Damia. Iffat dibenarkan keluar dari hospital tanpa pengetahuan Afeef. Iffat terus balik kerumah orang tuanya. Tetapi papa Iffat tidak suka dengan tindakan Iffat yang membelakangi suaminya. Afeef terus memujuk Iffat dirumah keluarga Iffat tetapi Iffat dengan pendiriannya. Pujukan Afeef dibiarkan dan malangnya kepercayaan Iffat pada Afeef semakin pudar dan Iffat mengambil peluang untuk tidak mahu dinganggu. Damia semakin stress bila Afeef terus menolak dirinya. Fazree terus datang memburu Damia walaupun berpuluh kali Damia menolak. Segala usaha untuk memujuk Iffat gagal . Afeef mengambil Aqil dirumah orang tuanya lalu dibawa untuk berjumpa Iffat. Afeef merasa lega bila Iffat memeluk Aqil dengan penuh kasih sayang.  

Episod 23
Fazree berjumpa Atiqa untuk mendapatkan cerita sebenar tentang Damia. Atiqa ceritakan keadaan sebenar Damia masih mengejar Afeef bekas suaminya. Bila Fazree mendengar nama Afeef , nama itu seperti biasa didengari. Atiqa terus menerangkan Afeef merupakan suami pada Iffat. Ini lebih mengejutkan Fazree ,Iffat adalah rakan kerjanya. Bila balik dipejabat Fazree masih memikirkan perjumpaan dirinya dengan Atiqa . Fazree nekad untuk memikat Damia. Fazree tidak mahu Damia berkahwin dengan Afeef semula. Afeef bingung bila Iffat tidak mahu bercakap dan bermesra dengannya lagi. Afeef tahu selagi Damia tidak berkahwin Iffat tidak akan percaya pada dirinya lagi. Damia terus bengang bila Afeef tidak membenarkan Damia membawa Aqil berjumpa dengan keluarganya. Papa Damia marah bila Damia tidak membawa Aqil seperti yang dijanjikan. Papa Damia mengesyaki sesuatu yang terjadi pada Damia dan Afeef mengapa Afeef tidak membenarkan Damia membawa Afeef pulang kerumahnya. Afeef terus memujuk walaupun dia tahu semua itu akan sia-sia. Orang tua Afeef berhajat untuk membuat kenduri doa selamat kerana bakal menimag 3 orang cucu tak lama lagi. Hajat itu direlisakikan dengan keluarga terdekat dan ahli surau. Setelah selesai Iffat balik kerumah orang tuannya. Itulah rutin Iffat , mereka tidak lagi balik kerumah mereka. Memandangkan Iffat yang akan berkerja di Terengganu minggu hadapan. Iffat meminta mamanya untuk masak rendang daging berserta lemang. Dalam sibuk Iffat didapur , Afeef rasa pelik melihat mertuanya membuat persiapan memasak lemang. Hadif yang dipaksa mencari buluh lemang di hutan belakang rumah masih belum pulang. Afeef yang rela hati untuk mencari Hadif mencuri dengar perbualan talifon Hadif bersama rakannya. Afeef terkejut bila Hadif memberitahu pada perbualan talifon yang kakak yang telah mengandung dan teringin makan lemang yang dibuat oleh mamanya sendiri. 

