Showing posts with label NOVEL KARYASENI. Show all posts
Showing posts with label NOVEL KARYASENI. Show all posts

Sunday, 30 December 2018

NOVEL PUJAAN HATI KANDA

Aku bukan lelaki mata keranjang....

Novel Pujaan Hati Kanda menjadi pilihan untuk saya buat review. Memandangkan novel ini menjadi drama adaptasi , saya mengambil peluang untuk membuat satu review. 

Novel ini mempunyai 678 muka surat agak tebal pada yang saya yang dah lama tak membaca ni ( hihih ). Novel Pujaan Hati Kanda ini menceritakan tentang kisah Megat Danial A.K.A Danny. Kehidupan mewah yang diberikan padanya membutakan diri. Gelaran Playboy sudah sebati pada dirinya. Namun itu 2 tahun dulu. Kini setelah bertunang dengan Nedine seorang model manis dan juga usahawan muda pilihan atuk dan neneknya. 

Saat diri bersedia untuk berubah dan ingin berkahwin dengan sijelita pilihan atuknya, Danny terkejut dengan hadiah yang tidak diundang. Kehadiran bayi yang memerlukan ayah. Pernikahan Danny dan Nedine batal kerana Nedine tidak sangup menerima kenyataan bahawa Danny mempunyai anak bersama perempuan lain. 

Danny terpaksa akur dengan keputusan Nedine walaupun berat pada Danny. Kini tugas baru Danny untuk mencari baby ini milik siapa? Siapa ibu pada bayi yang bernama Fatimah ? sementara untuk mencari siapa ibu baby itu danny terpaksa mencari pengasuh. Nak harapkan nenek , nenek enggan menjaga baby Rara . Padanya Danny yang mencari masalah Dannylah yang patut tanggung semuanya. 


Tiara gadis kampung yang masih belajar di semesta akhir dan berkerja di restoran bagi mencari duit poket dan sewa rumah. Kerana kecuaiannya dia dibuang kerja. Kejadian itu menjadi perhatian pada Danny dan mengambil peluang untuk menjadikan Tiara sebagai pengsuh. Atas desakan hidup Tiara bersetuju memandangkan gaji mengasuh yang Danny beri sangat lumayan. Tiara menjaga baby Rara secara bergilir-gilir dengan rakan serumahnya Reena. 


Fadzli ( Pali ) yang sudah lama menaruh hati pada Tiara tidak suka Tiara mengasuh baby Rara. Pali juga cemburu bila Tiara selalu bersama dengan Danny. Panas baran Pali membuat Tiara tidak selesa dan rimas. Segala tindakan Tiara diperhatikan. 


Danny akhirnya dapat menjejaki Fatimah nama seperti dalam nota yang tertulis bersama baby Rara. Tetapi malangnya Fatimah koma dihospital akibat kemalangan. Danny tiada pilihan untuk menunggu Fatimah sedar dari koma untuk mendapatkan penjelasan dan kepastian daripadanya. 


Semuanya berjalan lancar hingga Tiara tamat pengajian. Mahu atau tidak Tiara terpaksa balik ke kampung. Ini membuatkan Danny buntu siapa yang akan menjadi pengasuh Baby Rara. Tiara terpaksa balik ke kampung bersama Pali kerana tiada pilihan. Pali merupakan kawan sekampung Tiara dan dia diamahkan oleh abang long Tiara supaya menjaganya semasa di kolej. Dalam perjalanan pulang ke kampung halaman Pali dan Tiara bertengkar lalu meniggalkan Tiara ditepi highway. 


Tiara terpaksa berjalan mencari R&R yang terdekat. Sampai di R&R Tiara menghubungi Danny dan menceritakan hal sebenar. Dengan rasa simpati Danny datang dan menghantar Tiara balik ke kampung. Tiba dikampung Ibu  dan kak suria menyambut kepulangan Tiara tetapi tidak disenagi oleh kak Suria bila melihat Danny. Tiara terpaksa menipu bahawa Danny duda anak satu yang baru kematian isteri. 


Tiba-tiba Nedine merayu untuk kembali dan memohon maaf atas kesilapannya. Hati Danny kecewa bila Nedine mementingakan diri dan sanggup membatalkan majlis pernikahan mereka dulu. Demi atuknya Megat Aiyub , Danny bersetuju tetapi dengan syarat menjaga  Baby Rara dalam masa seminggu. Walaupun tindakan Danny dianggap gila oleh sahabatnya Kasyah. Danny ingin melihat sejauh mana Nedine ikhlas menerima seada dirinya dan baby Rara. Tak sampai 24 jam Nedine sudah menghubunginya untuk memberitahu bahawa Baby Rara menangis dan meragam. Keadaan tersebut tidak sama dengan Baby Rara dalam jagaan Tiara. 


Hati Danny tidak senang sejak Nedine menghubungi  Danny risau akan keadaan Baby Rara. Sangkaan Danny tidak meleset apabila melihat dengan matanya sendiri bahawa Nedine mencubit baby Rara yang sedang menangis. Nedine tidak sangka Danny melihat tindakannya. Nedine merayu agar terus diberi peluang. Nedine hanya tidak boleh terima Baby Rara kerana baby Rara anak luar nikah Danny bersama perempuan lain. 


Ini membuatkan Danny lebih pening bila tiada penjaga baby Rara. Danny menghubungi Tiara untuk menjaga Baby Rara untuk sementara waktu. Dengan kerja dipejabat yang melambak Danny terpaksa mencari tempat yang selamat untuk baby Rara. Dengan kebenaran Ibu Tiara menjaga baby Rara sementara waktu. Danny terus mambawa baby Rara kerumah Ibu Tiara dikampung. 


Tiara terkejut bila rombongan meminangnya dari Pali datang. Dengan komplot kak Suria pinangan Pali diterima tanpa pengetahuan Tiara. Ini semua kerana Suami kak Suria telah kemekkan kereta Danny yang ditinggalkan untuk Tiara. kak Suria meminjam duit Pali. untuk repair kereta Danny. Sebagai ganti Kak suria perlu menerima pinangan sebagai cagaran. 


Tiara marah dengan kak Suria kerana membuat tindakan sendiri. Pertunangan terus berlangsung dan Pali menjadi tunangan Tiara. Baru jadi tunangan Pali dah tunjukkan belang. Pali sudah berani memukul Tiara dan mencederakan Baby Rara. Kerana cemburu Pali juga menghempas talifon Tiara. Kerana tindakan Pali ibu membuat report polis untuk melindungi anak gadisnya. Ibu Tiara juga pergi kerumah Pali dan memberitahu segala apa yang terjadi. Tetapi ayah Pali mohon akan diberi peluang kedua. 


Tiara rasa tidak sedap hati lalu menghubungi Danny agar datang kekampung dan membuat huru hara. Oleh kerana terlalu sibuk danny terpaksa menolak membuatkan tiara sedih. Pali tidak puas hati dengan Tiara, Pali datang kerumah semasa Ibu Tiara tiada dirumah . Tiara hampir diperkosa. Pali semakin mengganas bila Ibu tiara pulang dan menghalang Pali melakukan perkara terkutuk. Danny yang menjadi hero menyelamatkan Tiara dari dinodai oleh Pali. 


Pali dan Tiara putus tunang dan menyebabkan berita fitnah tersebar dan ini  menyebabkan Danny mengambil keputusan untuk melamar Tiara . Tiara bersyukur Danny melamarnya dan dia tak perlu bersama Pali yang panas baran. Nedine terus merayu malah dia juga menggunakan pengaruh atuk dan nenek untuk menyatukan mereka. 


Selepas sehari perkahwinan Tiara dan Danny , Nedine datang merayu agar Danny menjadi miliknya. hati siapa yang tak sedih bila lelaki yang sehari dinikahi adalah tunangan orang. Danny mohon maaf kerana tidak berterus terang. Siapa dirinya sebenar. Danny menceritakan kembali mereka pernah bertunang dan pernikahan mereka batal kerana hari pernikahan mereka Danny mendapat hadiah misteri ( Baby Rara ). 


Pulang ke KL ingatkan masalah selesai tapi masalah lain pulak datang. Wanita Misteri Fatimah pulak hadir dalam hidup mereka. Fatimah dibenarkan pulang oleh pihak hospital. Bagi menyelesaikan masalah, Fatimah dibenarkan tinggal bersama Tiara dan Baby Rara serumah. walaupun Tiara tidak selesa demi menyelesaikan masalah baby Rara yang memerlukan ibu kandung Tiara terpaksa akur. 


Keadaan semakin kusut bila nenak memaksa Danny berkahwin dengan Fatimah. Nenek juga membawa fatimah keluar dari rumah Danny. Sebenarnya nenek mencari bukti benarkah Baby Rara itu adalah anak Danny. Bila segala bukti terbongkar Tiara disuruh untuk berpisah sementara. Hati siapa yang tidak sedih apabila suami disuruh berkahwin bersama wanita lain. Nenek pula menyuruh Tiara tinggalkan Danny sementara waktu jika Tiara sayangkan Danny. 


Nenek dapat membuktikan bahawa Baby Rara bukan anak Danny, semua ini dirancang oleh suami Fatimah kerana mahukan anaknya dijaga dengan baik kerana Suami fatimah sedang dikejar oleh polis kerana mencuri. Suami fatimah tidak berkerja. Perkara ini berlaku apabila Danny melanggar kereta Suami Fatimah ketika balik dari hospital. Apabila suami Fatimah mengetahui bahawa Danny anak orang kaya dia merancang untuk meletakkan baby di hari pernikahan Danny. 



Sinopsis dari Kulit Novel 

Lelaki mata keranjang? Gelaran itu pernah tergalas di bahunya. Dan kerana kejahatan masa silam, dia terhukum dan termalu sendiri. Siapa sangka, ketika dia sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru, dirinya dihidangkan dengan dugaan yang paling besar.



Anak ini perlukan ayahnya. Saya serahkan kepada yang berhak. Peliharalah anak ini dengan penuh kasih dan sayang. Selamat pengantin baru. - Gadis Misteri

Hadiah yang tidak terduga itu hadir meranapkan mahligai yang ingin dibina. Majlis pernikahan yang bakal berlangsung, akhirnya terhenti tanpa ijab dan kabul. Calon isterinya enggan meneruskan perkahwinan selagi misteri kehadiran bayi kecil itu tidak terungkai. Dengan tanggungjawab sebagai ‘bapa segera’, Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga si kecil itu pagi dan petang, siang dan juga malam. Dan pencariannya berakhir apabila dipertemukan dengan Tiara. Seorang pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit.

“Tiara pesan susu, Pampers dengan puting susu aje, bang. Ni berat semacam aje. Abang beli stok untuk berapa bulan?”- Tiara

Semuanya berjalan lancar sehinggalah Tiara tamat pengajian semester akhir dan akan pulang ke kampung halaman. Hendak atau tidak, dia sudah tiada pilihan. Status palsu sebagai duda kematian isteri, terpaksa diakui demi meraih simpati keluarga kepada pengasuh ‘anak segeranya’ itu agar membenarkan Tiara terus mengasuh.

“Masalahnya aku tak kenal siapa gadis misteri tu? Macam mana aku nak cari dan settlekan masalah ni?” - Danny


Sementara itu pula, dia sudah berjanji untuk meneruskan misi menjejak gadis misteri yang menyusahkan hidupnya itu dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya.

Wednesday, 15 February 2017

NOVEL SUAMIKU PALING SWEET

Kerana dia sweet , 
hati yang beku pun boleh cair. 



Bila dah 2 episod tengok memang agak teruja nak tengok lagi. Saya ada beli novel online tapi belum dapat lagi. Sementara nak dapat novel saya post review ringkas yang saya dapat dari sebuah blog. Jom ikuti review ini. 

Suamiku Paling Sweet memaparkan kisah Qisya Iriz , graduan universiti yang terpaksa menjadi pengasuh sementara Hafiey , iaitu cucu kepada kawan ibunya, Puan Fathma. 

Pengasuh-pengasuh sebelum ini memang tidak dapat bertahan dengan sikap nakal Hafiey itu. Qisya menerima cadangan ibunya kerana ia hanya untuk sementara waktu. Apabila Qisya yang keras kepala bertemu dengan Hafiey, memang akan berlakunya kekecohan.

Kedua-dua ibu bapa Hafiey telah meninggal dunia dalam suatu kemalangan. Disebabkan itu, Hafiey menganggap bapa saudaranya Izz Haikal (Syafiq Kyle) sebagai ayah kandungnya sendiri. Izz sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan Hafiey. 

