Saturday 12 May 2018

NOVEL JODOH HAK MILIK ALLAH

Apabila…Yang seakan sudah pasti menjadi ragu, yang awalnya diragukan menjadi pasti.

Jodoh Hak Milik Allah sebuah karya Adaptasi oleh penulis Siti Khadijah. Penulis yang tidak asing lagi. Novel yang mempunyai ketebalan 456 ini sebuah novel santai. Sesiapa yang membeli naskah ini akan mendapat satu bonus cerpen bertajuk Kerana Dia Anugerah. 

Kisah Marrisa dan Hans Yusof yang mencuit hati. Marrisa yang mencipta prinsip jodoh yang tak masuk akal. Kisah mereka bermula pertemuan di Dubai dimana Marissa mengikut papanya Dato Sri Anuar yang bertugas di Dubai mana kala Hans mencari ketenangan bila papa dan mamanya memaksa dia menerima perempuan pilihan keluarga. 

 Pada Marrisa kehadiran Hans adalah satu kebetulan tetapi pada Hans , Marissa adalah jodohnya. pertemuan demi pertemuan membuat Marissa bengang dengan Hans ditambah pula Hans yang kuat mengusik. Walau bagaimanapun idea mengarut Marissa yang terlalu membuat Hans kecewa. Dengan menulis no telefon pada wang kertas dan ditukarkan pada money changer dengan harapan wang yang ditulis akan kembali pada tuannya itulah jodohnya. 

Marissa yang kecewa dengan papanya yang terlalu sibuk kerja. Lagi pula Dato Sri Anuar merancang ubtuk menjodohkan Marissa dengan anak kawannya. Ini membuatkan Marissa merajuk dan pulang ke Malaysia. Selain itu Marissa juga mendapat tawaran PHD di universiti tempatan. Peluang ini Marissa ambil untuk menjauhkan diri dari papanya. 

Setelah pulang dari Dubai , Hans seperti tak karuan bila memikirkan Marissa yang menolak cintanya. Di pejabat Hans yang mempunyai projek yang bertajuk Jodoh. Hans diminta mencari sorang model baru. Ketika Hans mempunyai urusan diluar negara rakan sekerjanya dipertanggug jawabkan untuk mencari model untuk projek barunya. 

Marissa mengambil peluang untuk mencari duit poket sementara dia berada di Malaysia. Marissa diterima dan tanpa sedar Marisa berkerja dalam projek iklan syarikat Hans. Marissa terkejut kehadiran Hans. Ariff lelaki yang yang cuba mendekati Marissa dan disenangi kehadirannya. Ariff tidak sama seperti Hans yang sering menyakitkan hatinya. Dalam erti kata lain , Ariff lulus dalau ujian jodohnya. 

Sebenarnya Hans sudah tahu siapa perempuan yang bakal dijodohkan tetapi dia hanya mendiamkan diri. Hans ingin melihat sejauh mana Marissa percaya pada ujian jodoh yang direka. Hans menccari alasan bahawa pertemuan Ariff dan Marissa adalah salah tetapi Marissa tetap berdegil. 

Suatu hari Dato Sri Anuar balik ke malaysia mahu membuat kejutan. Sekali lagi Marissa merajuk bila papanya terus memaksa Marissa untuk bertunang dengan anak kawannya . Ariff adalah orang yang disangka menjadi bakal suaminya tetapi Marissa tahu yang Ariff sudah berkahwin. Dato Sri Anuar memujuk Marissa , semuanya adalah rancangannya. Dato Sri Anuar yakin anak sahabatnya mampu membahagiakan Marissa. 

Apa bila mendengar luahan hati papanya , Marissa bersetuju menerima dan bertunang dengan lelaki pilihan papanya. Di hari pertunangan Marissa berat hati menerima Ariff sebangai tunagannya kerana tidak mahu hati isteri ariff terluka. Sebenarnya Ariff bukanlah bakal tunang Marissa tetapi abang pada Ariff , Hans Yusof. Kerana salah faham itu Marissa melarikan diri ke kampung. Malu  , marah dan kecewa rasa diri diperalatkan. 