Episod 24
Hadif terkejut bila Afeef terus terjah. Hadif terpaksa bercerita kerana terperangkap dengan diri sendiri. Afeef tidak sangka semua orang tahu kecuali Afeef. Afeef cuba menyindir Iffat untuk mencungkil rahsia tapi semua ahli keluarga Iffat cuba mengawal keadaan. Damia terfikir kata - kata Fazree yang bersungguh untuk memperisterikannya dalam masa yang sama Damia masih teringat kata-kata Afeef yang memberi amaran pada dirinya jika Damia terus berdegil. Damia tidak akan berjumpa Aqil lagi jika dia terus mengganggu Afeef. Damia cuba memujuk Afeef tetapi keputusan tetap sama. Damia semakin stress dan buntu. Damia mengajak Atiqa pergi bercuti untuk mencari ketenangan. Iffat semakin sibuk dengan menyiapkan barang keperluan untuk ke Terengganu. Afeef mengajak Iffat keluar makan roti canai . Sampai gerai servise mereka lambat ini membuatkan Iffat naik angin. Afeef terpaksa bungkus mengikut kehendak Iffat. Sementara menunggu untuk bungkus hujan turun lebat. Iffat yang kesian melihat Afeef turut keluar dari kereta dan memayungkan Afeef tetapi Afeef menolak. Iffat tahu bila Afeef terkena hujan Afeef pasti akan demam. Oleh kerana terkena hujan Afeef demam. Atiqa menasihatkan Damia jangan ganggu keluarga dan kehidupan Afeef lagi. Biar mereka hidup bahagia. Atiqa memberitahu yang Fazree seorang lelaki yang sangat baik. Fazree pasti akan memenuhi permintaan Damia. Damia sengaja menghubungi Fazree menyatakan ingin berjumpa. Pada Fazree ini peluang untuk dia rapat dengan Damia. Damia masih rasa was-was Fazree , pada Damia Fazree mungkin tidak datang untuk berjumpa dengan nya. Tetapi Damia tidak menyangka Fazree betul - betul datang ditempat yang dijanjikan. 

Episod 25
Iffat melihat keadaan Afeef masih sama. Iffat semakin risau melihat Afeef demam sedangkan Iffat sudah mahu ke Terengganu. Iffat cuba memujuk Afeef ke klinik tetapi Afeef membatukan diri. Iffat mula bising kerana kedegilan Afeef yang enggan ke Klinik. Iffat terpaksa menangguhkan sehari untuk ke Terengganu kerana Afeef masih demam. Damia masih tak percaya kehadiran Fazree untuk berjumpa dengannya. Fazree tidak mahu membuang masa untuk melamar Damia. Pada Fazree ini adalah masa yang terbaik untuknya. Damia terkejut dengan tindakan Fazree . Menurut Fazree dia tidak mahu melengahkan masa untukk mengahwini Damia. Biarlah mereka terpaksa bercinta selepas kahwin. Damia yang bersetuju dan cuba untuk mengubah penampilan untuk terus berhijab. Atiqa yang gembira dengan keputusan Damia. Fazree juga suka dengan penampilan baru Damia. Fazree juga akan menguruskan semua persiapan untuk perkahwinan mereka . Damia turut teruja dan Damia juga mengharapkan dia berpeluang untuk membuat majlis besar besaran dan bersanding. Ini kerana dia tidak berpeluang untuk melalui semua itu semasa perkahwinan pertamanya. Iffat sedih mahu meninggalkan suaminya. Iffat mohon maaf kerana tidak menjadi isteri yang baik untuk Afeef. Afeef juga merelakan pemergiannya. Dalam berat hati Iffat mahu pergi meninggalkan Afeef. Afeef sebenarnya mahu membuat satu kejutan pada Iffat. Afeef yang berpakat dengan Lutfi untuk menghantar Iffat ke Terengganu. Iffat geram bila tidak dapat menghubungi Lutfi. Oleh kerana Lutfi tidak dapat dihubungi, Iffat pergi menghantar kereta untuk di servis .Iffat nekad untuk membawa kereta sendiri ke Terengganu. 

Episod 26
Selepas pergi menghantar kereta untuk di servis Iffat pulang kerumah Afeef untuk mengemas barang yang perlu dibawa ke Terengganu. Iffat terejut bila melihat Afeef datang membuat kejutan untuk menghantarnya ke Terengganu. Diterengganu Iffat berjiran dengan salah seorang rakan dipejat barunya. Afeef sempat berkenalan dengan Fahmi  jiran baru . Di Terengganu juga Afeef terjumpa dengan Fazree yang membuat persiapan untuk pertunangannya dengan Damia. Afeef cuba buang sifat cemburu pada isterinya demi menjaga hati Iffat. Iffat tidak menyangka akan berjumpa dengan Isha di Terengganu. Isha mohon maaf pada Iffat atas kekasarannya yang lalu. Iffat turut melupakan kisah lama kerana mereka telah berkawan lama sejak di universiti. Afeef berniat untuk duduk di Terengganu seminggu sambil bercuti. Damia memberitahu niat untuk berkahwin dengan pilihannya. Niat itu disambut baik dan mereka meneruskan dengan majlis pertunangan. Umie dan ayah Afeef terkejut dengan kehadiran keluarga Damia kerumah. 