Selepas bertemu dengan pengasuh Hafiey, hati Izz dan Qisya sering berdebar. Namun mereka tidak ambil peduli tentang maksud sebenar di sebalik debaran hati tersebut sehinggalah terjadi sebuah peristiwa yang mengubah nasib hidup mereka berdua.

Qisya dipaksa untuk menjadi isteri kepada Izz Haikal pada usia yang muda. Pelbagai emosi mula mengaburi hati Qisya. Dia terkejut, marah, dan benci. Qisya langsung tidak dapat menerima kenyataan yang dia bakal berkahwin. 

Malahan dia juga tidak bersedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada Hafiey. Dia juga tertanya-tanya adakah ini merupakan perangkap Izz Haikal untuk bersama dengannya.

Qisya mula memberontak sehingga dia sanggup meninggalkan Izz Haikal dan Hafiey walaupun sudah bernikah. Izz berasa sedih tetapi dia memahami perasaan isterinya. Malahan, dia kerap memujuk dan memberikan ruang kepada Qisya untuk mencari ketenangan diri.

Izz tidak pernah berhenti memujuk isterinya. Akhirnya, Qisya lembut hati dan kembali ke pangkuan Izz dan Hafiey. Qisya telah meletakkan syarat bahawa tiada sesiapa pun akan mengungkit peristiwa dan sebab mereka berdua terpaksa berkahwin. Namun, peristiwa hitam yang tidak mahu diingati Qisya itu diungkit. Kali ini, Qisya nekad meninggalkan suaminya dan Hafiey walaupun dia sedang hamil. 


Sinopsis dari kulit novel

“Mama... Nak tolong tu memanglah boleh. Tapi ada ke patut suruh Sya jadi orang gaji rumah dia? Waaa... Mama,



Sya goreng telur pun boleh terbelah lima kuali, tahu tak?”- QISYA IRIS



Rela dalam paksa, Qisya terpaksa mengikut kata mamanya, menjadi orang gaji di rumah kawan mamanya. Dua bulan. Namun, sudah cukup untuk mengubah hidupnya bila dia terpaksa menjadi isteri dan mummy orang dalam usia yang cukup muda, 22 tahun.



Marah. Benci. Tak boleh terima kenyataan. Cukup membayangkan perasaan Qisya sehingga hampir sahaja Izz Haikal diterajangnya pada malam perkahwinan mereka. Tapi, berbeza pula dengan penerimaan Izz. Hanya tenang dan menerima semuanya.



“Macam mana cincin ni ada kat sini?” - IZZ



“Macam mana cincin ni ada kat sini? Sebab dia tak ada dalam kotaklah.”- QISYA



“Wrong answer. Cincin ni ada kat sini sebab dia dah temui pemilik dia.”- IZZ



Cincin tersarung di jari Qisya menandakan kesudian Qisya untuk terus hidup bersama Izz. Hari demi hari berlalu, cukup untuk Izz leburkan hati Qisya. Diikutkan saja kepala isterinya yang masih remaja itu.



Baik, penyayang, penyabar, romantik. Pendek kata Izz sangat sempurna pada Qisya.



Sampaikan kalaulah boleh diceritakan kepada semua orang, nak saja dia bukukan, letak tajuk Suamiku Paling Sweet sebab memang dia rasa Izzlah suami yang sangat sempurna padanya. Dan Qisya tahu satu rahsia besar! Rahsia yang buat air matanya tak henti-henti mengalir. Rahsia yang buatkan Qisya mahu cium tangan Izz untuk meminta keampunan.



Buatkan dia mahu peluk Izz ketat-ketat sebagai tanda terima kasih tak terkira. Sesungguhnya Izz tahu segalanya.



Episod 1
Izz Haikal sering bermimpi abang long yang terlibat dengan kemalangan jalan raya 5 tahun lalu. Walaupun sudah 5 tahun berlalu ia tetap segar dalam ingatan bila melihat Hafiey membesar didepan mata. Hafiey anak yang berusia 7 tahun yang semakin nakal dan terlalu manja. Oleh kerana kenakalannya ramai pengasuhnya berhenti tak tahan dengan kerenah Hafiey. Ini yang memeningkan Puan Fatma melihat keadaan Hafiey yang tidak ada pengasuh. Sesekali Hafiey terpaksa dibawa ke butik tetapi ada saya yang akan berlaku.  Suatu hari Puan Fatma membawa Hafiey ke butik kerana pengasuh buat tidak datang kerumah. Hafiey melarikan diri setelah dimarahi oleh Puan Fatma. Puan Fatma rasa bersalah lalu menghubungi Izz untuk mencarinya.  Puas mencari akhirnya Hafiey ditemui di taman permainan. Izz tahu Hafiey sengaja dan cuba memberontak untuk mencari perhatian. Izz membawa Hafiey berjalan -jalan untuk memujuk Hafiey. Puan Fatma meluahkan hati tentang kerisauannya pada sahabatnya Sanisah. Sanisah turut simpati dengan nasib sahabatnya. Sanisah menunggu kepulangan anak kesayangan Qisha Iris yang cuti semesta panjang ( 3 bulan ). Qisha yang gembira berjumpa keluarganya dan ingin menghabiskan cutinya hanya duduk dirumah. Sanisah cuba memujuk Qisha agar berkerja untuk menambahkan duit poket. Pada sanisah ini masa untuk membantu sahabatnya dengan menyuruh Qisha berkerja menjadi pengasuh Hafiey. Dalam terpaksa Qisha setuju dan pergi kerumah Puan Fatma untuk berbincang. Qisha masih ragu-ragu dengan keputusannya untuk menolong kawan mamanya menjadi pengasuh cucu Puan Fatma. 

Episod 2
Qisha dan mamanya pergi kerumah Puan Fatma. Malangnya mereka terkejut bila berlakunya beberepa perka berlaku luar jangkaan. Sanisah rasa berat hati untuk melepaskan Qisha berkerja menjadi pengasuh cucu pada sahabatnya. Tetapi tidak pada Qisha, Qisha rasa kesian pada Puan Fatma terpaksa berdepan dengan cucu yang sangat nakal. Puan Fatma risau keadaan Hafiey yang semakin lasak dan buas. Puan Fatma juga mengharap agar anak Sanisah boleh menjadi pengasuh Hafiey tetapi Puan Fatma takut untuk berharap. Qisha berjanji akan datang untuk menjadi pengasuh. Hari pertama berkerja Qisha bersama dengan Hafiey banyak perkara Qisha tidak faham. Qisha juga diberi jadual untuk aktiviti Hafiey seharian. Mak Kiah banyak membantu Qisha. Qisha terpaksa bersabar dengan kerenah Hafiey. Puan Fatma juga memaklumkan pada Izz dengan kehadiran Qisha sebagai pengasuh Hafiey. Dalam melayan kerenah Hafiey Qisha tertidur. Qisha tidak sedar yang Hafiey telah menconteng muka Qisha dengan water colour seperti kucing. Bila balik rumah Qisha mengadu dengan mamanya tetapi Qisha geram bila mamanya turut gelak dengan lukisan dimuka Qisha. Izz cuba bertanya dengan Hafiey keadaan pengasuh baru. Abang Qisha cuba memujuk adiknya dengan bertanya kerja hari pertama. Qisha tidak menunggu lama untuk bercerita tentang Hafiey yang sangat nakal. Ada saja barang yang akan dipecahkan dirumah. Qairul memberi pendapat mungkin Hafiey kurang kasih sayang dari mak dan ayahnya. Hafiey lakukan semua itu untuk mencari perhatian. Qisha berjanji akan mencari punca mengapa Hafiey menjadi nakal. 

Episod 3
Qisha cuba tertanyakan pendapat abangnya Qairul bagaimana untuk menanggani situasi Hafiey. Qisha perlu ambil hati Hafiey dan jangan cuba melawan kerana keadaan akan menjadi lebih buruk. Keesokan hari Qisha cuba mengambil hati Hafiey dengan coklat tapi tidak berjaya. Qisha memberi cadangan yang lebih mencabar dengan memanjat pokok. Hafiey lebih teruja dengan cadangan Qisha. Hafiey bersetuju dan menyuruh Qisha memanjat pokok. Qisha yang teragak-agak untuk memanjat pokok terpaksa lakukan juga demi mengambil hati Hafiey. Langkah pertama ok , langkah seterusnya agak gayat dan bila langkah ketiga , Qisha tidak dapat mengimbangi langkah lalu terjatuh dari pokok. Qisha mengadu sakit dan tiba-tiba Izz sampai untuk melihat Hafiey. Qisha dibawa ke klinik untuk mendapat rawatan. Izz menyalahkan Hafiey kerana melihat kenakalan Hafiey yang semakin menjadi-jadi. Hafiey berjanji dengan Izz tidak akan nakal lagi keran kesian melihat Qisha yang tidak mampu bergerak dengan baik. Selepas ke klinik Izz menghantar Qisha pulang ke rumah. Bila sampai di rumah Puan sanisah terkejut melihat kaki Qisha yang berbalut. Izz juga meminta maaf dengan apa yang berlaku. Puan Sanisah tidak membenarkan Qisha berkerja lagi sebangai pengasuh Hafiey. Izz rasa bersalah , Izz meminta numbor talifon dari mamanya untuk menghubungi Qisha. Izz menggunakan Hafiey untuk bertanyakan keadaan Qisha dan Hafiey memujuk agar Qisha boleh menjaganya lagi. Hafiey terpaksa dibawa ke pejabat Izz kerana tidak ada orang untuk menjaganya. Qisha mendapat rawat tradisional untuk mempercepatkan pemulihan kaki yang terseliuh. Qisha nekad untuk berkerja menjadi mengasuh Hafiey memandangkan kakinya sudah pulih. Tetapi Qisha dikejutkan bila Hafiey demam. Izz melihat kemesraan Qisha dan Hafiey yang lebih manja dan nampak lebih serasi. Oleh kerana kaki Qisha masih sakit , Qisha melayan Hafiey dengan permainan indoor sahaja. Mereka bermain sebagai cikgu dan murid. Qisha terkejut bila Hafiey menyebut nama ayah Izzul Hanif bukan Izz Haikal. Ini membuat Qisha terfikir siapa Hafiey sebenarnya pada Izz Haikal. Puan Sanisah memberitahu dia akan ke langkawi bersama ayah. Qisha sedih kerana ditinggalkan. Puan Sanisah juga memberitahu yang Qisha akan tinggal dirumah Puan Fatma selama 3 hari. Qisha tidak setuju dengan cadangan itu tetapi terpaksa akur.

Episod 4
Puan Sanisah menghantar Qisha ke rumah Puan Fatma dan berpesan agar menjaga Qisha seperti anak sendiri. Qisha tetap sedih kerana tidak dibenarkan ikut. Hafiey terkejut bila Qisha membawa beg besar masuk kerumah. Hafiey turut memberitahu yang dia juga ditinggalkan oleh kedua orang tuanya. Qisha agak terkejut mendengar luahan anak sekecil Hafiey. Puan Fatma rasa seronok kerana Qisha berada dirumah itu. Puan Fatma juga memberitahu pada Izz yang Qisha akan tinggal 3 hari dirumah sementara kedua orang tuanya pergi berkursus di Langkawi. Di kesempatan itu Puan Fatma meluahkan rasa syukurnya Perubahan pada Hafiey yang tidak nakal lagi pada Qisha. Puan Fatma juga menceritakan kisah ibu bapa Hafiey sebenar adalah anak sulung Puan Fatma yang meninggal akibat kemalangan. Tugas bapa digalas oleh Izz selepas itu dimana Izz tidak meneruskan pelajarannya diluar negara. Menurut Puan Fatma juga Izz tidak mahu berkahwin lagi dan dia akan berkahwin jika perempuan itu mampu menerima Hafiey dalam perkahwina mereka . Hafiey mengajak Izz bersama Qisha keluar jalan - jalan. Hafiey gembira kerana Izz meluangkan masa bersama dengannya. Deena datang kerumah Izz untuk berjumpa melepaskan rasa rindu. Malangnya Izz tiada dirumah kerana keluar dengan Hafiey dan Qisha. Puan Fatma menyuruh Deena balik memandangkan baju Deena basah kerana tersiram air. Mak kiah yang terkejut dan tidak sengaja tersiram Deena semasa mak kiah menyiram pokok bunga dihalaman rumah. Oleh kerana terlalu penat seharian keluar bersama Izz dan Hafiey , Qisha tertidur hingga puan Fatma mengejutkannya untuk makan malam. Ayah Izz melihat Qisha seorang perempuan yang baik. Izz tidak mahu ayahnya memulakan cerita tentang perkahwinan. Walaupun Izz tahu mamanya mula senang dengan kehadiran Qisha. Cerita Qisha dimeja makan membuat kan Izz terfikir sesuatu. 