Selama ini Hans berkomplot dengan adiknya Ariff untuk memikat Marissa. Sememangnya Ariff lepas dari ujian jodoh kerana Hans yang membocorkan rahsiaa tentang Marissa. Hans memohon maaf dia bukan sengaja untuk melakukan semua pada Marissa. Hans mahukan Marissa sedar bahawa jodoh , kematian dan rezeki semua milik Allah. 

Marissa mewujudkan ujian jodoh itu kerana Marissa takut ditinggalkan dan kehilangan. Marissa tidak mahu mengulangi kehilangan mamanya 3 tahun dulu. Sejak itu dia akan lakukan ujian jodoh yang tidak masuk akal setiap lelaki yang cuba mendekatinya.

Dihari pernikahan mereka marissa terkejut bila salah satu wang maskahwin nya tertera no. telefon semasa mereka di Dubai dulu. Marissa terlalu bahagia bila dia telah bertemu jodohnya. Marissa yakin semuanya bukanlah kebetulan tetapi jodoh dari Allah.


Sinopsis dari kulit novel 
“Daripada kebetulan itulah akan mengalir satu ikatan yang kuat dan ia akan menghasilkan jodoh.”

Itulah prinsip dan kepercayaan yang dipegang oleh MARISSA. Bagi Marissa, kebetulan dan jodoh datang seriringan. Dengan prinsip dan kepercayaan itulah dia mencipta ‘permainan jodoh’ untuk menguji sejauh mana kekuatan jodoh antara dia dan lelaki yang cuba mendekatinya. Beberapa orang lelaki yang cuba menyahut cabaran Marissa, tetapi semuanya gagal.

Namun, pertemuan demi pertemuan secara tidak sengaja dengan lelaki di Dubai berada di luar jangkaan Marissa. Sikap lelaki itu yang menjengkelkan, memaksa Marissa untuk menjauhkan diri. Makin dia cuba menjauh, makin acap kali dia terserempak dengan lelaki itu.

“Baru saya perasan, masa dekat Burj Khalifa tadi pun awak ada sekali. Dekat mana saya pergi mesti saya terserempak dengan awak. Awak ni siapa sebenarnya?” – MARISSA

“Saya bakal imam awak…” – HANS YUSUF
HANS YUSUF, lelaki yang punya segalanya kecuali jodoh. Percutian singkatnya ke Dubai menemukan dia dengan Marissa. Tanpa sedar, hatinya terpaut sejak kali pertama dia terpandang gadis itu. Namun, untuk mendapatkan sekeping hati Marissa bukan mudah. Dia perlu melepasi ujian jodoh yang telah dicipta oleh Marissa bagi menentukan kekuatan jodoh mereka. Hans terkedu!

“Kalau awak jumpa semula wang kertas yang tertulis nombor saya dan nombor awak tadi, awak boleh call saya. Begitu juga sebaliknya. Kita dah letak nombor kita dekat duit tu kan? Kalau jodoh, pasti kita bertemu.” – MARISSA

“Saya ikut apa yang awak nak ni bukan sebab saya percaya akan ujian jodoh awak tu. Semua ni saya lakukan disebabkan awak. Hanya awak.” – HANS YUSUF

Ternyata, Hans akhirnya gagal dalam ujian jodoh Marissa. Timbul rasa kecewa dalam diri Marissa kerana jauh di dasar hatinya dia turut tertarik kepada Hans walaupun pertemuan mereka hanya seketika. Hans turut kecewa. Dek hatinya yang kecewa, satu rancangan telah diatur untuk menyedarkan Marissa daripada mimpinya.

Sedangkan Marissa keliru apabila wujud lagi pertemuan antara dia dan Hans walaupun ada lelaki lain yang telah berjaya melepasi ujian jodohnya. Benarkah lelaki itu jodoh yang ditakdirkan untuknya? Mampukah dia menafikan cinta yang wujud untuk Hans demi mengejar jodoh dengan caranya yang tersendiri? Atau sememangnya cinta dan jodoh itu tidak sehaluan?