Episod 27


Episod 28


Thursday 17 November 2016

NOVEL SELAMANYA DISISIKU



Selamanya disisiku pilihan saya untuk review kali ini . Novel diberi oleh pihak penerbit Bes Q kerana saya memenangi review novel salah satu dari novel terbitannya. Dhila Asyfa seorang penulis baru yang baru berjinak-jinak ke dunia penulis. Novel ini mempunyai 405 muka surat ( nipis je ). Pada saya yang biasa membaca novel ini ada yang tak sampai matlamat. Jalan cerita menarik dan satu bahan bacaan ringan .. saya suka . 

Jom ikuti review dari saya untuk novel ini . Dafina Eryna menerima Ilman Akhil sebagai suami tanpa sebarang bantahan. Penyatuan itu dari pilihan keluarga , Eryna redha ketentuan dariNya. Eryna juga pernah ditinggalkan oleh kekasihnya. 

Perkahwinan mereka bermula dari mengenali hati budi masing-masing walaupun agak kaku diantara mereka berdua. Ilman yang sangat peramah , membuatkan Eryna selesa. Ilman yang dikenal dengan suka mengusik dan didak lokek memperkenalkan Eryna pada saudara-maranya. Ilman yang mempunyai keluarga besar mempunya pelbagai ragam yang perlu dilalui oleh Eryna hingga tidak kering gusi. 

Eryna tidak mengambil cuti yang lama untuk perkahwinannya. Bila di hari pertama Hazri datang merayu agar Eryna menerima dirinya kembali. pertengkaran Eryna dan Hazri disaksikan oleh Ilman hingga Ilman turut cedera tanpa sengaja. 

Ini membuatkan Ilman terasa hati. Oleh kerana mereka baru mengenali antara satu sama lain Ilman berpesan agar Eryna tidak menyembunyikan perkara ini lagi darinya. 

Bila cinta mula mekar , mereka diduga dengan kehilangan Ilman di ladang. Hati Eryna mula tidak senang dan nekad untuk mencari suaminya sendiri diladang. Walaupun kelaurga mentuanya tidak membenarkan Eryna tetap pergi degan bantuan sahabatnya sarah. 

Kehadiran Hazri saat Eryna kehilangan Ilman menguji hati seorang perempuan. Namun Hazri perlu ditolak tepi demi cintanya pada Ilman.  

Eryna merasa lega bila Ilman ditemui dalam keadaan selamat tetapi malangnya Ilman tidak mengenali Eryna. Eryna seperti orang asing buat Ilman. Walaupun pelbagai cara Eryna lakukan Eryna perlu tabah untuk mendapatkan Ilmannya kembali. 

Ilman sedar Eryna tidak pernah putus asa untuk memulihkan ingatannya kembali. Ilman juga berusaha untuk menjadi Ilman seperti dulu. Menerima Eryna dan melayari kehidupan rumahtangga yang baru dibina. 


Sinopsis dari kulit novel 
Penyatuan mereka di atas pilihan keluarga. Dafina Eryna yang ditinggalkan kekasihnya menerima Elman Akhil tanpa sebarang bantahan.

Alam perkahwinan mereka cukup bahagia umpama mimpi jadi nyata. Elman seorang penyabar, Eryna kadang kala menyimpan seribu satu rahsia. Perbezaan tidak menghalang mereka menyemai rasa cinta bersama.