Episod 5
Deena menepati janji datang kerumah untuk berjumpa Izz. Deena terkejut bila melihat Qisha duduk semeja dengan Izz dan keluarga. Izz yang sengaja mengusik Deena yang menyatakan Qisha adalah isterinya. Deena sedih lalu menagis kerana kecewa dengan Izz. Puan Fatma cuba untuk memulihkan keadaan dan Deena percaya Izz dan Qisha tidak ada apa-apa perhubungan diantara mereka. Deena terus mengajak Izz berkahwin dengannya. Satu syarat yang perlu Deena tempuh adalah menerima Hafiey dalam perkahwinannya. Deena berjanji akakn mencuba tetapi tidak pada Izz. Izz sangat mengenali Deena. Walaupun mereka membesar bersama Deena susah untuk menerima Hafiey . Izz dan Hafiey sengaja mengajak Qisha keluar namun terpaksa mengheret Deena sekali. Hafiey sedih bila Qisha terpaksa balik kerumah. Hafiey merasa akan sunyi bila Qisha ditiada dirumah. Papa Izz cuba bertanya perhubungan Izz dan Deena. Walaupun mereka sepupu Izz sebenarnya tidak selesa untuk bersama Deena. Izz menawarkan diri untuk menghantar Qisha balik berjumpa keluarganya. Deena sengaja mengikut Izz untuk menghantar Qisha. Dalam terpaksa Izz terpaksa membawa Deena. Deena berjanji akan mengikut Izz kena sahaja. Izz sengaja mengenakan Deena dengan menziarah kubur abang long ( papa Hafiey ). Deena tahu Izz sengaja membawanya ke kubur untuk meyakiti hati Deena. Puan Sanisah bertanya khabar anak daranya sepanjang tinggal di rumah aunty Fatma. Puan sanisah juga memaklumkan pada Qisha yang Izz suka pada Qisha. 

Episod 6
Deena cuba mengambil hati Izz dan Hafiey. Walaupun tidak dihiraukan Deena tetap berusaha mendampingi Izz. Suatu hari Izz menyuruh Qisha mengambil hafiey disekolah. Qisha kesian melihat Hafiey dibuli dan diejek oleh rakannya kerana tidak mempunyai ibu. Oleh kerana itu Qisha menyabar didepan rakan-rakan Hafiey sebagai mummy Hafiey. Rakan - Rakan Hafiey terus beredar dan tidak membuli Hafiey lagi. Hafiey gembira bila Qisha menyelamatkannya. Hafiey mohon pada Qisha dipanggil mummy. Hafiey berjanji tidak menganggil mummy depan orang lain. Qisha tidak mahu Izz dan Puan Fatma salah anggap.  Kepulangan Hakimi mengejutkan Izz sekeluarga. Hakimi merupakan adik bongsu dan pak su untuk Hafiey. Kepulangan hakimi disambut gembira oleh ahli keluarganya. Hakimi terkejut melihat Qisha dimeja makan. Dengan pantas Hafiey memberitahu pada Hakimi yang Qisha adalah mummynya. Walaupun diterangkan oleh Puan Fatma kedudukan sebenar Hakimi suka tetap suka pada Qisha jika ia benar. Hakimi juga memperkenalkan teman wanitanya pada keluarga. Kebetulan Qisha mengenali teman wanita Hakimi. Kepulangan Hakimi memang diharapkan oleh Puan Fatma. Dengan Hakimi juga diharapkan untuk membantu Izz dan papa menguruskan syarikat. Selain itu Puan Fatma minta Hakimi menasihatkan Izz untuk berkahwin. Izz dapat merasakan sesuatu yang Qisha dan Hafiey menyimpan satu rahsia.  Izz mendesak mengapa Hafiey memanggil Qisha mummy. Qisha menceritakan pada Izz hal semasa pulang sekolah Hafiey dibuli oleh beberapa orang budak membuli Hafiey kerana tiada ibu. Qisha terpaksa menyamar dan sejak itu Qisha dipanggil mummy. Qisha minta maaf pada Izz kerana membiarkan Hafiey memanggilnya mummy. Dalam diam Izz tersenyum dan dia suka dengan panggilan yang Hafiey buat. 

Episod 7
Qisha tersenyum sendiri bila mengingatkan perbualan Hafiey dan Izz. Puan Fatma menghubungi Puan Sanisah agar tidak mengambil Qisha kerana mereka akan mengadakan kenduri doa selamat. Hafiey yang gembira kerana mummy Qisha tidak balik kerumah keluarganya. Deena datang kerumah untuk berjumpa Izz tetapi Deena hanya berjumpa dengan Hakimi. Deena terkejut Hakimi sudah pulang dan Deena juga memberitahu yang dia akan berkahwin dengan Izz dalam masa terdekat. Hakimi sengaja memberitahu Deena bukan pilihan Izz dan Pilihan Izz hanya Qisha. Deena tidak boleh terima bila nama Qisha dikaitkan. Dimajlis doa selamat Izz mengambil peluang untuk bermain mata dengan Qisha. Deena hanya memerhatikan tingkah laku mereka dan semakin sakit hati bila Hafiey tidak mahu terima kehadiran Deena. Perjalanan pulang Deena menerima panggilan dari kawannya untuk ke private party. Malangnya private party yang Deena pergi diserbu polins. Deena meminta pertolongan Izz untuk merahsiakan kes ini. Izz bersetuju tetapi dengan syarat Deena perlu memberitahu yang perhubungan Izz dan Deena telah putus dan Deena mengambil keputusan untuk sambung belajar lagi. Hakimi menjadi pembantu Izz dipejabat agar Izz boleh meluangkan masa untuk personal lifenya. Qisha datang lambat kerumah Puan Fatma kerana terpaksa keluar bersama Shuk untuk pendaftaran semesta baru. Shuk menjadi pendengar bila Qisha berbual dengan Puan Fatma. Shuk juga memaksa Qisha memberitahu siapa nama-nama dalam perbualan Qisha sebentar tadi. Dalam terpaksa Qisha menceritakan satu per satu. Siapa Izz , Hafiey dan Puan Fatma. 

Episod 8
Qisha bercerita mengenai Ikram, Kawan kolej yang menjauhkan diri darinya. Qisha juga memberitahu Shuk yang Ikram sepupu kepada Hanna yang bercinta dengan adik Izz yang baru balik dari UK. Hakimi diberi kepercayaan dari Izz gembira dan berjanji akan membuat kerja yang bersungguh-sungguh. Hanna rasa curiga pada Hakimi yang susah untuk dihubungi sejak berkerja. Hidup Ikram semakin tertekan bila dia terus diugut dengan lintah darat. Ikram buntu untuk mendapatkan duit. Qisha hairan melihat perubahan pada Ikram yang tidak mahu menerima panggilannya. Puan Fatma terasa sayu hati bila mengenangkan detik kehilangan Izzul anak sulungnya ( Papa Hafiey ) Izz cuba memujuk mamanya agar tidak bersedih lagi. Puan Fatma mengimpikan yang dia boleh keluar dengan anak perempuan saat arwah mariana ( menantu ) seperti dulu. Hakimi cuba mencungkil rahsia abang ngah tentang perempuan yang dicintai. Hakimi menasihatkan agar memberi Izz perlu untuk memikirkan tentang masa depan. Kehadiran Maya membuatkan Qisha tidak selesa. Maya yang cuba merapatkan diri dengan Izz. Maya juga berjanji akan menjadi setiausaha Izz kembali dan melupakan dunia modelling. 

Episod 9
Qairul memberitahu mamanya yang Qisha sedang merajuk dan jeles perempuan bernama Maya. Qisha beringat perubahan pada Hafiey yang berubah bila bersama Maya. Hafiey tidak memperdulikannya. Puan Sanisah cuba mengorek cerita dari Qisha dan Qisha hanya memaklumkan dia akan berhenti dari menjaga Hafiey selepas mendapat keputusan peperiksaan. Keputusan yang cemerlang diperolehi dari Qisha amat menggembirakan dirinya. Segala usaha dan penatnya terbayar dengan keputusan cemerlang. Maya berkerja semula menjadi setiausaha Izz dipejabat. Qisha banyak mendiamkan diri. Tanpa sedar Hakimi memerhatikan Qisha. Hakimi memberitahu Izz akan memilihnya kerana Hafiey bukan Maya. Hari terakhir Qisha amat memilukan. Puan Fatma sudah selesa dengan kehadiran Qisha. Hafiey orang yang paling sedih bila Qisha pergi. Hafiey mengamuk pada Izz dan menyuruh Izz membawa Qisha kembali menjadi mummynya untuk selamanya. Izz akur dan berjanji dengan Hafiey akan membawa Qisha kembali. Ikram buntu dan tersepit dengan hutang. Dia terpaksa meminjam duit dengan kawan-kawan untuk membayar hutang. Qisha pelik bila Ikram tiba - tiba menghubunginya. Sebelum Qisha berjumpa dengan Ikram , Izz datang kerumah untuk memberitahu yang Qisha perlu menjadi mummy Hafiey tetapi Qisha tidak percaya. Pada Qisha , Izz mencintai Maya bukan dirinya. Ikram gembira kerana Qisha datang ditempat yang dijanjikan. Selepas mereka berborak dan bercerita Ikram meminta diri kerana ada urusan lain. Qisha menghubungi Qairul untuk mengambilnya tiba - tiba Qisha didatangi oleh seorang lelaki lalu menekup mulut Qisha lalu pengsan. Bila Qisha sedar Izz dan dirinya ada dibilih hotel. Qisha terkejut dan tidak mahu mendengar penjelasan dari Izz. Saat pintu bilik hotel dibuka Qisha terkejut bila pihak majlis agama datang membuat siasatan. Qisha menyalahkan Izz bila Izz terus mendiamkan diri. 

Episod 10
keluarga Izz tidak boleh terima bila menerima berita Izz dan Qisha di tangkap Klawat. Izz lebih mendiamkan diri dari bersuara. Keluarga Qisha turut marah atas perkaran yang sama. Qisha yang buntu hanya mampu menangis. Hafiey terus meracau kerana rindukan Qisha. Puan Fatma terpaksa menghubungi Qisha meminta agar Qisha dapat datang kerumah melawat Hafiey. Qisha menghubungi Ikram tetapi gagal. Ini membuatkan Qisha lagi bengang mengapa Ikram tidak mejawab pangilannya. Keluarga Izz dan berbincang dengan keluaarga Qisha. Keluarga Izz menyuruh Izz bertanggungjawab dengan apa yang Izz dah lakukan dan Izz bersetuju untuk berkahwin denga Qisha. Qisha mengamuk kerana tidak mahu mahu dikahwinkan dengan Izz. Qisha mengharap Izz menarik balik untuk berkahwin dengan dirinya tetapi Qisha pula dimarahi oleh papanya. Qairul cuba memujuk adik kesayangan untuk untuk terima Izz. Qairul juga memberitahu Izz lelaki yang layak untuk membahagiakan Qisha. Pernikahan mereka dihadiri oleh ahli keluarga sahaja. Selepas pernikahan Qisha terus berlari mengurungkan diri. Hafiey juga yang tidak mengerti apa-apa turut menerima amukan Qisha. Izz terpaksa memujuk Hafiey dengan lembut. Kedua orang tua Qisha risau melihat kemarahan Qisha yang tidak surut. Izz cuba menenangkan Qisha tetapi masih belum mampu melembutkan hati Qisha. Qisha mendesak agar Izz menceraikannya. Izz hanya membiarkankan duduk bersendirian agar dapat menenangkan rasa arahnya pada Izz. Qisha nekad untuk lari dalam diam. Diawal pagi Qisha keluar dari rumah dengan membawa bagasinya. 