Para pelakon yang membintangi drama 

Hero & Heroin 

Thursday 3 May 2018

NOVEL CIK ISTERI DAN ENCIK SUAMI

Dah Lama kejar Bayang Kini Abang datang , sayang

Dah lama tak buat review novel. Novel yang saya pilih untuk review adalah Cik Isteri dan Encik Suami dari penulis Airisz. Pilihan tajuk Cik dan Encik masih dikekalkan. Dari novel Cik bunga dan Cik Sombong terus menambat hari saya untuk terus memiliki karya penulis ini. Novel santai dan bersahaja yang mempunyai ketebalan 470 muka surat. Novel ini saya beli di pesta buku PWTC. 
 
Jom Ikuti review dari saya. Kisah Cantek Safia dan Hud Khusairi empat tahun lalu mereka disatukan kerana pilihan nenek mereka ingin mengeratkan talian persahabatan. Namun Safia tidak puas hati dengan sikap Hud seperti sejuk beku. Perkahwinan yang mampu bertahan dua tahun diakhiri bila Safia memohon penceraian. Akibat penceraian itu semua orang menyalahkan Safia kerana terlalu pentingkan diri sendiri. 
 
Selepas 2 tahun penceraian Safia dan Hud diketemukan semua. Alangkah terkejutnya bila Safia terpaksa berdepan dengan Hud sebagai ketua bahagian ditempat kerja. Hari pertama sahaja Safia ingin berhenti kerana sikap Hud. Atas nasihat mama Safia untuk berhenti dihalang dan menasihatkan agar Safia terus berkerja. 
 
Pada Hud ini peluang untuk dia menebus segala kesilapannya melepaskan Safia 2 tahun dulu. Sikap Hud membuatkan Safia kurang selesa dan ada kalanya Hud suka menggunakan kuasa vitornya sebagai boss mendesak Safia. 

Status janda dirahsiakan dari rakan sekerja Safia dan tiada orang tahu safia sebenarnya adalah bekas isteri Hud. Ditambah pula Cik Aida menyimpan perasaan pada Hud sekian lama. Cik Aida pula sengaja membuat cerita memfitnah bekas isteri Hud yang bukan bukan. Ini membuat Safia sakit hati. Hinggalah satu hari nenak Safia sakit dan ingin berjumpa dengan Hud. 
 
Hud dan Safia pulang kekampung sekali membuatkan semua orang terkejut. Nenek yang sakit terlalu sayang pada Hud hingga mereka terpaksa berlakon depan nenek yang mereka tidak pernah ada masalah. Kepulangan Hud menceriakan keluarga Safia.
 
Dalam diam Hud dan ibunya datang untuk melamar Safia. Dalam perbincangan keluarga Safia dan Hud nikahkan semula demi nenek yang sakit. Hud mengambil peluang untuk menebuskan kesalahan dan ingin menjadi suami yang baik bukan suami sejuk beku. Keluarga Safia menasihatkan agar Safia tidak mengikut perasaan dan mudah mohon cerai dan sebagainya. 

Pernikahan Hud dengan bekas isterinya membuat tanda tanya pada semua staff Hud. Atas permintaan Safia pernikahan semula perlu dirahsiakan dari semua staff. Safia ingin tahu apa tindakan Cik Aida yang tak taidak pernah puas hati. Melayari rumah tangga dengan pelbagai dugaan. Oleh kerana Hud menolak cinta Cik Aida , Cik Aida sekali lagi menabur fitnah hingga Hud digantung kerja. 
 
Setiap perbuatan buruk pasti ada musibahnya. kegiatan Cik Aida dapat ditangkap oleh pegawai baru. Cik Aida yang ingin menyandang jawatan Hud kecewa bila dirinya tidak dipilih. Cik Aida berhenti kerja akibat malu. 
 
Safia disahkan mengandung , dia terpaksa berhenti kerja kerana telah berjanji dengan Hud akan berhenti apa bila disahkan mengandung. Kawan baik Safia terus mengesyaki yang Safia ada hubungan dengan Hud tapi dinafikan hingga Safia berhenti kerja. 
 
Bagi tidak mahu berburuk sangka akhirnya Safia mengumumkan sebenarnya dia adalah isteri kepada Hud dan dia juga pernah menjadi bekas isteri Hud. Cik Aida malu dengan Safia melihat hidupnya tidak pernah bahagia menjadi isteri. Sebelum ini dia sering memburukan bekas isteri Hud yang curang dan sebagainya. Segalanya terjawab , kebahagiaan Safia dan Hud lebih berseri dengan kehadiran sicomel. 
 