“Abang tak pasti apa yang menganggu fikiran Eryna. Cuma satu yang abang minta, Eryna jangan cuba sembunyikan apa-apa daripada pengetahuan abang. Setiap apa yang Eryna pendam selama ini, abang perlu tahu. Sebab, abang suami Eryna.” – Elman Akhil

Bahagia yang diharap akan sentiasa mekar dan berbunga diduga dengan takdir Illahi. Elman hilang di kawasan ladangnya. Hati Eryna resah gelisah.

Dalam tidak sedar, Hazri Iskandar datang kembali di dalam hidup Eryna. Menguji hati seorang wanita yang sedang kehilangan suaminya.

“Hanya satu sahaja yang saya harap awak lakukan sekarang ni. Doakan semoga Abang El selamat. Dan, Hazri mungkin awak tak faham apa maksud ayat saya selama ni. Saya tak nak jumpa dan lihat muka awak lagi. Cukuplah kehadiran awak kusutkan fikiran saya. Hati dan perasaan saya sekarang ni hanya untuk Elman seorang.” – Dafina Eryna

Pengharapan kembali bersinar apabila Elman ditemui selamat. Namun, sinarnya seakan pudar dengan keadaan Elman yang cukup menguji hati dan perasaan Eryna.

“Abang pernah tanya saya satu soalan dahulu. Kalau lelaki yang ada di hadapan saya ni bukan lelaki yang sama selepas ni, saya akan tinggalkan abang ke?”Berkerut dahi Elman mendengar apa yang aku katakan.

“Saya akan tetap setia dengan abang.”

Dugaan demi dugaan melanda. Setiakah Elman Akhil? Dapatkah Dafina Eryna bersama hingga ke akhir dengan lelaki yang cukup asing baginya?

Wednesday 2 November 2016

NOVEL ENCIK SUAMI MAT SALIH CELUP

Si mat saleh celup yang 
bermata menawan,
Sentiasa bikin hati tak keruan...


Novel Encik Suami Mat Salih Celup bakal diadaptasi dari terbitan Lovenovel. Novel ini saya beli dah lama baru ini berpeluang nak buat review . Novel yang menpunyai 564 muka surat ( tak tebal sangat ) . Kekeluargaan menjadi tunggak utama disulami kasih sayang dan cinta yang mampu menggamit pelbagai rasa. Pada pendapat saya novel pada permulaan cerita agak slow sikit tetapi bila pertengahan baru ada rasa keseronokan. 


Jom ikuti review dan perjalan cerita Encik suami mat saleh celup. Kisah diantara Iman Amani dan Ian Hadif bermula apabila pertunangan diantara Iman dan tunangnya Naim diputuskan walahal  pernikahan mereka hanya beberapa minggu sahaja. Menurut Naim , Iman tidak cukup memahami dirinya seperti Dora lakukan untuknya. Naim mengambil keputusan untuk kembali bersama Dora.  Iman yang pasrah dengan ketentuan ilahi akhirnya menerima cadangkan mamanya untuk menerima anak rakan mamanya supaya keluarganya tidak menanggung perasaan malu yang menggunung akibat dari pertunangannya yang putus. 

Pertemuan pertama agak janggal pada Iman . Apabila seorang pemuda memperkenalkan diri beliau iaitu anak kepada rakan mama Iman langsung meninggalkan pemuda tersebut di dalam butik mamanya akibat terlalu terkejut. Setelah menerangkan kejadian yang menimpa keluarga Iman dan dirinya sendiri, Ian akhirnya bersetuju untuk menggantikan pengantin lelaki sebagaimana cadangan uminya. Setelah ijab kabul diantara Ian dan Iman termeterai, Umi mentua Iman meminta Iman 'memelayukan' Ian yang selama ini membesar di luar negara.

Fasa pertama perkahwinan Iman cuba menerima kehadiran Ian . Cuba mengenali Ian banyak perkara yang lucu diantara mereka. Kehadiran Iman juga memulihkan perhubungan antara Umi dan Ian sendiri. Ian sebenarnya berdendam dengan Umi kerana terpaksa membesar di luar negara bersama nenek di luar negara yang begitu asing buat Ian ketika itu. Ketika itu Umi tidak mempunyai pilihan demi menjaga hubungannya dengan ibu mertuanya. Walau berat hati umi meninggalkan Ian tetapi umi terpaksa atas desakan neneknya.  