Episod 11
Qisha hanya meninggalkan sepucuk surat. Izz membacanya dengan tenang. Surat itu merujuk pada Qisha yang betapa kecewanya kerana semua orang memaksanya untuk berkahwin dengan Izz. Pada Izz , dia menghormati keputusan Qisha yang perlukan masa untuk bertenang. Dalam Masa yang sama Izz menghubungi dan mengupah penyiasat untuk mencari dan memerhatikan keadaan Qisha. Hafiey terpaksa dibawa ke hospital kerana demam panas. Qisha sebenarnya berada dirumah tunang Qairul. Qisha juga berharap dapat duduk di rumah Hanum hingga dia menjalankan pratikal . Hanum gembira jika Qisha tinggal bersamanya. Hanum juga risau keselamatan Qisha bila tinggal ditempat lain. Hanum juga terpaksa menipu tunangnya Qairul yang Hanum tidak tahu mengenai Qisha. Hanum juga memberitahu Qairul agar jangan risau keadaan Qisha dan Qisha akan selamat. Di kampus , Shuk memberitahu Ikram berhenti dari kolej. Shuk bengang kini Qisha susah untuk dihubungi. Malah Qisha meng off kan talifonnya. Bila didesak untuk meng on kan handphone Qisha terkejut bila mendapat message dari Izz mengatakan Hafiey dimasukkan ke hospital. Qisha terus ke hospital untuk melihat keadaan Hafiey. Qisha cuba berjaga- jaga takut Izz tahu kehadirannya. Bila keadaan terkawal baru Qisha masuk ke wad yang menempatkan Hafiey. Qisha sedih melihat Hafiey yang lemah. Qisha memberi kata kata semangat pad Hafiey agar kuat dan terus sihat. Maya terus mendesak Izz untuk berkahwin. Tetapi Izz cuba mengelak walaupun Maya memberitahu yang keluarganya juga mendesak agar Maya dan Izz disatukan. Izz bersyukur kena Hafiey telah sedar. Hafiey terus mencari Qisha. Hafiey juga memberitahu dia mendengar suara Qisha. 

Episod 12
Shuk terus mendesak Qisha tentang hunbungan Hafiey dan Izz tetapi Qisha masih mendiamkan diri. Shuk masih tidak berpuas hati dengan Qisha seperti merahsiakan sesuatu darinya. Qisha terus bertanya dengan kawan-kawan kolej mengapa Ikram berhenti kolej. Qisha masih mencari Ikram untuk mendapatkan satu jawapan. Hafiey kembali sihat dan Izz sibuk menjaganya. Tetapi Maya bengang kerana Izz melebihkan Hafiey dari dirinya. Akhirnya Qisha memberanikan diri untuk menghubungi puan Sanisah. Qisha memberitahu buat masa ini dia hanya boleh menghubungi melalui talifon sahaja. Qisha perasan yang dia sering diperhatikan . Shuk juga perasan kerana keretanya juga sering diekori. Puan Fatma mula bersuara tentang perkahwinan Izz. Dia menyuruh Izz menceraikan Qisha dan mencari isteri baru untuk masa depan. Suara itu dilanjutkan dengan perbualan ayah pada Izz. Izz terkejut bila puan Fatma mula pertikaikan tentang perkahwinannya. Qisha menggubungi Hanna sepupu Ikram tetapi masih tidak mendapat info tentang Ikram. Shuk memberitahu Qisha yang mereka terpaksa membuat kertas kerja awal kerana 2 orang dari study group meraka akan berkahwin minggu depan. Kerana pulang lewat Qisha didatangi oleh 2 lelaki cuma merompak. Nasib Qisha baik kerana ada seorang lelaki mennyelamatkannya. 2 orang perompak itu terus lagi tetapi kaki Qisha terseliuh akibat terjatuh bila ditolek oleh perompak tersebut. 

Episod 13



Episod 14


Episod 15


Episod 16


Episod 17
Syuk tidak berpuas hati kerana Hakimi memanggil Qisha dengan panggilan kakak Ipar. Qisha cuba memberi alasan yang Maya juga dipanggil dengan panggilan kak ipar. Qisha dipanggil oleh Izz . Qisha mohon agar Izz menjaga perlakuannya di pejabat. Qisha tidak mahu orang di pejabat tahu yang mereka sudah berkahwin. Oleh kerana tidak mahu orang tahu Qisha menunggu Izz di hentian teksi. Izz hanya akur kemahuan isterinya. Maya memberi amaran pada Qisha agar jauhkan diri dari Izz. Ini kerana Maya berkata Izz miliknya seorang. Maya sengaja bermanja dengan Izz membuatkan Qisha cemburu. Qisha yang bengang dengan Izz , Seperti Izz tidak menjaga hatinya. Qisha mengikut Shuk dan terus balik kerumah keluarganya. Sampai dirumah Qairul marah kerana mamanya terlalu memanjakan Qisha. Perbuatan Qisha yang datang tanpa memberitahu Izz adalah satu kesalahan. Izz yang cuba menghubungi Qisha tetapi gagal. Izz merasa lega bila Qairul memberitahu Qisha selamat dirumah keluarganya. Izz menggunakan Hafiey untuk memujuk Qisha. Izz memberi 1 hadiah pada Qisha. Hadiah itu perlu digunakan untuk makan malam bersama. Qisha yang tidak ke pejabat rasa terharu dengan tindakan suaminya. 

Episod 18


Episod 19

Episod 20
Qisha tak puas hati dengan Hakimi yang membawanya di restoran mewah. Selepas berborak Hakimi meninggalkannya seorang diri. Qisha terkejut bila Izz datang secara tiba-tiba. Izz terus mengajak Qisha makan walaupun pada mulanya Qisha bengang dengan tindakan Izz. Semasa keluar dari Restoran Dannie menegur Qisha dan Qisha terpinga-pinga bila ada seorang lelaki menegurnya seolah sudah kenal dirinya. Izz yang terkejut kehadiran Dannie mengajak Qisha pergi. Izz resah bila mengingatkan pertembungan Dannie dan Qisha. Qisha cuba bertanya pada Izz siapa Dannie tetapi Izz hanya berpesan agar tidak perlu mempersoalkan siapa lelaki itu dan tidak penting dalam hidup Qisha. Izz merasa pening bila memikirkan tentang Dannie. Maya membawa ubat dan segelas air yang diminta oleh Izz. Waktu pulang Hamiki mencari Qisha dan memderitahu yang Izz sakit kepala. Bila sampai dipejabat Qisha terkejut melihat Izz pengsan. Dengan segera Qisha menghubungi Hamiki meminta bantuan. Hakimi memberitahu Izz sudah lama tidak pengsan. Izz pernah pengsan sewaktu abang longnya meninggal dunia. Izz terlalu takut amanah yang diberi oleh arwah abang long tidak dapat digalas. selelah mendengar penjelasan Hakimi , Qisha memberitahu yang Izz bertembung dengan Dannie semasa keluar dari restoran tadi. Qisha menjaga Izz dan melayan Izz dengan baik. Izz pula selesa dengan apa yang ditunjukkan oleh Qisha. Maya yang ingin melawat Izz dihalang oleh Hamiki dengan alasan Izz demam campak . Keadaan Ikram semakin teruk . Ketagihan pada dadah membawa kemusnahan pada diri. Dannie menyuruh Ikram mencari Qisha. Ikram tidak sanggup untuk melakukannya. Oleh kerana itu Ikram terus dipukul. Bila melihat keadaan Izz sudah hampir sembuh. Qisha kepejabat bersama Hakimi. Di pejabat timbul gosip yang mengatakan Qisha adalah kekasih Hakimi. Maya juga melihat kemesraan Hamiki dan Qisha. Maya merasa lega kerana Qisha bersama Hakimi bukan Izz haykal. 



Friday, 2 December 2016

NOVEL HATI BERTANYA .... SIAPA KAMU?

Tak kenal , tak cinta . Dah kenal maka jatuh cinta...



Novel Hati bertanya.. Siapa kamu? pilihan kali ini untuk review saya. Novel keluaran julai 2014 dari terbitan karyaseni. Novel ini mempunyai 417 muka surat. Novel bacaan ringan yang mudah dihadam. 

Jom ikuti review ringkas dari saya. Dayangku Inara yang lari selepas majlis pernikahannya. Belum sempat untuk menatap wajah sang suami Inara melarikan diri dengan memberi sekeping nota hingga dia terlupa yang dia kini sudah bergelar isteri orang. Inara tidak pernah cuba untuk mengenali suaminya malah Inara menyangka dia akan dijodohkan dengan lelaki tua atau Inara memberi nama timangan sebagai tok janggut.

Suatu hari Inara terlibat satu kemalangan kecil. Paling menhejutkan bila lelaki yang melanggarnya menyebut nama penuhnya. Bila ditanya bagaimana bagaimmana lelaki itu tahu namanya . Lelaki itu hanya memberitahu dia adalah kawan baik Idham. Lelaki itu memperkenalkan nama sebagai Gibran.

sejak kemalangan Gibran mengambil berat dan cuba memikat hati isterinya. Malangnya Inara tidak mengenali Gibran adalah suami yang ditinggalkan di hari pernikahan. Buat masa ini Gibran hanya menyembunyikan statusnya untuk mengenali hari budi Inara.

Suatu hari Inara dan Che Peah keluar berjalan di hujung minggu. Tanpa menduga Inara telah melanggar seorang perempuan hingga mengotorkan bajunya. Perempuan itu memperkenalkan sebagai Puan Sri Suraya. Kerana terlalu mengelabah Inara sanggup buat apa saja untuk Puan Sri Suraya. Mereka menjadi kawan baik dan Puan sri suraya semakin selesa dengan Inara.

Selepas satu pertemuan ke satu pertemuan hubungan Puan Sri Suraya dan Inara semakin rapat. Puan Sri Inara mengajak Inara kerumah anaknya. Disana Inara terkejut bila berjumpa Gibran dirumah itu. Puan Sri Suraya pula memperkelkan Gibran sebagai anaknya yang selalu diceritakan pada Inara. Di rumah iru Inara membuka sebuah album perkahwinan. Alangkah terkejutnya bila mendapat hatu Gibran adalah suaminya.

Inara rasa tertipu dengan tindakan Gibran tidak memberitahunya lebih awal atas statusnya. Gibran memujuk Inara dan memberi masa untuk Inara menerima dirinya sebangai suami.

Kunjungan Puan Sri Suraya di rumah Inara mengejutkan. Bila Puan Sria Suraya memberi kata dua pada Inra agar berpindah ke rumah Gibran. Tak sampai 24jam tinggal dirumah Gibran satu lagi rahsia terbongkar. Memaksa Inara tinggal dirumah Gibran adalah rancangan Gibran . Bukan dari tindakan Puan Sri Suraya sebagai mak mertuanya.

Gibran tersalah langkah apa bila perbualan Gibran dan uminya didengari oleh Inara. Demi menyelamatkan perkahwinannya Gibran membawa Inara ke rumah nenek yang agak jauh . Sampai dirumah nenek , Gibran memperkenalkan Inara sebagai isterinya. Gibran tidak membenarkan Inara mengunakan talifon malah semua talifon dirumah itu Gibran sembunyikan. Dua minggu dirumah nenek pelbagai nasihat diberikan pada pasangan itu. Sebagai orang tua , Nenek cukup faham dengan kerenah orang muda.

Inara sedar apa yang berlaku adalah kerana terlalu mengikut kedegilannya. Hingga tidak memberi peluang untuk Gibran berterus terang. Gibran lakukan ini semua untuk Inara. Akhirnya Inara menerima dan memberi peluang untuk bertahta dihatinya. Mereka membuka lembaran baru untuk menikmati erti kehidupan. 



SINOPSISI DARI KULIT NOVEL 
DAYANGKU INARA seorang gadis yang lari dari sebuah pernikahan! Lelaki yang dijodohkan dengannya bukan atas dasar pilihan sendiri. Kenal pun tidak! Dia menolak, ayahnya menerima. Dia tak suka, ayahnya berkenan! Apa pilihan yang dia ada? Nikah dan larilah! Seusai akad nikah, sebelum sempat menatap wajah suaminya, Dayangku Inara cabut lari...

“Siapa awak?” - DAYANGKU INARA

“Nama saya Gibran.” - GIBRAN EMIR

“Geram?” - DAYANGKU INARA

“Bukan geram, bukan gabra dan bukan juga gemuruh. Nama saya Gibran.” - GIBRAN EMIR

Satu kemalangan kecil menemukan Dayangku Inara dengan Gibran Emir. Namun sayang, si isteri tidak kenal si suami... Gibran muncul sebagai teman rapat abangnya. Sengaja disembunyikan status agar mereka dapat mengenali diri masing-masing.

“Awak kenal dengan lelaki tu?” - DAYANGKU INARA

“Siapa? Suami awak? Saya tak kenal dengan dia. Tapi, saya kesian dengan dia. Kesian sebab digantung tak bertali... Tak baik awak buat anak teruna orang macam tu...” - GIBRAN EMIR

Kerana suaminya itu, musnah impian dan masa depannya! Tanpa diduga, dalam satu pertemuan kecil di rumah Gibran, semua rahsia terbongkar pada saat Dayang membelek sebuah album perkahwinan. Cukup dengan hanya melihat pada helaian pertama, jemari dan matanya kaku di situ... Hati yang tertanya-tanya siapa suaminya terjawab!