Sinopsis dari kulit Novel

Dah lama kejar bayang, kini abang datang, sayang.

AKU? Nama aku Cantek Safia. Muda lagi, tapi dah jadi janda. Siapa kata perkahwinan pilihan orang tua akan kekal hingga akhir hayat? Tipu semua tu.

Semua marahkan aku kerana alasan aku bercerai dengan menantu pilihan nenek sangat tidak boleh diterima akal. Hanya kerana dia lelaki sejuk beku dan aku rasa dia suami tanpa perasaan, aku tarik diri dari hidupnya. Hidup seorang Hud Khusairi.

Dua tahun pegang status janda, tiba-tiba bertemu dengan dia semula. Di tempat kerja yang sama dan lebih menyakitkan hati, dia ialah ketua aku sekarang. Entah apa mimpi dia, dia macam cuba berbaik semula dengan aku.

“Esok abang jemput Fia.”

“Tak payah. Fia pergi dengan Kak Nor. Kak Nor sebulan kena kerja kat Shah Alam.”

“Jangan menyusahkan orang, Fia.Abang kan ada.”

“Abang siapa buat Fia?”

“Bukan sesiapa, tapi abang sentiasa ada untuk Fia.”

“Abang dah hilang akal ke?”
Dan akhirnya aku tahu Hud bukan cuba berbaik dengan aku, sebaliknya lain ceritanya. Kak Mona, teman sekerja aku kata, Hud selalu akhir-akhir ini menghimpit makan sekali dengan geng kami waktu tengah hari. Dia dengan yakinnya berkata, Hud nak mengurat Annisa yang cun itu.

Huh! Buat penat aje aku perasan. Dahlah Cik Aida pun duk target lama dah Hud tu. Memang Hud Khusairi digilai di sini dan dianggap duda yang seksi dan hot. Kalau ikut menyampah, aku dah nak letak jawatan, tapi mak paksa aku bertahan pula.

Macam mana aku nak jalani hari-hari dengan menghadap bekas duda aku di tempat kerja? Lagi satu, aku kena rahsiakan hal aku ini janda Hud sebab semua orang ingat bekas isteri Hud tu jahat orangnya. Sakit hati betul!
 
 

Wednesday 2 May 2018

PROMOSI BULAN MEI 2018

Promosi bulan mei ini memang hebat dan dinanti. Sebagai persediaan menyambut Ramadhan ada beberapa produk dijual secara promosi contohnya Perfomance Drink untuk tenaga , Meal shake dan cinch vanila untuk melengkapi keperluan vitamin sepanjang berpuasa. selain itu Shaklee memberi PERCUMA OWN BEG setiap pembelian twinpack. 

Selain itu dengan pembelian Set Cleanse & Burn Set dan Set Revitalise turut mendapat PERCUMA OWN BEG. Beg ini special untuk bulan Mei 2018 sahaja. 



Jaminan kami
Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam
Selamat
Semulajadi
Berkesan

Piagam ini telah diikrarkan semenjak lebih 50 tahun lalu, dan kini masih teguh berpegang padanya.

Shaklee Difference: Always SafeAlways WorksAlways Green.

Mengapa saya?
Saya merupakan pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi saya agar saya boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan konsultansi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda.

Penghantaran
Anda boleh memilih untuk COD. COD boleh diadakan di sekitar Selayang dan Batu caves . Pos juga boleh diatur ke seluruh dunia samada menggunakan khidmat Poslaju, GDex, Nationwide Express atau lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda.

Pembayaran
Pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun CIMB bank atau Western Union jika anda tinggal di luar negara.

Saya Nak Beli !
Untuk keterangan lanjut boleh berhubung dengan Kak Pisah ditalian bernombor  017-355 9455 melalui aplikasi Call / SMS / WhatsApp.

Norhapisah Asmuni ( Kak Pisah )
Shaklee ID :(ID:1251745)
SMS & Whatsapp: 017-355 9455
Email: Pisah35.ee@gmail.com