Rumah tangga yang mula berseri mula dilanda ombak apabila bekas tunang (Naim), Iman muncul semula dan mahukan Iman kembali. Walaupun ditepis dan ditolak akhirnya mengundang perselisihan faham. Perkara yang ungkit oleh Ian adalah perempuan yang tidak sedar diri kerana Ian telah menyelamatkan keluarga Iman dari malu. Iman terasa terhina bila Ian mengungkit kisah lama. 

Dalam hubungan yang tidak berapa baik , kemunculan seorang model cantik jelita yang mengaku dirinya tunang kepada Ian makin mengeruhkan keadaan. Iman sepakin pasrah bila Ian bersetuju untuk berkahwin dengan Keisha Adriana. Hubungan diantara Ian dan Iman semakin jauh dan asing bila mereka membuat hal sendiri. Dek kerana keputusan yang tidak difikir panjang Iman makan hati dengan tindakannya. Sedar akan keadaan itu, Ian pula menjalankan idea gilanya dengan bantuan orang-orang yang rapat dengan Iman . Iman semakin tertekan bila Ian datang bersama Keisha Adriana untuk membuat persediaan perkahwinan mereka. 

Segalanya terbongkar bila Iman meluahkan perasaan pada Nuha sahabatnya. Nuha memainkan peranan untuk mencungkil perasaan Iman pada Ian. Ian yakin Iman mencintai dirinya kerana ego yang menggunung  telah menghalang segalanya. Akhirnya Iman akur rasa cintanya pada Ian dan berjaya merapatkan kembali hubungan mereka berdua. 





Sinopsis dari kulit novel
Pertunangan yang diputuskan beberapa minggu sebelum tarikh ijab kabulnya, mengheret perkahwinan yang tidak diduga berlangsung antara Iman Amani dan Ian Hadif.

“So I am your replacement husband?”– Ian Hadif
“If you want to say so.” – Iman Amani

Bukan setakat encik suami mat salih celup itu tidak mahu dan mungkin tidak tahu berbahasa Melayu, sang umi mentua pula mula melantik Iman sebagai ketua projek ‘memelayukan’ si mat salih celup.

“What is selipar Jepun?” – Ian Hadif
“Japanese’s slippers.” – Iman Amani
“Oh… the one that they wear with their kimono?” – Ian Hadif

Iman Amani mahu pengsan!Tapi…Makin lama duduk dengan encik suami mat salih celup yang bermata menawan lagi nakal itu, cik hati Iman mula selalu buat larian marathon. Iman mula menidakkan rasa hati sendiri.Seganlah dia untuk mengaku apabila encik suami selalu cakap berpusing-pusing mengalahkan roller-coaster!

“It was not love at first sight at all, but love at a deeper sight.” – Ian Hadif
“Betul ke apa yang awak cakap tu?” – Iman Amani
“Cakap apa?” – Ian Hadif
“Pasal love at a deeper sight tu.” – Iman Amani
“Bila masa saya cakap macam tu?” – Ian Hadif

Tiba-tiba encik bekas tunang muncul semula, mahukan Iman kembali. Rumahtangga yang berwarna-warni mula hilang warnanya .Kemunculan model cantik jelita yang mengaku dirinya tunang kepada Ian membuatkan Iman mula pasrah dan reda. Iman mula menjalankan idea gilanya dan Ian semakin menjauhkan diri.

“To form an I squared, you need two I’s. That is why, this Ian needs his Iman.Without you, I am like the incomplete square number’s function.” – Ian Hadif
“Tell him that I love him, so much.”- Iman Amani.

Apakah yang harus dilakukan oleh Iman? Kalau ‘I kuasa dua’ perlukan dua huruf ‘I’, bolehkah hanya ada Iman tanpa Ian?