“Awak penipu! Kaki putar alam, kaki kelentong!”

“Dayang… Gib memang bercadang nak berterus-terang dengan Dayang… Nak bagi tahu pasal kita…”

Ternyata Gibran tersalah langkah dalam misi memikat hati si isteri. Penipuan pertama mungkin boleh dimaafkan. Penipuan kedua? Diberi peluang lagi atau ditinggalkan? Mampukah Gibran Emir selamatkan rumah tangga mereka?

Wednesday, 1 June 2016

NOVEL IMAM MUDAKU ROMANTIK

Dialah imam mudaku...
Imam mudaku duani dan akhirat!

 Setiap menjelang bulan ramadhan pasti ada saja cerita yang berlandaskan agama. Novel Imam Mudaku Romantik akan di adaptasi dalam saluran Oasis Astro. Dengan gandinan pelakon yang berpengalaman saya yakin drama ini pasti akan berjaya. 

Lupakan tentang drama kita cerita tentang novel ini dulu. Novel ini mempunyai 756 muka surat. Saya beli novel ini semasa persta buku diserdang baru-baru ini. Ramai yang memilih novel ini ketika itu kerana mereka kata novel ini akan diadaptasi. 


Jom ikuti review dari saya , Mohammad Faqih Bin Dato Farhan yang baru memiliki lulusan Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Mesir. Faqih memiliki semua kemewahan tetapi Faqih lebih selesa memilih untuk hidup berdikari dan mendalami rasa bersyukur. Satu pertemuan yang tidak dijangka dengan Tan Sri Kamarul di hadapan Masjid As-salam bermula episod baru dalam kehidupan Faqih. Pertemuan Faqih dengan Tan Sri tanpa mengenali siapa lelaki itu, membuatkan faqih menggunakan peluang ini untuk menawarkan dirinya untuk bekerja sebagai driver Tan Sri Kamarul. Dimana ketika itu Tan Sri memerlukan driver kerana drivernya melarikan diri. 



Laila Khalisah, anak kepada Tan Sri Kamarul , sorang anak yang taat dan sentiasa berdoa untuk memiliki suami imam muda. Pertemuan pertama Faqih dan Khalisah agak tragis bila menyangka Faqih seorang perompak. Sejak itu hatinya selalu tidak tenang bila berjumpa Faqih.

Dalam masa yang sama Izham lelaki yang memuja Khalisah sering menganggunya. Khalisah tidak pernah menaruh hati pada Izham . Pada Khalisah , Ariana lebih layak kerana Ariana terlalu mencintai Izham. Ariana adalah sepupu Khalisah. Walaupun Izham tahu Ariana mencintainya , Izham tidak pernah mempunyai perasaan pada Ariana, seperti dia dan Khalisah.

Izham menggunakan kuasa mummynya untuk memiliki Khalisah. Khalisah terpaksa akur dengan pertunangan yang diaturkan oleh mamanya kerana mereka berkawan baik dengan Datin Izreen ( mummy Izham ). Ariana terpaksa akur melupakan Izham kerana kini Izham sudah menjaadi tunangan kepada sepupunya Khalisah.

Suatu hari Ariana ke rumah Kalisah dan terserempak dengan Faqih . Disitu bermula Ariana suka pada Faqih dalam diam. Ariana sanggup mengikuri Faqih dan mencari identiti siapa Faqih sebenarnya. Ini bermula Ariana pernah terserempak Faqih menunggang motor berkuasa besar. Semuanya terkantoi bila Tan Sri Kamarul terserempak Ariana di depan rumah Faqih. Ariana terpaksa berpura-pura yang dia pun ingin belajar agama dari Faqih.

Keengganan Khalisah untuk keluar dengan Izham membuatkan Izham rasa tercabar. Ini berikutan Khalisah pernah terserempak Izham bermesra dengan perempuan lain. Izham cuba melakukan sesuatu yang tak elok Khalisah. Kebetulan Faqih yang berada di rumah Tan Sri datang menjadi hero menyelamatkan Khalisah dari Izham. Tan sri terhutang budi dengan Faqih . Walaupun Faqih tidak lagi menjadi driver Tan Sri , Faqih masih lagi datang kerumah Tan Sri untuk mengajar Tan sri ilmu agama bersama Ariana.

Terbongkarnya identiti Faqih mengejutkan Tan Sri Kamarul kerana menyebut mana Dato Farhan. Dato Farhan rakan peniagaan dulu. Demi Khalisah , Tan Sri Kamarul melupakan perkara lalu dan mengeratkan perhubungan mereka menyatukan Khalisah dan Faqih. 

Malam pertama Faqih dan Khalisah bermalam dihospital kerana semua penghuni rumah Dato Farhan panik , Kakak ipar Faqih bersalin . Tetapi ada kejutan pada Klalisah bila Faqih membuat kejutan. Sekeping kad besar yang tertulis I Love you Laila dicermin hadapan kereta bersama lambakan ros merah dikelilingnya. Khalisah tidak menyangka Faqih akan lakukan sedemikian untuknya. 

Ariana tidak dapat menerima perkawinan Khalisah dan Faqih. Menurut Ariana mengapa Khalisah mudah untuk dapat apa yang dia mahu sedangkan dia tidak . Orang yang dicintai harus pergi pada Klalisah. Ariana tidak sangka bukan dirinya saja yang tidak suka pada perkahwinan Khalisah dan Faqih tetapi Syuhada. Syuhada adalah adik susuan Faqih. Pada Syuhada Khalisah tidak sesuai dengan Faqih. Bila keadaan tidak boleh dikawal Ariana menghilangkan diri untuk mencari ketenangan.

Saat mereka menikmati erti kebahagian , rumahtangga mereka diragut dengan fitnah yang dilemparkan oleh Izham. Izham datang menagih cinta walaupun Izham tahu Khalisah sudah berkahwin. Bila cintanya ditolak Izham mengorak langkah dengan memfitnah Khalisah. Izham berjumpa Umie Faqih dan memberitahu yang Khalisah masih mempunyai hubungan dan lebih terluka bila Izham menyatakan anak dalam kandungan Khalisah bukan anak Faqih.

Umie Faqih termakan hasil fitnah yang dilemparkan oleh Izham sehingga Khalisah dihalau oleh mertuanya. Khalisah juga tidak dibenarkan untuk berjumpa Faqih. Bila Khalisah balik kerumah mama , Puan Sri Lydia marah bila anak perempuannya dibuat seperti sampah. Faqih merayu agar Mamanya membenarkan dia berjumpa Faqih tetapi kecewa yang Faqih terima. Faqih semakin tertekan bila Umienya mendesak agar menceraikan Khalisah. Puan Sri Lydia menghantar Khalisah kesatu tempat yang asing dengan harapan Khalisah akan bersalin dengan keadaan tenang.

Fitnah yang dilemparkan terhurai bila Khalish datang mohon maaf. Dia lakukan semua ini kerana perasaan dendam dan cemburu pada Faqih. Khalish menyesal dengan tindakannya. Tanpa membuang masa Faqih pergi ke tempat persembunyian Khalisah. Saat itu Khalisah sakit untuk melahirkan. Faqih bersyukur kerana menerima kelahiran Khalifah - khalifah kecilnya.


Sinopsis dari kulit novel 


“Laila, kita qiamullail, jom?” - Faqih
“Kenapa?” - Khalisah
“Kita solat tahajud sama-sama.”
“Hah? Wajib ke?”
“Memanglah tak wajib. Nak masuk syurga sama-sama tak?”

Nasib kaulah, Khalisah! Kau yang beria-ia sangat nak suami imam atau ustaz, kan? Nah, sekarang kau tanggunglah kalau kena ceramah dengan dia!

LAILA KHALISAH, pemilik butik Pinkwears yang sememangnya mengimpikan seseorang yang bergelar imam muda atau ustaz menjadi suaminya. Kemunculan MUHAMMAD FAQIH dalam kehidupannya telah banyak mengubah isi keluarga wanita itu.

Si Faqih pula pandai menambat hati isterinya. Sekeping kad besar yang tertulis I Love You, Laila di cermin hadapan Peugeot 508 berwarna putih bersama lambakan ros merah di sekelilingnya merupakan kejutan untuk cinta hatinya itu.

Masjid yang dibina oleh mereka diserikan lagi apabila Laila Khalisah disahkan hamil kembar. Namun, pada usia perkahwinan yang masih setahun jagung itu, kebahagiaan mereka diragut dengan fitnah yang dilemparkan oleh Izham, bekas tunang Khalisah. Izham muncul kembali menagih cinta Khalisah. 



Episod 1


Tuesday, 19 January 2016

NOVEL TUNDUKKAN PLAYBOY ITU

Hanya dari panahan MATA , kisah CINTA pun bermula

Tundukkan playboy itu adalah novel ketiga dari penulis tetapi ini novel kedua yang saya buat review untuk novel penulis Anjell. Novel pertama Novel Eksperimen Cinta telah di adaptasi pada pertengahan tahun lepas. Selepas kejayaan drama itu sekali lagi novel ketiga penulis dilamar untuk diadaptasi di slot Akasia 2016 . Novel yang mempunyai 734 muka surat kan dijadikan drama 30 episod. 

Sebelum kita tengok dramanya di kaca Tv jom ikuti review ringkas dari saya. Nurin Areesa dikejutkan dengan kehadiran Puan Sri Rosell agar dapat mengubah perangai anaknya Harras Naufal dari terus menjadi playboy. Cerita mereka bermula Nurin yang mempunyai segulung ijazah masih belum mendapat kerja tetap. Kehadiran Tan Sri Mukriz sahabat lama ayahnya merubah keadaan. Nurin diajak berkerja di syarikat anaknya Harraz Holding. Harras Holding satu syarikat yang hebat di terujui oleh CEO muda Harras Naufal. Harras Naufal juga terkenal dengan sikap playboynya. Di pejabat juga dia memastikan pekerja wanita memakai pakaian yang seksi.

Kehadiran Nurin di pejabat ditolak kerana cara penampilan Nurin.  Harras terpaksa menerima Nurin berkerja di Syarikat kerana Tan Sri Mukriz. Tan Sri mukriz mendesak agar Nurin diambil berkerja kerana Tan Sri Mukriz talah berhutang nyawa pada ayah Nurin sebagai alasan untuk membalas budi. Dalam terpaksa Nurin diambil berkerja tetapi ada saja rancangan Harras agar Nurin akan berhenti dengan sendiri. Tidak pada Farhan sepupu Harras yang suka dengan kehadiran Nurin. Farhan menyamar menjadi driver untuk mendekati Nurin. Dipejabat juga Nurin bertemu dengan Elfira sahabatnya di universiti kini berubah wajah menjadi perempuan yang seksi. Menurut rakan kerja yang lain Elfira dulu pun seperti Nurin tetapi kerana Harras membencinya dia berubah demi mendapat perharian Harras. 

Suatu hari Nurin menghadiri satu pertunjukan Fesyen menemani sahabatnya Lee , Nashrain Lee adalah pereka Fesyen terkenal. Salah seorang model Lee tidak hadir di pertunjukan itu dan Lee memaksa Nurin menggantikan tempat model itu. Dengan berat hari Nurin menjadi model terakhir mengiringi Lee dipentas. Ketika itu Harras dan Farhan turut hadir ke Majlis yang saya. Petunjukan Fesyen itu dianjurkan oleh mama Farhan sendiri. Nurin terkejut dengan kehadiran mereka. Ditambah mengejutkan siapakah Farhan sebenarnya di meja VVIP. Harras terpesona bila melihat model terakhir berjalan bersama pereka Fesyen Lee. Harras terus mengejar dan mencari , Walaupun Harras dapat berjumpa dengan Lee dan bertanya siapa model tersebut . Harras tidak berpuas hati bila  Lee seolah - olah melarikan diri dari pertanyaan Harras. 

Nurin rasa tertipu dan cuba melarikan diri dari Farhan. Farhan mengaku sebenarnya dia adalah sepupu Harras bukan driver. Harras kurang senang bila Farhan begitu rapat dengan Nurin. Harras sengaja mengajak Nurin pergi ke site untuk melihat projek yang sedang dalam penyelenggaraan. Nurin yang tidak biasa dengan keadaan site , berlaku sedikit kemalangan. Harras yang berada disitu tercedera dibahagian tangan bagi mengelak keadaan yang lebih teruk. Nurin rasa terhutang budi dengan Harras kerana menyelamatkan dirinya. 

Sejak itu mereka menjadi rapat. Hubungan Nurin dan Harras tidak disenangi oleh Elfira. Harras menyuruh Nurin mengemas rumahnya dan menjaga Ouro ( kucing ) kesayangan Harras dimana Harras akan pergi ke Paris. Sebenarnya Harras ke Paris untuk mencari model meteri tetapi gagal. Harras tahu perempuan yang dijumpai bukanlah orang yang sebenar. 

Mengikut makluamat yang diterima , Nurin adalah orangnya dicari selama ini. Harras rasa kesal , mengapa dia tidak sedar sebenarnya  orang yang dicari ada didepan mata. Nurin mempuyai mata yang cantik. Dan Nurin juga banyak tahu perihal pereka fesyen Nashrain Lee. Setelah mengetahui perkara sebenar Nashrain Lee dan Intan menjadi kawan baik Harras juga.



Harras terkejut dan tidak percaya bila melihat Farhan berubah untuk menambat hati Nurin. Farhan nekad untuk melamar Nurin. Harras bimbang Nurin akan menerima lamaran Farhan. Dengan pertolongan Harras satu perjumpaan Farhan dan Nurin berlaku. Nurin hanya menganggap Farhan sebagai seorang kawan tak lebih dari itu. Farhan akur dengan keputusan Nurin.

Harras dan Elfira ditangkap khalwat , ini semua rancangan dari Elfira kerana kini Harras memberi perhatian sepenuhnya pada Nurin. Pihak pejabat agama menggalakkan mereka bernikah dengan segera tetapi Harras enggan. Harras mohon agar dia dikahwinkan degan Nurin. Dalam keadaan tidak tenang , Harras ke terengganu berjumpa dengan seorang kawan yang dikenali ketika di London . Doktor Abdull Haqq. Abudull Haqq juga pernah memberi senaskah Alquran dan tafsir pada Harraz. Disana Harras mencari ketenangan dan diberi bimbingan agama pada Harras. Harraz terasa malu pada dirinya kerana terlalu banyak bergelumang dengan dosa . Sekian lama tinggal di terengganu. Harras bersedia untuk berdepan dengan semua dan membina hidup baru. Dalam perjalanan pulang , Harras kemalangan dan koma. Dalam keadaan Harras koma , Farhan dapat melihat Nurin  adalah orang yang paling sedih. Farhan dapat menjangkakan Harraslah orang yang Nurin cinta selama ini. Bila Harras tersedar , Harras melamar Nurin.

Semua orang di pejabat terkejut bila Harras membuat keputusan untuk berkahwin dengan Nurin. Perkahwinan mereka dirancang sepenuhnya dari keluarga. Puan Sri Rosell adalah orang yang paling gembira bila melihat Harras berkahwin. Selepas perkahwinan Harras di pejabat tiada lagi staff memakai pakaian yang seksi seperti dulu. Elfira terus menghilangkan diri selepas kejadian kes khalwat. Elfira muncul semula selepas Nurin mengandung 4 bulan. Elfira memohon maaf pada Nurin dan segala kesalahan lalu telah tuhan balas dengan perkahwinannya. Elfira juga terpaksa berkahwin dengan lelaki memerangkapnya dengan kes khalwat. Tiba - tiba suami Elfira mengamuk dan memukul Elfira. Dalam keadaan kalang kabut , Nurin yang cuba membantu Elfira terus di pukul oleh suaminya . Suami Elfira menolak Nurin dan perut Nurin terkena bucu meja kayu.

Kandungan Nurin tidak dapat diselamatkan. Nurin kemurungan selepas keguguran meratapi kehilangan. Harras hingga hilang punca kerana gagal memujuk Nurin. Harras bertemu dengan sahabatnya Dr. Abdul Haq bertanyakan pendapat. Atas usaha Harras Nurin sedar dia telah mengabaikan Harras sebagai suami. Elfira memohon maaf pada Harras dan begitu juga Harras yang telah menyesatkan Elfira kedunia yang tidak sepatutnya. Pada Elfira semua kejahatan yang dilakukan dia telah mendapat balasannya. Elfira redha dengan apa yang berlaku.

Nurin dan Harras berusaha untuk membangkitkan cinta mereka. Tak mungkin Harras akan pandang kebelakang lagi. Harras kini membina istana cinta bersama Nurin. Mengikut jalan yang diredhai. 





Sinopsis dari kulit novel

Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tak suka perempuan bertudung. Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya Muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz.



“I tak rasa I boleh terima you kerja kat kompeni ini. Tapi… kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja.” - HARRAZ NAUFAL



Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey... Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang!



“Saya berdoa semoga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti.” - NURIN AREESA



Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana panahan mata, jiwa buaya Harraz serius tertunduk. Gila! Lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.



Datang pula mummy Harraz bertemu dengan Nurin. Permintaannya buatkan Nurin terlopong tiga saat.



“Tundukkan Harraz. Tundukkan playboy itu.” – PUAN SRI ROSELL



Tundukkan Harraz? Mampukah Nurin? Dan akan tertundukkah Harraz hanya kerana Nurin?





HERO & HEROIN UNTUK DRAMA TUNDUKKAN PALYBOY ITU 


Episod 1
Drama ini dibuka dengan satu pertunjukkan fesyen busana Muslimah oleh Nashran Lee. Semasa di belakang pentas, kelihatan kelibat Nurin Erissa dan Intan sedang membantu Nashran untuk menyiapkan model. Menurut Nashran memang dia panik ketika ini dan hanya mengharapkan kepada Intan dan Nurin. Nurin cuba mententeramkan Nashran agar bertenang. Kemudian di jalanraya, dua buah kereta mewah sedang bersaing di jalanraya. Sampai di sebuah kelab kelihatan dua-dua kereta berhenti dan dua watak lelaki yang hensem diperkenalkan iaitu Harraz Naufal dan Farhan. Melalui penceritaan beberapa perempuan di situ, Harraz dan Farhan adalah sepupu dan dikategorikan sebagai ‘The Most Eligible Bachelor’ di kelab itu. Mereka hanya petik jari saja untuk mendapatkan gadis yang mereka ingini. Kemudian adalah dialog antara Harraz yang mengatakan dia akan sentiasa lebih daripada Farhan. Farhan pula kata, kalau di atas biasanya orang akan berada dibawah pulak. Harraz kata dia akan sentiasa menang.



Episod 2

Harraz Naufal memandang Nurin Erissa atas bawah. Nurin jadi tak senang dengan pandangan Harraz. Harraz bertanya macam-macam dan Nurin memang agak kelam kabut menjawab, kerana cara Harraz bertanya. Akhirnya, Harraz mengatakan dia bersetuju mengambil Nurin bekerja di syarikatnya tetapi bersyarat. Nurin sangat terkejut dengan syarat Harraz iaitu dia perlu membuka tudungnya. Alasan Harraz syarikatnya adalah sebuah syarikat antarabangsa dan ada kliennya dari luar negara. Syarat itu menyebabkan Nurin terus mengatakan tidak dan dia terus berlalu dengan marah. Harraz hanya tersenyum memang dia pun tak berapa berminat nak mengambil Nurin bekerja. Semasa nak balik, sekali lagi dia terserempak dengan Farhan. Farhan hanya menasihatkannya bersabar kerana dia sangat mengetahui akan citarasa Harraz. Harraz sukakan perempuan tidak bertudung yang baginya lebih seksi dan senang diajak berunding. Nurin hanya berlalu dengan marah.
Episod 3
Beberapa hari bekerja di Harraz Holding, masih tidak menyenangkan hati Nurin. Harraz masih lagi menyuruhnya membuat kerja-kerja bodoh, seperti mencabut stapler dan sebagainya. Masa ini Nurin ada telefon Intan sahabatnya, jika ada kerja kosong hendak saja dia berhenti. Tetapi sementara ini, dia bekerja dengan Harraz Holding. Memandangkan dia masih menghormati Tan Sri Mukhriz. Di rumah Ibu bapa Nurin sentiasa menasihatkan Nurin agar sentiasa merendah diri dan jangan diikutkan degilnya apabila bekerja dengan orang-orang kaya. Nurin hanya mengangguk bersetuju. Dia pun malas nak kecilkan hati ayahnya yang beriya-iya menyuruhnya bekerja di Harraz Holding. Sementara Puan Sri Rossel menghubungi Harraz dan memintanya balik ke rumah. Tetapi biasalah Harraz memberikannya macam-macam alasan. Puan Sri Rossel memang faham sangat dengan sikap Harraz. Dia kemudian memberitahu Tan Sri Mukhriz. Mereka sama-sama sependapat yang Harraz tak boleh dikongkong.



Episod 4
Kepenatan dengan kerja dan berfoya-foya di kelab malam, Harraz Naufal tertidur di bilik pejabatnya. Masa itu, Nurin masih berada di pejabat menyiapkan replika yang dipecahkannya hari itu. Nurin terlupa langsung yang Harraz berada di bilik pejabatnya. Kelewatan balik, menyebabkan Puan Norseha menghubungi Nurin beberapa kali untuk memastikan Nurin selamat. Nurin terpaksa juga memberitahu yang dia selamat dan sedang menyiapkan kerjanya. Waktu sudah pukul 11 lebih apabila Harraz terjaga. Termanggu dia seketika kerana tak pernah dia tertidur begitu lena di kerusi saja. Dia kemudian keluar dari bilik dan terkejut juga melihat Nurin masih lagi bekerja. Ketika itu, kebetulan pulak Nurin sudah menyiapkan replikanya. Ada rasa belas pulak Harraz kepada Nurin, dia terus menawarkan diri untuk menghantar Nurin balik. Pada mulanya Nurin mengelak tetapi setelah diajak beberapa kali, akhirnya Nurin akur.


Episod 5
Harraz lantas memberitahu Farhan yang dia cukup sukakan model yang berniqab yang mempunyai mata yang sangat mempersonakannya. Farhan kata dia akan bertanya dengan Nashran Lee selepas pertunjukkan nanti. Di bilik solek, Nurin baru hendak membuka niqabnya. Ketika itu, dia terdengar perbualan Nashran Lee dengan Farhan dan Harraz. Masa itu, Nurin keluar dan menutup mukanya dengan niqab semula tetapi masa itu dia terjatuh dan sempat disambut oleh Harraz. Nurin cuba mengelak dari dikenali dan terus berlalu. Harraz mengatakan kepada Nashran bahawa dia ingin tahu sapa model baru yang memakai niqab itu. Nashran cuba mengelak. Nurin tersenyum dengan kerja gila yang dibuatnya sepanjang malam di biliknya. Ini menyebabkan Puan Norseha pun hairan dengan perangai pelik Nurin pada malam itu. Nurin hanya mengatakan malam itu memang cukup gila pernah dilakukannya. Puan Norseha hanya mengharapkan janganlah Nurin buat perkara yang bukan-bukan.


Episod 6
Hari itu, tiba-tiba Harraz mengajak Nurin untuk mengikutnya. Pada waktu itu, sebenarnya Nurin memang sudah janji akan makan tengahari dengan Farhan. Semuanya telah diatur dengan baik oleh Eve. Nurin cukup serba salah apabila Harraz mengajak sedangkan dia sudah ada temujanji. Sudah tentu dia terpaksa ikut kata Harraz yang juga bosnya. Dalam keadaan itu, Nurin kemudian mengikut Harraz dan menaiki kereta bosnya itu. Tiba-tiba harraz mengajaknya untuk pergi ke tapak projek. Dan dalam perjalanan itu, Harraz juga memberikan amaran kepada Nurin agar tidak bercinta bagai masa waktu kerja. Ini menyebabkan Nurin tersentap juga kerana dia masih menganggap hubungannya dengan Farhan tak lebih daripada kawan saja. Harraz pulak sebenarnya ada merasakan kurang selesa hubungan Nurin dan Farhan sebenarnya. Ini pula kejadian masa di tapak projek. Harraz macam sengaja melambatkan waktu agar Nurin tak balik untuk makan tengahari.


Episod 7
Nurin terpaksa membuat kopi untuk Harraz Naufal. Bengang betul Nurin ketika itu kerana Harraz sengaja mengatakan minumannya tak sedap. Kemudian mudah saja jawapan Nurin kalau orang memang sudah tak suka buat macamana pun memang tak ada apa yang menarik. Harraz tersenyum dan Nurin terus keluar dari bilik Harraz. Malas betul dia melayan Harraz. Di rumah Puan Sri Rossel sekali lagi mengingatkan Harraz balik ke rumah kerana mereka akan mengadakan majlis ulangtahun perkahwinan. Beberapa kali puan Sri mengingatkan Harraz dan berharap sangat Harraz akan balik sebagai anak tunggal mereka. Harraz untuk mententeramkan keadaan hanya mengatakan ya. Farhan juga datang berjumpa dengan Harraz untuk persiapan malam itu dan mereka sebenarnya ada beberapa perempuan dari luar Negara yang akan menghiburkan di sebuah kelab peribadi. Nurin balik rumah kepenatan dan barulah diketahuinya, yang ibu bapanya pergi ke rumah Tan Sri Mukhriz untuk bersama meraikan majlis ulangtahun perkahwinan itu.


Episod 8
Puan Sri Rossel meminta tolong agar Nurin dapat membantu untuk membetulkan sikap Harraz yang baginya sudah melampau. Dia juga sudah tidak tahan mendengar macam-macam cerita fasal Harraz. Apabila Nurin bertanya kenapa dirinya dipilih, senang jawapan Puan Sri Rossel sebab Nurin sangat berbeza daripada perempuan lain dan yang pertama seumpamanya yang dikenali oleh Harraz. Kemudian keluar dari pejabat Puan Sri, semua mengatakan yang Nurin telah dimarahi oleh Puan Sri. Semua menganggap yang mungkin juga Nurin menerima amaran kerana kerja atau sesuatu. Elfira lagilah suka kerana mengatakan Nurin akan diberhentikan tidak lama lagi. Dia turut memberi amaran agar Nurin jangan cuba nak menggatal dengan Harraz. Nurin hanya tersenyum sendiri. Rentetan daripada kisah itu, sekali lagi kemudian Puan Sri terus mengajak Nurin untuk lunch. Dan kemudian dia menyuruh Harraz datang sekali. Harraz kali ini terpaksa menurut perintah Puan Sri kerana sudah lama jugak dia tak balik rumah.


Episod 9
Nurin tertanya-tanya kenapa pulak dia dibawak keluar oleh Harraz daripada Datuk Khalid. Alasan Harraz dia tau sangat Datuk Khalid memang gatal dan dia tak kisah kalau Nurin memang suka dengan Datuk Khalid. Hanginlah Nurin mendengar penjelasan Harraz. Mereka kemudian kembali ke pejabat. Datuk Khalid kelihatan sedang menelefon seseorang (Elfira) untuk mengetahui sapa Nurin sebenarnya. Katanya dia sudah berkenan sambil tersenyum. Beberapa hari kemudian, Harraz diberitahu yang dia terpaksa ke London selama seminggu. Dia terus memberitahu Nurin dan dengan angkuhnya dia juga meminta Nurin untuk mengemas rumah dan menjaga kucingnya, Ouro. Sayangkan kucing? Pelik juga Nurin dengan pengakuan Harraz. Mulanya, Nurin enggan menurut kata Harraz tetapi atas desakan Harraz akhirnya dia bersetuju. Harraz berjumpa dengan Puan Sri Rosell dan Tan Sri Mukhriz memberitahu tentang pemergiannya ke London.


Episod 10
Penafian Nurin yang dia adalah model yang dicari menyebabkan Harraz terus mengupah penyiasatnya untuk menyiasat. Penyiasat memberitahu yang model itu bernama Haslin. Untuk mengusaikan hatinya yang sering tertanya itu, Harraz sanggup berjumpa dengan Haslin. Haslin pula mengambil kesempatan mengatakan memang dialah yang menjadi model pada malam itu. Tetapi apabila berjumpa entah kenapa Harraz masih mengharapkan Haslin bukanlah model yang sebenarnya. Dia tengok mata Haslin memang lain. Dan ketika Haslin menyentuhnya, Harraz cukup yakin yang Haslin bukanlah model yang ditunggunya selama ini. Harraz pulang lega merasakan yang Nurin masih lagi orang yang ditunggunya. Harraz terus menerus mengharapkan Nashran Lee akan memberitahu sapakah model yang dicari tetapi Nashran sudah berjanji dengan Nurin dan dia tidak akan mengkhianati janjinya kepada Nurin. Jadi persoalan Harraz untuk sementara terus tergantung tanpa jawapan yang pasti.


Episod 11
Ketika ini , Nurin sudah memikirkan yang bukan-bukan. Harraz bukanlah seorang yang boleh dipercayai sangat. Tetapi pada waktu yang sama, Nurin memujuk hatinya kerana nampaknya Harraz benar-benar telah berusaha untuk keluar daripada kawasan perkampungan. Walaupun ada rungutan daripada Nurin kerana mengikut Harraz pada hari itu, tetapi Harraz tak menjawab kerana memang merasakan dirinya bersalah. Harraz cuba mencari jalan keluar tetapi semua jalan dikatakan tertutup untuk sementara. Harraz sebenarnya memang risaukan Nurin. Hari sudah semakin gelap, Harraz balik semula ke kawasan perkampungan dan berjumpa dengan Haji Irshad, ketua kampung. Berbesar hati sungguh Haji Irshad kerana Harraz datang ke rumahnya. Begitu juga dengan Hajah Ainon suka betul dia kerana kebaikan Nurin. Malam itu, siap mereka memasak dan makan bersama dan masakan Hajah Ainon dibantu oleh Nurin memang menyelerakan.


Episod 12
Harraz sempat bergurau dengan Nurin yang dia memang tak ada apa-apa perasaan dengan Nurin. Nurin pulak mengatakan apabila berdua akan ada syaitan di tengah-tengah. Kerana takut mendatangkan apa-apa hal, mereka hanya berbual di luar rumah. Berita tentang Nurin dan Harraz masih lagi menjadi misteri kepada Elfira. Malam itu, kerana kecewa dia terus ke kelab sekali lagi. Kali ini dia mabuk dengan teruk. Farhan pula mendapat tahu tentang Nurin dan Harraz kerana Puan Sri ada menghubungi Farhan. Sebelum itu, Farhan juga agak resah dengan Nurin dan Harraz. Farhan mengatakan kalau Nurin dengan Harraz dia tak kisah tetapi dia masih sayangkan Nurin. Namun dia terpaksa memujuk hatinya. Di rumah Haji Irshad, Nurin dan Harraz berbual tentang macam-macam hal walaupun masih tidak mengatakan soal hati. Kemudian Harraz mengatakan dia sakit perut. Pada mulanya Nurin ingatkan Harraz nak menggatal tetapi kemudiannya sedar yang memang Harraz sakit betul.

Episod 13
Hari cuti yang cukup membosankan bagi Harraz Naufal. Tidak seperti selalu, biasanya dia akan ke kelab atau berpeleseran dengan perempuan yang selalunya dibawa ke rumah. Dia termenung di rumah tak tahu apa nak buat. Kemudian dia keluar. Sekali lagi dia terasa nak ke rumah Nurin tapi tak jadi. Nurin waktu itu, sedang membantu ibunya memasak dan sebagainya. Menurut Puan Norseha dah lama tak dapat rasa masakan Nurin. Nurin hanya akur. Nurin kemudian dapat panggilan telefon daripada Puan Sri yang bertanyakan khabar tentang Nurin. Dia juga sibuk bertanyakan tentang kejadian malam di kampung hari itu. Puan Sri merasa lega apabila Nurin mengatakan Harraz berkeadaan baik dan dia pun tak sangka yang Harraz yang selama ini dianggap kaki perempuan itu tak buat apa-apa dengannya. Puan Sri Rossel terus tersenyum lega memberitahu suaminya, memang Nurin sudah mengubah anak mereka. Harraz tak tahu nak ke mana terus singgah di rumah bujang Farhan. Tujuannya untuk mengajak Farhan keluar.


Episod 14
Rentetan peristiwa Nurin di pejabat Datuk Khalid. Masa itu, Harraz sedang memandu laju keretanya. Dia sudah membayangkan macam-macam termasuk Datuk Khalid sedang hendak merogol Nurin. Itu hanya dalam khayalannya yang menyebabkan dia melajukan keretanya. Dia nekad dia harus menyelamatkan Nurin daripada apa juga perkara yang tidak diingini. Dalam perjalanan itu sempat Harraz menelefon Farhan kerana baru dia teringat pejabat Kayangan Properties terletak tidak jauh daripada pejabat Datuk Khalid. Farhan terkejut mendapat panggilan daripada Harraz yang sangat risau dengan keadaan Nurin. Farhan segera ke arah pejabat Datuk Khalid kerana dia juga risaukan keadaan Nurin. Walaupun hubungannya dengan Nurin sudah agak renggang tetapi Farhan masih mengharap agar Nurin mengubah keputusan. Yang sebenarnya, Nurin ketika itu baru sampai. Dia sampai agak lewat kerana jalan jem semasa ingin sampai di pejabat Datuk Khalid.

Episod 15

Harraz dan Farhan mulanya ingin membawa Nurin yang masih tidak sedarkan diri ke rumah ibu bapa Nurin. Tetapi pastinya akan menimbulkan kegelisahan dalam keluarga itu. Fikir punya fikir, akhirnya mereka sepakat untuk membawa membawa Nurin ke rumahnya. Takut juga mereka yang Pn Norseha dan Encik Suffian mengetahui yang anak mereka yang nyaris-nyaris dirogol dan hanya kerana hendak mengambil dokumen daripada Datuk Khalid. Elfira masih lagi bengang kerana gagal untuk memerangkap Nurin. Dia sudah mencuba pelbagai cara sebenarnya untuk memisahkan Harraz dengan Nurin tetapi sehingga itu, dia masih gagal. Dia juga semakin risau dengan hubungan Harraz dan Nurin yang semakin rapat sejak beberapa insiden kebelakangan ini. Dia harus berbuat sesuatu dan nampaknya Aidil sudah sedia membantu untuk menghapuskan Harraz Naufal. Elfira kembali bersemangat. Nurin tersedar dan mendapati Farhan berada di situ. Dia masih dalam keadaan yang khayal dan baru teringat kes dia dengan Datuk Khalid.

Episod 16
Harraz Naufal hanya tersenyum apabila Nurin meminta maaf, bagi Harraz itu lebih baik daripada jika kawannya terkorban. Nurin akur yang Harraz boleh menjadi rakan baiknya. Harraz hanya tersenyum dan kemudian mereka terus keluar untuk makan tengahari bersama sambil diperhatikan oleh Elfira. Sekali lagi Elfira mengamuk melihat Harraz sedang bersuka ria dengan Nurin. Beberapa hari kemudian, Harraz diberitahu yang dia perlu ke New Zealand untuk menguruskan satu projek di sana. Harraz kemudian meminta Nurin agar menjaga kucingnya, Ouro sekali lagi. Kali ini Harraz kata dia benarkan Ouro dibawa balik jika Nurin merasa selesa. Yang penting Nurin harus menghantarnya balik sebelum dia sampai ke rumah. Nurin akur kerana dia pun sudah suka dengan Ouro. Nurin pun sudah biasa dengan keadaaan menjaga rumah Harraz. Harraz Naufal bertolak pada hari itu dan Nurin datang ke rumahnya untuk tujuan membersihkan rumah. Harraz siap bertanya adakah Nurin mahu mengirim apa-apa. Nurin menggeleng.
Episod 17
Hubungan
 Nurin dengan Harraz nampak berjalan lancar. Walaupun mereka masih ber`aku` dan ber`encik` lagi. Minggu itu, Harraz sengaja meminta tolong Nurin untuk mengemas biliknya. Katanya sejak balik hari itu dia memang tak membenarkan sesiapa pun untuk mengemas biliknya. Bagaikan satu arahan kerja, Nurin kemudiannya bersetuju untuk datang mengemas. Katanya dapat juga tambah pendapatan. Elfira pulak semakin tertekan dengan keadaan dah macam-macam cara dicuba untuk menggoda Harraz tetapi semuanya Harraz buat tak tahu. Pernah dia sengaja buat terjatuh di hadapan Harraz tetapi Harraz buat selamba dan berlalu. Yang menyebabkan dia sendiri malu sendiri. Namun kata Elfira dia takkan berputus asa untuk mendapatkan Harraz. Hari minggu itu, Nurin setelah berpakat dengan adiknya, dia terus ke rumah Harraz Naufal. Sampai aje di rumah Harraz, Nurin memperkenalkan adiknya sengaja datang untuk membantu. Harraz cukup tahu, Nurin sebenarnya takut untuk datang bersendirian.
Episod 18
Desakan daripada Farhan menyebabkan Harraz serba salah. Berjumpa dengan Farhan pada hari itu, Farhan mencabarnya dengan mengatakan kalau betul Harraz tak sukakan Nurin pasti dia sudah memberitahu Nurin tentang pertemuan yang dirancang olehnya. Harraz memang serba salah ketika ini, dan dia bertanya dengan Farhan sekali lagi benarkah Farhan serius. Farhan mengatakan ibu bapanya pun dah tahu tentang isi hati Farhan. Harraz mengatakan memang Nurin sesuai untuk Farhan. Nurin pulak sudah perasan yang Harraz kurang bercakap dengannya. Harraz cuba melarikan diri daripadanya dan hanya berjumpa kalau ada mesyuarat dengan stafnya dan sebagainya. Dia sempat berjumpa dengan Harraz di lif Harraz mengatakan dia ada kerja penting yang harus diuruskan. Di bilik Harraz banyak termenung. Kali ini dia harus buat satu keputusan dan terpaksa mengorbankan perasaan yang tidak pernah dia ada sebelum ini terhadap mana-mana perempuan.

Episod 19

Di bilik bersendirian, Harraz hanya melihat jam. Farhan terpaksa menerima keputusan Nurin dengan hati yang terbuka. Masa itu, Nurin bengang dengan Harraz kerana sanggup menipunya. Nurin menganggap Harraz memang tidak pernah suka dengannya sehingga sanggup melelongkan perasaannya untuk diberikan kepada Farhan. Nurin keluar daripada restoran itu dengan hati yang sangat bengang. Farhan pula menyesali perbuatannya. Farhan menghubungi Harraz, tak dapat. Kemudian dengan hati yang bengkak juga Farhan terus ambil cuti dan untuk tenangkan fikirannya di satu tempat percutian. Semasa sedang menunggu di lapangan terbang, Farhan berjumpa dengan Jasmin yang sangat cantik sedang tergesa untuk mengejar penerbangannya. Jasmin sedang membawa troli masa itu, menyebabkan semua barangannya tercampak. Kerana hendak cepat Farhan terpaksa membantu dan semasa itu, Farhan dapat nombor telefon Jasmin.

Episod 20
Elfira sengaja membuatkan Nurin lebih sakit hati dengan mengatakan Nurin sedang bersaing dengan seorang yang sanggup berbuat apa sahaja. Kemudian, Harraz cuba menghalang Nurin, masa ini Nurin serba salah apabila Harraz bertanyakan perasaan Nurin terhadapnya. Dan pada watku yang sama dia bertanya apa keputusan Nurin terhadap Farhan. Tiba-tiba juga Harraz mengatakan dia nak kawin dengan Nurin. Nurin masih tidak percaya dengan kata-kata Harraz dia angkat kaki dan belah begitu saja. Untuk memujuk hati, Harraz juga mengatakan dia tak serius dengan kata-katanya sendiri. Walaupun dia tahu dia memang nak kawin dengan Nurin tetapi tidak dapat menerima hakikat kalau Nurin tolak. Malam itu, Harraz menghubungi Nurin dan dia mengajak Nurin keluar, memang hati Nurin agak terpujuk juga dengan kesungguhan Harraz. Nurin pula sengaja memainkan rasa Harraz kononnya dia sibuk bagai. Harraz kata dia sungguh-sungguh ajak Nurin kawin tetapi kata Nurin dia belum bersedia.

Episod 21

Berita tangkap basah antara Elfira dan Harraz sudah tersebar dengan cepatnya. Puan Sri Rossel mendapat panggilan daripada seorang yang tidak dikenali memberitahu hal tersebut. Tan Sri Mukhriz mengamuk kerana merasakan reputasinya akan tergugat. Dia menyalahkan Puan Sri Rossel kerana terlampau manjakan anak. Selepas settle membuat laporan di pejabat agama berhampiran, Puan Sri Rossel terus membawa Harraz balik ke rumah. Elfira terus mengugut yang dia akan menyebarkan berita itu lebih teruk lagi. Ini akan menyebabkan Harraz Properties goyang. Lebih teruk lagi Elfira telah membawa beberapa orang gadis yang diupahnya untuk mengatakan Harraz pernah melakukannya terhadap mereka. Harraz akur kini, ada lah kifarah atas segala yang dibuat selama ini. Elfira kemudian membayar wang kepada beberapa gadis itu dengan mengatakan tak lama lagi mereka akan senang kerana dia pasti akan menjadi isteri Harraz dan memiliki Harraz properties

Episod 22
Harraz dikejutkan oleh Imam Ali. Harraz masa itu masih lagi mamai dengan keadaan dirinya. Kemudian dia bersembahyang dengan beberapa orang Jemaah di masjid itu. Imam Ali sebelum balik bertanya dengan Harraz tujuan Harraz ke Terenganu. Ketika Harraz mengatakan yang dia sedang mencari Abdul Haqq. Sangat kebetulan, Imam Ali adalah ayah kepada Abdul Haqq. Abdul Haqq pula sedang berada di ipoh. Imam Ali mengajak Harraz ke rumahnya kerana Abdul Haqq dijangka balik pada malam itu. Harraz bersetuju. Di pejabat Harraz Properties, Elfira masuk ke pejabat dengan berlagak nya dan claim dirinya akan menjadi sebahagian daripada syarikat itu. Jadi sekarang jangan ada orang yang nak melawan cakapnya. Untuk sementara juga syarikat itu, akan dikendalikan oleh Tan Sri Mukhriz. Apabila nurin kepejabat dia terus melihat suasana yang sangat berbeza apabila semua orang kena tunduk dengan Elfira. Nurin berjumpa dengan Elfira dan dengan bongkak dia mengatakan itulah harga pengorbananya selama ini.
Episod 23
Nurin ke pejabat hari itu dengan malas sekali. Di pejabat sekali lagi dia berjumpa dengan Elfira yang sedang memarahi seorang pekerja di situ. Masa nurin cuba meleraikan kemarahan Elfira, elfira siap memberikan amaran kepada Nurin yang dia takkan teragak-agak untuk membuang Nurin pulak. Nurin malas melayan kerenah Elfira dan dia segera berlalu. Masa nak ke mejanya, Eva memberikan kunci rumah Harraz kepada Nurin. Dia mintak dirahsiakan kerana takut Elfira tahu. Elfira sudah beberapa kali meminta kunci rumah itu. Tapi Eva bertegas mengatakan tidak tahu. Harraz di Terengganu pada hari itu, sempat mengadakan satu majlis gotong royong dengan penghuni madrasah. Bersungguh-sungguh Harraz kerana merasakan persekitaran madrasah itu agak lama tidak dibaiki. Mereka membaiki beberapa kerosakan dan yang pasti Harraz cukup pandai pasal membina semula madrasah tersebut. Kerana terlalu kuat bekerja pada siang hari itu, malamnya Harraz telah demam. Dia telah dirawat oleh Abdul Haqq.
Episod 24
Nurin telah tertidur di rumah Harraz Nauffal kerana terlalu penat. Dia hanya terjaga apabila mendapat panggilan daripada ibunya Puan Norseha. Bergegas kemudainnya dia balik ke rumah dan dia tau memang sudah lewat malam. Di rumah puan Norseha bertanya ke mana Nurin pergi. Nurin hanya kata dia berada di pejabat. Kerana banyak kerja. Tetapi yang Nurin terlupa dia sedang memegang kucing Harraz. Puan Norseha menasihatkan Nurin jangan mengikutkan kata hatinya sangat. Sudah sebulan Harraz menghilangkan dirinya. Nurin hanya mengangguk bersetuju. Di terengganu, setelah mendapat wang daripada Farhan, maka bermulalah era baru di kawasan madrasah. Mereka mula membersihkan stor lama untuk dijadikan stor simpanan. Kedai mula dibuka di kawasan madrasah dan setakat ini memudahkan juga orang di sekitar itu untuk mendapatkan bahan berguna. Perniagaan kecil-kecilan itu memberikan peluang juga kepada murid di situ untuk belajar sikit-sikit selok belok perniagaan.


Episod 25
Nurin ke pejabat pada hari itu, dia segera nak mintak cuti seminggu. Elfira enggan meluluskannya kerana dia pasti hendak tunjukkan powernya sekarang kepada Nurin. Nurin pulak terpaksa memujuk Elfira mengatakan semua orang sudah tahu Elfira akan bakal menjadi isteri CEO di Harraz Properties. Biasalah Elfira pulak perempuan yang pantang dipuji kemudain dia approve cuti Nurin. Nurin sedang packing apabila Puan Sri Rossel call dan bertanyakan khabar tentang Nurin. menurut Puan Sri Roseel dia sangat rindukan harraz dan berharap sangat Harraz akan balik. Nurin meminta Puan Sri bersabar dulu kerana dia pun tak pasti Harraz akan balik atau tidak. Namun, Nurin kuat mengatakan kali ini dia akan pujuk harraz untuk balik dan tak kisahlah apa yang terjadi kepadanya. Nurin merasakan terlalu banyak yang mengharapkan Harraz kini. Puan Sri Rossel dan Tan Sri Mukhriz berbual pada hari itu. Mereka masih lagi belum mendapat jawapan dimanakah Harraz Naufal menghilang.

Episod 26
Di madrasah Abdul Haqq, suasana tenang di kawasan sekitar tetapi tidak bagi Nurin. Dia mencuba untuk memberitahu Harraz betapa dia diperlukan di Harraz Properties, tetapi Harraz terus melarikan diri daripadanya. Nurin menangis apabila Harraz mengatakan dia tidak layak untuk berjumpa dengan sesiapa ketika itu. Abdul haqq kemudian terpaksa memujuk Nurin untuk bersabar. Cuma yang menyedapkan hatinya apabila Abdul Haqq mengatakan Harraz pernah memberitahu tentang istimewanya seorang gadis bernama Nurin yang telah mengubah banyak persepsi kehidupannya. Nurin hanya bergenang air mata. Puan Sri Rossel berjumpa dengan Datin Maria yang datang ke rumahnya. Sekali lagi mereka berbual tentang Nurin. Bagi Puan Sri dia memang sudah tidak berharapan untuk mendapatkan Nurin dikawinkan dengan Harraz. Ini kerana Harraz macam menghilangkan diri dan tak tahu di mana. Dia mengesyorkan agar Datin Maria memujuk Farhan untuk mengahwini Nurin.

Episod 27

Episod 28

Episod 29
Nurin berada di sisi Harraz ketika itu dia sangat gembira dengan sedarnya Harraz. Semua cukup gembira kerana Harraz telah sedar. Tetapi entah kenapa Harraz tidak boleh bercakap. Elfira mendapat tahu Harraz tidak boleh bercakap terus mengatakan kepada Tan Sri dia nak meninggalkan Harraz dan hanya meminta sebahagian daripada duit tutup mulut. Farhan memberitahu Elfira tidak akan dapat apa-apa kerana dia ada beberapa rakaman tentang kegiatan Elfira. Elfira terkejut. Tapi menurut Elfira dia tak kisah kerana dia sudah ada Shafiq. Dia gembira dan terus keluar. Malam itu dia keluar dengan Shafiq dan sekali lagi ditangkap khalwat. Harraz mash belum boleh bercakap. Pada hari itu, Nurin berada di sisi Harraz dan dia terus memberikan semangat untuk Harraz berkata sesuatu. Ayat pertama keluar dari mulut Harraz dia ingin mengahwini Nurin. Nurin terharu dan mengatakan dia akan memikirkan dulu. Hati Nurin ketika ini sangat berbelah bagi kerana terasa Harraz pernah mengkhianati kasih sayangnya.

Episod 30
Berita mengejutkan masa itu Harraz sedang bermesyuarat projek yang akan dibina di Kota Bharu. Puan Norseha menghubunginya dan memberitahu yang Nurin Erissa berada di hospital kerana ditolak. Harraz nuafal tidak dapat meneruskan mesyuarat pada hari itu dan meminta ditangguhkan dulu. Hatinya sudah tidak tenteram dan dia terus mengambil tiket kapal terbang. Hatinya sudah tidak tenteram dan ketika di dalam pesawat Harraz hanya mampu menangis mendoakan agar isterinya selamat. Sampai di hospital, semua telah berada di situ. Semua dalam keadaan sugul. Tetapi apabila diberitahu yang Nurin selamat tetapi kandungannya tidak. Harraz naufal merasa cukup lega. Dia terus berjumpa dengan Nurin. Nurin menyatakan kekesalannya kerana tidak dapat menyelamatkan bayi yang dikandung. Harraz cuba mententeramkan Nurin tetapi Nurin masih lagi berada dalam keadaan trauma.